Rasulullah Saw dan tentera Islam berjalan
sehinggalah sampai di Aludwatil Dunya.Rasulullah Saw berkhemah dibelakangnya.
Tentera kafir berkhemah dibelakang Aludwatul
Quswa. Aludwatul Quswa ini disebelah Selatan dan Aludwatil Dunya disebelah
Utara. Orang-orang Islam datang dari Madinah dari arah Utara manakala orang
kafir datang dari Mekah dari arah
Selatan sementara Abu Sufyan melarikan kafilahnya melalui jalan rahsia. Dia
berjaya keluar dari kawasan Badar dan pusing dibelakang bukit Hijaz. Dia bawa
kafilahnya berjalan antara bukit-bukit dan pantai Laut Merah. Ketiga-tiga
kumpulan ini tak tahu dImana kumpulan lain berada. Allah ceritakan hal ini
dalam Quran.
Peperangan ini Allah yang susun,
bukan manusia yang susun. Rasulullah Saw hantar orang merisik, mereka jumpa dua
orang khadam Kafir Quraisy datang ambil air dari perigi Badar. Mereka tawan dua
orang khadam ini dan dibawa ke perkhemahan tentera Islam. Kedua-dua khadam ini
disoal siasat. Sementara itu Abu Sufyan telah berjaya melarikan kafilahnya, dia
telah berada dibelakang kedudukan tentera Kafir Quraisy. Abu Sufyan hantar
wakil memberitahu Kafir Quraisy bahawa kafilah telah selamat. Dengan itu ada
diantara tentera Kafir Quraisy yang tarik diri dari peperangan. Kata mereka ,
kami datang untuk selamatkan kafilah, ada harta kami disitu, sekarang kafilah
dah selamat, untuk apa lagi kami berperang, apalagi orang yang akan kami
perangai itu keluarga kami sendiri. Bani Zuhrah pulang semuanya ke Mekah, Bani
Hasyim juga pulang, tinggal Saidina Abas dan beberapa orang saja supaya mereka
tak diaibkan oleh Kafir Quraisy. Mereka tak ghairah untuk berperang, yang
mereka perangi itu Rasulullah Saw dari Bani Hasyim juga. Hakem bin Khuzam
datang kepada Utbah minta dia gesa tentera Kafir Quraisy pulang saja ke Mekah,
kafilah kita sudah selamat, kalau kita terus perang kita memerangi sanak
saudara kita sendiri. Bila kita balik ke Mekah nanti, masing-masing kita
melihat kepada yang lain sebagai pembunuh ayahnya, saudaranya, anak
saudaranya.Kita akan saling benci membenci. Begitulah nasihat Hakem bin Khuzam
kepada Utbah bin Rabeah. Utbah mula menyeru tentera untuk pulang, malah tentera
sibuk bersiap untuk pulang.
Ketika
itu Abu Jahal muncul, dia tak setuju untuk pulang, dia mahu peperangan terus
berlaku. Jadi sekarang krisis diantara pembesar-pembesar Kafir Quraisy, masing-masing
nak tonjolkan diri sebagai pemimpin Mekah. Abu Jahal memang sudah lama berusaha
untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Mekah. Selepas kematian Abdul
Mutalib dan Abu Talib, tidak ada yang paling menonjol dikalangan mereka. Kata
Abu Jahal, ini peluang untuk dia membuktikan ketokohannya. Ketika itu dia
panggil A'mir Al Hadrami, dia yang anaknya dibunuh oleh tentera Islam dalam
bulan Haram sebelum peperangan ini. Kata Abu Jahal, wahai A'mir, orang-orang
Mekah dah mula nak balik, mereka berlepas tangan dari menuntut bela ke atas
darah anak kamu. A'mir bila dengar hal itu, terus dia pergi ketengah-tengah
tentera menangis sambil menjerit, apakah malangnya nasib A'mir, orang orang
Mekah berlepas tangan dari anakku. Demi Tuhan kalau berlaku hal ini kepada anak-anak
mereka nescaya aku tak akan berlepas tangan. Melihat hal ini, yang nak balik
tak jadi nak balik, ini soal maruah. Begitulah peranan Abu Jahal dalam memusuhi
dan memerangi Islam. Waktu itu mereka belum tahu lagi dimana orang Islam
berkhemah. Mereka dah berdekatan tapi masing masing tak tahu pihak yang satu
lagi dimana.
No comments:
Post a Comment