hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
6. Bagaimana Farsi pula bertapak di Yaman
Jadi selepas Abrahah dan tenteranya Allah musnahkan dengan tentera Ababil. Yaman terus diperintah oleh anak anak Abrahah sampailah kezaman Masruq bin Abrahah. Ketika itu muncul salah seorang keturunan Tubba' raja Yaman sebelum Yaman dikuasai oleh orang orang Habsyah. Namanya Saif bin Abi Yazan. Dia ingin merampas kembali kerajaan Yaman dari orang orang Habsyah. Dia minta pertolongan Qaisar raja rom. Qaisar enggan menolong sebab orang-orang Habsyah beragama Nasrani macam Qaisar juga. Saif minta tolong Raja Arab pula iaitu Raja Nukman bin Munzir, Raja kerajaan Kabilah Manazirah. Dia tak berani menentang Kerajaan Habsyah yang jauh lebih kuat daripadanya. Akhirnya Saif minta tolong Raja Farsi. Ringkasnya Raja Farsi telah menghantar banduan-banduan dari penjara bersama salah seorang panglimanya yang paling gagah memipin pasukan ini ditambah dengan Saif bin Abi yazan dan pengikut pengikutnya. Mereka berjaya mengalahkan tentara Habsyah di Yaman dan Masruq bin Abrahah dibunuh oleh Panglima Farsi ini. Saif berjaya menghalau orang orang Habsyah dari Yaman tapi maslah mereka tak selesai, Farsi pula memerintah mereka. Kisra melantik gabenurnya di Yaman, bermula dengan Mirzaban kemudian Taibujan dan akhirnya sampai ke Bazan. Ketika Rasulullah Saw ditabalkan menjadi Rasul dan mula berdakwah dan memperjuangkan Islam, ketika itu Yaman diperintah oleh Bazan. Bazan akhirnya masuk Islam selepas Rasulullah hijrah ke Madinah sebelum Futuh Mekah. Orang orang Yaman masuk Islam dengan Islamnya Bazan dan Rasulullah Saw mengekalkannya sebagai Gabenor Yaman sampai dia mati.
Labels:
bab 1,
sirah nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment