Banyak minta pada Allah agar diri kuat melawan nafsu...:) |
Manusia
tidak dapat melepaskan diri dari nafsu yang telah dianugerahkan oleh Allah,
kerana nafsu itu adalah fitrah kejadian manusia. Mustahil bagi sesiapa yang
ingin membuang nafsu dari dirinya. Berbagai cara telah dilakukan untuk menghilangkan
nafsu dalam diri, mereka beranggapan bahawa nafsu inilah yang menyebabkan
mereka kerap melakukan perkara-perkara dosa. Jadi nafsu ini perlu diluputkan
dari diri mereka bagi memudahkan mereka melakukan
ibadah.
Lemahkan nafsu dengan zikrullah...:) |
Apa
kata kalau kita betulkan sedikit persepsi serong kita terhadap nafsu yang telah
diberikan Allah ini. Begini caranya, Islam mengajak umatnya supaya mendidik
nafsunya menjadi baik dan suka melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Perkara
yang perlu kita buang ialah keinginan dan keseronokkan untuk melakukan perkara
yang jahat sahaja bukan kita buang nafsu. Seterusnya kita asuh dan polish nafsu
kita hingga dia sentiasa ingin melakukan benda yang makruf.
Jangan
kita biarkan nafsu itu tanpa diterapi dan ubati kerana nafsu yang jahat akan
menjadi sekutu kuat kepada syaitan bagi memperdayakan kita. Mahu tidak mahu
kita wajib berusaha dan bermujahadah bagi menewaskan pakatan jahat yang ada
dalam diri kita ini. Kata Imam
al-Ghazali :
“Hati-hati kamu dari hawa nafsu. Ia adalah
musuh yang paling jahat dan paling sukar mengalahkannya. Rawatannya paling
payah menyembuh,penyakitnya penyakit yang paling sukar dirawat dan ubatnya
paling rumit. Oleh sebab itu kita wajib berwaspada daripadanya. Betapa tidak,
sebab ia berada dalam diri kita, dalam tubuh kita. Musuh dari dalam, bukan
seperti Syaitan, dia adalah musuh dari luar. Dan ingatlah si pencuri apabila
telah berada di dalam rumah sukar untuk menghalaunya dan besar bahayanya.
Benarlah kata orang nafsu mengajak kepada perkara yang mencederakan daku, ia
memperbanyakkan penyakit dan kesakitanku. Bagaimanakah helahku untuk melepaskan
diri daripada seorang seteru apabila seteruku telah berkubu di antara
celah-celah tulang rusukku membuat huru hara.”
Sebahagian hukamak juga berkata anda tidak
akan nampak keaiban orang yang anda cintai dan saudara anda, dan anda tidak nampak
sedikitpun beberapa keaiban yang berada pada dirinya apabila anda telah menjadi
seorang yang redha padanya.
Yahya bin Muaz Ar-Razi pula berkata :
“Berjihadlah menentang nafsumu dengan
bersenjatakan riadhah empat perkara : Makanan yang sedikit, tidur yang sedikit,
bercakap ketika perlu dan bersabar menanggung derita. Makanan yang sedikit
mematikan syahwat”.
Adakah
nafsu kita ini dapat dibersihkan dari segala kekotoran maksiat dengan cara kita
membersihkan pakaian yang kotor? Jawapannya tidak sebab dia adalah kekotoran
rohani dan cara menyucikannya juga perlu dengan cara rohani seperti :
- Mujahadah nafs seperti menyedikitkkan makan, minum sebagaimana sabda Rasul “Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau tenggelami air secara berlebihan”. Kenyang berlebihan akal menjadi malap, banyak mengantuk, syahwat berkubar, perangai bongkak dan malas beribadah. Rasul menggariskan kaedah pemakanan dengan sabdanya”. Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafas”. Kurangkan tidur,bercakap sekadar perlu dan sabar menanggung gangguan orang lain.
- Bebankan nafsu itu dengan banyak melakukan ibadah kerana binatang Himar apabila ditambah pada muatan pikulannya serta dikurangkan makanannya nescaya ia akan tunduk dan menurut perintah tuannya.
- Berzikir atau zikrullah ialah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah SWT. Sebab itulah apabila Saidina Ali Bin Abi Talib memohon kepada Nabi Muhammad SAW supaya baginda mengajarkan amalan khusus yang cepat sampai kepada Allah SWT, maka Nabi Muhammad SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud “Wajiblah ke atas kamu sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi”.
- Berdailog mutmainnah dengan diri sendiri yang memiliki nafsu ammarah. Sebagai contoh nafsu kita ingin mencari pangkat dan kedudukan, mengumpul harta duniawi sebanyak-banyaknya, kepada nafsu kita katakan “Hai nafsuku! Tidak kah engkau tahu bahawa Firaun yang gagah dan telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan, kemudian dia ditenggelamkan Allah di dalam Laut Merah. Tidakkah engkau tahu bahawa Qarun yang kaya raya telah ditelan oleh bumi. Apa gunanya kaya dan berharta jika tidak mendapat redha Allah. Alangkah baiknya jika miskin tetapi mendapat keredhaan Allah dan dimasukkan di dalam syurga Allah berserta orang-orang yang soleh.
- Memohon pertolongan daripada Allah SWT, merendah diri dan berdoa kepadaNya agar terselamat dan dapat melepaskan diri daripada godaan nafsu durjana sebagaimana ucapan Nabi Yusof di dalam firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya nafsu itu amat menyuruh dengan kejahatan melainkan orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari runtunan nafsu jahat).
Kesimpulannya,
baju yang dipenuhi dengan tahi lalat apabila dibasuh selalu dengan sabun atau clorox
pasti ia akan hilang dan bersih. Begitu juga dengan nafsu bila selalu kita
gilapkannya dengan cahaya iman, maka sudah pasti pada suatu hari nanti ia akan
menjadi baik. Jangan berputus asa, kita kena kuat semangat untuk berjuang
melawan nafsu amarah, sesiapa yang Berjaya ia akan dapat merasakan halawatul
iman di dalam dirinya.
No comments:
Post a Comment