Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan.
Manusia boleh mengusahakan.
Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan.
Kerana hidayah itu mahal nilainya.
Tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan.
Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang.
Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang.
Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun.
Dia tidak mengambil pengajaran.
Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa.
Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan.
Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku.
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah.
Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan.
Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan.
Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan.
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman.
Tersesat jalan tidak tahu tujuan.
Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya.
Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan.
Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta.
Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya.
Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan.
Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah.
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula.
Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat.
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta.
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap.
No comments:
Post a Comment