Setahun sudah...

Salam wrt. Syukur pada Allah kerana masih dapat menghirup udara di bumi Tuhan ini. Hari ini adalah hari ulang tahun pertemuanku dengan isteri tercinta. Ingat lagi waktu itu, Zaf pulang ke Malaysia. Di sambut oleh keluarga yang merindui kepulangannya. Manakala aku di sekolah masa itu. Ibu dan Kak Mun jemput datang rumah dan bertemu muka dengan bakal peneman hidupku ini... sempat juga aku menempah cup cake dari Ibu Roza. Ibu Roza adalah seorang AjK PIBG sekolah. Alhamdulillah, sempat siap cup cake yg ditempah. Pagi itu, aku mengambilnya dan buat bayaran.


Petang itu, aku ke rumah oren... Banyak juga cerita sebelum hari bersejarah ini. Hmmm... aku menjejakkan kaki ke dalam rumah. Di situlah aku melihat bakal isteriku, yang mana pengenalan dengannya Allah mudahkan dan perjalanan ke arah baitul muslim sangat dimudahkan... inilah pilihan yang Allah ciptakan untukku... Tuhan lorongkan aku untuk mengenalinya walaupun sudah terlalu banyak pilihan yang mengganggu fikiranku saat itu... aku serahkan pada Allah dengan istikharah.... inilah jawapan istikharahku... subhanallah... maha Suci Allah yang maha baik.



3 Julai 2012, petang yang menenangkan di Kampung Durian Daun, Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Selepas minum petang dan menerima sedikit ole2 zaf dari Moscow, kami ke kebun untuk memetik jagung. Zaf saat ini agak malu2... diam jer... sempat juga ke rumah Mak Long. Masa tu Mak Long demam. Kebetulan dalam kereta aku ada penadol. So, itulah hadiah buat Mak Long saat itu. Sebelum berpisah, aku memberi cup cake yang ditempah itu... alhamdulillah, sempat juga aku merakam moment yang indah itu. Aku beranikan diri. Minta Kak Mun ambilkan gambar aku bersama ibu dan Zaf. Saat itu pastiku kenang. Gambar ini memang rare. Sweet moment bersama bakal tunang/zaujah dan kini beliau  sudah bergelar isteriku yang sah...:)


Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaanmu ini.


Bersaksilah bahawa dia seorang isteri yang solehah,
Yang sentiasa mengembirakan hati suaminya, menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia dan sentiasa menyambung silaturrahim...
Moga Saidina Rasulullah SaW berbangga dengan umatnya.
Moga Allah memberi kami kemuliaan untuk bertemu dan melihat wajah nabi yang mulia.
Dan moga Allah memberi kami kemuliaan untuk kami berpimpin tangan melangkah ke syurga Allah dan diberi kemuliaan untuk melihat wajah Allah di sana. 
Amin ya Rabbul jalil.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah