عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ الله صلي الله عليه وسلم كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
_*Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”*_ (Sahih Muslim No: 1945) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih.
*Pengajaran:*
1. Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda. Kecuali amalan puasa yang hanya Allah mengetahui gandaan ganjarannya.
2. Bagi orang puasa, mereka akan mendapat kegembiraan ketika berbuka kerana dapat makan dan minum serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga selepas menahannya di siang hari.
3. Kegembiraan kedua apabila dapat bertemu Allah kelak. Ia hanya akan terhasil daripada puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan mengharap tujuannya. Hal ini penting untuk kita meraih kegembiraan yang hakiki disana dengan ganjaran keampunan.
4. Bukan sekadar rasa nikmat selepas bertahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani. Tapi yang kita inginkan juga nikmat rohani. Hubungan dan ikatan kita dengan Allah SWT menerusi amalan kita. Ibadat yang benar-benar bertunjangkan keihlasan dan kehambaan dalam menjalaninya.
5. Marilah kita berusaha meraih kedua-dua kegembiraan. Kita menjaga dan melatih mulut, pandangan dan segala yang lain agar akur kepada perintah Allah.
6. Mohon jauh daripada puasa yang sia-sia. Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih, rugi dan sia-sialah kita. Rugi juga jika hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah, mengumpat, menghina, dedah aib, berkata kotor, menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak betul menerusi group whatsapp, telegram, twitter, FB serta lain-lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada guna seluruh puasanya".
*RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH*
#SemarakPerubahanMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
31hb Mei 2019
26hb Ramadan 1440H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD