16 Ramadhan 1434h

Salam wrt. Alhamdulillah, hari ni dah selesai mengajar. Esok dan isnin punyer lesson dah siap. Tunggu nak hantar je esok:)..

Ramadhan kian bertambah umurnya. Tinggal 14 @13 hari sahaja lagi. Apa yang telah aku lakukan untuk Ramadhan ini? Hafazan? Tadarus? Tarawikh? Solat malam?.. apa??... malam tadi terawikh di surau Simpang Keling. Hmm, mengantuknyer.. masyaAllah...


Tadarus after Fajr bersama ibu dan Zaujah..:)
Ariff dan Ayah pun ada..:)
Agak penat minggu ni. Terkejar-kejar juga. Menguruskan kereta zaujah yang disayangi. Alhamdulillah, semalam bayaran dah dibuat. Terima kasih wan!!! Kelisa pun zaf dah settlekan bayaran sepenuhnya hari ni. Tinggal nak lelong kepada sesiapa yang mahukan kereta kecil ini. Overall ok jer. Aircond sejuk, pick up pon bley tahan. Nanti nak post gmbar kat facebook. If ada yang nak, insyaAllah, let go jer...:) Wanija dah call pagi tadi. Kereta sampai hari ni. So, kena wat full payment. Aku minta wat hari Isnin sebab Zaf cuti hari isnin tu. So, leh gi sama2. Tinted dibuat sabtu @ ahad ni. Promote sket, Salesman wanija ni  namanyer Saiful. Umur 23 tahun. Orang johor. Lagaknya seperti adik bongsu aku, zulhelmi. Sebijik kot!! Tinggi, kulit sama warna..hehe.. cara cakap pun sama. Dia dh kahwin.. bulan 3 hari tu. Jujur orangnya, insyaAllah. Moga Allah murahkan rezekinya, ameen ya Rabb.


Di TH Masjid Tanah dgn Wan..:)
Durian kat rumah Ramuan China tahun ni ade la berbuah beberapa batang. Cuma buahnya dah tinggal sikit coz digugurkan oleh sang kera. So, mana yang ada itu la rezeki tahun ni. Sempat la jengok ke kebun belakang rumah. Dapat la 2,3 biji. Bawa pulang ke Rembau. Suka ibu makan durian tu. Durian kampung memang best. di Rembau musim durian dah berakhir.. em,  ayah xle makan durian kerana sakit. Hari ni dialisis di tampin. Seminggu 3 kali. Moga2 ayah sentiasa sihat....


Ibu dan ayah...<3 nbsp="" p="">
Esok, isteri tersayang akan mula kerja di department baru.. MEDICAL.. moga2 Allah mudahkan segalanya... esok, beri dia drive kereta jerung biru. Ok sket. Hmmm, di tmpt baru ni kena tagging dulu selama seminggu. So, habis kerja dlm pukul 8  @ 10 @ 12mlm. Sabar sket yer Mrs Zaujah! Assobru Jamil!!! ♥

di kebun..:)

Petang, melawat kebun untuk potong jantung pisang... sambil tu tengok-tengok kawasan..hehe.. ada port memancing la.. kena try ni.. ajak Along! yeah!

DI Yayasan Sofa
Malam, isyak dan tarawikh di Surau Sekolah Tinggi Islam as-Sofa. Dah masuk 17 Ramadhan 1434, Nuzul Quran. So, banyak masjid buat buka puasa perdana. Aku dan zaf buka puasa di rumah. x sempat nk buka puasa di STIAS. Sebenarnya, seronok solat sama adik2 tahfiz ni. panjang-panjang diorang baca pun x rasa sangat. sebab hati ini dihiburkan dengan bacaan Quran yang mengasyikkan. Alhamdulillah, nikmat ayat Quran memang tiada hujungnya....

Hmm.. cukuplah sekadar itu, dah malam...Itulah coretan untuk kali ni. Hanya Blog picisan.. (",)

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah