hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
subuh berjemah
Hadiah terbaik
Kopi pahit manis
DADAH HANDPHONE TEMAN DI KUBUR
KAEDAH WUDUK BAGI PESAKIT YANG DITAMPAL JARUM

Soalan: Saya menerima rawatan di hospital dan saya dipasangkan jarum di atas tapak tangan saya untuk dimasukkan drip air dan ubat. Saya juga dipasangkan pelekat sokongan bagi jarum itu. Bagaimanakah wuduk saya? Adakah saya boleh menyapu sahaja air di atas pelekat sokongan itu?
Jawapan: Saudara perlu menilik kepada keadaan tempat yang ditampal. Jika boleh dicabut dan tidak mendatangkan mudarat, maka hendaklah dicabut dan mengambil wuduk seperti biasa. Jika sebaliknya yakni mendatangkan kesakitan dan lebih parah maka bolehlah disapu air di atas pelekat itu seperti hukum sapuan atas jabirah (balutan luka) dan bertayammum sebagai ganti wuduk anggota luka.
Disyaratkan hendaklah ketika memasang jabirah itu:
- Orang yang terbabit berada dalam keadaan taharah. Yakni sudah mengambil wuduk sebelum itu. Ini diqiyaskan dengan hukum sapuan di atas khuf (stokin/kasut kulit). Jika jabirah dipasang bukan dalam keadaan taharah dengan air maka hendaklah tetap melakukan solat fardu, tetapi tidak boleh menjadi imam dan solat itu hendaklah diqadha'kan setelah sudah sembuh atau tidak memerlukan jabirah.
- Solat juga diqadha'kan, jika tampalan jarum pada bahagian yang sihat secara berlebihan, tidak hanya sebagai istimsak (sokongan bagi bahagian yang sakit).
- Begitu juga jika sakit itu pada anggota tayammum yakni muka dan tangan sehingga ke siku.
Ini yang muktamad dalam mazhab al-Syafie.
Bagaimana un, mengikut mazhab Maliki, Hanafiah, Hanabilah dan pendapat syaz dalam mazhab Syafie seperti kata Imam Nawawi, jabirah tidak semestinya dipasang ketika taharah untuk mendapatkan rukhsah tidak perlu diqadha’kan kerana ianya sangat susah secara realiti.
Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (15/108-109)
Justeru, jika di sana terdapat masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) bagi pesakit, da ia berlangsung secara lama bolehlah bertaqlid kepada mazhab Malik dalam hal ini. Ini juga merupakan pendapat yang dipilih oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Mu`asirah (1/194). Bahkan menurut sebahagian ulama tidak perlu juga untuk melakukan tayammum sebagai ganti tempat wuduk yang tidak dibasuh.
Kami berpendapat jika hanya rawatan biasa yang memerlukan memasang jarum dan tampalan penguatnya pada anggota wuduk hanya beberapa jam, atau beberapa hari, bolehlah disapu air dan dilakukan tayammum, dilaksanakan solat fardu, dan diqadakan apabila sudah sembuh jika ditampal pada bukan pada waktu taharah. Namun jika rawatannya mengambil masa yang lama, dan mendatangkan kesukaran kepada pesakit, bolehlah bertaqlid kepada mazhab lain dengan hanya menyapu air atas balutan, tanpa perlu melakukan tayammum, dan tidak perlu diqadha’. Mereka berdalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar R.anhuma yang disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :
أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا تَوَضَّأَ وَكَفُّهُ مَعْصُوبَةٌ فَمَسَحَ عَلَيْهَا وَعَلَى الْعِصَابَةِ وَغَسَلَ مَا سِوَى ذَلِكَ
Maksudnya : Sesungguhnya Ibn Umar R.anhuma berwudhuk dan tangannya dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya.
Berkata Imam al-Baihaqi: “Dan riwayat ini sahih daripada Ibn Umar.”
Wallahua'lam
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/970-al-kafi-561-kaedah-wuduk-bagi-pesakit-yang-ditampal-jarum
Anak-anak
Punca Gout
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya. Ingatlah bahawa saya alhamdulillah sembuh dari gout setelah akhirnya meninggalkan tabiaat minum air MILO.
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin dan telur itik.
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan masakan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Menonton bahan pornografi
18 Kerap mengambil ubat pain killer
19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
20. Mengambil supplement
21. Kerap makan roti gandum putih dan juga makanan yang diperbuat dari tepung gandum putih
Nak Jaga Buah Pinggang
Amalan pemakanan orang Gout
- Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
- Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari. Didihkan teh misai kucing sekurang-kurangnya 10 minit.
- Makan peria dan peria katak
- Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
- Susu tepung fullcream (bukan anelene, HL atau low fat). Sekiranya mampu susu segar lebih baik. Di pasaraya banyak dijual.
- Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
- Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
- Buah Delima
- Epal hijau 2 biji seminggu
- Burung seperti burung puyuh dan merpati
- Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
- Garam kasar menggantikan garam halus
- Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran
- Makan kapsul HABBATUSSAUDA
- Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
- Amalan memakan biji buah tunjuk langit 3 biji sehari juga disarankan.
- Sekiranya dapat makan 5 biji melada pahit sehari juga disarankan
marker permenent kat whiteboard????
Kisah 9 sahabat
Islam Agama Selamat Dan Menyelamatkan
Jantung
Bakhil pemurah
Sedekah dan infaklah
Suara Kerinduan
Ketenangan yang bagaimana?
zuhud
Rintihanku
Hambamu yang hina ini
Terimalah taubatku hambaMu yang banyak bersalah ini
Ampunkan dosa-dosaku
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat
Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku
Pengaduanku terimalah, janganlah kecewakanku , permintaanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku
Aku mengadu padaMu Tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa dapat mengampunkan
Kecuali Engkau wahai Tuhan
Aku telah menyesal
Di atas perbuatanku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah tersiksa
Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku (di akhirat nanti)

