MADAH baru 517


*1016*
Ahli fikir atau ahli falsafah selalunya sombong dan ego.
Berlainan sekali ahli kerohanian,
mereka adalah golongan yang tawadhuk dan berakhlak tinggi lagi mulia. 

*1017*
Ahli fikir atau ahli falsafah, orang ramai mengkagumi pendapatnya atau ilmunya, 
tapi tidak mengkagumi peribadinya. 
Berlainan sekali ahli kerohanian, 
mereka mengkagumi ilmunya dan sikap peribadinya. 

*1018*
Ahli kerohanian:
orang yang sayang, sayang sangat, yang benci pula benci sangat.
Berlainan pula ahli fikir atau ahli falsafah, 
orang yang sayang tidaklah sayang sangat, 
begitu pula orang yang benci tidak pula benci sangat. 

*1019*
Setelah pengaruh pemikiran ahli falsafah Yunani masuk ke masyarakat Islam
maka lahirlah manusia-manusia di kalangan umat Islam yang sangat bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. 

*1020*
Di antara kesesatan ahli falsafah, menganggap bahawa alam ini abadi seperti abadinya Tuhan.

Zikir Di Dalam Perasaan Dan Jiwa



Menyebut alhamdulillah sebagai zikir, menggambarkan rahmat dan nikmat Tuhan secara sedar terlalu banyaknya.
Yang besar-besarnya Tuhan, Rasul, Al Quran, iman, Islam, ibadah, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Selain itu yang mengiringinya barulah seluruh kehidupan yang Tuhan beri kepada kita yang tidak dapat dikira.
Kalau itulah yang digambarkan barulah syukur itu memberi erti dan makna, besar pahalanya.
Mengucapkan alhamdulillah itu sungguh lazat di hati dan di jiwa.
Janganlah menyebut alhamdulillah hanya semata-mata di bibir sekadar maknanya segala puji itu kepunyaan Tuhan.
Sekadar itu tidak terasalah besarnya dan luasnya rahmat dan nikmat Tuhan kepada kita.
Mengucapkan syukur sekadar terasa nikmat Tuhan itu sekadar makan, minum, pakaian, harta dan kekayaan tidak terasa besarnya nikmat Tuhan.
Sungguh malang kita telah merendahkan martabat Tuhan tanpa sedar kerana kurangnya ilmu pengetahuan.
Mungkin  perkataan syukur yang dilafazkan itu di dalam kemurkaan Tuhan.
Kita memperkecil-kecil Tuhan dan nikmat-Nya, tidak sepadan dengan ucapan mengikut yang sebenarnya.
Beribadah dan berzikir diberi pahala berdasarkan sejauh mana ilmu pengetahuan.
Sejauh mana ilmu yang ada di dalam pengetahuan setiap apa yang diucapkan, sesuai dengan hakikatnya, pahalanya lumayan.
Ibadah orang jahil tidak terasa apa-apa di dalam sebutannya.
Kerana kosong daripada ilmu pengetahuan, kerana itulah apa yang dibaca tidak berkesan kepada jiwanya.
Begitulah seluruh bentuk zikir diucapkan kenalah faham berdasarkan ilmu pengetahuan serta penghayatan.
Seperti Subhanallah, Allahu akbar, lailaha illallah, biarlah berdasarkan ilmu pengetahuan.
Barulah  kita terasa menyebutnya, dan sangat memberi kesan kepada jiwa.
Jiwa kalau sudah disuburkan dengan zikir yang faham dan penghayatan.
Dilakukan pula secara tetap dan istiqamah di dalam kehidupan.
Jiwa yang sudah subur dengan rasa bertuhan sangat memberi kesan kepada kehidupan manusia.
Zikir ertinya ingat.
Ingat adalah di dalam perasaan dan jiwa.
Kalau maknanya sahaja tahu itu adalah tahu sahaja bukan mengenal.
Zikir perlu diasak di dalam jiwa hingga terasa siapa sebenarnya Tuhan.
Elakkanlah zikir secara jahil kerana ia tidak memberi kesan pada jiwa.
Ilmu pengetahuan perlu ada setiap apa yang kita baca dan ucapkan.
Jangan hanya sebut  di lidah semata-mata, tidak terasa oleh jiwa.
Haraplah diambil perhatian.

MADAH baru 516


*961*
Kalau dalam semua hal hendak diterima dengan hukum logik, itu bukan agama namanya.
Itu ajaran falsafah/ideologi. 

*962*
Orang yang tidak takut Tuhan, tidak boleh dipercayai. Bila-bila dia boleh mengkhianatinya.
Waktu ada kepentingan, dia pura-pura.
Waktu tidak ada kepentingan, dia lari.  

*963* Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa.
Tapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu saja menjadikan kita sombong dan melalaikan. 

*964*
Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pimpinan,
kerana ia adalah amanah dan tanggung jawab yang besar.
Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu,
tidak salah pula kita menerimanya,
tapi kenalah kita takut denganTuhan.  

*965*
Fitrah yang murni dia tidak membohongi kita.
Ia selalu saja boleh menerima kebenaran.
Tapi yang menghalangnya adalah nafsu kita dan syaitan.

Penyakit Jemu




Jemu adalah sejenis penyakit rohani tapi orang tidak anggap penyakit.
Jemu ertinya hati atau jiwa sudah sangat benci, selera sudah tertutup tentang sesuatu.
Nafsu sudah tidak mendorong ke arah itu.
Jemu itu tentulah menimpa berbagai-bagai perkara.
Adakalanya di sudut makan minum sahaja.
Adakalanya di sudut ilmu.
Adakalanya jemu dengan isteri sendiri, ini bahaya sekali.
Biasanya berlaku, jemu bertemu dengan seseorang yang memang dia sungguh kenal dan tahu.
Tidak kurang juga jemu di sudut suatu kerja.
Berlaku juga berkawan yang sudah lama bersama.
Boleh jadi juga jemu dengan mesyuarat yang pernah selalu dia ikut sama.
Boleh juga berlaku seseorang yang berjuang lalu jemu hendak meneruskan perjuangannya.
Boleh berlaku juga jemu dengan hobi yang selama ini menjadi kesukaannya.
Tidak kurang juga jemu hendak pulang ke rumah kerana sesuatu.
Jadi, jemu boleh berlaku berbagai-bagai perkara pada seseorang manusia.
Bila berlaku jemu, tertutup pintu hati, 
nafsu terkunci untuk melakukannya kecuali terpaksa.
Kalaulah terpaksa juga membuatnya, aduh, sungguh terseksa jiwa dan menderita.
Jika membuat perkara yang jemu berlama-lama dari muda,
umur masih muda cepat jadi tua.
Apabila berlaku jemu, hendak memulihkan semula amat payahnya.
Lebih-lebih lagi kalau ia ada hubungan dengan kerja.
Jemu dengan makanan, minuman, 
mungkin kerana ia bukan makanan dan minuman asas tapi terpaksa dimakan dan diminum.
Kalau makanan asas seperti nasi, ia tidak mungkin jemu.
Jemu dengan ilmu, mungkin belajar sudah terlalu lama.
Atau ada mata pelajaran yang susah dan bukan pula diminati, boleh jemu juga.
Berjuang juga boleh jemu.
Mungkin jemu itu, sudah begitu lama berjuang tidak menang-menang dan berjaya.
Atau berjuang boleh jemu kerana ujiannya terlalu berat dan mencabar, boleh jemu juga.
Kerja juga boleh jemu kerana terlalu lama dan kerana terpaksa untuk hidup.
Boleh jemu kerana suasana tempat kerja sama ada kerana suasana atau orang-orangnya tidak membantu memberi gembira, jiwa derita.
Atau bos tempat kerja pemarah dan pemberang sahaja.
Kasih sayang langsung tidak ada, jemu pun tiba.
Ada juga orang jemu pulang ke rumah kerana suasana kasih sayang tidak ada.
Pulang itu hanya terpaksa, jiwa derita.
Seperti ibu bapa yang pemarah, tidak ada kasih sayang, asyik berleter sahaja.
Atau mendapat isteri atau suami, buat serba tidak kena.
Mudah marah-marah sahaja.
Boleh jadi juga dahulu isteri terasa cantik, sekarang dirasakan tidak cantik dan menarik.
Di luar, ramai perempuan yang nampak cantik.
Sudah ada yang menggoda dan tergoda.
Lihat isteri yang di rumah, benci sahaja.
Bahkan setengah orang benci dengan masjid.
Bukan kerana malas beribadah.
Tapi masjid sudah tidak ada ukhwah.
Di dalam masjid tidak ada suasana ibadah.
Orang ke masjid, ibadah ala kadar, cakap-cakap dunia yang meriah.
Bahkan di masjidlah tempat mengata dan mengumpat.
Beribadah lebih sedikit, ada orang tidak senang.
Orang melihat lain macam sahaja. 

MADAH baru 515


*956*
Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidak faham Islam dan tidak ada cita-cita Islam.
Dia pun tidak tahu mengapa dia menjadi keturunan umat Islam. 

*957*
Susah sekali hendak mendisiplinkan diri mengikut Islam sama ada dari segi percakapan, perbuatan dan gerak hati. 

*958*
Perjuangkanlah kebenaran itu yang nyata kebenaran,
jangan diperjuangkan kebenaran itu dengan cara sangka-sangka benar.
Dan perjuangkanlah kebenaran itu dengan jalan yang benar.
Jangan perjuangkan kebenaran itu dengan cara yang salah. Islam tidak membenarkan menghalalkan cara. 

*959*
Biarlah kebenaran yang hendak diperjuangkan itu jelas,
jalannya jelas, matlamatnya juga jelas
dan orang yang hendak memperjuangkannya itu juga jelas ikhlas. 

*960*
Jangan membetulkan salah  itu dengan cara yang salah, agar kesalahan itu tidak bertambah besar dan meluas.

Berkorban Untuk Agama, Bangsa Dan Negara



Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara.
Berkorban apa sahaja, harta dan jiwa raga.
Pengorbanan itu tidak sia-sia.
Setiap keringat, setiap harta diberi pahala.
Bahkan setiap dosa berjatuhan dan berguguran.
Apatah lagi jiwa raga, lebih besar nilainya.
Kalau terkorban kerananya syahid namanya.
Wah! Alangkah indahnya terlepas seksa kubur dan tiada hisabnya.
Kalau kita kata Akhirat kekal abadi,
sama ada di dalam Syurga ataupun di dalam Neraka.
Berkorban tidak ada susahnya.
Bahkan mudah dan ghairah kerana Tuhan dan kerana mencintai kehidupan di sana.
Berkorbanlah! Berkorbanlah! Berkorbanlah!
Sementara nyawa masih di badan.
Peluang masih luas pintunya terbuka.
Terpulanglah kepada kita mahu atau tidaknya.
Mengapa kita mahu bertangguh-tangguh lagi?!
Masa tidak menunggu kita!
Kematian kita boleh berlaku bila-bila masa!
Biarlah sedikit susah sekarang.
Jangan menyesal di kemudian hari.
Berkorbanlah apa saja!
Segala pengorbanan tidak sia-sia.
Rabbul Hannan wal Mannan tetap membalasnya. 

MADAH baru 514


*946*
Di zaman degri dan ijazah ini,
ramai orang yang alim yang mampu, teraniaya kerana tidak mempunyai degri dan ijazah,
kerana di zaman ini orang yang diiktiraf alim itu manakala ada degri dan ijazah,
walaupun ramai di kalangan mereka yang tidak mampu. 

*947*
Membangun dan memajukan dunia mudah
daripada mendidik manusia yang membangun dan membuat kemajuan dunia itu. 

*948*
Apabila para pemimpin dan pendidik telah rosak maka rosaklah manusia.
Apabila manusia telah rosak,
kemajuan yang wujud tidak mampu lagi mencetuskan kemanan dan keselamatan. 

*949*
Ucapan para rasul itu adalah mukjizat,
kerana itulah mampu mendidik orang,
begitu jugalah ucapan selain rasul,
kalau yang diucapkannya itu karamah,
dia boleh mendidik orang.
  

*950*
Janganlah lidah kita sahaja yang mengucapkan apa yang datang dari Allah,
sedangkan hati kita lalai dari Allah,
akibatnya ucapan kita macam sampah,
dibuang begitu saja oleh orang.

JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI TUHAN



Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan.
Manusia boleh mengusahakan.
Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan.
Kerana hidayah itu mahal nilainya.
Tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan.
Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang.
Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang.
Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun.
Dia tidak mengambil pengajaran.
Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa.
Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan.
Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku.
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah.
Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan.
Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan.
Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan.
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman.
Tersesat jalan tidak tahu tujuan.
Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya.
Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan.
Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta.
Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya.
Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan.
Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah.
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula.
Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat.
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta.
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap.

MADAH baru 513


*931*
Berbuat baiklah kepada orang kemudian lupakan saja supaya kita tidak terasa buat budi kepada orang.
Begitulah jiwa orang merdeka. 

*932*
Orang mukmin itu dia tetap dapat
mempertahankan identiti dan prinsip hidup walau di dalam keadaan apa sekalipun. 

*933*
Orang yang munafik itu identiti dan prinsip hidupnya boleh berubah apabila berubah suasana. 

*934*
Orang yang lemah iman itu hidupnya sentiasa terumbang-ambing,
jiwanya sentiasa bergelora, resah dan gelisah sentiasa menyerangnya, berubah suasana, berubah pula identiti dan prinsip hidupnya. 

*935*
Takutilah kepada apa yang patut ditakuti,
janganlah bimbang kepada apa yang tidak patut dibimbangkan,
begitulah sikap orang mukmin.

Kebaikan Dan Keburukan Dunia



Kekayaan, kemewahan, kesenangan bukanlah satu kesalahan di dalam ajaran Islam.
Jika ia tidak merosakkan jiwa dan cara fikiran manusia atau insan.
Mungkin dari sini dengan kekayaan dan kemewahan boleh membuat baik kepada manusia.
Fakir, miskin, orang yang mendapat kemalangan dapat terbela.
Begitulah mengikut logik akal, memang tidak boleh disangkal.
Hujah ini sedap didengar tapi payah diamalkan atau payah hendak dikotakan kecuali sedikit dari manusia.
Perlu diingat, sejarah telah memaparkan kekayaan, kemewahan dan kesenangan majoritinya manusia derhaka.
Lebih-lebih lagi di samping kekayaan ada pula kuasa, terjadilah bermaharajalela dan membuat aniaya.
Ada yang asalnya miskin, susah, setelah kaya, senang lebih-lebih lagi ada kuasa dia derhaka.
Kekayaan, kemewahan, kesenangan macam ular bisa.
Memelihara ular bisa tidaklah salah.
Kalau pandai boleh jadi hiburan dan boleh dapat duit.
Tapi berapa ramai orang yang pandai menjaganya tidak berbahaya.
Kebanyakan orang akhirnya dipatuk ular, bukan senang menjaganya.
Begitulah kekayaan dan kemewahan ramai yang kecundang.
Kekayaan dan kemewahan merosakkan mereka hingga derhaka.
Oleh itu mari kita lihat kerosakan dari kekayaan dan kemewahan untuk mengambil ingatan.
Moga-moga kalau kita kaya dan mewah, kita tidak ditipunya, dengan Tuhan tetap kita taat dan setia.
Biasanya kekayaan dan kemewahan mendorong manusia derhaka.
Di antaranya:
1. mudah megah dan sombong serta riyak bersamanya. 
2. Rasa tawakal kepada Tuhan tercabut dari hatinya kerana apa yang dia hendak, ada dan sedia ada.
3. Kurang berharap kepada Tuhan kerana pada dirinya atau orang tempat sandarannya sudah sedia punya.
4. Rasa kehambaan dan tawadhuk mudah hilang.
5. Tidak terasa nikmat itu dari Tuhan, dia rasa dari usahanya atau dari kekayaan orang tuanya atau sandarannya.
6. Apabila sudah kaya, pembaziran payah dielakkan.
7. Kekayaan dan kemewahan menjadikan orang manja.
8. Mudah jatuh cinta dengan kekayaan dan kemewahan, mudah hilang rasa bertuhan bahkan tidak terasa perlunya Tuhan.
9. Setelah kaya dan senang terasa diri luar biasa, bergaul dengan golongan bawahan pun renggang.
10. Sekiranya kekayaan dan kemewahan itu Allah Taala ambil semula, dia jadi bingung. Apabila hendak hidup, tidak tahu hendak bersusah-susah.
11. Akhirnya dia suka mencari jalan senang, suka meminta-minta, suka berhutang, suka tipu orang, suka mencuri, mungkin bunuh orang.
12. Begitulah kekayaan dan kemewahan, memilikinya tidak salah tapi bahayanya banyak, ramai orang kalah.
Logiknya dengan kekayaan boleh membuat kebaikan tapi realitinya ia membawa kejahatan.
Kerana itulah diceritakan di dalam Neraka ramai orang-orang kaya dan yang berkuasa.
Hubaya, hubayalah (berhati-hatilah) dengan harta. 
Ia adalah ular berbisa, payah menjaganya. 


Bumi Tuhan... Bersaksilah