Apa itu aib?




Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat. 

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

🌹🌹🌹

Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

 Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Hubung kait Rezeki Dan Kekayaan


Manusia seringkali mentafsir bahawa rezeki adalah harta kekayaan atau keuntungan dari hasil sesuatu pekerjaan. Pada hakikatnya, pengertian rezeki lebih luas. Rezeki ialah segala keperluan hidup seperti keamanan, kebahagiaan, ketenangan, perlindungan, keamanan, ilmu, sifat-sifat terpuji saperti ikhlas, reda, syukur, tawadhu, khusyuk dalam sembahyang dan sebagainya. Secara umumnya rezeki adalah segala pemberian atau nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya.

Mengenai rezeki yang berupa harta kekayaan, ada orang mendapat rezeki yang berkat dan ada juga yang membawa celaka. Untuk mendapat keberkatan rezeki tersebut semestinya diperolehi dengan cara-cara yang halal dan ditambah lagi dengan rasa kesyukuran, sementara rezeki yang tidak berkat diperolehi dengan cara yang tidak dibenarkan syara' dan diiringi dengan tamak haloba dan sangat mementingkan kebendaan sehingga lupa kewajiban dan tuntutan syara'. Rezeki yang berkat akan menambahkan kedamaian, memperkukuhkan keimanan dan membentuk akhlak dan peribadi yang terpuji, memberikan kepuasan,memberikan kesihatan mental fizikal dan spritual. Ia juga akan memberi pengaruh terhadap ketenteraman, keamanan,sejahtera, keharmonian dan kehidupan berkeluarga, anak isteri patuh dan mendengar cakap, tidak mendatangkan masalah. Malahan rezeki yang berkat juga berperanan terhadap masyarakat dan negara saperti yang di alami oleh Negeri Saba'. Rakyatnya rukun damai,tanahnya subur,pohon-pohonnya berbuah.

Perlu dinyatakan bahawa Allah adalah pemberi rezeki kepada semua makhluk. Manusia sesungguhnya tidak mampu melakukannya, untuk memberi makan semua ikan di laut saja kita tidak akan sanggup. Perkara ini membuktikan bahawa kemampuan dan keupayaan manusia adalah terbatas. Tugas manusia berusaha tetapi yang menentukan usaha tersebut berhasil atau gagal, mendapat rezeki atau tidak, banyak atau sedikit adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala.

nak nikah di masjid?


Nak nikah kat masjid kena patuhi undang-undang dirumah Allah.

1) Baju pengantin perempuan pastikan menutup aurat dgn sempurna. Maksudnya takboleh ketat macam kerengga. Takboleh belanja dada. Wajib pakai stokin.

2) Kawan-kawan perempuan wajib menutup aurat dengan sempurna. Temasuk pakai stokin. Dan baju tudung tak boleh ketat. Takboleh tudung atas dada. Asingan jauh lelaki dengan perempuan. 

3) Sarung cincin sarung dekat rumah. Di masjid tak boleh bersentuhan lelaki dengan perempuan, cukup sekadar serahan mas kahwin. 

Tapi kita semua tak nampak. Rumah Allah kita buat macam rumah kita. Masuk masjid kena solat sunat dua rakaat. Tapi bila akad nikah tak ada pun solat sunat masuk masjid. Malah perempuan majoriti aurat tak tutup dengan sempurna kaki wajib tutup, baju ketat tudung singkat.

Rumah Allah orang sudah tak hormat. 

Banyak benda nak kena betulkan. Kalau nak nikah kat masjid. 
Kena belajar adab dalam masjid. Bukan pentingkan adat. 
Nak kena cukupkan hantaran dll. Itu je orang fokus.

Kalau tak mampu patuhi adab masjid. Jangan nikah di masjid. 
Nikah kat mana-mana boleh. Penting adab kena jaga. 

Info dari kariah masjid wilayah......ingat mengingatkn...
manusia mudah lupa...yang mna adat yang mana syariat

Bersandarlah Dengan Tuhan


Bersandar dengan  duit, tidak ada  duit susahlah hati
Kalau ada duit pun, jika sakit , bala bencana, musuh banyak, duit sudah tidak ada erti
Hati tetap derita kerana duit tidak boleh mengubatinya
Bersandar dengan diri jika sakit, lumpuh,cacat
Tentu hati derita, bahkan ada yang putus asa
Dunia terasa gelap dibuatnya, masa hadapan tidak ada harapan apa-apa,
Kecewa menyelubungi jiwa
Bersandar dengan orang, kalau orang itu mati, atau tidak peduli lagi, kita tentu susah hati
Kita hidup di dalam kebingungan, sumber harapan tidak ada lagi
Begitulah kalau kita sandarkan nasib kita kepada selain Allah Taala Tuhan kita
Sandaran kita sangat rapuh
Kalau begitu bersandarlah dengan Allah Taala
Tuhan  yang memiliki segala-galanya
Tuhan adalah segala-galanya,
Sumber segala kekayaan dan kehidupan makhluk
Bersandar dengan Tuhan, bersandar dengan satu kekuatan yang tidak ada habis-habisnya
Tuhan mempunyai khazanah yang tidak ada berkesudahan
Tuhanlah penentu nasib makhluk-makhluk-Nya termasuk manusia
Bersandar dengan Tuhan tidak akan kecewa
Tuhan melakukan kepada manusia yang menggembira, tujuan baik
Memberi kesusahan pun, dengan tujuan kebaikan
kalau pandai kita menerimanya
Begitulah kalau kita bersandar dengan Tuhan

Dosa Lahir Buah Dosa Batin


Dosa ada dua kategori, zahir dan batin
Yang lahir nampak dan mudah disedarkan
Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin
Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal
Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar
Dan payah disedarkan mereka
Kalau dosa yang lahir nampaknya sedikit sahaja
Yang dalam lebih banyak lagi
Cuma peluang untuk bertindak belum ada
Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya
Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi
Kerana tidak ada peluang untuk bertindak
Kalau yang di dalam itu ada peluang masya-Allah
Yang lahir itu akan makin bercambah
Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknya
Oleh kerana dosa yang dalam banyak peluang untuk berbuat terhalang
Ramai yang menyangka dia tidak ada dosa
Kerana itulah ramai yang berkata “Saya tidak bersalah.”
“Saya tidak buat dosa.”
Dosa sombong, dosa riyak, dosa megah, dosa ujub,
Dosa dengki, dosa hendak glamor, hendak puji dan lain lagi mana nampak
Apabila lahir buahnya baru nampak dosa yang terpendam dalam hatinya
Buahnya akan nampak apabila tercabar
Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji
Dinasihati dan lain-lain barulah nyata
Di sinilah perlunya mursyid, kerana yang punya diripun tidak begitu nampak dosa yang tersembunyi itu
Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin
Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung
Kerana itulah untuk menuju Allah Taala kenalah ada guru yang bertaqwa
Guru yang bertaqwa sahaja yang boleh tahu perjalanan batin murid-muridnya       

Anak lelaki baca ni...

Pesan utk anak2 trutamanya anak2 lelaki.

Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda  tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu.

Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita!!! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je.
Allahhurabi.. "Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni
last mak aku tengok mak". Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik ggumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.

"Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah". Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu..

Ingat sejak kita lahir,
tangan mak ni yang suap dimulut kita. 
Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah
kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun.
Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita.
Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh
terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia,
mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat
beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang
pegang belakang bang". Jangan kita dok harap dekat
orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu.
Kita tak boleh baca
talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar
talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu.
Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tak ada  benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa.

"Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah..
Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong Ya Allah kesian mak aku Ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia.

Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah". Kawan2, kalau dosa mak sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita. Adakah Allah akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu pesanan pd kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup..

Kawan2, buat jasa la..
Buat jasa...
Pada sahabat yg dah tiada ibu atau bapa, mari kita sama sedekahkan al-fatihah buat mereka. Bagi sahabat yang lain, kita akan merasa apa yg rakan kita rasa.

Kenapa tanya? Apa jawabnya?

assalamualaikum ... Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'tengah jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran.
.
Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku". 
.
Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya. 
.
Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba2 datang seorang kawan kita bertanya " Oi kau tengah buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !" 
.
Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi. 
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu. 

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. 
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya. 

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran. 

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia. 

👍👍👍👍

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan..melihat semua ini dengan hati...

Siapa tahu? 
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..

Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga makayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya. 

Siapa tahu? 
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..

Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..

Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..

Siapa sangka? 
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..

Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..

Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja. 

Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.

Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..

Paling mulia?
Tidak dikenali didunia, tidak dipandang didunia, orang biasa sahaja tapi dikenali disisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..

Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti.

Di Celah Nikmat Engkau Derhaka

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala
Tuhan yang mencipta engkau
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya
Selagi engkau hidup di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan
Maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan
Di waktu engkau hendak berhibur diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata
Di waktu engkau keletihan Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan
Selepas tidur badan engkau segar dan bertenaga semula
Tapi setelah engkau dapat tenaga engkau membuat dosa dan noda
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan
Begitulah sepanjang hidup harian engkau
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir satu masa nanti engkau akan menemui-Nya?
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau?

KEBERKATAN HIDUP


Jenis2 keberkatan:

1. Keberkatan dalam hidup. Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama. Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya). Contohnya: Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

3. Keberkatan pada rezeki.Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah. Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

4. Keberkatan pada ilmu. Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

5. Keberkatan pada rumah. Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.

6. Keberkatan pada keluarga. Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.

7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan. Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi. Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

8. Keberkatan pada pekerjaan. Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat. Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

Semoga ada manfaatnya...

TANDA2 KEMATIAN ISYARAT DARI ALLAH

Baca Dulu Hanya 2 Manit Saja

ALLAH Subhanahu Wata'ala telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian..

Tanda 100 hari menjelang ajal : Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya,

Bagi yang menyadarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyadari, tidak ada pengaruh apa-apa..

Tanda 40 hari menjelang kematian : Selepas Ashar, jantung berdenyut - denyut.. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur..

Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari..

Tanda 7 hari menjlang ajal : Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan..

Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu..

Tanda 3 hari menjelang ajal : Terasa denyutan ditengah dahi, Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang
memandikan kita nanti..

Tanda 1 hari sebelum kematian : Di waktu Ashar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun,
menandakan kita tidak sempet menemui Ashar besok harinya..

Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam kondisi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat..

Sahabatku yang budiman, subhanALLAH, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya..
Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, meng- kafani dirinya, kecuali bagian wajah yang belum ditutup..

Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya..
SubhanALLAH..

Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang- orang yang terpilih.. Dan semoga
kita menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian kapanpun dan di manapun kita berada..

Dan semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah,
Aamiin..

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini.
2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insya Allah ridha
Allah akan anugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirim.

Marilah kita berdoa, bermunajat kepada Allah. Semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari segala dosa yang telah lalu.

Aamiin

⚠ *80% orang tidak akan membagikan postingan ini.*
*Sekarang terserah anda....*

Gagal? Berjaya?

KENAPA GAGAL DAN BAGAIMANA BERJAYA,, WHICH ONE R U..
—————  ————

 Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others. 

 Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.

 Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.

 Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.

 Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap & merajuk.

 Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.

 Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.

 Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.

 Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.

 Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.

 Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.

 Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.

 Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.

 Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.

 Orang berjaya sudah buat keputusan awal untuk mereka berjaya.

 Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.

 Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.

 Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.

 Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.

 Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.
Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

Semak diri sendiri. Adakah kita mempunyai ciri2 orang berjaya atau tidak.... Semoga bertambah berjaya.

Terima kasih

Rezeki suami Isteri

Rezeki suami tu pada isterinya kalau dia sedar. Sebab tu bila dia berkahwin maka akan bertambah rezekinya. Jagalah hati isteri biar apa pun. Jangan ego. Nanti rezeki lari jauh meninggalkan kamu.

Waktu kamu susah, isterilah yang sentiasa ada bersama. Isteri yang tahu segala masalah kamu. Ketika kamu dilanda masalah, isterilah orang pertama yang datang membantu. Bukan rakan-rakan baikmu atau mungkin juga keluargamu. 

Ketika kamu tidak punya apa, kamu mungkin malu meminta-minta dengan adik-beradik tapi tak segan silu meminta ihsan seorang isteri. 

Isteri pula tidak ragu-ragu membantu kerana kasih yang dalam kepada kamu. Sanggup mendahulukan atau mungkin bergolok-gadai demi mempertahankan maruahmu seorang suami. 

Kerana itu wahai suami-suami sekalian, ingatlah pengorbanan, kesakitan, kepercayaan seorang isteri. 

Isteri bising mungkin dia sedang penat. 
Isteri merengus mungkin dia kurang rehat. 
Isteri berdiam mungkin dia memendam. 

Jadilah suami yang mampu jadi tempat bersandar ketika isteri keletihan. 
Jadilah suami yang mampu memberikan bahu ketika isteri dalam kesedihan. 

Suami, jika kamu pun tidak sempurna, janganlah kamu memandang kelemahan isterimu sebagai kekurangan. 

Isteri lemah, kamulah harus jadi penguat. 
Isteri marah, kamulah harus meredakan. 
Isteri penat, kamulah harus meringankan. 

Bukankah kamu khalifah & imam di muka bumi ini? Maka, jadilah yang terbaik. Jadilah suami yang mampu mendidik. Bukan mudah menerobos syurga jika kamu gagal membimbing seorang isteri menuju redhaNya. 

Dugaan seorang isteri adalah ketika suaminya tidak punya apa. 
Ujian seorang suami adalah ketika dia punya segalanya.

#TentangIsteri
#TentangSuami
#UntukSamaDirenungi
#IsteriMagnetRezekiSuami
#SuamiSyurgaSangIsteri

Pas Perjalanan

Masya Allah..kreat✈ *PAS PERJALANAN - BOARDING PASS*🤝🏼 ✈

(MAKLUMAT PENUMPANG)
Nama: *Manusia*
Tempat asal: *Syurga*
Destinasi lawatan: *Dunia*

(MAKLUMAT PERJALANAN)
Terminal berlepas: *Planet Bumi*
Waktu berlepas: *Bila-bila masa*
Transit: *Kubur*
Terminal ketibaan: *Mahsyar*
Negeri dituju: *Syurga*
Pegawai check-in: *Izra'il*

(KARGO YANG DIBENARKAN)
1. Pasport- Iman
2. Pakaian- Kafan
3. Barang peribadi- Amal Soleh

(KARGO YANG TIDAK DIBENARKAN)
1. Keluarga/kawan
2. Harta Benda
3. Pangkat

(KARGO YANG BOLEH DIPOS)
1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Do'a anak soleh

*PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG: PANDUAN SEBELUM BERLEPAS*

1. Mohon selalu membaca, mempelajari, dan mengamalkan petunjuk perjalanan yang terkandung dalam manual Al-Qur'anul Karim.

2. Mohon praktikkan Standard Operating Procedure (SOP) yang diajar oleh Rasullullah SAW.

3. Mohon sentiasa waspada terhadap ulat tiket syaitan yang menawarkan pas palsu. *Destinasi anda akan ditukar ke Neraka Jahanam.*

(CATATAN PENTING)

Sila periksa barangan yang anda tinggalkan supaya tidak mengganggu perjalanan: 

1: Periksa pasangan anda, sudahkah mereka berada di jalan Allah dan Rasul.

2: Periksa anak anda, sudahkah mereka diajar menggunakan manual Al-Quran dan mengamalkan SOP sunnah yg betul.

3: Periksa harta anda, sudahkah dizakatkan atau adakah bercampur harta yg haram.

4: Periksa pangkat/kedudukan anda adakah digunakan dengan adil atau menindas penumpang lain.

🤲🏼DIMINTA PENUMPANG MEMBACA DOA SEBELUM BERLEPAS🤲🏼

Ya Allah Ya Robbi,
Selamatkanlah kami, keluarga dan sahabat kami dalam perjalanan panjang ini, 

Berilah kami petunjuk yang benar di balai perlepasan *dunia* ini dan rehatkanlah kami saat tiba di transit *kubur,* 

Mudahkanlah urusan kami di terminal ketibaan *Padang Mahsyar,*

Sampaikanlah kami ke kampung asal *Syurga* dengan selamat, dan berilah pahala yang besar kepada orang yang berkongsi notis perjalanan ini kepada penumpang lain. AAMIIN...

*DIHARAP DAPAT MEMATUHI NOTIS INI DENGAN SEMPURNA DEMI KESELAMATAN PERJALANAN ANDA.*

*TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SELAMAT MENGEMBARA BERSAMA KAMI, SALAM AIRLINES.*🤝🏼✈

Sahabat, anda mempunyai 2 pilihan :

1. Mengabaikan.
2. Menyebarkan notis perjalanan ini di kepada semua yang anda kenali. In Shaa Allah akan menjadi pahala buat anda.

Merendah Diri Bukan Penghinaan

Ramai orang menganggap merendah diri itu satu penghinaan, bahkan satu kelemahan
Mengangkat diri atau sombong satu penghormatan bahkan satu kebanggaan dan kekuatan
Padahal merendah diri itulah satu penghormatan, bahkan satu kekuatan
Mengangkat diri itu satu penghinaan, bahkan satu kelemahan
Merendah diri orang senang, lembut hati orang, lahirlah kasih sayang
Dari kasih sayang lahir perpaduan, perpaduan membawa kekuatan
Mengangkat diri atau sombong, orang benci, hati orang renggang
Orang benci, hati renggang, pecah perpaduan
Satu tunggak kekuatan hilang
Pecah perpaduan di kalangan bangsa, satu kelemahan
Oleh itu fahaman ramai orang terbalik
Yang membawa kelemahan dikatakan akan membawa kekuatan
Yang akan membawa kekuatan dianggap membawa kelemahan
Di sini dapat kita faham ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak ada didikan
Ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak faham dan penghayatan
Berilah ilmu dan kefahaman, 
yang lebih penting lagi diamalkan
Semuanya itu adalah penghayatan ilmu
Penghayatan ilmu itu barulah ilmu dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan

Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan

Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan
Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam
Jika kita berkawan kerana Tuhan, kita tidak akan berlaku perpisahan
Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan
Kalau kita berkawan kerana Tuhan, kalaupun ada perbalahan, tidak akan berpanjangan
Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan
Biasalah manusia hamba Tuhan sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan
Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan
Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan,
bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan, perbalahan mudah datang
Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan
Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan
Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan
Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan
Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan boleh berpadu dan menjadi kekuatan
Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya, selalu sahaja membawa perselisihan
Perselisihan membawa renggang kasih sayang
Apabila renggang kasih  sayang, pecahlah perpaduan dan kesatuan
Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan
Ingatan ini hendaklah diambil perhatian
Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan
Janganlah cari kekuatan selain Tuhan
Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan
Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan
Marilah kita berkawan dan berjemaah bersama Tuhan
Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman
Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan
Seluruh kehidupan kita, Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan
Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman
Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun
Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan
Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya
Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat
Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada, Tuhan pun ditinggalkan
Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada, bagaimanalah hendak  menang

♥KEDAI MENJUAL ISTERI♥


Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-

"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-

Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2. 

Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.

Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.

"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.

Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"

Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.

Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LELAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.

Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. 

Wallahu alam

7 AZAB YANG DI LIHAT OLEH PENGGALI KUBUR

Ada seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT.

dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahwa siapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda.

Yaa ALLAH.
Mudahkanlah urusan orang yang Membaca status ini.

Dekatkanlah Rezekinya, Sehatkanlah jiwa raganya dan Mudahkanlah jodohnya untuk orang yang nge-Like dan nge-share Status Ini.

Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin.

Nafsu Musuh Dalam Diri


Nafsu sifat atau tabiat semulajadinya sangat jahat, 
laammaratum bissu’
Dia adalah musuh manusia di dalam diri
Manusia bermusuh dengan musuh lahirnya pun kerana kedua puak atau pihak yang bermusuhan adalah dirangsang oleh nafsu
Ertinya dua puak atau dua golongan yang bermusuh, bergaduh dan berperang diadu domba oleh nafsu
Tapi kedua puak atau kedua-dua pihak tidak sedar atau tidak tahu
Tabiat atau sifat nafsu banyak di antaranya:
Berkehendak, halal atau haram, baik atau buruk untuk dimilikinya
Tabiat kedekut adalah budayanya
Tidak pernah pupuas-puas,
Ada sedikit hendak banyak, sudah banyak hendak lagi banyak
Tidak pernah letih-letih merangsang dan berkehendak
Macam-macam yang dia hendak, letih badan dibuatnya
Kerana anggota badan alat atau orang suruhannya untuk menjalankan kehendak-kehendaknya
Akal adalah memikir, memandu, memberitahu bagaimana menjalankan kemahuannya
Kehendaknya melulu, rakus, gelojoh, mahu segera dapat
Kemahuannya kalau tidak dapat menderita jiwa dibuatnya
Jika dapat berbangga pula, ramai orang tersinggung kerananya
Begitulah tabiat atau sifat nafsu manusia, 
Siapakah yang boleh mengawalnya?
Ramai yang gagal mengawal nafsu yang melulu itu
Raja gagal, orang yang berkuasa gagal, orang kaya gagal, ulama gagal, rakyat jelata gagal
Kemudian  kehendak semua golongan yang tidak dapat dikawal itulah bertembung dan berlanggaran sama sendiri
Kehendak-kehendak nafsu itu bertembung satu sama lain  
Kerana kehendak nafsu incident dan accident selalu
Berlaku saingan, terjadi hasad dengki, cabar-mencabar, perpecahan, pergaduhan, peperangan
Begitulah berlaku di dalam kehidupan kerana nafsu, hancur keamanan dan kedamaian, hidup di dalam ketakutan

Cintailah Tuhan


Cintakan Tuhan tidak ada apa-apa masalah
Sama-sama cintakan Tuhan tidak ada saingan, tidak ada perbalahan
Sama-sama cintakan Tuhan tidak ada rebutan
Sama-sama cintakan Tuhan tidak ada hasad dengki tidak ada pergaduhan
Setiap orang cintakan Tuhan, semua dapat layanan
Seramai  manapun orang inginkan cinta Tuhan, semuanya dapat balasan cinta Tuhan
Sama-sama perjuangkan, tidak ada pertarungan
Semua orang cintakan Tuhan, semua dapat, setiap orang dilayan Tuhan
Tidak ada orang yang kecewa
Cintakan selain Tuhan ada yang dapat ada yang kecewa
Terpaksa bertarung sesama
Perbalahan pun datang, pergaduhan pun tiba,
Bahkan terjadi peperangan sesama
Cinta selain Tuhan tidak boleh dibalas semua
Sedikit yang dapat ramai yang kecewa
Akhirnya bermasam-masam muka sesama
Sesama cintakan Tuhan, membawa kasih sayang dan perpaduan
Cintakan selain Tuhan, membawa permusuhan
Rahsia kasih sayang sesama, rahsianya sama-sama cintakan Tuhan
Kalau semua manusia berjuang untuk cintakan Tuhan, tidak ada permusuhan, tidak ada peperangan
Jika manusia seluruh dunia sama-sama cintakan Tuhan, dunia aman
Marilah kita sama-sama berjuang cintakan Tuhan
Mari kita promosi Tuhan hingga dicintai orang
Ia membawa kasih sayang, ia membawa perpaduan
Ia membawa kejayaan dan keselamatan
Ia membawa kebahagiaan dan keharmonian
Ia menyelamatkan kita di dunia dan Akhirat

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

Assaℓam’mualaikum 

Kepada sesiapa yg menerima viral ini bacalah .. kalau tak baca rugi sgt2


Utk Shbt2... Jiran2... adik beradik... dan anak2 yg dikasehi....

*Bacalah pesanan in dengan mata dan hati*

*Jahat atau baik kita..*
*solat jangan ditinggalkan.*
*Solat bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang kehidupan kita...*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....*
*Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...*
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...*
*Berani mcm mana pun ...tetap akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati ...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....*
*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.* 
*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....*

*Teruslah melangkah,*
   *selama engkau*
*di jalan yang baikk*

*Meski terkadang kebaikan*
   *tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang*
  *dirimu kepada siapa pun*
*kerna yang menyukaimu tidak*
  *perlu tahu tentang semua*
*kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak*
  *percaya tentang kebaikan*
     *yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk*
  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam*
    *adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka*
   *untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*

*PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR  "SAMA..."*

*SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...*

*SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)*

*SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).*

*SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)*
*(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.."*  *saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa,*
*dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).*

*SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan )*

*SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA".  Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2.*

*Oleh kerana itu,  semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA..   _JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti_, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA2...*

" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah.. 
Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "

Sharing is caring #jompahala

Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih


 
Ajaran Tuhan sangat menggalakkan kita supaya suruh bersih dan bersuci di dalam apa pun keadaan
Terutama bersih dan bersuci daripada najis yang berbagai-bagai jenisnya adalah diwajibkan
Bersih daripada badan, bersih daripada pakaian, bersih daripada tempat tinggal dan kawasan
Hingga dikatakan mengikut Hadis bersih itu setengah daripada iman
Bersih itu sekalipun di dalam jamban
Diharap diambil perhatian
Kesempurnaan bersih lahir bukan sahaja daripada najis yang digalakkan
Disuruh juga bersih daripada kekotoran, sunat mengikut hukum Tuhan sekalipun tidak menajiskan
Daripada badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan
Bersih daripada peluh yang menjijikkan, daripada tahi mata, tahi telinga, tahi gigi yang meloyakan
Pada pakaian daripada comot, habuk, lumpur yang menyakitkan mata memandang
Di dalam rumah, di kawasan rumah daripada sampah yang bersepah yang menghilangkan keindahan pemandangan
Apabila berlaku ia jadi makruh lebih-lebih lagi jika dibawa ibadah dan sembahyang
Di dalam agama Tuhan sesuatu itu diambil kira jika perkara itu menyakitkan
Menyakitkan hidung, menyakitkan mata, menyakitkan perasaan atau selera insan
Ajaran Tuhan menggalakkkan kita bercantik-cantikan dan berwangi-wangian
Kerana ia menghiburkan dan menyenangkan di dalam pergaulan
Kerana Tuhan itu cantik, Dia suka kita juga bercantik-cantikan
Di sini baru kita faham ajaran Tuhan bukan sahaja disuruh bersih batin daripada mazmumah yang merosakkan kehidupan
Memanglah bersih batin daripada mazmumah itu adalah yang paling diwajibkan dan dipentingkan
Tapi bersih yang lahir juga sangat diperintah dan digalakkan
Kerana ia memperindahkan ajaran Tuhan itu secara luaran yang senang mata memandang
Perkara luaran yang indah juga sangat mempengaruh orang masuk Islam atau senang dengan Islam
Memanglah kita sudah katakan yang dalam itu sangat dipentingkan
Tapi bersih luaran jangan pula ia diabaikan kerana ia adalah asas ibadah mengikut agama Tuhan
Di hari ini apa yang amat mendukacitakan kedua-dua kebersihan lahir dan batin masih diabaikan
Yang batin memang amat susah tapi yang lahir pun umat Islam cuai dan abaikan
Lebih-lebih lagi umat Islam di kampung-kampung seolah-olah kebersihan lahir itu bukan agama Tuhan
Pakaian tidak terurus, badan kurang dibersihkan, di jamban lebih-lebih lagilah amat mendukacitakan, sangat menjijikkan
Di dalam rumah, kawasan rumah, bahkan kawasan surau dan masjid pun sangat sakit mata memandang
Di luar rumah dan masjid rumput panjang, kebersihan daripada sampah sarap diabaikan, adakalanya najis pun bertaburan
Kalau kebersihan lahir pun susah sangat dilaksanakan, bersih batin lagilah macam mustahil dapat dibersihkan
Jika kebersihan lahir pun masih dicuaikan mengapalah negara Islam hendak difikirkan
Janganlah berangan-angan
Perkara-perkara asas ibadah pun belum selesai apakah perkara-perkara furuk dan cabang-cabang di dalam ibadah mudah dicapai?
Mengapalah umat Islam hari ini melulu berjuang macam orang tidak siuman
Berjuanglah yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan

KEHIDUPAN PARA SAHABAT RASULULLAH

Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain
Tidak akan bercerita tentang dunia
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri
Untuk diketahui dan dibaiki
Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya
Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja
Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan
Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid
Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid
Kerana sunyi sepi daripada perbualan
Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara
Agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita
Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk
Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat
Membaca Al Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia
Masing-masing dengan dirinya masing-masing
Hening, tenang dan sepi
Orang menyangka di masjid tidak ada orang
Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya

Berkorban Itu Indah


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

🌹Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.🌺

Bumi Tuhan... Bersaksilah