Di cafeteria itu, aku mencoret...

Salam wrt. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah untuk mencoret. Tapi berlainan sedikit kerana sebelum ni mencoret bujang. Kini sudah tidak lagi.. hehehe..:) Alhamdulillah..

Hari ni hantar zaujah ke hospital Seremban. Zaf kerja seperti biasa. Pagi sampai petang. Keluar rumah dalam 5.30 pagi dan sampai pukul 6.00 pagi. Solat subuh di surau hospital. Tidur sementara menunggu Zaf review pesakit. Dalam 7.15, Zaf call ajak turun makan di cafeteria, tempat di mana aku sedang mencoret nota ini..:) tetapi Zaf x sempat makan lagi. Ada round di wad, so kena naik semula. Aku makan sorang2 ditemani makanan Zaf di hadapanku.. after mkn, minta tolong makcik yg mkn kt sebelah ni jaga jap mknn zaf. Aku ke kereta amek Samsung Note 10.1. Sambil tunggu, boleh access internet.

Hari ini masuk hari ke 9 aku menjadi suami kepada Insan bernama Zafirah. Banyak perkara yang menarik dan ada juga yang sedih sepanjang 9 hari ini. Banyak juga belajar perkara baru. Banyak yang akan kita temui bila bercinta lepas kahwin. Sangat seronok bersama insan yang x pernah kita kenal dengan dalam sebelum ini. Masing2 saling menjaga. Serah segalanya pada peliharaan Allah. Rupanya dengan begitu, Allah kurniakan apa yang kita hajatkan. Betul kata umi. Percayalah kepada istikharah... x caye? Cubalah!:) indah, ia sangat indah!

1 Jun 2013

hari pernikahan yang mendebarkan...:) berkumpul di masjid pilin, dijemput dengan tepak sireh. khutbah nikah, salam tok kadi. Salam ayah mertua, lafaz... alhamdulillah, sekali lafaz.:) baca lafaz taklik, solat sunat lepas nikah, bace doa kat ubun2 zaujah dan pakaikan rantai tangan,zaujah pula sarung cincin perak.. salam family, sanak saudara... makan...petang, ke pasar malam di pekan rembau. Beli satay. malam,makan satay dan pizza di rumah zaf. Orang 'derek' dtg umah. After that, balik umah di ramuan china kechil.



di Masjid Pilin
yummy:)


2 jun 2013 


majlis walimah di Dewan PPD Rembau. Baju colour pink. Jambu jugak la.hehe.. semua berjalan,lancar. 2 pasang pengantin berjalan seiringan. Naik atas pelamin, bergambar2, kemudian, makan di meja, suap menyuap sambil bergmbr... solat zohor, kemudian outdoor dengan zaujah. Cameramannya, abg badrul... tempat pilihan Taman seribu Bunga. Tak pernah tau pulak ada taman ni. Best jugak view dia. :) korang ade ker? Hehe.. shoot smpai pukul 6.30 petang. Lambat bukan sebab ape, perjalanan dr rembau ke sana amek masa lama. Kereta banyak dan ada polis kawal lalu lintas. Dah lampu hijau pun xle jalan sbb polis x bagi. Solat di Masjid MITC. Dengan baju pengantinnya.hehe.. after that, tros drive back home.



3 Jun 2013

Hari ni zaf dpt cuti. So, habiskan masa di rumah sahaja. Kemas2 bilik dan sebagainya.



4 Jun 2013

Pengalaman pertama hantar zaujah pergi kerja. Bangun pukul 4 pagi. Brtolak jam 4.30 pagi. Tyme pergi x ngantuk. Lepas solat subuh di masjid negeri, serious mengantok. So, tido dlm kereta. Dh siang sket, pindah kt depan JPNNS. Dh puas tido, baru gerak blik. Kemas2 bilik... ptg, amek zaf.

5 jun 2013

Ke pekan rembau dan sarapan, beli udang, brg dapur dan keprluan bilik. Beli zink juga. Ibu nak guna utk balut pokok durian. Sarapan dengan zaf di kedai makan dkt stesen bas Rembau. After that, hntr brg ke umah, then go to pantai Pengkalan Balak. Bentang tikar. Shooting gmbr sama2, sembang2, tukar2 buah fikiran. Banyak la... siap ade remaja2 yg istigfar. Ingat kitorg berdua2an, padahal...hanya kami jer tau. Bestnye cinta lepas kawin! Lepas puas sembang2, gi minum jus buah di kedai makan tepi pantai. Memang best!!! Then, back home.





Zaf oncall hari ni, masuk pukul 4petang. Drive alone. Petang tu aku nga ariff masak  telur goreng kicap. Tolong ibu mertua. Sbb nk bawa lauk ke program isra mikraj di masjid durian daun mlm trsebut. Ptg sket, ikat zink pada pkok durian supaya tupai xleh panjat.hehe.. kelakar pulak rasenye.. program start lps magrib dengan ceramah dr ustaz from seremban. Keluaran mesir. Ermm, agak kaum muda. So, aku terlelap.hehehe... lepas solat isyak jamuan mkn. Time ni mmg xle tido..hehe.. after hntr maklong dan ariff ke rumah, aku drive back home at ramuan china Kechil.


6 jun 2013

Sempena israj mikraj, semua ahli keluarga yg ada kat rumah berpuasa, kecuali atok kassim. Zaf pun nk puasa, tp  xsmpt sahur.sibuk dengan pesakit di wad. Berita sedih hari ini, Zaf excident di Seberang Batu Hampar. Terkejut juga. Zaf ngantuk drive. Cmni ceritanya, After poscall around 11.40, zaf call dengan cerianya... dia dh abes kerja dan nak drive balik. Dia kate nk singgah umah durian daun jap, amek brg2 n baju. Lepas tu terus ke ramuan china. Tapi, itulah.. malang tidak berbau. Kereta yg dipandunya berpusing dan masuk ke dalam longkang. Zaf ok x? Alhamdulillah, xde apa2. Merangkak jugakla zaf nk keluar kereta. Aku yg sedang menukar minyak hitam NAP 3886 terus memanggil umi. Kami terus memecut laju ke tempat kejadian dgn MBR 8756. 

Wat report kat ipd chembong. Solat zohor kat umah zaf. After that, tros ke senawang, urus insuran utk kete zaf. Bersama umi, ibu, aku, zaf. Penama kedua bukan zaf, so, kena denda around RM 400 la nnti. After that, hntr ibu blik umah, zaf ikut blik ke Ramuan China. Solat asar dan smbung wat minyak hitam kete jerung biru.
Selepas di keluarkan dari parit




Mlm, tahlil dengan zaf, sembang2 dgn wan atok..


7 jun 2013

Zaf xde masalah dengan kemalangan tempoh hari. Solat subuh bersama2 dan kami round2 umah, amek suasana segar di kampung Ramuan China. Haa, sape nk rase suasana kmpung yg best, meh la dtg umah..:) zaf tolong masak, aku potong rambut sendiri.. haha. Mampu??!! Solat jumaat dan makan tghr dgn zaf. After that, hntr zaf ke hospital.oncall sekali lagi. Aku blik semula ke ramuan china. Mengantok btol drive, terhuyung hayang. X tahan sangat, depan masjid lubok china mnjadi tmpat beradu barang lima ke sepuluh minit.:) lps tu ok jer drive. So, sape2 yg ngantok memandu, tido dulu tepi jalan dulu k! 



Zaf ada workshop dan practical tomorrow, so minta doa dari semua ahli keluarga. Zaf sempat tido sejam, kmudian study smpai pagi.gitulah lumrah hidup seorang doktor. Hanya jauhari mengenal manikam, right?


8 jun 2013

Orang2 kat umah durian daun dah start kacau dodol. Aku pula sibuk mengemas brg2 nk pindah ke rumah durian daun. Zaf pulak habis pukul 10.15 menurut msg smlm. So, aku amek kptsan ke durian daun dahulu. Dpt jugak la kacau2 dodol sket. Amek bahagian la kirenya. Sbb dodol tu nk bawa masa menyalang. Lps tu pindah sket brg2 dr dlm kete ke dlm rumah. Zaf msj kate lmbt sket, dia stat workshop 9.30. So abes around 11.30.



Tros gerak ke seremban, amek zaf. Gi beli brg2 sket di terminal one. Hmm, Ujian tuhan, aircond yg selama ni sejuk dah berbunyi2. So, singgah kedai aircond di senawang... tukar cooling coil ori, RM 330. Motor enjin pulak bunyi.. tukar juga. Tmbh 150. So jadi RM 480. Alhamdulillah, motor enjin dia bagi yg besar sket. Rezeki. Sambil tunggu kete siap, ajak zaf makan di restoren nelayan. Mantap masakan di sini. Mcm2 menu dan best!



Restoren Nelayan. Best woo!

Kereta dah siap dan kami tros ke masjid senawang. Smbil2 drive belajar bahasa russia. 'Nyeit', 'daa', yg dua lagi dah lupa:D.. Solat zohor sama2. Blik umah, solat asar pulak. Ibu dan ayah kate, g menyalang. Penat juga sbnrnya masa ni. Tp, kuatkan juga. Dapat prgi 2 buah rumah. Rumah paksu dan maksu( abg nasir n kak shila pun ada). Sbnrnya ni la kg abg usop, suami kak ngah mun. :) then ke rumah abg Zainurin. Baru je blik umrah rabu hr tu. Abg nurin PPD ada bela kuda. Kuda2nya ada di istana raja melewar, dan di titian bintangor. Dia la sorg2 pemilik kuda padi rembau ini.... ooooo...


9 jun 2013

Hantar Zaf ke hospital pagi. Sarapan di cafeteria. Hari ni target nk duk kt sremban je. Kat lyar hujan lebat.  Bace2 blog dan email. 12 lebih gerak ke msjid negeri Sembilan. Iktikaf. Bace quran dan buku2. Lepas asar, trus ke hospital, jemput Zaf. Ke Taman Tasik Seremban. Beli2 jajan sket, mkn kat tepi tasik. Bincang2 sket. Then, gerak balik ke rumah. 



roti canai di HTJ memang best!
Han & Zaf <3 br="">

Solat mgrb, makan dan solat isyak. Then, menyalang ke rumah  maklong. Bang ngah pun ada. Mak long wat kuih badak berendam dan air nescafe. Mmg best!!  Alhamdulillah..

bersama Abg Ngah..
Dengan Mak Long..


10 jun 2013

Bersama Induk Nor
bersama Pak Su Syafie
Kerja hari pertama utk semester 2. Wow, mood cuti masih ada. Ngantuk juga di sekolah. Balik ptg. Dlm 6.10 pm, makan dgn zaf. Lps mgrb, ke Pekan Rembau. Beli brg blik sket. Mlm, menyalang lagi. Kali ni ke rumah induk. Nama sebenarnya Norhayati. Suaminya Pak Su  Syafie. Anaknya ada 4 orang. 2 laki, 2 perempuan. Macam biasa bawa penganan/dodol. Yang bestnye, induk masak sup daging. Aduh, sungguh tak sangka. Dalam mengenang kesedapan badak berendam mak long, dihidang pula dengan sup daging. Bertambah jugak aku mkn..hehe.. alhamdulillah. Selesai makan, mak long dgn bang ngah dtg. Sembang2 sket. Lepas tu minta diri utk pulang. Adakah esok menyalang lagi? Hmmmm...:)

Taubat!!!

Mohon Ampun Ya Allah Yang Maha Agung!
Mohon Ampun Ya Allah Yang Maha Agung!
Mohon Ampun Ya Allah Yang Maha Agung!

Engkaulah Tuhan Tiada Tuhan SelainMu,
Yang maha Hidup, yang Maha Berdikari.

Aku Taubat Ya Allah,
Aku Taubat Ya Allah,
Aku Taubat Ya Allah...

Taubat Seorang Hamba Yang Zalim.
 Yang Merasa Berkuasa namun tiada Kuasa Apa-apa...

Tiada Kuasa Memberi Mudharat,
Tiada Kuasa Memberi Manfaat,
Tiada Kuasa Mematikan,
Tiada Kuasa Menghidupkan,
Dan Tiada Kuasa, Hidupkan Semula.

Ghazwah Badar

Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar mencari maklumat, akhirnya Rasululah berjaya mendapat maklumat bahawa orang kafir sudah berada di Aludwatul Quswa, dah dekat. Jadi terus Rasulullah Saw mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Bila lepas sikit dari Aludwatil Dunya Rasulullah Saw berhenti berkhemah disitu. Ketika itu Saidina Hubab bin Munzir datang kepada Rasulullah Saw. Dia ini salah seorang pakar strategi perang dikalangan para Sahabat. Dia Tanya Rasulullah Saw, wahai Rasulullah, apakah tempat ini pilihan wahyu dari Tuhan atau atas dasar strategi perang? Kata Rasulullah Saw, ini strategi. Saidina Hubab minta izin memberi cadangan, kata Saidina Hubab, lebih strategi kalau kita bergerak ke depan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik. Lepas itu kita kambus telaga telaga yang lain. Dengan itu orang kafir tak akan dapat bekalan air. Rasulullah Saw setuju dengan cadangan Saidina Hubab ini. Jadi tentera Islam berkhemah ditepi telaga Badar yang paling baik dan telaga semua dikambus. Rasulullah Saw perintahkan dibuat kolam ditepi perigi itu supaya mudah ambil air.

Pada malam sebelum pertempuran Allah turunkan hujan. Jadi makin banyak bekalan air tentera Islam dan tanah menjadi semakin kejap yang makin memudahkan tentera Islam bergerak. Hujan ini turun juga disebelah Quraisy, tapi lebih lebat lagi hingga tanah dari tempat mereka ke Medan Badar menjadi berselut dan makin menyusahkan pergerakan tentera kafir. Pada malam itu Allah juga datangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga semua tentera Islam dapat rehat  sebelum peperangan setelah mereka bermunajat dan sembahyang malam. Allah beri peluang mereka tidur. Allah cerita hal ini dalam Quran.

Ini semua persiapan yang Allah siapkan untuk kemenangan Umat Islam dalam peperangan. Kemudian Rasulullah Saw pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera Islam Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidina Musa’b bin Umair dan wakil-wakil dikalangan Muhajirin dan Ansar. Bila orang kafir sampai mereka lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat dah bersedia dan dah tak ada lagi telaga yang boleh mereka dapat air. Jadi mereka terpaksa berkhemah tak jauh dari tentera Islam. Masing masing buat persiapan. Ketika itu Rasulullah Saw yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar di khemah khas terus bermunajat dan berdoa merintih kepada Allah. Diantara doa Rasulullah Saw :

Ya Allah kalau tentera ini tewas, maka engkau tidak akan disembah dibumi lagi

Rasulullah Saw terus berdoa dan merintih pada Allah sampai Saidina Abu Bakar kesian melihat keadaan Rasulullah Saw. Selepas itu Rasulullah bariskan tentera Islam satu barisan saja tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan dibahagikan kepada beberapa barisan dan pasukan. Ketika itu berlaku satu peristiwa dImana ketika Rasulullah Saw meluruskan barisan ada seorang Sahabat yang berbadan besar dan perutnya ter kedepan. Rasulullah Saw dengan tongkatnya menyentuh perut Sahabat ini supaya dia kebelakang sikit. Ketika itu keluar dari Sahabat ini satu kata-kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya wahai Rasulullah Saw, engkau telah menyakiti aku, aku nak Qisas kamu wahai Rasulullah Saw. Semua para Sahabat terkejut dan ada yang marah, ini Rasulullah Saw, kita semua sedang berhadapan dengan musuh, saat-saat yang mencemaskan. Tapi Sahabat ini tetap berkeras, katanya ini hak dia. Akhirnya Rasulullah Saw berikan tongkatnya dan buka belakang Rasulullah Saw untuk diqisas. Melompat Sahabat ini dari tempatnya dan mencium belakang Rasulullah Saw. Lagi terkejut semua orang. Rasulullah Saw pun terkejut. Rasulullah Saw tanya dia, apa yang kamu buat ini wahai Sahabat. Kata Sahabat ini, wahai Rasulullah Saw engkau pun tahu betapa cemas suasana ketika ini, aku rasa aku akan syahid hari ini. Tapi sebelum aku syahid aku ingin mendapat keberkatan dari tubuh Rasulullah. Begitulah kecintan para Sahabat yang terlalu tinggi kepada Rasulullah Saw.

Tentera Islam dan tentera kafir sampai di Badar

Rasulullah Saw dan tentera Islam berjalan sehinggalah sampai di Aludwatil Dunya.Rasulullah Saw berkhemah dibelakangnya. Tentera kafir berkhemah dibelakang  Aludwatul Quswa. Aludwatul Quswa ini disebelah Selatan dan Aludwatil Dunya disebelah Utara. Orang-orang Islam datang dari Madinah dari arah Utara manakala orang kafir datang  dari Mekah dari arah Selatan sementara Abu Sufyan melarikan kafilahnya melalui jalan rahsia. Dia berjaya keluar dari kawasan Badar dan pusing dibelakang bukit Hijaz. Dia bawa kafilahnya berjalan antara bukit-bukit dan pantai Laut Merah. Ketiga-tiga kumpulan ini tak tahu dImana kumpulan lain berada. Allah ceritakan hal ini dalam Quran.

Peperangan ini Allah yang susun, bukan manusia yang susun. Rasulullah Saw hantar orang merisik, mereka jumpa dua orang khadam Kafir Quraisy datang ambil air dari perigi Badar. Mereka tawan dua orang khadam ini dan dibawa ke perkhemahan tentera Islam. Kedua-dua khadam ini disoal siasat. Sementara itu Abu Sufyan telah berjaya melarikan kafilahnya, dia telah berada dibelakang kedudukan tentera Kafir Quraisy. Abu Sufyan hantar wakil memberitahu Kafir Quraisy bahawa kafilah telah selamat. Dengan itu ada diantara tentera Kafir Quraisy yang tarik diri dari peperangan. Kata mereka , kami datang untuk selamatkan kafilah, ada harta kami disitu, sekarang kafilah dah selamat, untuk apa lagi kami berperang, apalagi orang yang akan kami perangai itu keluarga kami sendiri. Bani Zuhrah pulang semuanya ke Mekah, Bani Hasyim juga pulang, tinggal Saidina Abas dan beberapa orang saja supaya mereka tak diaibkan oleh Kafir Quraisy. Mereka tak ghairah untuk berperang, yang mereka perangi itu Rasulullah Saw dari Bani Hasyim juga. Hakem bin Khuzam datang kepada Utbah minta dia gesa tentera Kafir Quraisy pulang saja ke Mekah, kafilah kita sudah selamat, kalau kita terus perang kita memerangi sanak saudara kita sendiri. Bila kita balik ke Mekah nanti, masing-masing kita melihat kepada yang lain sebagai pembunuh ayahnya, saudaranya, anak saudaranya.Kita akan saling benci membenci. Begitulah nasihat Hakem bin Khuzam kepada Utbah bin Rabeah. Utbah mula menyeru tentera untuk pulang, malah tentera sibuk bersiap untuk pulang.

Ketika itu Abu Jahal muncul, dia tak setuju untuk pulang, dia mahu peperangan terus berlaku. Jadi sekarang krisis diantara pembesar-pembesar Kafir Quraisy, masing-masing nak tonjolkan diri sebagai pemimpin Mekah. Abu Jahal memang sudah lama berusaha untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Mekah. Selepas kematian Abdul Mutalib dan Abu Talib, tidak ada yang paling menonjol dikalangan mereka. Kata Abu Jahal, ini peluang untuk dia membuktikan ketokohannya. Ketika itu dia panggil A'mir Al Hadrami, dia yang anaknya dibunuh oleh tentera Islam dalam bulan Haram sebelum peperangan ini. Kata Abu Jahal, wahai A'mir, orang-orang Mekah dah mula nak balik, mereka berlepas tangan dari menuntut bela ke atas darah anak kamu. A'mir bila dengar hal itu, terus dia pergi ketengah-tengah tentera menangis sambil menjerit, apakah malangnya nasib A'mir, orang orang Mekah berlepas tangan dari anakku. Demi Tuhan kalau berlaku hal ini kepada anak-anak mereka nescaya aku tak akan berlepas tangan. Melihat hal ini, yang nak balik tak jadi nak balik, ini soal maruah. Begitulah peranan Abu Jahal dalam memusuhi dan memerangi Islam. Waktu itu mereka belum tahu lagi dimana orang Islam berkhemah. Mereka dah berdekatan tapi masing masing tak tahu pihak yang satu lagi dimana.

Menyekat ekonomi Kafir Quraisy


Setelah masyarakat Islam di Madinah makin stabil, Rasulullah Saw ingin memulakan jihad dengan Kafir Quraisy. Rasulullah Saw mahu menyekat kekuatan ekonomi kafir dan dengan itu melemahkan kedudukan mereka yang sangat memusuhi dakwah ini. Melalui operasi-operasi ini Rasulullah Saw ingin menyampaikan kepada Kafir Quraisy bahawa Kafir Quraisy mesti berlembut dengan orang Islam dan memberi peluang kepada Umat Islam menyampaikan dakwah dengan bebas kepada orang ramai, membenarkan orang Islam masuk Mekah untuk beribadah. Kalau tidak kepentingan perniagaan mereka akan tergugat. Pasukan-pasukan ini juga mengambil peluang menyampaikan Islam kepada kabilah-kabilah yang mereka lalui. Ketika itu Rasulullah Saw dapat berita ada kafilah dagangan Kafir Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal pulang dari Syam yang dikawal oleh 300 orang lelaki. Jadi Sariah (pasukan tentera yang bukan dipimpin oleh Rasulullah Saw) pertama yang dibentuk oleh Rasulullah Saw ialah seramai 30 orang yang dipimpin oleh Saidina Hamzah. Mereka terus bergerak ke arah perjalanan kafilah ini. Ketika itu kafilah Abu Jahal berada di kawasan Bani Dhamrah. Ketua Bani Dhamrah Mujdeyy bin A'mr menyekat pasukan Saidina Hamzah dari kafilah Abu Jahal. Dengan itu kafilah dapat melepaskan diri sedangkan Saidina Hamzah pula hanya diperintahkan untuk menyekat kafilah bukan memerangi Bani Dhamrah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun pertama Hijrah.


Bulan depannya, bulan Syawal, Rasulullah Saw mempersiapkan satu lagi Sariah, kali ini dipimpin oleh Saidina Ubaidah bin Harist bin Abdul Mutalib bersama 60 orang Sahabat semuanya daripada muhajirin Kafir Quraisy. Ini kerana Rasulullah Saw ingin fahamkan kepada masyarakat bahawa ini bukan kabilah lawan kabilah, tapi ini urusan agama. Rasulullah Saw juga ingin memelihara baia'h Ansar. Semua tempat Sariah ini bergerak adalah di luar Madinah sedangkan Nasar telah berbaia'h mempertahankan Rasulullah Saw di Madinah. Begitulah kehalusan Rasulullah Saw dalam memipin manusia. Kafilah Kafir Quraisy kali ini seramai 200 orang dipimpin oleh Abu Sufyan berjaya melepaskan diri mereka dari tentera Islam bilamana Abu Sufyan memerintahkan orang-orangnya memanah tentera Islam supaya mereka tidak boleh mara dan kafilah sempat melepaskan diri.

Dipenghujung bulan ini juga Rasulullah Saw mempersiapkan satu Sariah lagi seramai 20 orang dibawah pimpinan Saidina Saad bin Abi Waqas yang juga sepupu Rasulullah Saw dari sebelah ibunya. Begitulah Umat Islam terus berjuang tanpa rehat. Kali ini mereka berjalan kaki untuk menyekat kafilah Kafir Quraisy di luar Madinah. Kali ini bila-bila mereka sampai dikawasan laluan kafilah, kafilah sudah mendahului mereka. Dalam tempoh ini juga datang berita kematian Al walid bin Mughirah salah seorang pemimpin Kafir Quraisy yang sangat memusuhi Rasulullah Saw dan orang Islam. Selepas itu Rasulullah Saw sendiri memimpin Ghazwah Abwa', Ghazwah pertama yang dipimpin oleh Rasulullah Saw. Peristiwa ini pada bulan Safar tahun kedua hijrah. Iaitu selepas selesai 4 bulan Haram, Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab. Kali ini Rasulullah Saw bertemu dengan kafilah Kafir Quraisy juga di Bani Dhamrah. Ketua mereka datang  Berjumpa Rasulullah Saw meminta jangan berlaku peperangan dikawasan mereka. Mereka juga minta perjanjian keamanan daripada Rasulullah Saw dan orang-orang Islam. Berlakulah perjanjian keamanan diantara Rasulullah Saw dan Bani Dhamrah. Inilah perjanjian keamanan pertama yang berlaku dalam sejarah Islam.

Pada bulan Rabiul Awal, sekali lagi Rasulullah Saw sendiri keluar memimpin tentera Islam dalam Ghazwah Buwwaq bersama 200 orang tentera Islam untuk menyekat satu kafilah Kafir Quraisy yang besar terdiri dari 2500 ekor unta yang penuh dengan muatan, dikawal oleh 100 orang pahlawan Kafir Quraisy. Kafilah ini dipimpin oleh Umayyah bin Khalaf, tuan Saidina Bilal sebelum dia dibebaskan, yang telah mengazab Saidina Bilal. Kafilah ini juga sempat melepaskan diri melalui jalan jauh.

Dua bulan selepas itu iaitu dalam bulan Jamadil Awal, Rasulullah Saw keluar lagi memimpin tentera Islam dalam Ghazwah Al A'syirah juga untuk menyekat kafilah dagang Kafir Quraisy dari Syam. Bila tentera Islam sampai di Bani Madleej. Mereka pula menghalang tentera Islam dari kafilah, mereka juga minta perjanjian keamanan dari Rasulullah Saw. Rasulullah Saw tinggal di kawasan kabilah ini selama sebulan untuk mengukuhkan lagi kekuatan dan Izaah Umat Islam ketika itu. Jadi dengan itu Rasulullah Saw telah mengepung dan menguasai semua laluan kafilah berdagang diantara Mekah dan Syam. Orang Kafir Quraisy makin sulit untuk melalui jalan itu.

Selepas 10 hari Rasulullah Saw pulang dari Bani Madleej. Kabilah Fihr datang menyerang ujung Madinah, mereka mencuri buah-buahan Madinah dan membunuh seorang peladang dari Ansar diladangnya. Rasulullah Saw mendengar jeritan orang jadi Rasulullah Saw terus berkejar ketempat suara, para Sahabat mengikut dari belakang. Bani Fihr ini terpaksa melepaskan buah-buahan yang mereka curi dan juga bekalan yang mereka bawa untuk melepaskan diri dari tentera Islam.

Sebelum peperangan Badar, Rasulullah Saw mengahantar satu Sariah dibawah pimpinan Saidina Abdullah bin Jahash. Pasukan ini seramai 8 orang tentera Islam. Diantara 8 orang ini ada Saidina Saad bin Abi Waqas. Ditengah jalan, unta tunggangan Saidina Saad terlepas dan lari, jadi Saidina Saad dan sorang lagi Sahabat yang berkongsi kenderaan dengannya terpaksa keluar mencari unta mereka. Ketika itu sampai kafilah Kafir Quraisy. Ketika itu hari terakhir bulan Rejab, bulan Haram. Saidina Abdullah sangka dah masuk 1 Syaaban. Jadi mereka serang kafilah ini, ada yang sempat lari, tentera Islam membunuh Amru bin Hadrami. Inilah Kafir Quraisy pertama yang dibunuh oleh orang Islam, mereka menawan 2 orang lagi dan membawa balik semua kafilah dagangan ini. 2 orang tawanan ini juga merupakan tawanan pertama dalam Islam iaitu Al Hakam bin Kaisan dan Othman bin Abdullah. Kafilah ini merupakan harta ghanimah yang pertama dalam Islam. Tetapi yang menjadi masalah hal ini berlaku dalam bulan haram iaitu bulan Rejab.

Ketika itu kafir Quraisy dah sebarkan pada seluruh Arab bahwa orang Islam telah menghalalkan bulan Haram sedangkan hal itu merupakan dosa dan kesalahan besar bagi orang Arab. Kemudian Kafir Quraisy menghantar wakil ke Madinah untuk membawa balik 2 orang tawanan mereka. Rasulullah Saw menerangkan kepada mereka bahawa Umat Islam juga mengharamkan peperangan dibulan Haram tetapi hal yang berlaku ini dipenghujung bulan Haram yang mana Saidina Abdullah ini menyangka sudah masuk bulan Syaaban. Bukan kerana orang Islam sengaja tidak menghormati bulan Haram. Rasulullah Saw tidak melepaskan tawanan sehingga Saidina Saad dan Saidina Utbah bin Ghazwa pulang kerana Rasulullah Saw takut mereka ditawan oleh Kafir Quraisy. Al Hakam bin Kaisan, setelah dibebaskan memilih untuk terus tinggal di Madinah dan masuk Islam. Seorang lagi pulang ke Mekah dan meninggal dunia selepas itu.

Dengan peristiwa ini turun ayat Allah menjawab tuduhan Kafir Quraisy yang menuduh Umat Islam menghalalkan  perang dibulan Haram. Yang sebenarnya Kafir Quraisylah yang tidak menghormati bulan haram kerana mereka telah mengeluarkan orang Islam dari tanah Haram dan melakukan fitnah kepada mereka di tanah haram dan dibulan Haram. Ini lebih besar dosanya disisi Allah.


Kemudian kita masuk kepada sejarah perubahan qiblat dari Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. Hati Rasulullah Saw dah lama ingin mengadap ke Masjidil Haram. Sewaktu di Mekah Rasulullah Saw sembahyang mengadap Baitul maqdis tetapi Rasulullah Saw menjadikan Ka'bah berada didepannya. Jadi Rasulullah Saw mengadap kaabah dan Baitul maqdis. Tapi bila hijrah ke Madinah. Madinah di Utara, baitul maqdis juga di Utara Mekah, jadi kaabah sudah berada dibelakang. Jadi Rasulullah Saw sentiasa menunggu-nunggu bilakah Allah akan ubah Kiblat dari Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. Maka Allah kabulkan keinginan hati Rasulullah Saw ini.

Orang orang Yahudi mengambil peluang ini untuk menimbulkan fitnah lagi, kata mereka, apakah ini satu agama, sekejap mengadap Baitul Maqdis sekarang dah berubah mengadap Kaabah pula. Allah terus jawab tuduhan ini dalam firmannya.

Allah juga jadikan peristiwa ini sebagai ujian untuk menguji keyakinan umat Islam. Setiap masa ada saja ujian yang Allah datangkan untuk mengukuhkan lagi Iman orang orang Islam.

Pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah turun perintah berpuasa Ramadhan. Ramadhan pertama para sahabat berpuasa ialah Ramadhan pada tahun kedua selepas Hijrah. Bila masuk bulan Ramadhan Rasulullah Saw berpuasa dan semua masyarakat Islam berpuasa dengan Rasulullah Saw. Maka dalam bulan Ramadhan yang mulia inilah berlaku peperangan Badar yang merupakan peperangan paling agung dalam sejarah Islam. Ketika itu sampai berita ada kafilah Kafir Quraisy yang besar pulang dari Syam. Kafilah yang besar ini 1000 ekor unta hanya dikawal oleh 40 orang lelaki yang diketuai oleh Abu Sufyan. Allah jadikan kafilah ini istimewa dari kafilah-kafilah lain kerana semua peniaga Kafir Quraisy menghantar barang dagangan mereka melalui kafilah ini. Jadi ini kafilah dagangan bersama diantara semua pedagang-pedagang Kafir Quraisy. Kafilah ini menjadi perhatian semua orang. Jadi Rasulullah Saw memberi tahu masyarakat Islam bahawa baginda akan memimpin sendiri tentera Islam kali ini. Allahlah yang menyusun segala-galanya.

Rasulullah Saw membuka peluang kepada siapa yang nak menyertai pasukan ini. Tidak ada perintah pada waktu itu. Para Sahabat semua buat persiapan. Jumlah yang keluar bersama dengan Rasulullah Saw 313 orang lelaki. Rasulullah Saw dan 313 tentera Islam ini bergerak ke tempat laluan kafilah.

Dalam masa yang sama ada satu peristiwa berlaku di Mekah iaitu Atikah binti Abdul mutalib ibu saudara Rasulullah Saw yang masih berada di Mekah ketika itu melihat dalam mimpinya seorang lelaki berdiri di Abtoh dan menjerit menyeru : Wahai orang khianat kepada Islam, bersiaplah untuk kematian kamu 3 hari dari sekarang. Kemudian lelaki itu datang ke Ka'bah dan menyeru dengan seruan yang sama : wahai orang yang khianat dengan Islam tunggulah kematian kamu 3 hari lagi. Kemudian lelaki ini naik ketas Jabal Qubais ditepi Ka'bah dan dia seru lagi dan kemudian dia ambil seketul batu dan dia melontarkannya ke arah rumah-rumah penduduk Mekah. Batu itu pecah berkecai, serpihannya masuk ke dalam rumah setiap penduduk Mekah. Sayyidah Atikah menceritakan mimpi ini kepada saudaranya Saidina Abbas bin Abdul Mutalib, dia minta Saidina Abas jangan beritahu sesiapapun. Saidina Abas yang berSahabat baik dengan walid bin Utbah, menceritakan mimpi ini kepada Walid bin Utbah, Walid cerita pada ayahnya Utbah dan tersebar cerita itu di Mekah dalam keadaan Saidina Abas tidak tahu hal ini, dia sangka hanya setakat Walid sahaja.

Besoknya selepas Saidina Abas tawaf di Ka'bah, Abu Jahal panggil dia, ajak duduk sekali dengan pembesar-pembesar Kafir Quraisy yang lain. Abu Jahal kata pada Saidina Abbas, wahai Abbas, aku tengok kamu Bani Abdul Mutalib ini, makin bertambah Nabi dikalangan kamu. Apa maksud kamu Abu Jahal? Tanya Saidina Abas. Kata Abu Jahal, sebelum ini ada lelaki dari kalangan kamu yang mengaku jadi Nabi dan sekarang ada perempuan pulak yang nak jadi Nabi. Saidina Abas yang tak tahu cerita mimpi itu dah tersebar, merasa pelik dengan kata-kata Abu Jahal. Dia Tanya lagi Abu Jahal, apa yang dah berlaku sebenarnya? Abu Jahal terus terang, mimpi Atikah! Mimpi apa? Tanya Saidina Abas. Kali ini Saidina Abas terpaksa menafikan mimpi itu, dia takut apa yang Sayyidah Atikah mimpi itu tak berlaku. Ketika itu Abu Jahal mencabar Bani Abdul Mutalib, kata Abu Jahal, kalau tidak berlaku apa-apa dalam masa tiga hari ini, kami akan buat kenyataan bertulis bahawa Bani Abdul Mutalib adalah Bani yang paling penipu dikalangan Arab. Bila cerita ini sampai pada keluarga Saidina Abas yang lain, mereka semua marah kenapa Saidina Abas membiarkan Abu Jahal mempersendakan Bani Abdul Mutalib. Ketika itu Saidina Abas berazam, lepas tiga hari ini kalau Abu Jahal nak perlecehkan lagi Bani Abdul Mutalib, dia akan pukul Abu Jahal.

Kita kembali kepada kisah kafilah Kafir Quraisy. Abu Sufyan yang memimpin kafilah ini juga sangat berhati-hati, dia siap hantar perisik, memastikan kalau ada apa halangan dalam perjalanan. Rasulullah Saw juga menghantar perisik untuk memastikan perjalanan kafilah ini. Rasulullah Saw hantar dua orang Sahabat, mereka pergi sampai dekat perigi Badar, disitu mereka nampak ada seorang lelaki duduk disitu dan dua orang Jariah sedang ambil air. Daripada perbualan dua orang jariah ini mereka dapat tahu bahwa kafilah Abu Sufyan dah dekat. Terus mereka pulang memberitahu Rasulullah Saw. Ketika itu juga Abu Sufyan keluar sendiri untuk memastikan perjalanan kafilahnya selamat. Akhirnya dia juga sampai ke perigi Badar ini. Dia Tanya dekat lelaki yang duduk disitu, apakah dia ada melihat sesiapa disitu. Kata lelaki itu, aku ada nampak dua orang lelaki datang tak jauh dari sini tapi mereka tak datang  ke perigi, lepas itu mereka beredar. Abu Sufyan pergi ketempat dua lelaki itu berhenti, dia dapat kesan tapak kaki unta dan biji tamar dalam najis unta disitu. Dari situ Abu Sufyan tahu itu unta orang Madinah, kerana hanya orang Madinah bagi unta makan tamar kerana mereka banyak tamar. Jadi Abu Sufyan tahu kafilahnya dalam bahaya. Abu Sufyan terus hantar wakil ke Mekah minta orang Mekah hantar tentera untuk selamatkan kafilah mereka. Abu Sufyan rasa tak mungkin dia terlepas kali ini dari Rasulullah Saw dan tentera Islam.

Untuk itu Abu Sufyan pilih Dham Dham bin Amr, seorang pakar propaganda dikalangan orang orang Abu Sufyan. Dham Dham segera memecut untanya ke Mekah. Bila sampai dekat Mekah, dia koyakkan pakaiannya dan dipakai semula dalam keadaan terbalik dan terkoyak-koyak. Kemudian dia cederakan untanya diambil darah dan disapu kemuka, badan dan pakaiannya. Keadaannya memang menakutkan dan seolah-olah sudah berlaku perang. Bila dia sampai di Abtoh, dia menjerit, tolong-tolong, ada malapetaka. Orang Mekah berkejaran ketempatnya, bila orang Tanya apa yang berlaku dia tak jawab. Tapi dia terus menjerit, tolong-tolong ada malapetaka besar. Orang Tanya dia tak jawab dan dia terus bergerak menuju ke Ka'bah, jadi orang ramai ikut dibelakangnya. Jadi satu perarakan tergempar. Sampai di Ka'bah dia menjerit lagi dan akhirnya dia naik ke Jabal Qubais. Ketika itu orang Mekah semua keluar ke Ka'bah ditepi jabal Qubais. Dari atas bukit dia menjerit lagi, tolong-tolong, ada malapetaka besar.!! Bila dia melihat orang dah ramai berkumpul, baru dia ceritakan apa yang berlaku. Dengan itu orang Mekah terus bersiap untuk keluar mempertahankan kafilah mereka.

Mari kita dengar pula cerita dari Saidina Abas, kata Saidina Abas, sebelum Dham Dham sampai, dia keluar Tawaf di kaabah, hari itu hari ketiga selepas mimpi Sayyidah Atikah. Dia dah berazam akan pukul Abu Jahal kalau Abu Jahal berani cakap yang bukan-bukan  lagi. Kata Saidina Abas, semasa Aku tawaf aku nampak Abu Jahal datang bergegas-gegas tapi tak ada bercakap apa-apa pada aku. Kata Saidina Abas dalam hati, takkan sampai begini Abu Jahal takut dengan aku. Ketika itu baru Saidina Abbas mendengar jeritan Dham Dham.

Jadi semua orang sibuk bersiap, semua pembesar-pembesar Kafir Quraisy bersiap kecuali dua orang. Abu Lahab bapa saudara Rasulullah Saw, dia upah seorang pemuka Kafir Quraisy yang lain yang ada hutang dengannya mengantikan tempatnya dalam tentera Kafir Quraisy. Dengan itu Abu Lahab langsaikan semua hutang-hutangnya. Seorang lagi yang tak mahu keluar ialah Umayyah bin Khalaf, dia tak berani keluar sebab pernah satu ketika dia mencaci Saidina Saad bin Muaz salah seorang ketua Ansar yang tawaf di Ka'bah. Kata Saidina Muaz kepada Umayyah, engkau caci aku sekarang tak apa, tapi Rasulullah Saw telah memberitahu kami, kami akan bunuh kamu. Umayyah Tanya, di Mekah atau di luar Mekah orang Islam akan bunuh aku? Kata Saidina Saad, Rasulullah Saw tak beritahu tempatnya. Jadi dengan sebab itu dia takut nak keluar perang kali ini. Dia takut dengan kata-kata Rasulullah Saw ini.

Sedang dia duduk di Ka'bah dengan orang-orangnya, datang Uqbah bin Muayyeth, dia bawa perasap wangian dan diletakkan didepan Umayyah. Kata Uqbah kepada Umayyah, wahai Umayyah, berasaplah dan berwangi-wangilah, kamu ini perempuan, orang semua sibuk bersiap untuk perang kamu masih duduk-duduk disini. Marah Umayyah, tercabar dia, terus dia bangun dan bersiap untuk keluar perang. Ketika sibuk-sibuk bersiap itu, Kafir Quraisy teringat pula pergaduhan antara mereka dengan Bani Kinanah. Mereka mula teragak-agak nak keluar perang, takut Bani Kinanah ambil peluang ini untuk menyerang Mekah. Kata Rasulullah Saw, Iblis bila tengok Kafir Quraisy teragak-agak, dia nak peringat Kafir Quraisy supaya jadi keluar memerangi Rasulullah Saw, supaya habislah Rasulullah Saw dan para Sahabat kali ini. Jadi, Iblis ini datang dalam wajah Suraqah bin Malik salah seorang pembesar Bani Kinanah, dia memberi jaminan pada Kafir Quraisy bahawa Kinanah tidak akan menyerang Mekah. Allah cerita hal ini yang direkodkan dalam Quran.

Berita kedatangan tentera Kafir Quraisy ini belum sampai lagi kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw dan para Sahabat terus memburu kafilah Abu Sufyan. Sementara itu Kafir Quraisy telah berjaya menghantar 950 lelaki yang lengkap dengan persiapan perang sedang kan Rasulullah Saw dan para Sahabat bukan datang untuk berperang tapi sekadar nak sekat kafilah Abu sufyan saja. Sebab itu dari 313 itu hanya ada 70 ekor unta, tentera Islam berganti-ganti naik unta dan hanya ada 2 ekor kuda, Ada yang jalan kaki.

Jadi persiapan tentera Islam bukan untuk berperang sedangkan tentera Kafir Quraisy terdiri dari 950 orang lelaki, 200 ekor kuda dan yang lain semua menunggang unta, ini tak termasuk unta yang dibawa untuk disembelih untuk makanan. Perempuan Kafir Quraisy pun keluar sekali, memberi semangat dan menyanyi untuk tentera. Kemudian wahyu kepada Rasulullah Saw tentang tentera Kafir Quraisy yang sedang bergerak. Ketika itu Rasulullah Saw mengumpulkan para Sahabat. Rasulullah Saw menyebut pada mereka bahawa kita keluar dengan tujuan menyekat kafilah Abu Sufyan dan telah datang wahyu memberitahu Kafir Quraisy menghantar tentera, apa pandangan para Sahabat dalam hal ini. Bangun Saidina Abu Bakar berbaiah kepada Rasulullah Saw dan meminta Rasulullah Saw meneruskan perjuangan. Rasululah tanya lagi apa pandangan para Sahabat? Bangun pula Saidina Umar berbaiah dan meminta Rasulullah Saw meneruskan perjuangan dan menghadapi tentera Kafir Quraisy. Rasulullah Saw Tanya lagi soalan yang sama, bangun Saidina Miqdad bin Amr. Dia berkata kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah teruskan apa yang Allah perintahkan kepada Rasulullah Saw, demi Allah kami tidak akan berkata kepada Rasulullah Saw sepertImana Bani Israil berkata kepada  Nabi Musa :

Pergilah kamu dengan Tuhan kamu berperang kami hanya duduk disini

Tapi kami akan berkata :

Pergilah kamu dan Tuhan kami. Kami akan bersama Allah dan Rasulnya berjuang. Demi Allah wahai Rasulullah Saw, kalau Rasulullah Saw bawa kami berperang sampai Birakil Rimad kami akan terus bersama Rasulullah Saw, tak akan ada seorang pun dikalangan kami yang tarik diri.

Untuk dapat kita merasai bagaImana persediaan dan penyerahan Saidina Miqdad dan para Sahabat kepada Rasulullah Saw, Birakil Rimad ini di Yaman. Diantara Madinah dan Birakil Rimad ada 14 kabilah yang memusuhi Islam. Maksud kata-kata Saidina Miqdad ini, bukan satu peperangan saja wahai Rasulullah Saw bahkan kami bersedia menghadapi 14 peperangan dengan 14 kabilah ini merentas perjalanan sejauh itu. Rasulullah Saw sangat gembira dengan baiah dan ucapan Miqdad ini. Bahkan semua Sahabat turut gembira dengan ucapan Saidina Miqdad ini kerana itulah juga apa yang ada dalam hati mereka. Selepas Miqdad duduk, Rasulullah Saw Tanya lagi :

Apa pandangan kamu wahai para Sahabat

Ketika itu bangun Saidina Saad bin Muaz salah seorang ketua Ansar, katanya, wahai Rasulullah Saw, mungkin kamu maksudkan kami dari kalangan Ansar wahai Rasulullah Saw. Ya benar, kata Rasulullah Saw. Kata Saidina Saad, wahai Rasulullah Saw, demi Allah kalau Rasulullah Saw bawa kami mengaharungi laut kami akan mengikut Rasulullah Saw dalam satu ucapan yang agak panjang. Saidina Saad berbaiah kepada Rasulullah Saw bagi pihak Ansar bahawa Ansar sepertilah Muhajirin bersedia untuk berjuang bersama Rasulullah Saw. Ketika itu berseri-seri wajah Rasulullah Saw dan Rasulullah Saw bersabda :

Bergembiralah, sesungguhnya Allah telah menjanjikan aku antara dua kemenangan samada kita memperolihi kafilah atau dapat mengalahkan tentera Kafir Quraisy.

Countdown minggu

Salam wrt, alhamdulillah, salam buat Rasulullah Saw.

'Sir, nanti cerita lagi tentang adab.'.. kata Uwais Zaki tahun 2. 'Insya Allah'  jawabku... alhamdulillah.. elok sgt kalau anak2 ni suka nak belajar tentang adab. Aduh.. cuma aku ni. Masih tidak beradab dengan Allah, tak beradab dengan Rasulullah Saw.. solat lalai, Selawat kurang...  tapi cerita pasal adab..huhu.. yaAllah.. Ajarkan aku bagaimana untuk beradab denganMu... Cahayakan hidupku dengan akhlak Rasulullah Saw...

Semalam lepas Jumaat, makan dan rest kejap. Masih ada masalah dengan skynet. Check internet. Buka forum tntg skynet Melaka. Hmm, rupanya ramai yg komen tntg pengurusan Skynet Melaka. Patut lah. Aku alami masalah yg sama. Kad belum sampai2 lagi ke rumah. So, aku gagahkan juga untuk terus istiqamah call skynet melaka yg memang susah sgt nk angkat telefon. Alhamdulillah, dah berkali2 call, dapat juga. Lepas comfirm kat skynet bahagian mana, terus aku start kereta dan ke sana (Balai Panjang). Buka je pintu skynet tu, pehh, bersepah2 brg. Meja diorg pun penuh. Hmm, cmtu ke hari2? Erm, agak serabut kalau kerja dlm keadaan cmtu. Pihak skynet patut bagi bilik yg elok utk diorang kerja. @ bilik dah ada, tapi diorang letak sume brg kat depan.. hmm, entah la, dah mmg kerja diorg cmtu. Malas nak tanya mcm2, bagi Nombor rujukan dan ambil barang. Terus balik rumah:) settle sume. Takde la ummi pening2 kepala lagi:)




Em, esok dah pilihan raya. Malam tadi di FB macam x best je. Orang gaduh2 pasal parti dia lagi bagus. Hmm, apa tu? Malas nak baca sangat, so aku wat kerja aku. Upload gambar event dan invite kawan2.. jemput la datang ya. Yang berkesempatan, saya mengharapkan doa dari anda semua ya.

Ok, nak kongsi. Dalam minggu ni ada dapat email dari sahabat2 tentang keadaan di luar negara. Sangat banyak gempa bumi berlaku tahun ni. Di jordan, banyak juga perkara berlaku.

1. Tentera AS yang sedang berada di sempadan Jordan-Syria berjumlah 20 ribu orang.Raja Abdullah telah mengarahkan tentera Jordan untuk menyediakan 'missile' di sepanjang sempadan dengan Syria sekembalinya baginda dari lawatan ke AS baru-baru ini.

2. Tentera Israel diberitakan sedang membuat latihan ketenteraan di Golan, sempadan Syria dan telah menambah tentera bantuan seramai 1 ribu orang, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

3. Menteri Air dan Saliran Jordan memberi amaran tentang masalah air yang meruncing di utara Jordan. Ini disebabkan Syarikat Viola, sebuah syarikat dari Perancis yang menguruskan air di utara Jordan telah menghantar surat untuk menamatkan kontrak menguruskan air. Lebih-lebih lagi menjelang musim panas ini kerana bekalan air yang berkurangan. Ditambah dengan penduduk yang semakin bertambah dengan, setiap hari kemasukan pelarian Syria ke Jordan adalah sekitar 1500-2000 orang. 

4. Pergaduhan Pelajar di Universiti-universiti tempatan. Di antaranya Universiti Malik Husin bin Talal di Ma'an, Universiti Yarmouk, Universiti Jerash Al Ahliyah dan Universiti Jadara di Ma'an menyebabkan kematian seorang pelajar, manakala seorang budak dan seorang pegawai keselamatan cedera, lalu pihak keluarga pelajar telah menyerang 2 buah balai polis menyebabkn 3 orang cedera. Kejadian ini telah dibincangkn di peringkat parlimen.Di Universiti Jerash Al Ahliyah, 15 siswa telah dibuang manakala 40 yang lain di gantung.Secara umumnya keadaan di bandar Irbid stabil tidak terkesan dengan kejadian bom pelancar yang jatuh di kawasan Ramtha iaitu daerah sempadan Jordan-Syria. Jarak Ramtha dari bandar Irbid ialah 4O km. Akhbar-akhbar tempatan melaporkan kawasan sempadan sudah kembali tenang setelah kejadian tersebut yang menyebabkan kebakaran ladang-ladang kepunyaan warga Jordan. Pihak berkuasa Jordan dilihat cuba menutup berita tersebut.

Sementara itu pihak keselamatan Jordan kini mengetatkan kawalan keselamatan di Irbid yang kini menjadi tumpuan hampir 35 ribu orang pelarian Syria mendapatkan perlindungan. Ini adalah kerana kejadian jenayah sosial yang smakin membimbangkan diantaranya kecurian, pecah rumah, ragut, zina dll.itulah antara yang berlaku di sana.

Hmm, fikirkanlah bagaimana keadaan di negara orang dan bandingkan dengan negara kita. Fikir-fikirkan ya...:) wassalam...

Mei menjelma

Salam wrt. Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat hidup. Moga2 aku jadi orang yang pandai mensyukuri nikmatNya. Selawat dan salam buat Nabi Saw.


Hari ni, singing competition. Tgk tahun ni macam meriah. Tahap pun diasingkan, so ada peluang kelas aku untuk champion..hehe... Kata juri, persembahan kelas tahun 3 dan tahun  2 lebih kepada coral speaking. Its ok, yang penting xde syarat pertandingan dan tak pernah ada coral speaking dibuat di SK Chengkau sebelum ni. Pandangan ketua panitia BI, beliau kata ini suatu cubaan yang baik. Teacher mula memasang angan-angan untuk menghantar murid ke pertandingan coral speaking next year. Hmmm, bagi aku keseluruhan persembahan murid-murid sangat baik pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun sudah. Nampak ketara persaingannya... penangan guru2 baru. Hehe.. teacher pun dah jadi muda macam kami..hehe.


Hmm, nak kongsi cerita, hari Selasa, sebelum cuti hari Pekerja, ada pesan pada murid-murid tahun 2....

" tolong sampaikan salam saya pada parents awak. Gtau mereka saya minta maaf atas segala kekurangan saya sepanjang mengajar awak semua"

So, tadi masa ajar subjek BI year 2, sempat tanya murid-murid apa yang diorang gtau pada parents diorang.... nak tau apa jawapannya? Huhu...

"Saya gtau mak saya yang Sir Rauhan minta maaf sebab dia kurang ajar"


Aduh... salah ayat tuh.. tolong buat correction ya! Ntah apa la yang parents korang pikir pasal sir korang ni. Mesti ingat yang aku ni selalu miss class. Misunderstanding...  rasa nak gelak pun ada tadi...haha.. klakar btol...

Lepas zohor, sempat sampaikan pada anak-anak ni tentang adab mandi. Banyak sentuh berkaitan dengan adab mandi di tempat umum. Alhamdulillah. Dapat kongsi ilmu dengan mereka. Memang seronok. Umpama buat usrah di rumah dengan anak-anak. Ni kira trainning dulu la..:)..

After that, rekod beberapa ucapan murid untuk video montaj hari guru. Memang feveret aku benda-benda camni..:) Pada mereka yang nak tengok video-video SK Chengkau, type je kat You Tube nama sekolah, dapat la... selamat menonton... Then, bincang dengan Farhan tentang aktiviti utk Hari Guru. Banyak juga yang dapat disenaraikan. Hopefully dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahun lepas sayang sangat, dah rancang, tapi ada guru yang tak nak join. Ada la hal sesama diorang yang tak selesai tu. Hmm. Tapi Tahun ni, nampak semuanya ok. Moga-moga berjalan lancar, ameen.

Sekian.... Hmm, khemah depan sekolah dah dipasang. Untuk pilihan raya  ni. Bendera semua dah makin banyak. Kalah lampu-lampu isyarat jalanan!! XD

Masyarakat Islam Model

Rasulullah Saw mulakan dengan operasi membina Masjid iaitu membina hubungan dengan Tuhan, membina Iman, setelah itu Rasulullah Saw melakukan operasi kasih sayang iaitu dengan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Rasulullah Saw dengan Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan Saidina kharjah bin Zaid, Saidina Umar dan Saidina Utban, Saidina Abdullah bin Masu'd dan Saidina Muaz bin Jabal, Saidina Musaab bin Umair dan Abu Ayob Al Ansari, Saidina Abu Ubaidah dan Saidina Abu Talhah. Begitulah seterusnya. Ketika itu berlaku satu peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah manusia. BagaImana kasih sayang yang berlaku diantara kaum Muhajirin dan Ansar. Para Ansar telah menerima Muhajirin sebagai saudara mereka, dibahagi dua harta, rumah, pakaian, semuanya dibahagi dua dengan saudaranya  Muhajirin Bahkan ada yang sampai mahu menceraikan salah seorang dari isteri mereka untuk dikahwinkan kepada Sahabat dari Muhajirin. Tapi sampai tahap ini, para muhajirin menolaknya dengan baik. Mereka hanya ambil sekadar keperluan sahaja.

  Para Ansar telah membuka hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka membuka pintu rumah mereka, para Ansar telah memberi hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka memberikan harta mereka. Dengan itu tercetuslah satu kasih sayang, tautan hati dan pengorbanan yang sangat luar biasa dalam sejarah manusia seluruhnya. Rasulullah Saw persaudarakan hati mereka dulu sebelum Rasulullah Saw persaudarakan jasad mereka.    Saidina Saad bin Rubayya' Al Ansari Rasulullah Saw persaudarakan dengan Saidina Abdul Rahman. Kita dengar persaudaraan ini dari Hadis riwayat Imam Bukhari dari Saidina Abdul Rahman sendiri.

Bahawa Rasulullah Saw telah mempersaudarakan diantaranya dan Saad bin Rabe’ Al Ansari. Dengan itu Saidina Saad datang menawarkan kepada Saidina Abdul Rahman hartanya. Kata Saidina Saad kepada Saidina Abdul Rahman, lihatlah mana satu dari dua sorang isteriku yang lebih kamu suka, aku akan lepaskan dia kepada kamu, bila selesai iddahnya kamu boleh kahwininya. Saidina Abdul Rahman menolak dan berkata, semoga Allah memberkati kamu pada keluarga kamu dan harta kamu, tetapi tunjukkanlah kepada aku pasar, Saidina Abdul Rahman berjual beli sehingga dia meperolehi harta.

 Saidina Abdul Rahman memang pakar perniagaan, pakar bisnes. Rasulullah Saw bersabda tentang Saidina Adbul Rahman:

Saidina Abdul Rahman ini kalau dia berniaga pasir pun dia akan untung

Saidina Abdul rahman ini datang ke Madinah tanpa sebarang harta, tapi diatas kepercayaan dan amanah Rasulullah Saw kepadanya dia telah berjaya membina kekuatan ekonomi Umat Islam dan membebaskan Umat Islam dari cengkaman Yahudi yang ketika itu menguasai perniagaan di Madinah, menguasai ekonomi Madinah. Saidina Abdul Rahman telah berjaya membangunkan suqul Ansar Pusat ekonomi umat Islam di Madinah.

Kemudian Rasulullah Saw menyusun sistem masyarakat Madinah. Antara taklimat Rasulullah Saw lagi, bahawa Rasulullah Saw sahaja yang berhak membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah dari luar Madinah. Diantaranya lagi, semua perselisihan yang berlaku di Madinah diselesaikan mengikut hukum Islam. Begitu juga Rasulullah Saw tidak membenarkan sesiapa juga memberi jaminan keselamatan kepada orang Kafir Quraisy di Madinah.

Jadi orang orang Madinah yang telah dibangunkan insaniah mereka melalui wakil Rasulullah Saw, Saidina Musaab bin Umair, setelah disusun pula oleh Rasulullah Saw menjadi makin kemas dan makin cantik. Model masyarakat Islam yang terbaik, Masyarakat model yang Allah puji dalam Al Quran.

Ditahun pertama hijrah ini juga, Saidina Asa’d bin Zurarah Al Khazraji wafat. Salah seorang pemimpin Ansar. Orang pertama dalam Islam membangunkan sembahyang Jumaat iaitu dirumahnya sendiri dan dialah yang menyampaikan khutbahnya.

Dalam tempoh 4 bulan pertama hijrah Rasulullah Saw ke Madinah Rasulullah Saw dan pembinaan masyarakat dan negara Islam model ini, berlaku satu ujian kepada Umat Islam. Ketika itu tidak ada seorang pun anak lelaki yang dilahirkan di Madinah dari orang Islam hidup. Anak-anak lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Orang orang Yahudi mengambil peluang mengeksploitasikan hal ini. Kata mereka, kami dah sihir orang Islam. Mereka tak boleh melahirkan anak lelaki lagi, anak lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Dengan itu zuriat mereka akan pupus. Bayangkan dalam satu masyarakat yang agak ramai itu, tidak ada anak lelaki yang dilahirkan selamat dalam masa empat bulan. Dengan propaganda Yahudi ini orang-orang yang lemah Imannya mula tergugat. Sehinggalah datang ke Madinah Sayyidah Asmak Puteri Saidina Abu Bakar isteri kepada Saidina Zubair bin A'wam. Siti Asmak berhijrah ke Madinah dalam keadaan sarat hamil, dia sampai di Madinah dipenghujung empat bulan ini. Bila Sati Asmak masuk saja ke Madinah dia melahirkan anak lelaki, terus anak ini dibawa kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw yang mentahnikkannya, Rasulullah Saw mengunyah tamar dan dimasukkan ke dalam mulut anak ini. Dengan itu yang pertama masuk ke mulutnya adalah air liur Rasulullah Saw. Inilah dia Saidina Abdullah bin Zubair. Kelahiran Saidina Abdullah ini menjadi kegembiraan Umat Islam ketika itu, Saidina Abdullah dibawa berarak keseluruh Madinah sambil bertakbir. Sejak itu senyaplah propaganda yang dibuat oleh orang-orang Yahudi. Saidina Abdullah bin Umar yang menyaksikan tentera Hajjaj membunuh Saidina Abdullah bin Zubair ini, dimana selepas mereka membunuh Saidina Abdullah mereka bertakbir. Kata Saidina Abdullah bin Umar, aku menyaksikan hari kelahirannya dan hari kematiannya. Demi Allah orang-orang yang bertakbir dihari kelahirannya lebih baik dari orang-orang yang bertakbir dihari kematiannya.

Dalam tempoh ini juga Rasulullah Saw mengahwini Siti Aisyah, Ummul Mukminin puteri Saidina Abu Bakar. Dalam tempoh ini juga turun perintah, ditambah rakaat sembahyang. Jadi sejarah sembahyang ini melalui 3 peringkat.

Pertama ; sembahyang belum diwajibkan tapi hanya menjadi perkara sunat. Ketika itu, yang wajib hanya sembahyang malam kepada Rasulullah Saw. Selepas itu diwajibkan kepada orang-orang Islam juga, sembahyang lain semuanya sunat.

Kedua: bila berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. Allah wajibkan sembahyang lima waktu tapi semuanya dua rakaat.

Ketiga : diawal hijrah Rasulullah Saw ke Madinah ini Allah tambahkan rakaat sembahyang Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, hanya sembahyang subuh yang kekal dua rakaat.

Pada waktu itu Rasulullah Saw berfikir bagaImana nak memberitahu orang ramai masuk waktu sembahyang. Para Sahabat pada waktu dengan rasa hati mereka yang tajam, mereka boleh mengagak waktu sembahyang. Sehinggalah Saidina Zaid bin Abdullah bermimpi ada orang datang mengajarnya bagaImana azan. Bila dia beritahu Rasulullah Saw mimpinya Rasulullah Saw akui mimpi itu. Itulah dia azan yang kita pakai sekarang ini. Kata Rasulullah Saw kepada Saidina Abdullah bin Zaid,

Ini mimpi yang baik, ajarkan kepada Bilal kerana suaranya lebih kuat dari suara kamu

Dari sinilah sunnahnya orang yang melaungkan azan itu orang yang paling baik suaranya. Bila Saidina Bilal azan, Saidina Abu Bakar terbangun dari tidurnya mendengar suara azan Saidina Bilal. Cepat-cepat dia datang bertemu Rasulullah Saw, Saidina Umar memberitahu Rasulullah Saw inilah juga azan yang aku lihat dalam mimpiku. Kata Rasulullah Saw. Selepas itu turun wahyu memperkuatkan lagi hal ini.

Pembinaan Masjid Nabawi


Selepas itu barulah Rasulullah Saw masuk ke Madinah, setiap kampung yang dilalui oleh Rasulullah Saw, ketua dan ahli kampungnya minta Rasulullah Saw berhenti disitu dan tinggal disitu. Tapi Rasulullah Saw minta pada semua orang membiarkan unta Rasulullah Saw berjalan sampai dia berhenti sendiri. Kata Rasulullah Saw:

Biar dia berhenti sendiri, unta ini mengikut perintah Allah


Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Bani Najjar, disitu ada satu kawasan kosong yang dipunyai oleh dua orang anak yatim. Unta Rasulullah Saw berhenti disitu. Tempat yang berkat, tempat yang Allah pilih. Rasulullah Saw membayar harga tanah itu kepada waris anak yatim ini dan Rasulullah Saw perintahkan dibina masjid disitu. Masjid Nabawi, masjid yang paling mulia selepas Masjidil Haram. Tempat yang Allah pilih melalui unta Rasulullah Saw. Allahlah yang memerintahkan unta Rasulullah Saw berhenti disitu. Maka bermulalah pembinaan Masjid Nabawi. Ketika itu semua Sahabat dikalangan Ansar menawarkan kepada Rasulullah Saw agar Rasulullah Saw tinggal dirumah mereka. Akhirnya Rasulullah Saw pilih untuk tinggal dirumah Abu Ayob Al Ansari. Abu Ayob ini rumahnya besar dua tingkat. Abu Ayob minta Rasulullah Saw tinggal diatas. Kata Abu Ayob, tak sepatutnya kami duduk diatas rumah Rasullulah Saw. Tapi Rasulullah Saw memilih untuk tingal dibawah supaya tidak menyusahkan Abu Ayob dan keluarganya kerana Rasulullah Saw akan didatangi oleh banyak tetamu.

Pembinaan masjid terus berjalan, semua para Sahabat bekerja. Bahkan Rasulullah Saw sendiri turun tangan, sambil bekerja ini para Sahabat bernasyid :

Ya Allah tiadalah kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat, ampunkanlah para Ansar dan Muhajirin.

Rasulullah Saw juga ikut bernasyid sama dengan para Sahabat  Muhajirin dan Ansar. Begitulah peranan nasyid dalam membina jiwa dan menghidupkan semangat perjuangan disamping dapat memeriahkan suasana. Para Sahabat menyambut ketibaan Rasulullah Saw juga dengan bernasyid. Mereka sambil membina masjid Qubak juga bernasyid begitu juga sambil membina masjid Nabawi, Rasulullah Saw pun ikut nasyid sama. Sebab itu para Ulamak Sufi menyebut :

Nasyid itu dapat melembutkan dan menyegarkan  hati

Rasulullah Saw juga ikut mengangkat batu-bata dari tanah untuk membina masjid itu. Semua Sahabat memikul seorang satu batu, tapi Saidina Amar bin Yasir memikul dua bata sekaligus. Bila Rasulullah Saw melihat kegigihan Saidina Ammar ini, Rasulullah Saw tersentuh dan terharu. Rasulullah Saw mendoakannya dan ketika itu juga Rasulullah Saw menyebut tentang kematian Saidina Ammar, bahawa Saidina Ammar akan dibunuh oleh satu golongan yang melanggar batasan agama. Ditahun pertama hijrah Rasulullah Saw telah memberi tahu para Sahabat Jadual yang akan berlaku 35 tahun lagi. Allah Swt telah memberitahu Rasulullah Saw tentang Jadual Umat ini sehingga hari kiamat. Siapa yang mengikut jadual ini pasti berjaya dan selamat.

Malam pertama Rasulullah Saw tinggal dirumah Abu Ayob, Abu Ayob dan keluarganya tidur dipenjuru rumah. Mereka tak banyak bergerak, takut mengganggu Rasulullah Saw. Begitulah adab dan kecintaan mereka dengan Rasulullah Saw. Lepas itu bekas air mereka pecah. Abu Ayob takut air turun mengenai Rasulullah Saw, dia lap air itu dengan selimutnya sedangkan itulah satu satu selimut yang ada. Sedangkan Madinah pula memang sejuk diwaktu musim sejuk. Jadi malam itu Abu Ayob dan isterinya tak tidur. Besok bila dicerita kepada Rasulullah Saw apa yang berlaku. Rasulullah Saw yang penyayang dan pengasih itu bersetuju pindah ke atas. Abu Ayob dan Umu Ayoblah yang menyiapkan makanan untuk Rasulullah Saw dan dari lebihan makanan Rasulullah Saw itu mereka makan. Bahkan yang mereka paling suka dimakanan yang ada bekas jari Rasulullah Saw. Mereka mahu mengambil berkat dari jari-jari tangan Rasulullah Saw. Dari sini kita dapat belajar bahawa mengambil berkat dari lebihan Rasulullah Saw adalah satu perkara yang dilakukan oleh Para Sahabat.

Setelah suasana agak tenang Rasulullah Saw hantar Saidina Zaid bin Harithah untuk mengambil keluarga Rasulullah Saw dan keluarga Saidina Abu Bakar di Mekah. Ketika itu puteri Saidina Abu Bakar, Sayyidah Asmak belum datang lagi. Dia datang kemudian. Diantara perkara penting ditahun pertama Hijrah ini, para Sahabat dan orang-orang Madinah menziarahi Rasulullah Saw. Diantara yang sangat ghairah datang bertemu Rasulullah Saw  Saidina Abdullah bin Salam salah seorang pendeta Yahudi bahkan orang yang paling alim dikalangan mereka. Mari kita dengar Saidina Abdullah bin Salam bercerita bagaImana pertemuannya dengan Rasulullah Saw.

Semasa berita ketibaan Rasulullah Saw di Madinah, Abdullah bin Salam ini dirumah ibu saudaranya. Bila dia dengar berita ini terus dia bertakbir. Allahuakhbar! Ibu saudaranya terkejut mendengar Abdullah bin Salam bertakbir. Kata Saidina Abdullah pada ibu saudaranya, dia Nabi, semua tanda-tanda keNabian yang ada didalam Taurat ada pada Rasulullah Saw . Kata ibu saudaranya padanya, kamu pergi tengok dulu, pastikan betul-betul. Saidina Abdullah bin Salam pun pergi bertemu dengan Rasulullah Saw. Saidina Abdullah bin Salam dapat menyaksikan sendiri semua tanda-tanda yang disebut itu ada pada Rasululah Saw termasuk Khatamun Nubuwwah. Saidina Abdullah bin Salam terus masuk Islam disitu. Dengan itu dialah orang Yahudi yang pertama masuk Islam. Selepas itu dia atur strategi dengan Rasulullah Saw untuk mengiklankan keIslamannya supaya jadi satu hujjah keatas orang orang Yahudi yang lain. Jadi Rasulullah Saw panggil semua orang berkumpul termasuk ulamak-ulamak dan pembesar pembesar Yahudi berkumpul. Rasulullah Saw berdakwah kepada mereka, tapi mereka tetap tidak menerima Islam. Akhirnya Rasulullah Saw Tanya Yahudi, apakah kedudukan Abdullah bin Salam dikalangan kamu? Kata mereka, dia pembesar kami, dia ulamak kami bahkan paling alim diantara kami. Peristiwa ini berlaku didepan ramai, ketika itu Saidina Abdullah bin Salam yang dari tadi bersembunyi di dalam keluar dan mengucap dua kalimah syahadah didepan pembesar-pembesar Yahudi dan Ulamak-ulamak mereka di majlis Rasulullah Saw dan orang ramai. Satu hujjah ke atas orang Yahudi didepan semua orang. Ketika itu juga mereka semua menyebut bahawa Abdullah bin Salam ini adalah orang yang jahat dikalangan kami, orang yang paling penipu dan paling jahil dikalangan kami. Tak sampai beberapa minit mereka telah berubah bila berhadapan dengan hal yang mengancam kepentingan mereka. Beginilah sikap orang-orang Yahudi, mereka sangat memungkiri janji.

Saidatina Safiyyah Ummul Mukminin puteri Huayayy bin Akhtab salah seorang Pembesar Yahudi menceritakan kisahnya bahawa dia adalah anak kesayangan ayahnya dan bapa saudaranya Yasir bin Akhtab. Kata Saidatina Safiyah, setiap kali mereka melihat aku pasti dipegang dan dipeluk aku. Kedua-dua mereka hadir dalam pertemuan dengan Rasulullah Saw. Pada hari itu aku datang kepada mereka, mereka tak mengendahkan aku lagi, nampak mereka berdua sedih dan sugul sangat. Ketika itu, aku dengar perbualan mereka. Ayah aku bertanya kepada bapa saudaraku, apakah dia ini yang disebut didalam Taurat. Kata Yasir, benar, semua alamatnya tepat. Inilah dia orangnya. Jadi kalau begitu apa yang engkau nak buat wahai Yasir. Kata bapa saudaraku Yasir, aku berazam untuk memusuhinya selama-lamanya. Beginilah sikap orang-orang Yahudi, sikap ulamak-ulamak Yahudi yang mereka sangat arif tentang kebenaran tapi mereka menetang kebenaran.

Bumi Tuhan... Bersaksilah