1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada
1000 orang wali.
2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.
4. Seorang isteri yang habiskan malamnya
dengan tidur yang tidak selesa kerana
manjaga anaknya yang sakit dapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.
5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang
dan suami lihat isteri dengan kasih sayang
Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh
rahmat.
6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumah tangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan
jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dan menunggang kuda
yang dibuat daripada Yakut.
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.
8. Wanita yang perah susu binatang dengan
Bismillah akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan
Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.
10. Wanita yang menjaga solah, puasa dan taat
pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang
dia suka.
11. Wanita yang hamil akan dapat pahala
• Berpuasa pada siang hari dan
• Beribadat pada malam hari.
12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh
dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita
yang picit suaminya bila disuruh akan dapat
pahala 7 tola perak.
13. Seorang suami yang redha akan isteri
ketika meninggal dunia, Allah s.w.t.
mewajibkan syurga bagi isterinya.
14. Seorang wanita yang solehah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.
15. Jika suami mengajar isterinya satu
masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun
ibadat.
16. Di syurga semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua
manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah
s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purda di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah; Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13
kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan
wajah seseorang wanita terletak bila Allah
swt. beri nur wajah ini.
Manafaat di dunia dengan memakai purda
sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La’ibah ketua bidadari. Ini
merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah
swt.
Hadhrat Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah
s.a.w; “Wahai Rasulullah s.a.w, jika
seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah
manis daripada madu tetapi untuk
mengamalkannya adalah lebih halus daripada
seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah.
Hadhrat Fatimah r.a dapat menjaga auratnya
dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak
apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah
swt. memerintahkan semua orang supaya
tunduk dan berpaling pandangan mereka dari
melihat Hadhrat Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau
meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu
malam supaya tiada siapa dapat melihat
samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau
rendah.
17. Perempuan yang memakai kain yang nipis
dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki
yang bukan mahramnya atau memakai segala
yang mendatangkan keghairahan pada orang
lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.
18. Seorang wanita yang menyambut baik
suaminya yang datang dengan kemarahan,
Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran
setengah pahala jihad.
19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila
seorang wanita memasak dengan zikir
Bismillah.
20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja
mendedahkan auratnya kepada lelaki yang
bukan muhrimnya. 21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat,
Allah s.w.t. berfirman: hiduplah dengan apa
yang kau suka.
22. Nabi s.a.w. bersabda: “Tiga orang yang
tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak
diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat
kebajikan mereka kelangit ialah:-
1. Seorang hamba yang lari dari tuannya
sehingga dia kembali.
2. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya
sehingga suaminya redha.
3. Orang yang mabuk hingga dia sedar
kembali.
23. Seorang wanita yang membersihkan
rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah-
olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala
seperti menyapu di Baitullah.
24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari
seperti puasa bagi wanita yang mengandung.
25. Selepas seorang wanita melahirkan anak,
Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun
sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada
satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah
s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.
26. Apabila seorang wanita meninggal dunia
ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.
27. Apabila seorang wanita memberi susu
dadanya kepada anaknya yang menangis di
waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t.
memberi pahala 1 tahun sembahyang dan
puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap
titik susu yang diberikannya.
28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari
langit datang membawa khabar gembira iaitu
Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga
baginya.
29. Apabila seorang wanita memberi makan
dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya
yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t.
memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.
“Orang laki-laki itu menjadi tulang punggung
(penanggungjawab) bagi wanita.” (Al-Hadis)
Ertinya, bahawa mereka (laki-laki) itu
menguasai urusan kaum wanita dan
mendidiknya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi
s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik wanita adalah
apabila dia engkau pandang, maka dia
mengembirakan, bila engkau perintah dia taat,
dan bila engkau tiada dia menjaga hartamu
dan menjaga pula akan kehormatan dirinya.” Anas Bin Malik, meriwayatkan bahawa Nabi
s.a.w. bersabda: “Seorang wanita yang
apabila mengerjakan solah lima waktu,
berpuasa wajib sebulan, memelihara
kemaluannya serta taat kepada suaminya,
maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.” (HADIS RIWAYAT
ABU NAIM)
Abdurrahman Bin Auf r.a. meriwayatkan
bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang
wanita yang solehah lebih baik daripada
seribu orang laki-laki yang tidak soleh dan
seorang wanita yang melayani suaminya
selama seminggu, maka ditutuplah baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya
delapan pintu syurga, yang dia dapat masuk
dari pintu mana saja tanpa hisab / hitung.”
Siti Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
s.a.w bersabda: “Tidaklah seseorang wanita
yang haid itu, kecuali haidnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang
telah lalu dan pada hari pertama haidnya
membaca Alhamdulillahi alaa kulli wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah s.w.t.
dalam segala keadaan dan saya mohon ampun
kepada Allah s.w.t. dari segala dosa.) Maka
Allah s.w.t. menetapkan dia bebas dari neraka
dan dengan mudah melalui shirathul mustaqim
yang aman dari seksa, bahkan Allah s.w.t. mengangkat keatasnya darjat, seperti
darjatnya empat puluh orang yang mati
syahid.”
Termasuk dosa besar adalah seorang
perempuan yang telah bersuami keluar dari
rumahnya tampa seizin suaminya, biarpun dia
keluar kerana kematian salah seorang dari
kedua orang tuanya.
Di dalam kitab Al-Ihya diceritakan sebuah
kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada
seorang laki-laki yang akan berangkat
berperang, yang berpesan kepada isterinya:
“Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau
meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang.”
Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit,
maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki
menemui Rasulullah s.a.w. Rasullullah s.a.w.
bersabda kepada utusan itu: “Agar dia
mentaati suaminya”. Demikian pula si wanita,
mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak
berani keluar rumah.
Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia
tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia
tetap sabar. Sehingga suaminya kembali
pulang. Maka Allah menurunkan wahyu
kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi: Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan
ketaatannya kepada suaminya.” Semoga apa yang kita baca ini
Allah beri kita kekuatan
untuk kita ambil ikhtibar, amal dan
sampaikan.. insyaALLAH. wallahualam..
No comments:
Post a Comment