Rezeki suami tu pada isterinya kalau dia sedar. Sebab tu bila dia berkahwin maka akan bertambah rezekinya. Jagalah hati isteri biar apa pun. Jangan ego. Nanti rezeki lari jauh meninggalkan kamu.
Waktu kamu susah, isterilah yang sentiasa ada bersama. Isteri yang tahu segala masalah kamu. Ketika kamu dilanda masalah, isterilah orang pertama yang datang membantu. Bukan rakan-rakan baikmu atau mungkin juga keluargamu.
Ketika kamu tidak punya apa, kamu mungkin malu meminta-minta dengan adik-beradik tapi tak segan silu meminta ihsan seorang isteri.
Isteri pula tidak ragu-ragu membantu kerana kasih yang dalam kepada kamu. Sanggup mendahulukan atau mungkin bergolok-gadai demi mempertahankan maruahmu seorang suami.
Kerana itu wahai suami-suami sekalian, ingatlah pengorbanan, kesakitan, kepercayaan seorang isteri.
Isteri bising mungkin dia sedang penat.
Isteri merengus mungkin dia kurang rehat.
Isteri berdiam mungkin dia memendam.
Jadilah suami yang mampu jadi tempat bersandar ketika isteri keletihan.
Jadilah suami yang mampu memberikan bahu ketika isteri dalam kesedihan.
Suami, jika kamu pun tidak sempurna, janganlah kamu memandang kelemahan isterimu sebagai kekurangan.
Isteri lemah, kamulah harus jadi penguat.
Isteri marah, kamulah harus meredakan.
Isteri penat, kamulah harus meringankan.
Bukankah kamu khalifah & imam di muka bumi ini? Maka, jadilah yang terbaik. Jadilah suami yang mampu mendidik. Bukan mudah menerobos syurga jika kamu gagal membimbing seorang isteri menuju redhaNya.
Dugaan seorang isteri adalah ketika suaminya tidak punya apa.
Ujian seorang suami adalah ketika dia punya segalanya.
#TentangIsteri
#TentangSuami
#UntukSamaDirenungi
#IsteriMagnetRezekiSuami
#SuamiSyurgaSangIsteri
No comments:
Post a Comment