Pagi Ahad... amalan ke syurga

Hari ini nak menulis ringkas amalan- amalan utk ke syurga. blom lagi berkenaan baagimana nak elakkan dari masuk neraka. sebab ada yg masuk syurga tapi sebelumnya ke neraka... banyak rahsia Nabi SAW dah kongsikan... cakna tak cakna sahaja nak tahu atau tidak... Lumrah manusia, alpa dan leka... diulit mimpi indah... dunia oh dunia...

Jiran dengan rumah atas berpesta dekat atas.. biasa hujung minggu. dari malam sampai pagi... ni kita dh solat subuh, zaf dh gi kerja. anak2 dh tido balik.. mereka masih belum tidur dr malam td.. music & berchatting kt atas tu... siang krg senyap la tu tidoo...😁 Moga Allah kurniakan hidayah... kita ni pun xtau smpi ke hujung ke imannya... entah mereka kalau dpt sinar hidayah lagi laju dr kita... sbb tu selalu doa moga menjaga hati kita yg bolak balik ni...

Semalam Hamas dah lancar dekat 5000 roket ke israel... makin hujung dh nmpknya. tahun 2024 pula genap la 1 abad utk klahiran mujaddid baru... bak kata ustaz laaa dkt utube... Moga Allah dtgkn pmbela..

OKAY. antara amalan yg byk kebaikan seingat aku..
1. puasa 3x sebulan at least
2. baca ayat qursi lps solat
3. angkat tgn doa lepas amek air smbhyg\
4. selalu perbanyak lailahaillallah
5. solat sunat 13x sehari at least
6. selawat 100x sehari atleast
7. istigfar 100x sehari atleast 
8. hasbunallah wanikmal wakil 100x sehari
9. subhanallah wabihamdihi, subhanallah hil azim, astagfirullah 1000x
10. 2 rakaat sblm subuh at least
11. solat jemaah subuh dan isyak at least
12. baca quraan 40 ayat sehari at least or 4 ms
13 alaahumma ajjarni minannaar 7x lps solat subuh adan magrib


banyk lagi la.. nnti hari ke hari kita tulis lagi lebih proper.. ni mana igt je sebagai reflection..

wallahualam..

Pagi Sabtu... kosong

Alhamdulillah ala kullihal. masih dihidupkan. bernafas menghirup udara free kurniaan Tuhan jalla wa ala. Zaf dah pergi kerja, Kerja direct this week. Esok pun masih kerja. Isnin baru cuti. kak long maisa dah masuk tidur semula....
Kedengaran suara Humaira menangis di bilik. Moga Allah pelihara anak-anak dan isteri ku... aamiiiin.

Muhasabah perlu aku teruskan dengan lebih kerap. Saat dan waktu yang sesuai atau setiap waktu dalam taat? mana nak mula? Puasa? dekat mana nk merenung semua ini. mengembalikan kerinduan duduk memikirkan tentang perjalanan hidup sehari hari. dulu di mozac, ada bukit tempat memandang sambil merenung. adakalanya sampai menangis... air mata mengalir kerinduan pada pencipta.. pada Nabi SAW...
Kini yg ada... kosong... KOSONG... tak terisi hati ini... yang penuh zulumat dan kegelapan...
Mana ERa Cahaya yang disebut sebutkan?

Biasa dengan mendengar lagu aku dpt kmbali menemui jalan pulang...sekadar ibadah-ibadah kosong memenuhkan syariat dan jadi mcm adat... belum ada rasa... RASA  tu yang mahal... hilang.. nk cari semula rasa tu. Pencarian cahaya demi cahaya yg mampu terangi jalan kehidupan ini... kalau aku sendiri tidak bersinar, bagaimana nk menyinari sekeliling??? Melainkan rahmat Allah kpd isteri dan anak2ku... sahabatku...

Ummi abah apa khabar di kampung sana? ada rezeki aku pulang... igt rasa hati singgah di Raudhah.. NAik Saudi Air... teringat saaat berselawat dari malam sampai pagi... yg baring2 semua kena halau keluar masjid oleh askar2 yg jaga. Saat tu aku berselawat sepanjang malam... mungkin asbab tu aku bermimpi 3x pemuda yang sama di tanah suci Mekah. memanggil aku untuk bertawar depan kaabah. dan malam itu dapat aku mencium Hajaratul Aswad..
wajah pemud itu masih aku igt.. memakai ihram putih.... muda dan tenang wajahnya... seaakan ada mesej nk disampaikan... aku tak pasti apa.... sampai hari ni masih dalam ingatn... harap ada rezeki sekali lagi ke sana tahun depan dengan zaf dan semua anak2ku... then terus balik ke Malaysia dalam sebulan... aamiiin.

Hari ni macam sabtu2 lepas... 8.30 kena kejut kaklong Maisa utk siap2 cari baju utk ke Madrasah. MAdrasah mereka mula pukul 10 pagi habis pukul 2 ptg. buku2 semua dh beli. Moga usaha ini membantu proses pemahaman mereka kepada ISlam. ya Allah, tlglah... 

in shaaa Allah... aku berharap dengan menulis ini aku jumpa semula diriku... terlalu byak nk dikoreksi diri ini... hanya kau ya Rabb yg tahu siapa diriku ini... entah layak atau tidak memijak bumi mu ini.. maafkan aku... tolonglah bimbing aku... peliharalah diriku... aku rasa sorg.. kalau kau ada bersama... aku akan rasa ramai... kembalikanlah rasa itu.... pasti aku merinduinya... rasa bertuhan.. rasa kehambaann..

Pagi Jumaat

Alhamdulillah masih dihidupkan.. dan  masih mencoret di sini.. 
Semalam hujan sahaja... hantar kereta MOT. Balik tolak Humaira naik stroller... basah lencun matt!!
 .
Harap hari ni boleh siap. xde kereta mksdnya kena menapak 1km ke sekolah kejap lagi. angkut semua. mujur alhamdulillaah forecast kata xhujan pagi ni... teringat awal2 dtg sini dlu. xde kereta... berhujan sampai lencun ke sekolah! sian kaklong maisa...pengalaman tu mahal.

alhamdulillah malam  td ngantk2 pun dpt kekalkan baca tahlil. moga istiqomah setiap khamis malam.

oklah. hari ni tak boleh lambat. kena bangun awal. ohh ya. kak long & maisa dah solat subuh ikut waktu. alhamdulillah ala kullihal. senang anak2 ayah bangun tidur. then tidur semula sbb awal lagi nk siap ke sekolah. 

Moga Allah pelihara keluargaku selalu. menyediakan saham2 terbaik buatku pendosa ini... Allah.. ku mhon

Peperangan di hujung-hujung ini...

Salam wrt.

Kucoretkan tulisan ini setelah sekian lama membiarkan diri bebas terbiar berjiwa kekosongan di bumi Britain. Peperangan yang ku maksudkan bukan seperti yang di dalam sangkaan. Ku biarkan sahaja peperangan itu berlaku tanpa ada kekuatan untuk menulis berkenaan dengannya...

Nabi SAW pernah berkata kpd sahabat seusai perang berkenaan perang yang lebih besar berbanding perang fizikal yg kita sendiri rasa susah untuk melakukannya apatah lagi menyerah nyawa dan badan utk dirisikokan utk cedera dan berdepan kematian. Walaupun itu boleh dikurniakan mati syahid, berapa ramai yang lari dari medan perang??

Maka peperangan yang sangat dahsyat di akhir dan penghujung zaman ini adalah peperangan melawan hawa nafsu. Perang yang sangat hebat walaupun ibadah dah lebat! solat puasa umrah haji sedekah zakat semua dah padu giler tapi hati hancur lebur! Apa mksudnya????

Maksudnya potensi ibadah kita bernilai kosong adalah sangat tinggi! Malah makin beribadah makin tidak berakhlak! 

seketol seketol ceramah ustaz dan para asatizah berkenaan bab hati mengetuk pintu hatiku....

ku kuatkan diri untuk menulis semula di sini... unutk kembali seperti dahulu... ada medium untuk aku berkomunikasi dengan diriku... melalui pena dan tulisan... tapi bukan pena dan, keyboard la org panggil sekarang!😅

DI zaman pnuh fitnah ini, umat tak tahu arah ke mana mahu pergi. Ke sana di label itu, kesini di label ini! Musnah dan rosak masyarakat. Petanda kita dah dihujung zaman. Hampir cukup 100 tahun atau 1 abad menandakan kita sudah perlukan mujaddid akhir untuk akhir zaman!

Aku lebih melihat diriku... umur dah 36 hampir menuju 37 kurang lebih 2 bulan lagi...

Saat tidur dan bersendiri, aku melihat kebelakang jalan2 yg aku tempuh hingga saat ini...

Dosa lebih dari pahala... bekal apa yg ku bawa... tanggungjawab tak terlaksana.... amanah tak terjaga...

Yang ku nampak hanya. DUNIA DUNIA DUNIA!!! Nauzubillahi min zalik!

Saat ini Zaf sudah bekerja sebulan lebih di sini sebagai Phebelotimist. Aku pula selepas kelahiran Humaira, dah setahun tak kerja. Kini mula mencari pekerjaan. dah 3 kali interview. NHS dan 2 kali, Uni dah sekali. Nampak untuk NHS tak berjaya. Tengah menunggu untuk Fasilities Cleaning Assistant kalau ada rezeki sebab flexsible time. in shaa Allah!

Saat pagi macam ni jam 7.20am. dah kena kejut kakak2. Humaira dan basyirah dah bangun. mcm biasalah Basyirah kalau bangun mcm tekejut skit. td dengar menjerit. tu yg adik dia pn bangun sekali. menangis2...kat sebelah meja ni.. so, stop dulu menulis saat ini... sambung esok, in shaa Allah! 

MADAH baru 517


*1016*
Ahli fikir atau ahli falsafah selalunya sombong dan ego.
Berlainan sekali ahli kerohanian,
mereka adalah golongan yang tawadhuk dan berakhlak tinggi lagi mulia. 

*1017*
Ahli fikir atau ahli falsafah, orang ramai mengkagumi pendapatnya atau ilmunya, 
tapi tidak mengkagumi peribadinya. 
Berlainan sekali ahli kerohanian, 
mereka mengkagumi ilmunya dan sikap peribadinya. 

*1018*
Ahli kerohanian:
orang yang sayang, sayang sangat, yang benci pula benci sangat.
Berlainan pula ahli fikir atau ahli falsafah, 
orang yang sayang tidaklah sayang sangat, 
begitu pula orang yang benci tidak pula benci sangat. 

*1019*
Setelah pengaruh pemikiran ahli falsafah Yunani masuk ke masyarakat Islam
maka lahirlah manusia-manusia di kalangan umat Islam yang sangat bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. 

*1020*
Di antara kesesatan ahli falsafah, menganggap bahawa alam ini abadi seperti abadinya Tuhan.

Zikir Di Dalam Perasaan Dan Jiwa



Menyebut alhamdulillah sebagai zikir, menggambarkan rahmat dan nikmat Tuhan secara sedar terlalu banyaknya.
Yang besar-besarnya Tuhan, Rasul, Al Quran, iman, Islam, ibadah, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Selain itu yang mengiringinya barulah seluruh kehidupan yang Tuhan beri kepada kita yang tidak dapat dikira.
Kalau itulah yang digambarkan barulah syukur itu memberi erti dan makna, besar pahalanya.
Mengucapkan alhamdulillah itu sungguh lazat di hati dan di jiwa.
Janganlah menyebut alhamdulillah hanya semata-mata di bibir sekadar maknanya segala puji itu kepunyaan Tuhan.
Sekadar itu tidak terasalah besarnya dan luasnya rahmat dan nikmat Tuhan kepada kita.
Mengucapkan syukur sekadar terasa nikmat Tuhan itu sekadar makan, minum, pakaian, harta dan kekayaan tidak terasa besarnya nikmat Tuhan.
Sungguh malang kita telah merendahkan martabat Tuhan tanpa sedar kerana kurangnya ilmu pengetahuan.
Mungkin  perkataan syukur yang dilafazkan itu di dalam kemurkaan Tuhan.
Kita memperkecil-kecil Tuhan dan nikmat-Nya, tidak sepadan dengan ucapan mengikut yang sebenarnya.
Beribadah dan berzikir diberi pahala berdasarkan sejauh mana ilmu pengetahuan.
Sejauh mana ilmu yang ada di dalam pengetahuan setiap apa yang diucapkan, sesuai dengan hakikatnya, pahalanya lumayan.
Ibadah orang jahil tidak terasa apa-apa di dalam sebutannya.
Kerana kosong daripada ilmu pengetahuan, kerana itulah apa yang dibaca tidak berkesan kepada jiwanya.
Begitulah seluruh bentuk zikir diucapkan kenalah faham berdasarkan ilmu pengetahuan serta penghayatan.
Seperti Subhanallah, Allahu akbar, lailaha illallah, biarlah berdasarkan ilmu pengetahuan.
Barulah  kita terasa menyebutnya, dan sangat memberi kesan kepada jiwa.
Jiwa kalau sudah disuburkan dengan zikir yang faham dan penghayatan.
Dilakukan pula secara tetap dan istiqamah di dalam kehidupan.
Jiwa yang sudah subur dengan rasa bertuhan sangat memberi kesan kepada kehidupan manusia.
Zikir ertinya ingat.
Ingat adalah di dalam perasaan dan jiwa.
Kalau maknanya sahaja tahu itu adalah tahu sahaja bukan mengenal.
Zikir perlu diasak di dalam jiwa hingga terasa siapa sebenarnya Tuhan.
Elakkanlah zikir secara jahil kerana ia tidak memberi kesan pada jiwa.
Ilmu pengetahuan perlu ada setiap apa yang kita baca dan ucapkan.
Jangan hanya sebut  di lidah semata-mata, tidak terasa oleh jiwa.
Haraplah diambil perhatian.

MADAH baru 516


*961*
Kalau dalam semua hal hendak diterima dengan hukum logik, itu bukan agama namanya.
Itu ajaran falsafah/ideologi. 

*962*
Orang yang tidak takut Tuhan, tidak boleh dipercayai. Bila-bila dia boleh mengkhianatinya.
Waktu ada kepentingan, dia pura-pura.
Waktu tidak ada kepentingan, dia lari.  

*963* Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa.
Tapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu saja menjadikan kita sombong dan melalaikan. 

*964*
Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pimpinan,
kerana ia adalah amanah dan tanggung jawab yang besar.
Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu,
tidak salah pula kita menerimanya,
tapi kenalah kita takut denganTuhan.  

*965*
Fitrah yang murni dia tidak membohongi kita.
Ia selalu saja boleh menerima kebenaran.
Tapi yang menghalangnya adalah nafsu kita dan syaitan.

Penyakit Jemu




Jemu adalah sejenis penyakit rohani tapi orang tidak anggap penyakit.
Jemu ertinya hati atau jiwa sudah sangat benci, selera sudah tertutup tentang sesuatu.
Nafsu sudah tidak mendorong ke arah itu.
Jemu itu tentulah menimpa berbagai-bagai perkara.
Adakalanya di sudut makan minum sahaja.
Adakalanya di sudut ilmu.
Adakalanya jemu dengan isteri sendiri, ini bahaya sekali.
Biasanya berlaku, jemu bertemu dengan seseorang yang memang dia sungguh kenal dan tahu.
Tidak kurang juga jemu di sudut suatu kerja.
Berlaku juga berkawan yang sudah lama bersama.
Boleh jadi juga jemu dengan mesyuarat yang pernah selalu dia ikut sama.
Boleh juga berlaku seseorang yang berjuang lalu jemu hendak meneruskan perjuangannya.
Boleh berlaku juga jemu dengan hobi yang selama ini menjadi kesukaannya.
Tidak kurang juga jemu hendak pulang ke rumah kerana sesuatu.
Jadi, jemu boleh berlaku berbagai-bagai perkara pada seseorang manusia.
Bila berlaku jemu, tertutup pintu hati, 
nafsu terkunci untuk melakukannya kecuali terpaksa.
Kalaulah terpaksa juga membuatnya, aduh, sungguh terseksa jiwa dan menderita.
Jika membuat perkara yang jemu berlama-lama dari muda,
umur masih muda cepat jadi tua.
Apabila berlaku jemu, hendak memulihkan semula amat payahnya.
Lebih-lebih lagi kalau ia ada hubungan dengan kerja.
Jemu dengan makanan, minuman, 
mungkin kerana ia bukan makanan dan minuman asas tapi terpaksa dimakan dan diminum.
Kalau makanan asas seperti nasi, ia tidak mungkin jemu.
Jemu dengan ilmu, mungkin belajar sudah terlalu lama.
Atau ada mata pelajaran yang susah dan bukan pula diminati, boleh jemu juga.
Berjuang juga boleh jemu.
Mungkin jemu itu, sudah begitu lama berjuang tidak menang-menang dan berjaya.
Atau berjuang boleh jemu kerana ujiannya terlalu berat dan mencabar, boleh jemu juga.
Kerja juga boleh jemu kerana terlalu lama dan kerana terpaksa untuk hidup.
Boleh jemu kerana suasana tempat kerja sama ada kerana suasana atau orang-orangnya tidak membantu memberi gembira, jiwa derita.
Atau bos tempat kerja pemarah dan pemberang sahaja.
Kasih sayang langsung tidak ada, jemu pun tiba.
Ada juga orang jemu pulang ke rumah kerana suasana kasih sayang tidak ada.
Pulang itu hanya terpaksa, jiwa derita.
Seperti ibu bapa yang pemarah, tidak ada kasih sayang, asyik berleter sahaja.
Atau mendapat isteri atau suami, buat serba tidak kena.
Mudah marah-marah sahaja.
Boleh jadi juga dahulu isteri terasa cantik, sekarang dirasakan tidak cantik dan menarik.
Di luar, ramai perempuan yang nampak cantik.
Sudah ada yang menggoda dan tergoda.
Lihat isteri yang di rumah, benci sahaja.
Bahkan setengah orang benci dengan masjid.
Bukan kerana malas beribadah.
Tapi masjid sudah tidak ada ukhwah.
Di dalam masjid tidak ada suasana ibadah.
Orang ke masjid, ibadah ala kadar, cakap-cakap dunia yang meriah.
Bahkan di masjidlah tempat mengata dan mengumpat.
Beribadah lebih sedikit, ada orang tidak senang.
Orang melihat lain macam sahaja. 

MADAH baru 515


*956*
Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidak faham Islam dan tidak ada cita-cita Islam.
Dia pun tidak tahu mengapa dia menjadi keturunan umat Islam. 

*957*
Susah sekali hendak mendisiplinkan diri mengikut Islam sama ada dari segi percakapan, perbuatan dan gerak hati. 

*958*
Perjuangkanlah kebenaran itu yang nyata kebenaran,
jangan diperjuangkan kebenaran itu dengan cara sangka-sangka benar.
Dan perjuangkanlah kebenaran itu dengan jalan yang benar.
Jangan perjuangkan kebenaran itu dengan cara yang salah. Islam tidak membenarkan menghalalkan cara. 

*959*
Biarlah kebenaran yang hendak diperjuangkan itu jelas,
jalannya jelas, matlamatnya juga jelas
dan orang yang hendak memperjuangkannya itu juga jelas ikhlas. 

*960*
Jangan membetulkan salah  itu dengan cara yang salah, agar kesalahan itu tidak bertambah besar dan meluas.

Berkorban Untuk Agama, Bangsa Dan Negara



Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara.
Berkorban apa sahaja, harta dan jiwa raga.
Pengorbanan itu tidak sia-sia.
Setiap keringat, setiap harta diberi pahala.
Bahkan setiap dosa berjatuhan dan berguguran.
Apatah lagi jiwa raga, lebih besar nilainya.
Kalau terkorban kerananya syahid namanya.
Wah! Alangkah indahnya terlepas seksa kubur dan tiada hisabnya.
Kalau kita kata Akhirat kekal abadi,
sama ada di dalam Syurga ataupun di dalam Neraka.
Berkorban tidak ada susahnya.
Bahkan mudah dan ghairah kerana Tuhan dan kerana mencintai kehidupan di sana.
Berkorbanlah! Berkorbanlah! Berkorbanlah!
Sementara nyawa masih di badan.
Peluang masih luas pintunya terbuka.
Terpulanglah kepada kita mahu atau tidaknya.
Mengapa kita mahu bertangguh-tangguh lagi?!
Masa tidak menunggu kita!
Kematian kita boleh berlaku bila-bila masa!
Biarlah sedikit susah sekarang.
Jangan menyesal di kemudian hari.
Berkorbanlah apa saja!
Segala pengorbanan tidak sia-sia.
Rabbul Hannan wal Mannan tetap membalasnya. 

MADAH baru 514


*946*
Di zaman degri dan ijazah ini,
ramai orang yang alim yang mampu, teraniaya kerana tidak mempunyai degri dan ijazah,
kerana di zaman ini orang yang diiktiraf alim itu manakala ada degri dan ijazah,
walaupun ramai di kalangan mereka yang tidak mampu. 

*947*
Membangun dan memajukan dunia mudah
daripada mendidik manusia yang membangun dan membuat kemajuan dunia itu. 

*948*
Apabila para pemimpin dan pendidik telah rosak maka rosaklah manusia.
Apabila manusia telah rosak,
kemajuan yang wujud tidak mampu lagi mencetuskan kemanan dan keselamatan. 

*949*
Ucapan para rasul itu adalah mukjizat,
kerana itulah mampu mendidik orang,
begitu jugalah ucapan selain rasul,
kalau yang diucapkannya itu karamah,
dia boleh mendidik orang.
  

*950*
Janganlah lidah kita sahaja yang mengucapkan apa yang datang dari Allah,
sedangkan hati kita lalai dari Allah,
akibatnya ucapan kita macam sampah,
dibuang begitu saja oleh orang.

JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI TUHAN



Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan.
Manusia boleh mengusahakan.
Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan.
Kerana hidayah itu mahal nilainya.
Tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan.
Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang.
Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang.
Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun.
Dia tidak mengambil pengajaran.
Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa.
Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan.
Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku.
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah.
Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan.
Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan.
Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan.
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman.
Tersesat jalan tidak tahu tujuan.
Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya.
Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan.
Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta.
Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya.
Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan.
Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah.
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula.
Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat.
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta.
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap.

MADAH baru 513


*931*
Berbuat baiklah kepada orang kemudian lupakan saja supaya kita tidak terasa buat budi kepada orang.
Begitulah jiwa orang merdeka. 

*932*
Orang mukmin itu dia tetap dapat
mempertahankan identiti dan prinsip hidup walau di dalam keadaan apa sekalipun. 

*933*
Orang yang munafik itu identiti dan prinsip hidupnya boleh berubah apabila berubah suasana. 

*934*
Orang yang lemah iman itu hidupnya sentiasa terumbang-ambing,
jiwanya sentiasa bergelora, resah dan gelisah sentiasa menyerangnya, berubah suasana, berubah pula identiti dan prinsip hidupnya. 

*935*
Takutilah kepada apa yang patut ditakuti,
janganlah bimbang kepada apa yang tidak patut dibimbangkan,
begitulah sikap orang mukmin.

Kebaikan Dan Keburukan Dunia



Kekayaan, kemewahan, kesenangan bukanlah satu kesalahan di dalam ajaran Islam.
Jika ia tidak merosakkan jiwa dan cara fikiran manusia atau insan.
Mungkin dari sini dengan kekayaan dan kemewahan boleh membuat baik kepada manusia.
Fakir, miskin, orang yang mendapat kemalangan dapat terbela.
Begitulah mengikut logik akal, memang tidak boleh disangkal.
Hujah ini sedap didengar tapi payah diamalkan atau payah hendak dikotakan kecuali sedikit dari manusia.
Perlu diingat, sejarah telah memaparkan kekayaan, kemewahan dan kesenangan majoritinya manusia derhaka.
Lebih-lebih lagi di samping kekayaan ada pula kuasa, terjadilah bermaharajalela dan membuat aniaya.
Ada yang asalnya miskin, susah, setelah kaya, senang lebih-lebih lagi ada kuasa dia derhaka.
Kekayaan, kemewahan, kesenangan macam ular bisa.
Memelihara ular bisa tidaklah salah.
Kalau pandai boleh jadi hiburan dan boleh dapat duit.
Tapi berapa ramai orang yang pandai menjaganya tidak berbahaya.
Kebanyakan orang akhirnya dipatuk ular, bukan senang menjaganya.
Begitulah kekayaan dan kemewahan ramai yang kecundang.
Kekayaan dan kemewahan merosakkan mereka hingga derhaka.
Oleh itu mari kita lihat kerosakan dari kekayaan dan kemewahan untuk mengambil ingatan.
Moga-moga kalau kita kaya dan mewah, kita tidak ditipunya, dengan Tuhan tetap kita taat dan setia.
Biasanya kekayaan dan kemewahan mendorong manusia derhaka.
Di antaranya:
1. mudah megah dan sombong serta riyak bersamanya. 
2. Rasa tawakal kepada Tuhan tercabut dari hatinya kerana apa yang dia hendak, ada dan sedia ada.
3. Kurang berharap kepada Tuhan kerana pada dirinya atau orang tempat sandarannya sudah sedia punya.
4. Rasa kehambaan dan tawadhuk mudah hilang.
5. Tidak terasa nikmat itu dari Tuhan, dia rasa dari usahanya atau dari kekayaan orang tuanya atau sandarannya.
6. Apabila sudah kaya, pembaziran payah dielakkan.
7. Kekayaan dan kemewahan menjadikan orang manja.
8. Mudah jatuh cinta dengan kekayaan dan kemewahan, mudah hilang rasa bertuhan bahkan tidak terasa perlunya Tuhan.
9. Setelah kaya dan senang terasa diri luar biasa, bergaul dengan golongan bawahan pun renggang.
10. Sekiranya kekayaan dan kemewahan itu Allah Taala ambil semula, dia jadi bingung. Apabila hendak hidup, tidak tahu hendak bersusah-susah.
11. Akhirnya dia suka mencari jalan senang, suka meminta-minta, suka berhutang, suka tipu orang, suka mencuri, mungkin bunuh orang.
12. Begitulah kekayaan dan kemewahan, memilikinya tidak salah tapi bahayanya banyak, ramai orang kalah.
Logiknya dengan kekayaan boleh membuat kebaikan tapi realitinya ia membawa kejahatan.
Kerana itulah diceritakan di dalam Neraka ramai orang-orang kaya dan yang berkuasa.
Hubaya, hubayalah (berhati-hatilah) dengan harta. 
Ia adalah ular berbisa, payah menjaganya. 


MADAH baru 512



*806*
Di akhir zaman, membangunkan Islam mesti digandingkan sama dengan kekayaan, baru boleh orang terima. Kalau kekayaan sahaja pasti tersesat, kalau agama sahaja pasti tempang dan ditolak orang. 

*807*
Agama yang berhubung dengan Allah semata, itulah aqidah dan ibadah, yang berhubung dengan manusia itulah dia syariat dan muamalat.  

*808*
Keimanan, keamanan, ketenangan dan kebahagiaan adalah harta maknawi dan rohani yang tidak boleh dinilai dan tidak boleh ditukar ganti.
Kemajuan dan pembangunan material adalah bersifat lahiriah yang membawa kemudahan, tidak menjamin membawa ketenangan. 

*809*
Kemudahan hidup yang tiada ketenangan tidak ada erti apa-apa,  ketenangan yang tiada kemudahan hidup, masih memberi erti kepada manusia, alangkah indahnya kalau dapat memiliki kemudahan dan ketenangan kedua-dua sekali. 

*810*
Makan jangan sampai kenyang, membuat kerja apa sahaja jangan sampai jemu, badan ada hak setelah letih bekerja, berilah ia kerehatan agar ia segar semula.

Tuhan Adalah Matlamat Manusia




Tuhan adalah matlamat manusia.
Untuk dicintai dan ditakuti.
Kerana itulah buatlah apa sahaja dengan tujuan keredhaan-Nya.
Syariat adalah jalan menuju keredhaan-Nya.
Lantaran itu jadikanlah syariat sebagai jalan menuju kepada Allah.
Oleh itu tempuhlah syariat sebagai jalan.
Berhati-hatilah menempuh jalan agar tidak tersalah langkah.
Jika terjadi, malanglah. 
Tidak akan dapat berjalan menuju Allah.
Syariat adalah bersifat maknawi dan rohani.
Mata tidak nampak akannya, 
yang melihat, akal dan hati.
Kalau akal berfikiran salah, hati pula telah buta,
bagaimana jalan itu dapat dilalui dengan lurus dan terus.
Barang-barang yang dibawa sebagai alat atau benda-benda yang berharga, banyak pula.
Ilmu yang kerana Allah dan ilmu untuk perhubungan kasih sayang sesama manusia.
Harta kekayaan selain kerana Allah, adalah penghubung kecintaan sesama hamba Allah.
Tenaga yang dikorbankan untuk Allah dan juga tenaga sebagai penghubung kasih sesama insan.
Begitulah seterusnya, setiap milik kita yang dimiliki kerana Allah.
Apa yang dimiliki itu jugalah dimanfaatkan untuk makhluk Allah di dunia.
Itulah caranya bagi orang yang menjadikan Allah Taala matlamat hidupnya.
Agar Tuhan redhai mereka dan mereka meredhai-Nya.
Redha-meredhai di antara Khaliq dan hamba-Nya. 

MADAH baru 511


*801*
Undang-undang dan peraturan itu baik untuk panduan dan pengawalan agar tidak tersalah tapi kalau undang-undang dan peraturan itu sudah keterlaluan, ia akan menyekat kebebasan manusia, menjadikan manusia di dalam ketakutan dan serba salah. 

*802*
Kalau undang-undang dan peraturan-peraturan sahaja yang diperkemaskan, sedangkan orang yang membuat undang-undang atau peraturan dan orang yang hendak dikenakan peraturan-peraturan undang-undang itu tidak dibaiki, peraturan-peraturan atau undang-undang itu orang akan langgar. 

*803*
Hari ini umat Islam lebih meyakini peraturan dan undang-undang otak daripada undang-undang Islam, kalaupun ada juga sedikit kebaikan yang diperolehi darinya tapi masih rugi kerana tidak diberi pahala.
 
*804*
Tersalah jalan kemudian tahu, ada harapan membetulkan.
Tersalah jalan di dalam kejahilan biasanya tersesat sepanjang jalan. 

*805*
Ilmu falsafah adalah logik atau terasa logik.
Ilmu wahyu ada yang logik, ada yang tak logik, semuanya benar.

Di Celah Nikmat Engkau Derhaka



Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau? 

MADAH baru 510



*781*
Perpaduan yang diikat oleh agama, lebih kuat daripada perpaduan yang diikat oleh ideologi, oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi, oleh ikatan senasib.
Oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduannya kuat, jadikanlah Islam sebagai pengikatnya. 

*782*
Kalaulah di antara anak-anak dan ibu bapa yang begitu rapat perhubungan, begitu juga di antara guru dan murid, setiap hari bertemu, ditemukan oleh keperluan ilmu yang sangat dikehendaki oleh manusia, begitulah seterusnya perhubungan suami isteri yang ada hubungan dengan tuntutan fitrah semula jadi, satu sama lain perlu-memerlukan, tidak wujud perpaduan, tidak lahir keharmonian, apakah boleh didapati di tempat-tempat lain? Sudah tentu tidak mungkin.
Mengapa hati tidak bertaut? Bertemu selalu, berjumpa kerap berlaku, duduk sudah berada di bawah satu bumbung.
Mari kita fikirkan bersama, mari kita cari puncanya, insya-Allah, kita akan jumpa jawapannya. 

*783*
Kalaulah manusia di dunia ini, Allah menjadi matlamatnya, keredhaan Allah menjadi buruan, ia tidak akan berlaku persaingan dan seterusnya tidak akan timbul perbalahan tapi bila dunia telah menjadi matlamat, kemudian berusaha mencari keredhaan orang, akan berlakulah persaingan, kemudian timbul perbalahan, hingga membawa peperangan. 

*784*
Kalaulah manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul persaingan dan perbalahan.
Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu  bersaing dan berbalah. 

*785*
Perbalahan dan pergeseran yang berlaku setiap hari di dalam masyarakat manusia ini, lebih banyak disebabkan oleh kepentingan peribadi dan hasad dengki, lebih daripada disebàbkan oleh berlainan ideologi, berlainan mazhab, berlainan kaum dan berlainan agama.

Mengabdikan Diri Kepada Tuhan



Marilah kita abdikan diri untuk Tuhan.
Kita adalah hamba ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa.
Mengabdikan diri kepada Tuhan seluruh jiwa raga.
Seluruh yang ada di dalam diri kita lahir dan batinnya.
Marilah kita abdikan diri kepada Tuhan anggota lahir kita.
Yang lebih penting dan utama kita abdikan diri anggota batin kita.
Kita abdikan diri, akal, fikiran dengan ilmu pengetahuan kita.
Ini adalah anugerah Tuhan kepada kita.
Kita tidak boleh mengabdikan akal dan fikiran bersama ilmu dan pengetahuan selain Tuhan.
Ia juga adalah makhluk Tuhan.
Marilah kita abdikan hawa nafsu kita kepada Tuhan.
Kehendak nafsu kita tundukkan kepada kehendak Tuhan.
Sama ada kehendak Tuhan yang bersifat suruhan atau yang bersifat larangan.
Ia juga makhluk ciptaan Tuhan, hamba Tuhan.
Marilah kita abdikan roh atau jiwa serta perasaan-perasaan kepada Tuhan.
Perasaan-perasaan yang sering sahaja bertukar ganti di dalam berbagai-bagai keadaan.
Perasaan-perasaan kita selarikan dengan kehendak-kehendak Tuhan.
Ia juga adalah hamba Tuhan.
Perasaan-perasaannya kita tundukkan kepada kehendak-kehendak Tuhan.
Kalau seluruh jiwa raga kita lahir dan batinnya mengabdikan diri kepada Tuhan
maka sifat taqwa akan kita jadikan pakaian di dalam kehidupan.
Apabila kita katakan diri kita adalah hamba Tuhan,
diri kita itu adalah anggota lahir dan batin kita, yang bersifat fizik mahupun yang bersifat maknawi dan rohani.
Kalau tidak ada salah satunya, kita tidak mukallaf, tidak wajib menyembah Tuhan.
Oleh kerana semua anggota itu adalah diri kita.
Maka wajiblah semua anggota itu mengabdikan diri kepada Tuhan.
Terutama anggota batinnya.
Seperti akal, roh dan nafsu diri.
Kalau anggota lahir sahaja yang beribadah, yang batin tidak ikut serta, ertinya ibadah rangka sahaja, rohnya tidak ada. 


Bumi Tuhan... Bersaksilah