U'IIDZUKA BIKALIMAATILLAAHITTAAMMAH,
MIN KULLI SYAITHAANIN WAHAAMMAH,
WA MIN KULLI AININ LAAMMAH
Maksudnya:
Aku perlindungi kamu dengan firman Allah yg sempurna dari gangguan syaitan ,binatang berbisa dan setiap sorotan mata yg berpesona
ayat di atas adalah doa perlindungan bayi dan ketika anak menangis.ambil air suam , bacakan al fatihah 1x,
Ayat qursi 3x dan di sambung ayat di atas :
dan
selawat ke atas nabi 3x
selepas tu sapukan di kepala anak dan muka nya insya Allah anak akan terhindar dari gangguan makhluk halus dan berhenti menangis..semoga kita sentiasa berada di dalam lindungannya amin
Tanda-Tanda Anak Kecil Terkena Gangguan :
· Mata dia akan melilau melihat sekeliling kekiri kekanan.
· Menangis meraung-raung tetapi tiada airmata.
· Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat.
· Menangis dalam keadaan takut.
· Tidur dalam keadaan terkejut-kejut.
· Tidur di selang seli dengan tangisan.
Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Contoh, hari ni menangis pukul 3 pagi, esoknya pon menangis pukul 3 pagi, lusa pon pukul 3 pagi.
Mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Boleh terjadi dalam keadaan tidak sedarkan diri (ketika tidur).
Menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.
Jika tanda-tanda tersebut ada pada anak kecil anda, maka bacalah doa seperti berikut. Niatkan sebagai benteng kepada anak kecil itu dan kemudian sapu mukanya. InsyAllah anak kecil itu akan terpelihara dari penglihatan makhluk halus dan terpelihara dari gangguan makhluk yang jahat.
No comments:
Post a Comment