Dosa Lahir Buah Dosa Batin


Dosa ada dua kategori, zahir dan batin
Yang lahir nampak dan mudah disedarkan
Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin
Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal
Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar
Dan payah disedarkan mereka
Kalau dosa yang lahir nampaknya sedikit sahaja
Yang dalam lebih banyak lagi
Cuma peluang untuk bertindak belum ada
Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya
Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi
Kerana tidak ada peluang untuk bertindak
Kalau yang di dalam itu ada peluang masya-Allah
Yang lahir itu akan makin bercambah
Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknya
Oleh kerana dosa yang dalam banyak peluang untuk berbuat terhalang
Ramai yang menyangka dia tidak ada dosa
Kerana itulah ramai yang berkata “Saya tidak bersalah.”
“Saya tidak buat dosa.”
Dosa sombong, dosa riyak, dosa megah, dosa ujub,
Dosa dengki, dosa hendak glamor, hendak puji dan lain lagi mana nampak
Apabila lahir buahnya baru nampak dosa yang terpendam dalam hatinya
Buahnya akan nampak apabila tercabar
Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji
Dinasihati dan lain-lain barulah nyata
Di sinilah perlunya mursyid, kerana yang punya diripun tidak begitu nampak dosa yang tersembunyi itu
Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin
Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung
Kerana itulah untuk menuju Allah Taala kenalah ada guru yang bertaqwa
Guru yang bertaqwa sahaja yang boleh tahu perjalanan batin murid-muridnya       

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah