Bagaimana pula agama Nasrani, Yahudi dan Majusi bertapak di Jazirah Arab? Orang Najran ketika itu beragama Nasrani, orang Yaman sebahagiannya Yahudi, sebahagian Nasrani, Yathrib yaitu Madinah dan Khaibar pula didatangi oleh orang Yahudi dari Syam. Yahudi paling ramai di Yaman tetapi selepas itu Farsi yang menganut Majusi menawan Yaman. Ketika Rasulullah diutuskan Yaman diperintah oleh kerajaan Farsi. Mari kita ringkaskan cerita yang panjang ini.
Satu ketika Rabiah bin Nasr penguasa Yaman telah bermimpi satu mimpi yang pelik . Mimpi itu telah ditafsirkan oleh Ahli nujum yang menguasai kehidupan masyarakat ketika itu, Kata mereka, mimpi itu bermaksud orang orang Habsyah akan menguasai Yaman sekitar 60 ke 70 tahun lagi. Rabiah ini takut hal itu berlaku keatas zuriatnya, lalu dia membawa semua ahli keluarganya meninggalkan Yaman. Mereka berpindah ke Hirah satu tempat yang berdekatan dengan Irak. Akhirnya mereka menguasai Hirah. Raja Nuaim bin Munzir, raja Hirah itu adalah dari keturunan Rabeah bin Nasr ini.
Ketika itu raja Rom dipanggil Qaisar dan raja Farsi dipangil Kisra, raja habsyah dipanggil Najasyi, dan raja Yaman dipanggil Tubba'. Dalam Al Quran Allah ada menceritakan perihal kaum Tubba' yaitu orang orang Yaman. Ketika itu Yaman diperintah oleh Tubaa' yang bernama Tabban bin As'ad. Dia seorang raja yang terkenal dan selalu keluar berdagang dan melancung. Satu ketika dia keluar berdagang ke Syam ditemani oleh anaknya dan tentara-tenteranya. Sebelum ke Syam mereka singgah di Madinah dulu, anaknya ditinggalkan di Madinah menguruskan perniagaannya di Madinah. Sewaktu Tabban bin As'ad ini pergi ke Syam berlaku selisih faham antara anaknya dan orang orang Madinah sehingga orang orang Madinah membunuh anaknya. Bila Tabban dapat berita ini dia berpatah balik untuk menuntut bela di atas kematian anaknya. Berlaku peperangan antara orang Yaman dan orang Madinah.
Dalam peperangan itu ada satu hal yang sangat menjadi kehairanan bahkan satu yang sangat menarik bagi Tabban. Orang Madinah kerana terlalu pemurah, mereka berperang disiang hari bila sampai waktu malam mereka berenti perang. Di waktu malam orang-orang Madinah menghantar makanan dan minuman kepada tentara Tabban yang memerangi mereka pada siang hari. Sampai begitu mereka memuliakan tetamu walaupun tetamu itu adalah musuh yang memerangi mereka di siang hari. Namun Tabban tetap nak tuntut bela keatas kematian anaknya.
Di tengah peperangan itu datang kepada Tubban pendeta-pendeta Yahudi yang datang dari Syam. Mereka minta nak bertemu dan berbincang dengan Tabban. Setelah mengadap Tubban mereka bertanya apa yang Tubban mahu dari peperangan ini. Tabban memberitahu mereka bahawa dia mahu menghancurkan Madinah. Kata pendeta Yahudi kepada Tabban, kamu tidak akan berjaya, sebaliknya Allah akan musnahkan kamu kerana Madinah ini adalah tempat hijrah Nabi. Begitulah menurut kitab kitab kami. Tabban telah berminta dan tertarik untuk mendalami tentang Taurat. Akhirnya dia memeluk agama Yahudi dan berhenti dari memerangi orang-orang Madinah.
Selepas itu dia dan tenteranya ke Mekah. Ketika itu Bani Huzail memusuhi orang Mekah dan mereka juga tak suka kepada orang Yaman. Mereka mengambil peluang ini untuk melaga lagakan orang Yaman dan orang Mekah. Mereka menceritakan pada Tabban bahawa di Mekah ada satu banggunan iaitu kaabah, di mana dibawah kaabah ini terdapat banyak emas dan permata. Memang ketika itu orang orang Arab menanam emas dan permata di Kaabah sebagai memuliakan Kaabah. Bila Tabban mendengar hal ini datang perasaan tamaknya untuk menguasai harta itu. Terus dia persiapkan tenteranya untuk menyerang Mekah dan Kaabah pula. Pendeta-pendeta Yahudi yang masih ada bersama mereka kerana mengajar mereka agama Yahudi telah menasihat Tabban agar jangan menyerang Mekah dan Kaabah. Kata mereka, yang kami tahu Kaabah inilah satu satunya rumah Allah di atas muka bumi ini. Kalau kamu serang Kaabah, Allah yang akan musnahkan kamu. Tabban menerima nasihat ini dan bertanya pendeta apa yang patut dia buat bila dia masuk Mekah nanti. Kata pendeta yahudi, bila engkau masuk Mekah nanti engkau besarkan Kaabah ini. Macam mana? Tanya Tabban, kata pendeta, engkau tawaf keliling Kaabah. Tabban tanya pendeta : apakah kamu akan tawaf juga? Kata pendeta, kami pun nak tawaf tapi oleh kerana Kaabah ini ketika ini dipenuhi dengan berhala sekelilingnya jadi kami para Ulamak tak sepatutnya tawaf dalam keadaan begini. Tabban telah melaksanakan nasihat pendeta Yahudi. Semasa dia di Mekah dia melihat dalam tidurnya dia memakaikan kelambu pada Kaabah. Tabban memerintahkan orang-orangnya menyiapkan kelambu Kaabah. Dengan itu orang yang pertama memakaikan kelambu pada Kaabah ialah Tabban bin As'ad raja Yaman ini. Selepas itu barulah kabilah Arab menyambung tradisi ini.
Bila Tabban balik ke Yaman dia perintahkan semua rakyatnya menagnut agama Yahudi tapi rakyatnya tak setuju. Rakyat yaman ketika itu menyembah api. Disetiap rumah mereka ada rumah api, kalau mereka bergaduh sesama mereka mereka akan pergi kepada rumah api ini, bila rumah api dibuka siapa yang kena sambar api dulu dialah yang salah. Jadi mereka ambil keputusan untuk berhakim dengan api dalam masalah arahan Tabban ini. Taban pun setuju, dihari yang ditentukan dibawa pendeta Yahudi ke rumah api begitu juga dengan pendeta Majusi yang menyembah api. Bila dibuka pintu rumah api, api menyambar pendeta Majusi, mereka lari menyelamatkan diri. Rakyat tak puas hati, diulang lagi kali kedua, kali ini pendeta Majusi dipaksa jangan lari. Kali inipun api menyambar pendeta Majusi dan akhirnya pendeta Majusi mati terbakar api di situ. Melihatkan peistiwa itu semua rakyat Yaman memeluk agama Yahudi. Begitulah Allah menunjukkan kebesarannya dalam memenangkan agamanya.
No comments:
Post a Comment