Bangsa Kuat Bangsa Yang Ada Cita-Cita


Satu bangsa yang kuat lagi berdaulat, sekalipun tidak ramai bilangannya ialah bangsa yang ada cita-cita.
Satu bangsa yang ada cita-cita sekalipun batil, semangat juangnya dan pengorbanannya luar biasa.
Cita-cita itu ialah kerana agama yang dihayati oleh bangsa itu.
Selepas itu kerana bangsa, negara dan ideologi.
Bangsa yang ada cita-cita seperti yang tersebut sanggup berkorban apa sahaja kerana cita-citanya.
Sekalipun terpaksa korbankan nyawa.
Kerana itulah bangsa-bangsa yang pernah menjadi empayar di dalam sejarah, mereka berjuang di atas cita-cita yang tersebut.
Sekalipun bangsa-bangsa itu kecil bilangannya.
Seperti bangsa Arab, Kurdi dan Uthmaniah Turki dengan cita-cita Islam.
Bangsa Jerman dengan cintakan bangsa Arya, Itali cintakan negara, Sepanyol kerana Kristian, Rusia cintakan ideologi Komunis.
Bangsa yang mementingkan diri sendiri kerana cinta pada diri, biasanya menjadi hamba.
Hamba kepada bangsa yang ada cita-cita empat perkara tadi.
Bangsa yang tidak ada cita-cita hanya memikirkan makan, minum, kekayaan, nikah, kahwin, hiburan.
Sekalipun bangsa itu ramai orang yang pandai.
Kepandaian hanya untuk diri sendiri.
Bukan untuk cita-cita agama, bangsa, negara atau ideologi.
Untuk kedaulatan dan seterusnya untuk menjadi empayar, 
marilah kita orang Melayu ini berjuang atas cita-cita agama.
Berjuang atas cita-cita agama lebih kuat daripada segala cita-cita yang ada.
Marilah kita berjuang dan berkorban untuk cita-cita agama.
Kalaupun tidak menjadi empayar, setidak-tidaknya kita akan berdaulat di dalam negara sendiri.
Terlepas kita daripada dipermainkan oleh lain bangsa di dunia. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah