BU YANG MARAH : DOA YANG DIQABUL ALLAH 25 TAHUN KEMUDIAN



Aku sdg membersihkan rumah. Tiba2 anak lelakiku yg msh kecil berlari ke arahku. Dia tersenggol satu pot bunga yg terbuat dari kaca. Pecah hancur berantakan.

Aku benar2 marah krn pot itu mmg mahal harganya. Tanpa ku sadari, aku telah melontarkan kata2,

"Matilah kamu! Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!”

Tahun demi tahun berlalu. Anak lelakiku membesar, aku sdh lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bhw doa itu telah naik ke langit.

Anak lelakiku dan adik2nya yg lain tumbuh besar. Dia anak sulung yg paling aku sayangi dari anak2ku yg lain. Dia anak yg rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik2nya yg lain.

Kini dia telah menjadi seorg insinyur. Tak lama lagi dia akan menikah. Tak sabar rasanya aku ingin menimang cucu.

Ayahnya punya sebuah bangunan yg sdh lama dan ingin direnovasi. Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sdh bersiap2 utk merobohkan satu dinding yg sdh usang.

Sementara pekerja sdg bekerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa diketahui oleh siapa pun. Dgn tak disangka2 dinding bangunan itu roboh menimpanya!

Terdengar suara berteriak dalam runtuhan itu hingga suaranya tak kedengaran lagi.

Semua pekerja berhenti. Heran suara siapa? Mereka berlari ke arah reruntuhan itu. Mereka mengangkat dinding yg menghimpit anakku dgn susah payah dan segera memanggil Ambulan.

Mereka tdk dpt mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yg jatuh pecah berkeping2.

Sebagian mereka mengangkat badan anakku yg hancur dgn hati2 dan segera membawanya ke UGD di RS.

Ketika ayahnya menghubungiku, seakan2 Allah menghadirkan kembali kata2ku padanya semasa ia msh kecil dulu.

Aku menangis hingga pingsan, setelah aku sadar, aku berada di RS dan aku meminta utk melihat anakku. Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yg berkata,

"INI DOAMU KAN? Sudah AKU kabulkan! Setelah sekian lama engkau berdoa, skrg Aku akan mengambilnya!"

Ketika itu, jantungku seakan berhenti berdetak. Anakku menghembuskan nafasnya yg terakhir. Aku berteriak dan menangis sambil berkata,

"Ya Allah! Selamatkanlah anakku! Jgn pergi nak.."

Seandainya, lidah ini tdk mendoakan kejelekan 25 tahun yg lalu...!
Andaikan..! Andaikan..! Andaikan..! Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini tak berguna lagi skrg ini..

Cerita ini dari satu kisah nyata! Pesanku pd para IBU. Jgn sekali2 terburu2 mendoakan KEBURUKAN anakmu ketika kamu sdg marah...!!!

Berlindunglah kepada Allah dari godaan iblis. Jika kamu ingin memukulnya, pukul sajalah, tapi jgn kamu mendoakannya dgn yg bukan2 sehingga kamu akan menyesal sepertiku...!!!!

Sungguh aku menulis ini dgn airmataku yg turut mengalir.

Wahai anakku..! Aku rela rohku turut bersamamu..! Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yg aku rasakan setelah kepergianmu...

Tolong sebarkan cerita ini kpd semua wanita..! Doakanlah yg baik2 saja utk anak2! Doa itu pasti akan terjawab walaupun utk sekian lama. Tunggulah dan Allah pasti mengabulkannya.
(Disadur dari tulisan seorang ibu di Malaysia)

🙏
#JagaEmosi
#JagaPerkataan
#AkuSayangAnakku

fitnah akhir zaman

📎 Ada tiga cara menghadapi dahsyatnya fitnah akhir zaman :

1) At-talaqqi
🍃 yaitu belajar dengan seorang guru yang mempunyai sanad dan jelas sanad keilmuannya sampai tersambung kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

 2) At - taroqqi
🍃 yaitu peningkatan kualiti diri dihadapan Allah dengan berbagai bentuk ibadah, bahkan sholawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebaiknya kita perbanyak jika belum mendapatkan guru yang dapat membimbing, kerana selawat adalah guru ketika seseorang tidak memiliki guru.

 3) At -Tawaqqi
🍃 yaitu penjagaan diri dari berbagai bentuk kemaksiatan.

( Habib Abu Bakar Adni Al Masyhur )

Mengapa Hospital di Makkah selalu sunyi..??


Di Makkah,hospital memang selalu sepi, berbeza dengan Malaysia..
Memang berbeza dan tidak sama.. Yang membezakan adalah Aqidah dan Syariatnya..

Inilah rahsia mengapa di Makkah hospital sangat sunyi, jarang sekali pesakit yang datang...

Ada seorang doktor dari klinik di Tanah suci ( Makkah Al-Mukarromah ). Selama 6 bulan praktikal, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Hingga beliau rasa hairan, orang-orang disini tak pernah sakit ke??

Akhirnya beliau mendapatkan jawapannya, dari salah seorang Muslim disana :

Bila kami sakit,
* Ikhtiar Pertama
Yang kami lakukan adalah Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah. 
Insyaa Allah sembuh dengan izin dan kasih sayang-NYA.

Kalau belum sembuh,
* Ikhtiar kedua 
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :
- Jika badan panas, maka kami perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )
- Jika badan dingin, maka kami banyakkan baca Ayat Kursi.
- Jika sakit yang nampak, maka kami bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.
- Jika sakit yang tak nampak, maka kami banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Dan Alhamdulillah kami akan sihat..Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar ketiga.
* Ikhtiar ketiga
Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit kami.
Insyaa Allah akan sembuh.

Dan kalau tidak sembuh juga, akan kami tempuh ikhtiar yang keempat.
* Ikhtiar ke-empat
Iaitu banyak-banyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.

Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar ke-lima.
* Ikhtiar ke-lima
Iaitu minum Madu dan Habbatussauda.

Kalau belum sembuh lagi..
* ikhtiar ke-enam
Iaitu dengan mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.
Dan Alhamdulillah, Laa Hawlaa Wa laa quwwata illa billah..

Jika belum sembuh2 juga lagi, baru kami..
* Ikhtiar ke-tujuh
Iaitu pergi ke Doktor yang Soleh.
Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..

Semoga bermanfaat..

``PENGSAN DALAM BILIK MANDI```

`

Amalkan mandian songsang.

```kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.```

```1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.```

```3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.```

👉```Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.```

✅```Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita``` ```cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.```

🚿```Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.```

🚿```Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.``

🚫```Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....```

Keutamaan ilmu dibandingkan harta menurut Ali bin Abi Thalib


---------------

1.ilmu adalah warisan para nabi dan rasul,sedangkan harta adalah warisan fir'aun dan qarun

2.ilmu akan menjaga kita,sedangkan harta sebaliknya,kitalah yang harus menjaganya

3.semakin banyak ilmu semakin banyak orang yang menyayangi dan menghormatinya.sedangkan semakin banyak harta,semakin banyak musuh dan orang yang iri kepadanya

4.ilmu jika diamalkan malah akan semakin bertambah,sedangkan harta jika digunakan akan semakin bekurang

5.pemilik ilmu akan dihormati dan mendapat sebutan baik,sedangkan pemilik harta seringkali dicemooh dan mendapat julukan yang buruk

6.ilmu tidak ada pencurinya sedangkan harta banyak pencurinya

7.pemilik ilmu akan diberi syafaat (pertolongan) dihari akhir kelak,sedangkan pemilik harta akan dihisab diusut asal muasal hartanya oleh allah swt

8.ilmu akan kekal selamanya,sedangkan harta akan habis suatu saat nanti

9.pemilik ilmu akan dijunjung tinggi dengan kualitas manusianya,sedangkan pemilik harta akan dijunjung tinggi dengan kualitas hartanya

10.ilmu itu akan menyinari pemiliknya,sehingga hatinya menjadi lembut.sedangkan harta akan membuat gelap mata pemiliknya,hati menjadi keras dan hidup tidak tenteram

BERGEGAR ARASY ALLAH KETIKA SYAHIDNYA

KENALI SAAD AS-SULAMI : 

Saad as-Sulami memiliki kulit yang tersangat hitam, lebih hitam dari Bilal ibn Rabah. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad as-Sulami ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam. 

Rasulullah SAW menyuruh Saad as-Sulami  meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, Atikah binti Amr, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini. Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang.

Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika. Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah. 

Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau mempunyai duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut,  Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya,

Saad as-Sulami pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut. Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar  seruan untuk berjihad ke medan peperangan. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jihad itu.

Ketika sampai di tempat berkumpulnya mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat menyentuh isterinya. 

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad as-Sulami   dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Berbahagialah kamu wahai Saad, jenazahmu menjadi rebutan Bidadari Syurga.

Kredit: Wan Mohd Sofian

KISAH IKAN MENCARI AIR



Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.

Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,

Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,

Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dengan kita tiada,

Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” 
(Ibrahim, ayat 34)

#wanmohdsofian

Hati Tempat Pandangan Allah


Apapun yang kita lakukan, tempat pandangan Allah terhadap kita ialah pada hati kita.

Dikatakan dalam hadis, Allah tidak menilai rupa lahir kita tetapi Allah menilai apa yang ada dalam hati kita.

Dikatakan dalam Al-Quran, di hari Akhirat, harta dan anak tidak berguna lagi melainkan orang yang datang membawa hati yang selamat.

Begitulah pentingnya hati ini.

Serba-serbi yang kita lakukan dinilai Allah tergantung pada hati.

Setiap amal itu dilihat daripada niat dan keikhlasan di hati.

Sembahyang yang kita lakukan, Allah hanya terima jika ada khusyuk di hati.

Begitu juga ibadah lainnya, begitu juga wirid zikir kita, hanya sanya dinilai Allah bila ada rasa-rasa di hati.

Malah disebut juga Nabi, bila baik hati, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat hati, jahatlah anggota badan.

Dan dosa hati lebih besar akibatnya daripada dosa lahir.

Jika hati ada riyak, jika hati ada sombong, jika hati ada hasad dengki, maka hati itu hanya layak duduknya di neraka.

Sebaliknya hati yang ada rasa hamba seperti rasa diri tidak layak dan rasa hina di hadapan Tuhan, juga hati yang kuat imannya, hati yang sabar, redha, tawakkal, syukur dan pemurah.

Hati seperti inilah yang mendapat pandangan Tuhan.

Jadi, apa erti semua ini?

Ia satu peringatan besar buat kita.

Agar sentiasa memeriksa dan menjaga hati.

Agar melebihkan soal hati daripada soal-soal lainnya.

Moga kita selamat di dunia dan di Akhirat nanti.

Al fakir ilallah

Baik Tuan

"tak payah ulang-ulang. Tau la nak buat"
Baik Tuan!

Bakal Ahli Syurga
Bainati jannati

Sabar


     
Suatu hari, Rasulullah SAW bertamu ke rumah Abu Bakar Ash-Shidiq. 
Ketika sedang bercengkrama dgn Rasulullah, tiba2 datang seorang Arab Badui menemui Abu Bakar dan langsung mencela Abu Bakar. 
Makian, kata2 kotor keluar dari mulut orang itu. 
Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya. 
Ia melanjutkan perbincangannya dgn Rasulullah. 

Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum. 
Semakin marahlah orang Arab Badui tsb.
Untuk ke 3 kalinya, ia mencerca Abu Bakar dg makian yg lebih menyakitkan dari sebelumnya...
Selaku manusia biasa, akhirnya, dibalaslah makian orang Arab Badui tsb dg makian pula.
Maka terjadilah 'Perang Mulut'.

Seketika itu, Rasulullah beranjak dari tempat duduknya. 
Beliau meninggalkan Abu Bakar 'Tanpa Mengucapkan Salam'. 
Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu Bakar tersadar dan menjadi bingung. 

Dikejarnya Rasulullah yg sudah sampai di halaman rumahnya. 
Kemudian Abu Bakar berkata :
"Wahai Rasulullah, janganlah Engkau biarkan aku dalam kebingungan yg sangat dalam.
Jika aku berbuat kesalahan, tolong jelaskan kesalahanku..." 

Rasulullah menjawab, 
"Sewaktu ada seorang Arab Badui datang dg membawa kemarahan, memfitnahmu lalu mencelamu, kulihat engkau tenang, diam dan engkau tidak membalas. Aku bangga melihat engkau orang yg kuat mengahadapi tantangan, menghadapi fitnah, kuat menghadapi cacian. Dan aku tersenyum karena Ribuan MALAIKAT turun di sekelilingmu mendoakan dan memohonkan ampun untukmu, kepada ALLAH SWT." 

Begitu pun yg ke 2 kali, ketika ia mencela serta memfitnahmu dan engkau tetap membiarkannya, maka para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya. 
Oleh sebab itu, aku tersenyum. 

Namun... 
Ketika ke 3 kali, ia mencelamu dan engkau menanggapinya, dan engkau membalasnya, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu. 
Hadirlah iblis di sisimu. 
Oleh karena itu, aku tidak ingin berdekatan dengan kamu.
Aku tidak ingin berdekatan dengan iblis , dan aku pun enggan memberi salam kepada iblis."

Setelah itu menangislah Abu Bakar...  

Sabar itu memang "sakit" dan "perih". 
Namun Allah mengasihi dan selalu menyertai orang yg SABAR. 

Allah Ta'ala berfirman :

' يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ 
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 

"Wahai orang-orang yang beriman... Minta tolonglah kepada Allah dengan 'SABAR' dan 'SHALAT'. 

Sesungguhnya Allah itu selalu menyertai orang2  yang "SABAR"(QS. Al-Baqarah, 2:153)

Bagi orang sabar maka PAHALA yg didapat adalah "TANPA BATAS...."

Di pintu Surga Malaikat menyambut orang2 yg sabar dg mengucapkan "SALAAMUN 'ALAIKUM BIMAA SHABARTUM..." 
(Semoga keselamatan selalu terlimpah untukmu karena kesabaranmu...) 

Semoga ALLAH SWT memasukkan kita kedalam golongan orang2 yg sabar...Aamiin

DIAM DAN BICARA



 Alangkah indahnya DIAM,
bila BICARA dapat menyakiti orang lain.

Alangkah terhormatnya DIAM, 
bila BICARA hanya untuk merendahkan orang lain.

Alangkah bagusnya DIAM, 
bila BICARA hanya berakibat terhinanya orang lain.

Alangkah cerdiknya DIAM,
bila BICARA dapat menjerumuskan orang lain.

Alangkah bijaknya DIAM,
bila BICARA hanya untuk merugikan usaha orang lain.

AKAN TETAPI:
Betapa dahsyatnya 

BICARA,
bila DIAM dapat mengakibatkan celakanya orang lain.

Betapa saktinya BICARA,
bila DIAM dapat menjadikan ruginya orang lain.

Betapa hebatnya BICARA,
bila DIAM dapat membuat tidak sedarnya kesalahan yang terus dilakukan orang lain. 

Betapa pentingnya BICARA,
bila DIAM dapat mengakibatkan semakin bodohnya orang lain.

MAKA BERHIKMAHLAH,
Apabila DIAM dan apabila BICARA, 

Keduanya sama sama dapat menimbulkan akibat.
Betapa TAJAMnya kata-kata kita, saat kita marah
dan..

Betapa TEDUHnya kata-kata kita, saat kita sedang senang hati.

Kerana Diam Adalah Emas. Berbicara  Adalah Mutiara,
Dan
Hikmah Lebih Berharga Daripada Permata💚

Doa Arafah 1438H/ 2017M

 

Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? 

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda , Insya Allah :

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb , sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kamTi, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. 

*In Sya Allah waktu Wuquf di Arafah akan bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pada 09 Zulhijjah 1438H jam 5.30 pm -11.00 pm(jangkaan).*

Gunakanlah waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat !

Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada 09 Zulhijjah 1438 Hijrah.

bila sempat tua


☝💑
Kalau anak² sudah berkeluarga dan meninggalkan kita ,  *giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.*
☝🎅👳
1. *Bila kita tua* ...
Lebih dekatkan diri kepada Tuhan dan Luangkan waktu bersama pasangan kita kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
☝👳🎅
2. *Bila kita tua* ... 
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran ALLAH, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.
🎅👳🙌
3. *Bila kita tua* ... 
Jangan susahkan  diri *memikirkan anak² secara berlebihan*. Mereka akan mampu berusaha sendiri. 
☝🎅👳
4. *Bila kita tua* ... 
Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan Luangkan waktu  bersama rakan² lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

☝🎅👴5. *Bila kita tua* ... 
Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu : lahir bayi, kanak², dewasa, tua, sakit dan mati.
👆👵🙎👰
*Nasihat bijak* ... 
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti duit logam : *depan lain belakang lain*... 
🙏🙏🙏

Hati dan Lidah

Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan, 
“Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan.”

Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya bahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, 
“Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan menghantar bahagian yang terbaik?”

Luqman menjawab,
“Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruknya!”

Mendengar jawapan yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan.

Oleh itu hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan.
Jagalah hati kita dan jagalah lidah kita.

Selamat Menyambut Hari Raya Korban...💐💐💐

