Manusia mana ada kuasa!



Manusia ini jika rasa bertuhannya tidak ada
Atau langsung tidak percaya adanya Tuhan
Lebih sahaja sedikit dari orang lain
sudah rasa luar biasa
Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan
boleh menyelesaikan semua perkara
Ada ilmu, sudah merasakan
seolah-olah segala masalah selesai
Ada kuasa lebih-lebih lagi merasa ada kuasa
Dengan kuasa boleh buat apa sahaja
Dengan kuasa mengambil kesempatan
membalas dendam terhadap musuh-musuhnya
Kuasa yang ada boleh melindungi diri
daripada terhukum
Dengan kuasa boleh melindungi
daripada dikenakan undang-undang
Tapi dia lupa,

bolehkah dia melindungi dirinya dari sakit dengan kuasanya?
Bolehkah dengan kuasanya, menjauhkan diri
daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja
Bolehkah dia bendung dengan kuasanya
daripada dibenci oleh rakyatnya?
Mampukah dia bendung dengan kuasanya
jika timbul berbagai-bagai gejala di dalam negaranya?
Bolehkah dia dengan kuasanya
menjadikan rakyatnya cinta dengannya?
Akhir sekali bolehkah dengan kuasanya
dia menahan diri dari tua?
Tentu sekali penguasa-penguasa negara
telah dapat memberi jawapannya
Bukankah kuasa awak itu tidak ada kuasa hakikatnya
Sebenarnya kuasa itu hanya sebutan sahaja
Mana manusia ada kuasa,
walau bagaimana tinggi pangkatnya dan jawatannya!
Tidak boleh membendung,
tidak boleh menolak banyak perkara
Bukankah ini menunjukkan
ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia
Mengapa para pemimpin dunia atau negara
tidak boleh memikirkannya?
Mana pergi otak?
Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian
tidak dapat menyelamatkannya?
Itulah dia orang yang pandai sudah jadi bodoh
Kerana tidak mampu menyelamatkan dirinya

Hebatnya!!!




Alangkah hebatnya Tuhan
Tidak pernah rehat daripada bekerja,
berbuat dan bertindak
Setiap detik di dalam kesibukan
Mengadakan, mentiadakan
Menghidupkan, mematikan
Memuliakan, menghinakan
Menjatuhkan, menaikkan seseorang
Membangun dan meruntuhkan
Membaikkan dan merosakkan
Mengimankan dan mengkufurkan
Mengazab dan memberi nikmat
Memberi rahmat dan memberi nikmat
Mengkayakan dan memiskinkan
Menyusahkan dan menyenangkan
Dan entah apa lagi yang kita tidak dapat tuliskan
Daripada sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-besar benda
Ia berlaku kepada semua jenis makhluk setiap masa
Tapi Tuhan tidak pernah letih dan penat
Tidak pernah sakit dan lesu
Tidak pernah jemu, perlu berhenti dan perlu rehat
Kerana Tuhan bukan fizikal yang dicipta
Ia adalah Khaliq pencipta
Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Agung
Yang tidak hidup mengikut sistem makhluk
Yang tidak dapat dirupakan dan difikirkan
Hebatnya Tuhan, hingga tidak dapat dibayangkan
Hebatnya Tuhan, tidak ada penyerupaan

Kami Memerlukan Engkau



Kami semua memerlukan Engkau, Tuhan
Kami tidak boleh hidup tanpa-Mu, Tuhan
Tidak akan selamat kami tanpa-Mu
Kalau ada orang tidak memerlukan Tuhan
Ertinya dia akan kelaparan tanpa pemberian Tuhan
Jika dapat sakit
Siapa yang menyembuhkan, kalau tidak Tuhan
Kalau ada mara bahaya
Siapakah yang akan melepaskan, kalau bukan Tuhan
Kalau tidak perlukan Tuhan
Siapa yang hendak memberi pakaian
Siapa yang akan melindungi daripada kesusahan
Siapakah yang akan menolong
Dan siapakah yang akan menyelamatkan,
kalau bukan Tuhan
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Tidak ada satu benda yang terkecuali
Yang bukan daripada kuasa dan pemberian Tuhan
Kalau ada orang tidak perlukan Tuhan
Ertinya dia tidak hendak segala-galanya
Kalau Tuhan bertindak mengikut keyakinannya
Dia tidak ada segala-galanya
Ertinya Tuhan akan ambil segala-gala daripadanya
Hartanya, rumahnya, pakaian, makanan, minuman
Kesihatan, keselamatan, kerehatan
Dan seterusnya anggota badan dan nyawa
Ertinya satu pun sudah tidak wujud lagi padanya
Dan Tuhan bertindak
mengikut keyakinan dan kehendaknya

Lawan Nafsu!!! jangan dibiarkan!!!

Banyak minta pada Allah agar diri kuat melawan nafsu...:)
Manusia tidak dapat melepaskan diri dari nafsu yang telah dianugerahkan oleh Allah, kerana nafsu itu adalah fitrah kejadian manusia. Mustahil bagi sesiapa yang ingin membuang nafsu dari dirinya. Berbagai cara telah dilakukan untuk menghilangkan nafsu dalam diri, mereka beranggapan bahawa nafsu inilah yang menyebabkan mereka kerap melakukan perkara-perkara dosa. Jadi nafsu ini perlu diluputkan dari diri mereka bagi memudahkan  mereka melakukan ibadah. 
Lemahkan nafsu dengan zikrullah...:)

Apa kata kalau kita betulkan sedikit persepsi serong kita terhadap nafsu yang telah diberikan Allah ini. Begini caranya, Islam mengajak umatnya supaya mendidik nafsunya menjadi baik dan suka melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Perkara yang perlu kita buang ialah keinginan dan keseronokkan untuk melakukan perkara yang jahat sahaja bukan kita buang nafsu. Seterusnya kita asuh dan polish nafsu kita hingga dia sentiasa ingin melakukan benda yang makruf.
Jangan kita biarkan nafsu itu tanpa diterapi dan ubati kerana nafsu yang jahat akan menjadi sekutu kuat kepada syaitan bagi memperdayakan kita. Mahu tidak mahu kita wajib berusaha dan bermujahadah bagi menewaskan pakatan jahat yang ada dalam diri kita ini. Kata Imam al-Ghazali :

“Hati-hati kamu dari hawa nafsu. Ia adalah musuh yang paling jahat dan paling sukar mengalahkannya. Rawatannya paling payah menyembuh,penyakitnya penyakit yang paling sukar dirawat dan ubatnya paling rumit. Oleh sebab itu kita wajib berwaspada daripadanya. Betapa tidak, sebab ia berada dalam diri kita, dalam tubuh kita. Musuh dari dalam, bukan seperti Syaitan, dia adalah musuh dari luar. Dan ingatlah si pencuri apabila telah berada di dalam rumah sukar untuk menghalaunya dan besar bahayanya. Benarlah kata orang nafsu mengajak kepada perkara yang mencederakan daku, ia memperbanyakkan penyakit dan kesakitanku. Bagaimanakah helahku untuk melepaskan diri daripada seorang seteru apabila seteruku telah berkubu di antara celah-celah tulang rusukku membuat huru hara.”

Sebahagian hukamak juga berkata anda tidak akan nampak keaiban orang yang anda cintai dan saudara anda, dan anda tidak nampak sedikitpun beberapa keaiban yang berada pada dirinya apabila anda telah menjadi seorang yang redha padanya.

Yahya bin Muaz Ar-Razi pula berkata :

“Berjihadlah menentang nafsumu dengan bersenjatakan riadhah empat perkara : Makanan yang sedikit, tidur yang sedikit, bercakap ketika perlu dan bersabar menanggung derita. Makanan yang sedikit mematikan syahwat”.

Adakah nafsu kita ini dapat dibersihkan dari segala kekotoran maksiat dengan cara kita membersihkan pakaian yang kotor? Jawapannya tidak sebab dia adalah kekotoran rohani dan cara menyucikannya juga perlu dengan cara rohani seperti :
  1. Mujahadah nafs seperti menyedikitkkan makan, minum sebagaimana sabda Rasul “Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau tenggelami air secara berlebihan”. Kenyang berlebihan akal menjadi malap, banyak mengantuk, syahwat berkubar, perangai bongkak dan malas beribadah. Rasul menggariskan kaedah pemakanan dengan sabdanya”. Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafas”. Kurangkan tidur,bercakap sekadar perlu dan sabar menanggung gangguan orang lain. 

  2. Bebankan nafsu itu dengan banyak melakukan ibadah kerana binatang Himar apabila ditambah pada muatan pikulannya serta dikurangkan makanannya nescaya ia akan tunduk dan menurut perintah tuannya. 

  3. Berzikir atau zikrullah ialah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah SWT. Sebab itulah apabila Saidina Ali Bin Abi Talib memohon kepada Nabi Muhammad SAW supaya baginda mengajarkan amalan khusus yang cepat sampai kepada Allah SWT, maka Nabi Muhammad SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud “Wajiblah ke atas kamu sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi”. 

  4. Berdailog mutmainnah dengan diri sendiri yang memiliki nafsu ammarah. Sebagai contoh nafsu kita ingin mencari pangkat dan kedudukan, mengumpul harta duniawi sebanyak-banyaknya, kepada nafsu kita katakan “Hai nafsuku! Tidak kah engkau tahu bahawa Firaun yang gagah dan telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan, kemudian dia ditenggelamkan Allah di dalam Laut Merah. Tidakkah engkau tahu bahawa Qarun yang kaya raya telah ditelan oleh bumi. Apa gunanya kaya dan berharta jika tidak mendapat redha Allah. Alangkah baiknya jika miskin tetapi mendapat keredhaan Allah dan dimasukkan di dalam syurga Allah berserta orang-orang yang soleh. 

  5. Memohon pertolongan daripada Allah SWT, merendah diri dan berdoa kepadaNya agar terselamat dan dapat melepaskan diri daripada godaan nafsu durjana sebagaimana ucapan Nabi Yusof di dalam firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya nafsu itu amat menyuruh dengan kejahatan melainkan orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari runtunan nafsu jahat).
Kesimpulannya, baju yang dipenuhi dengan tahi lalat apabila dibasuh selalu dengan sabun atau clorox pasti ia akan hilang dan bersih. Begitu juga dengan nafsu bila selalu kita gilapkannya dengan cahaya iman, maka sudah pasti pada suatu hari nanti ia akan menjadi baik. Jangan berputus asa, kita kena kuat semangat untuk berjuang melawan nafsu amarah, sesiapa yang Berjaya ia akan dapat merasakan halawatul iman di dalam dirinya.

Perjalanan Hidup

As-salam.. Hari demi hari, usiaku makin bertambah.. Dahulu kecil, sekarang sudah muda remaja. Dahulu bersama adik beradik di zaman kanak2, yang penuh riang gembira. Bersama2 menuggu bas ke sekolah.. kadang2 terlepas, lalu menapaklah ke sekolah... simpan duit nk beli ayam goreng..hehe.. Sungguh, aku telah meninggalkan saat bahagia itu dan ia tidak akan berulang lagi.. bermain kabbadi bersama rakan karibku yg setaun lagi akan habis wat ijazah doktor di Indonesia. Saravanan, rakan yg sering berlumba dgnku utk dapat tempat terbaik dalam kelas.ehehe... Igt ketika aku kalah dalam pertandingan wrestling di padang. sesak nafasku dihempas ke tanah... serender tros..haha... Subhanallah... teringt semula zman2 kanak2.. mmg nostalgia. bila mengajar semula di sekolah rendah, aku sering tersenyum kesorangan melihat watak anak2 didikku...

Anak buah pertama bersama Atoknyer:)
 Nie anak buah pertama. dah masuk 3 bulan. Dia juga akan melalui zaman kanak2 seperti aku dahulu.. tapi samakah zaman dia dengan zamanku dahulu... :)..

Kemudian melangkah ke alam sekolah menengah. Banyak perkara yang x dpt dilupa, x dpt dikongsi di sini..:) 

Melangkah ke alam Matrikulasi mmberi pukulan hebat kepadaku atas perubahan budaya hidup. Selepas menang election, hmpir2 shj aku terbabas dgn budaya di situ. Tapi, Tuhan masih syg. Istikharahku menunjukkn segalanya... Terus meningalkan alam matrikulasi, melompat ke alam IPG. Jiwaku di sini... Membina dan membangun jiwa di sini. Mencari ilmu utk mendidik anak bangsa....:)

Buka puasa Batch Tahun akhir..:)

 Usai IPG, terus ke alam pekerjaan. berlainan situasinya. Ilmu yg diperoleh dahulu, diaplikasikan di alam pekerjaan ini.. Alhamdulillah, setakat ini ok. Ditempatkan di satu2nya sebuah sekolah cemerlang di daerah Rembau... Budaya kerja pun lain. Sudah baiah 2 kali dan sekarang ditawarkan utk Kluster. Aku ni baru nk belajar. so, terkejar2 la..haha.. Masuk jer bilik guru, mesti ada kerja... :)... Moga ini sekolah yg terbaik utk diriku,  masa depanku, agamaku, duniaku dan akhiratku.. ameen..(",)


Esok lusa, sudah berumah tangga.. Alam rumah tangga yg perlu di lalui dengan penuh santun dan pekerti. supaya tidak tersalah langkah.. berkahwin bukan utk keperluan biologi jer. Kena faham betul2.. (aku dh faham ker?..:D).. mksudnya, carilah ilmu sebanyak mungkin sblm mendirikan rumah tangga. Keluarga yg dibina atas foundation agama, insyaAllah, Allah kan bantu jalannya... Cintakan bunga, bunga kan layu. cintakan manusia, manusia akan kembali... Maka, cintakan Tuhan, ia kan kekal abadi. Bina keluarga atas dasar cintakan Allah, cintakan agama Allah... Maka Allah akan tunjukkan jalan terbaik buat kita. Sudahkah kita menyerahkan segalanya kepada Allah? Mari dijawab di dalam hati..:)



Sesudah itu, jika panjang umur, melalui zaman usia Emas... cmner ek zaman ni? nk tau kena la bergaul dgn orang2 tua.... remaja2 kita sekrg( termasuk saya) bila ada org tua berceloteh, mula tunjuk muka x suka.. kemudian angkat punggung pergi tmpt lain..hehe...esok lusa kita sampai pd zman tua, anak2 muda buat benda yg sama kat kita.. ape rasenyer ek?..:)

bersama Wan Cik... 84 tahun...:)

Orang2 muda... ziarah la orang2 tua.  Hormatilah mereka.. Dahulu kita kecil, dipelihara oleh mereka.. tanpa mereka siapalah kita hari ini... :)

k la... siapa pose hari ini? 15 Rejab? kepada yg berpuasa, alhamdulillah... banyak kelebihan pada bulan Allah nie...  Malam tadi singgah sekolah jap, around 12am... pak guard gtau, ada solat gerhana kat masjid Kota. Baru tau malam tadi gerhana bulan separa... Banyak berlaku gerhana, petanda bagi kita jika faham..:).. Bulan Allah ini kebanyakannya disentuh berkenaan taubat. maka, mari sama2 kita berdoa pada Allah, agar kita termasuk dalam golongan org2 yg bertaubat.. ameen.. k .. wassalam...


APAKAH MAKSUD UMMIY NYA RASULULLAH SAW?

Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggap dan salah tafsir terhadap status baginda Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang Ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa Ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, ertinya buta huruf.  Jika begitu fahaman kita ertinya kita menganggap baginda orang yang tidak belajar, bererti seorang yang bodoh. Ensiklopedia Barat juga mendefinasikan Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa m asalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka, kita rasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud Ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf. 

Maqam Rasulullah SAW

Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. Jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai. Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai. Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa.



Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa, Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.  Sebenarnya Rasulullah SAW tidak perlu membaca dan menulis.

Mari kita bahaskan pula perkataan Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada ‘ibu’.

1. Ibu kalau dibahaskan secara lahir ia merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

2. Bagi yang tidak bernyawa yang disebut ibu juga contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

3. Ibu secara batin atau maknawi punya erti yang lebih hebat, iaitu ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh. Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus bagi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat. Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rsulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan ibu, kerana baginda ialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain.

Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi baginda menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi, haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan baginda dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: “Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah.” Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud Ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah SAW. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan, dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan dilindungi. Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf.

Mari kita lihat pula kaedah menuntut ilmu melalui proses luar biasa ini. Rasulullah itu digelar Ummiy kerana padanya diberikan ibu segala ilmu. Sepertimana Al Fatihah dikatakan Ummul Kitab, kerana di dalamnya adalah intipati Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh kerana apa yang dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu ilmu, ia tidak boleh diterima  melalui proses biasa. Ibarat seorang yang ingin mengail ikan yang besar, mestilah menyediakan kail yang besar dan kuat, umpan yang baik, tali kail mestilah kemas dan tahan, peralatannya mestilah gagah dan sesuai dengan ikan yang hendak dikail.

Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasululah mendapat wahyu, tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera. Ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda adalah diajar terus kepada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis.

rumah Nabi



Jumaat

Salam saiyidul Ayyam... "Aku di tolak dari depan ke belakang, melalui line2 yg di sediakan.. aku bukan kereta. Setiap orang(x semua) memberi aku wang.. di masukkannya ke dalam perutku.. aku makin berisi..hari lain aku cukup2 mkn sahaja.. kdg2 berpuasa.... lain rutinnya pada hari Jumaat... x seperti hari lain.. oh ya, hari raya aku turut diperlakukan seperti itu..hehe... itulah kegunaanku... mudah di tolak ke sana sini.. tapi kadang2 ada juga yg memerhatikanku... seperti ingin mengorek isi dalam perutku..." ini sedikit bicara hati si tabung masjid.. (rakam masa  tunggu khatib bace khutbah) :P

Hari ni khutbah berkenaan perpaduan.. mimbar mengingatkan supaya jgn wat perkara2 yg boleh memecahbelahkan umat Islam... elok la tu, umat Islam bergaduh sesama sendiri, smpi gunakan org luar utk musnahkan Islam, demi kepentingan peribadi (ni isi khutbah td)..  Semoga negara Malaysia terus mantap dengan gerakan Islam, gerakan yg memberi kesedaran kepada masyarakat tntg apa itu masyarakat Islam, bagaimana hidup secara Islam, apa tujuan kita dihidupkan dan sebagainya.. ramai yg merintis jalan dakwah dgn berbagai uslub/cara... jgn saling menyalahkan.. Masing2 ada cara sendiri.. niat sama utk menjadikan negara Malaysia di bawah kepimpinan Islam sepenuhnya dlm segala aspek kehidupan... tinggikan cita2 tue!! mmg kena tinggi la. awak org Islam, mesti ada cita2 Islam.. org Yahudi tu, sume cita2 nk musnahkan generasi kita! Itu cita2 yahudi.. jgn pula kita jadi lebih yahudi dari yahudi.. generasi kita pula jadi generasi yg memusuhi Islam suatu masa nnti (nauzubillah..minta dijauhkan)...

Di Malaysia, yang jadi x bes bila ... orang ni salahkan org tu.. org tu salahkan org nie... yg x terlibat mengomen sana sini... biasanya bukan di kalangan pemimpin, tp dikalangan anak buah yg berperangai demikian.. lapang dada cara terbaik... pendekatan berbeza... bersangka baiklah...(nk ckp byk bukan pandai sgt, sekadar pandangan utk di kongsi diruangan saya sendiri)... satu lagi, jgn terlampau mengejar kesempurnaan.. kalo nk bina keluarga pun terlalu nk sempurna, xle juga.. apetah lagi nk bina negara... mesti ada terkurang kat mana2 juga.. saling mnerima kelebihan dan kelemahan.. tampung menampung.. kita kan manusia, sedarlah diri kita ni hamba.. selayaknya kita ni akan melakukan kesalahan.. lain la kalau kita ni Tuhan. Mmg maha suci dari segala sifat2 kekurangan.. :).. ok la.. xnk berceloteh panjang... sekadar mengisi ruang  petang... wassalam...


orang yang berakhlak macam bunga yang cantik..:)


Bumi Tuhan... Bersaksilah