Semoga Allah mengampunkan kita di atas
salah tanggap dan salah tafsir terhadap status baginda Rasulullah SAW sebagai
seorang rasul yang Ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa Ummiy itu bererti
orang yang tidak tahu membaca dan menulis, ertinya buta huruf. Jika begitu fahaman kita ertinya kita
menganggap baginda orang yang tidak belajar, bererti seorang yang bodoh.
Ensiklopedia Barat juga mendefinasikan Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak
prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa m asalah baginya, tapi bagi
yang prihatin, yang hatinya terbuka, kita rasakan seolah-olah ada yang tidak
kena dengan maksud Ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya
sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf.
Maqam Rasulullah SAW |
Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu
ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau
belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai,
dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. Jika akal dan
roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.
Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab
lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca,
berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak
mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai. Itulah lumrahnya. Tetapi
itu adalah proses untuk manusia biasa.
Oleh kerana Rasulullah itu orangnya
luar biasa, Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha
Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah
sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh
itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar. Sebenarnya Rasulullah SAW tidak perlu membaca
dan menulis.
Mari kita bahaskan pula perkataan
Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada ‘ibu’.
1. Ibu kalau dibahaskan secara lahir
ia merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana
mungkin dapat melahirkan zuriat.
2. Bagi yang tidak bernyawa yang
disebut ibu juga contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti.
Itu disebut ibu juga.
3. Ibu secara batin atau maknawi punya
erti yang lebih hebat, iaitu ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh.
Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus bagi ilmu pada
Rasulullah tanpa menggunakan alat. Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy
iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu
dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rsulullah
tidak belajar.
Rupa-rupanya begitu hebat Allah
memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa
melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang
cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.
Layaklah Rasulullah itu dikatakan ibu, kerana baginda ialah ibu segala ilmu,
ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan
lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang,
pengorbanan, perjuangan dan lain-lain.
Malah yang membenarkan dan melayakkan
lagi baginda menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana
rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan
kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi, haiwan, tumbuhan,
Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan
baginda dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan
nama Tuhannya.
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan
puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan
kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba
mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa:
“Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan
bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah.” Nampak macam logik dan
rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud Ummiy yang
sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah SAW. Akhirnya umat Islam dari
generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi
terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur
bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan, dan lain-lain tetapi yang lebih
parah dari itu ialah miskin iman.
Usaha-usaha untuk memperkecilkan
martabat Rasulullah memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam.
Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar
umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba
ditutup dan dilindungi. Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy
adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf.
Mari kita lihat pula kaedah menuntut
ilmu melalui proses luar biasa ini. Rasulullah itu digelar Ummiy kerana padanya
diberikan ibu segala ilmu. Sepertimana Al Fatihah dikatakan Ummul Kitab, kerana
di dalamnya adalah intipati Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana
wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh kerana apa yang
dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu ilmu, ia tidak boleh
diterima melalui proses biasa. Ibarat
seorang yang ingin mengail ikan yang besar, mestilah menyediakan kail yang
besar dan kuat, umpan yang baik, tali kail mestilah kemas dan tahan, peralatannya
mestilah gagah dan sesuai dengan ikan yang hendak dikail.
Begitu jugalah bagi seseorang yang
ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasululah mendapat
wahyu, tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera.
Ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda adalah diajar terus kepada ibu
dirinya iaitu akal dan roh. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis.
rumah Nabi |
No comments:
Post a Comment