gmbr selepas dh turunkan pemisah angin trampolin. inilah gambar trampolin berat terbang ke rumah sebelah. elok cantik mcm kena alih. malah, kayu pemisah kawasan rumah sebelah lagi pecah. Bayangkan betapa kuatnya angin malam tadi. Mujur Jiran atas bantu alih semula. sbb dh masuk kwsn diaππ
hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
kisah isi minyak
Kisah pengajaran....
-------------------------
Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya...
Sejak "petrol turun harga" saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak,"
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cenggeng dah banjir dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak...
Bila saya mati
Bila saya mati, tiada lagi org ziarahi. Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
Inilah antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuli, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami.
Jangan nilai sebarangan
"....JANGAN...."
Jangan menilai seseorang dari rupanya. Kerana Rasulullah s.a.w. melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda Saidina Julaybib r.a. dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.
Berilah kesempatan kepada seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring di sebelah makam baginda iaitu Saidina Umar Al Khattab..
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga
Subhanallah.... Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.
ingat para suami isteri
Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur "
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
"Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya.."
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.
Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;
-
Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
12 bulan X 60 = RM720
Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160
-
Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.
Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???
Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: "Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:
"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."
Semoga Bermanfaat.
---
Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.
Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA. cube letak kn situasi anda di situ.. pasti air mata yg akan kuar..
Tuhan xde?
''Kalau tuhan ada..kenapa dia tak amankan saja dunia ni..?''
Kisah selain dari MH370... Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA.. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, syukur encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
MADAH baru 397
*1291*
Dunia ada tuannya, iaitu Tuhan,
janganlah kita bertindak membuat semahu-mahunya.
*1292*
Tuan dunia ini adalah Tuhan,
apabila hendak berbuat, bertanyalah kepada-Nya.
*1293*
Keselamatan kita di dunia di tangan Tuhan,
mengapa kita melupakan-Nya.
*1294*
Takutilah Tuhan,
dunia ini Dia yang punya,
kalau Dia murka,
Dia boleh bertindak apa sahaja.
*1295*
Kuasa Tuhan mutlak,
tidak ada sebarang kuasa yang dapat menentang-Nya.
Mengapa Tidak Sedih Kalau Allah Tidak Kasih
Banyak orang sedih tidak dapat kasih orang lain.
Banyak orang menangis tidak dapat belai kasih.
Hati derita, jiwa sengsara.
Ada yang frust, banyak yang kecewa.
Isteri menangis tidak dapat belai kasih suami.
Suami sedih tidak dapat perhatian isteri.
Anak menangis tidak dapat kasih ibu.
Ibu menangis melihat anak-anak membiarkan dirinya.
Banyak yang berkecil hati tidak dapat simpati manusia.
Banyak yang jiwanya derita tiada siapa mempeduli.
Tidak kurang jiwa yang gelisah tidak dapat menagih kasih.
Begitulah manusia jiwa kosong ketiadaan kasih.
Wahai manusia mengapa tidak menangis kalau Allah tidak kasih.
Mengapa tidak sedih kalau Allah tidak redha.
Mengapa dan mengapa tidak berusaha mengasihani.
Agar kita dicintai, agar kita dikasihani.
Janganlah bersusah hati tidak dapat kasih manusia.
Kerana ia tidak abadi dan tidak sejati.
Ketagihkanlah cinta Allah, carilah kasih sayang-Nya.
Kerana ia kekal abadi lagi sejati.
MADAH baru 396
*1281*
Ramai orang percaya dengan Tuhan tapi tidak takut dan tidak mencintai-Nya.
*1282*
Ramai orang percaya dengan Tuhan tapi melupakan-Nya,
seolah-olah Tuhan tidak wujud.
*1283*
Tuhan bukan sahaja wujud tapi berperanan di dalam kehidupan dunia Akhirat.
*1284*
Apabila manusia menyelesaikan masalah kehidupan,
lupa kepada Tuhan, dunia huru-hara.
*1285*
Tuhan bukan sahaja wujud tapi tempat rujuk manusia.
Nasib Cerdik Pandai Sombong
Selalunya orang yang pandai lagi cerdik, pintar pula, bercakap payah merendah diri.
Kalau bercakap dengan orang, payah mahu mengalah.
Pantang tercabar lebih-lebih lagi kalau dicabar, egonya datang terserlah.
Payah mahu menerima kebenaran dari orang.
Bercakap berpanjang-panjangan, bertegang urat tidak sudah,
berbahas tidak selesai, tidak ada keputusan.
Orang yang begini susah hendak kekal kawan.
Kawan selalu sahaja pecah hati, tersinggung perasaan.
Orang ini kasihan kerana hendak pertahankan ego hilang kawan.
Ingin berkawan, suka berkawan tapi kawan tidak tahan.
Akhirnya ramai kenalan, tapi keseorangan, kawan tidak berkekalan.
Begitulah orang yang suka bangga diri.
Ego sayang hendak dibuang padahal ia merugikan diri.
Bijak, pandai tapi kehilangan kawan.
Ramai kenalan tapi sekadar kenalan, kasih sayang hilang.
Sungguh sayang, diri terasa pandai tapi tidak ada orang hendak ikut.
Kerana sikapnya kasih sayang renggang, kepercayaan orang hilang.
Begitulah nasib orang yang sombong.
Pandai, bijak tapi orang tidak hendak.
Perangilah ego, ia sangat merugikan.
Sayang sekali kalau kita pandai namun orang tidak akan ikut juga.
Sifat ego itulah orang renggang dari kita.
Rendahkanlah diri kita tidak rugi.
MADAH baru 395
*1276*
Cintakan Tuhan adalah anak kunci kasih sayang sesama manusia.
*1277*
Tuhan patut dicintai dan ditakuti oleh setiap manusia.
*1278*
Kuasa Tuhan tidak ada batasnya, Dia boleh buat apa sahaja.
*1279*
Tuhan kalau sudah murka, Dia akan bertindak tidak kira siapa, orang besar, raja atau orang kaya.
*1280*
Ramai orang percaya dengan Tuhan, tapi tidak dipedulikannya, seolah-olah Tuhan tidak ada.
Nafsu Dalam Diri Paling Bahaya
Walaupun harimau itu merbahaya
tapi jarang bertemu. Ia tidak begitu membimbangkan.
Nyamuk dan lalat walaupun membawa *kuman* boleh membahayakan manusia.
Tapi masih boleh dibendung kerana ia adalah di luar diri kita.
Tikus juga membawa kuman yang boleh membahayakan manusia.
Tapi ia masih di luar diri manusia.
Mudah dijaga dan dikawal atau dibendung.
Kuman-kuman di dalam makanan dan minuman.
Juga boleh mendatangkan penyakit.
Itu pun masih tidak dianggap terlalu merbahaya
Tapi perlu diingat!
Bahawa nafsu di dalam dirimu itu paling bahaya.
Bahaya buat dirimu dan orang lain.
Namun tidak pernah dibising-bisingkan dan diheboh-hebohkan.
Tidak pernah diceritakan bagaimana menjaga dan mengawalnya.
Padahal nafsu di dalam diri manusia itu telah merosakkan manusia dan dunia.
Telah memusnahkan pembangunan, kemajuan dan tamadun.
Tidak ada pun klinik dan hospital yang merawatnya.
Ia lebih merbahaya daripada harimau, nyamuk, lalat dan tikus.
Ia telah menyerang semua orang tidak ada kecualinya.
Tapi ramai di kalangan manusia tidak memandang merbahaya.
Padahal merbahayanya hingga terjun ke Neraka.
MADAH baru 394
*1271*
Jadikanlah Tuhan tempat rujuk,
Tuhan boleh memberi jawapannya.
*1272*
Tuhan adalah tempat menyelesaikan segala masalah manusia dan dunia.
*1273*
Kenalilah Tuhan,
kita akan jatuh hati kepada-Nya sepanjang masa.
*1274*
Kalau manusia kenal Tuhan,
dia akan mabuk cinta dengan-Nya.
*1275*
Marilah kita jadikan Tuhan pemimpin bersama.
Manusia akan berkasih sayang sesama mereka.
Minta Kepada Allah Tidak Terhina
Meminta-minta kepada Allah maruah tidak jatuh.
Sama ada dikabulkan atau tidak, tetap mulia.
Mengadu dengan Tuhan tidak mengapa.
Kerana kita hamba, Dia adalah pentadbir, pengurus,
penjaga dan pemberi rezeki kepada kita.
Mintalah apa sahaja yang sepadan dengan kita.
Banyak kali, sebanyak mana yang kita minta, kita tidak terhina.
Tapi meminta sesama manusia wibawa kita jatuh.
Sama ada dia memberi atau menolaknya.
Mengadu dengan manusia inginkan kekayaannya kita terhina.
Maruah kita jatuh, wibawa kita sudah tidak ada harga.
Lebih-lebih lagi selalu sahaja meminta dengan manusia.
Orang bertambah benci, kita semakin terhina.
Jagalah maruah diri.
Kerana ia adalah harga diri kita.
Jauhilah meminta-minta sesama manusia.
Kerana kita akan terhina dan orang tidak hormat kepada kita.
Memintalah kepada Tuhan, Ia memang tempat meminta.
Makin banyak meminta dengan-Nya kita semakin mulia.
Tuhan suka, manusia tidak boleh menghina, wibawa kita terjaga.
Mintalah kepada Tuhan, terpelihara maruah kita.
Jangan meminta-minta dengan manusia, kita akan terhina.
Kerana orang meluat dan membenci kita.
MADAH baru 393
*1266*
Cintailah Tuhan, sayangilah manusia, kita akan boleh bekerjasama.
*1267*
Jadikanlah diri kita hamba Tuhan,
jangan jadikan diri kita hamba selain-Nya.
*1268*
Tidak ada sesiapa yang marah apabila dikatakan dirinya hamba Tuhan.
Dia akan marah kalau dikatakan hamba selain-Nya.
*1269*
Tuhan adalah pencipta, pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat.
*1270*
Kita perlu kepada Tuhan tapi Tuhan tidak perlu kepada kita.
Azam
Azam: cita-cita yang tinggi dan berpandangan jauh.
Azam adalah kemahuan yang keras.
Keyakinan yang tidak berbelah bagi untuk mencapai cita-cita.
Kesabaran yang luar biasa, tahan dan tabah berhadapan dengan ujian dan cabaran.
Sanggup menderita untuk mencapai cita-cita.
Azam adalah orang yang tidak dikecewakan oleh kegagalan.
Tidak dibatalkan oleh tawaran-tawaran kesenangan dan kemewahan.
Kalau terpaksa rehat kerana halangan,
dia berfikir untuk mengatasi keadaan.
Jika ada peluang, dia akan teruskan perjuangan.
Jemu tidak ada di dalam kamus hidupnya.
Kecewa apatah lagi, tidak ada di dalam fikirannya.
Halangan, rintangan, cabaran tidak dapat menggugatnya.
Kalau dapat kemenangan atau kejayaan, tidak membunuh kemahuannya.
Jika mendapat kegagalan, tidak mematikan semangatnya.
Jiwanya sentiasa subur untuk mencapai matlamat perjuangannya.
Pada dia tidak ada gunung yang melemahkan semangatnya.
Tidak ada lautan yang mematahkan cita-citanya.
Perjalanan yang panjang bukan menjadi ukurannya.
Perjuangannya mati bersama kematian jasadnya.
Itulah dia erti azam.
Kesabaran dan ketabahan yang luar biasa.
MADAH baru 392
*1261*
Marilah kita jadikan Tuhan pemimpin bersama,
kita tidak akan bergaduh.
*1262*
Marilah kita sama-sama lari kepada Tuhan,
jangan lari daripada-Nya.
*1263*
Sama-sama cintakan Tuhan, tidak akan terjadi rebutan dan perbalahan.
*1264*
Milikilah Tuhan, kita akan miliki segala-galanya.
Segala-galanya tidak dimiliki pun tidak mengapa.
*1265*
Cintakan Tuhan cinta yang sejati,
cinta selain-Nya cinta murahan.
Setiap Hari Umur Berkurang
Setiap hari umur kita berkurangan.
Sepatutnya setiap hari kita menambah amal.
Setiap hari dunia bertambah jauh.
Setiap hari pula Akhirat bertambah dekat.
Sepatutnya setiap hari kita bertambah bersiap sedia.
Dunia makin jauh meninggalkan kita.
Akhirat makin dekat kita hendak sampai.
Patutnya kita menambah lagi membawa bekal.
Tuhan berkata yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menambah bekalan,
bahawasanya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa."
Mengapa dunia yang engkau hendak tinggalkan
bahkan ia makin jauh meninggalkan kita,
kita menambah bekalan untuk dunia yang akan ditinggalkan?
Sedangkan Akhirat bertambah dekat bahkan kekal, tidak kita tambah bekalan.
Mengapa belum pun menambah amalan?
Hendak tunggu bila lagi menambah bekalan?!
Sedangkan umur makin lama makin berkurangan.
Apabila sampai di sempadan,
nanti kita akan terkejut dan menyesal tidak berkesudahan.
karomah Al quran
*1.* Dalam sebuah Hadis yang indah, Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: _"Apabila seorang lelaki meninggal dunia dan kerabatnya sibuk dengan pengebumian, berdiri seorang lelaki yang sangat kacak di sisi kepalanya. Apabila mayat dikafankan, lelaki itu. masuk di antara kain kafan dan dada si mati.Apabila selepas pengebumian, orang ramai pulang ke rumah, 2 malaikat, iaitu, Munkar dan Nakeer (nama dua Malaikat istimewa), masuk ke dalam kubur dan cuba memisahkan si kacak ini. lelaki dari orang mati, supaya mereka boleh menyoal orang mati secara peribadi tentang imannya. Tetapi lelaki kacak itu akan berkata, 'Dia adalah teman saya, dia adalah kawan saya. Saya tidak akan meninggalkan dia seorang diri. Jika kamu dilantik untuk disoal siasat, lakukan tugas anda. Saya tidak boleh meninggalkannya sehingga saya memasukkannya ke dalam Syurga'. Selepas itu dia berpaling kepada sahabatnya yang sudah mati dan berkata, 'Saya adalah Al-Quran, yang biasa kamu baca, kadang-kadang dengan lantang. suara dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan risau. Selepas soal siasat oleh Munkar dan Naker, anda tidak akan bersedih. ' Apabila soal siasat selesai, lelaki kacak itu menguruskan si mati, dari Al-Mala'ul A'laa (Malaikat di Syurga), tempat tidur sutera yang diisi dengan kasturi."_
*2.* Rasulullah (SAW) bersabda: _"Pada hari kiamat, di hadapan Allah, tidak ada Pemberi Syafaat lain yang lebih tinggi darjatnya daripada Al-Quran, bukan Nabi mahupun malaikat."_
*3.* Teruskan majukan 'Hadis' ini kepada semua... kerana Rasulullah (SAW) bersabda: _'Sampaikanlah ilmu daripadaku walaupun hanya satu ayat'. Semoga Allah melimpahkan nikmat ini kepada kita semua. AMIN._
*4.* Kami mendoakan agar mesej di atas sampai kepada sekurang-kurangnya LIMA JUTA umat Islam di seluruh dunia dalam tempoh tujuh (7) hari akan datang, *Insha-Allah.*
MADAH baru 391
*1256*
Seorang anak yang derhaka pada ibu bapa,
seorang isteri yang derhaka pada suami,
seorang murid yang derhaka pada gurunya dan seorang manusia yang menzalimi manusia yang lain walau banyak mana ibadahnya pasti akan hilang barakahnya qlserta terhijab petunjuk padanya.
*1257*
Didiklah anak-anak agar dia kasih dan takut pada ibu bapa.
Jangan kasih saja nanti dia berani (melawan) dan jangan takut saja kelak dia benci.
*1258*
Cintailah Tuhan,
nescaya tidak akan dikecewakan.
*1259*
Jadikanlah Tuhan kawan setia kita,
Dia akan menjaga kita.
*1260*
Jika suami isteri selalu sahaja bergaduh, *MADAH MURSYID*
*12/1/2022*
*1256*
Seorang anak yang derhaka pada ibu bapa,
seorang isteri yang derhaka pada suami,
seorang murid yang derhaka pada gurunya dan seorang manusia yang menzalimi manusia yang lain walau banyak mana ibadahnya pasti akan hilang barakahnya serta terhijab petunjuk padanya.
*1257*
Didiklah anak-anak agar dia kasih dan takut pada ibu bapa.
Jangan kasih saja nanti dia berani (melawan) dan jangan takut saja kelak dia benci.
*1258*
Cintailah Tuhan,
nescaya tidak akan dikecewakan.
*1259*
Jadikanlah Tuhan kawan setia kita,
Dia akan menjaga kita.
*1260*
Jika suami isteri selalu sahaja bergaduh, cintailah Tuhan, pergaduhan selesai.
Hati Sebagai Wadah
Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati atau jiwa sebagai wadah.
Ia adalah anggota yang paling penting di dalam diri manusia.
Tapi malang atau sungguh sayang,
engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah.
Wadah engkau tidak pun engkau isi dengan kasih sayang.
Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan.
Jiwa engkau sebagai wadah, tidak engkau isi rasa kehambaan,.
Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbang rasa dan perikemanusiaan.
Engkau kosongkan wadah engkau daripada perasaan-perasaan yang mulia.
Tapi apa yang engkau isikan?
Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah yang merosakkan manusia.
Bahkan yang menghancurkan dunia.
Hati engkau tidak engkau jadikan cermin melihat kebenaran.
Engkau butakan hati engkau.
Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan.
Setidak-tidaknya engkau merabunkan.
Hingga engkau ragu dengan kebenaran.
Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga.
Yang menentukan engkau manusia yang ada kemanusiaan.
Tapi engkau abaikan.
Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai
anggota lahir engkau, jawarih engkau.
Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa.
Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan, engkau abai dan biarkan.
Padahal hati tempat pandangan Tuhan.
MADAH baru 390
*1251*
Orang perempuan kalau bertemu selalu membualkan perhiasan,
orang lelaki kalau bertemu yang dibualkan tentang perempuan,
kalau orang tua-tua bertemu sama ada menceritakan keluhan hatinya terhadap anak cucunya atau memujinya mana yang mendapat kejayaan.
*1252*
Alangkah bertuahnya seorang itu,
selepas beriman isterinya banyak, setia belaka,
anaknya banyak menurut kata,
sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya,
ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.
*1253*
Seseorang itu jiwanya terseksa oleh sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan,
yang paling terseksa manakala hati dicuri orang,
oleh itu jagalah hati jangan sampai dicuri orang.
*1254*
Seseorang yang mengajak masyarakat menegakkan Islam,
tapi lupa mengajak anak isteri ke arah itu adalah seorang yang tidak jujur dalam perjuangannya.
Sebab ia mempunyai kehendak-kehendak nafsu yang tersembunyi melalui perjuangan itu.
*1255*
Tiada harta yang lebih berharga daripada seorang anak yang soleh, berilmu serta dapat menyambung perjuangan ayahnya.
Berkorban Untuk Agama, Bangsa Dan Negara
Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara.
Berkorban apa sahaja, harta dan jiwa raga.
Pengorbanan itu tidak sia-sia.
Setiap keringat, setiap harta diberi pahala.
Bahkan setiap dosa berjatuhan dan berguguran.
Apatah lagi jiwa raga, lebih besar nilainya.
Kalau terkorban kerananya syahid namanya.
Wah! Alangkah indahnya terlepas seksa kubur dan tiada hisabnya.
Kalau kita kata Akhirat kekal abadi,
sama ada di dalam Syurga ataupun di dalam Neraka.
Berkorban tidak ada susahnya.
Bahkan mudah dan ghairah kerana Tuhan dan kerana mencintai kehidupan di sana.
Berkorbanlah! Berkorbanlah! Berkorbanlah!
Sementara nyawa masih di badan.
Peluang masih luas pintunya terbuka.
Terpulanglah kepada kita mahu atau tidaknya.
Mengapa kita mahu bertangguh-tangguh lagi?!
Masa tidak menunggu kita!
Kematian kita boleh berlaku bila-bila masa!
Biarlah sedikit susah sekarang.
Jangan menyesal di kemudian hari.
Berkorbanlah apa saja!
Segala pengorbanan tidak sia-sia.
Rabbul Hannan wal Mannan tetap membalasnya.
MADAH baru 389
*1246*
Di antara perkara yang pelik ialah si bakhil selalu keluh-kesah sekalipun kaya,
manakala si pemurah berlapang dada dan tak pernah papa.
*1247*
Seorang yang terbuat dosa kemudian rasa berdosa adalah lebih baik dari orang yang tidak buat dosa dan tidak merasa berdosa.
Sebab orang yang pertama, bersifat hamba pada Allah.
Manakala yang kedua tidak demikian.
*1248*
Di antara sifat-sifat pemimpin yang berjaya itu bila di tengah pengikut ia berwatak pemimpin,
bila di tengah pengajian ia berwatak guru,
bila berkawan berwatak sahabat,
bila di tengah anak-anak berwatak ayah,
dan bila bersama isteri berwatak suami.
*1249*
Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau ibunya,
kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya
tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.
*1250*
Orang perempuan selalu berbangga dengan kecantikan.
Orang lelaki berbangga dengan kehandalan dan kebolehannya.
Ibu bapa selalu berbangga dengan kejayaan anak-anaknya.
Beza Kita Berjuang Dengan Sahabat Berjuang
Rasulullah SAW dan para Sahabat gigih berjuang.
Akhlak mereka cemerlang dan gemilang.
Kita gigih berjuang, akhlak kita sangat malang.
Mereka berjuang begitu serius.
Di malam hari menjadi abid menangis mengenang dosa.
Kita serius juga berjuang.
Tapi sembahyang Subuh yang wajib, terabai.
Mereka sibuk berjuang.
Balik ke rumah laksana Syurga.
Kita sibuk berjuang.
Balik ke rumah bermasam-masam muka.
Mereka bila berhadapan dengan ujian.
Sabarnya amat ketara.
Musuh-musuhnya didoakannya.
Kita bila berhadapan dengan ujian.
Rasa derita dan kecewa.
Maka kita pun melaknat dan mencerca musuh kita.
Kita pun mengata di sini, mengata di sana.
Seluruh negara mendengarnya.
Mereka berjuang, Sahabat-Sahabat yang miskin dipertanggungjawab oleh yang kaya.
Yang kaya gembira memberi, yang miskin tidak meminta-minta.
Kita yang kaya menambah lagi harta.
Kawan seperjuangan tinggal menderita.
Kita susah hendak memberi.
Yang miskin pula meminta-minta dan mengadu-ngadu di sini sana.
Mereka dan kita, tentang berjuang sama-sama gigih dan sibuk,
tapi di dalam perkara lain jauh berbeza.
Mereka benar-benar model di zamannya.
Tapi kita modelnya tiada.
Marilah kita berjuang sama-sama membetul dan membaiki diri.
Agar Allah Taala redha, manusia senang menerima.
MADAH baru 388
*1241*
Bila hati (raja diri) telah ditawan hawa nafsu maka nafsulah yang menjadi raja.
Di waktu itu akal memikirkan bagaimana mencari jalan agar kehendak nafsu itu dapat diluluskan yang akan dilaksanakan oleh anggota lahir sebagai rakyat.
*1242*
Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk.
Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang,
ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri.
*1243*
Di dunia kita dapat rasakan kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam jel sekian-sekian tahun lamanya, di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya, kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa.
Mengapa tidak terfikir oleh kita di Akhirat kelak segala-galanya tadi lebih-lebih lagi tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu janganlah kita berbangga dengan itu semua.
*1244*
Apabila kehilangan nikmat kesenangan, barulah terasa indahnya kesenangan.
Setelah berlaku waktu sibuk, baru terasa indahnya waktu lapang.
ManakΓ la badan sakit, wah..baru terasa nikmatnya sihat.
Setelah datang masa tua, barulah terasa indahnya masa muda.
Kelalaian kita selalu merugikan kita.
Kealpaan kita, banyak masa telah disia-siakan.
Selalunya dunia dan nikmatnya banyak merosakkan kita.
Bila iman lemah ujian kesusahan juga menjadikan seseorang itu derhaka.
