15 kesilapan sebagai ibu ayah

15 kesilapan sebagai ibu ayah punca kita susah nak ikhlas & redha dengan anak.

1 - Kita sangka anak adalah hak milik kita jadi kita boleh buat apa sahaja pada dia.

2 - Kita sangka hidup & nasib anak anak di tentukan oleh kita sendiri.

3 - Kita sangka apabila anak berjaya pada sesuatu perkara itu adalah hasil usaha kita mendidik dia.

4 - Kita sangka setiap kegagalan anak itu adalah punca dari kelemahan dirinya.

5 - Kita sangka setiap apa yang kita dah lakukan untuk anak perlu di balas setimpal.

6 - Kita sangka anak wajib memahami & menghargai pengorbanan yang kita dah lakukan untuk dia.

7 - Kita sangka kita layak mendapatkan anak yang penyejuk mata & hebat serba serbi.

8 - Kita sangka kita tak layak di uji oleh anak-anak.

9 - Kita sangka nasihat & teguran kita la yang menjadikan anak ‘orang’

10 - Kita sangka anak tidak ada hak ke atas apa pun.

11 - Kita sangka ujian kita jauh lebih besar daripada ujian yang anak rasa.

12 - Kita sangka kita berhak dapat anak yang lebih mudah di urus.

13 - Kita sangka kita berhak tentukan nak mendidik anak cara yang bagaimana.

14 - Kita sangka kita la ketua & penentu segalanya di dalam keluarga.

15 - Kita sangka kita tak perlukan garis panduan & bimbingan untuk mendidik anak.

Sedangkan hidup kita sendiri pun kita tak boleh nak tentukan apatah lagi hidup anak-anak.

Sebaik baik perancang ialah Allah swt..

Apabila hidup selalu rasa runsing, susah nak rasa tenang & kerap berbolak balik hatinya kembali la pada sang Pencipta..

Nak tenang jaga anak?
Nak tenang dalam mencari rezeki?
Nak tenang dengan pasangan?
Nak tenang dalam hidup?

Semoga 7 tindakan didik hati tenang ini dapat membantu..


MADAH baru 485


*66*
Bila sifat malu sudah tiada,
rasa berdosa sudah lenyap dari kita,
suka membuat teguran, tidak suka ditegur,
rasa lebih dari orang lain,
suka dihormati,
tanda kita telah memakai sifat ketuanan,
lama-kelamaan  akan memakai sifat ketuhanan,
kita telah melakukan syirik setiap hari tanpa disedari. 

*67*
Tanda seorang itu tidak baik, bilamana dia suka menyebut kebaikannya kepada orang,
dan sakit hati jika kebaikannya tidak diterima orang. 

*68*
Kalau kita boleh hidup di dalam apa suasana,
mengikut rentak masyarakat dengan tidak memikirkan halal dan haram,
tanda kita mempunyai kepentingan diri,
atau dengan kata-kata lain cinta dunia. 

*69*
Kerana cintakan dunia, orang boleh menempuh yang haram,
bekerjasama dengan penzalim,
membuat zalim dan tidak mempedulikan orang kena zalim. 

*70*
Biasanya kalau seseorang itu tidak takut Allah,
selalunya berlaku di dalam perbincangan,
suka menunjuk-nunjuk memberi pendapat,
tidak senang dengan kemampuan orang lain,
merasa bangga dengan kebolehannya,
bersedih dengan kelemahannya,
tidak senang dengan kebenaran itu lahir dari mulut orang lain,
adakalanya memperlecehkan pendapat orang.

Rahmat Allah Kepada orang Bertaqwa


Dengan rahmat Allah, 
ada orang bertaqwa banyak dapat pahala 
yang bukan amalannya 
atau bukan amalan lahirnya.
Bukan pahala hasil usahanya.
Niat yang baik tapi dia tidak dapat berbuat, diberi pahala.
Penderitaan, kesusahan, kesakitan yang ditimpakan kepadanya, 
sabar dia menerimanya.
Niat jahat tapi tidak jadi hendak buat, pun dapat pahala.
Orang mencacinya, memfitnahnya, menghinanya, hasad dengki dengannya,
dia tidak membalasnya bahkan mendoakannya.
Kehendak-kehendaknya yang tidak tercapai, 
kadar yang dia mahu tidak sampai,
dia redha menerimanya.
Ilmu yang dia ajarkan, kemudian orang yang mendengar itu mengamalkan,
pahala baginya yang mengajar.
Kebaikan yang seseorang itu lakukan, kemudian diikut orang, 
dianggap macam dia melaksanakannya.
Anak yang soleh hasil didikan ibu bapanya, 
setiap apa yang diamalkan oleh anak-anaknya, 
dia dapat pahalanya.
Fakir miskin, ada yang dia inginkan, 
kerana susahnya tidak dapat dia hasilkan,
pahala baginya.
Bahkan setiap apa sahaja yang dia inginkan, tidak mampu mendapatkannya,
Tuhan beri pahala.
Ada godaan-godaan dunia yang haram mempengaruhinya, 
kerana takut dengan Tuhannya dia jauhi, pahala pula baginya.
Doa yang tidak dikabulkan di dunia, pahalanya diberi di Syurga.
Rasa kehambaan seseorang hamba, 
malunya kepada Tuhan, rasa bertuhan, semuanya pahala. 
Ia bukan perbuatan.
Rasa takut, cinta kepada Tuhan yang mempengaruhi hatinya, 
juga pahala yang juga bukan bentuk amalan.
Lihat orang susah rasa kasihan,
melihat orang menderita dia rasa derita.
Melihat orang senang atau mendapat kejayaan, 
dia turut gembira, juga pahala.
Itulah dia sebahagian pahala percuma yang didapati oleh orang yang bertaqwa yang bukan hasil perbuatan.
Pahala-pahala percuma itu adakalanya lebih banyak daripada pahala yang dibuatnya.
Begitulah rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa.
 

allopurinol & cholchicine

pada 22 Dec 2022, aku start mkn allupurinol. Doc from GP call, gtau result darah yg ambil pd 20 dec di plean street mengandungi asid urik tinggi... 

sebenar dia dh bagi prescribtion awal bulan dan ubat baru je ambil pd 18hb dec kt lloyd alderman road... cuma belum rasa nk mkn sbb dh setahun xkena gout  

ni sbb follow up dr hospital sini. dekat setahun lbh lps last kena tu gtau gp sbb nk dpt cholchicine je... oct tahun 2021 xsilap last kena attack masa awal2 kerja RAS. 

xsangka dr Monica di Gartnavel Hosp boleh bagi awal Allopurinol ni. kt malaysia klau btol teruk baru dia bagi...

So sbb dia dh call gtau akn check darah 19 jan 2023 nnti, so aku start la mkn... bukan pe. tkut mkin worse kesan smpingan ubat...

tp fikir2 dh tentu ubat tu nk tujuannya nk trunkn urik asid. so telan shj. expired date alluporinol n cholchicine pun xthn lama ya. baru tau... wallahualam.

Membaca Istirja' dan Doa Ketika Musibah




أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ  مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita  seperti kematian, banjir dan sebagainya.

2.  Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.

3.  Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.

4.  Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.

5.  Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.

6.  Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu. 

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"


MADAH baru 484



*1*
Lahirkanlah kemesraan kita sesama manusia,
kerana itu adalah haknya. 
Tapi jangan putus hati kita dengan Allah, itu adalah hak-Nya pula. 

*2*
Ingatkanlah lebih dahulu nikmat dari Allah sebelum makan dan sebagainya,
agar kita terasa tidak punya apa-apa,
barulah kita sedar Allah itu siapa.
 
*3*
Jika kita marah pada seseorang,
jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya.
Begitu juga jika suka pada seseorang,
jangan sampai tidak nampak lagi  kelemahannya. 

*4*
Kalau marah, biarlah berpatutan,
kalau suka, biarlah juga berpatutan,
supaya kita berada di dalam pertengahan.
Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan. 

*5*
Di antara perkara yang mudah diceritakan susah diamalkan ialah sifat sabar,
kerana sabar itu ada hubungan dengan hati.
Hati ada perasaan,
lidah tidak ada perasaan cuma ada sentuhan.

Kejarlah Tuhan, Jangan Kejar Syurga




Kejarlah Tuhan, janganlah kejar Syurga-Nya.
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya.
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya.
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya.
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya.
Cari Syurga atau fadhilatnya, ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya.
Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk.
Memperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utama.
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.
Sedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan.
Kalau rasa kehambaan tidak ada, mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan.
Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
perangainya tidak berubah.
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya.
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat.
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya.
Carilah Tuhan.
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama.
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan.
Cari Syurga atau fadhilat, Syurga atau fadhilat belum tentu dapat.
Tuhan sudah tentu tidak dapat.
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan.
Kerana Dia pencipta kita.
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai.
Betulkan semula fungsi ibadah kita.
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada-Nya. 


MADAH baru 483


*1456*
Betulkanlah sembahyang,
urusan lain dapat dibetulkan. 

*1457*
Seseorang yang merasa belum beramal,
sedang amalannya sudah banyak,
tandanya dia sudah tenggelam  dalam kebesaran Allah. 

*1458*
Seseorang yang merasa sudah beramal kerana memang amalannya banyak,
itu maknanya dia tenggelam dalam kebesaran dirinya,
dan dia telah syirik khafi. 

*1459*
Sudahi amalan kita dengan kata,
“Tidak ada daya (kekuatan) melainkan Allah.”
Agar kita tidak rasa ujub. 

*1460*
Dengan kelemahan-kelemahan yang ada, seorang itu tidak juga rasa dia hamba,
itu tandanya orang yang tidak sedar diri.

Manusia Sentiasa Disaring




Manusia yang hidup di dunia sentiasa disaring.
Untuk memilih yang solehnya.
Tapi manusia tidak terasa.
Padahal ia berlaku setiap masa.
Cara menyaringnya, Allah datangkan ujian-ujian.
Ujian-ujian kesusahan dan ujian-ujian kesenangan.
Ada yang tersaring disebabkan kesusahan.
Ada yang tersaring disebabkan kesenangan.
Ada yang tertapis disebabkan kesusahan dan kesenangan.
Maka dengan tapisan itu, lahirlah bermacam-macam kategori manusia.
Ada yang menjadi kafir yang berbagai-bagai golongannya.
Ada yang zalim berbagai-bagai sifatnya.
Ada yang menjadi fasik yang bermacam-macam corak dan ragamnya.
Tinggallah yang soleh terlalu sedikit.
Mereka terdiri beberapa pula.
Ada yang diberi nama siddiqin.
Juga ada golongan muqarrobin.
Tidak kurang juga yang menjadi syuhada.
Yang teramai di kalangan mereka adalah golongan orang soleh yang biasa.
Atau mereka dipanggil golongan Ashabul Yamin.
Kita golongan yang mana?
Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.
Ya Allah, masukkanlah kami di dalam salah satu golongan yang selamat. 

Sedikit Rahsia Masjidil Haram


( info bagi yg mahu melaksanakan ibadah Haji/ Umrah).

Makkah - Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia.
 Tidak semua tempat dijelajahi jamaah , padahal sudut-sudutnya punya rahsia.

Kerana faktor lokasi hotel, kebanyakan jamaah  baik umrah atau haji, selalu masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu masjid yang ada di sana.

Area yang dilawati jamaah menuju Kaabah, ya itu-itu saja. Namun jika ada waktu, cubalah menjelajahi masjid suci ini, ada banyak hal menarik boleh ditemukan di sana. 

*1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah*
Ini anggapan keliru semua jamaah umrah: tempat wudhu Masjidil Haram cuma ada di luar dan itu jauuuuh sekali. Tidak hairan, jamaah yang batal wudhu suka  berwudhu dengan air minum.

Padahal, ada banyak tempat wudhu di dekat Kabah. Tidak percaya? Kalau Anda berada di dekat Kabah, perhatikan semua tangga besar dan lebar dari lantai 1 untuk turun ke pelataran Kabah. Ada 5 di berbagai arah Kabah.

 di bawah semua tangga besar ini tersembunyi tempat wudhu. Jadi jamaah tidak perlu penat penat pergi ke luar masjid.

*2. Tempat menonton Tutorial Umrah*
Lazim nya jemaah didampingi pembimbing agama saat umrah dan haji. Tapi bagaimana dengan jamaah negara lain yang yang tiada pengelola atau yang ingin lebih detail

Jangan bingung, Masjidil Haram menyediakan tontonan video tutorial umrah. Jamaah boleh menonton video tutorial ini, supaya tahu bagaimana melakukan Tawaf dan Saie dengan benar. Tempat nya ada di dekat pintu Gate 74.

*3. Bagi-bagi buku agama percuma.*
Dapat buku-buku agama percuma?  Tidak banyak jamaah  tahu kalau ada tempat bagi-bagi buku agama percuma di Masjidil Haram. Buku ini terdiri dari panduan umrah dan kumpulan doa-doa.

 jamaah  boleh meminta buku-buku dengan percuma. Tempat pembagian buku ini ada di dekat pintu Gate 74.

*4. Panduan Streaming Khutbah Jumaat Via audio*
Solat Jumat di Masjidil Haram adalah pengalaman tiada dua bagi umat Islam di seluruh dunia. Tapi kalau tidak boleh bahasa Arab, bagaimana memahami khutbahnya?

Jangan khawatir, kamu boleh mendengarkan streaming audio terjemahan khutbah. Modalnya cukup punya handfon yang aplikasi radio dan guna earphone.

Terjemahan khutbah tersedia dalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu dan  bahasa Indonesia. Informasi panduan audio ini tersedia di dekat pintu Gate 74.

*5. Khutbah Jumat dengan bahasa Isyarat*
Untuk jemaah kurang upaya yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat, ada spot khusus untuk solat Jumaat. Tidak besar, tapi boleh menampung sekitar 10 jemaah. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 93.

Saat solat di sini, akan ada petugas yang menerjemahkan khutbah Solat Jumat dengan bahasa isyarat. Wah, sangat membantu nih!

*6. "SPBU" Zam-Zam*
Seluruh air minum di dalam Masjidil Haram adalah air zam-zam yang sumber airnya ada di bawah tanah Masjidil Haram. Jamaah boleh minum dari ratusan galon yang diedar di seluruh masjid. Galon-galon ini diisi secara berkala dan diantar petugas dengan kereta sorong.

Tapi tahu ke, zam-zam ini dibawa dari mana? Kalau mahu tahu, kamu pergi saja ke pintu Gate 93.

Di dekatnya, kamu boleh melihat pusat pengisian air zam-zam. Petugas mengisi air dengan  nozel seperti di pum petrol. Air disalurkan dari mesin pendingin, itu sebabnya air zam-zam rasanya seperti air ais kosong.

*7. Ekskalator ke bumbung Masjid*
Solat di bumbung Masjidil Haram, Tapi tidak banyak jamaah yang tahu aksesnya.

Padahal, ada eskalator yang mengantar jamaah langsung ke bumbung Masjidil Haram. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 91.

Solat di bumbung Masjidil Haram terkadang jadi pilihan jamaah -yang tahu letak eksalatornya- untuk salat Isya atau Subuh. Sebab pada siang hari, bumbung Masjidil Haram panas sekali...

PESANAN YG TER AKHIR IALAH 
JIKA MAMPU PERTAMA KALI MENJEJAKI LANGKAH KAKI KALIAN KE DALAM MASJID HARAM...
MAKA GUNALAH PINTU BABUSSALAM...
KERANA DI SITU ADA DOA YG MASHUR YG SERING KITA BACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB DAN SUBUH..
YAITU.....
ALLAH HUMMA ANTASSALAM..
WAMINKASSALAM..
WAILAIKA YAU'DUSSALAM..
FAHAYYINA RABBANA BISSALAM..
HINGGA AKHIR......
HANYA BAB SALAM SAJA MENGUAT KAN INGATAN KITA UNTUK BACA AYAT KESEJATERAAN INI...

Masjidil Haram Mekah mendahului senarai bangunan termahal di Bumi yang dibina dengan kos $100 Billion.

Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi kapasiti: 

🕋Boleh memuatkan dua(2) juta orang
🕋Menerima dua puluh (20) juta pelawat setiap tahun
🕋Dibuka dua puluh empat (24) jam.Ia tidak pernah ditutup sepenuhnya dalam lebih 1400 tahun
🕋Mempunyai 1800 pembersihMempunyai 40 buah kereta pembersih sanitari elektrik 
🕋Mempunyai 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan halaman terbuka 
🕋Mempunyai 2000 tong Sanitari tersebar di seluruh premis
🕋Lantai ditutup dengan 40000 permaidani (lebih panjang daripada jarak antara Jeddah dan Makkah (79km))

🕋13000 tandas, dibersihkan empat(4) kali/6 jam setiap hari
🕋25000 dispenser air (salah satu sistem pendispensan air terbesar di dunia)
🕋100 sampel rawak air minuman diperiksa setiap hari
🕋Lebihan air dari Telaga Zamzam disimpan dalam tangki simpanan berkapasiti 1,700,000 (1.7 juta), botol air (kapasiti 10 liter)
🕋Perkhidmatan bacaan HARAMAIN: penyiaran bacaan al-Quran;  24/7;  bacaan menggunakan kesemua sepuluh(10) kaedah bacaan al-Quran yang diiktiraf;  lebih daripada 500,000(setengah juta) episod di 180 negara telah dijalankan dalam tempoh tiga (3) tahun.
🕋Lebih daripada 2,000 peti deposit keselamatan (untuk menyimpan barang peribadi dengan selamat)
🕋Beratus-ratus unit penghawa dingin (untuk penyejukan) bertaburan di dalam Masjid.
🕋Lantai Masjid memantulkan cahaya dan haba sekali gus meningkatkan peraturan haba di dalam premis.
🕋Aplikasi panduan Lawatan Elektronik yang boleh menunjukkan lokasi mana-mana bahagian Masjid.
🕋Sistem audio yang terperinci dan sangat cekap:
🕋Sistem bunyi di Masjidil Haram adalah salah satu sistem bunyi terbesar dan paling rumit di dunia,
     Margin ralat sistem audio: 0%
     6000 pembesar suara
     Empat(4) sistem audio yang berbeza
     Lima puluh (50) kakitangan kejuruteraan bunyi
🕋Salinan al-Quran diterjemahkan ke dalam 65 bahasa yang berbeza
🕋Terjemahan setiap khutbah Jumaat ke dalam lima (5) bahasa yang berbeza

🕋Perkhidmatan/kemudahan OKU

🕋10,000 kerusi roda biasa tersedia untuk digunakan, percuma,400 kerusi roda berpandukan elektronik tersediia,Kerusi roda automatik (2 roda dan 3 roda)

🕋Khidmat istimewa RAMADAN

🕋4 juta hidangan percuma untuk berbuka puasa setiap hari, sepanjang Ramadan
🕋5,000,000 biji kurma (dibuang biji) diedarkan di dalam kawasan masjid setiap hari sepanjang Ramadan
🕋Selepas berbuka puasa, mengeluarkan makanan dan peralatan untuk membersihkan tempat solat Maghrib (Shalah) dilakukan dalam masa dua (2) minit sahaja

 *SUBAHANALLAH*...

Zikir-Zikir Ketika Solat Jenazah



Lepas takbir pertama, baca Al-Fatihah

Lepas takbir kedua baca Selawat
Sebaiknya baca Selawat Ibrahimiah seperti selawat dalam tahiyat akhir

Lepas takbir ketiga
Berdoa untuk jenazah, bacaan doa khusus buat si mati:
i) Jenazah Lelaki
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاغْفُ عَنْهُ
Maksudnya: "Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya"
ii) Jenazah Perempuan
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاغْفُ عَنْهَا

Atau baca Rahimahullah, "Semoga Allah merahmatinya"

Atau kalau ada kelapangan baca doa panjang:
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu wa akrim nuzulahu, wa wassi’ mudkholahu waghsilhu bilma-i wa tsalji walbarod.
Wa naqqihi minal khothoya kama naqqoita tsaubal abyadha minad danas.
Wa abdilhu daaron khoiron min daarihi. wa ahlan khoiran min ahlihi. wa zaujan khoiran min zaujihi.
Wa adkhilhul jannata wa a-i’dzhu min a’dzabil qobri au min a’dzabinnar.”

Maksudnya:
"Ya Allah ampunkanlah dia, kasihanilah dia, a’fiatkanlah dia dan lenyapkanlah dosanya.
Dan muliakanlah penerimaanMu terhadapnya, dan luaskanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan ais.
Dan sucikanlah dia daripada kesalahannya, seperti mana Engkau menyucikan pakaian putih daripada kotoran
Dan gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik daripada rumahnya. Dan ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya. Dan isteri yang lebih baik daripada isterinya.
Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan selamatkanlah dia dari azab kubur dan azab neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Lepas takbir keempat
Tak wajib baca doa, nak beri salam pun boleh

Kalau nak baca doa bagi jenazah lelaki:
Maksudnya:
“Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Ikhlaskan doa ketika solat jenazah
Wajib berdoa khusus untuk si mati, sama ada doa untuk akhirat atau doa keduniaan untuk akhirat

Doa jenazah:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mensolatkan jenazah, maka sabda baginda waktu berdoa:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا
اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلاَمِ
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ
Maksudnya:
"Ya Allah, ampunilah orang yang masih hidup di antara kami dan yang telah mati, orang yang hadir di antara kami dan yang ghaib, anak-anak kecil dan dewasa, lelaki dan wanita. Ya Allah, orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dia dalam keadaan Iman dan yang Engkau matikan, matikanlah dalam keadaan Islam. Ya Allah, jangan Engkau haramkan atas kami pahalanya dan jangan sesatkan kami setelahnya."
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Daripada Waathilah bin al-Asqa’ RA, dia berkata: Nabi Muhammad SAW mensolatkan seorang (jenazah) lelaki Islam bersama kami, maka saya dengar baginda mengucapkan:
أَلاَ إِنَّ فُلاَنَ بْنَ فُلاَنٍ فِي ذِمَّتِكَ وَحَبْلِ جِوَارِكَ فَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
أَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya:
"Sesungguhnya si Fulaan bin Fulaan adalah dalam tanggungan-Mu dan ikatan perlindungan-Mu, maka lindungilah dia dari bencana kubur, seksa neraka, sesungguhnya Engkau menepati janji dan penegak kebenaran. Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Penyayang."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Doa untuk bayi atau budak kecil:
 مَوَازِيْنَهُمَا
وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِيْ كَفَالَةِ
إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً
خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ

Maksudnya:
“Ya Allah! Jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala pendahulu dan simpanan bagi kedua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabulkan doanya.
Ya Allah ! Dengan musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatan mereka dan berilah pahala yang agung. Anak ini kumpulkan dengan orang-orang yang soleh dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim.
Peliharalah dia dengan rahmatMu dari siksaan neraka jahim. Berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (di syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia).
Ya Allah, ampunilah pendahulu-pendahulu kami, anak-anak kami, dan orang-orang yang mendahului kami dalam keimanan.”

MADAH baru 482


*1431*
Ubat untuk lembutkan hati yang keras ialah banyakkan zikrullah. 

*1432*
Orang yang mengumpat, menghina dan menuduh orang lain itu,
sebenarnya mendedahkan kejahatan dirinya,
bukan orang yang dikatakan itu. 

*1433*
Seseorang yang tidak kenal dirinya,
akan meletakkan dirinya itu bukan pada tempat yang sepatutnya.
Akibatnya canggunglah ia,
ibarat sudu, berlagak macam garpu. 

*1434*
Ilmu yang dihasilkan oleh fikiran atau bacaan akan mudah jemu dan memberatkan fikiran.
Tapi ilmu yang diperolehi dari hati, secara ilham, akan melapangkan dan menenangkan jiwa. 

*1435*
Al Quran boleh melembutkan hati dan melapangkan dada, kalau dibaca dengan makna dan kehendaknya difahami.
Jika tidak, bukan saja tidak ada kesan, jemu pun datang.

Takutilah Perosak Amalan



Takutilah riyak, ia adalah pemusnah amal.
Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan.
Jauhilah pemarah, ia merosakkan amal soleh.
Ibarat api meleburkan besi.
Takutilah syirik kerana ia menghapuskan seluruh ibadah dan kebajikan.
Hindarkanlah nama dan glamour di dalam beramal.
Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah.
Semuanya rosak tidak boleh dimakan. MI
Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan.
Semuanya sekali rosak.
Menjaga amal lebih susah daripada beramal.
Periksalah hati, adakah di dalamnya mazmumah?
Ia adalah ibarat racun maknawi di dalam kebaikan.
Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi.
Kebaikan dianggap kejahatan.
Awasilah mazmumah.
Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal.
 

MADAH baru 481


*1401*
Mata kalau tidak dikawal akan melemahkan hati (iman).
Seperti lampu kereta, kalau selalu dimainkan akan melemahkan bateri. 

*1402*
Orang yang cepat kahwin, cepat pula dewasa.
Tapi kalau isteri selalu buat perangai,
akan cepatlah tua. 

*1403*
Didiklah anak-anak agar dia kasih dan takut pada ibu bapa.
Jangan kasih saja, nanti dia berani (melawan) dan jangan takut saja, kelak dia benci. 

*1404*
Antara adab murid terhadap gurunya ialah tidak menampakkan lebih ibadahnya pada guru,
apalagi di depan orang lain.
Banyak diamnya dan minta izin kalau mahu bercakap. 

*1405*
Akan terhijablah barakah seorang murid bila dia rasa lebih dari gurunya.

Kehidupan Orang Tuhan Sepanjang Sejarah


Orang-orang Tuhan biasanya hidup di dalam penderitaan dan sengsara.
Dizalim, dianiaya, itu adalah perkara biasa.
Tersingkir, terbuang, dipenjara
basahan hidup mereka.
Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri, jadi budaya.
Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka.
Lihat sahajalah para rasul dan para nabi.
Sahabat-Sahabat dan Tabi'in dan para solihin.
Tapi tidak pernah menukar keyakinan.
Sikap mereka tidak pernah berubah.
Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala sentiasa bertambah.
Mereka itu adalah orang luar biasa.
Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan dan sikapnya.
Kalau mereka susah, sabarnya terserlah.
Jika mereka senang, syukurnya terserlah, ibadahnya bertambah.
Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan sepanjang sejarah.
Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia.
Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan.
Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan.
Bahkan Tuhan adalah kawan setianya. 

Petua hidup tenang

Assalamualaikum.

Petua hidup tenang..

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita

Sedikit Perkongsian Buat Kita Semua Semoga Bermanfaat.

..:: 4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita ::..

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

_Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana _

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

 Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”..!!!!

Subhanallah,  Astargfirullahhalazim, Nauzubillah, semoga kita sama-sama mengambil pengiktibaran dari tazkirah ini...

Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman,  aamiin, aamiin, aamiin Yarabbalalamin.

Sepasang pengantin baru

perkongsian selepas asar...
-----------------------------------
Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. 
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya. 
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.” 
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, Tuhan kita adalah seperti majikan itu. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.


kisah lilin

Ada seorang gadis menyewa rumah sendirian, disebelah rumahnya adalah rumah seorang ibu miskin bersama 2 orang anaknya.

Suatu malam tiba2 eletrik rumah padam, dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur untuk mengambil lilin, tiba2 ada yang mengetuk pintu rumahnya.

Ternyata seorang anak miskin yang disebelah rumahnya. Anak itu bertanya dengan risau: 
"Kakak ada lilin tak?"
Gadis itu berfikir....
Di benaknya sudah tertanam kata
" JANGAN PINJAMKAN " nanti jadi kebiasaan dan terus meminta.
Maka si gadis menjawab : 
" TIDAK ADA "
Lalu si anak miskin berkata dengan riang, . ." Saya sudah duga..... 
Kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak, kami risau kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin. "

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan air mata, dia memeluk anak kecil itu erat2 ..........
Dia telah salah menilai orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN/TIDAK MAMPU.

*Kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yang kita ADA, tetapi seberapa kita MAMPU untuk BERKONGSI kepada mereka yang MEMERLUKAN*.

*Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA-APA dan KAYA bukan bererti PUNYAI SEGALANYA*. 

*Hari ini kita berada di atas tanah, tapi esok lusa tanah pasti di atas kita
*Jangan kau risaukan NIKMAT yg belum kau miliki
*Risaukanlah NIKMAT yang BELUM kau syukuri

kisah pinjam pinggan

Andaikan tiga individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita..

