Salam wrt... Selepas sahur bersama zaujah di Hostel Hospital Tunku Jaafar, kami solat subuh bersama. tak sempat mathurat bersama. Aku saat itu masih mengantuk. Gagahkan diri untuk memandu pulang ke Durian Daun. Selepas menghantar zaujah ke wadnya, aku terus attack highway menuju ke Selatan.
Dalam 7.15 pg, sampailah aku di Rumah Oren. Ayah tolong buka pintu. Aku salam ayah dan terus naik mandi dan salin baju. Terus ke Sekolah Kebangsaan Chengkau untuk terus membina saham2 akhirat..:)
Hari ni murid-murid menghadapi ujian 2. Paper BM dan Matematik. Di sebabkan mengantuk, aku turut sama menjawab soalan matematik murid tahun 3..hehe.. lame rasenyer tak mengasah minda niey! huh
Hari ni sempat menbacakan buku 70 Dosa-dosa Besar kepada murid-murid tahun 3. tapi sempat 50 jer. Masa baca dan huraikan pada murid-murid tu, ade juga beberapa yang terkena kat batang hidung aku. Itulah refleksi yang sering aku lakukan... Itulah cara aku menyuluh diriku... Kongsikan dengan sesiapa dan kita akan kenal sapa diri kita. Yang penting kena ingat betul2... "ilmu tu mula-mula untuk suluh diri kita. Jangan sibuk nak suluh orang, tapi diri sendiri tak disuluh, nanti kita akan lebih jauh dari Allah.." wal iya zubillah...
Selepas mendirikan solat Zohor di sekolah bersama beberapa orang murid, aku terus start enjin kelisa dan pulang ke rumah. Nak rest! Pabila merebahkan diri di pembaringan, maka lenalah aku sehingga kedengaran azan Asar. Letihnya badan, tapi ku gagahkan juga pergi mengambil wudhuk dan tunaikan solat asar. Turun ke bawah kejap. Cuaca panas hari ni, rasa nak minum air tebu. Minta izin ibu ayah nak pergi beli air tebu yang best kat Pulau Mampat. Harga masih RM 4 sebungkus. ok lah tu. Beli 2 bungkus.
After beli air tebu, aku ke kebun. Sempat jalan sorang kat dalam kebun sambil tanam biji betik, biji nangka dan biji durian. Sambil tanam tu, selawatkan. Harap-harap adalah hasilnya. insyaAllah.
Balik rumah aku, terus angkat baju di ampaian dan lipat kat bawah. sambil tu sembang2 dengan ayah. tak lama kemudian ibu keluar. So, sembang2 dengan ibu juga.. Banyak la ibu ayah bagi pendapat tentang pembelian kereta zaujahku, Zaf. Aku mampu tersenyum sahaja. Tiada ruang untuk bersuara. bukankah diam dan senyum itu lebih baik(",)...
Lepas hantar baju yang di lipat kat atas, mandi kejap dan turun buka puasa. Masa buka pun masih banyak pendapat yang ibu ayah beri. Aku amat menghargai mereka. Aku semakin menyayangi mereka. Itu tandanya mereka sangat mengambil berat dengan aku dan zaujahku:).. Cuma aku hanya mendengar sahaja tanpa memberi respon apa2. Senyum sahaja..:)
Malam ni solat di Madrasah Taufiqiyyah di Penajis.(Asrama yayasan Sofa)... Ariff ikut sama. Malam ni anak2 tahfiz juga yang bawa 8 rakaat tarawikh dan di sambung 3 rakaat witir oleh ustaz Latiff.
After that pulang ke rumah. Around 10 o'clock. Minum air tebu lebih, makan roti john dan cempedak goreng. Then, naik bilik dan zaujah call. Malam ni dia balik rumah. Sekarang sudah sampai rumah dan sedang menunaikan solat isyak dan tarawikh... Ya Allah, berilah kekuatan kepada isteriku ini... Bersaksilah bahawasanya dia ingin sangat memiliki masa yang banyak denganMu, bercakap-cakap denganMu, merintih sayu di depanMu... Sering kelihatan garis2 air mata kekeringan di wajahnya... pimpinlah hidupnya dan pandulah dia serta mudahkan segala urusannya... amin...
No comments:
Post a Comment