*1245*
Carilah guru atau pemimpin yang bercakap dari hati, bukan dari lidah
kerana kata-kata hati akan jatuh ke hati,
manakala kata-kata di lidah hanya sampai di lidah.
Sahabat Setia
Sahabat setiaku adalah masaku.
Masaku itu adalah umurku.
Dia sentiasa mengiringiku di mana sahaja aku berada.
Di waktu rehatku, ketika musafirku, di kala tidurku, ia bersamaku.
Masa tidak pernah lekang dariku.
Dia amat setia denganku.
Tapi aku sedih, aku selalu mengkhianatinya padahal dia adalah umurku.
Dengan masa, selalu aku derhaka dengan Tuhanku.
Di dalam masa itulah aku selalu alpa dengan Tuhan Penciptaku.
Aku sedih, dia sangat setia denganku.
Tapi aku gunakan dia menderhakai Tuhanku.
Aku tidak setia dengannya, sedangkan dia setia denganku.
Aku selalu mencemar masaku dengan kemahuanku.
Begitulah setiap kali dia bersamaku.
Tidak hairanlah Tuhan berkata yang bermaksud:
"Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."
Dia menggunakan sahabatnya menderhakai Tuhannya.
Dia menggunakan sahabat setianya lupa Tuhan, lupa Akhirat.
Aku adalah salah seorang daripadanya.
Ya Allah! Berilah aku hidayah-Mu bersama masa sahabat setiaku.
Agar aku tidak sia-siakan sahabatku.
Supaya aku menemui-Mu di dalam keredhaan-Mu.
Botol
""
1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...
2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...
3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...
4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.
Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...
Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...
Renungan untuk difikirkan bersama...
MADAH baru 387
*1236*
Seseorang yang agak lemah melaksanakan syariat adakalanya dia lebih baik daripada orang yang lahirnya sempurna bersyariat apabila orang yang bersyariat itu lebih banyak mengumpat terhadap orang yang agak lemah syariatnya.
*1237*
Ibu dan bapa kerana mengetahui baik dan buruk yang akan berlaku kepada anak-anaknya, lantaran itulah adakalanya dia menyuruh dan adakalanya dia melarang.
Yang si anak kerana tidak faham perkara yang tersirat daripada suruh dan larangan oleh ibu dan bapanya, dia rasa tidak senang seolah-olah hendak mengontrol kemerdekaan dirinya.
Begitulah juga Allah Taala, adakalanya menyuruh dan adakalanya melarang hamba-hamba-Nya.
Allah tahu hikmah yang tersirat di sebalik perintah dan larang tapi hamba-hamba-Nya tidak faham
maka hamba-hamba-Nya rasa tidak senang dan menganggap hendak mengongkong kebebasan dirinya.
*1238*
Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik, jarang manusia tidak digodanya.
Siapa yang punya dunia tapi dunia tidak menodainya, dia adalah manusia luar biasa.
*1239*
Untuk menumpaskan gejala sosial,
pertama: tumpaskan lebih dahulu pintu kejahatan hati,
kedua:
laksanakan saddu az zarai’
iaitu tutup pintu-pintu kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan,
ketiga:
lahirkan sebanyak mungkin amal kebaikan,
keempat: memerlukan pengikut-pengikut dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat orang-orang yang bertaqwa,
kelima:
dihukum orang yang jahat sebagai pengajaran.
*1240*
Pembangun untuk masyarakat di bidang masyarakat lebih-lebih lagi yang membangunkan itu ada kuasa, ini agak mudah,
tapi untuk menangani gejala masyarakat hingga masyarakat menjadi bersih, ini bukan mudah walaupun kuasa ada di tangan.
Ini hanya boleh dibuat oleh manusia luar biasa.
Kalau zaman dahulu hanya para rasul, nabi, orang-orang yang bertaqwa sahaja yang mampu melaksanakannya.
ORANG MUKMIN SEJATI
Orang mukmin yang sejati itu,
kalaulah Tuhan perlihatkan hatinya kepada orang lain atau perasaannya,
orang menyangka dia demam atau sakit.
Perasaannya keluh kesah tidak menentu.
Bukan keluh kesah kerana sakit pada fizikalnya atau kerana susahkan dunia.
Tapi keluh kesah dengan Tuhannya.
Dia rasa berdosa, takut dosanya tidak diampunkan oleh Tuhannya.
Dan takut Tuhan tidak redha kepadanya.
Bagaimana nasib masa depannya.
Kerana nasib dirinya di dalam kekuasaan Tuhannya.
Lebih-lebih lagi dia keluh kesah apakah Tuhan akan terima selepas matinya.
Dia tidak tahu ke Neraka atau ke Syurga.
Tapi dalam masa yang sama, dirinya ada hak orang lain yang punya.
Dia mesti menunaikan hak mereka.
Dia mesra dan menghormatinya.
Dia senyum dan bergembira dengan mereka.
Kadang-kadang gelak ketawa sekadarnya.
Ini semuanya melindunginya.
Sebab itu manusia tak perasan dirinya sakit kerana bimbang dengan Tuhannya.
Kalau seseorang itu luar dalamnya gembira, lahir dan batinnya ceria, lahir dan perasaannya banyak ketawa,
menunjukkan orang itu lalai dengan Tuhannya.
Rasa hamba sudah tercabut dari hatinya.
Kalau orang itu banyak ibadah sekalipun, ibadah yang tidak melahirkan rasa hamba.
Orang macam itu ibadahnya tidak ada nilai di sisi Tuhannya.
Orang yang beribadah banyak, tidak rasa hamba kepada Tuhannya,
takutnya tak ada, bimbangnya tak ada,
ibadah orang itu sekalipun banyak, sudah tidak dipandang lagi oleh Tuhannya.
Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda:
Tuhan tidak melihat seseorang itu lahir mereka dan amalan mereka tapi Tuhan melihat niat dan hati mereka.
Biarlah ibadah itu sedikit yang wajib-wajib sahaja
tapi dengan ibadah yang sedikit dapat merasakan kehambaan kepada Tuhannya.
Itu lebih berharga kepada Tuhannya.
MADAH baru 386
*1231*
Manusia itu apabila jiwanya telah mati, tidak ada ruangan lagi untuk mengingati Allah.
Justeru suasana dan situasi di dunia ini setiap masa sentiasa melalaikan dari mengingati Tuhan.
Di rumah dilalaikan oleh anak dan isteri.
Di atas jalan raya dilalaikan oleh telatah manusia yang tidak ada tolak ansur dan berlapang dada.
Di pejabat atau di tempat kerja disibukkan oleh kerja.
Di waktu-waktu lapang dilalaikan oleh kawan-kawan atau berfoya-foya dengan perempuan-perempuan cantik di tempat-tempat hiburan.
*1232*
Hati umat Islam tidak terhubung antara satu sama lain dikeranakan sifat-sifat mazmumah.
Selama mana mazmumah-mazmumah umat Islam menebal, selama itulah tidak akan lahir perpaduan
sekalipun perpaduan itu setiap hari diperjuangkan dan menjadi slogan.
*1233*
Syukur nikmat dan kesabaran di dalam ujian amat mudah diucapkan tapi amat sulit dilaksanakan.
*1234*
Kebaikan itu pada mulanya kena faham dahulu, kemudian cubalah melaksanakan, kemudian terus mujahadah meneruskannya, selepas itu istiqamah melakukannya, kemudian dia akan jadi hiburan, seterusnya menjadi tabiat, kemuncaknya dia akan jadi budaya.
*1235*
Selalunya orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati,
miskin papa orang tidak peduli,
kena marah oleh ibu atau ayah, suami, bos pejabat tidak timbang rasa,
sakit yang serius, kematian orang yang disayangi.
Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan,
amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya.
Erti Istiqamah
Marilah kita mempelajari erti istiqamah.
Agar kita faham, hayati dan laksanakan di dalam kehidupan.
Erti istiqamah: tetap pendirian di atas kebenaran.
Tetap di atas keyakinan yang diwajibkan.
Berterusan membuat kebajikan yang telah diamalkan.
Yang wajib ditinggalkan, terus ditinggalkan berpanjangan.
Apabila diperjuangkan apa yang disebutkan, terus-menerus diperjuangkan, tidak ada perhentian.
Itulah dia erti istiqamah di dalam Islam.
Istiqamah ada dua bahagian.
Yang lahir dan yang batin atau yang bersifat fizikal dan yang bersifat rohaniah.
Yang lahiriah sebagai contoh, jika sudah bersembahyang, terus-meneruslah bersembahyang.
Kalau sudah berpuasa dan lain-lain amalan, dibuat berterusan.
Begitulah amal kebajikan yang lain-lainnya sekalipun yang sunat, amalannya berterusan tanpa ditinggalkan.
Istiqamah amalan lahir agak mudah dan senang.
Tapi sangat susah bagi kebanyakan orang.
Adakalanya istiqamah, adakalanya tidak dapat dilakukan.
Jika yang lahiriah yang mudah pun payah dan susah melakukan istiqamah berpanjangan.
Yang batin atau yang bersifat rohaniah lagilah susah dan payah mengamalkan.
Kita buat beberapa contoh untuk difaham sebagai panduan.
Takutkan Tuhan diperintah. Kadang-kadang takut, kadang-kadang bukan sahaja tidak takut bahkan dilupakan.
Cintakan Tuhan disuruh, kadang-kadang dirasakan, adakalanya hilang di dalam perasaan.
Keyakinan dengan perkara yang diwajibkan, kadang-kadang teguh pegangan, adakalanya longgar keyakinan.
Keyakinan dengan Tuhan tentang rezeki, kejayaan dan kemenangan di masa depan,
adakalanya menjadi pegangan, di waktu yang lain pula goyang.
Rasa bertuhan dan rasa kehambaan, di waktu-waktu tertentu ada di dalam perasaan, di waktu yang lain perasaannya hilang.
Di setengah-setengah ketika boleh merendah diri, di setengah-setengah masa menyombong pula.
Kasih sayang sesama manusia kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang.
Kadang-kadang bertimbang rasa, adakalanya hati merasakan peduli apa dengan mereka.
Lebih-lebih lagi ikhlas amat susahnya hendak istiqamah.
Selalu sahaja apabila membuat kebaikan, sedikit sangat kerana Tuhan. Kebanyakannya kerana diri atau selain Tuhan.
Inilah dia erti istiqamah dan payah sangat beristiqamah.
Kerana istiqamah itu adalah sifat para wali.
Di dalam kitab dikatakan, "Janganlah engkau meminta kewalian tapi mintalah istiqamah."
Istiqamah sangat diperintah sekalipun amalan itu sedikit.
Itu lebih baik daripada amalan yang banyak tapi tidak istiqamah.
2 cermin
2 cermin dalam diri..
Yang pertama adalah Cermin Hati utk nilai diri kita... fahami hakikat bercermin yakni apa yang kita pandang orang itulah hakikat diri kita.. jika masih mencium busuk orang menandakan hati kita masih buruk dan perlu di baiki..
Yang kedua adalah Cermin Mimpi yakni angan2, fahaman, tanggapan kita pasal duniawi yang ianya mungkin realiti atau fantasi... cermin ini lah yang mesti di pecahkan di dalam diri dengan berbekalkan keyakinan 100% pada Ilahi insyaAllah terpandulah diri.. cermin berbagai bentuk dan dimensi.. cermin ini mudah menipu kita hingga kita merasa kita benar orang lain mungkin salah... untuk menyelami hakikat cermin ini kena sentiasa ingat yang diri kita adalah si buta di gelap malam mencari cahaya.. paksi hati perlu di fokuskan kepada Ilahi semata agar mata hati dapat memahami yang tersirat di sebalik yang tersurat... mata hati itu bersinar dengan Cinta Pada Yang Abadi... tiada jalan lain mensucikan mata hati melainkan dengan Cinta Mati Pada Allah Ya Rabbiπ
kata guru
Ambo Tertarik Dengan Perkongsian Seorang Guru
" Katanya, kita belajar tinggi belum tentu kita dapat kerja hebat dan jadi kaya raya. Kita bekerja dan berniaga belum tentu kita jadi jutawan. Tapi apa yang pasti kena ingat semua lelaki atau perempuan, suatu hari nanti inshaAllah dengan izin Allah kita semua akan menjadi suami atau isteri atau ibubapa kepada anak-anak. Nak nikah atau kahwin macam mana kalau takde ilmu ? Pasti akan buat silap dan sebabnya kita takde ilmu. Contohnya silap sikit bergaduh, isteri marah suami, suami pukul isteri dan sebagainya. Zaman sekarang banyak yang ditekankan bab akademik saja dan kurang adanya diinstitusi pengajian yang mengajar bab rumah tangga, cara macamana nak urus rumah tangga, ibadah, nak didik anak cara sunnah, cara ulama dan cara isteri bantu ekonomi suami. Tidak salah belajar ilmu akademik, tapi bila terlalu diagungkan akan nampak sangat kita tertipu "
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
Allahu..
Nampak mudah tapi kenapa tidak aku lakukan.. sesungguhnya setiap ibadah itu penuh seni yang perlu kita sama-sama perincikan...
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
----------------------------------------
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.
Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.
Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
-Tuan Guru Dr Haron Din
MADAH baru 385
*1226*
Kalaulah di dalam keluarga atau rumahtangga bersifat pendidikan,
guru-gurunya adalah ibu dan bapa sebagai suri teladan,
di sekolah bersifat pendidikan,
cikgu-cikgunyalah sebagai guru, mereka adalah suri teladan,
di kampung bersifat pendidikan,
ketua kampung sebagai guru dan menjadi suri teladan,
di mukim dan daerah, datuk penghulu dan pegawai daerah sebagai pendidik dan menjadi suri teladan,
begitulah seterusnya di dalam masyarakat umum, ketua negara, menteri-menteri, wakil-wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan kepada rakyat,
gejala masyarakat yang negatif tidak akan wujud kecuali sedikit sangat. Wujudkah masyarakat di Malaysia begini?! Masing-masing boleh memberi jawapan.
*1227*
Pendidikan itu tapaknya sembahyang atau asasnya sembahyang.
Ia diperintahkan bermula di dalam keluarga.
Dari sinilah titik tolak disiplin di dalam Islam.
Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang,
disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan.
*1228*
Zaman dahulu ibu ayah bila mendengar guru merotan anaknya, di rumah anaknya itu dirotan lagi oleh ibu ayahnya,
tanda simpati dengan guru dan mengaku kesalahan anaknya,
kerana itulah murid-murid tidak naik kepala, perhubungan ibu bapa dan guru sentiasa erat.
*1229*
Takutlah Allah terhadap harta, ia boleh membuang ibu bapa, boleh hilang sanak saudara, boleh berpisah dengan kawan dan rakan, boleh bermusuh dengan jiran, boleh berseteru dengan manusia,
dia sangat berguna tapi sangat memecah belah sesama manusia.
*1230*
Kalau suami isteri itu tidak dapat merasakan lagi kasih sayang sepertimana di waktu dia bercinta dahulu, hanya iman sahaja atau keadaan yang ada seperti sudah mempunyai anak itu sahaja yang menghalang dia daripada bercerai.
Sungguh Susah Menjaga Hati
Sungguh susah menjaga hati.
Sangat mudah tergelincir kepada dosa yang tidak disedari.
Ia amat seni.
Kejahatannya amat halus, payah hendak dikesani, kecuali para rasul dan nabi, sedikit daripada wali.
Sedikit sahaja kita boleh membuat kejayaan, hati mula berbunga, rasa luar biasa, tidak rasa berdosa.
Kalau ada orang lain yang lemah, mulalah hendak mengata dan menghina, tanggungjawab tidak ada.
Cakap-cakap besar pun bermula, menyanjung-nyanjung diri secara langsung mahupun tidak langsung menjadi ucapan lidah.
Mulalah membentak-bentak orang yang lemah, adakalanya mudah kita memberi malu di hadapan khalayak.
Jika kita yang lemah, membuat kejayaan tidak mampu, mulalah menghina diri dengan manusia yang berjaya.
Rasa malu, rasa kecewa, hasad dengki pun mula berbunga.
Kalau tidak kuat mujahadah, orang yang berjaya akan menjadi sasaran kita.
Begitulah sifat hati, mudah sahaja hendak riyak.
Mudah sahaja hairankan diri, rasa lebih, rasa boleh.
Kadang-kadang di waktu kita mengatakan jangan riyak, di waktu itu kedatangan riyak.
Ketika menyebut ikhlas, di waktu itu tidak ikhlas.
Di waktu kita mengatakan tentang sombong, di masa itu kita sombong.
Begitu susahnya menjaga hati.
Rasa kecewa, rasa hina kepada manusia, rasa putus asa.
Suluhlah hati dengan mata hati.
Agar mudah terlihat dosa-dosa yang halus tapi besar di sisi Allah.
Peringkat Riak
1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutani ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
3 MUSIBAH KITA SETIAP HARI
Saudaraku...
3 musibah yang sering menimpa kita setiap hari.. tapi seringkali kita mengabaikannya..
1️⃣ Musibah Pertama... (UMUR)
‘UMUR’ kita yang terus berkurang setiap hari.
Tetapi kita tidak pernah cemas. Namun apabila harta kita yang berkurang kita cemas dan risau tak menentu. Padahal harta yang hilang itu akan diganti. Sementara umur kita yang hilang tidak akan ada gantinya.
2️⃣ Musibah Kedua.. (HARTA)
Setiap hari kita hidup dan makan dengan rezeki Allah. Kita seronok dan gembira dengan rezeki yang kita guna dan kita terus lalai dan lalai…padahal kita tahu bahawa setiap rezeki yang halal itu bakal dihisab dan yang haram pula bakal diazab.
3️⃣ Musibah ketiga....(AKHIRAT)
Kita sedar sebenarnya setiap hari kita sedang melangkah mendekati akhirat dan dalam masa yang sama sedang menjauhi dunia. Tetapi kita sering lupa dengan akhirat yang kekal malah perhatian kita hanya lebih kepada dunia yang fana (sementara) dan melupakan tujuan akhir hidup kita.
Bagaimana akhir perjalanan kita kelak?
Apakah kita akan menjadi penghuni syurga
yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan Atau menjadi penghuni neraka yang penuh
dengan segala azab dan seksa?
Wallahua'lam..
Semoga Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tujuan terbesar hidup kita dan tujuan akhir hidup kita.
Semoga Allah hindarkan kita semua dari neraka-Nya, dan menjadikan rumah abadi kita adalah syurga-Nya,
Aamiin..
MADAH baru 384
*1221*
Gejala-gejala masyarakat berbagai-bagai bentuknya,
rasuah, tidak bertanggungjawab terhadap tugas, cuai membangunkan projek-projek negara, budaya-budaya lepak dan vandalisma, duduk berbual-bual kosong atau
berjalan tidak tentu tujuan.
Tetapi orang nampak gajala-gejala masyarakat yang dibuat oleh remaja sahaja.
*1222*
Kebanyakan guru boleh dihormati oleh pengikut-pengikutnya tapi jarang dihormati oleh isteri-isteri atau keluarganya.
*1223*
Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung;
ya, memang begitu keadaan manusia hakikatnya;
sudah tentu manusia ini hidup penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerjasama.
*1224*
Di antara kelemahan pemimpin di akhir zaman,
anak isteri tidak menjadi contoh perjuangannya.
Bila ditanya orang, pandai dia melepaskan diri dengan alasan-alasan: para rasul juga banyak yang gagal mendidik keluarganya.
Tapi mereka lupa kegagalan para rasul selepas mendidiknya sedangkan kegagalan mereka membiarkannya.
*1225*
Di dalam keluarga, isteri kalau tidak terdidik, kesalahannya kepada suami.
Di dalam sekolah, kalau pelajar-pelajar tidak terdidik, kesalahannya kepada guru.
Di dalam masyarakat umum kalau rakyat tidak terdidik, kesalahannya kepada pemimpin.
MADAH baru 383
*1216*
Zaman dahulu, nikah kahwin dipermudahkan mas kahwin atau belanja nikah
tetapi susah bercerai.
Hari ini nikah kahwin disusahkan sama ada kahwin, mas kahwin, mahupun belanja berkahwin
tetapi waktu inilah mudah bercerai.
*1217*
Zaman dahulu di satu kampung kalau ada orang bercerai jadi buah mulut,
orang ramai rasa satu kehinaan.
Di hari ini penceraian mudah berlaku tetapi tidak rasa malu bahkan berbangga pula atau disiarkan di media massa,
lebih-lebih lagi kalau orang itu ada nama, satu kebanggaan pula.
*1218*
Di hari ini masjid bukan tempat beribadah,
untuk menumpang tidur pun tidak mudah.
Dahulu, masjid tempat ibadah dan menumpang tidur pun mudah.
*1219*
Di hari ini kalau muda mudi melahirkan gejala masyarakat, semua orang tidak senang
tetapi orang dewasa membuat gejala masyarakat tidak pula dipandang serong
kerana gejala masyarakat yang dibuat oleh orang dewasa tidak sama apa yang dibuat oleh remaja.
*1220*
Muda remaja kalau melakukan gejala masyarakat, tidak sampai merosakkan negara.
Tetapi orang dewasa melakukan gejala masyarakat, merosakkan negara dan bangsa terutama kalau mereka berkuasa.
Rahmat Allah Amat Penting
Di dalam hidup ini perlu rahmat bukan sekadar nikmat.
Nikmat adakalanya tidak ada rahmat, ia jadi istidraj.
Kalau ada rahmat, nikmat sudah tentu wujud bersamanya.
Apabila nikmat bersama rahmat, nikmat itu membawa berkat.
Nikmat bersama rahmat menyelamatkan.
Jika nikmat diberi bersama rahmat, ia diberi dengan kasih sayang.
Kalau nikmat sahaja tanpa rahmat diberi secara murka.
Diberi secara murka bahaya.
Bahayanya, side effect yang negatifnya banyak.
Contoh, mungkin kaya, hidayah tidak ada. Mungkin berilmu, ketenangan tiada.
Mungkin senang harta, sakit-sakit sahaja. Mungkin berpangkat, bala bertimpa-timpa.
Boleh jadi berkuasa, rakyat benci pula.
Begitulah nikmat jika tidak diserta dengan rahmat.
Rahmat dari Allah Taala amat penting.
Jika tidak ada rahmat dari Allah, pemberian-Nya menjadi bala.
Kalau nikmat sudah jadi bala, nikmat menyusahkan kita.
Pintalah selalu rahmat Tuhan agar selamat dunia Akhirat.
16 Nama Syaitan dan Tugasnya.
Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam.
1. Zalitun.
Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.
2. Watin.
Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.
3. A’awar.
Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.
4. Hafaf.
Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.
5. Murrah.
Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwudhuk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.
6. Masud.
Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.
7. Dasim.
Tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.
8. Walahan.
Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wudhuk.
9. Lakhus.
Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.
10. Sabrum.
Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.
11. Miswat/Maswat.
Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.
12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur.
Tugasnya menimbulkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
13. Khinzab.
Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.
14. Laqnis.
Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwudhuk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.
15. Abyadh.
Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
16. Khannas.
Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.
Bila kita kenal musuh utama kita, maka lebih berhati hati kita setiap saat agar kita tidak terjebak dengan tipu muslihat syaitan syaitan ini.
GANTUNGLAH HARAPAN HANYA KEPADA ALLAH...
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menuturkan:
"Jika engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka dia menjadi tuhanmu. Jika engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka engkau adalah budaknya, dan dia menjadi tuhanmu.
Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada Allah. Seorang pencinta tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka maupun saat derita.
Wahai orang yang mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk tidaklah ada gunanya bagimu; tidak juga membahayakanmu.
Jika engkau bergantung kepada makhluk seraya menyekutukan Allah, niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan al-Haq, yakni jalan menuju Allah. Kerana sebaliknya, mereka akan menjerumuskanmu ke dalam kemurkaan Allah dan menghalangimu dari curahan rahmat Allah.
Wahai orang bodoh yang mengharapkan ilmu, hendaklah engkau menyedari bahawa termasuk kebodohan jika mencari dunia bukan dari Rabb sebagai Pemiliknya.
Juga merupakan suatu kebodohan jika engkau mencari keselamatan dari bencana yang menimpamu dengan cara mengadukan harapan kepada makhluk."
--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani wal-Faidh AR-Rahman.
Subscribe to:
Posts (Atom)