Tahukah anda?

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg  hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda? 

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dgn shurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Tengah jemur kain jiran datang tegur, 
'jemur kain ke?' 
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak",
 soalan mesra dijawab dengan sindiran. 

Allah bertanya,  "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? 
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku". 

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya. 

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, 
tiba2 datang seorang kawan kita bertanya 
"buat apa tu?" 
Kita pun menjawab " Tengah masak !" 

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. 
Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, 
kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, 
masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, " supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj. 
Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim, 
" Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati. 

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan. 

Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan

Sangkaan

Nukilan kata dr guru saya :

Allah mengikut akn sangkaan hati hambaNya, jika hambaNya byk ingat dunia dan berbimbang pdnya tanpa yakin pdNya,maka ALLAH akn menambah lg ingatan,kebimbangan dan kesusahan pd dunia yg tiada penyelesaian malah bertambah lg

Jika hambaNya byk mengingatiNya, tiada berbimbang dgn dunia dan yakin pdNYA, maka ALLAH akn mencintainya ,menambah ingtan pdNya serta menjdkan dunia dan makhluk berkhidmat pdnya

Semakin seorg itu melepaskan hatinya dari keterikatan  dgn makhluk.dan dunia, maka ALLAH akn menjdkan dunia dan makhluk semakin berkhidmat pdnya.,segala yg sukar akn dimudahkan

Barangsiapa yg mengejar makhluk dan dunia, ALLAH akn jdkan makhluk dan dunia semakin menjauhi ,menyakiti dan mengikat menjd hamba pdnya

Hidup siang dan mlm memjd hamba dunia dan makhluk kemudian merasai dirinya akn dikurniakan ALLAH akn syurga yg indah dan dpt berehat dgn Nyaman disana, ia adalah impian seorg yg penuh dgn angan2

Sesuatu yg mahal pasti perlu dibyr dgn harga yg mahal. Ia adalah rukun kehidupan

Tanda seorg yg benar mencapai ketauhidan Makrifat, jiwanya bebas dari makhluk dan dunia

Mrk tiada mengejar pujian manusia dan tiada merasa gundah dgn kejian malah menyukainya

Dirinya tidak gemar berbicara hal dunia krn dunia tiada dlm hatinya kecuali dunia yg membwa pd akhirat

Jiwa2 spt ini  wajib menguasai dunia lantran dari tangan mrk yahudi (sistem dajal) akn tersungkur..

Rasa bertuhan

Kalau manusia mengenali Tuhannya

Hancur luluh hatinya

Lembutlah jiwanya

Tak sempat mengingati perkara yang lain

Hati dan jiwanya semata-mata terpaku

Dengan Tuhannya


Jika manusia mengenali kehebatan

Keagungan Tuhannya

Kecutlah perutnya

Kalau manusia sentiasa sedar

Pendengaran, penglihatan dan pengetahuanNya

PengetahuanNya…


Tuhan tidak pernah lekang dari manusia

Nescaya manusia itu tawadhuk

Merendah diri di bumi Tuhannya

Aaa…


Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya

Matilah angan-angan

Takut pun datang menerpa di hatinya

Manusia akan sibuk dengan dirinya

Tak sempat memikirkan diri orang lain

Takut dan bimbang

Tak sempat mengumpat


Aduh! Kalau Tuhan sentiasa di hati

Perasaan bertuhan mencengkam di hati

Mengenang pula nikmat-nikmat Tuhan yang banyak

Bertambah perasaan cinta dan takut


Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya

Takut kalau nikmat ditarik semula

Kalau membuat dosa akan diazabNya

Akan diazabNya…


Begitulah kalau seseorang hamba

Mengenali Tuhannya

Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya

Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya

Sekalipun dunia di tangannya…

Satu kesilapan

Al-Kisah...

Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:

9 × 1 = 7
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90

Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau kerana jawapan yang pertama itu yang merupakan jawapan yang salah.

Kemudian guru itu berkata, 

"Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja kerana saya mahu anda untuk BELAJAR sesuatu yang penting. 

Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda.

Anda boleh lihat yang saya tulis dengan tepat sekali untuk 9 jawapan-jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah ataupun terima kasih kepada saya untuk itu!

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.

Jadikan ini suatu pelajaran.

Dunia adakalanya tidak langsung melihat kebaikan yang kamu buat walaupun sejuta kali, tetapi akan mengkritik kamu jika hanya sekali sahaja kesilapan yang kamu lakukan."

Makna Rezeki

Dulu... saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta. 

Setelah mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar. 

Ternyata, 
▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki

▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

▪Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

▪Ada rakan2 yang soleh/& solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

▪Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

▪Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

▪Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.

Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Muhasabah diri ini...

Sedekah

salam wrt...

sedikit perkongsian tentang kelebihan sedekah...

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.

silakan😊😊😊

Bumi Tuhan... Bersaksilah