Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar
mencari maklumat, akhirnya Rasululah berjaya mendapat maklumat bahawa orang
kafir sudah berada di Aludwatul Quswa, dah dekat. Jadi terus Rasulullah Saw
mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Bila lepas sikit dari Aludwatil Dunya
Rasulullah Saw berhenti berkhemah disitu. Ketika itu Saidina Hubab bin Munzir datang kepada
Rasulullah Saw. Dia ini salah seorang pakar strategi perang dikalangan para
Sahabat. Dia Tanya Rasulullah Saw, wahai Rasulullah, apakah tempat ini pilihan
wahyu dari Tuhan atau atas dasar strategi perang? Kata Rasulullah Saw, ini
strategi. Saidina Hubab minta izin memberi cadangan, kata Saidina Hubab, lebih
strategi kalau kita bergerak ke depan lagi sampai ke telaga air yang paling awal
dan paling baik. Lepas itu kita kambus telaga telaga yang lain. Dengan itu
orang kafir tak akan dapat bekalan air. Rasulullah Saw setuju dengan cadangan
Saidina Hubab ini. Jadi tentera Islam berkhemah ditepi telaga Badar yang paling
baik dan telaga semua dikambus. Rasulullah Saw perintahkan dibuat kolam ditepi
perigi itu supaya mudah ambil air.
Pada malam sebelum pertempuran Allah
turunkan hujan. Jadi makin banyak bekalan air tentera Islam dan tanah menjadi
semakin kejap yang makin memudahkan tentera Islam bergerak. Hujan ini turun
juga disebelah Quraisy, tapi lebih lebat lagi hingga tanah dari tempat mereka
ke Medan Badar menjadi berselut dan makin menyusahkan pergerakan tentera kafir.
Pada malam itu Allah juga datangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga
semua tentera Islam dapat rehat sebelum
peperangan setelah mereka bermunajat dan sembahyang malam. Allah beri peluang
mereka tidur. Allah cerita hal ini dalam Quran.
Ini semua persiapan yang Allah
siapkan untuk kemenangan Umat Islam dalam peperangan. Kemudian Rasulullah Saw
pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera Islam Saidina Ali bin Abi
Thalib dan Saidina Musa’b bin Umair dan wakil-wakil dikalangan Muhajirin dan
Ansar. Bila orang kafir sampai mereka lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat dah
bersedia dan dah tak ada lagi telaga yang boleh mereka dapat air. Jadi mereka
terpaksa berkhemah tak jauh dari tentera Islam. Masing masing buat persiapan.
Ketika itu Rasulullah Saw yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar di khemah khas
terus bermunajat dan berdoa merintih kepada Allah. Diantara doa Rasulullah Saw
:
Ya Allah kalau tentera ini tewas,
maka engkau tidak akan disembah dibumi lagi
Rasulullah
Saw terus berdoa dan merintih pada Allah sampai Saidina Abu Bakar kesian
melihat keadaan Rasulullah Saw. Selepas itu Rasulullah bariskan tentera Islam
satu barisan saja tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan dibahagikan
kepada beberapa barisan dan pasukan. Ketika itu berlaku satu peristiwa dImana
ketika Rasulullah Saw meluruskan barisan ada seorang Sahabat yang berbadan
besar dan perutnya ter kedepan. Rasulullah Saw dengan tongkatnya menyentuh
perut Sahabat ini supaya dia kebelakang sikit. Ketika itu keluar dari Sahabat
ini satu kata-kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya wahai Rasulullah
Saw, engkau telah menyakiti aku, aku nak Qisas kamu wahai Rasulullah Saw. Semua
para Sahabat terkejut dan ada yang marah, ini Rasulullah Saw, kita semua sedang
berhadapan dengan musuh, saat-saat yang mencemaskan. Tapi Sahabat ini tetap
berkeras, katanya ini hak dia. Akhirnya Rasulullah Saw berikan tongkatnya dan
buka belakang Rasulullah Saw untuk diqisas. Melompat Sahabat ini dari tempatnya
dan mencium belakang Rasulullah Saw. Lagi terkejut semua orang. Rasulullah Saw
pun terkejut. Rasulullah Saw tanya dia, apa yang kamu buat ini wahai Sahabat.
Kata Sahabat ini, wahai Rasulullah Saw engkau pun tahu betapa cemas suasana
ketika ini, aku rasa aku akan syahid hari ini. Tapi sebelum aku syahid aku
ingin mendapat keberkatan dari tubuh Rasulullah. Begitulah kecintan para
Sahabat yang terlalu tinggi kepada Rasulullah Saw.
No comments:
Post a Comment