Kematian

Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia dalam kepenatan beliau berulang alik memberi sedekah di Thailand.

Pemandu kepada pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Abd Ghani Ngah, meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Aishah Bahar, gadis Indonesia meninggal tahun lalu sebaik selesai membaca Al-Quran seusai solat Subuh.

Arwah Ahmad Ammar, meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan menghadiri kuliahnya, tak lama dulu.

Ada beberapa lagi kisah ajaib dan indahnya pengakhiran sebuah hayat. Banyak sangat.

Mereka semua ni sihat.
Langsung takda apa-apa penyakit.

Sungguh sihat walafiat.

Lebih hebat lagi adalah.....

Meninggal ketika sedang buat perkara yang mereka suka buat.

Saya ingat beberapa tahun lepas, di tempat saya bekerja, ada seorang Medical Assisstance (MA).

Arwah ni orang yang disenangi sebab tak sombong dan mudah berurusan dengan beliau.

Satu hari, kami dikejutkan dengan berita kematian arwah. Di surau tempat kerja. Sebaik habis menunaikan solat sunat Dhuha.

Sahabat-sahabat kata, arwah memang tak pernah tinggal solat tu. Ajaibnya dalam sibuk-sibuk bekerja, arwah terlihat sentiasa diberi kelapangan rezeki untuk menunaikan Dhuha.

Sentiasa Allah beri kemudahan itu.

Saya teringat Ustaz Don pernah nasihat dalam satu ceramahnya....

Kita ni manusia biasa. Biasa sangat-sangat. Bukan Rasul. Bukan Nabi. Bukan sahabat. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.

Jadi, fahamlah kalau kita punya tahap ibadat tak setaraf dengan golongan di atas.

Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat.
Ikut kederat kita, mampu kita, masa kita. Mesti!

Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah. Buat sampai jadi sebati dalam diri. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.

Buat dan buat dan buat. Jangan tinggal. Biar dia jadi kawan paling rapat kita kat mana pun.

Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ni. Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal ni.

Begitu saya rasa nasihat Ustaz Don ni kena tepat dengan kisah kematian yang manis-manis macam di atas.

Meninggal masa sedang buat amalan yang mereka selalu buat. Yang mereka suka buat. Amalan yang dah jadi sahabat.

Husnul khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat.

InsyaAllah!
Buat sampai jadi tabiat.

credit to:
#kaknis

Kena tahu!! Makmum muwafiq dan Masbuq.

Muwafiq: Seorang makmum yang sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri (qiyam) imamnya, di mana ia sempat berjamaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan uruf (adab) orang ramai, tidak berdasarkan kepada bacaan makmum itu dan juga tidak berdasarkan kepada bacaan imam juga.
Masbuq: Seorang makmum yang tidak sempat berjamaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-Fatihah dengan bacaan yang pertengahan, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, malahan perhitungan bacaan al-Fatihah itu tidak berpandukan kepada bacaan imam dan tidak berpandukan kepada bacaan makmum itu bahkan mengikut bacaan uruf orang ramai. Mana-mana makmum yang tidak sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang masbuq.
BILA BERLAKU?
Ia boleh berlaku ke atas seseorang makmum dalam semua rakaat sama ada pada rakaat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya pada rakaat keempat.
HUKUM ORANG MUWAFIQ:
Hukum bagi orang Muwafiq dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya, tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahhud awal dan duduk antara dua sujud.
CONTOH –CONTOH DAN GAMBARANNYA

1. Seorang makmum yang Muwafiq sedang solat berjamaah, sebelum imam qiyam berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.Maka makmum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.
2. Seorang makmum yang Muwafiq sedang berjamaah sebelum imam duduk tasyahhud akhir makmum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.
Kedua-duanya contoh di atas menunjukkan bahwa makmum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat. Sebagaimana contoh- contoh di atas itu bahwa rukun-rukun yang renggang atau jarak antara makmum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:
• Rukuk.
• Sujud yang pertama.
• Sujud yang kedua.
3. Jika seorang Muwafiq itu solat berjamaah, apabila imamnya sudah berada dalam qiyam kedua untuk membaca al-Fatihah tetapi makmum berkenaan masih lagi berada di qiyam pertama belum lagi habis bacaan Fatihahnya, atau imam sudah berada di tasyahhud akhir sedangkan makmum masih lagi berada di qiyam pertama dan Fatihahnya belum selesai, hukum makmum demikian ialah batal solatnya, kecuali ia membuat dua pilihan segera semasa imam hendak berpindah kepada rukun keempat iaitu:
Pilihan pertama: makmum berkenaan dikehendaki meninggalkan bacaan Fatihahnya dan terus mengikut dan melakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam, dan ia tambah satu rakaat lagi selepas salam imam, atau;
Pilihan kedua: makmum berkenaan dikehendaki niat mufaraqah (berpisah) dari mengikut imam, kemudian ia hendaklah meneruskan bacaan al-Fatihah dan rukun-rukun yang lain dengan seorang diri sehingga selesai solatnya.
Jika makmum berkenaan gagal membuat pilihan segera sebelum imam sampai kepada rukun keempat iaitu qiyam kedua atau tasyahhud akhir maka batal solat makmum itu dengan sampainya imam kepada rukun kempat sedangkan ia masih berada di rukun yang pertama; tetapi tidak mengapa jika sama-sama berpindah (selisih) iaitu makmum sedang berpindah kepada rukuk manakala imam sedang berpindah kepada qiyam kedua atau berpindah kepada tasyahhud akhir.

MASALAH-MASALAH MAKMUM MUWAFIQ.
Ulama’-ulama’ fiqh telah menjelaskan bahawa hukum orang muwafiq itu ada beberapa masalah. Ada masalah yang disepakati oleh ulama’ dan ada masalah yang berlainan pendapat antara mereka.
Antara masalah yang disepakati hukumnya oleh ulama’ muta’akhirin ialah seperti berikut:

1. Orang muafiq yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal tiga rukun jarak daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan waswas.
Tetapi orang yang lambatkan bacaannya kerana waswas tidak dimaafkan ketinggalan tiga rukun melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan Fatihahnya. Yakni orang muwafiq yang waswas boleh menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam turun untuk sujud, maka batallah solatnya kecuali makmum berkenaan niat mufaraqah sebelum imam turun sujud dan dia diwaktu itu dikehendaki meneruskan bacaan Fatihahnya dan mengerjakan rukun- rukun yang lain hingga selesai solat.
Kepada orang muwafiq yang waswas tidak boleh meninggalkan bacaan al-Fatihah dan terus melakukan apa yang dibuat oleh imam bila dia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya, kerana ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya.

2. Orang muwafiq yang syak sebelum ia rukuk dan sesudah imamnya rukuk adakah ia sudah membaca al-Fatihah atau belum, maka wajib ke atasnya membaca surah al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.

3. Seorang muwafiq yang lupa membaca al-Fatihah sehingga imamnya rukuk tetapi makmum itu belum rukuk. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi membaca al-Fatihah. Makmum ini diwajibkan membaca al-Fatihah dan dimaafkan kepadanya ketinggalan tiga rukun seperti di atas.

4. Seorang muwafiq yang syak adakah dia membaca al-Fatihah atau belum lagi, ataupun dia teringat bahawa ia belum lagi membaca al-Fatihah sesudah imam dan ia sendiri telah rukuk. Hukum orang itu tidak boleh lagi ia kembali membaca al-Fatihah tetapi wajib ke atasnya mengikut imam dan apabila selesai salam imamnya, dia dikehendaki menambah satu rakaat lagi.

5. Orang muwafiq yang syak sama ada dia sudah membaca al-Fatihah sesudah ia rukuk sedangkan imam belum lagi rukuk, maka wajib ia kembali qiyam dan membaca al-Fatihah, dan ia dimaafkan ketinggalan tiga rukun yang panjang daripada imamnya.

6. Orang muwafiq yang tertinggal membaca al-Fatihah kerana sibuk membaca doa iftitah, tiba-tiba imamnya rukuk sebelum ia sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, sama ada dia telah membaca sebahagian dari ayat-ayat al-Fatihah ataupun belum sempat membacanya walaupun sedikit. Hukumnya WAJIB dia membaca al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.

7. Orang muwafiq yang sedang menunggu saktah imamnya yakni beliau memperhatikan bacaan al-Fatihah imamnya untuk mendapatkan sunat dan bercadang membaca al-Fatihah apabila imam membaca surah nanti, tetapi imam tersebut terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah, menyebabkan makmum tidak sempat baca al-Fatihah. Hukumnya dimaafkan tiga rukun yang panjang daripada imam dan wajib ke atasnya baca al-Fatihah.

8. Orang muwafiq yang sedang menunggu saktah imamnya untuk mendapatkan sunat dan bercadang akan membaca al-Fatihah apabila imam membaca surah sunat nanti, tetapi imam membaca surah yang pendek menyebabkan makmum tidak sempat habiskan al-Fatihah sedangkan imam sudah rukuk atau sujud, hukumnya juga dimaafkan tiga rukun panjang daripada imamnya.
PEMBICARAAN HUKUM ORANG MASBUQ
Sebagaimana dalam huraian yang lepas bahawa orang masbuq ialah oang yang tidak sempat berjamaah dalam qiyam imamnya sekadar masa yang membolehkan dia membaca Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang sederhana di kalangan orang ramai.
Contohnya: Seorang makmum masuk solat berjamaah lewat iaitu ketika imam membaca surah al-Kafirun hampir tamat pada rakaat pertama, makmum itu dinamakan orang masbuq kerana masa qiyam imamnya itu tidak sempat dan tidak membolehkan ia membaca Fatihah hingga selesai.
Tetapi sekiranya seorang makmum masuk berjamaah solat isya’ ketika imamnya hendak memulakan bacaan surah ad-Dhuha selepas Fatihah, makmum itu dinamakan muwafiq kerana masa berdiri imamnya dia sempat membaca surah Fatihah mengikut pembacaan uruf orang ramai.
Makmum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan Fatihah, kerana Fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh makmum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.

Syarat-syarat masbuq seperti berikut:
1. Imam suci dari hadas dan najis.
2. Rakaat yang makmum masbuq ikut itu bukan rakaat yang lebih, contohnya rakaat yang kelima.
3. Makmum masbuq sempat rukuk dan mempunyai tamakninah sebelum imamnya bangkit daripada rukuk.



Contoh-Contoh Masbuq 

Contoh Pertama:
Setengah daripada makmum itu pada mulanya dia adalah orang muwafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia bangkit qiyam tiba-tiba imamnya telah rukuk atau hampir rukuk, hukum makmum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiyam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan dimaafkan dia meninggalkan bacaan Fatihah.



Contoh Kedua:


Didapati imam-imam solat terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila makmum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas makmum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu. Begitulah hukumnya jika hal keadaan ini berlaku hatta setiap rakaat sekalipun. Kalau makmum meneruskan bacaan Fatihahnya hingga selesai sedangkan imam sudah rukuk dan bangkit daripada rukuk, atau dia dapat rukuk bersama imam tetapi tidak sempat dapat tamakninah dalam keadaan imamnya sudah bangkit dari rukuk, maka luputlah rakaat itu darinya. Hendaklah dia terus mengikut imamnya sehingga salam, tetapi dia dikehendaki menambah satu lagi rakaat yang terluput tadi.
Adalah sunat bagi orang masbuq untuk tidak membaca apa-apa bacaan sunat selepas takbiratul ihram tetapi hendaklah membaca al-Fatihah sahaja kecuali ia menjangka sempat membaca al-Fatihah dan membaca zikir yang sunat itu baharulah boleh berbuat demikian.



Contoh ketiga:


Seorang masbuq yang berjamaah dengan imam, apabila rukuk imamnya dan makmum yang masbuq belum lagi sempat membaca surah al-Fatihah di mana ia tidak membaca apa-apa melainkan al-Fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan al-Fatihahnya dan wajib ia mengikut imamnya rukuk, kerana al-Fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja itu semuanya ditanggung oleh imamnya. Jika makmum yang masbuq itu bertabiat lambat bacaannya sekalipun, tidak wajib ke atasnya membaca lebih daripada kemampuan yang ia dapat. Berlainan kepada makmum muwafiq yang lambat bacaan, dia dikehendaki menghabiskan bacaan al-Fatihahnya dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya sebagaimana dalam penerangan yang lepas.



Contoh keempat:


Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al- Fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu Dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.



Contoh kelima:


Seorang makmum masbuq bersolat jamaah sibuk membaca zikir yang sunat, tiba-tiba imamnya rukuk sedangkan dia belum membaca Fatihahnya. Makmum itu wajib ke atasnya membaca Fatihah sekadar huruf-huruf yang dibaca dalam zikir sunat itu, dan ia dikehendaki menggunakan ijtihad dzannya (perhitungannya) dalam hal ini.



Contoh keenam:


Jika seorang makmum yang masbuq itu diam tanpa membaca Fatihah selepas takbiratul ihram sehingga imamnya rukuk, wajib ia membaca Fatihah sekadar masa yang ia diam itu, dan ia dikehendaki menggunakan ijtihad dzannya dalam hal ini.
Apabila makmum masbuq itu selesai membaca daripada Fatihah kerana menggantikan zikir sunat atau diamnya dalam contoh kelima dan keenam di atas, kemudian wajib ia rukuk, jika ia dapat rukuk dengan imam sekadar tamakninah dengan yakin sebelum imamnya bangkit daripada rukuk sedangkan ia baharu sahaja selesai membaca Fatihah atau ia sempat rukuk dengan imamnya tetapi tidak ada tamakninah, maka luputlah rakaat itu dan dia dikehendaki tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.


Jika imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk dan makmum yang masbuq tadi masih belum sempurna bacaan Fatihahnya maka wajib makmum tadi niat mufaraqah sebagaimana diterangkan oleh Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Al-Minhaj al-Qawim, diterangkan oleh Al-Khatib Al-Syarbini dalam kitab Mughni dan diterangkan oleh Syeikh Ramli dalam kitab Nihayah.
Menurut pendapat Syeikhul Islam pula, makmum yang masih belum sempurna bacaan Fatihah nya sedangkan imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk, tidak wajib atasnya niat mufaraqah, bahkan diberi pilihan antara mufaraqah atau tinggalkan rukuk dan sujud terus bersama imamnya.


MASBUQ JUMAAT.


Solat Jumaat diwajibkan dengan berjamaah. Oleh itu, tidak sah Jumaat kecuali dengan berjamaah sekurang-kurangnya dengan empat puluh orang yang berakal, cukup umur (baligh), merdeka dan bermastautin.
Bagi seorang makmum masbuq yang ingin mendapat Jumaat, dia hendaklah sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan disunatkan membaca Fatihah dan bacaan ayat Qur’an yang sunat dengan nyaring.
Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan Fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.

[Jumaat Berantai]
Mana-mana makmum masbuq yang sempat berimamkan orang yang mendapat satu rakaat dengan imam Jumaat, maka dia juga dikira mendapat Jumaat jika dia sempat mendapat sekurang- kurangnya rukuk imam pada rakaat kedua sebagaimana di atas, kemudian dia menambah satu rakaat lagi selepas salam imam.
Begitulah seterusnya sekiranya ada lagi makmum masbuq yang datang berimamkan makmum yang sempat berimamkan makmum masbuq sebelumnya, sehinggalah waktu asar


Terjemahan
Karangan Tuan Syeikh Daud bin Abdullah AlFathoni


Tolong viralkan!


Sempena Ramadhan ini, saya ingin perkenalkan kepada anda semua satu Apps Al-Quran yang SANGAT BAGUS dan PERCUMA.
.

Pergi ke Play Store ataupun App Store,download Apps yang diberi nama Tilawah Malaysia.
.

Bagi saya,ini dia Apps Al-Quran yang paling lengkap pernah ada dan yang menariknya,dibangunkan oleh Rakyat Malaysia.
.

Kenapa saya kata lengkap? Saya bagi 9 hujah dan 1 Bonus;
.

Yang pertama, Apps ini LANSUNG tiada iklan yang mengganggu bacaan.
.

Yang kedua, tulisan Al-Quran di dalamnya boleh dibesarkan(zoom in) bagi mereka yang ada masalah penglihatan seperti Ibu dan Ayah yang sudah tua. Cepat,tolong Install ke dalam Smartphone atau iPad Ibu Ayah anda!
.

Yang ketiga, Apps ini datang dengan tanda Tajwid dan cara bacaan yang jelas. Jika anda masih tidak jelas,itu hujah yang ke empat.
.

Hujah yang ke empat, tekan sekali di atas mana-mana perkataan yang anda tidak tahu bacaannya, Apps akan perdengarkan bacaannya kepada anda.
.

Yang kelima, jika anda tidak pandai baca mana-mana ayat,tekan saja butang Play yang ada di belah kiri atas, anda akan diperdengarkan bacaan penuh dengan sempurna.
.

Yang keenam, anda boleh tanda ayat terakhir atau ayat penting yang anda baca, dan terus buka pada ayat tersebut mengikut menu di bahagian setting.
.

Oh ya,yang ketujuh,anda juga boleh pilih mana-mana Surah dan ayat yang nak dibaca dengan pilihan Menu yang sangat mudah dan simple.
.

Yang kelapan, jika bacaan secara satu ayat ke satu ayat menyukarkan anda untuk baca Al-Quran,jangan risau, anda boleh paparkan secara muka Surat mengikut Mushaf Uthmani seperti kebanyakan Al-Quran di Malaysia.
.

Yang kesembilan,terjemahan secara penuh dan juga secara perkataan bagi memudahkan anda bertadabbur. Jangan baca tulisan Arab saja ya,baca juga terjemahan.
.

Bonus,jika anda baca penulisan saya sampai habis, saya ucapkan tahniah! Dan kalau anda kongsikan di Wall FB,Instagram,Whatsapp anda ,kemudian ada kawan anda baca,terus Install dan bertilawah,Insya Allah anda juga akan dapat pahala daripada bacaannya.
.

Oleh sebab itu, walaupun kita 'malas' baca Al-Quran, viralkan Post ini supaya Pahala kita berganda-ganda seperti ganjaran dalam sistem MLM. Makin ramai orang tahu dan buat disebabkan satu klik share yang kita buat, makin banyak pahala digandakan.
.

Ayuh, klik share sekarang.
.

Dan ayuh!
.

Baca Al-Quran sempena Ramadhan ini. Semoga Allah redha dengan kita semua.
.

Terima kasih Allah sebab izinkan kita hidup di zaman yang sangat senang dengan teknologi dan terima kasih kepada pengusaha Apps ini yang bangunkan Apps secara PERCUMA. Semoga Syurga Firdaus buat kita semua.

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.tilawah

WAFATNYA IBUNDA SITI KHADIJAH R.HA.


Siti Khadijah R.HA wafat pada hari ke-11 bulan Ramadhan tahun ke-10 keNabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun.

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah S.A.W,

Aku memohon ma'af kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah.

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar Baginda memberikan serbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH S.W.T menitipkan salam kepadamu dan telah dipersiapkan tempatmu di Syurga.
.
Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didakapnya isteri Baginda itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Baginda dan semua orang yang ada disitu.
.
Sa'at itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dipenggal dan gugur syahid tanpa kafan dan tdk dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, Aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu. "Semua hartamu kau infaqkan untuk Islam. Kaum Muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum Muslimin dan pakaianKu ini juga darimu. "Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaKu hanyalah selembar serban?"

Sumber: Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani

Kredit Aswaja online

"Aku Orang Biasa"

Maaflah... untuk renungan bersama...

Pada sy Cg2 sentiasa menjadi mangsa keadaan... cg dicaci org x bising... cg di hina org xbising.... cg diherdik org xbising... cg di pukul org x bising... cg di saman org x bising....
niat cg sering disalah ertikan... cg korban duit utk murid org xpandang.... cg korban masa utk murid org xpandang... cg korban tenaga utk murid org xpandang... cg korban rasa untuk murid org xpandang.... cg korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang.... cg buat sgala kebaikan utk murid orang xpandang.... pengorbanan cg orang xpandang.... niat cg sering di salah ertikan.....

Di sekolah, cg sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa... sentiasa mengenang jasa ibu bapa.... sentiasa menyayangi ibu bapa.... jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... jangan biadab dengan ibu bapa.... jangan melawan ibu bapa... jangan derhaka pada ibu bapa...
Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati cg..... supaya mengenang jasa cg... supaya menyayangi cg... supaya tidak bercakap kasar dengan cg... supaya tidak biadap dgn cg... supaya tidak melawan cg... supaya tidak derhaka pada cg....

gaji cg yg sering diungkit... hadiah utk cg yg sering diungkit... cuti cg yg sering diungkit....

seorang dua cg yg buat silap, semua cg kena kutuk... seorang dua cg yang buat salah, semua cg kena hina... cg pun manusia biasa....

Orang yg bukan cg  tidak pernah memahami perasaan cg.... tidak pernah memahami hati cg...

Orang xtahu...
bila tiba hari kejohanan sukan, cg kumpul duit utk tampung beli makanan murid....
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan cg kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya cg kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang xtahu,
ada cg yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin...
Ada cg yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
Ada cg yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cg dikata kejar nama....
Cg dikata kejar duit...
Cg dikata kejar pangkat...
Ch dikata kejar glamour....

Wahai cg...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...

Bukan pujian yg cg pinta...
Bukan sanjugan yg cg damba....
Bukan darjat yg cg puja..
Bukan hadiah yg cg paksa...

Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali cg, selamanya cg..

Kepada sahabat2ku yg bergelar cg...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih cg...

I'm proud to be a teacher...

Ilham rasa

Tips ke bazar Ramadhan


Kalau pergi ke bazaar ramadan tanpa plan pasti terperangkap. Dengan warna, bentuk dan bau sajian kita gerenti terpesona. Akhirnya semua nampak sedap dan kecur air liur jadinya.
.
Yang paling terliur tengok air sejuk yang ada peluh ais kat luar. Cair kalau asyik terpandang saja.
.
Kalau nak melanda ke bazaar ramadan boleh amal tips ni:
.
1. Rancang dulu nak makan dan nak beli apa. Tulis dan rujuk pada kertas rujukan atau pada hp - kalau pakai hp untuk tulis.
.
2. Bawa duit cukup cukup sekadar bajet makanan yang nak dibeli.
.
3. Beli dan belah. Tak payah nak pusing. Tak payah nak tengok.
.
4. Pilih makanan dan minuman dari sumber asal macam air kelapa. Elakkan goreng goreng, berminyak, tabur tabur kat atas. Semua tu punca penyakit.
.
5. Parking jauh sikit. Next time rasa malas nak melanda bazaar ramadan lagi.
.
Tu jer. Senang nak ikut. Boleh boleh?

Apa sudah Jadi?

Sebenarnya yang murtad ni bukan orang biasa-biasa. 90% adalah dikalangan yang pandai agama, hafaz Al-Quran 30 juzuk, anak-anak Imam, mak ayah kuat agama, mak ayah ustaz ustazah, pelajar agama paling ramai.

Minggu ni Allah tunjuk kat saya seorang karkun tapi murtad. Terang-terangan kat komen dia mengaku dia murtad dan katanya akan terang-terangan dia akan makan di siang hari. Orangnya pun bekerjaya bagus, orang berada, bekerja di Putrajaya. Gambar semua ada. Dia ni jenis tak hairan pun orang nak berdebat agama dengan dia sebab dia memang hafaz 30 juzuk Al-Quran, hadis-hadis dan Kitab-Kitab mazhab semua dia tahu. Paling best... dia nak dalil dalam bahasa Arab saja. Dia memang pandai Bahasa Arab lah.. dia juga karkun tabligh tapi dah keluar dari Islam.

Malam tadi Allah tunjukkan saya seorang lelaki Melayu tukang buat rehal Al-Quran juga memilih untuk keluar Islam. Agama apa yang dianuti saya tak pasti. Mungkin dia pilih jadi Atheist. Dia masih lagi aktif buat rehal Al-Quran dan juga melukis komik bagi menyampaikan apa yang dia nak luahkan berkenaan religion gitu.

Ada tu seorang pakcik Melayu dengan megahnya mengaku yang dia boleh berpura-pura berpuasa tapi amalan lain memang dia tak buat langsung. Bayangkan seorang pakcik yang dah beruban kepalanya pun memilih untuk murtad?

Yang lain banyak FAKE ACC dimana mereka bebas untuk mengeluarkan hujah dan bebas untuk berdebat melalui profile FB palsu.

Kebanyakkan yang murtad ni bukan saja golongan muda tapi juga golongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang berselindung disebalik NAMA MELAYU, BERPURA-PURA PUASA, BERPURA-PURA ISLAM dalam dunia realiti. Dan mereka paling marah bila kita mendoakan mereka kembali ke jalan Allah SWT.

Apa yang perlu kita buat?
Doakan hidayah mereka bersungguh-sungguh dalam setiap solat dan menangislah sambil mengingati bagaimana pengorbanan kasih sayang Rasulullah saw untuk ummatnya ini.

Madrasah Ramadhan 1440h

Bismillah....
Moga Allah permudahkan jalanku..
Menghafaz surah-surah yg pernah di beritahu ust ahmad dusuki yg perlu dihafal sebelum dr mati....

Al mulk, kahfi dan albaqaroh...

Ramadhan ni cuba utk albaqaroh...

baca banyak2 kali... agar familiar.. dan mudah igt.... setiap malam dgr mp3nya...

Ya Allah. permudahkan hambamu ini...

agar dpt membaiki diri.... keluar dr madrasah ramadhan dengan kejayaan.. amiiiin

wanita... cinta tanpa syarat

Ketika allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, ya allah ???"      

Allah menjawab

,"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah aku ciptakan untuk wanita?"

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      

Malaikat menjawab dan takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"ya allah , kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"    

allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."       

  "Untuk apa???", tanya malaikat. 

  allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

   Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,

mampu menyanyi ketika menangis,

menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,

dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,

dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,

dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,

dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,

tapi dia mampu mengatasinya.

Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    

     Allah S.W.T berfirman:         

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,

namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."     

    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    

     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,

dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

        "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

        "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."   

      "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,

tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   

      "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

        "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    

     "CINTANYA TANPA SYARAT."        

selamat hari ibu

Assalamualaikum. Izinkan saya jadi yang pertama mengucapkan Selamat Hari Ibu buat anda dan semua insan yang bergelar ibu sempena Hari Ibu 12 Mei 2019 semoga semua yang bergelar ibu berbahagia selalu. Aamiin...

💚KASIH IBU...TIDAK TERBALAS..💚

🌺🌺Ketika kita lapar, tangan ibu yang
menyuapi. Ketika kita haus, tangan
Ibu yang memberi minuman.

🌺🌺Ketika kita menangis, tangan ibu yang
mengusap air mata.

🌺🌺Ketika kita gembira, tangan ibu yang
menadah syukur, memeluk kita erat
dengan deraian air mata bahagia.

🌺🌺Ketika kita mandi, tangan ibu yang
meratakan air ke seluruh badan,
membersihkan segala kotoran.

🌺🌺Ketika kita dilanda masalah, tangan
ibu yang membelai duka sambil berkata,
"Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN,🍄🍄

🌺🌺Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada
tangan dari anak yang menyuapi.

🌺🌺Dengan tangan yang gemetar, ibu
menyuapkan sendiri makanan ke
mulutnya dengan linangan air mata.

🌺🌺Ketika ibu sakit, dimana tangan anak
yang ibu harapkan dapat merawat ibu
yang sedang sakit?

🌺🌺Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad.
Ketika jenazah ibu hendak dimandikan,
dimana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu untuk
terakhir kali.

🌺🌺Tangan ibu, tangan ajaib.
Sentuhan ibu, sentuhan kasih.
Dapat membawa ke Surga Firdausi

💙💙Ya Allah,💚💚
Jauh kan Kami Dari Menyakiti Hati Ibu
kami, jadikan kami Anak-Anak yang Bisa
Berbakti Pada Ibu kami.

Sesungguhnya Syurga itu Terletak di
tapak kaki setiap yang bergelar Ibu.

KISAH JUTAWAN HARI2 BERBUKA PUASA DI MASJID

Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini,

“Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”

Beliau jawab,

“Insyaa ALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, *bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka*”

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa...

Beliau menjawab : “ *Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa*, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tengok dah azan... RUGI *(selingan, Solat Maghrib pun nazak² dah nak Isyak)*!!! ”

“Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulillah makbul”.

Berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya.

“RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa”

Tambah beliau dalam loghat Utara…

“Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS pada DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib... ”

“ *Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun*… Allahu Akbar.. !!!” kata beliau lagi…

“Buatlah… In sya ALLAH lain you rasa dan Insyaa ALLAH apa hajat you akan tercapai… Insyaa ALLAH ” akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan haji jutawan tersebut.

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan. Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.

Saya terbanding diri saya dengan beliau.

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.

Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga.

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah…  ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Terima kasih tuan haji jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan. Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan…

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.

Dipersilakan kongsikan ke grup2…

PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK ..

Bak kata ustaz baru2 niee... buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur. Ada duit - derma atau kembara lihat ciptaan Allah😊😊

"Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.

Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana"

Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua.  Allahuakbar

bawa anak-anak ke Masjid

*MEMBAWA KANAK-KANAK KE MASJID/SURAU*
(Bagus nasihat dan panduan ni..)

Kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.

Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia.
Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.

Apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:

1) Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.

2) Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.

3) Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.

4) Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.

5) Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.

6) Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.

7) Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.

ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.
ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.

Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.

Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.

ingatlah Tuhan

Bangun-bangun tidur sahaja engkau ingat benda yang tidak mengingatkan engkau
Apatah lagi setelah engkau berhadapan kehidupan sehari-harian
Engkau ingat duit yang tidak pernah mengingat engkau
Kekayaan apatah lagi sering engkau ingatkan sebagai angan-angan
Padahal kekayaan tidak pernah mengingatkan engkau
Bahkan berbagai-bagai perkara yang selalu engkau ingatkan
Yang ia tidak pernah pun mengingatkan engkau
Mengapa engkau tidak sering mengingat Tuhan
Yang sentiasa tidak melupakan engkau
Tidak satu detik pun yang Dia lupakan engkau
Dia sentiasa mendengar engkau
Dia sentiasa melihat engkau
Dia sentiasa tahu tentang engkau
Yang sentiasa menjaga dan mengawal engkau
Yang sering mentadbir dan memberi nikmat kepada engkau
Engkau mengingat benda yang kaku, mati
Engkau sibuk dengan mengingat makhluk yang serupa engkau
Engkau lupa kepada Khaliq yang mencipta engkau
Makhluk bukan ada kuasa ke atas engkau
Sedangkan Khaliq berkuasa ke atas engkau
Mengapa tidak terasa takut kepada Khaliq yang menentukan nasib engkau

Ulangkaji Bab Puasa, tidak lama lagi Ramadhan


*Syarat Wajib Puasa* :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa*:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Pada Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

*Kifarat Bersetubuh Pada Bulan Ramadhan* :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

*Tingkatan Puasa*:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Shaa ALLAH..
😀😀😀

* Berbuka puasa dgn buah kurma + minum air suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais

Ustaz dulu dan skrg. Maaf cakap..

Para Sahabat RA tak claim mereka pendakwah
Para Sahabat RA tak claim mereka pejuang
Para Sahabat RA tak claim mereka bijak pandai
Para Sahabat RA tak claim mereka  alim ulama
Para Sahabat RA tak claim mereka pakar itu ini

Tapi mereka manusia paling hebat,  boleh buat kerja multitasker,  Ulama' pun dia,  pakar ilmu pun dia,  pakar strategik perang pun dia, pakar pentadbiran pun dia dan lain-lain lagi. Maknanya dalam satu masa dan  satu watak mereka boleh berperang,  boleh jadi guru, boleh jadi askar, boleh jadi ahli sains, boleh jadi petani,  boleh jadi penternak,  boleh jadi pemimpin dan banyak lagi.

Tak macam Ustaz dan pendakwah zaman sekarang,  jumud dan membosankan, pandai bercakap-cakap sahaja,  yang lain tak reti buat, kurang bergerak, penyakit pun banyak. Paling hebat jadi duta kopi.

Ampun maaf jika terlajak kalam,  jika terkena mungkin kebetulan.

Siapa lagi mahu diharapkan?

Apabila lelaki yang bergelar "pendakwah" kecundang. Apabila lelaki yang sebelum ini melaungkan "no couple before marry", kemudiannya kecundang. Apabila lelaki sebelum ini mengatakan "haram bercouple sebelum nikah", kemudiannya kecundang. Dan paling "ngeri" adalah, kecundang itu adalah "ZINA" dengan "persetubuhan haram". Naudzubillah...

Bertaubatlah kalian semua wahai lelaki. Andai kalian yang bergelar "pendakwah" kecundang atau tewas dengan nafsu. Maka, kepada siapakah lagi yang mahu diharapkan untuk menggerakan dakwah Islamiyyah?

Jangan mendampingi yang HARAM..
Jangan bercinta secara HARAM..
Jangan melakukan sesuatu yang HARAM..
Sesungguhnya dirimu mengetahui hal yang HALAL dan HARAM..

Wahai saudaraku insan lelaki. Allah memuliakan kita dengan akal pemikiran. Maka, nafsu bukanlah tandingan kita andai kita atasi dan senjata kita adalah Ilmu Iman. Semoga Allah bersamamu dengan Iman dan Islam.

Tarbiyah Allah berhikmah

Al-kisah seorang pemuda dalam perjalanan pulang ke kampungnya dengan kereta Mercedes yang baru saja dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak laju walaupun di jalan kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tiba-tiba berlari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.

Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Namun, secara tiba-tiba ada seketul batu yang dibaling mengenai pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan berundur ke tempat di mana bata tersebut dibaling.

Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.

“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru tahu? Dan batu besar yang kau baling tu akan menyebabkan aku hilang banyak wang! Kenapa kau buat macam tu? Jawab!”

Budak tersebut memohon maaf….

“Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.

“Saya membaling batu tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…

Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu berhenti.

“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kerusi rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.

Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”

Pemuda itu tergamam, terdiam dan tersentuh.

Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula.

Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”

Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”

Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah.

Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri.

“Jangan melalui jalan kehidupan dengan terlalu cepat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”

Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling 'batu' ke arah kita supaya kita sedar dan berfikir.

Modal berniaga

Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin. Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta.

Jawabnya,
"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan."

"Kamu pernah berniaga?"

"Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku"

Orang kaya itu berkata.
"Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai"

Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai. Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.

Sesampai orang kaya itu dia berkata,
"Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya."

"Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu"

"Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi."

Si miskin kehairanan.
"Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?"

"Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi"

Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.

Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.

"Sudah dapat ikannya?"

"Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?"

"Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula"

Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.

Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?

Si miskin mula marah.
"Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor. Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?"

Si kaya menjawab.
"Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau."

"Betul kau penat?"
Tanya si kaya pada si miskin.

"Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!"

"Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?"

"Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut"

"Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?"

"Ya sudah tentu aku boleh usahakan"

"Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?"

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.

"Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing &  umpan).

Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa.  Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?"

"Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka"

"Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?"

"Ya sudah tentu. Ajarkan aku!"

Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing. Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.

Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.

"Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?"

Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.

"Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dibayar semula"

"Kenapa orang kaya? Kan aku sudah janji aku ingin membayar semula wang yang aku pinjam ini?"

"Ini adalah wang kau hasil daripada jualan ikan yang kau jual."

Si miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

"Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan. Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan"

"Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini".

Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.

Sahabat sekalian.
Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman. Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Teruskan perjuangan sahabatku.
Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa. Tetapi berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.

Teruskan melangkah jangan pernah mengalah!

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"
Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

Buat yang memiliki "Bintang-bintang di dada"


Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...
"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'

انظر ما قال ولا تنظر من قال
- "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan."

Semoga bermanfaat

SEDEKAH ALFATIHAH


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita..amin...

Ko rase?

Kau rasa?

Kau rasa masa Jack Ma nak mulakan dan bina Ali Baba dia ada duit? Dia dapat sokongan seluruh dunia?

Kau rasa?
Bila Mark Zuckerberg nak mulakan Facebook, bapa dia bagi dia duit? Hatok dia bagi dia duit?

Kau rasa?
Bila Tony Fernandez nak mulakan AirAsia, bank semua cetak duit berlari hantar dia duit untuk beli lesen operate syarikat penerbangan yang terhutang RM20 juta tu?

Kau rasa?

Kau rasa Titan yang jadi Titan berjaya dan berjaya lagi tu terus lahir dengan duit? Sokongan ibu bapa, keluarga dan adik beradik?

Kau rasa?
Aku dulu mak ayah memang gembira sejak kecil tunggu aku jadi usahawan?

Tak. Semua lalu proses tak mudah dan mencabar. Tapi.... Hari ini bila dah berjaya?

Semua datang nak cium bontot diorang. Bank yang dulu berlagak semua datang cium kaki.... Kau rasa? Yang bukan sedara datang mengaku kau adik yang hilang lah.... Berlopak hati pompuan yang tolak pinangan kau dulu!

Beza diorg ni dengan orang kat luar dan mereka yang masih terus biasa-biasa ialah-

Kita percaya dan mahu ubah hidup kita. Biar orang tak percaya kita hari ini tak apa, apatah lagi bila terbukti ramai yang komited berjaya created hasil. Kau tanya orang yang salah buat apa tentang nak berjaya dalam bisnes, tentang nak masuk MMM? Kalau mereka betul, dah lama mereka berada tahap berbeza dalam hidup serta beri manfaat ramai orang lain.

Kita lah bangang bila tanya salah orang dan jangan hidup macam kau “cacat” tak boleh buat keputusan sedangkan ramai yang kurang upaya pun berjaya bina kejayaan dalam perniagaan contoh- Khairul Nizam salah seorang Titan yang nak datang kelas sentiasa kena naik wheel chair. Sebelum ini Titan untuk 2-tahun yang kini berjaya dengan JamuMall. Tanya dia siapa beri nama “JamuMall” tu....? Kau rasa?

Kau? Cacat akal? Tak kan?

Maaf keras sikit bunyi sebab saya benci pemalas, orang yang suka beri alasan kenapa tak boleh sedangkan ada banyak jalan untuk buat sampai jadi dan saya benci Loser- belum buat apa2 dah give up!

You better #SWITCH

U boleh teruskan hidup sebagai loser seperti selama ini atau ubah pattern tu now! Be a winner.

Jangan dengar cakap loser! Committed now to be winner!

U loser ke winner?

Hello? Panama Dance kau bolehlah nak lawan...banyak benda lain kau boleh lawan dalam hidup ini dari lawan siapa pandai menari atau membawang!

#AzizanOsman
#IMKKMac2018

MILIK IBUBAPA

* ramai terlanggar.*

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya.

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!! Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu"  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orang tua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A'lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YANG BERGELAR ANAK

Wallahua'lam hantarkan lah kepada anak2 anda agar mereka faham...

Penawar baby

Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar
-Baby nangis malam,
-Baby kembung perut,
-Susah tidur malam,
-Kerap mimpi tidak elok,
-Kerap gelisah tanpa sebab,
-Kerap sakit kepala...
.
Boleh amalkan cara di bawah..
Cara di bawah jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus..
.
Ambil Air Suam segelas
Kemudian ambil Secubit Garam letakkan di dalam air suam tersebut
Baca Al Fatihah 1x.
Selawat Syifa 3x
Al ikhlas     3x
Kemudian baca "Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah"
.
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut...
Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur...

Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka baby dan belakang baby.
Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisannya.
.
Jika demam, izin Allah akan kebah demam nya...
.
Manaka la jika kita ada gangguan dalam badan, selesai  minum air tersebut, kita akan sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin ,inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh...
.
Jika tak sembuh cari la perawat islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda..
.
Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur...
.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin...
.
.
Kredit
Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

ROMANTIS

Romantis itu…ketika malam tinggal sepertiga.....seorang suami terbangun. Ia berwudhu......menunaikan shalat dua rakaat.....Lalu membangunkan isterinya. “Sayang… bangun… saatnya shalat.” Maka mereka berdua pun tenggelam dalam khusyu’ tahajjud.

Romantis itu…...
Ketika seorang istri mengatakan... “Sebentar lagi adzan, Sayang…” Lalu sang suami melangkah ke masjid.....menunaikan tahiyyatul masjid.....Tak ketinggalan ia menunaikan dua rakaat shalat fajar.....sebelum melaksanakan shalat shubuh berjamaah.....Maka ia pun menjadi pemenang; lebih baik dari dunia dan seisinya.

Romantis itu…
Ketika suami berangkat kerja.....sang istri menciumnya sambil membisik mesra, “Hati-hati di jalan.....baik-baik di tempat kerja ya sayang… kami lebih siap menahan lapar daripada mendapatkan nafkah yg tidak halal”

Romantis itu…
Ketika suami istri terpisah jarak.....tetapi keduanya saling mendoakan di waktu dhuha: “Ya Alloh, jagalah cinta kami......jadikanlah pasangan hidup dan buah hati kami penyejuk mata dan penyejuk hati......tetapkanlah hati kami dalam keimanan......teguhkanlah kaki kami di jalan kebenaran dan perjuangan......ringankanlah jiwa kami untuk berkorban....maka mudahkanlah perjuangan dan pengorbanan itu dengan rezeki halal dan berkah darimu.”

Romantis itu…
Ketika suami sibuk kerja.....saat istirahat ia sempat menghubungi istrinya......Mungkin satu waktu dgn menghadirkan suara.....Mungkin hari lainnya dengan WA dan SMS cinta. “Apapun makanan di kantin.....tak pernah bisa mengalahkan masakanmu.” Lalu sang istri pun membalasnya, “Masakanku tak pernah senikmat ketika engkau duduk di sebelahku.”

Romantis itu…
Ketika menjelang jam pulang kerja.....sang suami sangat rindu untuk segera pulang ke rumah dan bertemu istrinya......Pada saat yang sama.....sang istri merindukan belahan jiwanya tiba.

Romantis itu…
Ketika suami mengucap salam......sang istri menjawabnya disertai senyuman......Bertemu saling mendoakan......Tangan dicium, pipi dikecup bergantian.

Romantis itu…
Ketika suami tiba di rumah......istri menyambutnya dgn wajah cerah dan bibir merekah.....Maka hilanglah segala penat dan lelah......Beban kerja di pundak mendadak menghilang, terbang...

Sahabat.....
Mari kita pupuk romantisme dalam rumah tangga kita... hingga tumbuh sakinah yang berbuah mawaddah wa rahmah...
Rabbana hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyatinaa qurrata a'yun waj'alnaa lil muttaqiina imaama.

Sedekah


Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' _Mahu cari apa pakcik_?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' _saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi...._'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' _Tapi kenapa pakcik_?''

Lelaki tua: '' _Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin_.''

Pemilik kedai: '' _Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai_.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya dan terus pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''
_adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?_'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.

Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.

#sharetandasayang

Sedarlah

Kita bangun dari atas katil, walaupun  tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.

Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.

Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula utk bertaubat...

Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. 🙂

Alhamdulillah ... :)

11 Sya'ban 1440H

#salamsubuh
#ESQ165

Setiap kamu diuji

Lelaki yang badannya sado, Allah uji dengan rasa bangga mahu menunjukkan tubuh badan sehingga menampakkan aurat
.

Perempuan yang rambutnya cantik, Allah uji dengan rasa mahu free hair
.

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan² yang mahu menggodanya
.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik
.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan
.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain
.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati
.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman
.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah
.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya
.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri
.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan
.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu
.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat

Ingatlah

Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia, untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri

Muhasabah Diri.

Redha

Siapa yang menyerahkan dirinya untuk dunia..
Dunia tidak akan memberikannya apa-apa..
Melainkan sedikit tanah buat mengebumikannya..

Dan siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah..
Maka Allah akan menganugerahkannya syurga..
Yang terbentang seluas langit dan bumi..

Ya Allah..
Kami mohon dariMU..
KeredhaanMU..
Dan syurga..

Tarjim by,
Juariah Ismail

Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW


1. Dicintai (hubungan)
2. Dipercaya (integriti)
3. Diikuti (menolong)
4. Pelapis (pembimbing)
5. Pemimpin abadi (leave legacy)

Sollu 'alan nabiy! 😇

Adakah kita semua mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti Nabi Muhammad SAW? Muhasabah diri dan perbaiki diri.

Kasihkan Nabi

Seorang Ustaz Turkey menceritakan….

"Empat anggota polis menunggu dekat sebuah bangunan toilet Masjid Nabawi. Mereka menunggu seseorang.

Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerkam menangkap dan memberkasnya. Pemuda itu menjerit minta dilepaskan.

“Saya bukan penjenayah. Saya bukan pencuri. Kenapa tangkap saya?”

Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya. Ya saya memang mengenalinya.

Dialah anak muda yang sering menangis di kubur Rasulullah SAW.

Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 ke 36. Rambutnya perang. Punya janggut nipis.

Kasihan melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangkapnya,

“Budak ini tak ada masaalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?”

Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.”

Saya kata, “Tapi apa masaalah budak ini? Adakah dia mencuri?”

“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak 6 tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi tiap kali kami cuba tangkap dia melarikan diri dan bersembunyi dekat kubur Rasulullah SAW. Di dalam masjid kami tak boleh tangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.

“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya.

“Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.”

Budak itu menangis. Dia merintih, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencuri. Saya tidak akan buat jahat. Saya tinggal di sini *HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW.”*

Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!”

Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata,

“Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum di bawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah kubur Rasulullah SAW. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”

Merekapun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorangnya berkata (dengan mempersenda), “Hah bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullah.”

Lantas budak itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap di dalam Bahasa Arab,

*“Wahai Rasulullah. Beginikah berakhirnya perjanjian antara kita? Aku telah berjanji denganmu. Aku telah tinggalkan ibu dan bapaku. Aku tutup kedaiku. Aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Rasulallah. Aku telah berjanji untuk menjadi jiranmu.”*

*“Akan tetapi ya Rasulullah, lihatlah mereka ini yang menghalangku. Ya Rasulallah. Kenapakah kau tidak masuk campur membantuku. Kenapa kau tidak masuk campur… Kenapa kau tidak masuk campur….”*

Dengan kata-kata itu, budak itu jatuh terjelepuk di atas lantai.

“Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis.

Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi.

Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherdik, “Bangun wahai penipu!”

Budak itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurah ke mukanya.

Namun tiada sebarang reaksi.

Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mati. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukul dia sampai mati.

Ambulan dipanggil.

Pasukan perubatan masuk dari pintu 7.

Setelah diperiksa, didapati budak itu telah mati sejak 15 minit lalu.

Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap budak itu.

“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah SAW….”

Ambulan terus membawa jenazah itu ke tempat pemandian jenazah di tepi Baqi’. Saya mengikutinya.

Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenazah berkenaan.

Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berdosa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenazahnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami."

Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah SAW. Sebaik dia berkata kenapa engkau tidak masuk campur. Lantas malaikat maut segera menjalankan tugasnya.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya budak Albani itu.

#copypaste

10 SEBAB ELOK BEKERJA DULU SEBELUM BUAT BISNES

1. Belajar perancangan bisnes. Faham bagaimana nak buat sasaran bisnes. Biasa dengan jargon dan alatan pengurusan.

2. Belajar pengurusan organisasi - sistem dan proses kerja. Jadi taklah hentam keromo saja sampai staf tak hormat dengan bos.

3. Belajar komunikasi - terima arahan sebelum beri arahan. Belajar bagaimana menguruskan konflik. Belajar ilmu persuasion atau pemujukan.

4. Bina modal sosial - lebarkan jaringan yang boleh dimanfaatkan apabila buat bisnes nanti. Kenal orang, tahu di mana nak minta pendapat, di mana nak minta sokongan.

5. Boleh simpan wang untuk kegunaan peribadi sebelum bisnes menjadi. Pastikan ada simpanan untuk kegunaan peribadi selama 12 bulan pertama bisnes.

6. Belajar menguruskan pelbagai ragam manusia di tempat kerja. Mudah kenal siapa kaki ampu, siapa tak kenang budi, dan siapa yang kita boleh percayai.

7. Berpeluang ambil kursus dan persijilan bagi memantapkan skil. Setakat ada ijazah dan diploma tak cukup. Bina kompetensi lain.

8. Belajar undang-undang bisnes dan regulatory requirements. Belajar bagaimana mendokumenkan proses bisnes. Jadi taklah buat bisnes dengan cakap mulut saja.

9. Faham dunia pekerjaan, nanti taklah perlekeh orang lain yang bekerja. Orang yang selalu perlekeh orang lain ini ialah orang yang tak pernah lihat dunia yang lebih luas.

10. Ada pengalaman bekerja. Kalau bisnes tak menjadi, boleh cari kerja lain. Nak pergi interview tak kekok sangat :)

Bilik air punca rezeki terhalang

BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG

Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.

PERTAMA

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.

Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?

tandas kotor
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?
☑️ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑️ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑️ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑️ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑️ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?

☑️ Shaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

☑️ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

☑️ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

☑️ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Kredit to Siti Nadiah

En Suami

" Suami itu macam Barang antik...Makin lama makin berharga

*HARI INI HARI SUAMI SE DUNIA*

*LAKI-LAKI adalah salah satu ciptaan TUHAN yg paling KUAT*

Dia membina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar hutang.

Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*,

Bayangkan masih kecil di *Marahi Orang Tua*,

Sekolah di *Marahi GURU,*

Kerja di *Marahi BOSS*,

Nikah di *Marahi  ISTERi,*

Tua di *Marahi ANAK CUCU*,

Matipun masih di *Marahi  MALAIKAT*

Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*

Kalau dia keluar rumah, kata orang dia *MERAYAP*

Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia *MALAS*

Kalau dia marahi anak2, kata orang dia *GARANG*

Kalau dia tak marah, kata orang dia laki-laki *TIDAK TEGAS*

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, kata orang dia *MENGONGKONG*

Kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata orang dia *MAKAN GAJI ISTERI*

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia *ANAK MAK*

Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang dia *DKI* (Di bawah Ketiak Isteri)

Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita lain yg memerlukkan, dikata *HIDUNG BELANG*

Kalau *TAK MAU TOLONG* wanita lain, katanya *KEJAM*

*Tapi di tengah segala itu mereka *TERSENYUM;*

Kejadian LAKI-LAKI* itu amat *BERHARGA.*

*Selamat Hari SUAMI Sedunia*

Bumi Tuhan... Bersaksilah