MADAH baru 414


*M321*
Di antara amalan-amalan baik yang hampir pupus di bandar dan di pekan ialah tidak suka kedatangan tetamu, gotong-royong hampir tiada, tengok-menengok di kalangan jiran sudah tiada lagi, sifat malu sudah terlalu nipis, baik sangka sudah tiada, belajar secara percuma sudah tiada, bersedekah terlalu kurang, berkenalan dan bermesra sudah tidak diperlukan, berbincang secara tidak rasmi sudah jarang berlaku, kecuali rasmi dalam forum di tv, di universiti, justeru manusia lebih suka duduk di kaca tv daripada berbincang sesama jiran atau kawan.


*M322*
Kalau di dalam kehidupan bermasyarakat, di dapati ada pula orang yang derhaka dengan ibu bapa, bukan ibu bapanya saja yang tidak senang, semua anggota masyarakat memandang serong dengan orang itu. Begitu juga kalau ada rakyat yang tidak taat dengan pemimpin negara, banyak orang yang marah, padahal setiap hari orang ramai, sama ada rakyat jelata mahupun orang yang dikatakan istimewa, derhaka dengan Allah, tidak begitu ada orang yang marah dan tidak senang.
Begitulah mentaliti umat Islam di akhir zaman ini, Tuhan telah diperkecilkan.


*M323*
Kalau seseorang itu boleh mendapat kejayaan terhadap sesuatu yang naluri memang suka (fitrah semula jadi memang suka) bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan dan tidak boleh dikatakan luar biasa (wira), seperti memiliki kekayaan yang banyak, ilmu yang tinggi, rumah yang besar dan cantik, kerana ujian dari dalam tidak ada, hanya ada ujian atau cabaran dari luar, tapi kalau seseorang itu boleh mendapat kejayaan di dalam soal-soal fitrah semula jadi tidak suka, ia adalah manusa luar biasa (wira),
seperti mengorbankan harta yang banyak, sanggup ibadah banyak, gigih memperjuangkan kebenaran hingga mendapat kesusahan atau mati kerananya, memperjuangkan kepentingan masyarakat hingga menderita kerana bukan senang hendak melawan nafsu (mujahadatun nafsi). 


*M324*
Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa, (hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti atau kebenaran itu tidak akan bernilai. 


*M325*
Apabila makin pesat kemajuan tapi banyak orang jahat dan membuat kemungkaran, Itu menunjukkan kemajuan itu sudah tidak mengikut syariat.

Mabuk Yang Tidak Bahaya


Di antara mabuk yang tidak bahaya adalah mabuk Tuhan.
Bahkan bahagia, tenang, senang, puas, lazat, indah.
Kalau boleh hingga gila Tuhan lagi baik, 
tidak mengapa, tidak ada salahnya.
Mabuk selain Tuhan bahaya.
Bahkan mudharat dan memudharatkan.
Mabuk arak mencelakakan, hina lagi terhina.
Mabuk harta tidak akan tenang sekadar senang sahaja.
Mabuk betina kita akan dihambanya.
Kita akan diarah-arahnya, dikerahnya ke mana sahaja yang dia suka.
Kita akan ikut sahaja kerana hendak menjaga hatinya.
Kalau orang kata kita dayus, sudah tidak terasa apa-apa.
Orang yang risau melihat kita, kita biasa sahaja, hilang malu dibuatnya.
Mata hati kita sudah dibutanya, kerana cinta itu buta.
Gila melawa kerana hendakkan orang puji, hendak glamor dan nama.
Adakalanya orang tidak peduli pun pada kita.
Kita sahaja rasa orang peduli dan ambil perhatian tentang kita.
Manusia ramai, bukan kita seorang sahaja manusia, perhatian orang tidak semesti kepada kita sahaja.
Yang sebenarnya kita syok-syok sendiri sahaja orang bukan peduli pun pada kita.
Adakalanya orang meluat dan benci kerana melawa berlebih-lebihan macam orang tidak siuman.
Rupanya kita hendak glamor itu, sampai hajat juga. Glamor cacian dan kejian orang, kita tidak sedar diri .
Lain kali ukurlah diri kalau hendak bercantik-cantik biarlah berpadan, macam orang siuman.
Oleh itu kalau hendak mabuk atau gila juga eloklah mabuk dan gilakan Tuhan.
 

APAKAH PERBEZAAN ANTARA* Maghfirah (مغفرة)*DAN *'Afuww (عفو)?

*

 *Maghfirah*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu.  Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu.

 *'Afuww*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah  dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

 *Inilah sebabnya mengapa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya, "ini adalah Do'a terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr".*

 *"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"*
*(اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني)*
 (H.R Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmizi)

 *"Ya Allah, Engkaulah m Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku."*

 Oleh itu pastikan anda membaca do'a ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh.  Buatlah salah satu rutin harian anda terutama di bulan Ramadhan .
Bayangkan anda berdiri pada hari Penghakiman yang bertanggungjawab untuk perbuatan anda, dan anda tidak dijamin masuk ke Jannah.

 *Tiba-tiba anda mendapati banyaknya gunung-gunung Hasanat* (ganjaran) *dalam rekod anda.*

 Adakah anda tahu dari mana gunung-gunung hadiah ini datang?

 Kerana di dunia anda terus berkata: *"Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahil 'Azim"*

 Junjungan Baginda Nabi Muhammad ﷺ bersabda, mafhumnya: *"Dua kalimah yg ringan di lidah, berat timbangannya, ia dicintai oleh Ar-Rahman, (Yang Maha Pemurah):*
 *سبحان الله و بحمده,* *سبحان الله العظيم* 
 *Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil 'azim (Maha Suci Allah, dan Puji, Maha Suci Allah, Yang Agung) "*
 (📚Bukhari, Muslim)

 Bayangkan berapa banyak ganjaran anda akan dapat jika anda berkongsi tazkirah ini dengan rakan-rakan anda dan mereka terus berzikir *(Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahil 'Azim)* kerana anda menuntun mereka untuk berbuat baik di bulan mulia yang pahalanya berlipat ganda.

 *Jom kongsi ilmu yg sedikit ini utk kita teruskan  sama2 manfaatkan sbg ibadah harian serta membimbing dan membantu orang lain untuk berbuat baik.
Wallahua'lam..

Kisah Siak Masjid

Salam wrt...



Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zaenal. Ahmad ini pintar sekali. Cerdas. Tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zaenal adalah seorang yg biasa2 saja. Namun keadaan orang tuanya mendukung karier dan masa depan Zaenal.

Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor toilet sebuah masjid megah dg infrastruktur yg cantik, yg memiliki view pegunungan dg kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempesona.

Zaenal, sudah menjelma menjadi seorang manager perusahaanya . . . Tapi tetap menjaga kesalehannya.

Ia punya kebiasaan. Setiap keluar kota, ia sempatkan singgah di masjid di kota yg ia singgahi. Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. jika masih dapat waktu yg diperbolehkan shalat sunnah, maka ia shalat sunnah juga sebagai tambahan.

Seperti biasa, ia tiba di Puncak Pas, Bogor. Ia mencari masjid. , dan bergegas masuk masjid yg ia temukan.

Di sanalah ia menemukan Ahmad. Cukup terperanjatlah Zaenal ini. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya mashaallah luarr biasa.

Zaenal tidak menyangka bila berpuluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid..!

“Maaf,” “Kamu Ahmad kan? Ahmad kawan SMP saya dulu?”.
"iya"
Lalu berpelukan mereka. 
“hebat sekali Kamu ya zaenal… maShaallah…”. 
puji Ahmad saat melihat zaenal masih dlm keadaan memakai suit koprat. Lengan yg digulungnya untuk persiapan wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .
“Ah, biasa saja…”.balas Zaenal

Zaenal merasa hiba. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain lap. . seluarnya disentengkan, dan kopiahnya
ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar  terlhat jelas.

“Mad… Ini kad nama saya…”.

Ahmad melihat. “Manager Area…”. Wuah, bener2 hebat."

“Mad, nanti habis saya shalat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di kantor saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekedar siak di masjid ini. Maaf…”.

Ahmad tersenyum. Ia mengangguk. “Terima kasih ya… . Selesaikan saja dulu shalatnya. Saya pun menyelesaikan pekerjaan bersih2 dulu… Silahkan ya.  ”.

Sambil wudhu, Zaenal tidak habis pikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sbgai siak di masjid. Ya, meskipun tidak ada yg salah dg  pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, pikirannya tidak mampu membenarkan. 
, .

 Air wudhu membasahi wajahnya…

Sekali lagi Zaenal melewati Ahmad yg sedang bebersih. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”.

Tanpa sadar, ada yg shalat di belakang Zaenal. Sama2 shalat sunnah agaknya. 
Ya, Zaenal sudah shalat fardhu di masjid sebelumnya. 
Zaenal sempat melirik. “Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.
 Zaenal menyelesaikan doanya secara singkat. Ia ingin segera bicara dg Ahmad.

“Encik,” tiba2 anak muda yg shalat di belakangnya menegur.

“Iya dik..?”

 “Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad…?”

 “Haji Ahmad yang mana…?”

 “Itu, yg Encik bersembng tadi…”

 “Oh… Ahmad… Iya. Kenal. Kawan saya dulu di SMP. sudah haji dia?”

 “Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangun ini masjid…”.

Kalimat itu begitu datar. Tapi cukup menampar hatinya Zaenal… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangun masjid ini…

Anak muda ini kemudian menambahkan, “Beliau orang hebat . Tawadhu’. Saya lah yg siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangun masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau bangun sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mau shalat. encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau... Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh. Yaitu senangnya menggantikan posisi saya. Karena suara saya bagus, kadang saya disuruh mengaji saja dan azan…”.

terdiam zaenal, entahlah apa yg ada di hati dan di pikiranya…

*****
Bagaimana menurut kita ?

Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita beritahu posisi kita siapa yg sebenernya. 

Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid,  maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahwa kita inilah pewakaf dan yg membangun masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rusaknya nilai amal, Tenang saja. . Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa2. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya...

MashaAllah

(Org yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikan2nya, spt ia menyembunyikan keburukan2nya)
-Tazkiyatun Nafs)
kisah yg menarik untuk perkongsian...

MADAH baru 413


*291*
Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung; memang begitu keadaan manusia hakikatnya; sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerjasama.  

*292*
Bersatu dalam satu tempat, mudah tapi bersatu hati amat payah.
Oleh itu kalau hati tidak bersatu, tidak bertemu lebih baik dari bertemu. 

*293*
Perpaduan di segi fizikal mudah tapi perpaduan di segi fikiran dan jiwa amat payah atau susah. 

*294*
Kalau dalam satu masyarakat (kampung atau tempat) selalu datang ke masjid, sembahyang jemaah bersama, sama-sama mendirikan jemaah, datang beramai-ramai ke masjid, mendengar pengajian dan ceramah tapi pautan hati tiada, ziarah-menziarahi satu sama lain tak berlaku, kalau ada masalah di kalangan mereka tiada pun ghairah masyarakat untuk menyelesaikannya, masing-masing tanggung sendirilah masalah itu, kalau yang lama sudah tidak hadir, tiada pun rasa rindu dan bertanya-tanya, mengapa sudah lama saudara kita tidak hadir.
Itulah tanda sembahyang yang dibuat hanya rangka lahir sahaja, namun jiwa belum bersembahyang. 

*295*
Kalaulah pertemuan-pertemuan di masjid melalui sembahyang, pengajian, ceramah, kenduri majlis akad nikah, membaca di kutub khanahnya, tiada melahirkan perpaduan, jangan haraplah melalui organisasi, ekonomi, politik, kebudayaan dan lain-lain lagi boleh melahirkan perpaduan.

Orang Bertaqwa Perikemanusiaannya Amat Tinggi


Orang bertaqwa itu perikemanusiaannya amat tinggi sekali.
Timbang rasa amat menonjol di dalam kehidupannya setiap hari.
Dia tidak boleh melihat orang lain susah, dia susah hati.
Dia pun simpati dan kasihani, menolong dan memberi.
Orang susah dia bantu, orang sakit dia ziarahi.
Orang mendapat kemalangan dia ziarah dan mendoakannya.
Anak-anak yatim, janda-janda dia sentiasa membantu dan tunjuk kasih sayangnya.
Kesenangan orang lain pula, dia pula yang rasa senang dan gembira.
Di dalam pergaulan boleh bertolak ansur dan berlebih kurang.
Mengutamakan orang lain jadi budaya hidupnya.
Maaf-bermaafan, berkasih sayang, bertolong bantu mudah sekali.
Bertegur sapa, beramah mesra kepada sesiapa sahaja.
Orang bertaqwa perikemanusiaannya tinggi sekali.
Tidak mengata, tidak mencerca, tidak menipu daya.
Boleh membuat baik kepada orang yang jahat kepadanya.
Apatah lagi orang yang membuat baik kepadanya.
Dengan kawan taat setia, dengan guru, ibu bapa, pemimpin mereka hormati.
Orang yang jahat dia tidak membalas kejahatan kepadanya. 
Bahkan didoakannya orang itu mendapat hidayah daripada Tuhan.
Begitulah sifat orang bertaqwa, sungguh tinggi perikemanusiaannya.
Kalau ramailah orang yang  bertaqwa, amanlah masyarakat.
Hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama dan harmoni.
 

MADAH baru 412



*281*
Orang yang jahil dan miskin bila mencuri mudah nampak
tapi orang yang pandai bila mencuri payah dikesan kerana dia mengguna tulisan dan meniti di atas peraturan. 

*282*
Selalunya gejala-gejala masyarakat payah hendak dibaiki, adakalanya makin hendak dibaiki, makin bertambah gejala itu menjadi-jadi.
Gejala yang ada belum dapat dibasmi, timbul pula gejala yang lain kerana pejuang masyarakat itu ada kepentingan diri atau tidak bertunjangkan iman. Walaupun tindakan lahirnya sesuai dengan syariat tapi syariat yang tidak bertunjangkan iman. 

*283*
Kalau seseorang itu di dalam perbincangannya atau perdebatannya tidak rasa megah bila mampu memberi pendapat, tidak rasa ingin menunjuk-nunjuk pandai, rasa senang dengan pandangan orang lain atau ingin agar orang lain dapat memberi pandangan yang benar dan bernas, dan tidak terasa rendah diri bila tidak mampu, orang itu kalaupun dia bukan wali tapi dia seorang yang soleh. 

*284*
Tidak semua hal sebelum dijadikan tindakan, mesti disyurakan terlebih dahulu. Adakalanya cukup dengan arahan seseorang pemimpin di dalam kumpulannya maka orang bawahannya wajib melaksanakannya. 

*285*
Di zaman dahulu setiap anggota sesebuah masyarakat (kampung) laksana satu keluarga. Kenduri bersama, gotong-royong bersama, mengawal  anak-anak dan remaja bersama-sama, senang sama-sama dirasa, susah sama-sama menderita, kemungkaran sama-sama dicegah, kebaikan sama-sama dibina.
Di zaman moden ini, di mana manusia sudah pandai-pandai belaka, budaya ini sudah hilang di mana-mana, hidup individualistik menjadi-jadi bahkan jadi budaya.

Bukan Senang Menjaga Nikmat


Bukan senang menjaga nikmat.
Nikmat yang mana satu pun susah menjaganya.
Kaya, berbangga, sombong setiap masa.
Pembazirannya begitu ketara.
Kewajipan terhadap Tuhan dilupakannya.
Muka cantik, hati sentiasa berbunga.
Bunga megah, bunga ujub, suka dipuji.
Terasa diri makhluk kayangan.
Orang yang buruk sentiasa dicaci.
Sedap suara terasa luar biasa.
Pandang orang lain rendah dan hina.
Juallah suara ke mana-mana.
Terlonjak di sini, terlonjak di sana.
Ingin nama, ingin glamour.
Sekalipun yang diucapkan itu khabaran Tuhannya.
Bahasa yang dituturkan selawat nabi.
Namun hatinya memuja kebesaran dirinya.
Berjawatan tinggi terasa superman.
Duduk dengan golongan bawah rasa tidak selesa.
Hati bangga dibawa ke mana-mana.
Sombong dan membesar diri ketara sekali.
Mengugut-ugut dan menakutkan rakyat jelata jadi budaya.
Ditegur dan dinasihat pantang dirinya.
Berhati-hatilah berhadapan dengan nikmat.
Jangan sampai lupa dengan Tuhan.
Bersyukurlah kepada Tuhan sebanyak-banyaknya dengan nikmat.
Agar kita tetap dapat mengekalkan sifat kehambaan. 


Abu laits

Abu Laits As-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang mashyur. Antara karyanya yang sangat terkenal hingga kini adalah kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi orang-orang yang lalai).

Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima “petunjuk” dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka beliau salah seorang yang menerima petunjuk melalui mimpi itu, pada suatu malam beliau bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat demikian:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
2. Engkau sembunyikan.
3. Engkau terimalah.
4. Jangan engkau putuskan harapan.
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, beliau itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Beliau kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka beliau itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka beliau pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas beliau itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.
Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Beliau itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka beliau berkata itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari olehnya, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Hamba Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri beliau itu sambil berkata, "Wahai Hamba Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Maka beliau itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, beliau meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah beliau ke rumahnya. Pada malam itu, beliau pun berdoa.
Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawasanya:-
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-gata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

dipetik daripada: mengukirtujuhcahaya.blogspot

kisah zoo haiwan

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tapi tidak ada seorang pun yg masuk.....

Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung,  maka harga tiket pun ia turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorang pun yg mau masuk....

Disebabkan masih tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
"MASUK PERCUMA"
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk. 

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, si pemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
 "Keluar Bayar RM100.00!!!"

Ramai orang berebut membayarnya... 

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya.. tidak ramai orang yang mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapa pun mahalnya bil HOSPITAL, kita pasti akan berusaha membayarnya untuk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan. 

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..
 
Begitu juga seperti bab sedekah. masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tapi bila dah berada di alam barzakh. agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RMribu-riban pun dah tak kisah.

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri!

MADAH baru 411


Kebanyakan ulama di akhir zaman tidak mempunyai pengikut, oleh itu kalau ada satu dua di kalangan mereka mempunyai pengikut, akan kedengaran tuduhan daripada mereka, jangan fanatik kepada ulama dan pemimpin.
Yang sebenarnya kata-kata itu untuk melindungi kelemahan mereka, yang sudah tidak diikuti lagi oleh orang ramai.  

*247*
Di akhir zaman para ulama tidak membuat dan menentukan dasar, tapi mengiakan pembuat-pembuat dasar. 

*248*
Di akhir zaman para ulama lebih suka bersatu dengan golongan sekular daripada bersatu sesama mereka di dalam apa pun perjuangan. 

*249*
Majoriti ahli-ahli perniagaan terutama golongan bawahan dan golongan pertengahan, bukan yang berkelulusan di bidang ekonomi.
Adakalanya orang yang berkelulusan ekonomi, tidak minat pula hendak berniaga. 

*250*
Di akhir zaman, perpecahan, pergaduhan, pembunuhan dan peperangan lebih banyak berpunca daripada fahaman politik daripada soal-soal lain.

Mengapa Engkau Tidak Mengenang Jasa Tuhan?



Pemberian orang walaupun tidak seberapa, engkau kenang sampai mati.
Engkau kenang dan ingat sepanjang masa.
Engkau malu dengannya dan hormat kepadanya.
Lebih-lebih lagi engkau hormat orangnya bila bertemu dengannya.
Pemberian orang bukanlah selalu.
Tidak juga kekal abadi pemberiannya.
Nilainya pun bukanlah berharga sangat.
Itu pun kita puji-puji dia selalu.
Selalu kita ingat kepadanya.
Sering sahaja kita bercerita tentangnya di hadapan manusia.
Sikap ini baguslah, menunjukkan engkau mengenang budi dan jasa.
Tapi aku hairan, Tuhan yang banyak memberi dan jasa, Engkau lupakan begitu sahaja.
Padahal nikmat dan pemberian Tuhan setiap detik dan masa tidak henti-hentinya.
Nikmatnya yang berbagai-bagai bentuknya pula.
Kita minta atau tidak minta diberi-Nya kepada kita setiap masa.
Oksigen sahaja pun sudah terlalu mahal dan besar kita rasa.
Betapa pulalah lain-lain nikmat yang tidak terhingga banyaknya.
Yang diberi kepada kita setiap detik pula.
Belum lagi nikmat yang kita minta, memanglah Dia suruh kita meminta.
Mungkin akan diberi-Nya kepada kita selagi kita hidup.
Mengapa nikmat Tuhan yang diberi-Nya kepada kita, tidak terasa?
Mengapa kita tidak terasa malu kepada-Nya?
Mengapa kita tidak suka menyebut-nyebutnya?
Betapa pula hendak hormat dan membesar-besarkan-Nya?
Apa dan mengapa, menghalang kita menyebut-Nya dan bersyukur kepada-Nya?
Memanglah kita ini sudah buta hati dan mati jiwa.
Nikmat Tuhan yang sudah begitu banyak sudah tidak terasa.
 

Wafatnya Ummul Mu'minin

*Menjelang Ramdhan Ke-11 Hari. Bertepatan Wafatnya Ummul Mu'minin Yaitu Sayyidatina Siti Khadijah Qubro.ra Binti Khuwaled*.
*Juga Wanita Istimewa.*

*بسم الله الر حمن الر حيم*. 

*DUA PERTIGA (2/3) wilayah Makkah adalah milik Sayyidatina Siti Khadijah binti khuwailid, istri pertama Rasulullah ﷺ. Ia wanita bangsawan yang menyandang kemulia'an dan kelimpahan harta kekaya'an. Namun ketika wafat, tak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di sa'at menjelang ajal adalah pakaian kumuh dengan 83 tambalan.*
*Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba," bisik Khadijah kepada Fatimah sesa'at menjelang ajal. "Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa digunakan menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut memintanya sendiri."*
*Mendengar itu Rasulullah berkata, "Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga."*
*Siti Khadijah, Ummul Mu’minin (ibu kaum mukmin), pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya sang istri itu dengan perasa'an pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata Mulia Rasulullah dan semua orang yang ada di situ.*
*Dalam suasana seperti itu, Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan.*
*Rasulullah menjawab salam Jibril, kemudian bertanya, "Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?"*
*"Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan," jawab Jibril yang tiba-tiba berhenti berkata, kemudian menangis.*
*Rasulullah bertanya,* *"Kenapa, ya Jibril?"*
*"Cucumu yang satu, Husain, tidak memiliki kafan. Dia akan dibantai, tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan," jawab Jibril.*
*Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah, "Wahai Khadijah istriku sayang, demi Allah, aku tak kan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. Allah Mahamengetahui semua amalanmu. Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam.* *Kaum Muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum Muslimin dan pakaianku ini juga darimu. Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban!?"*
*Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.*
*Khadijah.*
*Dikisahkan, suatu hari, ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu, kemudian Rasulullah bersabda, "Wahai Khadijah, tetaplah kamu di tempatmu."*
*Ketika itu Sy Khadijah sedang menyusui Dy Fatimah yang masih bayi. Sa'at itu seluruh kekaya'an mereka telah habis. Seringkali makanan pun tak punya, sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah RA.*
*Kemudian Rasulullah mengambil Fatimah dari gendongan istrinya, dan diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah sepulang berdakwah dan menghadapi segala caci-maki serta fitnah manusia itu, lalu berbaring di pangkuan Khadijah hingga tertidur.*
*Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah hingga membuat beliau terjaga.*
*"Wahai Khadijah, mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku?" tanya Rasulullah dengan lembut.*
*Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekaya'anmu habis. Adakah engkau menyesal, wahai Khadijah, bersuamikan aku ?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.*
*"Wahai suamiku, wahai Nabi Allah. Bukan itu yang kutangiskan," jawab Khadijah.*
*"Dahulu aku memiliki kemulia'an, Kemulia'an itu telah aku serahkan untuk Allah dan Rasul-Nya. Dahulu aku adalah bangsawan,* *Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan Rasu-lNya. Dahulu aku memiliki harta kekaya'an, Seluruh kekaya'an itupun telah aku serahkan untuk Allah dan Rasul-Nya."*
*"Wahai Rasulullah, sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah, sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyeberangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit atau pun jembatan, maka galilah lubang kuburku, ambillah tulang-belulangku, jadikanlah sebagai jembatan bagimu untuk menyeberangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu."*
*"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah, Ingatkan mereka kepada yang hak, Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah."*
*Rasulullah pun tampak sedih.*
*"Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?"*
*"Aku, ya Rasulullah!" sahut Ali bin Abi Thalib. jawab, menantu Rasullulah.*
*Di samping jasad Sayyidatins Siti Khadijah, Rasulullah kemudian berdo'a kepada Allah.*
*"Ya Allah, ya ILahi Rabbiy, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam, Mempercayaiku pada sa'at orang lain menentangku, Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku*, *Menenteramkanku pada sa'at orang lain membuatku gelisah."*

آمِيّنْ
*Semoga bermanfa'at*

"WAFATNYA FATIMAH AZ-ZAHRA"



Pada pagi tanggal 3 Ramadhan tahun 11 Hijrah, Fatimah mandi & mengenakan pakaian baru, kemudian berbaring di tempat tidur. Fatimah berkata bahawa saat kematiannya sudah dekat.

Ali pun menangis. Namun, Fatimah menghiburkan suaminya agar jgn bersedih & menjaga anak2 mereka. Fatimah juga berpesan setelah meninggal nanti, ia tidak ingin dikuburkan dgn upacara pemakaman.

Lantaran waktu solat tiba, Ali berangkat ke masjid. Saat Ali tidak ada, Fatimah  menghembuskan nafas terakhir. Kedua2 putra mereka, Hassan dan Husein, lantas menyusul Ali ke masjid utk mengkhabarkan berita duka itu. Mendengar istrinya tiada, Ali terus pensan.

Setelah sedar, Ali menuruti pesan istrinya. Fatimah dikuburkan secara senyam2 tanpa upacara. Tidak ada sesiapa yg tahu selain Ali dan keluarga terdekat.

Saat Ali bin Abi Thalib memasukkan jenazah isteri tercintanya Fatimah. 
Beliau menangis terasak2

Putranya Al Hasan R.A. pun bertanya, "Wahai ayahku, apa yg membuatmu menangis sedemikian rupa?"

                     Lalu Ali  menjawab
"Wahai putraku Al Hasan, sesungguhnya aku teringat pesan Datukmu, Rasulullah SAW. Beliau bersabda kepadaku: " Kelak jika putriku Fatimah telah tiada, Wahai Ali, maka Akulah yg akan pertama kali menerima jasadnya di liang lahat" 
Dan Demi ALLAH aku melihat tangan Datukmu Rasulullah S.A.W. menerima jasad ibumu, Aku melihat Rasulullah mencium wajah ibumu, Fatimah"

Ali lalu berkata lagi
" Wahai Rasulullah, kini aku kembalikan amanah yg telah Engkau berikan kepadaku. Aku kembalikan belahan jiwamu, yg setiap Engkau rindu akan surga, Engkau mencium wajah suci putrimu, Fatimah.

Hati Nuraninya Telah Mati



Kalau dari pandangan mata
terhadap gunung-ganang, lautan dan daratan, langit dan bumi,
tidak terasa kuasa Tuhan.
Jika setiap peristiwa dan kejadian,
tidak terasa kebesaran-Nya.
Setiap nikmat tidak terasa anugerah Tuhan.
Kejadian malam dan siang tidak terasa pentadbiran dan bijaksana-Nya.
Orang yang senang tiba-tiba jadi susah.
Orang yang susah tiba-tiba jadi senang.
Tidak terasa ketentuan Tuhan.
Orang yang hina jadi mulia, yang mulia jadi hina.
Tidak terasa Qudrat dan Iradat Tuhan.
Air banjir, gunung berapi, gempa bumi melenyapkan sekelip mata apa yang ada.
Tidak terasa lagi hebatnya Tuhan, kemampuan, Jabbar dan Qahhar-Nya.
Kematian yang berlaku setiap hari tidak diambil pengajaran.
Apakah lagi yang boleh membangunkan jiwa manusia dari tidurnya?
Apakah lagi yang boleh menyedarkan jiwa manusia dari kelalaiannya?
Apa lagi agaknya dan macam mana lagi gerangannya untuk menginsafkan manusia?
Memang tidak ada jalan lagi buat manusia.
Segala lorong dan jalan telah buntu.
Untuk manusia menempuh jalan kebenaran.
Hati memang telah buta.
Lebih-lebih lagi hati nuraninya telah mati.
Segala yang dilihat daripada berbagai-bagai peristiwa.
Tidak merasa apa-apa.
Perasaan dan sensitivitinya sudah tiada.
Macamlah anggota lahir yang lumpuh.
Apa sahaja yang disentuhnya sudah tidak terasa apa-apa.
Inilah akibatnya tidak menjaga mata kepala.
Menjadikan mata hati buta atau mati. 


MADAH baru 410



*236*
Di akhir zaman, di zaman moden ini, kemiskinan lebih banyak disebut daripada Neraka,
kecemerlangannya lebih banyak disebut daripada Syurga.
Taat dengan pemerintah lebih banyak disebut daripada taatkan Allah dan Rasul.
Masa tua lebih diambil berat daripada masa selepas mati.
Bersungguh-sungguh belajar lebih ditekankan daripada  bersungguh-sungguh bersembahyang. 

*237*
Zaman sekarang ini, umat Islam rata-rata tidak takut dengan kekufuran dan kefasikan atau kemunafikan.
Yang mereka takutkan sangat ialah kemiskinan.


*238*
Di dalam Islam disuruh korbankan harta, jawatan, tenaga, nyawa untuk mendapatkan iman.
Zaman sekarang kebanyakan umat Islam korbankan iman untuk mendapatkan harta, jawatan dan mempertahankan nyawa. 

*239*
Zaman sekarang, iman, Islam, Akhirat,
sebagai penyedap cakap sahaja, bukan satu keyakinan dan matlamat hidup yang dibanggakan. Justeru itulah ia diperkatakan sambil lewa sahaja. 

*240*
Di akhir zaman, kebaikan pemimpin atau orang besar nampak lahirnya di muka orang ramai dimuliakan tapi di belakang mereka dihinakan kerana mereka tidak di hati orang ramai.

Peluang baru untuk diteroka..

Pelancongan??? Bismillahh..

Robbi yassir wa la tuassir...

April ulang tahun Pertama di Glasgow,Scott UK

Alhamdulillah. Banyak perkara terjadi. pengalaman dan lain2. xterluah dek penulisan dan kata².
April kali ni hadirnya Ramadhan. sama mcm tahun lps cuma lewat 2 minggu. covid 19 pun dah beransur dpt di lawan.
Biar gambar berbicara.

Dah 4 bulan kerja. Mula Dec 2021. Kerja urus sample covid 19 di QE TLC. Ni tempat solat subuh selain di auditorium. surau jauh sket lah nk jalan. 

April ni juga Allah buat surprise nk dapat kereta 7 seater. ada org nk swap kereta dia dgn Insignia kami yg dh setahun berjasa. banyak juga asam garamnya.
Conall namanya. Org Ireland. duk Galsgow. Dia pun baru seminggu pakai kereta tu. besar sgt katanya. dia pun xde anak lagi. so swap. Kereta kita bersih. Kereta dia dapat xsempat buat apa sbb busy keje restoren, maak aiii, bau dia. Then ada kena repair sket bhgian suspention dpn kt driver. Itu ok selagi xde cbrn berat berkenaan enjin dlln. Then 1.8. kire cun lah tu.
Gi tgk kereta kt Scotstoun Sport Centre dgn bro Syaquan.

Dah parking. Bende pertama, Isi minyak, pumo tayar then mlm bawa gi terawikh tros. Seronok budak² ni. enjin pun smooth. cuma kak long ckp "Bau pokok?"😁😂

Alhamdulillah rezeki Ramadhan. xyh kluar duit beli kereta 7 seater dan xpyh jual kereta. Insurans dan road tax pun dh settle. rtax £330. insuran smbung kreta lama smpi jun cuma upgrade comprihensive. elok sket la nk bnding 3rd party😇 

Ustaz, hamzah, farid

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Apabila anak sudah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Apabila anak sudah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Apabila anak sudah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? 

Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Apabila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak,bukan curahan kasih buat ibu bapa. 

Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.

Kredit: Dr Nurhaya Yacob

Zaman anak

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Apabila anak sudah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Apabila anak sudah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Apabila anak sudah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? 

Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Apabila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak,bukan curahan kasih buat ibu bapa. 

Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.

Kredit: Dr Nurhaya Yacob

Bumi Tuhan... Bersaksilah