السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang teramatnya.
Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami, sungguh nafsu menyuruh kepada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami,
kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa kami.
Kami berlindung kepada Allah daripada semua perbuatan yang derhaka, daripada semua musuh yang dominan, daripada semua penguasa yang kejam.
Ya Allah, Jadikan kami antara pasukan-Mu, kerana pasukan-Mu sahaja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami antara kekasih-Mu, kerana kekasih-Mu sahaja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah, baikkan agama kami kerana itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirahat daripada kejelekan. Ya Allah sampaikan selawat kepada Muhammad, kepada keluarganya, dan kepada para sahabatnya. Berilah kami pada hari Selasa, tiga hal, jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus langit dan bumi, kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murka-Nya. Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya reda-Nya. Akhirilah hidup kami dengan keampunan...
أمين ياالله، أمين يارحمن، أمين يا رحيم، آمين يارب العالمين.
_________________________
Usahlah sekadar melihat penderitaan tapi usahakanlah agar kita menjadi sebahagian daripada pengubat derita.
Ramadan penyubur ukhuwah insaniah!
*Santuni hari-hari terakhir Ramadan*
No comments:
Post a Comment