*MEMBAWA KANAK-KANAK KE MASJID/SURAU*
(Bagus nasihat dan panduan ni..)
Kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.
Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia.
Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.
Apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:
1) Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.
2) Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
3) Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
4) Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
5) Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
6) Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
7) Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.
ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.
ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.
Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.
Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment