Sedekah  

salam wrt...

sedikit perkongsian tentang kelebihan sedekah...

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.

silakan😊😊😊

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


sahabat dan durian  



Satu hari ada seorang kawan lama call..
.
Dia nak datang ziarah kita setelah lama tak jumpa..
.
Bayangkan dah 10 tahun tak jumpa.
.
Gembira, teruja, tak sabar nak jumpa..
.
Maklumlah member zaman universiti. 
Susah senang sama sama.. 
Satu rumah sewa.. 
Pegi kuliah sama sama.. 
Main Counter Strike sama sama.. 
Main snoker sama sama.. 
Makan maggi dalam baldi sama sama..
.
Fuhhh...legend !!!
.
.
Kita pun azam nak prepare yang terbaik untuk dia..
.
.
Kebetulan pula kita ada dusun durian. Dan kebetulan durian pula tengah banyak. So apa lagi, kita pun bersiap nak ke dusun untuk ambil durian. Kita niat nak jamu dia 2 bakul durian..
.
Ya..dua bakul besar yang selalu apek guna untuk letak durian tu..
.
Yelah..Takkan member lama nak jamu sebijik dua kan? Dia pun dah ada famili.. Kita nak sedia the best untuk kawan lama..
.
.
Sampai di dusun banyak nyamuk. Bersilat kita dan menampar nampar nyamuk yang banyak..
.
Kemudian ada kerengga yang gigit kaki kita. Kita tepis, 
.
" Adoiii..kurang asam punya kerengga.." teriak kita..
.
.
Tak lama kemudian kita ternampak lipan tersangkut di bakul yang kita bawa tadi. Kita pun ambil kayu dan habiskan riwayat lipan tersebut..biarpun ambil masa dua tiga kali sebab cucuk tak kena kena.. 
.
.
.
Soalan?
Adakah kita terganggu dengan nyamuk, gigitan nyamuk dan lipan tadi?
.
Tentunya TIDAK. Sebab apa?

Sebab Tujuan kita jelas iaitu nak ambil 2 bakul buah durian dan niat nak jamu the best untuk kawan lama kita...
.
.
Justeru, nyamuk, kerengga dan lipan itu tidak mendatangkan apa apa kesan pun selagi durian kita tidak berjaya dikutip.
.
.
Sama juga dengan kehidupan..
.
Jika kita tahu ada tujuan atau matlamat yang lebih besar untuk kita capai selepas kehidupan, benda benda sampingan yang datang akan menjadi kecil.

==============

Allahua'lam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Peringatan  

Sedap pulak kata2 Prof Muhaya ni...

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.

👉Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

👉Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

👉Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

👉Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

👉Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

👉Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

👉Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

👉Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

👉Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu, 
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-peringatan kpd diri sendiri...serta dilanjutkan untuk sahabat juga...🙂🙂🙂👍👍

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR  


Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

 🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*Tips kurangkan rasa MALU berniaga termasuk berniaga online:*  


1. Check apa niat anda berniaga. Takkan niat yg baik pun malu nak buat.

2. Kenapa anda perlu berniaga? Sebab anak2? Sebab mak bapa? Cari satu sebab walau apapun org cakap, anda peduli sbb anda lebih pentingkan mereka. 

3. Apa sebenarnya yang anda malukan sgt dengan berniaga ? Rasullullah S.A.W, manusia teragung pun berniaga. Siap berdakwah sekali kan..jadi janganlah malu2.

4. Jangan fikir bukan2 sebelum mencuba, (takut org kata, takut org kutuk, takut kena sindir). Ini cuma PEMIKIRAN anda. Belum terjadi pun. Buat apa mau takut dengan benda belum jadi? Buat je kerja anda, abaikan kata2 negatif. Orang berjaya perlu sentiasa positif dan bermotivasi tau, ingat tu!

5. Bila mana anda rasa berniaga online itu low standard, tiada class, fikir balik, ORANG YANG PALING KAYA DI DUNIA adalah orang yang berniaga. Bukan makan gaji. 

Kejayaan Bermula dari Diri Kita Sendiri. Right??

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


PETUA 3 AMALAN UNTUK MENGATASI LUPA  

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua

Semua orang lupa kerana ia adalah perkara biasa
Tidak ada manusia yang tidak pernah lupa.

Antara amalan untuk mengatasi masalah lupa dan mengembalikan ingatan adalah:

💚1) Isti'azah (mohon perlindungan dengan Allah) 3x : kerana lupa mungkin disebabkan syaitan yang menutup ingatan manusia. Dalam surah Al-Kahfi, Nabi Musa a.s. memerihalkan bagaimana syaitan yang membuatkannya lupa.

💙2) Istighfar : Barangkali kita lupa kerana kesan maksiat yang dilakukan. Itu yang dinasihatkan oleh Waqi', tuan guru Imam Syafie ' : ilmu Allah itu NUR, dan cahaya tidak mungkin kekal dalam hati orang penuh dosa.

💖3) Selawat : kerana ia mengundang rahmat Allah. Bila lupa terjadi, ia bermakna 1 rahmat Allah telah ditarik dari kita. 
Maka berselawatlah. Ia bakal mengundang segala rahmat & barokah, insha Allah

Semoga kita dpt amal agar bila kita lupa, kita akan kembali kepada Allah yang akan membantu ingatkan kita kembali.

Wallahuallam💚

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Berhati-hatilah dengan 5 fitnah  


وَاتَّقُوا فِتْنَةً لاَتُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan takutlah kepada fitnah yang tidak hanya menimpa orang yang zalim di antara kamu semata dan ketahuilah, bahawa Allah memiliki azab yang sangat pedih” (Surah al-Anfal 25)

Ada lima fitnah yg kita dianjurkan untuk berhati2. Antara fitnah2 yg disebutkan oleh Nabi saw ialah:

1. Fitnah harta. Cari makan sampai lupa Allah swt dan tiada masa utk melakukan ketaatan.

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ

"Sesungguhnya masing-masing umat itu ada fitnahnya dan fitnah bagi umatku adalah harta [HR Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Hibban dlm sahihnya]

2. Fitnah dlm perdagangan, ekonomi dan kewangan

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

"Sungguh akan datang suatu masa, saat itu manusia tidak lagi peduli dengan cara apa dia mendapatkan harta, apakah dari sesuatu yang halal atau haram"[HR Bukhari]

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يَبْقَى مِنْهُمْ أَحَدٌ إِلَّا آكِلُ الرِّبَا فَمَنْ لَمْ يَأْكُلْ أَصَابَهُ مِنْ غُبَارِهِ

"Benar-benar akan datang kepada manusia suatu zaman, tidak seorang pun dari mereka kecuali akan memakan riba. Dan barangsiapa tidak memakannya, maka ia akan terkena debu-debunya" (HR Ibnu Majah)

3. Fitnah melibatkan keilmuan dan pendidikan

إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ لَأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ

"Menjelang kiamat, terdapat hari-hari yang ketika itu banyak kebodohan dan ilmu (agama) diangkat" (HR Bukhari)

4. Fitnah melibatkan sosial dan moral

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِِِِِِِِِِّسَاء
ِ
"Saya tidak meninggalkan satu fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain (ujian) wanita"[HR Bukhari dan Muslim]

5. Fitnah dlm politik dan kepimpinan

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

“Jika amanah sudah disia-siakan maka tunggulah kedatangan hari Kiamat.” Maka seorang badwi Arab bertanya kepada Rasulullah saw: “Bagaimanakah cara menyia-nyiakan amanah tersebut?” Baginda menjawab: “Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saatnya (hari Kiamat tiba)"(HR Bukhari)

سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ

"Akan muncul pemimpin-pemimpin yang kamu kenal, tetapi kamu tidak menyetujuinya (kerana kejahatannya). Orang yang membencinya akan terbebas (dari tanggungan dosa). Orang yang tidak menyetujuinya akan selamat. Orang yang rela dan mematuhinya tidak terbebas (dari tanggungan dosa)"(HR Muslim)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SPM dunia dan SPM akhirat  



"Puan , dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz  ketika di dalam kelas Taddabur  bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya. 

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali lagi tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"

Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni. 

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya sepanjang kehidupan namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal. 

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap. 

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang kerumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul. 

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk  mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?

Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi disana nanti"

Allahuakbar,  kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua, 

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?

Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"

Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !

Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

*************
Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isikandung  buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Analoginya mudah, tak baca / faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca /  faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang...

***********

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster