Aku Mengadu Pada-Mu Akan Dosaku


Aku mengadu kepada-Mu ya Allah, ya Tuhanku.
Dosa-dosaku menggunung besarnya.
Kesalahan-kesalahanku sepenuh pasir Sahara banyaknya.
Aku menyesal wahai Tuhan, keterlanjuran itu.
Aku sedih dan derita dengan dosa-dosaku.
Aku pohon dengan rahmat-Mu, ampunkanlah aku.
Tuhan, janganlah biarkan aku tidak berampun.
Dengan rahmat-Mu, apalah salahnya, ampunkanlah aku.
Kalau Engkau ampunkan aku, kebesaran Engkau tidak terjejas.
Jika Engkau tidak ampunkan aku, aku kan hamba-Mu.
Kasihanilah hamba-Mu ini yang telah menyesal.
Aku berjanji tidak akan aku ulangi lagi.
Tuhan dengarlah rintihanku ini.
Tuhan terimalah penyesalan aku ini.
Tuhan kabulkanlah permintaanku.
Janganlah Engkau kecewakan permohonanku ini.
Aku tidak jemu-jemu mengulangi permohonanku.
Aku tidak akan putus asa di dalam soal ini.
Aku yakin dengan rahmat-Mu yang luas itu, dosa-dosaku Engkau akan ampunkan juga akhirnya.
 

Roh Amal Itulah Sifat Taqwa



Engkau bersembahyang, tidak semestinya engkau sembahyang.
Kalau bukan sembahyang, ertinya bukanlah ibadah namanya.
Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya.
Tidak khusyuk ibadah, ibadah bangkai namanya.
Kalau ibadah bangkai, apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja, apakah hendak menambah taqwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji.
Kalau semata-mata jadi gaji, akhirnya jadi najis atau jadi barang yang buruk sahaja.
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha.
Untung dunia, ia terjadi dengan sendirinya.
Selama mana kita bekerja dan berusaha, memang ada hasilnya.
Kalau ia dibagi roh atau jiwa, alangkah baiknya, 
ia menghasilkan sifat taqwa.
Itulah bekalan ke Akhirat sana.
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri di atas kerja dan usaha.
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah.
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia.
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya.
Menolong memudahkan kehidupan mereka.
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu, kalau niatnya betul, dapat pahala, itulah taqwa namanya.
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah dan utk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya?
Apakah kita berusaha dan bekerja semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah, atau ada hasil yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan,
ia biasanya terjadi dengan sendiri.
Tapi apakah di dalam usaha itu ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan di antara sifat taqwa.
Alangkah untungnya kalau kita bekerja dan berusaha mendapat dua pahala.
Pahala dunia itulah hasil usaha yang kita rasa di dunia lagi.
Pahala Akhirat kerana pada usaha dan kerja itu kita ada niat kerana Allah dan berkhidmat kepada manusia.
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha, roh kerja, roh ibadah.
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat sana. 


MADAH baru 173


             
*M16*
Janganlah jadikan Allah itu tempat mendesak,
tapi jadikan ia tempat kita merendah diri,
inginkan pimpinan, mengaku bersalah, mengaku lemah. 

 
*M17*
Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati,
isteri tidak menghormati,
miskin papa orang tidak peduli,
kena marah oleh ibu ayah, 
suami, bos tidak bertimbang rasa,
sakit yang serius, 
kematian orang yang disayangi.
Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan,
keterlanjuran dengan orang,
tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan,
amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya. 

                
*M18*
Kalau kita orang yang mewah,
janganlah kita berbangga,
Allah boleh ambil sekelip mata.
Kalau kita orang yang susah,
janganlah bersedih, 
Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.


*M19*
Berzikir menyebut nama Allah yang bermacam-macam sifatnya,
dengan tujuan agar rasa bertuhan itu benar-benar menghayati hati (menghidupkan hati),
moga-moga dengan itu akan menyuburkan rasa kehambaan di dalam hati,
supaya dengan itu akan menghilangkan sifat sombong, pemarah, hasad, dendam dan    lain-lain lagi.
Mazmumah itulah punca penyakit masyarakat.


*M20*
Mukmin sejati (orang bertaqwa) selalu lapang dada, 
orang bersalah dengannya dimaafkan, 
dia bersalah kepada orang, dia meminta maaf  kepadanya, 
ujian yang tiba, sabar menerimanya, 
ketentuan Allah dia redha, 
orang jahat didoakan agar mendapat hidayah, 
orang baik disokongnya, 
waktu susah dan senang sama saja, 
seperti mana dia diziarahi orang,dia juga suka menziarahi, 
dengan orang Islam selalu baik sangka.

MADAH baru 172


*M11*
Kuat harap, takut, cinta seseorang  itu pada Allah, 
akan mendorong dirinya mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. 
Jika salah satu daripada tiga ini tiada, 
seseorang itu tidak akan menjadi orang yang  taat,
sekalipun dia seorang yang alim.


*M12*
Di antara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan ialah:
Manusia selalu mengucapkan,
"Saya ikhlas ni."
Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati, malaikat pun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah,
hanya Allah saja yang tahu. 
Oleh kerana itu ikhlas mana boleh diaku-akui. 

 
*M13* 
Orang yang ikhlas, mengamalkan agama setiap masa 
kerana Allah menghendaki demikian.
Orang yang tidak ikhlas, mengamalkan setelah terdesak,
setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan.


*M14* 
Setiap nikmat yang kita terima
hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
hingga terasa malu memilikinya.
Tapi anugerah Tuhan kenalah terima,
kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya.
Dengan itu kita akan selamat dari berbangga,
terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.


*M15 *
Rasa kehambaan itu bukan sekadar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana,
kerana kita di mana-mana tetap saja hamba,
agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum'ah, ujub dan lupa daratan.

Tujuan Ibadah Hendak Mendapatkan Tuhan


Tujuan ibadah fardhu dan sunat hendak mendapatkan Tuhan.
Dari ibadah hendak menyuburkan takut dan cintakan Tuhan.
Dari situ akan sentiasa hidup rasa bertuhan ini di dalam jiwa, di dalam kehidupan.
Di mana pergi, teringat-ingatkan sahaja Tuhan di dalam jiwa.
Rasa bertuhan itulah jiwa mempunyai kekuatan.
Kekuatan jiwa itulah yang dikatakan jati diri pada hamba Tuhan.
Ia menjadi baju besi rohani dan maknawi 
agar perkara yang negatif pada pandangan, pendengaran dan fikiran di dalam kehidupan, jiwa tidak dirosakkan.
Jiwa yang tidak  dirosakkan oleh keadaan kehidupan, tidak merosakkan akhlak insan.
Akhlak yang mulia itu, ia adalah hiburan. 
Hibur-menghiburkan sesama insan atau sesama hamba Tuhan.
Ada orang beribadah, ia dapatkan dirinya sendiri.
Dia rasa senang dengan ibadahnya dan rasa selamat kerana ibadahnya.
Dia pun merasa dirinya orang baik dan nampak orang lain jelik.
Dia rasa mendapat pahala dan merasakan dia orang luar biasa.
Megah pun datang dengan ibadahnya,  
sombong tiba kerana ibadahnya.
Rupanya ada orang beribadah, ibadahnya sudah terpesong.
Tujuan ibadah untuk mendapat Tuhan, takutkan Tuhan, cintakan-Nya, hingga rasa bertuhan subur di dalam jiwa.
Side effectnya rasa hambanya pun subur di jiwa.
Rasa hina, rasa malu, rasa lemah, rasa harap kepada Tuhannya.
Tapi dia dapatkan dirinya sendiri, dia rasa bangga dapat pahala.
Ibadahnya menghilangkan rasa bertuhannya, 
ibadahnya merasakan dia bangga.
Maka dia tertipu dengan ibadahnya.
Bahkan dia tidak terasa lagi berdosa.
Begitulah orang yang beribadah jahil tentang Tuhannya.
Jahil memahami konsep ibadah.
Maka ibadahnya menjadi bala kepadanya.
Orang beribadah beginilah yang masuk Neraka, bukan ke Syurga.
Wal’iyazubillah. 
Orang beribadah  taraf itulah banyak terjadi di akhir zaman.
Kerana itulah ahli ibadah di zaman ini tidak ada kesannya di dalam kehidupan. 


Sifat Para Wali Allah



Ada orang, lahirnya ibadah para-para wali
tapi hatinya syaitan.
Ada orang, ibadah lahirnya ibadah para wali, kerana banyaknya,
tapi hatinya haiwan.
Ada orang, ibadah lahirnya ibadah biasa sahaja, tidaklah banyak,
tapi hatinya adalah hati wali.
Ada orang, ibadah lahirnya adalah ibadah para wali, hatinya juga hati wali.
Orang jadi wali adalah faktor hatinya, sekalipun yang lahir ibadah yang wajib-wajib sahaja.
Orang jadi wali bukan faktor ibadah lahirnya.
Tapi orang jadi wali adalah faktor hatinya.
Fikirannya bersih, rohnya bersih, nafsu sangat terdidik.
Kalau orang boleh beristiqamah dengan hukum-hukum yang wajib pun,
boleh jadi dapat pangkat wali.
Kerana mengekalkan istiqamah itu tidak mudah.
Ia adalah sifat para wali sahaja.
Kerana hendak mengekalkan istiqamah 40 hari sahaja pun payah dapat.
Betapalah hendak kekalkan istiqamah selama 40 tahun.
Atau sepanjang umur kita dari sejak baligh, lagilah payahnya.
Nabi ada bersabda yang bermaksud, kalau tidak silap saya,
“Janganlah engkau minta jadi wali tapi mintalah istiqamah.
Kerana istiqamah itu salah satu ciri para wali."
Di antara ciri-ciri hati wali itu mengikut Al Quran,
"Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak takut ke atas mereka itu hal-hal dunia dan mereka tidak berdukacita hendak berhadapan dengan hari kematian."


MADAH baru 171



*M6*
Senyum itu tanda kemesraan, 
diberi kepada manusia dianggap sedekah. 
Ketawa itu lambang kelalaian, 
selalu dilakukan, hati akan mati, 
dibuat di hadapan manusia,
menghilangkan maruah diri. 

                           
*M7*
Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah, ia tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak akan mengulanginya lagi. 

*M8*
Syukur nikmat dan kesabaran dalam ujian amat mudah diucapkan tapi amat sulit dilaksanakan. 

 
*M9*
Tahu yang diri kita itu hamba, itu adalah ilmu. 
Merasa yang diri itu hamba, itu penghayatan.
Yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, syukur, takut, hina dan lain-lain sifat kehambaan.


*M10*
Tahu Allah itu ada, 
percaya Dia bersifat ilmu, mendengar, melihat, berkuasa dan lain-lain lagi sifat-sifat ketuhanan, itu adalah bersifat ilmu (tauhid ilmu). 
Merasa yang Allah itu sentiasa mengetahui, mendengar, melihat, berkuasa dan lain-lain lagi,
itu penghayatan (tauhid penghayatan). 
Daripada perasaan kedua inilah, seseorang itu akan dapat mengawal diri daripada kemungkaran lahir dan batin sekalipun seorang diri. 

              

             

MADAH baru 170


*M1*    
Lahirkanlah kemesraan kita sesama manusia,
kerana itu adalah haknya,
tapi jangan putus hati kita dengan Allah,
itu adalah hak-Nya pula.


*M2*
Ingatkanlah lebih dahulu nikmat dari Allah sebelum makan dan sebagainya,
agar kita terasa tidak punya apa-apa,
barulah kita sedar Allah itu siapa. 

 
*M3*         
Jika kita marah pada seseorang,
jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya.
Begitu juga jika suka pada seseorang,
jangan sampai tidak nampak lagi  kelemahannya. 

 
*M4*         
Kalau marah, biarlah berpatutan, 
kalau suka, biarlah juga berpatutan, 
supaya kita berada di dalam pertengahan. 
Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan.
  

*M5*
Di antara perkara yang mudah diceritakan susah diamalkan ialah sifat sabar,
kerana sabar itu ada hubungan dengan hati. 
Hati ada perasaan, 
lidah tidak ada perasaan cuma ada sentuhan.

Jiwa Yang Reput Dan Rapuh


Ramai orang yang lasak badannya, tidak lasak hatinya.
Ketahanan badannya luar biasa, tidak tahu letihnya
tapi hatinya rapuh.
Boleh berjalan jauh, boleh membuat kerja berat, kurang rehat, sungguh luar biasa.
Jarang sakit, kalau sakit ringan, masih boleh membuat kerja.
Mampu mendaki gunung, larat merenangi lautan, sanggup merentas hutan belantara.
Kerja tidak rehat-rehat, cergas, tangkas, gegas.
Begitulah hebatnya tubuh kasarnya, boleh menanggung beban yang berat, kurang rehat.
Tapi malang sekali, ramai orang hatinya rapuh.
Jiwanya tidak tahan lasak, mudah sakit, mudah letih, mudah sedih.
Hatinya mudah merajuk, susah dipujuk, mudah sakit hati, mudah gelisah.
Mudah sahaja hatinya benci, meluat, jemu, lesu.
Jiwanya mudah terseksa, derita, sengsara, resah.
Jiwanya mudah sahaja tersinggung. Padahal masalah kecil sahaja, tapi jiwa tidak mampu menanggung.
Mudah sakit hati, mudah berdendam, mudah dengki, mudah kecewa.
Yang lebih dahsyat, mudah sombong, mudah marah, mudah menyerang, mudah tercabar.
Hati tidak tahan ada saingan, ada cabaran, ada tekanan, ada gesaan.
Begitulah manusia ramai yang fiziknya tahan lasak,
tapi jiwanya rapuh, reput, mudah terpelengot.
Jiwanya tidak tahan lasak.
Tidak mampu dibebankan dengan kesusahan, dibenci, diberi malu, dihina, dikata.
Tidak sanggup ada saingan dan cabaran.
Tidak mampu berhadapan dengan tekanan, gesaan dan arahan.
Lebih-lebih lagi dengan kemarahan.
Oleh itu ramai orang yang sakit jiwa di dunia ini, paling tidak, sering sahaja risau, resah dan gelisah.
Orang yang takut dan cintakan Tuhan sahaja jiwanya lasak dan tidak rapuh.
 

Makanan Panglima



Suatu saat Umar bin Khatab berkeinginan meninjau pasukan kaum muslimin yang sedang berjaga di perbatasan Syam. Beliau memacu kudanya hingga akhirnya sampai diperbatasan Syam. 

Selepas melakukan inspeksi, Umar beristirahat di tenda Abu Ubaidah bin Al-Jarah, panglima pasukan kaum muslimin.

Ketika itu waktu menunjukkan jam makan siang. Abu Ubaidah menawarkan makan kpd Umar, "Wahai Amirul Mukminin, apakah mau makan siang dengan menu utk prajurit atau menu panglima?"

Umar menjawab, "Coba kedua-duanya bawa kesini."

Maka petugas menghadirkan makanan prajurit kepada Umar, ternyata menunya adalah daging, bubur dan kaldu daging.

"Ini makanan utk prajuti?!! Tanya Umar

Mereka menjawab, "Benar wahai Amirul Mukminin."

"Kalo begitu, ambilkan makanan yg utk panglima." pinta Umar. 

Maka petugas mengambilkan makanan dg menu utk panglima yang isinya terdiri dari remah-remah roti kering, sedikit yogurt, dan beberapa biji kurma.

"Sungguh benar sosok yg telah memberikan engkau gelar sebagai Amiin Hadzihil Ummah." ucap Umar 

Umar pun menangis sambil mengatakan, "Sungguh Abu Ubaidah adalah orang yang bisa dipercaya oleh umat ini. Sebaik-baik orang yg dpt dipercaya adalah engkau Wahai Abu Ubaidah."

Ketika tiba kembali di rumah, Umar mengatakan,

*غيرتنا الدنيا إلا أنت يا أبا عبيدة*
*_Dunia telah merubah kami semua, kecuali engkau wahai Abu Ubaidah_*

Sumber
Tarikh Khulafaur Rasyidin

#sejarahislam #KetikaKitaMemilikiIzzah #membacasejarah #cuplikansejarah #AbuUbaidah #Aljarrah

Ust Akmal Burhanuddin Lc

MADAH baru 169


*M1021*
Setelah pengaruh pemikiran ahli falsafah Yunani masuk ke masyarakat Islam,
maka lahirlah manusia-manusia di kalangan umat Islam yang sangat bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. 

 
*M1022* 
Di antara kesesatan ahli falsafah menganggap bahwa alam ini abadi, 
seperti abadinya Tuhan.
  

*M1023* 
Ahli fikir atau ahli falsafah mereka tidak suka bergaul dengan masyarakat,
berlainan sekali dengan ahli kerohanian,
mereka bergaul dengan masyarakat. 

 
*M1024*
Ahli fikir atau ahli falsafah tidak mendidik masyarakat,
tapi ahli rohani mendidik masyarakat. 

 
*M1025*
Ahli fikir atau ahli falsafah kalaupun tahu penyakit masyarakat,
tapi tidak tahu hendak mengubatnya,
berlainan sekali dengan ahli kerohanian,
disamping kenal dengan penyakit masyarakat, 
mereka tahu pula mengubatinya,

Sombong penghalang perpaduan


Penyakit sombonglah yang memporak-perandakan dunia.
Dari sakit sombonglah, manusia menderita dan sengsara.
Dari sifat sombong, lahir hasad dengki.
Beberapa ramai orang yang teraniaya dari hasad dengki seseorang.
Dari sifat sombong, lahirlah sifat pemarah yang tidak dapat dikawal.
Berapa ramai pula orang yang dapat malu atau terseksa dari kemarahan seseorang.
Dari sifat sombong, lahirlah tidak mahu menerima kebenaran seseorang.
Ramai pula orang yang teraniaya dari dendam kesumatnya yang tidak dapat dikawal dan ditahan.
Dari sifat sombonglah, lahirlah sifat menghina dan mencerca orang, terutama orang bawahan.
Beberapa ramai pula orang yang dapat malu dan terhina dan jiwa derita.
Dari sifat sombong, seseorang ada kuasa sedikit sahaja, lahirlah sifat bangga, rasa ada kuasa, rasa mulia memandang orang lain hina.
Maka dijatuhkanlah maruah orang sesuka hati, 
menghina orang, memalukan orang, membuat arahan sewenang, menganggap orang tidak berguna.
Ramai pula orang sakit hati, benci, dendam, marah, menunggu peluang hendak membalasnya.
Dari sifat sombong, lahirlah tidak taat, tidak mahu patuh, susah hendak didisiplinkan.
Ibu bapa, guru, pemimpin pula selalu sakit hati.
Rasa tercabar, tentu marah, kalau mereka sombong pula, akan bertindak semberono dan melulu atau sesuka hati.
Maka haru-birulah berlaku, perpecahan menjadi-jadi, kasih sayang punah-ranah.
Dari sifat sombong, lahirlah sifat tidak boleh dicabar atau tidak boleh orang lain lebih, maka dia mencabar pula dan membalas dendam.
Beberapa ramai pula manusia teraniaya menderita dan sengsara kerananya.
Dari sifat sombonglah, hilang kasih sayang, hilang persaudaraan, hilang rasa bersama, tidak ada kerjasama, perpaduan pun hilang 
Hilang bahagia, timbul ketakutan, prejudis sesama manusia, harmoni tidak ada.
Sepatutnya para pemimpin dan ulamak mendidik manusia menghilangkan penyakit sombong.
Jangan hanya ajak manusia bersatu dan berpdu.
Penghalang perpaduan dan persatuan adalah penyakit sombong, tapi dibiarkan.
Itulah yang terjadi di dunia hari ini,
manusia terseksa kerana sifat sombong.
 

MADAH baru 168



*M1016*
Biasanya atau kebanyakan ahli fikir atau ahli falsafah hanya mengumpul ilmu atau teori,
tapi orang lainlah yang mengamalkannya dan memperjuangkannya,
tapi ahli rohani mereka sangat mengamalkan dan memperjuangkannya.


*M1017*
Ahli falsafah teori mereka selalunya dibatalkan oleh teori ahli falsafah yang datang kemudian.
Ini tidak berlaku kepada ajaran ahli kerohanian,
kerana ajaran ahli kerohanian sejak nabiyullah Adam sampai Nabi Muhammad SAW,
ajaran aqidahnya selalu sama tidak berubah. 

 
*M1018*
Ahli fikir atau ahli falsafah selalunya sombong dan ego.
Berlainan sekali ahli kerohanian,
mereka adalah golongan yang tawadhuk dan berakhlak tinggi lagi mulia. 

 
*M1019*
Ahli fikir atau ahli falsafah, orang ramai mengkagumi pendapatnya atau ilmunya, 
tapi tidak mengkagumi peribadinya. 
Berlainan sekali ahli kerohanian, 
mereka mengkagumi ilmunya dan sikap peribadinya. 
  

*M1020*
Ahli kerohanian:
orang yang sayang, sayang sangat, yang benci pula benci sangat.
Berlainan pula ahli fikir atau ahli falsafah, 
orang yang sayang tidaklah sayang sangat, 
begitu pula orang yang benci tidak pula benci sangat. 

 

Jadikan Ibadahku Mendekatkan Aku Kepada-Mu


Ya Allah, jadikanlah ibadahku mendekatkan aku kepada-Mu.
Jadikanlah ibadahku memusnahkan mazmumahku,
menjadikan Engkau redha padaku.
Janganlah jadikan ibadahku derhaka di dalam taat, 
ibadah itu akan melaknat.
Janganlah jadikan ibadahku menyuburkan mazmumah.
Tuhan... 
Jadikanlah perjuanganku untuk-Mu.
Janganlah jadikan perjuangan itu untukku.
Ia adalah satu bala bencana.
Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah ilmuku penyuluh hati,
agar nampak segala mazmumah, supaya dapat dimusnah.
Janganlah Engkau jadikan orang mendapat manfaat, tapi aku dilaknat.
Ya Hannan, Ya Mannan,
jadikanlah dakwahku orang sedar, lahir ukhwah, masyarakat bersatu-padu.
Janganlah lahir dari lidahku seperti panah,
yang mengharu-birukan dan memecah-belah  serta menjadi fitnah kepada hamba-hamba Allah.
Ya Allah Tuhanku... 
Jadikanlah seluruh kebajikan dan khidmatku sebagai ibadah.
Janganlah Engkau jadikan ibadahku untuk bermegah-megah.
Ia akan jadi sebagai habuk-habuk yang berterbangan yang tidak memberi faedah.
Tuhan, aku berlindung dengan-Mu daripada apa yang telah aku sebutkan.
Akhir sekali, selamatkan aku Tuhan daripada segala tipu daya nafsu dan syaitan. 


KETIKA BAGINDA RASULULLAH SAW BERBICARA DENGAN SEEKOR LEBAH



‎✿ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ✿

Suatu hari Rasulullahٍ SAW  sedang duduk bersama Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA di kebun. Di atas kepala mereka ada lebah yang berisik mengeluarkan suara khasnya.
Mendengarnya Rasul tersenyum dan bertanya pada Sayyidina Ali :
“Wahai Ali, tahukah engkau apa yang dikatakan lebah ini?”

Sang Lebah berkata kepadaku :
“Wahai Rasulullah SAW , aku telah sisipkan sedikit madu untukmu. Aku ingin hari ini engkau menjadi tamuku. Perintahkan Ali untuk mengambil madu itu ditempatnya.”
“Wahai Ali, ambillah madu itu. Lebah ini ingin kita menjadi tamunya hari ini”.
Kemudian Rasulullahٍ SAW  bertanya pada lebah :
“Kau menghinggapi bermacam bunga, tapi mengapa madu yang kau hasilkan begitu manis dan berkhasiat”.
Lebah itu menjawab :
“Ya Rasulullah, setiap kami mendekati bunga, ALLAH SWT mengilhamkan pada kami untuk berselawat kepadamu. Dan kerana selawat itu, terjadilah apa yang terjadi pada madu yang kami keluarkan.”
Subhanallah...

Segala sesuatu yang berhubungan dengan Rasulullah SAW akan berubah menjadi manis dan mulia. Bila binatang saja merasakan keajaiban dengan berselawat kepada Nabi SAW  bagaimana dengan umatnya yang sering berselawat kepada Hadhratur Rasul SAW 

Ya ALLAH...
Basahi bibir kami untuk sentiasa istiqomah berselawat kepada Rasulullah SAW , berkahi kami pada bulan Ramadhan ini, malam-malam dan harinya, sampaikan kami pada bulan Ramadhan berikutnya dan jadikan kami mendapatkan kebaikan yang agung di dalamnya. 

‎ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﻳﺎ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ

*10 KEUTAMAAN MEMBACA SELAWAT*
==================
-
Telah Berkata :
*SAYYIDINA AL IMAM IBNUL JAUZI RAHIMULLAH*
-
1. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Akan Mendapatkan Kasih Sayangnya Allah SWT .

2. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Akan Mendapatkan Syafa'at Baginda Rasulullah ﷺ.

3. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Meneladani Amalan Para Malaikat Yang Mulia.

4. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Di Bezakan Dari Golongan Orang Kafir & Munafik.

5. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Dapat Menghapus Diri Dari Kesalahan & Dosa - Dosa.

6. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Akan Terkabul Segala Hajat & Pengharapan.

7. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Akan Bercahaya Di Dalam Zahir & Batin-Nya.

8. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Akan Mendapat Keselamatan Diri Dari Siksa Api Neraka.

9. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Akan Menjadi Sebab Masuk Ke Dalam Syurganya Allah SWT .

10. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
   Mendapat Salam Dari Allah SWT Yang Maha Ampun.

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

MADAH baru 167


*M1011*
Biasanya ilmu ahli fikir, orang lain mengamalkannya,
tapi ilmu ahli rohani, dia sendiri yang paling mengamalkannya. 

 
*M1012*
Ahli rohani meyakinkan orang dengan Tuhan,
tapi ahli fikir menjadikan orang ragu dengan Tuhan.


*M1013*
Ahli fikir hendak menerima sesuatu pendapat berdasarkan logik,
tapi ahli rohani menerima dengan iman 
dan keyakinannya, sekalipun tidak logik.


*M1014*
Pendapat ahli fikir semata-mata atas dasar logik,
tapi pendapat ahli rohani ada yang boleh diterima walaupun bukan atas dasar logik. 

 
*M1015*
Ahli fikir atau ahli falsafah ada yang memuja arak dan mabuk arak.
tapi ahli rohani  memuja Tuhan dan mabuk Tuhan.

Takutilah Dosa Kecil Atau Besar



Takutilah dosa, kecil atau besar.
Ia adalah bala bencana yang paling besar, di dunia dan di Akhirat.
Kerana dosa-dosa, terputus hubungan dengan Allah yang Maha Esa.
Kemurkaan Allah pun menimpa kita.
Dengan dosa-dosa, terhijab kita dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Tertolak doa kita, ibadah tidak ada lagi berharga.
Lantaran dosalah, segala bentuk kesusahan dan yang menakutkan berlaku di dunia, 
sebagai hukuman kepada manusia.
Di Akhirat apatah lagi, Neraka padahnya.
Penderitaan yang tiada bandingan dan tiada taranya.
Takutilah dosa, walaupun sekecil-kecilnya.
Ia adalah menjadi hijab di antara hamba-hamba dengan Tuhannya.
Kerana dosa-dosa hamba-hamba Allah, pemimpin yang zalim Tuhan beri kuasa,
sebagai hukuman kepada mereka.
Agar manusia kembali kepada Tuhannya.
Dosa-dosa kecil dan besar adalah amat dahsyat.
Lebih dahsyat daripada segala bala bencana.
Jauhilah dosa kecil atau besar.
Apabila berlaku, bertaubatlah segera.
Sebelum Tuhan membalas ke atas kita.
Jauhilah dosa, kerana ia adalah merupakan kemalangan yang paling besar dan dahsyat.
Prihatinlah dengan dosa,
agar kita sentiasa mengawasinya.
Moga-moga kita terhindar darinya.
 

Kalam Allah




Di antara sifat Tuhan yang wajib lagi mulia, "Kalam" namanya.
Ertinya Tuhan itu Berkata-kata
mempunyai bahasa yang tersendiri.
Bahasa-Nya tidak sama dengan mana-mana bahasa makhluk-Nya.
Bahasa makhluk, bahasa yang Tuhan ciptakan.
Bahasa-Nya bukan bahasa ciptaan.
Ia sudah sedia ada pada Azali, yang tidak diukur mengikut masa dan zaman.
Sepertimana Zat-Nya adalah Qadim lagi azali.
Ya, bahasa-Nya juga Qadim lagi azali seperti Zat-Nya.
Bahasa Allah, Tuhan kita, tersendiri,
tidak dapat difikirkan, tidak dapat dikhayalkan.
Tidak sama dengan bahasa-bahasa makhluk ciptaan Tuhan.
Tuhan bercakap tidak berlafaz, tidak berhuruf, tidak bersuara.
Tuturan-Nya tidak ada yang dahulu dan tidak ada yang kemudian.
Maha Suci Tuhan bahasa-Nya dapat digambarkan macam mana dan bagaimana.
Tidak ada koma,  full-stop, tidak ada tanda tanya dan seruan.
Al Quran adalah bahasa malaikat
atau bahasa Rasul, terjemahan bahasa Tuhan.
Kita hanya dapat faham maksud daripada bahasa Tuhan, dari bahasa Al Quran.
Tapi bahasa Tuhan bukan macam bahasa Quran.
Maha Suci Tuhan yang bahasa-Nya sedemikian.
Jika kita tidak dapat fikirkan dan khayalkan,
sudah betullah itu mengikut pegangan dan keyakinan.
Jangan diubah lagi keyakinan itu mengikut sangkaan. 


MADAH baru 166




*M1006*
Ahli kerohanian, semakin bersih atau tajam jiwanya, semakin takut atau cinta dengan Tuhannya. 
Tapi ahli fikir atau ahli falsafah; sebab fikirannya tersendiri;
semakin tajam fikirannya, kemuncaknya menafikan adanya Tuhan. 

 
*M1007*
Ahli kerohanian yang sejati, mampu mempertajamkan 
akalnya dan boleh membelasah jiwanya sekuat akalnya yang juga kuat,
tapi Ahli fikir atau ahli falsafah tidak boleh mempertajamkan atau tidak boleh menguatkan jiwanya. 

 
*M1008*
Ahli fikir atau ahli falsafah, setakat dirinya dikagumi oleh manusia,
tapi tidak ada pengikut yang setia. 

 
*M1009*
Ahli kerohanian adalah manusia 
yang memuja Tuhannya
tapi ahli fikir atau falsafah memuja akalnya atau mentuhankan akalnya. 

 
*M1010*
Ilmu ahli rohani mudah difaham,  menyejukkan hati,
tapi ilmu ahli fikir atau falsafah susah difaham
bahkan adakalanya menyakitkan kepala 
dan menggelisahkan jiwa.

MADAH baru 165


*M1001*
Ahli fikir dan ahli filasuf akan melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi. 
Para rasul dan para nabi melahirkan agama.
Antara dua ajaran ini, payah hendak ditemukan. 

 
*M1002*
Hari ini umat Islam lebih menyanjung ideologi daripada agama.
Perjuangan mereka bukan agama lagi, tapi adalah ideologi.


*M1003* 
Hari ini ideologi telah menjadi agama,
agama telah menjadi barang antik maknawi yang hanya tersimpan dalam tempat-tempat yang diletakkan dalam almari untuk dibuat hiasan. 

 
*M1004*
Di Barat, Allah Taala istimewakan dengan lahir ramai ahli-ahli fikir dan ahli-ahli falsafah
tetapi di Timur diistimewakan dengan ramainya lahir para rasul dan nabi. 

 
*M1005*
Ahli-ahli kerohanian yang hak tidak pernah ditimpa penyakit jiwa,
tapi ahli fikir dan ahli falsafah pernah ditimpa penyakit jiwa.

Bumi Tuhan... Bersaksilah