JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN


4.00 PAGI

1. Bangun tidur dan baca doa. 
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini. 
3. Mandi dan membersihkan diri. 
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI

1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat. 
- Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. - Menangislah menyesali dosa-dosa lalu. 
2. Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat. 
– Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 2 rakaat. 
- Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI. 
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita. 
6. Baca dan tadabburlah Al- Quran. 
7. Berzikir.

5.15 PAGI 

1. Makan sahur.
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI 

1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir. 
2. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat. 
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

10.00 PAGI

1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat. 
2. Bersedekah harta/tenaga. 
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari

1. Bersiap untuk solat Zohor. 
2. Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
3. Solat Zohor berjemaah. 
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib. 
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

4.30 PETANG

1. Bersedia untuk solat Asar. 
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah. 
3. Solat Asar berjemaah. 
4. Berwirid atau membaca ma’thurat. 
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

5.30 PETANG

1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros. 
2. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 PETANG

1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa. 
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa. 
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat Maghrib berjemaah.

8.00 MALAM

1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih 
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM

1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. 
2. Berniatlah untuk puasa esok hari . 
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. 
4. Bacalah doa tidur. 
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Semoga bermanafaat

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah