Jemu adalah sejenis penyakit rohani tapi orang tidak anggap penyakit.
Jemu ertinya hati atau jiwa sudah sangat benci, selera sudah tertutup tentang sesuatu.
Nafsu sudah tidak mendorong ke arah itu.
Jemu itu tentulah menimpa berbagai-bagai perkara.
Adakalanya di sudut makan minum sahaja.
Adakalanya di sudut ilmu.
Adakalanya jemu dengan isteri sendiri, ini bahaya sekali.
Biasanya berlaku, jemu bertemu dengan seseorang yang memang dia sungguh kenal dan tahu.
Tidak kurang juga jemu di sudut suatu kerja.
Berlaku juga berkawan yang sudah lama bersama.
Boleh jadi juga jemu dengan mesyuarat yang pernah selalu dia ikut sama.
Boleh juga berlaku seseorang yang berjuang lalu jemu hendak meneruskan perjuangannya.
Boleh berlaku juga jemu dengan hobi yang selama ini menjadi kesukaannya.
Tidak kurang juga jemu hendak pulang ke rumah kerana sesuatu.
Jadi, jemu boleh berlaku berbagai-bagai perkara pada seseorang manusia.
Bila berlaku jemu, tertutup pintu hati,
nafsu terkunci untuk melakukannya kecuali terpaksa.
Kalaulah terpaksa juga membuatnya, aduh, sungguh terseksa jiwa dan menderita.
Jika membuat perkara yang jemu berlama-lama dari muda,
umur masih muda cepat jadi tua.
Apabila berlaku jemu, hendak memulihkan semula amat payahnya.
Lebih-lebih lagi kalau ia ada hubungan dengan kerja.
Jemu dengan makanan, minuman,
mungkin kerana ia bukan makanan dan minuman asas tapi terpaksa dimakan dan diminum.
Kalau makanan asas seperti nasi, ia tidak mungkin jemu.
Jemu dengan ilmu, mungkin belajar sudah terlalu lama.
Atau ada mata pelajaran yang susah dan bukan pula diminati, boleh jemu juga.
Berjuang juga boleh jemu.
Mungkin jemu itu, sudah begitu lama berjuang tidak menang-menang dan berjaya.
Atau berjuang boleh jemu kerana ujiannya terlalu berat dan mencabar, boleh jemu juga.
Kerja juga boleh jemu kerana terlalu lama dan kerana terpaksa untuk hidup.
Boleh jemu kerana suasana tempat kerja sama ada kerana suasana atau orang-orangnya tidak membantu memberi gembira, jiwa derita.
Atau bos tempat kerja pemarah dan pemberang sahaja.
Kasih sayang langsung tidak ada, jemu pun tiba.
Ada juga orang jemu pulang ke rumah kerana suasana kasih sayang tidak ada.
Pulang itu hanya terpaksa, jiwa derita.
Seperti ibu bapa yang pemarah, tidak ada kasih sayang, asyik berleter sahaja.
Atau mendapat isteri atau suami, buat serba tidak kena.
Mudah marah-marah sahaja.
Boleh jadi juga dahulu isteri terasa cantik, sekarang dirasakan tidak cantik dan menarik.
Di luar, ramai perempuan yang nampak cantik.
Sudah ada yang menggoda dan tergoda.
Lihat isteri yang di rumah, benci sahaja.
Bahkan setengah orang benci dengan masjid.
Bukan kerana malas beribadah.
Tapi masjid sudah tidak ada ukhwah.
Di dalam masjid tidak ada suasana ibadah.
Orang ke masjid, ibadah ala kadar, cakap-cakap dunia yang meriah.
Bahkan di masjidlah tempat mengata dan mengumpat.
Beribadah lebih sedikit, ada orang tidak senang.
Orang melihat lain macam sahaja.
No comments:
Post a Comment