Di Makkah,hospital memang selalu sepi, berbeza dengan Malaysia..
Memang berbeza dan tidak sama.. Yang membezakan adalah Aqidah dan Syariatnya..
Inilah rahsia mengapa di Makkah hospital sangat sunyi, jarang sekali pesakit yang datang...
Ada seorang doktor dari klinik di Tanah suci ( Makkah Al-Mukarromah ). Selama 6 bulan praktikal, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Hingga beliau rasa hairan, orang-orang disini tak pernah sakit ke??
Akhirnya beliau mendapatkan jawapannya, dari salah seorang Muslim disana :
Bila kami sakit,
* Ikhtiar Pertama
Yang kami lakukan adalah Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah.
Insyaa Allah sembuh dengan izin dan kasih sayang-NYA.
Kalau belum sembuh,
* Ikhtiar kedua
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :
- Jika badan panas, maka kami perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )
- Jika badan dingin, maka kami banyakkan baca Ayat Kursi.
- Jika sakit yang nampak, maka kami bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.
- Jika sakit yang tak nampak, maka kami banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Dan Alhamdulillah kami akan sihat..Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.
Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar ketiga.
* Ikhtiar ketiga
Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit kami.
Insyaa Allah akan sembuh.
Dan kalau tidak sembuh juga, akan kami tempuh ikhtiar yang keempat.
* Ikhtiar ke-empat
Iaitu banyak-banyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.
Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar ke-lima.
* Ikhtiar ke-lima
Iaitu minum Madu dan Habbatussauda.
Kalau belum sembuh lagi..
* ikhtiar ke-enam
Iaitu dengan mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.
Dan Alhamdulillah, Laa Hawlaa Wa laa quwwata illa billah..
Jika belum sembuh2 juga lagi, baru kami..
* Ikhtiar ke-tujuh
Iaitu pergi ke Doktor yang Soleh.
Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..
Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment