MADAH baru 382



*1201*
Di antara keindahan seorang gadis itu, dapat mengekalkan sifat malu dan bersopan. 

*1202*
Di zaman dahulu sifat malu itu dan bersopan adalah hiasan kepada orang perempuan. 

*1203*
Di hari ini kalau perempuan itu pemalu dan bersopan dianggap ketinggalan zaman. 

*1204*
Kecantikan wanita hari ini, kecantikan mereka itu dapat dikongsi bersama, setidak-tidaknya pandangan mata kerana mana sahaja mereka pergi terdedah auratnya. 

*1205*
Zaman dahulu, kalau orang tidak beragama merasa malu tetapi sekarang ini lain pula, mereka malu beragama.

Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja



Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat,
rugi sekali.
Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa,
engkau membuang masa.
Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu,
termasuk mensia-siakan umur engkau.
Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat,
terbuang sahaja masa engkau.
Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja,
engkau telah merugikan kebiasaan.
Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa,
masa engkau percuma sahaja.
Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa.
Tapi engkau telah mensia-siakan itu semua.
Kalau engkau pasang niat, dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah.
Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi.
Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau.
Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas.
Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat.
Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya?
Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan.
Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa.
Padahal sebahagian kecil saja amalan engkau yang mempunyai niat.
Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja.
Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak.
Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa.
Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita.
Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat.
Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala.
Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah. 

MADAH baru 381


*1196*
Orang yang prihatin dengan kehidupan dan kejadian selalunya mendapat pengajaran. 

*1197*
Zaman dahulu siapa yang menjadi imam sembahyang, dia tempat rujuk orang di semua persoalan,
tetapi zaman sekarang siapa yang menjadi imam hanya tempat rujuk orang halal dan haram, sah dan batal,
lebih daripada itu imam tidak faham. 

*1198*
Kehidupan di bandar terutama di bandar-bandar besar di dalam ketakutan kerana perkara yang menakutkan selalu terjadi. 

*1199*
Ulama-ulama zaman sekarang ilmunya tidak global hanya satu-satu bidang, mungkin syariat dan usuluddin.
Tidak seperti zaman dahulu, bila dikatakan ulama ilmunya global, semua tahu. 

*1200*
Menuntut ilmu walau di bidang apa sekalipun disuruh Tuhan, bukan menuntut ilmu dengan tujuan makan gaji atau cari makan.
Menuntut ilmu itu satu kewajipan dari perintah Tuhan. 

 

Usaha Yang Sia-sia

Kasihan manusia ini, 
ramai di antara mereka membuat kerja-kerja yang tidak seimbang.
Bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yang sia-sia.
Kerja dunia yang sementara serius mereka mengusahakannya.
Dunia yang tidak lama, bertungkus-lumus mereka mendapatkannya.
Bukan sahaja dunia tidak lama yang disangka lama hidup sampai ke tua, ramai yang mati muda.
Segala yang diusaha dan diperolehinya ditinggalkan tidak boleh dibawa.
Sedangkan untuk Akhirat yang kekal abadi selama-lama telah dicuaikannya.
Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa.
Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya.
Seperti tidak beribadah atau beribadah membuat sambil lewa, tidak berjiwa, asal ada sahaja.
Pemurahnya tidak ada, maaf-bermaafan tidak biasa, berkasih sayang sesama manusia telah dilupa.
Sabar dan redha tak usah dikata, memang tidak ada.
Mengutamakan orang lain bukan budaya hidupnya.
Ziarah-menziarahi bukan budayanya.
Menghormati hukum-hakam Tuhan di dalam hidupnya bukan disiplin hidupnya.
Islamnya hanya syahadah dan sedikit sedikit ibadah lainnya, itu pun bukan dari jiwa.
Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga.
Yang ada, dia memikirkan kepentingan dirinya dan keluarga atau kroni-kroninya.
Orang miskin, susah, dapat bala peduli apa!
Yang dibawanya ke Akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah, zalim, megah, riyak, ujub.
Di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan.
Di waktu ketika hendak mati masih di dalam angan-angan lagi, ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamor.
Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang, masih mengangkat diri.
Ajal pun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan, dengan kata-kata lain tidak membawa  sifat taqwa sebagai bekal.
Yang dibawanya hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di dalam jiwanya.
Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa barang-barang yang dimurka untuk ke Neraka.
Barang-barang yang dibawa untuk ke Syurga tidak ada
maka rugilah dia sepanjang masa buat selama-lamanya.
Wal'iyazubillah daripada berlakunya seperti yang dikata. 


Bersyukurlah Dengan Iman Dan Islam


Bersyukurkah engkau dengan nikmat Tuhan?
Kalaupun engkau bersyukur, tapi dengan nikmat yang kecil sangat.
Engkau bersyukur dengan nikmat yang murah yang engkau usaha dan minta.
Mungkin engkau bersyukur dengan sebab pangkat yang engkau dapat.
Boleh jadi juga dengan harta yang engkau dapat.
Adakalanya mungkin disebabkan dapat anak atau badan sihat.
Mengapa engkau bersyukur dengan Allah Taala dengan anugerah Tuhan yang murah sangat?
Tapi pernahkah engkau bersyukur dengan Tuhan kerana mendapat iman dan Islam?
Sudahkah engkau bersyukur dengan nikmat kewujudan engkau oleh Tuhan?
Iman dan Islam nikmat yang tidak ada tandingnya.
Kewujudan engkau tanpa kita minta juga nikmat yang besar dari Tuhan
Mengapa engkau tidak pandang besar dengan nikmat iman dan Islam?!
Mengapa engkau tidak terfikir untuk bersyukur kepada Tuhan?
Kerana kewujudan engkau di dunia ini?
Bahkan engkau tidak terasa apa-apa dengan iman dan Islam.
Engkau tidak terfikir pun keberadaan engkau sebagai nikmat.
Harta yang engkau nampak besar.
Pangkat yang engkau nampak besar dan hebat.
Yang kecil engkau nampak besar, yang besar engkau nampak kecil.
Kalau nikmat pun engkau tidak kenal.
Jika nikmat pun engkau tidak dapat menilai.
Lebih-lebih lagi Tuhan engkau belum kenal. 

MADAH baru 380


*1186*
Di akhir zaman banyak yang mengutuk Tuhan, tetapi mereka lebih tuhan daripada Tuhan, tetapi mereka tidak sedar diri. 

*1187*
Biar ibadah kurang, itu lebih baik asalkan dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhan,
daripada ibadah banyak takut Tuhan hilang. 

*1188*
Orang yang hidup dengan pertanian dan bercucuk tanam lebih mewah rezekinya, 
duit kurang...
daripada makan gaji tetapi wang berperanan,
tidak ada wang tak boleh makan. 

*1189*
Orang yang hidup dengan pertanian dan bercucuk tanam sedekahnya banyak, sama ada secara langsung  mahupun secara tidak langsung sedekahnya.
Orang yang makan gaji kadang-kadang sedekahnya tidak ada langsung. 

*1190*
Orang kampung boleh menerima tetamu secara spontan,
orang bandar menerima tetamu secara ‘appointment’. 

 

Apabila Tuhan Murka


Apabila semua golongan sudah terlibat dengan kemungkaran;
kemungkaran yang berbagai-bagai jenis banyak dilakukan;
semua golongan sudah terlibat dengan dosa.
Kemurkaan Tuhan pun berlaku ke atas mereka.
Apabila Allah murka, bala bencana pun diturunkan sebagai hukuman kepada manusia.
Didatangkan orang-orang jahat membuat kacau-bilau seperti peperangan dan pembunuhan.
Ditimpakan berbagai-bagai penyakit kronik yang menakutkan.
Bencana alam pun dilakukan di mana-mana
yang memusnahkan.
Di waktu itu manusia hidup pun di dalam ketakutan.
Keamanan dan ketenangan sudah tidak ada lagi di mana-mana.
Hidup resah dan gelisah, jiwa sentiasa cemas.
Huru-haralah kehidupan di mana-mana, dunia jadi neraka.
Untuk menenangkan semula kehidupan di dunia ini,
semua golongan kenalah membaiki diri.
Jauhilah kemungkaran, jangan membuat dosa lagi.
Untuk meredakan kemurkaan Tuhan kepada manusia,
bertaubatlah banyak-banyak, membuat baiklah dengan segera.
Berkasih sayanglah sesama manusia.
Bermaaf-maafanlah satu sama lain dan bekerjasama.
Agar rahmat Tuhan dicucuri semula kepada manusia, keamanan pun bermula.
 

MADAH baru 379



*1181*
Di akhir zaman ini jarang hidangan yang dimakan dimasak oleh isteri.
Tetapi kebanyakan dimasak oleh orang gaji atau makan di kedai nasi. 

*1182*
Di akhir zaman jarang isteri patuh dengan suami, jarang anak-anak taat dengan ibu bapa,
jarang murid hormat dengan guru-gurunya, jarang orang besar dihormati kerana keadaannya,
tetapi pemimpin dihormati kerana takut kepadanya. 

*1183*
Di akhir zaman jarang orang berniaga kerana berkhidmat dengan manusia.
Tetapi mereka berniaga mencari untung di dunia.
Mencari untung sebanyak-banyaknya. 

*1184*
Di akhir zaman para pendidik jarang berwatak ibu dan ayah.
Kerana itulah murid tidak hormat kepada guru. 

*1185*
Di akhir zaman seorang itu dapat status ulama kerana masuk persatuan ulama.

Jadilah Seorang Yang Pemurah



Pemurahlah, engkau tidak akan papa.
Kalaupun lahirnya miskin, akan kaya jiwa.
Kaya jiwa, jiwa tidak akan menderita.
Kaya harta mungkin miskin jiwa.
Miskin jiwa mudah derita jiwa.
Sekalipun kaya harta benda.
Padahal bahagia itu dirasa oleh jiwa.
Kalau harta tidak ada sama, lebih-lebih lagilah.
Orang bakhil membawa papa kedana.
Kalau tidak papa benda, papa jiwa.
Jiwa kalau papa, ada harta pun jiwa menderita.
Betapa pulalah miskin jiwa sama. 
Orang bakhil tidak disukai Tuhan.
Sekalipun ibadahnya banyak.
Orang pemurah dicintai oleh Tuhan
sekalipun ibadahnya lemah.
Orang pemurah, manusia juga sayang.
Orang senang dan suka dengannya.
Orang bakhil, manusia tidak suka.
Orang benci, orang sakit hati.
Pemurahlah, engkau tidak akan papa.
Tuhan cinta manusia suka.
Orang akan simpati di kala susah.
Tuhan akan bela di masa susahnya. 


MADAH baru 378


*1176*
Di zaman sekarang pihak berkuasa hendak membaiki orang lebih banyak dengan akta-akta dan undang-undang. 

*1177*
Makin banyak akta dan undang-undang, makin ramai yang jahat.
Termasuk yang membuat akta dan undang-undang.
Kerana mereka sudah tidak takutkan Tuhan. 

*1178*
Belum pernah berlaku didunia ini berlakunya keamanan disebabkan akta  dan undang-undang.
Tapi pernah berlaku didunia ini keselamatan, keamanan dan kebahagiaan kerana manusia takutkan Tuhan. 

*1179*
Orang yang terlibat dengan gejala masyarakat menunjukan jiwa mereka tidak sihat.
Oleh itu orang yang hendak membaiki mereka ubatkan jiwa mereka dengan takutkan Tuhan dan didik mereka utamakan akhirat, hidup yang berpanjangan. 

*1180*
Gejala yang dibuat oleh golongan masyarakat tidak sama.
Muda mudi lepak-lepak dan membuang masa.
Orang-orang tua suka duduk dikedai kopi dan berbual-bual membuang masa.
Orang politik selalu rasuah dan jatuh menjatuhkan sesama mereka.
Orang kaya memburu kekayaan tidak fikir halal haram.
Orang berilmu suka berforum dan bermegah-megah sesama mereka.

Syukur Atas Syukur



Aku syukur pada-Mu Tuhan di atas segala nikmat yang Engkau beri.
Aku bersyukur kepada-Mu lagi di atas kesyukuran itu.
Kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani.
Ia adalah satu pemberian-Mu.
Syukur di atas kesyukuran.
Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku.
Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu.
Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi.
Taubat di atas taubat.
Begitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan aku.
Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu.
Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu
Seterusnya ingatkan aku.
Bahawa taubatku adalah palsu.
Agar aku bertaubat di atas taubat itu.
Moga-moga aku tidak menipu diriku. 


MADAH baru 377


*1171*
Di akhir zaman ini seorang wanita itu biar dia tidak berkahwin daripada dia dipoligamikan. 

*1172*
Orang-orang besar di dunia ini tidak sempat membesarkan Tuhan kerana setiap hari dia dibesarkan orang.
Terlindung kebesaran Tuhan kerana kebesaran dirinya. 

*1173*
Orang politik berwatak hendak berkuasa atau pertahankan kuasa.
Ahli-ahli ekonomi memikirkan kekayaan dan menambahkan harta.
Para-para ilmuan sibuk berbincang membuat forum.
Orang-orang susah sibuk mencari makan.
Muda-mudi sibuk berfoya dan membuang masa. 

*1174*
Rezeki banyak di ladang-ladang dan di bendang-bendang.
Tapi ramai orang tidak minat kerana tidak ada nama dan glamour. 

*1175*
Seseorang itu kalau dia makan gaji, kalaupun besar gajinya dianggap kuli tetapi berstatus tinggi.
Orang yang bekerja sendiri walaupun berpendapatan rendah, dia adalah tuan yang berstatus rendah.

Jagalah Wibawa Diri




Senyumlah selalu, mesralah selalu, ia membantu berkasih sayang sesama manusia.
Janganlah ketawa terbahak-bahak, jiwa mati.
Rupanya pun hodoh, buruk sekali.
Ketawa berdekah-dekah lambang kelalaian hati.
Bukan itu cara bermesra, bahkan orang benci.
Janganlah mengada-ada, selalu bergurau berlebih-lebihan, ia akan membawa perbalahan atau orang jemu.
Kalau selalu dilakukan menjadi kebiasaan, hilang wibawa diri.
Sedangkan wibawa diri adalah mahal, ia adalah keyakinan orang.
Bahkan ia adalah maruah diri.
Ada maruah adalah kepercayaan orang.
Tidak ada maruah, hilang keyakinan orang.
Bercakap kenalah jaga bahasanya.
Jangan mencarut, jangan mengumpat, jangan bercakap lucah.
Ia melambangkan peribadi rendah.
Kehormatan kita hilang, orang tidak segan, harga diri terkorban.
Bercakap kotor melambangkan rendahnya akhlak seseorang.
Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia.
Tidak ada akhlak pada seseorang, orang itu pandaikah, berkuasakah, kayakah, 
kehormatannya hilang.
Keyakinan orang hilang, kepercayaan orang pudar.
Berkelakar berlebih-lebihan orang suka dengar, tapi orang tidak segan.
Sekadar kemesraan tidak mengapa, jangan melampau.
Kerana berlebih-lebihan berkelakar mematikan jiwa, orang tidak percaya.
Awaslah kelakuan kita, biarlah normal.
Agar kepercayaan orang tidak pudar. 

MAKSUD GELARAN UMMI YANG SEBENARNYA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

MAKSUD GELARAN UMMI YANG SEBENARNYA PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW…

Saya ingin membawa pelayar internet berfikir akan maksud ummi yg sebenarnya iaitu gelaran yg diberikan kpd junjungan besar Nabi kita , Nabi Muhammad SAW. Apa pendapat anda ? Apakah yg dimaksudkan dgn Ummi itu ? Sesetengah drpd kita beranggapan gelaran ummi pd Rasulullah SAW itu bermaksud org yg tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dgn org yg tidak tahu menulis dan membaca ? Apa fikiran anda ?

Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehinggan org kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yg amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa org yg bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah utk mencari ilmu pengetahuan.

Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dgn seorang ustaz yg sgt mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil PHD dan beliau yelah membuat kajian tentang UMMI iaitu sifat yg ada pada Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai org yg tidak tahu menulis dan membaca.

Beliau telah berjumpa dgn ramai professor dan melawat banyak perpustakaan universiti di negara2 Arab tetapi jawapan yg ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dgn jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan org kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.

Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Mukarramah Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua senyum kepadanya. Ustaz ini dtg kepada orang tua itu dan berbual-bual. Akhirnya soalan terakhir yg dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘apakah maksud ummi yg ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’. Walaupun tidak yakin dengan jawapan yg akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….

“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab lama yg membawa 2 maksud. Maksud yg pertama ialah INDUK dan maksud yg kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yg pertama IBU dan maksud yg kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yg kedua iaitu ~ tempat letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yg tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yg berada di dunia ini terdapat di dlm kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW utk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yg telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan. 

Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW Al-Quran, kitab yg mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yg patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yg anak cari selama ini bukanlah orang yg tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yg kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana ”

Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yg beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yg tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yg sebenar yg ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan sangat gembira kerana apa yg dicarinya selama ini telah ditemui.

Melihatlah dgn pandangan mata hati,  Wallahu a’lam.

Hati-hati menjaga lisanmu wahai ibu.

Hati-hati menjaga lisanmu wahai ibu... !!!
😭😭😭😭😭

كنت في يوم من الايام انظف بيتي وجاء ابني وهو طفل واسقط تحفة من الزجاح فانكسرت

Suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya datang, ia masih kecil waktu itu, ia menjatuhkan satu hiasan yang terbuat dari kaca, dan pecah.

فغضبت عليه اشد الغضب لانها غالية جداً واهدتني اياها امي فأحبها ، واحب ان احافظ عليها ...

Saya benar-benar marah ketika itu. Karena hiasan itu amat mahal harganya. Ibu saya telah menghadiahkannya dan saya amat menyukainya, maka saya menjaganya dengan amat baik...

ومن شدة الغضب دعوت عليه قلت : 
( عسى ربي يطيح عليك جدار يكسر عظامك )

Karena terlalu marah, saya melontarkan kata-kata: "semoga kamu tertimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!"

مرت السنين ونسيت تلك الدعوة ولم اهتم لها ولم اعلم انها قد ارتفعت الى السماء ... 

Beberapa tahun berlalu, saya lupa akan doa itu, saya pun tak menganggapnya penting, dan saya tidak tau bahwa ternyata doa itu telah naik ke atas langit...

كبر ابني مع اخوانه واخواته ..
وكان هو احب ابنائي الى قلبي ؛ 
اخاف عليه من نسمة الهواء ...
ويبر فيَّ اكثر من اخوانه واخواته ...
درس وتخرج وتوظف واصبحت ابحث له عن زوجة

Anakku lelakiku itu dan saudara-saudarinya yang lain semakin besar. Rasanya, dialah yang paling saya cintai dari anak2ku yang lain. Dialah yang paling saya khawatirkan. Ia pula yang paling berbakti kepadaku dibandingkan saudara/i nya yang lain. Dia telah tamat belajar, bekerja, dan sudah waktunya untuk saya mencarikannya pasangan...

وكان عند والده عمارة قديمة ويريدون هدمها وبناءها من جديد

Ayahnya memiliki sebuah gedung tua yang hendak direnovasi.
.
ذهب ابني مع والده للعمارة وكان العمال يستعدون للهدم

Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gedung itu. Para pekerja sudah siap-siap untuk merenovasinya..

وفي منتصف عملهم ذهب ابني بعيداً عن والده ولم ينتبه له العامل فسقط الجدار عليه ..

Ditengah-tengah aktivitas mereka, anakku pergi agak jauh dari ayahnya, para pekerja tidak mengetahui bahwa ada ia disana, bangunan yang sengaja dirobohkan untuk direnovasi itu jatuh menimpanya...

وصرخ ابني ... ثم اختفى صوته ... 
توقف العمال ، واصبح الجميع في قلق وخوف ... 

Anakku berteriak hingga suaranya tak terdengar lagi. Semua pekerja berhenti. Mereka ketakutan! Mereka khawatir!

ازالوا الجدار عنه بصعووووبة وحضر الاسعاف 
ولم يستطيعوا حمله لانه اصبح كالزجاح اذا سقط وتكسر ...

Mereka menyingkirkan dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil ambulans. Mereka tidak bisa mengangkan badan anakku. Ia remuk. Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping...

حملوه بصعوبة ونقلوه للعناية ...
وعندما اتصل والده ليخبرني
كأن الله اعاد امام عيني تلك الساعة التي دعوت فيها على ابني وهو طفل ... وتذكرت تلك الدعوة ...

Mereka membawanya dengan amat sulit dan segera memindahkannya untuk pertolongan lebih lanjut.. . Ketika ayahnya menghubungi saya untuk mengabarkan hal itu, seakan Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya dahulu ketika ia kecil...

بكيت حتى فقدت وعيي ..
واستيقظت في المستشفى ... وطلبت رؤية ابني ...

Saya menangis hingga jatuh pingsan. Ketika sadar, saya berada di rumah sakit.. Dan saya meminta untuk melihat anak saya... 

رأيته ، وليتني لم اره في تلك الحالة ..!
رأيته وكأن الله يقول : 
هذه دعوتك ... استجبتها لك بعد سنين طويلة ؛لأن دعوة الوالدين مستجابة ... والان سأخذه من الدنيا 

Ketika melihatnya, ah! Andaikan aku tidak melihatnya dalam keadaan sebegitu... Saya melihatnya, seakan-akan Allah berkata "nih, ini doamu kan? Sudah saya kabulkan setelah sekian lama; doa orang tua itu mustajab, dan sekarang Aku akan mengambilnya..."

وفي تلك اللحظات توقف جهاز القلب ... 

Ketika itu, jantung aaya seakan berhenti berdetak...

ولفظ ابني انفاسه الاخيرة ..

Anak saya menghembuskan nafas terakhirnya...

صرخت وبكيت وانا اقول : 

Sembari berteriak dan menangis saya berkata:

ليته يعود للحياة .. ويكسر تحف البيت جميعها ...

Andaikan ia hidup lagi! Tidak mengapa jika dia hancurkan semua perabot rumah...

ولا افقده ..

Asalkan saya tidak kehilangan ia...

ليت لساني انقطع ولا دعوت عليه تلك الدعوة ..!

Andaikan saja lidah saya ini terpotong dan tidak mendoakannya sebegitu!

ليت وليت وليت ولكن .......... ليتها تنفع كلمة •• ليت

Andaikan... Andaikan... Andaikan... Tetapi, andaikan kalimat 'andaikan' ini berguna...

رسالتي لكل ام : 
لاتتسرعين في وقت غضبك بدعائك على ابنك ...،

Risalah kepada para ibu: jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika sedang marah...

استعيذي بالله من الشيطان ... وان اررتي
ولكن لاتدعين عليه ...
فتندمين كما ندمت ""

Berlindunglah kepada Allah dari godaan setan,... Jika kamu ingin memukulny, pukul aaja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya...

اكتب لكم هذه الكلمات ودمعاتي تسبق كلماتي ... 

Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir...

ليت روحي تلحق روحك يابني واستريح من هذا الالم الذي اعيشه بعد وفاتك ...
""""""""""

Andaikan ruhku pun turut bersamamu, nak. Hingga saya bisa beristirahat dari kepedihan yang saya rasakan sepeninggalmu...

قصة مؤثرة ..
""""""""""""
ارجو نشرها لجميع النساء
الدعوة مقبولة .. ولو بعد حين

Kisah yang menginspirasi. Tolong sebarkan keseluruh wanita, doa itu akan terjawab, walau setelah beberapa lama...

#copas#

MADAH baru 376


*1166*
Zaman dahulu mencari jodoh diserahkan kepada ibu bapa jarang bercerai.
Sekarang mencari jodoh adalah pilihan hati sendiri.
Di zaman inilah banyak yang bercerai. 

*1167*
Seorang wanita keluar rumah mendedahkan aurat,
sebanyak lelaki yang melihat, sebanyak itulah dosanya diterima.
Kalau suaminya rela, suaminya pula dayus,
orang dayus tak masuk Syurga. 

*1168*
Kalau seorang wanita, kalau suaminya pandai dan berjawatan tinggi pula, naik namanya.
Kalau seorang lelaki, isterinya pandai, berjawatan tinggi pula, mungkin hidupnya mewah, tapi tidak menaikkan namanya. 

*1169*
Kalau seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang kaya maka biasanya suaminya itu takut kepadanya, mungkin dia dihamba oleh isterinya. 

*1170*
Kalau seorang suami berpoligami, duduk serumah aman damai pula, termasuk perkara ajaib di dunia.

Mengapa Takut Kehilangan Barang Murah?


Engkau risau sangat barang engkau yang hilang.
Atau engkau takut sangat kalau-kalau ada barang-barang engkau yang akan hilang.
Padahal barang yang hilang mungkin boleh berjumpa kembali.
Atau barang yang hilang itu berkemungkinan boleh diganti, boleh jadi lebih baik lagi.
Bahkan barang yang hilang itu satu masa nanti ia akan hilang juga iaitu binasa.
Mana ada barang yang kekal di dunia ini.
Padahal ada perkara yang patut engkau takut kehilangannya engkau tidak pun takut kehilangannya.
Yang pertama, engkau tidak takut kehilangan iman engkau.
Sedangkan iman adalah harta dunia Akhirat.
Itu adalah merupakan kebahagiaan kamu di dua negara.
Lebih-lebih lagi engkau tidak takut langsung kehilangan Tuhan.
Kehilangan Tuhan ertinya kehilangan keredhaan-Nya, kehilangan kecintaan-Nya dan kehilangan keampunan-Nya.
Kehilangan barang engkau kalaupun susah sedikit, hanya di dunia.
Di Akhirat kalau engkau sabar atau redha ia memberi keuntungan kepada engkau di Akhirat.
Tapi kalau engkau kehilangan iman dan kehilangan Tuhan, aduh... binasalah engkau di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.
Kehilangan keduanya bererti engkau malang sepanjang umur engkau di dunia dan kemalangan yang kekal sepanjang masa di Akhirat.
Mengapa engkau takut sangat kehilangan barang yang murah?
Barang yang adakalanya menyusahkan engkau sendiri.
Tapi mengapa engkau tidak takut kehilangan perkara yang paling berharga.
Iaitu kehilangan iman dan kehilangan Tuhan.
Bagaimana kamu berfikir? 
Siapa mengajar kamu berfikir begitu?
Di mana salahnya ilmu engkau hingga ilmu engkau tidak boleh menilai?
Sedangkan engkau ahli ilmu!
 

tips murah rezeki

Beberapa amalan dan tips murah rezeki bagi mencukupkan keperluan, menghilangkan kepapaan dan mengurangkan beban kenaikan harga barang:

1) Memberi salam setiap kali masuk ke dalam rumah 
2) Menghubungkan persaudaraan dan silaturrahim
3) Banyakkan istigfar 
4) Sentiasa mendoakan kedua ibubapa 
5) Banyakkan bersedekah 
6) Bekerja dengan amanah 
7) Menjauhi hutang 
8) Bertakwa kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan menjauhi larangan

BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia

MADAH baru 375


*1161*
Di akhir zaman ini ramai orang yang meninggalkan sembahyang.
Tetapi orang yang sembahyang pun dimasukkan ke Neraka Wail kerana lalai di dalam sembahyangnya. 

*1162*
Orang yang melahirkan anak daripada dua suami isteri yang tidak sembahyang, anak-anak itu kalau dewasa susah dapat hidayah dari Tuhan. 

*1163*
Janganlah makan berseorangan.
Kalau makan biarlah beramai-ramai.
Kerana makan beramai-ramai itu, selain mendatangkan ukhwah, mendapat berkat dari Allah. 

*1164*
Ramai suami isteri yang berkasih sayang kerana nafsu bukan kerana ukhwah.
Kerana itulah selalu berbalah. 

*1165*
Kalau mahu otak kita cerdik, jangan makan banyak dan tinggalkan maksiat.

Jangan Membuang Masa



Jangan membuang masa sia-sia tanpa berusaha untuk kehidupan Akhirat atau dunia.
Kerja sia-sia itu tidak mesti perkara yang haram sahaja.
Masa sangat berharga.
Apabila berlalu, masa yang berlalu tidak akan tiba.
Kalau masa tiba juga, itu adalah masa yang lain pula.
Alangkah malangnya masa yang berlalu itu tidak diisi dengan kerja-kerja yang berguna.
Padahal di Akhirat kelak di antara yang Tuhan akan tanya adalah masa yang merupakan umur kita.
Di antara masa-masa yang sia-sia: 
* asyik tidur-tidur sahaja di waktu bukan masa tidur.
* Berbual-bual kosong berjam-jam lamanya sekalipun tidak membualkan perkara yang haram di sisi agama.
* Menung yang lama, bukan memikirkan dosa atau ilmu atau sesuatu yang berguna.
* Melepak-lepak tidak ada tujuan dan matlamatnya.
* Berjalan-jalan yang tidak ada tujuan dan matlamat apa-apa sama ada untuk faedah Akhirat atau faedah dunia.
* Selain itu seperti bermain pakau berlama-lama sekalipun bukan berjudi hanya seronok-seronok aja.
* Termasuk juga bermain catur yang memakan masa yang tidak memberi faedah apa-apa.
Di waktu itu kalau diisi dengan amalan-amalan Akhirat atau usaha-usaha mencari rezeki alangkah baiknya.
* Termasuk juga kerja sia-sia melihat orang lalu-lalang tanpa tujuan apa-apa.
* Menghabiskan masa berangan-angan tanpa usaha dan kerja.
Angan-angan apa dapat?
Hanya dapat angin dan habuk sahaja.
Itulah dia yang dikatakan membuang masa yang sia-sia.
Matlamat dan tujuan Akhirat pun tidak, tujuan untuk dunia pun tidak.
Hanya membuang-buang masa percuma dengan tidak ada tujuan apa-apa. 


MADAH baru 374




*1156*
Harta dan aset yang sebenarnya di Akhirat ialah sifat taqwa. 

*1157*
Ramai orang percaya Tuhan itu wujud tetapi tidak takut dan cinta. 

*1158*
Anak itu cahaya mata untuk aset masa depannya.
Ibu bapa itu cahaya mata yang sudah berjasa.
Hendaklah kenang jasa ibu bapa. 

*1159*
Pembaziran yang banyak ialah perasaan dan masa bukan harta. 

*1160*
Ramai di akhir zaman ini orang mensia-siakan ibu bapa.
Kerana ibu bapa tidak minat menjaga anak-anaknya di waktu kecilnya.

Golongan Yang Disukai Tuhan


Kalau engkau kaya,
pemurahlah, tolonglah orang susah.
Kalau engkau ditakdirkan miskin,
sabar dan tabahlah.
Kedua-dua golongan ini disukai Allah.
Tuhan redha, Tuhan suka, Dia  beri pahala.
Kalau engkau pemimpin, rendah dirilah, disukai Allah.
Jadikanlah dirimu ibu dan ayah.
Ciri-ciri pemimpin itu laksana ibu dan ayah.
Engkau akan disukai, engkau akan disayangi dan dihormati.
Kalau engkau berilmu jadilah obor.
Masyarakat mendapat pimpinan daripada cahaya ilmumu.
Engkau mendapat pahala, Tuhan redha.
Kaum atau bangsa maju dan berjaya.
Kalau engkau pemuda, berilah tenaga untuk agama dan bangsa.
Tenagamu sangat diperlukan oleh bangsa dan negara.
Jangan hanya habiskan masa terbuang sia-sia.
Agama, bangsa, negara rugi tidak ada pembela.
Kalau engkau pemudi jadilah pemalu  dan bersopan.
Agar kamu tidak merosakkan pemuda-pemuda bangsa.
Jika mereka rosak, rosaklah bangsa.
Rosak bangsa semua kita rugi dan kecewa. 


MADAH baru 373


*1151*
Oang yang paling keji, orang yang mencari makan dengan ilmu agama.
Bukan agama itu untuk diamalkan.
Agama kebenaran itu datang dari Allah.
Tidak ada siapa yang boleh monopolinya. 

*1152*
Orang yang paling banyak hasad dengkinya iaitu orang yang tahu agama terhadap orang yang mengamalkan agamanya.. 

*1153*
Kaya itu banyak aspeknya.
Kaya harta, kaya ilmu, kaya anak, kaya kawan, kaya pengikut, kaya hati, kaya dengan amal kebaikan, kaya dengan budi bahasa. 

*1154*
Orang yang bertaqwa diberi rahmat dan berkat.
Orang yang jahat diberi istidraj. 

*1155*
Banyak orang yang kaya dan mewah dengan istidraj,
orang yang kaya dan mewah dengan rahmat dan berkat jarang berlaku.

Jauhilah sifat sombong





Jauhilah sifat sombong!
Ia adalah sifat yang dimurkai Allah, dibenci oleh Rasul, dibenci oleh seluruh manusia.
Sombong menghilangkan kasih sayang sesama manusia.
Menyuburkan kebencian, akhirnya lahirlah permusuhan.
Bila lahir permusuhan semua golongan rugi atau tidak untung.
Jauhilah sifat sombong!
Sifat sombong akan merenggangkan perpaduan.
Hilang perpaduan, hilanglah kesatuan bangsa atau kesatuan sesama manusia.
Hindarkanlah sifat sombong!
Sifat sombong menjadikan seseorang tidak dapat kawan.
Mungkin orang ramai pulaukan, apabila mendapat susah tidak ada siapa yang mahu tolong.
Kalau yang sombong itu orang miskin, hilang simpati orang ramai.
Maka rezeki pun bertambah sempit, kesusahan bertambah menghimpit.
Oleh itu apalah untungnya sifat sombong dipertahankan di dalam kehidupan.
Orang benci, berdosa pula, sempit rezeki, kawan hilang, di Akhirat Neraka.
Bukalah pakaian sombong.
Ia adalah sangat merugikan.
Hidup akan keseorangan, simpati orang akan hilang.
Kesusahan tanggunglah seorang diri.
Mampukah mengharungi kehidupan yang tidak bertepi ini ditanggung seorang diri?` 


Jadikanlah Perjuanganku Untuk-Mu



Ya Allah jadikanlah ibadahku mendekatkan aku kepada-Mu.
Jadikanlah ibadahku memusnahkan mazmumahku.
Menjadikan Engkau redha padaku.
Janganlah jadikan ibadahku derhaka di dalam taat, ibadah itu akan melaknat.
Janganlah jadikan ibadahku menyuburkan mazmumah.
Tuhan! Jadikanlah perjuanganku untuk-Mu.
Janganlah jadikan perjuangan itu untukku.
Ia adalah satu bala bencana.
Ya Rahman! Ya Rahim! Jadikanlah ilmuku penyuluh hati.
Agar nampak segala mazmumah, supaya dapat ldimusnah.
Janganlah Engkau menjadikan orang mendapat manfaat tapi aku dilaknat
Ya Hannan! Ya Mannan!
Jadikanlah dakwahku orang sedar, lahir ukhwah, masyarakat bersatu-padu.
Janganlah lahir dari lidahku seperti panah.
Yang mengharu-birukan dan memecah-belah serta menjadi fitnah kepada hamba-hamba Allah.
Ya Allah Tuhanku!
Jadikanlah seluruh kebajikan dan khidmatku sebagai ibadah.
Janganlah Engkau jadikan ibadahku untuk bermegah-megah.
Ia akan jadi sebagai habuk-habuk yang berterbangan yang tidak memberi faedah.
Tuhan! Aku berlindung dengan-Mu daripada apa yang telah aku sebutkan.
Akhir sekali selamatkan aku  Tuhan daripada segala tipu daya nafsu dan syaitan. 


MADAH baru 372



*1141*
Kita tinggal di bumi Tuhan, 
sepatutnya minta izinlah kepada-Nya bila mahu buat sesuatu. 

*1142*
Mengapa Tuhan suruh takut pada-Nya? Sebab takut itu benteng maksiat. 

*1143*
Sombong pakaian Tuhan, 
siapa pakai pakaian-Nya binasalah dia. 

*1144*
Tuhan itu Maha Lemah Lembut tapi amat keras terhadap orang yang berleluasa. 

*1145*
Kalau kita buat dosa, jangan senang-senang hati saja,
sebab lambat laun Tuhan pasti menghukumnya.

Korbankan Kepentingan Diri



Orang yang mementingkan diri,
di antara suami isteri pun berkira.
Betapalah dengan orang lain yang tidak ada kena-mengena.
Bahkan dengan ibu dan ayah pun sangat berkira.
Mementingkan diri boleh pecah-belah di dalam keluarga.
Orang yang mementingkan diri sangat mempertahankan haknya.
Padahal mengorbankan hak itu dapat pahala.
Korbankan hak diri Allah Taala sangat suka.
Di sinilah keredhaan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang korbankan hak-haknya.
Sebagai contoh, korbankan kerehatan kerana berkhidmat kepada manusia.
Korbankan wang untuk membantu orang-orang miskin yang derita.
Mengutamakan orang lain sekalipun kita mendapat kesusahan kerananya.
Mendahulukan orang lain waktu membawa kereta, sekalipun jalan kita.
Korbankan hak Tuhan suka dan boleh membawa kasih sayang sesama manusia.
Bertolak ansur boleh membawa keamanan dan keharmonian di dalam kehidupan.
Bertolak ansur ertinya korbankan hak masing-masing punya.
Menuntut hak hukumnya hanya harus sahaja.
Hari ini manusia hidup di dalam huru-hara.
Satu sama lain tidak ada kasih-sayang dan bertimbang rasa.
Salah satu sebabnya kerana masing-masing sangat mempertahankan hak-haknya.
Kerana mempertahankan haklah manusia hidup di dalam huru-hara. 


MADAH baru 371



*1136*
Kalau kita yakin dunia Tuhan punya, 
tentu kita tidak sanggup berbuat sesuka hati sebab malu pada-Nya. 

*1137*
Kasih sayang sesama manusia akan punah bila Tuhan tidak dicintai. 

*1138*
Manusia kalau kenallah Tuhannya pasti akan mabuk cinta pada-Nya. 

*1139*
Hebatnya Tuhan, apa pun Dia buat hanya dengan berkata, “Jadi!” Maka jadilah hal itu. 
Sebab itu Dia boleh buat apa saja. 

*1140*
Tuhan bila murka akan bertindak tanpa kira raja, orang besar atau orang kaya.

MADAH baru 370


*1131*
Hambakanlah diri hanya kepada Tuhan. Tidak layak dihambakan pada selain-Nya. 
Buktinya kita marah dituduh hamba syaitan. 
Tapi tidak marah bila dikatakan hamba Tuhan. 

*1132*
Kita amat perlukan pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat.
Dia adalah Tuhan pencipta kita. 

*1133*
Tuhan adalah tempat rujuk. 
Tiada tempat rujuk yang lebih dari Tuhan. 
Dia boleh selesaikan semua masalah dunia. 

*1134*
Ramai orang percaya Tuhan, 
tapi tidak dipedulikan, 
seolah-olah Tuhan tidak ada. 

*1135*
Aneh manusia, tahu Tuhan yang beri rezeki tapi tidak pun takut dan cinta pada-Nya.

Takut Atau Cintakan Tuhan Adalah Sifat Hati


Menyebut takutkan Tuhan senang, itu pada lisan.
Takut itu adalah perasaan.
Ia bertapak di dalam hati insan.
Juga menyebut cintakan Tuhan senang, itu adalah sebutan.
Cintakan Tuhan itu dirasa oleh hati insan.
Takut atau cintakan Tuhan adalah sifat hati.
Ia bukan sifat lidah atau lisan.
Sebutan dengan perasaan tidak sama.
Perasaan di dalam hati, sebutan pada lisan.
Di lisan hanya slogan, di hati adalah sifat seorang hamba yang benar-benar kenal Tuhan.
Kalau takut Tuhan atau cintakan Tuhan bertapak di dalam hati hamba Tuhan,
kesannya kita boleh lihat di dalam kehidupan seseorang.
Dia seorang yang lembut, tawadhuk, malu, tenang, sabar, berlebih kurang, pemurah, pemaaf, mesra, kasih sayang.
Takutkan Tuhan atau cintakan Tuhan bukan boleh sekadar berslogan.
Tidak cukup hanya sebutan pada lisan.
Ia mestilah ditanamkan dari kecil lagi untuk membangunkan perasaan.
Apabila ia menjadi hati jantung insan barulah berkesan. 

Cara Tuhan Murka



Di antara cara Tuhan murka pada seseorang hamba itu...
Ialah apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan, 
dia memandang besar dengan ibadah dan kebajikannya.
Apabila membuat dosa dan kesalahan, 
dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan.
Dia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau menutup dosa-dosanya.
Kerana banyak ibadah yang dibuat, dia terasa aman dengan Tuhannya.
Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikannya.
Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya, takut dengan Tuhan sudah tidak ada.
Dia sudah merasakan Tuhan sudah redha.
Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuat.
Apabila Tuhan bertambah murka.
Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya datang pula ujub dan riyak.
Kemudian timbul pula sum'ah dan sombong dengan amal ibadahnya.
Jika dia tidak sedar juga, Tuhan tambah lagi kemurkaan-Nya, dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadahnya dengan pandangan hina.
Dia pula mulalah mengata dan mengumpat orang lain.
Kejahatan orang lain dia nampak, kejahatan diri sendiri makin tidak nampak.
Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi.
Hinggalah ke akhir hayat umurnya.
Dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.
Maka dia pun mati di dalam su'ul khatimah.
Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya.
Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut, waliyazubillah.
 

Tujuan Ibadah



Ibadah yang berbagai-bagai aspek, 
tujuan hendak memberi cahaya kepada hati.
Ibadah yang dihayati ia memberi cahaya kepada jiwa.
Cahaya itu ialah hidayah dari Allah.
Cahaya hati itu ialah keinsafan, rasa kehambaan.
Rasa berTuhan, rasa takut dan cintakan Tuhan.
Rasa rendah diri kepada Tuhan, baik sangka dengan-Nya.
Redha dan sabar, merendah diri, rasa hebatnya Tuhan.
Jangan pula ibadah itu menggelapkan hati.
Jangan pula ibadah itu menghitamkan jiwa.
Bagaimana ibadah menghitamkan jiwa?
Lepas ibadah senang hati, takut dengan Tuhan hilang.
Rasa bangga pula datang.
Ujub pun rasa berbunga di dalam jiwa.
Orang yang tidak beribadah mulalah dia menghina.
Dia rasa ibadahnya akan menyelamatkannya.
Takut dengan suul khatimah hilang dari jiwa.
Begitulah dia beribadah setiap masa.
Semakin banyak dia beribadah semakin aman dia rasa.
Semakin ke hujung dia beribadah semakin bangga.
Hingga takutnya dengan Tuhan hilang semuanya.
Ibadah yang semacam itulah yang dimaksudkan ibadah menghitamkan jiwa.
Dari ibadahnya tidak mengubah perangainya.
Ibadah semacam itulah ibadah yang menipu dirinya.
Ibadah yang dibuat tidak sampai matlamatnya.
Sepatutnya ibadah itu hendak menebalkan rasa kehambaan.
Tapi hasil ibadahnya dia rasa tuan pada dirinya.
Marilah kita berlindung dengan Tuhan dari ibadah yang begini rupa.
 

MADAH baru 369



*1121*
Tuhan itu doktor Maha Pakar. 
Pada-Nya ada segala-gala ubat untuk semua penyakit. 
Ruginya orang yang tidak merawat dengan-Nya. 

*1122*
Manusia selalu kecewa dalam bercinta. 
Kerana tersalah memberi cinta. 
Berilah cinta agung pada Tuhan, nescaya tidak akan kecewa selamanya. 

 *1123*
Kawan paling setia yang mampu menjaga kita setiap masa sebenarnya adalah Tuhan kita! 

*1124*
Anda ada masalah rumahtangga? 
Selesaikanlah dengan jalan takut dan cintakan Tuhan. 

*1125*
Manusia tidak akan renti-renti bergaduh, 
sehinggalah mereka ambil Tuhan jadi pemimpin.

Liarnya Nafsu Ini


Aduh liarnya nafsu ini.
Degil dan jahat, kemahuannya dahsyat.
Tuhan! Tidak mampu aku menjaga, mengawal dan mendidiknya kalau bukan Engkau.
Aku cuba menghalakannya mengikut kehendak Engkau,
dia pula yang bawa aku kepada kehendaknya.
Selalu sahaja aku tarik tali dengan nafsu.
Aku hendak bawa kepada Engkau, tapi dia bawa kepada dunia yang menipu.
Di dalam perlawanan itu aku selalu sahaja dikalahkannya.
Letih aku dibuatnya untuk mengekang kehendak-kehendaknya.
Tapi dia berjaya juga, aku selalu sahaja kecundang.
Memang aku tidak mampu mendidiknya, kalau tidak dapat pertolongan daripada Engkau.
Tolonglah aku, bantulah aku melawan hawa nafsuku agar aku dapat mengalahkannya.
Berilah aku kekuatan mendidik dan mengendalikannya agar aku tidak terjerumus kepada kejahatan.
Kuasa ada pada tangan Engkau, kemampuan adalah pada-Mu.
Kalau kuasa Engkau itu Engkau beri sedikit sahaja kepadaku, nafsu dapat dikalahkan.
Dengan rahmat-Mu ya Allah ya Tuhanku, bantulah aku.
Jangan biarkan aku bersendirian menghadapi nafsuku.
Aku tidak mampu, aku tidak ada daya melawan nafsu.
Engkau sahajalah yang mampu.
Tolonglah aku melawan nafsuku.
Agar aku dapat menuju-Mu, tanpa halangan dari nafsu. 


MADAH baru 368


*1116*
Penyakit masyarakat berpunca daripada penyakit hati.
Yang lain kalau ibarat pokok, ia adalah baja dan air penyuburnya sahaja.
Oleh itu didiklah hati.
Apabila dia baik, baiklah seluruh anggota lahir dan masyarakat manusia. 

*1117*
Tuhan Ada. Ada di mana-mana. 
Tapi tiada di sana. Dia tempat kita meminta-minta apa saja. 

*1118*
Baiknya Tuhan ciptakan bumi untuk kita. 

*1119*
Anda ada masalah kewangan? 
Bank Tuhan boleh selesai segala-galanya. 

*1120*
Mahaguru paling bijak ialah Tuhan. Belajarlah dengan Dia. 
Anda akan jadi secerdik-cerdik manusia. 

 

Berjuanglah Untuk Mencintai Tuhan


Berjuanglah, untuk mencintai Tuhan.
Agar kita dicintai.
Berjuanglah untuk mencintai sesama manusia.
Kerana kasih sayang, semua manusia memerlukannya.
Tidak ada kasih sayang hidup sudah tidak ada ertinya.
Membangunlah jangan sampai korbankan kasih sayang.
Bermesyuarat dan bermuzakarahlah tapi jangan sampai hilang kasih sayang.
Berniagalah, jagalah kasih sayang.
Kasih sayang adalah diperlukan oleh setiap insan.
Berkemajuanlah, tapi jangan sampai mati kasih sayang.
Carilah kekayaan tapi jangan sampai punah kasih sayang.
Berkawanlah untuk kasih sayang.
Bernikahlah untuk menjalinkan kasih sayang.
Beranak-pinaklah untuk kasih sayang.
Berilmulah tujuan kasih sayang.
Buatlah apa sahaja, tapi jangan sampai hilang kasih sayang.
Kasih sayang sangat diperlukan.
Kasih sayang adalah makanan jiwa.
Tidak ada kasih sayang jiwa derita.
Tidak ada kasih sayang.
Satu aspek di dalam kehidupan yang penting telah hilang.
Jagalah kasih sayang jangan sampai hilang.
Hilangnya kasih sayang, hidup manusia menjadi kosong. 

.

MADAH baru 367


*1106*
Binatang-binatang buas seperti harimau, singa, tidak banyak berkawan.
Paling banyak sepuluh ekor, justeru tabiatnya selalu berkelahi dan suka monopoli.
Begitulah jenis manusia, apabila mereka pandai atau berkuasa atau kaya, kedudukan mereka kuat, kawan-kawan mereka sangat terbatas kerana satu sama lain payah patuh-mematuhi atau ikut-mengikuti.
Tidak seperti golongan bawahan. Sedangkan golongan inilah yang menguasai masyarakat.
Bagaimanalah masyarakat
boleh berpadu? 

*1107*
Perpaduan yang diikat oleh agama lebih kuat daripada perpaduan yang diikat oleh ideologi, oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi, oleh ikatan senasib.
Oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduannya kuat jadikanlah Islam sebagai pengikat. 

*1108*
Orang yang berilmu kalau dia sedar yang dia berilmu, ertinya orang itu telah membataskan ilmu itu setakat yang ada pada dirinya, tidak ada lagi di mana-mana
pada orang lain. 

*1109*
Di dalam Islam latihan fizikal boleh dibuat sekali-sekala.
Latihan kerohanian (mendidik nafsu dan membersihkan hati) kena dibuat setiap masa.
Kerana membentuk dan melatih diri lahir amat mudah tetapi hendak membentuk diri yang batin amat susah,
Buktinya dengan badan yang sihat lagi terlatih orang boleh panjat bukit, merenangi lautan, merentas hutan, menurun lurah, berlari beratus-ratus batu.
Tapi untuk sembahyang, lebih-lebih lagi sembahyang Subuh,
walaupun di atas karpet, di bilik sejuk atau bilik panas di negeri sejuk, banyak orang yang tidak sanggup, bukan fizikalnya tidak mampu tapi hatinya tidak mampu. 

*1110*
Jadikanlah semua hal di dalam kehidupan kita itu pengajaran, atau guru yang mendidik kita.
Tidak pernah meminta balasan tapi memberi pengajaran yang amat dalam.
Dan kalau kita faham, banyak memberi didikan kepada kita yang boleh membaikkan kita.

Doa Senjata Orang Mukmin



Berdoalah kepada Tuhan tanda merendah diri kepada-Nya.
Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang hal.
Untuk menghilangkan kesombongan dan ketakburan.
Memohonlah kepada Tuhan, itu adalah salah satu sifat kehambaan.
Berdoalah kepada-Nya tanda kita hamba yang lemah.
Meminta kepada Tuhan tanda kita hamba kepada-Nya dan baik sangka.
Memohonlah kepada Tuhan, Dia tetap mengabulkannya sekalipun di Akhirat.
Berdoa ertinya kita bermesra dengan Tuhan.
Berdoa ertinya kita bermunajat dengan Tuhan.
Berdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan.
Mengadukan hal kita.
Meminta itu dan ini.
Bukankah itu satu keindahan dan kelazatan.
Berdoa adalah satu ibadah.
Bahkan ia dianggap otak ibadah.
Doa adalah senjata orang mukmin.
Berdoa adalah satu harapan.
Berdoa termasuk perhubungan di antara hamba dengan Khaliqnya.
Orang yang tidak berdoa ertinya dia sombong dengan Tuhan.
Dia merasakan ada kuasa, tidak perlu lagi kepada Tuhannya.
Ini termasuk orang yang telah putus rahmat dengan Tuhan. 


Takutlah Nasib Kita Belum Tahu

 

Janganlah banyak ketawa.
Lebih-lebih lagi ketawa terbahak-bahak macam orang tidak siuman.
Banyak ketawa hati mati.
Tanda lalai atau lupa dengan Tuhan.
Banyaklah menangis di dunia ini.
Kerana nasib kita belum tahu lagi.
Sama ada di dunia mahupun di Akhirat sana.
Macam-macam boleh terjadi kepada diri kita.
Eksiden boleh berlaku, patah kaki.
Sakit yang teruk boleh terjadi.
Rumah kita terbakar, anak mati.
Orang bunuh kita pun boleh jadi bahkan macam-macam lagi.
Di Akhirat pun belum tahu lagi.
Ke Syurga atau ke Neraka yang amat azabnya.
Insafkanlah diri, ingatlah mati.
Beribadahlah dan beramal sebelum mati.
Banyaklah menangis jangan banyak ketawa.
Banyak ketawa tanda kurang akhlak, hati buta.
Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya dan takutkan-Nya.
Kerana Allah yang akan menentukan nasib kita. 


Prasangka

Ismail SMS sahabat baiknya
"Bro, boleh tolong aku? Aku perlukan duit lebih kurang RM300..penting sangat, darurat sangat bro, boleh aku pinjam duit kau dulu?"

Lalu Ahmad, sahabat baiknya membalas mesejnya itu....
"Boleh in shaa Allah bro, tapi kau kena tunggu dalam 1/2 jam, nanti aku transfer ke akaun kau"

Selepas 1/2 jam...1 jam.... 2 jam menunggu... sahabatnya Ahmad tidak memberi langsung khabar berita, bila Ismail menelefon ke telefon sahabatnya
itu ternyata ia tidak aktif..

Ismail kecewa dengan sahabatnya itu, ternyata sahabat yang disangka boleh dipercayai itu juga meninggalkan dirinya, Bahkan hampir 3 jam sudah
berlalu.. telefon Ahmad masih juga tidak aktif!

Ismail pun mengirim SMS kepada Ahmad
"Selama ini kita bersahabat baik, aku tidak pernah mengecewakan kau disaat kau dalam kesusahan, kita sudah saling percaya, dan kau aku anggap seperti saudaraku, Tapi kenapa sekarang kau pergi meninggalkan aku..?"

Lalu SMS itu dihantar kepada Ahmad....

Tapi status pengirimnya pending....

15 minit kemudian sahabatnya Ahmad menelefonnya...

Ismail bertanya kepada Ahmad, kenapa telefonnya tidak dapat dihubungi sebelum ini..Lalu sahabatnya pun memberitahu bahawa...

"Minta maaf bro, aku bukan sengaja mematikan telefonku, aku bukan sengaja lari darimu, tetapi aku mematikan hpku kerana aku sedang menjual hpku
supaya aku dapat membantumu..lalu duit hasil jualan hpku itu dapat aku berikan pada mu...Aku belikan hp yang murah agar aku boleh menghubungimu, bahawa aku ingin memberitahumu, duit yang kau perlukan itu sudah aku transfer ke akaunmu..."

Ismail sangat mnyesal dengan tindakannya yang bersangka buruk pada sahabatnya itu... Dia terasa sangat kecewa dengan dirinya...😢

Allah berfirman dalam Al-Quran
"Hai orang orang beriman, jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa"

(Surah Al-Hujuraat 49: 12)

🔨KETUK HATI‼
SENTAPNYA TUE DISINI ❤

Akhlak Baginda Rasulullah SAW

Di antara Akhlak Baginda Rasulullah SAW yang perlu kita contohi :

1. Baginda sentiasa MEMBERI SALAM kepada sesiapa yang ditemui.

2. Baginda SANGAT MENGHORMATI orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak.

3. Baginda bercakap dengan lemah lembut (sopan) dan sentiasa MENUMPUKAN PERHATIAN kepada orang yang bercakap dengannya.

4. Baginda TIDAK PERNAH MENGHINA orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka.

5. Baginda sentiasa MEMBANTU orang lain, walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.

6. Baginda sangat BERLEMAH-LEMBUT dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya.

7. Baginda tersangat SABAR DAN TABAH apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

Mari kita perbaiki diri dan mengikut segala kebaikan Rasulullah S.A.W..

MADAH baru 366



*1096*
Jangan jadikan agama sebagai bahan ugut-ugutan dan menakut-nakutkan.
Tapi carilah jalan agar manusia menerimanya dengan penuh rela dan penyerahan sebagai cara hamba mengabdikan diri kepada Allah yang menciptanya. 

*1097*
Agama Islam bukan untuk digunakan bermusim, 
atau tempat-tempat tertentu dan masa-masa tertentu.
Seperti kalau gejala masyarakat sudah berleluasa,
bahananya semua orang terkena,
barulah mahu rujuk kepada agama.
Tapi Islam untuk setiap individu,
sebarang masa, di setiap tempat, di semua musim dan ketika di mana-mana sahaja.
Kerana agama Islam bukan tuntutan semasa,
tapi kehendak Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Esa. 

*1098*
Jangan jadikan Islam itu sekadar untuk membangunkan akal,
tapi jadikan ia pembangun jiwa sama.
Kalau sekadar pembangunan akal, kita seronok melakukan mental exercise  melalui rencana, forum, ceramah, perbincangan,
namun hati tetap gelap juga, perangai tidak juga berubah. 

*1099*
Bersahabat hendaklah berhati-hati.
Musuh jangan dicari.
Menuduh-nuduh orang hendaklah dijauhi.
Jujurlah di dalam berjual beli.
Berlebih kuranglah di dalam berkongsi.
Kita akan selamat ke mana sahaja kita pergi. 

*1100*
Bermesralah, satu sama lain diberi pahala.
Jangan gelak ketawa,
hati mati, membawa kepada dosa.
Ziarah-menziarahilah dan jaga disiplin.
Ia mendatangkan kasih sayang yang sangat diperlukan.
Bertolong bantulah memudahkan kerja, di samping perpaduan.
Rasa susahlah di atas kesusahan orang lain.
Bergembiralah di atas kegembiraan orang lain.
Kita akan hidup di dalam harmoni.

Lantaran Tidak Kenal Tuhan


Kerana umat Islam sudah lama tidak begitu kenal Tuhan.
Sekalipun mereka yang masih beribadah kepada-Nya.
Kesan dari itu ramai umat Islam yang prejudis dengan Tuhan.
Teringat sahaja Tuhan seolah-olah Tuhan itu hanya menghukum.
Mereka percaya adanya Tuhan tapi dirasakan Tuhan itu menyusahkan dan mengancam.
Teringat Tuhan hanya menakutkan tidak lebih dari itu.
Percaya dengan Tuhan tapi benci dengan-Nya.
Teringat sahaja Tuhan tidak terasa lazat dan indahnya.
Teringat sahaja Tuhan tidak terasa terhibur.
Padahal Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Tapi manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya.
Manusia tidak terasa lagi Allah itu pentadbir, penjaga, penyelamat dan pelindung.
Seolah-olah Tuhan itu hubungannya dengan manusia hanya menghukum.
Padahal Tuhan itu adalah segala-galanya.
Yang paling menonjol adalah kasih sayang-Nya.
Yang banyak adalah rahmat dan nikmat-Nya kepada manusia bahkan kepada alam seluruhnya.
Tapi kerana Tuhan sudah tidak dikenali lagi, hanya sekadar percaya kewujudan-Nya,
maka manusia prejudis dengan Tuhan.
Sepatutnya Tuhan itu dikasihi dan dicintai bukan sekadar ditakuti.
Tuhan itu sepatutnya kita merasa Dia melindungi dan penyelamat.
Setiap manusia sepatutnya sangat perlu kepada Tuhan. 


MADAH baru 364


*1086*
Pendidikan itu tapaknya sembahyang atau asasnya sembahyang.
Ia diperintahkan bermula di dalam keluarga.
Dari sinilah titik tolak disiplin di dalam Islam.
Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan
tidak bermula daripada disiplin sembahyang,
disiplin-disiplin yang lain
tidak akan memberi kesan. 

*1087*
Melahirkan orang pandai sahaja mudah,
tapi melahirkan orang pandai yang jujur, yang merendah diri adalah payah.
Melahirkan para pemimpin mudah, melahirkan pemimpin yang adil, jujur, merendah diri, penyayang, payah.
Melahirkan orang kaya mudah, tapi melahirkan orang kaya yang pemurah dan tawadhuk, payah. 

*1088*
Di dalam keluarga kalau anak-anak tidak terdidik, kesalahannya ada pada ibu bapa.
Isteri kalau tidak terdidik, kesalahannya kepada suami.
Di dalam sekolah kalau pelajar-pelajar tidak terdidik, kesalahannya kepada guru.
Di dalam masyarakat umum kalau rakyat tidak terdidik, kesalahannya kepada pemimpin. 

*1089*
Memberi ilmu kepada orang mudah, jika dirinya ada ilmu.
Tapi untuk mendidik orang bukan sebarang orang,
iaitu orang yang dirinya telah dipimpin oleh Allah. 

*1090*
Seorang pemimpin atau ibu bapa
yang luar biasa itu bukan sekadar pandai memberi makan tapi pandai mendidik seseorang itu menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Kalau sekadar pandai memberi makan, binatang juga pandai memberi makan kepada anak-anaknya.

Akhlak Mulia Dalam Kehidupan

Senyum adalah sedekah.
Sedekah tanpa wang dan harta.
Bermesra adalah juga sedekah, tanpa menginfakkan harta benda.
Ia boleh membawa persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia.
Bertolak ansur juga disukai Allah.
Berlaku di dalam pergaulan, orang sangat suka.
Ia boleh menghilangkan perbalahan di dalam pergaulan manusia.
Orang senang, orang suka, orang akan mesra.
Berlebih kurang orang sangat suka.
Orang suka berkawan, orang suka bermesra, orang suka dengar cerita.
Di dalam kehidupan sangat diperlukan oleh sesiapa juga.
Agar orang sayang dengan kita.
Bertegur sapa, beramah mesra, tanya-bertanya orang suka.
Orang senang dan suka dengan kita.
Orang ingin berkenal dan berjumpa dengan kita.
Di masa perantauan, di tempat  orang, orang senang menerima kita tetamu mereka.
Di mana pergi ringan tulang, mudah menolong orang, orang suka.
Orang suka bergaul dengan kita, boleh jadi juga suka berkawan dengan kita.
Mudah dan senang orang mengajak ke rumahnya menjadi tetamunya.
Sifat-sifat tadi kalau dibawa ke mana-mana, orang suka.
Ia kita jadikan sebagai budaya di dalam kehidupan kita.
Ke mana sahaja kita pergi mudah dapat kawan dan kenalan.
Semua sifat-sifat tadi adalah harta manusia di dalam kehidupan mereka. 


MADAH baru 365


*1091*
Anak-anak yang kecil, kita manjakan dia dengan tunjuk sikap yang nampak dilihat oleh mata kepala.
Yang sudah besar cukup di dalam hati sahaja.
Yang dewasa ajak berbincang atau bermesra dengan mereka. 

*1092*
Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa kecuali orang yang mukmin. 

*1093*
Penderitaan adakalanya banyak mengajar kita.
Kesenangan adakalanya melalaikan kita, tertutup pintu kebenaran, pembaziran menjadi amalan. 

*1094*
Senang tidak mesti bahagia.
Susah tidak mesti gelisah.
Kaya tidak mesti selesai masalah.
Miskin tidak mesti membuat masalah. 

*1095*
Senang dengan tenang tidak sama.
Senang, orang yang mempunyai banyak kemudahan-kemudahan hidup.
Tenang, orang yang hatinya bahagia.
Kalau terpaksa pilih salah satu, pilihlah tenang daripada senang.
Yang paling baik dapat menguasai kesenangan dan ketenangan iaitu kedua-dua sekali.

Buat Kerja Kerana Allah




Membuat kerja dengan terpaksa memang menderita.
Bahkan menjemukan dan mudah meletihkan.
Seperti membuat kerja yang dia tidak suka.
Tapi dipaksa membuatnya.
Atau kerja itu tempat dia dapat gaji sedangkan hati tidak suka.
Kalau dia kerja bertahun-tahun lamanya.
Akan kelihatan nanti umur muda tapi muka nampak tua.
Mudah bencinya dan boring dengan kerja.
Jemunya menghilangkan kebahagiaan jiwanya.
Biasanya ini akan membangunkan emosi manusia.
Mudah marah-marah, mudah tersinggung dengan manusia.
Kerana itulah buat kerja biarlah kerana Allah.
Buat kerja itu untuk keredhaan.
Rasakan di situlah ibadah tambahan kita.
Buat kerja kerana Allah tidak jemu, bahkan menggembirakan.
Adakalanya telah meletihkan badan tapi jiwa masih tahan.
Begitulah kerja dengan Tuhan tidak menjemukan.
Kerja dengan manusia menjemukan.
Jiwa gelisah, resah dan parah.
Hilang ceria di muka, macam orang ada masalah.
Mudah meletihkan, mudah menjemukan. 


MADAH baru 363


*1081*
Perlu diingat,
di dalam kehidupan bermasyarakat memang ada golongan yang suka masyarakatnya rosak kerana dia dapat untung di situ.
Seperti pepatah Melayu ada berkata:
Menangguk di air keruh. 

*1082*
Baik atau jahat sesuatu kaum atau bangsa itu berpunca daripada pelajaran yang dilagang dan dijalankan di sekolah-sekolah.
Kalau ada sumber lain yang merosakkan atau membaikkan, ia sebagai tambahan untuk menyuburkan. 

*1083*
Kita terlalu menekankan pendidikan di majlis-majlis rasmi atau di majlis-majlis formal.
Padahal pendidikan yang berkesan itu boleh berlaku secara tidak formal seperti waktu makan, waktu bergaul, waktu berjalan, waktu pertemuan, waktu rehat-rehat, waktu berbual-bual.
Tapi malangnya kita tidak lakukan sekalipun katanya, dia tokoh-tokoh pendidikan. 

*1084*
Rasulullah SAW serta para Sahabat r.a. mengajar dan mendidik manusia kebanyakannya berlaku secara tidak rasmi.
Apabila bertemu sahaja manusia, sama ada percakapannya, perbuatannya dan sikapnya, ia bersifat ilmu dan pendidikan.
Justeru itulah sangat memberi kesan.
Kita mendidik orang banyak secara rasmi, ditentukan masa, ditetapkan tempat, diberitahu siapa penceramahnya, isytiharkan siapa penganjurnya.
Di dalam majlis ceramah banyak pula gelak ketawa.
Belum lagi nawaitu masing-masing,
kita tidak tahu.
Bagaimanalah hendak berkesan? 

*1085*
Dasar pelajaran dan pendidikan yang baik itu menekankan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia,
hingga lahir insan yang takutkan Allah (iman).
Dari sini timbul sifat adil, amanah, bertimbang rasa, tawadhuk, pemurah dan pandai menghormati manusia mengikut taraf masing-masing.
Dengan guru bagaimana?
Dengan ibu bapa bagaimana?
Dengan pemimpin bagaimana?
Dengan kawan sebaya macam mana?
Dengan orang yang di bawah peringkatnya macam mana?
Meletakkan diri di dalam pergaulan, macam mana?

selisih pasangan, ingat ni

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri, ingatlah perkara ini:

1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.

2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada pengampunan dosa atau pengurnian pahala.

3. Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan kita.

4. Ingatlah, kebaikan dan kelebihan pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.

5. Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah.

Kredit to owner

Takutilah Tuhan



Berhati-hatilah bahawa bumi yang engkau pijak, Tuhan yang punya.
Hendaklah merendah diri dan sedarlah diri.
Makanan dan minuman setiap hari yang engkau makan dan minum, nikmat
dan pemberian-Nya.
Malulah kepada-Nya.
Syukurilah Dia!
Setiap pakaian buat menutup badanmu dan perhiasan dirimu anugerah-Nya.
Jangan engkau hairankan dirimu!
Setiap ilmu dan maklumat yang memandaikan akalmu kurniaan Tuhan.
Jangan pula engkau angkuh dan sombong.
Merasa manusia luar biasa.
Memandang orang menghina.
Ingatlah setiap kekayaan yang engkau miliki.
Adalah sedikit daripada kekayaan Tuhan yang diberikan kepadamu.
Dia boleh mengambil semula bila-bila masa.
Janganlah engkau terpesona dengan kekuasaanmu.
Kemudian dengan kuasa melakukan sewenang-wenangnya.
Tuhan sedang melihat dan memerhati.
Bila-bila Dia boleh bertindak.
Engkau akan jatuh terhina dan Akhirat pula Neraka.
Ingatlah nyawamu di antara nafas turun naik sahaja!
Bila naik tidak turun, matilah kamu.
Jika turun tidak naik lagi, pun matilah kamu.
Tapi ini mudah sahaja.
Takutilah Tuhan agar di waktu mati di dalam keredhaan-Nya.


MADAH baru 362


*1076*
Kalau berlaku gejala negatif di dalam masyarakat, terutama berlaku di kalangan belia, jangan sekadar kita usahakan satu perkara lain untuk mereka melupakan perbuatan negatif itu,
sedangkan niat negatif itu ada dalam jiwa mereka.
Yang penting, para pendidik pandai membuang niat negatif di dalam jiwa mereka.
Di waktu itu perbuatan negatif di depan mereka pun mereka akan tolak bahkan akan membanterasnya. 

*1077*
Di antara masalah mengapa gejala masyarakat yang tidak sihat payah hendak diselesaikan, 
sebahagian besar orang yang menanganinya kerana hobi, kerana nama, 
kerana kepentingan, kerana arahan, kerana takut apa kata orang,
bukan kerana Tuhan untuk keredhaan-Nya. 

*1078*
Kalau kejahatan remaja dan para pelajar sahaja yang hendak ditumpaskan,
sedangkan kejahatan-kejahatan ahli politik, ahli ekonomi, para pentadbir, cerdik pandai tidak ditumpaskan,
akan timbul dendam kesumat daripada remaja dan pelajar,
serta penentangan daripada mereka.
Mereka akan mempersoalkan, mengapa kejahatan mereka sahaja yang hendak diperangi,
sedangkan kejahatan orang-orang politik, ahli ekonomi, para pentadbir dan cerdik pandai tidak diperangi.
Padahal kejahatan mereka ada mempunyai ciri-ciri  tersendiri yang tidak sama bentuknya dengan kejahatan mereka. 

*1079*
Ada orang yang susah hati kalau masyarakatnya menjadi baik kerana peluang-peluang dunianya terlepas.
Orang-orang macam inilah adakalanya berlakon di hadapan orang ramai.
Bersuara tentang gejala masyarakat. Yang sebenarnya mereka berbuat demikian kerana hendak menyorokkan keburukannya. 

*1080*
Gejala-gejala masyarakat itu ialah bala dari Tuhan.
Ada perkara yang tersembunyi mengapa Tuhan lakukan.
Banyak manusia tidak tahu perkara yang batiniah ini.
Di antaranya, dasar pelajaran dan pendidikan
yang tidak tulen berdasarkan syariat,
banyak bersifat ‘aqli.
Mereka yang terlibat dengan pelajaran dan pendidikan nawaitu bukan kerana Allah,
mungkin kerana gaji, nama, kedudukan.

PEJUANG KEBENARAN UNIK DAN ISTIMEWA


Pejuang-Pejuang kebenaran sepanjang sejarah unik dan istimewa.
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya.
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang kerana mempunyai quwwah atau kekuatan.
Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh barulah diberi kemenangan.
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan.
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan. Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya baru menang.
Tapi yang membunuh tentera musuhnya dan mengalahkan adalah Tuhan.
Allah Taala datangkan tentera-tentera yang bukan jenis manusia.
Adakalanya para malaikat datang berperang. 
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat di peperangan Badar yang terkenal.
Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang.
Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang.
Seperti yang telah berlaku di dalam peperangan Ahzab atau Khandak.
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita.
Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan dibantu Allah.
Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan bukan mereka yang berperang.
Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam.
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud dan tenteranya bukan dengan perang. 
Allah Taala datangkan tentera nyamuk memusnahkan.
Namrud dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan.
Kalau begitu jika ada di setiap zaman
pejuang-pejuang Islam, berjuang tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah di waktu berperang.
Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu
penuh dengan dosa, akhirnya kecundang.
Kita hendak menunggu kemenangan kita,
bukan dari kita.
Kita hendak menunggu kemenangan ini
di tangan Tuhan.
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri untuk keredhaan Tuhan. 


MADAH baru 361


*1066*
Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang.
Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri.
Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki.
Bukan ke destinasi yang kita kehendaki.
Bila hendak sampai?! 

*1067*
Kalau ada orang di dalam hidupnya terutama di dalam perjuangannya, tidak serius mencari rezeki, tapi rezekinya tidak putus,
tidak meminta-minta tapi orang hadiahkan,
tidak memikirkan sangat masalah hidup tapi boleh hidup.
Kalau dipandang hartanya tiada, dia miskin, tapi melihat kehidupannya dia kaya.
Tidak ada kepentingan dunia di dalam perjuangannya.
Bila dunia datang, dia tidak sayang mengorbankannya untuk kebaikan orang atau perjuangannya.
Ini orang luar biasa. 

*1068*
Perjuangan ibarat membawa kereta, jalan yang ditempuh suasananya tidak sama.
Adakalanya mendaki, adakalanya menurun.
Waktu tertentu menempuh liku-liku, 
adakalanya berjalan di tepi gaung, 
adakalanya mengharung banjir,
tidak mustahil pula sekali-sekala
melalui batu kerikil dan jalan lekuk-lekuk.
Oleh itu kereta yang dibawa kenalah sekali sekala laju, 
adakalanya perlahan,
tidak kurang pula ada waktunya berjalan sederhana,
boleh berhenti, bukan rehat tapi mencari muslihat. 

*1069*
Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan,
adakalanya kita mesti undur ke belakang
dan adakalanya kita mesti bertahan.
Begitulah strategi di dalam perjuangan. 

*1070*
Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar,
dia tidak kenal kecewa di dalam perjuangan.
Kalau perjuangannya itu ibarat sampan di laut,
waktu cuaca baik dan angin baik, lautan tenang, dia lajukan sampannya.
Waktu sekali-sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan-lahan, penuh berhati-hati.
Bijak menongkah ombak dan pandai mengelecek angin.
Waktu kapalnya karam, sesetengah kawan-kawannya tenggelam,
pandai pula dia berenang dan mampu ke darat. 
Sampai di darat dia rehat seketika,
selepas itu dia membuat sampan
dan mencari kawan-kawan,
kemudian belayar semula dengan satu taktik dan strategi yang baru pula.
Sekali-kali putus asa tidak ada di dalam kamus hidupnya.

Kehidupan Orang Tuhan Berbeza



Pengikut-pengikut syaitan dan iblis,
perjuangannya Tuhan hamparkan permaidani merah.
Tempat tinggal mereka istana-istana tersergam gagah, besar dan indah.
Mereka mempunyai emas dan perak, intan berlian, kebun yang luas.
Kerana dunia ini pada Tuhan tidak ada nilai sekalipun setimbang sayap nyamuk yang murah.
Patutlah dianugerahkan kepada mereka dunia ini agar di Akhirat tidak ada lagi habuannya.
Seperti Namrud, Firaun, Qarun dan mereka-mereka yang serupa dengan mereka.
Orang-orang Tuhan seperti para Rasul, anbiya dan auliya,
Tuhan layan mereka lain pula caranya.
Kalau mengikut ukuran orang dunia, mereka itu macam terhina sahaja nampaknya.
Tuhan layan mereka, aduh, sungguh hiba ceritanya.
Perjuangan mereka dihamparkan dengan batu-batu kerikil dan duri-duri tajam yang menyucuknya.
Tempat tinggal mereka ala kadarnya, macam orang biasa sahaja.
Bahkan mereka macam tidak ada rumah.
Hidup mereka pindah-randah sahaja merata-rata.
Mereka sentiasa dikejar-kejar dan diburu oleh musuh-musuhnya.
Kerana Tuhan hendak anugerahkan hidup yang indah di Akhirat sana.
Tuhan dera mereka di dunia.
Tapi mereka faham mengapa Tuhan lakukan kepada mereka begitu rupa.
Jiwa mereka tenang, bahkan rasa indah macam hidup di dalam istana yang indah.
Orang yang tidak faham, apatah lagi yang tidak kenal Tuhan, mengejek-ngejek mereka kerana dhaifnya tempat tinggal mereka.
Para rasul, anbiya dan auliya, mereka hidupnya simple sahaja.
Mereka orang dunia itu tertipu dengan nikmat dunia, di Akhirat sana dicampak ke Neraka.
Sungguh berbeza hidup orang syaitan dan orang Tuhan.
Macam di antara langit dengan bumi jaraknya.
Orang syaitan penuh bangga, ingin duduk lama di dunia, berlagak macam ada kuasa.
Body guard di kelilingnya, dengan kebesarannya penuh hebat dengan sombongnya.
Tapi sakit juga, letih juga, mana ada kuasa menolaknya.
Namun demikian tidak sedar juga, rasa ada kuasa.
Mana ada kuasa.
Akhirnya umur tua juga walaupun tidak suka.
Sudah tua badan, sudah lemah, sakit-sakit pula tidak sedar juga.
Tidak juga kembali kepada Tuhan, akhirnya mati juga tinggal sejarahnya sahaja.
Orang Tuhan di bumi penuh rendah diri, serendah bumi.
Tawadhuk dengan Tuhannya di situlah rasa indah jiwanya, tenang perasaannya.
Makin rendah diri, makin terasa tidak ada kuasa, Tuhanlah yang berkuasa.
Tuhan yang berkuasalah yang menjaganya, mengawalnya, sungguh indah dirasa.
Rupanya rasa tidak ada kuasa, Tuhanlah yang berkuasa, 
di situlah ketenangannya, bahkan keindahannya.
Mereka menunggu mati dari detik ke detik, angan-angan kosong tiada.
Menunggu mati kerana ingin bertemu kekasih agungnya, itulah Tuhannya. 


Pesan kat adik-beradik kita..



Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset..

Bagi ada harta dgn nama sendiri..

Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnti.. jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..

Tak guna...

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jgn fikir, jgn berharap.. jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..

Jangan..

Sebab nanti bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti...tup² bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt² "hak" kita...

Hak apa yg kita nak?

Hak apa yg kita tuntut?

Kita berhak ke?

Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita...yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka...

Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..

Kita sebagai anak yg perlu bagi "sesuatu" kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka..

Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama "harta pusaka"..

Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.. 😥

.

Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..

.

Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?

.

Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb). Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.

.

Harta Pusaka termasuk :

-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.

-Kutipan sewa dari harta si mati.

-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.

-Premium insurans.

-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.

-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

Bukan Harta Pusaka :

-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.

-Harta yang telah dijual oleh si mati.

-Harta yang telah diwakafkan.

-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.

-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.

-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.

-Imbuhan dan saguhati.

-Pampasan insurans dan manfaat takaful.

-Khairat kematian.

Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.

.

Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.

Kredit : Rosdlina Sabiah & co

Kredit : fuyyoopictures

Bumi Tuhan... Bersaksilah