Manusia mana ada kuasa!



Manusia ini jika rasa bertuhannya tidak ada
Atau langsung tidak percaya adanya Tuhan
Lebih sahaja sedikit dari orang lain
sudah rasa luar biasa
Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan
boleh menyelesaikan semua perkara
Ada ilmu, sudah merasakan
seolah-olah segala masalah selesai
Ada kuasa lebih-lebih lagi merasa ada kuasa
Dengan kuasa boleh buat apa sahaja
Dengan kuasa mengambil kesempatan
membalas dendam terhadap musuh-musuhnya
Kuasa yang ada boleh melindungi diri
daripada terhukum
Dengan kuasa boleh melindungi
daripada dikenakan undang-undang
Tapi dia lupa,

bolehkah dia melindungi dirinya dari sakit dengan kuasanya?
Bolehkah dengan kuasanya, menjauhkan diri
daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja
Bolehkah dia bendung dengan kuasanya
daripada dibenci oleh rakyatnya?
Mampukah dia bendung dengan kuasanya
jika timbul berbagai-bagai gejala di dalam negaranya?
Bolehkah dia dengan kuasanya
menjadikan rakyatnya cinta dengannya?
Akhir sekali bolehkah dengan kuasanya
dia menahan diri dari tua?
Tentu sekali penguasa-penguasa negara
telah dapat memberi jawapannya
Bukankah kuasa awak itu tidak ada kuasa hakikatnya
Sebenarnya kuasa itu hanya sebutan sahaja
Mana manusia ada kuasa,
walau bagaimana tinggi pangkatnya dan jawatannya!
Tidak boleh membendung,
tidak boleh menolak banyak perkara
Bukankah ini menunjukkan
ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia
Mengapa para pemimpin dunia atau negara
tidak boleh memikirkannya?
Mana pergi otak?
Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian
tidak dapat menyelamatkannya?
Itulah dia orang yang pandai sudah jadi bodoh
Kerana tidak mampu menyelamatkan dirinya

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah