Nafsu sifat atau tabiat semulajadinya sangat jahat,
laammaratum bissu’
Dia adalah musuh manusia di dalam diri
Manusia bermusuh dengan musuh lahirnya pun kerana kedua puak atau pihak yang bermusuhan adalah dirangsang oleh nafsu
Ertinya dua puak atau dua golongan yang bermusuh, bergaduh dan berperang diadu domba oleh nafsu
Tapi kedua puak atau kedua-dua pihak tidak sedar atau tidak tahu
Tabiat atau sifat nafsu banyak di antaranya:
Berkehendak, halal atau haram, baik atau buruk untuk dimilikinya
Tabiat kedekut adalah budayanya
Tidak pernah pupuas-puas,
Ada sedikit hendak banyak, sudah banyak hendak lagi banyak
Tidak pernah letih-letih merangsang dan berkehendak
Macam-macam yang dia hendak, letih badan dibuatnya
Kerana anggota badan alat atau orang suruhannya untuk menjalankan kehendak-kehendaknya
Akal adalah memikir, memandu, memberitahu bagaimana menjalankan kemahuannya
Kehendaknya melulu, rakus, gelojoh, mahu segera dapat
Kemahuannya kalau tidak dapat menderita jiwa dibuatnya
Jika dapat berbangga pula, ramai orang tersinggung kerananya
Begitulah tabiat atau sifat nafsu manusia,
Siapakah yang boleh mengawalnya?
Ramai yang gagal mengawal nafsu yang melulu itu
Raja gagal, orang yang berkuasa gagal, orang kaya gagal, ulama gagal, rakyat jelata gagal
Kemudian kehendak semua golongan yang tidak dapat dikawal itulah bertembung dan berlanggaran sama sendiri
Kehendak-kehendak nafsu itu bertembung satu sama lain
Kerana kehendak nafsu incident dan accident selalu
Berlaku saingan, terjadi hasad dengki, cabar-mencabar, perpecahan, pergaduhan, peperangan
Begitulah berlaku di dalam kehidupan kerana nafsu, hancur keamanan dan kedamaian, hidup di dalam ketakutan
No comments:
Post a Comment