Selang beberapa tempoh masa,
Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan..
Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor tidak berbasuh.. Pinggan tersebut tempatnya adalah di sinki dan akan dibasuh sehingga
bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi..
Kita tiada pilihan lain selain l menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah jua halnya dengan Allah Ta'ala.. Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan
terus meletakkan kita di tempat di mana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ’basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka
sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.. 

Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur,
maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat…

MADAH baru 480


*1366*
Tanda hati tidak bersih ialah sembahyang tidak rasa lazat. 

*1367*
Orang yang nampak kesalahan orang lain ialah orang yang tidak kenal dirinya. 

*1368*
Orang yang tidak bersyukur kerana terlepas dari kejahatan (sifat jahat) yang menimpa orang lain ialah seorang yang ujub. 

*1369*
Hanya perempuan yang jahat sanggup mendedahkan keburukan suami. 

*1370*
Orang alim kalau pemarah tawarlah ilmunya.

Rapuhnya Aqidah Manusia



Rapuhnya aqidah manusia.
Tuhan tidak ditakuti lagi bahkan tidak dipeduli.
Maka akibatnya macam-macamlah yang ditakuti.
Takut dengan bini atau takutkan suami.
Takut dengan bos pejabat yang selalu sahaja menyinga.
Setiap hari staf pejabat selalu saja jiwa luka.
Takut tidak lulus periksa hingga sakit jiwa, ada yang bunuh diri.
Ada yang takut tidak dapat kerja, 
malu jumpa manusia,
takut kalau kena tanya.
Takut dicerai suami, takut bini lari,
setiap hari menghantui fikiran manusia.
Hingga hilang bahagia, fikiran kusut aja.
Tidak kurang juga takut dibuang kerja, apa hendak makan nanti.
Ada yang takut tidak naik gaji, kepala pening setiap hari, jiwa derita gaji kecil.
Ada yang takut tidak kena pilih menjadi calon pilihanraya.
Maka melobi-lobilah, mengampu-ampulah di dalam parti, takut tidak dicalonkan lagi.
Itulah dia di antara ketakutan menimpa manusia bahkan seribu satu macam lagi.
Takut perkara-perkara yang belum terjadi, setelah terjadi apatah lagi.
Malangnya Tuhan tidak pernah ditakuti bahkan tidak dipeduli.
Padahal Tuhan setiap hari melihatkan kebesaran dan kekuasaan-Nya membunuh manusia, 
setiap hari manusia mati.
Tuhan ledakkan gunung berapi, gempakan bumi, harta musnah, manusia mati.
Orang kaya muflis, yang miskin jadi kaya.
Orang-orang yang sihat, lumpuh, 
yang sakit, sembuh.
Orang-orang besar jatuh dari jawatannya, 
yang tidak ada jawatan menjadi orang besar dan terkenal tiba-tiba saja.
Macam-macam lagi sakit yang tidak disangka, kematian yang tidak terduga.
Dilanggar kereta, jatuh dari tangga, perniagaan rugi, ekonomi jatuh.
Masih lagi manusia tidak takut dengan Tuhan.
Kerana jiwa sudah mati maka Tuhan tidak ditakuti lagi.
 

MADAH baru 479


*1356*
Tiada nilai amalan si hamba sekalipun banyak kalau dia tidak merasa dia hamba. 

*1357*
Menyimpan harta merosakkan hati,
menyimpan ilmu menghidupkan hati. 

*1358*
Jika engkau mempunyai empat isteri dan faham tabiat-tabiat mereka,
ertinya engkau sudah memahami tabiat seluruh wanita. 

*1359*
Jika isterimu tidak cinta pada perjalanan hidupmu,
pasti ia akan merosakkanmu. 

*1360*
Antara ciri wanita solehah ialah menerima apa sahaja dari suami dan tidak meminta (dari suaminya) sekalipun haknya.

Erti Qadha dan Qadar Tuhan


Qadha dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman.
Ia bukan hendak dibahaskan macam mana hendak dilogikkan, 
tidak akan boleh difaham.
Ia diminta dipercaya dan diyakinkan menjadi pegangan.
Setiap usaha, perbuatan dan tindakan kita, 
hasilnya sudah ditentukan oleh qadha dan qadar Tuhan.
Usaha, perbuatan dan tindakan itu pun tertakluk dengan qadha dan qadar Tuhan sekalian alam.
Berjuang dan berusahalah bersungguh-sungguh. 
Ia adalah syariat yang diperintahkan.
Usaha jangan disukat dengan qadha dan qadar Tuhan. 
Mana kita diberi pengetahuan.
Ketika berusaha kenalah bersungguh-sungguh. 
Kerana kita tidak tahu qadha dan qadar Tuhan yang akan diberikan.
Pahala yang Tuhan anugerahkan banyak dan sedikit, 
diberi berdasarkan kesusahan dan keikhlasan. 
Itu juga qadha dan qadar Tuhan.
Hasil yang diperolehi di dunia, terpulanglah kepada Tuhan,
mengikut qadha dan qadar Tuhan.
Tuhan boleh bagi hasilan yang banyak sekalipun usahanya sedikit yang dilakukan.
Juga Tuhan boleh beri hasilnya sedikit sahaja,
sedangkan usahanya banyak dan meletihkan.
Tuhan juga boleh memberi hasilnya, 
kerja dengan pendapatan
sekadar sepadan dengan kepayahan dan kesungguhan.
Bahkan Tuhan boleh lakukan juga dengan qadha dan qadar-Nya,
iaitu adakalanya tanpa usaha tapi hasilnya lumayan.
Tapi di dalam pengalaman, 
hasil yang banyak kerana adanya usaha yang berlebihan dan kesungguhan.
Ada lagi rahsia yang tersembunyi. 
Usaha itu atas dasar taqwa atau dasar quwwah,
halal atau haram, dibenarkan atau dilarang Tuhan.
Kalau usaha itu atas dasar taqwa, Tuhan jayakan,
ia selamat dan menyelamatkan serta tenang.
Jika usaha itu atas dasar quwwah dan tidak fikir halal dan haram,
kalau Tuhan luluskan qadha dan qadar-Nya, pemberian itu atas dasar istidraj dan akan menyusahkan.
Jika Tuhan jayakan, 
side effect yang negatif sangat banyak, 
tidak sepadan dengan kejayaan.
Sebagai contoh untuk pengajaran, untuk renungan, untuk perhatian.
Seseorang itu pandai (alim), isteri dan anak pula tidak taat, 
krisis berpanjangan, kebahagiaan hilang.
Kaya, musuh pula banyak atau selalu sahaja sakit tidak berkesudahan dan tidak tenang.
Maju dan berjaya, jenayah pula banyak, ketakutan malam dan siang,
pergi ke mana pun bimbang.
Ada nama dan glamor, ada jawatan istimewa, jiwa pula tidak tenang kerana hasad dengki orang.
Begitulah pengertian qadha dan qadar Tuhan.
Harap dapat difahamkan.
Ia adalah rahsia Tuhan. 
Kita hanya diwajibkan percaya dan meyakinkan.
Setiap yang berlaku di dunia dan di Akhirat adalah mengikut qadha dan qadar Tuhan.
  

Panduan Berusaha dan Bekerja




Ketakutan jangan keterlaluan, hilang ketenangan.
Berani jangan melulu, kita akan tersasar dan kecundang.
Takut sekadar fitrah tidak mengapa,
ia tidak sampai hilang pertimbangan.
Berani yang berdisiplin dan berstrategi,
selalunya menguntungkan.
Jangan melulu, jangan menjadi dungu,
selalunya kita kecundang dan gagal.
Biarlah di dalam segala hal ada perimbangan, pertengahan.
Berfikir jangan diabaikan, Tuhan jangan ditinggalkan, kerja diteruskan.
Itulah dia tawakal kepada Tuhan namanya yang mesti diamalkan.
Ada strategi, ada usaha, ada harapan kepada Tuhan.
Itulah caranya hidup orang yang bertuhan.
Jangan usaha sahaja, jangan Tuhan sahaja.
Gabungkan di antara usaha dan Tuhan, itulah jalan mendapat kejayaan.
Usaha tanpa Tuhan, bergantung dengan usaha,
syirik namanya.
Bergantung dengan Tuhan tanpa usaha, 
tidak bersyariat di dalam kehidupan.
Bergantung kepada Tuhan, ada usaha
tapi tidak ada strategi dan tidak disiplin, 
melulu namanya.
Atau orang dungu yang tidak ada panduan.
Jadi setiap kerja semua diambil kira,
barulah ada kejayaan. 


MADAH baru 478


*1321*
Adakalanya undang-undang Al-Quran dan Sunnah seperti tidak lojik
tapi bila diamalkan terasa barakahnya. 

*1322*
Allah membela umat Islam kerana taqwa, 
sedangkan orang kafir kerana quwwah (kekuatan lahir).
Bila bertembung taqwa dan quwwah,
nescaya kalahlah quwwah. 

*1323*
Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hatilah yang hakiki kalau hati itu bersih. 

*1324*
Besarkanlah apa yang ada,
jangan besarkan apa yang tiada
agar kita dapat bersyukur. 

*1325*
Banyak orang tidak mahu pahala percuma iaitu ujian yang menimpa.

Engkau Maha Tahu Yang Kecil Dan Besar




Tuhan! Engkau Maha Tahu yang kecil dan yang besar.
Di dalam semua perkara dan benda.
Terhadap apa jua jenis makhluk-Mu.
Kerana Engkaulah yang menciptanya.
Tapi pada-Mu kedua-duanya sama sahaja.
Tidak ada beza di antara keduanya.
Jika kecil Engkau sebutkan maka ia terjadi, yang besar Engkau sebutkan pun terjadi juga.
Tidak pula yang kecil rasa mudah dan yang besar terasa payah dan susah.
Tidak seperti makhluk-Mu yang lemah, membuat perkara kecil mudah, membuat perkara besar susah.
Walaupun di antara habuk dan gunung, yang satu halus dan yang satu besar gagah.
Namun Qudrat dan Iradah-Mu Tuhan, keduanya sama sahaja.
Walaupun Engkau memberitahu manusia, langit dan bumi Engkau jadikan selama enam hari.
Bukan ertinya Engkau tidak boleh jadikan dengan sekelip mata.
Bukan pula Engkau tidak boleh lakukan secara kun - jadilah maka ia pun terjadi.
Enam hari itu memang kehendak-Mu sendiri.
Untuk didikan kepada manusia.
Begitu juga jarak jauh dan dekat, Engkau tahu juga.
Dan Engkau tahu ini dekat dan ini jauh.
Tapi pandangan-Mu sama sahaja.
Dekat dan jauh tidak ada beza apa-apa.
Bahkan yang tersembunyi dan yang nyata pada-Mu sama sahaja.
Macam mana Engkau melihat yang jauh, begitulah juga Engkau melihat yang dekat.
Tidak seperti penglihatan makhluk.
Melihat yang dekat dengan yang jauh ada bezanya.
Yang dekat mudah dilihat, yang jauh susah dilihat.
Maha Suci Engkau Tuhan dan Maha Agung Engkau Tuhan. 


NASIB BANGSAKU



Ooh alangkah sayunya hatiku
bila aku melihatkan bangsaku
kasih sayang sudah musnah
perpaduan sudah punah ranah

Bahkan berlaku di dalam bangsaku
pergaduhan dan tipu menipu
kasih sayang sudah tidak lagi dipeduli
masing-masing hidup cara sendiri

Ooh alangkah malang bangsaku 
cuba bersatu tapi tak mampu
malah makin menjauhkan 
antara satu sama lain
kerana kita hanya tahu 
menggunakan akal semata
Tuhan tidak dibawa bersama
Tuhan tidak diambil kira

Sebenarnya kunci segalanya
bila kita mencintai Tuhan
cintakan Tuhan
perpaduan dan kasih sayang
pasti Tuhan segera mewujudkan
cintakan Tuhan perpaduan
dan kasih sayang pasti Tuhan 
segera mewujudkan

Ooh marilah kita semua mencintai 
Tuhan kita 
agar bangsa dan juga negara
bersatu dan berpadu semula
ampunan Tuhan menaungi bumi Tuhan
di Rahmati
kasih sayang berbunga semula
semua insan hidup berharmoni

Wahai Tuhan datangkan segera
penyelamat bagi kami semua
menyatukan bangsa dan juga negara
semoga hidup aman bahagia.

Pejuang Kebenaran Penuh Derita




Sejarah para Rasul adalah sejarah penderitaan yang tidak ada tara dan bandingannya.
Kalau bukan Rasulullah ditimpakan penderitaan itu,
mereka sudah tentu kecewa bahkan putus asa.
Hidup mereka sentiasa diburu-buru, mengembara,  
berpindah-randah dengan penuh cemas.
Ujian demi ujian ditimpakan kepada mereka, 
disingkir dan dipinggirkan dari masyarakatnya.
Demi kerana Tuhan mereka tenang sahaja, yakin dan sangat bertawakal kepada Tuhan yang Maha Esa.
Tidak pernah putus asa, 
sentiasa optimis masa depannya,
sangat dalam rasa kehambaannya.
Di dalam penderitaan dan kesengsaraan itulah mereka mendidik pengikut-pengikutnya.
Adakalanya para Rasul itu berhadapan pula dengan kerenah-kerenah pengikutnya pula.
Mereka sangat sabar dengan ujian, sangat tabah pula mendidik pengikut-pengikutnya.
Musuh-musuh utama mereka adalah pemerintah dan raja-raja.
Tidak kurang juga daripada rasa tidak senang dari keluarga mereka.
Bertimpa-timpalah ujian yang mereka terima, luar dan dalam setiap masa.
Sudahlah begitu, sejarah perjuangan mereka sangat panjang pula.
Ada yang ratusan tahun lamanya.
Begitu lama menunggu janji Tuhan, 
barulah mendapat kemenangan dari Tuhannya.
Begitulah perjuangan orang Tuhan, 
penuh penderitaan dan kesengsaraan.
Tersingkir dan terbuang.
Padahal mereka adalah kekasih Tuhan.
Sungguh pahit kebenaran dari Tuhan tapi di hujungnya manis.
Berlainan sekali perjuangan musuh Tuhan yang membawa kebatilan.
Dimudahkan kemenangan, mereka angkuh dan sombong,
melakukan kezaliman sewenangnya.
Mereka sudah menganggap perjuangan musuh-musuhnya mustahil mendapat kemenangan.
Setelah mereka lupa daratan,
di hujungnya mereka dikalahkan setelah tidak logik menerima kekalahan.
Mereka dikalahkan secara total dengan penuh kehinaan.
Haraplah diambil peringatan dan pengajaran.
Kalau ada satu perjuangan mudah mendapat kemenangan,
jangan-jangan itu musuh Tuhan yang mendapat laknat dari Tuhan. 


MADAH baru 477


*1266*
Cintailah Tuhan, sayangilah manusia, kita akan boleh bekerjasama. 

*1267*
Jadikanlah diri kita hamba Tuhan, 
jangan jadikan diri kita hamba selain-Nya. 

*1268*
Tidak ada sesiapa yang marah apabila dikatakan dirinya hamba Tuhan. 
Dia akan marah kalau dikatakan hamba selain-Nya. 

*1269*
Tuhan adalah pencipta, pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat. 

*1270*
Kita perlu kepada Tuhan tapi Tuhan tidak perlu kepada kita.

Cerdik Pandai Yang Bodoh




Di dalam kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan.
Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara pula.
Di masa ilmu banyak, ada ilmu yang lebih banyak tidak ada pada manusia.
Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh di dalam kepandaian.
Maksudnya, ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia.
Pencipta ciptaan itu tidak diketahui.
Iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Ini adalah aneh sekali.
Bahan-bahan yang ada di dunia
sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi, dapat diketahui.
Malang sekali, Pencipta bahan tidak ada yang ingin mengetahui.
Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan tapi tidak kagum dengan Tuhan.
Seperti kagum dengan sebuah kereta tapi tidak kagum dengan perekanya.
Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan.
Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan.
Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya.
Dibagi ijazah dan degri serta berbagai-bagai gelaran.
Dikagumi dan dihormati.
Padahal mereka ini jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan.
Pada kita, orang ini adalah cerdik pandai yang bodoh.
Ciptaan Tuhan diketahui, Tuhan Pencipta tidak diketahui.
Pandai pada perkara yang tidak utama, bodoh terhadap yang utama.
Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam.
Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama.
Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama.
Apalah yang hendak dikagumkan.
Pakar perkara yang dapat disentuh dan dapat dirasa.
Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa.
Iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Itu bukanlah pandai yang luar biasa.
Itu manusia biasa yang tidak ada apa-apa istimewanya. 

MADAH baru 476


*1261*
Marilah kita jadikan Tuhan pemimpin bersama,
kita tidak akan bergaduh. 

*1262*
Marilah kita sama-sama lari kepada Tuhan, 
jangan lari daripada-Nya. 

*1263*
Sama-sama cintakan Tuhan, tidak akan terjadi rebutan dan perbalahan. 

*1264*
Milikilah Tuhan, kita akan miliki segala-galanya. 
Segala-galanya tidak dimiliki pun tidak mengapa. 

*1265*
Cintakan Tuhan cinta yang sejati, 
cinta selain-Nya cinta murahan.

Penyakit Jiwa Bila Parah




Penyakit jiwa apabila parah, lahir penyakit putus asa.
Putus asa, segala yang dimiliki tiada berguna.
Segala kemewahan, kebahagiaan, semua kekayaan tidak dapat mengubatnya.
Akhirnya kalau tidak dikawal dia akan bunuh diri.
Itulah jalan keluar baginya.
Dia lupa, dia lari dari penderitaan yang maha kecil
kepada penderitaan yang maha besar.
Tetapi dia jahil hakikat Akhirat, dia terjerat.
Perbandingan penderitaan dunia dengan penderitaan Akhirat,
macam gigitan semut dengan gigitan singa garang yang membaham dengan taringnya.
Penyakit jiwa bukan kerana tiada harta atau tiada bintang di dada.
Tidak juga kerana tiada pangkat atau tiada nama dan glamour.
Penyakit jiwa ialah penyakit tiada percaya kepada Tuhan yang Maha Esa.
Atau percaya tapi tiada pautannya.
Qadhak dan qadar dari Tuhan tiada dihayati.
Penyerahan diri kepada Tuhan tiada.
Bantuan Tuhan tiada diharapnya.
Untuk mengubat penyakit jiwa bukan dengan harta.
Tidak juga dengan betina, tidak juga dengan nama.
Bukan juga dengan makan minum, menjamu selera.
Tidak juga dengan melancong ke Barat dan ke Timur.
Hiburan, tonton wayang, pergi disko bukan caranya.
Tidak juga melihat hutan, mandi-manda di tepi pantai atau melihat air terjun.
Ubatnya tanamkan keyakinan kepada Allah yang Maha Esa.
Redha menerima qadhak dan qadar-Nya.
Berserah diri kepada Allah dan baik sangka kepada-Nya.
Penyakit jiwa tidak berlaku pada orang yang beriman, betapalah penyakit putus asa. 


MADAH baru 475


*1256*
Seorang anak yang derhaka pada ibu bapa, 
seorang isteri yang derhaka pada suami,
seorang murid yang derhaka pada gurunya dan seorang manusia yang menzalimi manusia yang lain, walau banyak mana ibadahnya, pasti akan hilang barakahnya serta terhijab petunjuk. 

*1257*
Didiklah anak-anak agar dia kasih dan takut pada ibu bapa. 
Jangan kasih saja, nanti dia berani (melawan) dan jangan takut saja, kelak dia benci. 

*1258*
Cintailah Tuhan,
nescaya tidak akan dikecewakan. 

*1259*
Jadikanlah Tuhan kawan setia kita, 
Dia akan menjaga kita. 

*1260*
Jika suami isteri selalu sahaja bergaduh, cintailah Tuhan, pergaduhan selesai.

Sifat-Sifat Tuhan


Wujud-Nya Tuhan tidak ada permulaan.
Kerana Dia bukan kejadian.
Tuhan adalah Penjadi bukan kena jadi.
Jenis kejadian sahaja yang ada permulaan.
Wujud-Nya Tuhan sudah sedia ada.
Ada-Nya tidak ada didahului oleh tiada.
Dia tidak ada permulaan seperti kejadian.
Juga Dia tidak ada kesudahan.
Tuhan adalah kekal buat selama-lamanya.
Kerana Dia Tuhan tidak ada siapa yang mentiadakan.
Yang tidak kekal adalah dia dijadikan.
Tuhan menjadikan segala-galanya, kerana itulah Dia kekal.
Tuhan tidak serupa dengan sebarang kejadian.
Kerana kejadian adalah makhluk ciptaan Tuhan.
Kejadian sama sekali tidak sama dengan Penjadi.
Penjadi adalah Tuhan yang tidak boleh dilintaskan.
Mustahil Tuhan dapat difikirkan.
Siapa memikirkan adalah satu pembohongan.
Maha Suci Tuhan dapat dikhayalkan.
Siapa mengkhayalkan, dia syirik dengan Tuhan.
Tuhan adalah tersendiri, tidak dijadikan, tidak berhajat tempat berdiri.
Yang berhajat kepada tempat berdiri adalah sifat.
Padahal Tuhan itu adalah Zat yang bersifat.
Sifat sahaja yang berhajat kepada Zat.
Tuhan adalah Esa, tidak boleh dibelah bagi.
Kalau satu masih boleh dibelah bagi.
Tidak bertempat, tidak mengambil ruang, tidak di dalam pihak.
Tidak berketul, tidak panjang, tidak lebar.
Tidak di atas, tidak di bawah.
Tidak di utara, tidak di selatan.
Tidak di timur, tidak di barat.
Tidak terlibat dengan masa dan tidak terlibat dengan malam dan siang.
Kuasa-Nya sedia ada mutlak, boleh melakukan apa sahaja.
Kehendak-Nya terjadi di azali lagi, jika Dia berkata jadi, terus jadi.
Ilmu-Nya meliputi dahulu dan kemudian.
Ilmu-Nya sediakala dan tidak terbatas, tidak terlindung.
Dia hidup sepanjang masa.
Kerana Dia bukan hidup dengan nyawa.
Dia mendengar jauh dan dekat, bersuara atau tiada.
Juga melihat apa sahaja tanpa batas.
Setelah kita mengetahui sifat-sifat Tuhan itu sungguh agung-Nya Dia.
Maha Besar dan Maha Hebat, kecut perut dibuatnya. 


MADAH baru 474


*1241*
Bila hati (raja diri) telah ditawan hawa nafsu maka nafsulah yang menjadi raja. 
Di waktu itu akal memikirkan bagaimana mencari jalan agar kehendak nafsu itu dapat diluluskan yang akan dilaksanakan oleh anggota lahir sebagai rakyat. 

*1242* 
Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk.
Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang,
ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri. 

*1243*
Di dunia kita dapat rasakan kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam jel sekian-sekian tahun lamanya, di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,  
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya, kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa.  
Mengapa tidak terfikir oleh kita di Akhirat kelak segala-galanya tadi lebih-lebih lagi tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu janganlah kita berbangga dengan itu semua. 

*1244*
Apabila kehilangan nikmat kesenangan, barulah terasa indahnya kesenangan.
Setelah berlaku waktu sibuk, baru terasa indahnya waktu lapang.
Manakàla badan sakit, wah... baru terasa nikmatnya sihat.
Setelah datang masa tua, barulah terasa indahnya masa muda.
Kelalaian kita selalu merugikan kita.
Kealpaan kita, banyak masa telah disia-siakan.
Selalunya dunia dan nikmatnya banyak merosakkan kita.
Bila iman lemah, ujian kesusahan juga menjadikan seseorang itu derhaka. 

*1245*
Carilah guru atau pemimpin yang bercakap dari hati, bukan dari lidah 
kerana kata-kata hati akan jatuh ke hati, 
manakala kata-kata di lidah hanya sampai di lidah.

Perkara Yang Menggugat Jiwa Terlalu Banyak



Yang menggugat jiwa kita di dalam kehidupan kita terlalu banyaknya.
Sedikit yang kita dapat duga, banyaknya yang tidak dapat diduga.
Kadang-kadang yang mengugat jiwa hingga hilang ketenangan dan kebahagiaan kita itu, datang bertimpa-timpa di dalam satu masa.
Jika kata pepatah Melayu, "Sudah jatuh ditimpa tangga pula."
Ujian-ujian yang datang adakalanya ringan, adakalanya berat.
Adakalanya sekali-sekala datang, adakalanya sering sahaja datang menimpa.
Walhasil manusia tidak terlepas daripada ujian.
Ertinya di dalam kehidupan manusia, hati atau jiwa manusia sentiasa sahaja tergugat dan digugat.
Jiwa tidak pernah tenang, sentiasa sahaja bergolak berhadapan dengan ujian.
Apabila ujian datang lebih-lebih lagi jika berat pula, segala apa yang ada pada kita tidak dapat mengubatnya.
Tidak dapat diubat oleh harta dan kekayaan, oleh nama dan glamour, oleh pangkat, oleh kekuasaan, oleh ilmu.
Setengah orang bila ditimpa dengan berbagai-bagai ujian, jiwanya sentiasa gelisah dan sengsara.
Dia menjadi orang yang kecewa bahkan ada yang putus asa.
Biasanya berlaku kepada orang yang lemah iman atau yang tidak ada iman.
Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada-Nya.
Walaupun fitrah semulajadi jiwa manusia rasa susah dengan ujian dan penderitaan 
tapi bagi iman orang yang soleh walaupun rasa sedih terasa juga tapi tidak sampai menggugat.
Dia tidak sampai hilang pertimbangan. 
Dengan mujahadahnya, kelihatan tenang juga.
Tapi bagi iman orang yang  muqarrobin lebih-lebih lagi golongan siddiqin,
dia rasa terhibur pula dengan ujian itu.
Dia merasakan bernasib baik, Tuhan ada mengambil perhatian terhadap dirinya.
Dia sungguh tenang dan bahagia dengan ujian itu.
Ini adalah orang yang luar biasa.
Ini benar-benar orang Tuhan, ahlillah atau rijalullah.
Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada Tuhan.
Tuhan adalah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia. 


madah baru 473



*1231*
Manusia itu apabila jiwanya telah mati, tidak ada ruangan lagi untuk mengingati Allah. 
Justeru suasana dan situasi di dunia ini setiap masa sentiasa melalaikan dari mengingati Tuhan. 
Di rumah, dilalaikan oleh anak dan isteri. 
Di atas jalan raya, dilalaikan oleh telatah manusia yang tidak ada tolak ansur dan berlapang dada. 
Di pejabat atau di tempat kerja, disibukkan oleh kerja. 
Di waktu-waktu lapang, dilalaikan oleh kawan-kawan atau berfoya-foya  dengan perempuan-perempuan cantik di tempat-tempat hiburan.
 
*1232*
Hati umat Islam tidak terhubung antara satu sama lain dikeranakan sifat-sifat mazmumah.
Selama mana mazmumah-mazmumah umat Islam menebal, selama itulah tidak akan lahir perpaduan 
sekalipun perpaduan itu setiap hari diperjuangkan dan menjadi slogan.
 
*1233*
Syukur nikmat dan kesabaran di dalam ujian amat mudah diucapkan tapi amat sulit dilaksanakan.
 
*1234*
Kebaikan itu pada mulanya kena faham dahulu, kemudian cubalah melaksanakan, kemudian terus mujahadah meneruskannya, selepas itu istiqamah melakukannya, kemudian dia akan jadi hiburan, seterusnya menjadi tabiat, kemuncaknya dia akan jadi budaya.
 
*1235*
Selalunya orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati, 
miskin papa orang tidak peduli, 
kena marah oleh ibu atau ayah,
suami, bos pejabat tidak timbang rasa, 
sakit yang serius, 
kematian orang yang disayangi.
Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan,
amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya.

Mari Kita Mengenal Tuhan



Mari kita mengenal Tuhan.
Tuhan kita ialah Allah.
Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah.
Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Suci daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk-Nya di dalam semua hal.
Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan.
Kalau dibayangkan, satu pendustaan yang maha besar.
Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan.
Kerana Dia bukan jenis ciptaan bahkan Pencipta seluruh alam.
Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat.
Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya.
Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal.
Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi.
Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan
atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan.
Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan daripada perlu kepada tempat.
Tidak mengambil ruang.
Tidak ada di dalam pihak atau di luar pihak
kerana di luar pihak juga adalah pihak.
Tidak terlibat dengan masa.
Tidak terlibat dengan malam dan siang.
Tidak terlibat dengan musim yang empat.
Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya.
Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya.
Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan.
Qudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas.
Kerana Qudrat-Nya bukan dari tenaga.
Ia dari Zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya.
Iradah-Nya atau kehendak-Nya bukan daripada dorongan nafsu-Nya.
Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia.
Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian, adalah dengan kehendak-Nya.
Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja.
Dia kata, 'Jadi', jadilah benda itu.
Dia mentadbir, mengawal dan menjaga bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti.
Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal.
Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana.
Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia.
Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia.
Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya.
Sama ada kita dapat fikirkan mahupun yang tersembunyi hikmahnya.
Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan.
Mengetahui yang ada dahulu, yang sedang ada mahupun yang akan ada.
Sekalipun yang tiada, Tuhan tahu.
Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan.
Hidup-Nya tidak ada berkesudahan kerana Dia hidup bukan dengan nyawa.
Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Nya.
Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas Zat-Nya yang hendak mematikan.
Dia mendengar bukan dengan telinga.
Tapi daripada Zat-Nya yang bersifat mendengar.
Dia melihat bukan dengan mata
tapi daripada Zat-Nya yang bersifat melihat.
Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa, tidak berperingkat-peringkat.
Jauh dan dekat sama sahaja.
Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri.
Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat.
Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian, 
tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan.
Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop.
Tiada permulaan dan tiada berkesudahan.
Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan.
Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul, maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan.
Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan.
Maha Suci Tuhan.
Dia menghukum dengan keadilan-Nya.
Memberi nikmat dengan rahmat-Nya.
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain.
Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir tidak pernah berhenti-henti sekalipun sedetik atau sekelip mata.
Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung.
Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya.
Betapalah nikmat-nikmat yang lain, lagilah terlalu banyaknya.
Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga, Penyelamat, Pengawal
dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya.
Kalau satu detik pun kita terlepas daripada Tuhan, pasti binasa.
Aduh siapa Tuhan?!
Dia adalah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih.
Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya lebih daripada kasih seorang ibu kepada anak-anaknya.
Patut kita jatuh hati kepada-Nya.
Bahkan cinta kepada-Nya.
Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan, menyanjung, menyembah dan mentakuti-Nya.
Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia.
Kita sangat perlu kepada Tuhan.
Kerana itulah kita mesti memperjuangkan-Nya.
Hingga seluruh manusia mengenal-Nya dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya.
 

MADAH baru 472


*1206*
Di zaman dahulu, di mana sahaja kita pergi mudah menjadi tetamu
tetapi sekarang ini ke mana kita pergi orang takut menerima tetamu. 

*1207*
Sejarah nabi dan sejarah salafussoleh dibaca orang tetapi hidup macam nabi dan salafussoleh mustahil rasanya berulang. 

*1208*
Zaman dahulu, terutama di kampung, musim buah boleh dikongsi bersama.
Zaman sekarang musim buah kalau tidak dibeli, tidak akan merasa. 

*1209*
Penjajahan fizikal tidak ada di mana-mana tetapi perangai penjajah berada di mana-mana. 

*1210*
Orang Yahudi tidak takut kepada orang Islam sekalipun kerajaannya kerana orang Yahudi tahu, yang akan mengalahkan  mereka apabila umat Islam jadi Asoib dan Ikhwan,
mereka lahir di akhir zaman.

MAHA SUCI TUHAN DARIPADA PENYERUPAAN


Allah Taala adalah Tuhan yang sungguh berbeza dengan makhluk-Nya.
Sama ada zat-Nya, sifat-Nya mahupun perbuatan-Nya.
Tuhan tidak perlu kepada tempat kerana tempat Dia yang mencipta.
Juga Dia bukan jirim yang memerlukan ruang tempat berada.
Ruang juga makhluk ciptaan-Nya.
Tuhan juga tidak berada di dalam masa.
Kerana Tuhan tidak perlu kepada ciptaan-Nya.
Lantaran itu Tuhan tidak merasa hidup lama.
Oleh itu Tuhan tidak merasa cepat dan lambat.
Yang merasa cepat dan lambat adalah makhluk-Nya.
Cepat dan lambat diukur dengan masa.
Tuhan tidak terlibat dengan masa.
Tapi Tuhan tahu tentang masa, cepat dan lambat.
Pandangan-Nya terhadap yang dekat
dan jauh sama sahaja.
Yang terlindung dengan yang tidak, tiada bezanya.
Yang kecil dengan yang besar serupa aja.
Pendengaran-Nya sama ada yang bersuara atau tidak, semuanya didengar-Nya.
Yang jauh atau yang dekat tetap didengar-Nya
bahkan tidak ada bezanya.
Pengetahuan setiap yang wujud mahupun yang tiada, semua diketahui-Nya.
Sama ada yang kecil mahupun yang besar, tiada kecuali di dalam pengetahuan-Nya.
Sekalipun sebesar debu yang paling halus,
tersembunyi pula namun diketahui-Nya.
Bahkan gerak hati kita sendiri pun yang kita tidak dapat mengesannya, Dia tahu.
Itulah Dia Tuhan, sungguh Agungnya.
Maha Suci Dia daripada penyerupaan.
Sama ada zat-Nya, sifat-Nya mahupun perbuatan-Nya. 


MADAH baru 471


*1201*
Di antara keindahan seorang gadis itu, dapat mengekalkan sifat malu dan bersopan. 

*1202*
Di zaman dahulu sifat malu itu dan bersopan adalah hiasan kepada orang perempuan. 

*1203*
Di hari ini kalau perempuan itu pemalu dan bersopan dianggap ketinggalan zaman. 

*1204*
Kecantikan wanita hari ini, kecantikan mereka itu dapat dikongsi bersama, setidak-tidaknya pandangan mata kerana mana sahaja mereka pergi terdedah auratnya. 

*1205*
Zaman dahulu, kalau orang tidak beragama merasa malu tetapi sekarang ini lain pula, mereka malu beragama.

FAHAMILAH PERBUATAN TUHAN




Jagalah perhubungan baik engkau dengan Tuhan.
Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau.
Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau.
Tuhan adalah penjamin rezeki engkau 
Bertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya,
hati engkau akan tenang.
Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu tentang keperluan-keperluan engkau.
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,
ada mengandungi pelajaran.
Redhalah menerimanya, walaupun engkau tidak faham,
lambat laun Allah akan memberi faham.
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau.
Agar engkau tidak salah faham.
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan
akan merosakkan engkau.
Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau,
mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan.
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan.
Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan.
Mesti ada mengandungi pendidikan.
Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau.
Berhati-hatilah menerimanya.
Jangan sampai salah terima.
Engkau tidak beradab dengan Tuhan.
Patutkah kita tidak beradab dengan Zat yang Maha Suci?
Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana daripada sebarang kesalahan dan kesilapan?!
Berhati-hatilah dengan Tuhan!
Jangan sampai kita tidak bersopan dengan-Nya. 


MADAH baru 470


Orang yang prihatin dengan kehidupan dan kejadian selalunya mendapat pengajaran. 

*1197*
Zaman dahulu siapa yang menjadi imam sembahyang, dia tempat rujuk orang di semua persoalan,
tetapi zaman sekarang siapa yang menjadi imam hanya tempat rujuk orang halal dan haram, sah dan batal,
lebih daripada itu imam tidak faham. 

*1198*
Kehidupan di bandar terutama di bandar-bandar besar di dalam ketakutan kerana perkara yang menakutkan selalu terjadi. 

*1199*
Ulama-ulama zaman sekarang ilmunya tidak global, hanya satu-satu bidang, mungkin syariat dan usuluddin.
Tidak seperti zaman dahulu, bila dikatakan ulama ilmunya global, semua tahu. 

*1200*
Menuntut ilmu walau di bidang apa sekalipun disuruh Tuhan, bukan menuntut ilmu dengan tujuan makan gaji atau cari makan.
Menuntut ilmu itu satu kewajipan dari perintah Tuhan.

KALAU KUASA TUHAN SENTIASA TERASA DI HATI


Kalaulah kuasa Tuhan itu sentiasa terasa di hati.
Kebesaran-Nya memenuhi hati manusia.
Nikmat dan rahmat-Nya sentiasa hati terasa malu dan malu menerimanya.
Iradah Tuhan itu terasa benar oleh hati ia pasti berlaku.
Qahhar dan Jabbar-Nya sentiasa menggerunkan hati manusia.
Balasan dan hukuman-Nya bila-bila boleh berlaku terhadap hamba-hamba-Nya.
Hati benar-benar terasa kecut dan menakutkan.
Gementar dan menggeletar hati merasakan.
Apakah hati macam ini boleh dilalaikan?
Apakah hati begini boleh ditipu-daya
oleh nafsu dan syaitan?
Apakah hati ini boleh dipengaruhi
oleh dunia dan nikmatnya?
Sudah tentu tidak,
sekali lagi tidak.
Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara.
Tuhan akan menjaganya, Tuhan akan memeliharanya.
Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan.
Lalainya tiada, kecuali sedikit sahaja.
Kerana manusia umum tiada maksum
kecuali nabi dan rasul.
Inilah yang dikatakan hati (jiwa) yang hidup dan jaga.
Jagalah hati atau jiwa jangan sampai dia mati.
Atau jagalah dia jangan sampai dia buta.

MADAH baru 469


*1186*
Di akhir zaman banyak yang mengutuk Tuhan, tetapi mereka lebih tuhan daripada Tuhan, tetapi mereka tidak sedar diri. 

*1187*
Biar ibadah kurang, itu lebih baik asalkan dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhan,
daripada ibadah banyak takut Tuhan hilang. 

*1188*
Orang yang hidup dengan pertanian dan bercucuk tanam lebih mewah rezekinya, 
duit kurang...
daripada makan gaji tetapi wang berperanan,
tidak ada wang tak boleh makan. 

*1189*
Orang yang hidup dengan pertanian dan bercucuk tanam sedekahnya banyak, sama ada secara langsung  mahupun secara tidak langsung sedekahnya.
Orang yang makan gaji kadang-kadang sedekahnya tidak ada langsung. 

*1190*
Orang kampung boleh menerima tetamu secara spontan,
orang bandar menerima tetamu secara ‘appointment’.

JIKA MERASA KEBESARAN ALLAH




Jika setiap hamba merasa kebesaran Allah,
hebat dan Qahharnya,
dia akan terasa hinanya diri.
Membesar diri jauh sekali.
Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya,
kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik.
Bimbang dan gerun setiap waktu.
Hilang angan-angan.
Betapa pula merasakan umur panjang.
Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku,
dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik.
Urusannya dengan Tuhannya tiada penangguhannya.
Kalau begitulah setiap hamba merasa,
menekan hatinya setiap ketika,
apakah dia akan membuat dosa?
Apakah dia sanggup berfoya-foya?
Apakah dia sanggup membuang-buang masa?
Apakah dia sanggup menderhaka?
Tentu sekali tidak.
Kecuali yang tidak sengaja.
Atau dia tidak tahu.
Atau kelemahan yang payah dielak. 

MADAH baru 468


*1181*
Di akhir zaman ini jarang hidangan yang dimakan dimasak oleh isteri.
Tetapi kebanyakan dimasak oleh orang gaji atau makan di kedai nasi. 

*1182*
Di akhir zaman jarang isteri patuh dengan suami, jarang anak-anak taat dengan ibu bapa,
jarang murid hormat dengan guru-gurunya, jarang orang besar dihormati kerana keadaannya,
tetapi pemimpin dihormati kerana takut kepadanya. 

*1183*
Di akhir zaman jarang orang berniaga kerana berkhidmat dengan manusia.
Tetapi mereka berniaga mencari untung di dunia.
Mencari untung sebanyak-banyaknya. 

*1184*
Di akhir zaman para pendidik jarang berwatak ibu dan ayah.
Kerana itulah murid tidak hormat kepada guru. 

*1185*
Di akhir zaman seorang itu dapat status ulama kerana masuk persatuan ulama.

MENGENAL TUHAN DENGAN HATI




Dengan akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya.
Kekuatan akal hanya sekadar tahu.
Yang mengenal itu adalah hati.
Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak mengenal Tuhan,
hanya sekadar tahu.
Bahkan ada di kalangan mereka
yang tidak percaya wujudnya Tuhan.
Hati atau jiwa itulah hakikat diri.
Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta,
ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki.
Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa.
Rasa itu akan dibawa ke mana-mana.
Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri.
Akal hanya sekadar penasihat sahaja.
Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik.
Kerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya.
Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta.
Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri.
Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya
jika mengabaikan hati atau jiwa.
Akal hanya menyuluh tapi hati atau jiwa menentukan.
Akal hanya memberi panduan tapi hati meyakinkan.
Kerana itulah semua anggota badan biar berfungsi.
Dia akan menguatkan satu sama lain.
Jangan hanya akal sahaja berfungsi,
hati atau jiwa diabaikan. 


MADAH baru 467



*1176*
Di zaman sekarang pihak berkuasa hendak membaiki orang lebih banyak dengan akta-akta dan undang-undang. 

*1177*
Makin banyak akta dan undang-undang, makin ramai yang jahat.
Termasuk yang membuat akta dan undang-undang.
Kerana mereka sudah tidak takutkan Tuhan. 

*1178*
Belum pernah berlaku di dunia ini berlakunya keamanan disebabkan akta  dan undang-undang.
Tapi pernah berlaku di dunia ini keselamatan, keamanan dan kebahagiaan kerana manusia takutkan Tuhan. 

*1179*
Orang yang terlibat dengan gejala masyarakat menunjukkan jiwa mereka tidak sihat.
Oleh itu orang yang hendak membaiki mereka, ubatkan jiwa mereka dengan takutkan Tuhan dan didik mereka utamakan akhirat, hidup yang berpanjangan. 

*1180*
Gejala yang dibuat oleh golongan masyarakat tidak sama.
Muda mudi lepak-lepak dan membuang masa.
Orang-orang tua suka duduk di kedai kopi dan berbual-bual membuang masa.
Orang politik selalu rasuah dan jatuh menjatuhkan sesama mereka.
Orang kaya memburu kekayaan tidak fikir halal haram.
Orang berilmu suka berforum dan bermegah-megah  sesama mereka.

Lemahnya Aku Membesarkan-Mu


Ya Allah ya Tuhanku.
Bagaimanapun aku membesarkan Engkau dengan sepenuh hati,
namun tidak akan dapat aku lakukan sepadan dengan kesempurnaan Engkau.
Terlalu kecil yang dapat aku lakukan dibandingkan dengan keagungan-Mu.
Maafkan aku Tuhan!
Bagaimanapun aku mengabdikan diri dengan sepenuh hatiku kepada Engkau,
namun tidak mungkin aku dapat berbuat dengan sempurna selayaknya Engkau sebagai Tuhan.
Ya Allah, ampunkanlah aku atas kelemahan ini.
Sekalipun aku memuji Engkau sebanyak-banyaknya, 
takkan mampu aku memuji Engkau sebagaimana sepatutnya dengan dibandingkan tidak terhingganya rahmat dan nikmat Engkau.
Begitulah aku hamba-Mu yang lemah ini.
Aku cuba mencintai-Mu sepenuh hati.
Namun tidak sepadan juga dengan kecintaan-Mu dan kasih sayang-Mu terhadap makhluk-makhlukMu.
Maafkan aku Tuhan.
Kalaupun aku mentakuti-Mu sepenuh perasaanku, namun tidak akan sepadan juga dengan keagungan dan kehebatan-Mu.
Lemah aku dapat merasakan, ampunkan aku Tuhan.
Jika aku mensucikan Engkau pagi dan petang,
namun tidak mampu aku melakukannya terhadap Engkau.
Setidak-tidaknya syirik khafi berlaku juga kepadaku.
Ampunkan aku Tuhan.
Begitulah pengaduan aku kepada-Mu Tuhan.
Sungguh lemah sekali hamba-Mu ini melakukan yang sepatutnya untuk-Mu.
Aku memohon dengan rahmat-Mu.
Kekurangan ini, maafkan aku.
Setakat yang dapat aku buat, ini sajalah yang termampu olehku.
Rahmat-Mu Maha Luas, ampunkanlah aku. 


MADAH baru 466


*1171

Di akhir zaman ini seorang wanita itu biar dia tidak berkahwin daripada dia dipoligamikan. 

*1172*
Orang-orang besar di dunia ini tidak sempat membesarkan Tuhan kerana setiap hari dia dibesarkan orang.
Terlindung kebesaran Tuhan kerana kebesaran dirinya. 

*1173*
Orang politik berwatak hendak berkuasa atau pertahankan kuasa.
Ahli-ahli ekonomi memikirkan kekayaan dan menambahkan harta.
Para-para ilmuan sibuk berbincang membuat forum.
Orang-orang susah sibuk mencari makan.
Muda-mudi sibuk berfoya dan membuang masa. 

*1174*
Rezeki banyak di ladang-ladang dan di bendang-bendang.
Tapi ramai orang tidak minat kerana tidak ada nama dan glamour. 

*1175*
Seseorang itu kalau dia makan gaji, kalaupun besar gajinya, dianggap kuli tetapi berstatus tinggi.
Orang yang bekerja sendiri walaupun berpendapatan rendah, dia adalah tuan yang berstatus rendah.

Engkau Masih Sudi Menjemput Aku


Tuhan!  Jika aku masih boleh sujud kepada-Mu,
menunjukkan Engkau masih memanggil aku.
Engkau masih lagi membenarkan aku membesarkan-Mu.
Cuma aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu.
Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab dengan-Mu.
Di dalam tidak pandai beradab pun Engkau masih sudi menjemput aku.
Begitulah  rahmat dan kasih sayang-Mu.
Hanya aku sahaja tidak pandai menerima rahmat-Mu itu.
Tuhan! 
Ajarkanlah aku lagi bagaimana beradab dengan-Mu.
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu.
Aku takut setiap kali aku menyembah-Mu,
aku derhaka dengan-Mu tanpa disedari.
Tuhan!
Ampunkanlah aku, kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu.
Maafkanlah aku jika aku tidak pandai beradab dengan-Mu.
Begitulah aku hamba-Mu yang lemah lagi hina ini.
Selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu.
Kerana itu janganlah sampai Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu.
Teruslah Engkau panggil aku mengadap-Mu.
Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu.
Pimpinlah aku lagi agar aku pandai membesarkan-Mu.
 

MADAH baru 465


*1166*
Zaman dahulu mencari jodoh diserahkan kepada ibu bapa, jarang bercerai.
Sekarang mencari jodoh adalah pilihan hati sendiri.
Di zaman inilah banyak yang bercerai. 

*1167*
Seorang wanita keluar rumah mendedahkan aurat,
sebanyak lelaki yang melihat, sebanyak itulah dosanya diterima.
Kalau suaminya rela, suaminya pula dayus.
Orang dayus tak masuk Syurga. 

*1168*
Kalau seorang wanita, kalau suaminya pandai dan berjawatan tinggi pula, naik namanya.
Kalau seorang lelaki, isterinya pandai, berjawatan tinggi pula, mungkin hidupnya mewah tapi tidak menaikkan namanya. 

*1169*
Kalau seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang kaya maka biasanya suaminya itu takut kepadanya, mungkin dia dihamba oleh isterinya. 

*1170*
Kalau seorang suami berpoligami, duduk serumah aman damai pula, termasuk perkara ajaib di dunia.

Bumi Tuhan... Bersaksilah