Subhanallah.. Rumah Allah.. Rindunya! |
Mengapa
engkau tidak terasa Maha Hebatnya Tuhan
Maha
Berkuasa yang tidak ada tara dan tolok bandingnya
Kerana
itulah engkau tidak takut pun kepada-Nya
Engkau
tidak takutkah berhadapan
dengan
Zat yang Maha Agung
Penglihatan-Nya
berlaku serentak seluruh yang wujud
Sekalipun
sebesar habuk tidak terkecuali daripada
penglihatan-Nya
Dan
penglihatan-Nya tidak pernah rehat
sekalipun
sekadar kerdipan mata
Pengetahuannya
pun meliputi seluruh yang wujud
mahupun
yang tidak wujud
Yang
dahulu mahupun yang kemudian
Yang
sudah luput mahupun yang masih wujud
Tidak
pernah pun tercicir walau sebesar habuk
yang
halus yang dilupakan-Nya
Pendengaran-Nya
seluruh yang wujud, kecil dan besar,
bersuara
atau tidak seluruh yang ada
Tidak
ada satu benda tidak ada di dalam kekuasaan-Nya
sekalipun
sebesar debu yang maha halus
Qudrah-Nya
tidak menggunakan tenaga seperti makhluk
Iradah-Nya
lulus kerana ia berlaku
bukan
dari perasaan-Nya
Tuhan
Berkehendak bukan mengikut perasaan
atau
nafsu-Nya
Kerana
Zat-Nya yang Maha Suci sudah sedia
mempunyai
sifat kehendak
Kemampuan
sifat Qudrah-Nya luar biasa
kerana
bukan menggunakan tenaga
Sebut
sahaja ada, berlaku ada,
sebut
sahaja tiada, berlakulah tiada
Keagungan-Nya,
kesempurnaan-Nya,
kemuliaan-Nya
tidak pernah luak
Bahkan
tidak pernah bertambah
Kalau
berlaku pertambahan
bererti
sebelumnya ada kekurangan atau luak
Kerana
segala-galanya sudah sedia sempurna
Yang
tidak perlu disempurnakan lagi
Apakah
engkau tidak gerun
dengan
Zat yang Maha Agung,
Maha
Hebat dan serba Maha ini
Apakah
engkau boleh melupakan Zat-Nya begitu sahaja
Tanpa
terasa apa-apa di dalam hati dan jiwa engkau
Engkau
sebenarnya telah diserang oleh penyakit jiwa
yang bukan
penyakit jiwa yang biasa
No comments:
Post a Comment