hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
bahagia ke???
rasa senang bukanlah bahagia sekalipun memiliki harta yang banyak...
kerana semua itu bersifat lahiriah..
ia bukanlah hakikat bahagia...
tenang itulah tanda bahagia. Tiada ketenangan hati akan keluh kesah... bila tiada kebahagiaan, hidup penuh kepura-puraan..
apa punca tiada bahagia... ku tanyakan pada diri ini...huhu.. sungguh sedih... nak perjuangkan Islam.. nak hidup cara Islam.. tapi jiwa x tenang.. apakah punca semua ini????
aku terus mencari dan menyelak buku2 serta menghayati minda2 sufi serta tulisan ayahanda tercinta...
aku menemui jawapannya...
punca tiada bahagia ialah kerana...
MAZMUMAH... kita masih mengekalkan mazmumah dalam jiwa...
hasad dengki, gila dunia( perempuan,kekayaan, pangkat, nama, glamour, dlln) ,sombong ujub, bongkak, dlln...
semua ini merosakkan jiwa..
yang lelaki hatinya masih melekat pada perempuan yg dikasihi.. bukan Tuhan di hati.. so, susah nak berjuang sebab hati x lekat dengan Tuhan. mana mungkin Tuhan nak bantu. maksudnya, dia belum kenal Tuhan, so cmne nak berjuang untuk tuhan... kalau betul dia kenal Tuhan, sudah tentu dia jatuh cinta pada Tuhan... sangat sensetif dengan Tuhan... x jatuh hatinya pada ciptaan Tuhan yg sementara tu...
itulah sebab bila berjuang tiada ketenangan...
ada sesetengah pejuang betul2 nak berjuang... bila dah ramai org ikut dia, hati dia mula berubah.. nak glamour.. dia x sedar.. perjuangannya dah berubah arah.. dia pun mula la syok dengan diri sendiri...rsa diri hebat... perjuangan dia dah berubah.. daripada nak kenal n promosi tuhan dah berubah kepada mempromosi diri dia... dia terus x sedar... pejuang seperti ini sebenarnya dah jauh dengan tuhan.. sebab ape... sebab dia sedang dipermainkan syaitan dan dikudakan oleh hawa nafsu... mereka sangka mereka wira agama dan bangsa tapi sebenarnya mereka adalah petualang... pejuang seperti ini tiada pahala, bahkan bala dan neraka akhinya... nauzubillah.. minta di jauhkan Ya Allah...
pemarah menjadi sikap pejuang kerana masih mengekalkannya... orang yg marah2 nie x tenang jiwanya.. cuba tanya mereka, tenang x hati mereka? kita pun sudah pasti jawapannyakan!
Rasulullah saw tu x pernah marah..bahkan sangat sabar... itulah yg kita perlu tiru... masa peristiwa orang badwi kencing dalam masjid, sahabat2 semua marah!!! tapi nabi x marah, bahkan pergi cuci najis 2 sampai bersih. Mulianya nabi, hebatnya nabi kita. habes je bersihkan najis 2,org badwi tu isytiharkan keislamannya.. subhanallah... kan bagus kalau pejuang Islam berwatak begitu.. boleh kita panggil pejuang yang ada sikap seperti ini 'berwatak rasul'..
sesetengaH2 orang pejuang Islam berwatak nazi, berwatak komunis, berwatak amerika sebab dia di didik sejak kecil mengenal tokoh2 barat itu... jadi perjuangannyer untuk Islam, tapi berwatak barat... so camner2??? kan bahaya 2...
kita pun tau kat skolah dulu kita di ajar tntg sejarah konfuzi, eristotle, socrates, plato dan lain2.. kita x byk di dedahkan tentang pejuangan Islam.. sebab ape??
sebab kita sekarang dalam sistem sekular ala barat... sistem ciptaan yahudi laknatullah...
Jadi saranan saya, marilah mengenal Rasululah S.A.W... nilah tokoh kita..tokoh Sebenar... xkn masih x percaya lagi?? kekasih Allah nie.. sejauh mana kita kenal Rasulullah? adakah eristotle lebih kita kenal drpd Rasulullah? atau tokoh2 melayu kita, macam hang Tuah, hang jebat, hang lekir, hang lekiu lebih kita kenal daripada Rasulullah sendiri??
dah baca ke sirah nabi SAW...
kalau kekasih Allah yg Allah selalu sebut2kan dalam quran nie pun kita x kenal, jgn cakap la nak berjuang.. sebab ape?
sebab Tuhan x bantu la..
kekasihnya pun kita x kenal, camne tuhan nak bantu.. cuba bandingkn pula kalau kita kenal rasulullah SAW, bahkan selalu pula kita sebut nama nabi kita itu. kita rindu2kan pula pertemuan dgn nabi kita. sering pula kita mendoakannya dalam doa.. sudah tentu Allah bantu kita!! x byk pun sedikit... sebab Tuhan suka org yg sebut nama kekasihnya.. apalagi kalau kenal, cinta dan rindu pula pada kekasihnya itu... baca dulu sirah nabi.. ana percaya antum n antunna semua pasti akan jatuh cinta pada Rasulullah SAW. ana doakan..
sebenarnya, buat semua pejuang2 agama Allah... musuh pejuang bukanlah manusia.. tapi nafsu dan syaitan yang amat jahat... berjuang terhadap manusia untuk di islamkan.. dan yang Islam hendak ditingkatkan keislamannya...
sebab pejuang itu wataknya adalah penyelamat manusia.. semua orang tidak terkecuali... pilih jalan penyelesaian yg boleh menyelamatkan manusia itu..
ana harap perkongsian ini, untuk diri ana juga.. sebab ilmu itu bersifat menyuluh.. so, ana kenalah suluh diri ana jua... kalau ilmu itu x menyuluh, maksudnya ada something wrong la kat mane2 dalam diri nie.. nauzubillah...
carilah tenang, dapatkan bahagia... dengan cara mencintai Allah setiap masa.. bila zikrullah itu di hayati, barulah bahagia diperolehi....
semoga Allah merahmati kalian semua dan memayung antum n antunna semua dengan payung rahmatnya yang penuh dengan mawaddah dan keberkatan.
masyarakat idaman manusia...
Masyarakat yang macam mana yang kita mahu atau dengan kata lain bagaimana corak masyarakat Islam itu seperti yang dikehendaki oleh Islam, yang pernah berlaku dalam sejarah, yang sedang kita perjuangkan sekarang ini.
Masyarakat itu sudah tentu semua orang sama ada orang Islam atau bukan Islam berpuas hati, rasa senang dan tenang, rasa aman dan damai, selamat dan menyelamatkan, merasa gembira dan bahagia, merasa kasih sayang dan harmoni.
Masyarakat yang kita kehendaki seperti yang Islam mahu ialah para pemimpin berlaku adil, melindungi dan menyayangi, berlemah-lembut dan berakhlak tinggi, cerdik pandainya tawadhuk dan merendah diri. Setiap yang menggaulinya senang hati dan berpuas hati. Si kaya dan yang berada sombongnya tiada, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak berbangga. Mereka menjadi bank kepada masyarakat dan negaranya. Apatah lagi fakir miskin, dapat pembelaan dari mereka. Mereka disayangi dan menyayangi. Tidak ada orang yang sakit hati kecuali orang yang hasad dengki.
Masyarakat yang ditunggu kelahirannya ialah orang alim atau para ulama sentiasa menjadi obor penyuluh hidup setiap manusia ke jalan yang diredhai oleh Tuhan. Belas kasihan kepada si jahil, sering menunjuk ajar kepada mereka. Berlemah-lembut kepada manusia. Kasih sayangnya amat ketara. Melihat muka mereka teringat kepada Tuhan. Mereka sangat disayangi oleh manusia. Mereka adalah tempat rujuk dan sandaran manusia.
Masyarakat yang kita nanti-nanti kedatangannya ialah kalau mereka orang miskin sabarnya ketara, tidak meminta-minta, jauh sekalilah menipu daya, keluh-kesahnya tiada, hidup mereka tetap tenang dan menenangkan. Orang ramai tidak perasan yang mereka fakir miskin, padahal mereka papa kedana kerana mereka tidak pernah meminta-minta dan menyusahkan orang.
Masyarakat yang kita tunggu-tunggu ketibaannya ialah orang-orang tua dihormati kerana wibawanya tinggi dan dijaga. Semakin tua semakin dekat dengan Tuhannya. Kata-katanya bak mutiara, sangat memberi pengajaran kepada manusia. Makin mereka tua, makin disayangi oleh manusia. Mereka tidak disia-siakan apatah lagi oleh anak-anak cucunya.
Selain itu, masyarakat yang kita mahu ialah muda-mudinya berakhlak mulia, malunya amat ketara. Lebih-lebih lagi pemudi-pemudi dan wanita-wanitanya. Pergaulan bebas tiada, rajin bekerja, gigih berjuang menegakkan kalimah Tuhannya. Mereka tidak berfoya-foya. Masa mereka diisi dengan perkara-perkara yang sebaik-baiknya. Mereka sangat mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Mereka laksana pagar dan bentengnya.
Lebih jauh daripada itu, masyarakat yang kita idam-idamkan ialah tidak ada kemungkaran dan maksiat terang-terangan . Jenayah tiada, kalau ada pun sekali-sekala kerana manusia telah takut dengan Tuhannya dan sangat mencintai Akhiratnya. Barang-barang yang tercicir atau hilang akan dijumpa kembali atau dipulangkan kembali.Perempuan-perempuan yang berjalan sekalipun keseorangan tiada siapa yang mengganggu dan menodainya, bahkan keselamatan dan maruah mereka dijaga bersama, macam keluarga sendiri sekalipun mereka tidak dikenali.
Masyarakat itu juga adalah masyarakat yang mana jiran dengan jiran sangat hormat-menghormati, jaga-menjaga, tengok-menengok, beri-memberi, tolong-menolong, bantu-membantu, ziarah-menziarahi apatah lagi di waktu sakit. Masing-masing mengambil berat satu sama lain terutama di waktu jiran mendapat kesusahan, ada sahaja orang yang membantu dan membelanya.
Begitu juga masyarakat yang kita cari ialah orang yang bersalah mudah meminta maaf, yang tidak bersalah mudah memberi maaf walaupun tidak diminta. Dendam-mendendam tidak wujud, hasad dengki tidak berlaku, pembunuhan jauh sekali, hidup bertolak ansur menjadi budaya. Dunia tidak menjadi rebutan hingga saluran yang menjadikan perselisihan dan perbalahan tidak wujud. Dunia penuh dengan kasih sayang yang harmoni.
Masyarakat yang sedang diidam-idamkan oleh manusia ialah setiap orang yang susah, miskin dan mendapat kemalangan tidak ada yang terbiar , berebut-rebut orang yang memberi pertolongan dan bantuan. Mereka yang susah dan miskin itu rasa sangat mendapat pembelaan. Walaupun mereka susah pada lahirnya hakikatnya tidak susah kerana semua orang mengambil berat tentangnya. Bahkan, orang yang miskin itu lebih senang daripada orang yang hidup sederhana.
Masyarakat yang dikehendaki itu ke mana sahaja kita pergi atau bermusafir mudah sahaja kita menjadi tetamu . Berebut-rebut orang menerima kita, ada-ada sahaja bantuan dan pertolongan. Tersesat, ada sahaja yang menunjuk jalan. Di dalam berdagang, tidak merasa keseorangan, ada sahaja kawan-kawan dan kenalan dan sahabat-sahabat yang baru yang diperolehi.
Begitu juga masyarakat yang kita inginkan itu bahawa ayatullah dan kebesaran Tuhan serta syiar-Nya nampak di mana-mana . Ke mana sahaja kita pergi nampak orang beribadah, menutup aurat, memberi salam dan menjawab salam, membaca Al Quran, belajar agama, berbudi bahasa, berbudaya mulia, bertolong-menolong, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, menjamu dan mudah menerima tetamu, memberi dan membantu.
Begitulah seterusnya masyarakat yang dicita-citakan itu kelihatan para ulama, pemimpin, guru-guru, ibu bapa atau orang-orang tua dihormati dan dimuliakan, kanak-kanak dikasihi, suami isteri kasih-mengasihi, orang yang susah diberi atau mendapat simpati, berkawan setia, khianat-mengkhianati tiada, amanah dijaga, tanggungjawab ditunaikan, janji ditepati, keuzuran dimaafkan dan diterima.
Seterusnya masyarakat Islam itu, ke mana sahaja kita pergi tidak ada kelihatan ada manusia yang berlepak-lepak membuang masa, tidak ada manusia yang menganggur tidak ada kerja, tidak terlihat manusia berfoya-foya, yang hidup tidak tahu matlamatnya. Masing-masing kelihatan sibuk membuat kerja-kerja yang baik dan memberi manfaat sama ada untuk Tuhannya mahupun untuk manusia.
Masyarakat yang kita mahu, manusia sibuk membangun, aktif membuat kemajuan, tapi tidak berlaku kemungkaran bersamanya. Tidak ada rasuah, tiada ada tipu daya, tidak ada penindasan, tidak ada kelalaian. Tidak ada pelanggaran syariat. Semakin maju damembangun manusianya, semakin tawadhuk, pemurah, bersyukur dan makin takut kepada Allah. Maka berjalanlah serentak kemajuan fizikal dengan kemajuan rohani. Berganding bahu kemajuan lahir dengan kemajuan batin. Berjalan seiring kemajuan jasmani dengan kemajuan spiritual.
Dunia Akhirat sama-sama terbangun. Tingginya tamadun, hebatnya kemajuan bukan melambangkan lagi keangkuhan manusia tapi menggambarkan keagungan Tuhan, kebesaran pencipta, lambang kekuasaan Tuhan dan limpahan nikmat dan rahmat-Nya.
Kesan-kesan daripada itu, orang yang bukan Islam atau kalau masih ada lagi golongan minoriti Islam yang hatinya masih jahat maka mereka malu hendak membuat jahat. Mereka juga rasa bersalah kalau hendak membuat sesuatu yang jahat. Walaupun mereka bukan malu kepada Tuhannya tapi malu dengan manusia, mereka rasa tidak patut melakukannya. Ia juga secara tidak langsung boleh membantu ketenangan dan keamanan masyarakat.
Berkat daripada ramai orang yang telah baik, lebih-lebih lagi kerana mereka sayang dan kasih dengan pemimpin, para ulama dan orang-orang kaya mereka yang adil, pemurah, kasih dengan orang ramai, berakhlak mulia dan ada wibawa maka mereka tidak tergamak hendak melakukan kerja-kerja yang jahat dan tidak senonoh.
Oleh itu, masyarakat menjadi aman, damai, bersatu, berkasih sayang, tenang, senang, bahagia dan harmoni, hilang rasa ketakutan dan yang membimbangkan. Orang ramai tidak takut lagi dengan kejahatan manusia. Mereka merasa tidak akan ada lagi orang yang hendak menipu, mencuri hartanya, membuat khianat, mengambil kesempatan, yang akan mengambil peluang untuk kepentingan diri, yang melakukan kidnap, rogol, sabotaj, rompak dan sebagainya.
Terjadilah satu kehidupan seperti yang Allah Taala gambarkan melalui Al Quran yang bermaksud:
"Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan."(Saba`:15)
Masyarakat yang kita gambarkan inilah yang menjadi idaman kita yang kita sedang berusaha dan perjuangkan, yang kita mimpikan wujudnya di dalam realiti kehidupan kita.
air mata permata....
dalam tawa ada derita,
dalam dingin air mata,
ada rahmat dari yang esa.
dalam samar di malam hari,
dalam syahdu di kala sunyi,
rinduku tak tertahan lagi,
air mata tertumpah jua,
ku gemggam tangan di dalam hati,
penuh pasrah pada ilahi.
oh tuhan,
tolonglah, sambutlah tanganku ini,
tiada lagi yang ku pinta,
selain rahmat dalamredhamu,
agar nanti air mata jadi permata...
6. Bagaimana Farsi pula bertapak di Yaman
5. Abrahah ingin meruntuhkan kaabah
Bila Abrahah tahu bahawa orang yang membuat angakra ini kepada Al Qulais adalah dari Ahlun Nasi' yang sagat membesarkan dan mencintai Kaabah. Abrahah naik berang lalu mempersiapkan tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah. Dia membawa sekali gajahnya yang besar yang bernama Mahmud. Dalam perjalanan Abrahah menuju ke kaabah ada beberapa kabilah Arab datang menyerang tentera Abrahah untuk menyekatnya dari meruntuhkan Kaabah. Namun semuanya dikalahkan dengan mudah oleh tentera Abrahah yang gagah dan lengkap dengan senjata itu. Bila Abrahah sampai ke Taif, orang Taif tak berani nak menyekat Abrahah. Sebaliknya mereka berlepas tangan dari Kaabah, bahkan mereka menghantar wakil mereka untuk menunjukkan jalan dan Kaabah kepada Abrahah. Nama wakil orang orang Taif ini Zu Rughal ذو رغل, Sebelum sampai ke Kaabah Zu Rughal mati, dia ditanam ditempat kematiannya. Setelah itu kuburnya jadi tempat orang Arab merejam sebagai penghinaan kepada orang yang khianat kepada kaumnya. Sampai hari ini nama Zu Rughal ini jadi perumpamaan kepada orang yang khianat dikalangan orang Arab. Orang yang khianat disebut Zu Rughal.
Jadi bila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan orang orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah. Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk dibawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya
للبيت رب يحميه
Kaabah ada Tuhan yang menjaganya
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu makin dekat rupanya sekumpulan burung burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Bila tentera Abrahah tiba burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tampa kecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran.
ألم تر كيف فعل ربك بأصحاب الفيل الم يجعل كيدهم في تضليل وأرسل عليهم طيرا أبابيل ترميهم بحجارة من سجيل فجعلهم كعصف مأكول
Terjemahanya :
Maha Besar Tuhan, dengan peristiwa ini bertambah besarlah penghormatan orang orang Arab kepada Kaabah terutama bangsa Quraish dan orang orang Mekah yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri. Dengan itu tahun itu dinamakan Tahun Gajah عام الفيل. Bermula dengan kejadian ini orang Arab menyusun taqwim mereka dengan peristiwa ini. 5 tahun sebelum tahun gajah, 2 tahun selepas Tahun Gajah, dan seterusnya. Maka Rasulullah SAW Nabi Besar junjungan kita dilahirkan pada tahun ini. Iaitu pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
4.Bagaimana Nasrani masuk ke Jazirah Arab
Selepas itu ada seorang lelaki dari Najran bernaama Abdullah bin Tsabit dan beberapa orang pendeta Nasrani dari Najran berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut kepada orang orang Yahudi Yaman. Ketika itu Yaman masih diperintah oleh Tubba' yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu Zu Nuwas sedang mencari pengganti kepada ahli sihirnya yang dah tua. Dia memilih seorang remaja yang paling cerdik di negerinya untuk mewarisi ilmu sihir dari tukang sihirnya. Setiap hari remaja ini pergi belajar sihir dari tukang sihir raja yang tinggal di bukit. Didalam perjalanan remaja ini ketempat gurunya dia lalu ditempat salah seorang Rahib dari Najran tadi. Dia dapat dengar rintihan Rahib ini dalam ibadahnya, akhirnya dia jatuh hati dengan rintihan dan doa Rahib ini dan mula masuk belajar dengan Rahib ini. Dalam masa yang sama dia juga belajar ilmu sihir dari tukang sihir raja. Lama-kelamaan dia jadi benci dengan sihir dan tidak pergi lagi belajar dengan tukang sihir raja. Dia hanya pergi belajar dengan Rahib tadi. Tukang sihir melapurkan kepada Raja. Lalu Raja menangkap remaja ini, diazab dan dipaksa dia keluar dari agama Tauhid yang dia belajar dari Rahib. Remaja ini tetap dengan pendiriannya hingga Raja Zu Nuwas atau Tubba' Zu Nuwas memerintahkan agar remaja ini dibunuh. Untuk membunuhnya pengawal raja bawa dia ketengah laut untuk dicampakkan ke tengah laut, sampai tengah laut datang ribut, sampan terbalik semua pengawal raja mati tetapi remaja ini pulang mengadap raja dengan selamat, Maha Besar Tuhan. Raja perintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula, rakyat semua menyaksikan peristiwa ini. Bila tentara raja nak campak remaja ini dari atas gunung berlaku gempa bumi, semua tentera raja yang membawa remaja ini jatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat.
Berbagai cara digunakan oleh Tubba' Zu nuwas untuk menghapuskan remaja beriman ini tetapi tetap tidak berjaya. Akhirnya remaja ini memberi tahu rahsianya kepada Tubba', wahai Tubba' Zu Nuwas, kalau kamu mahu membunuh aku juga hendaklah kamu mengumpulkan rakyat semua dan ikat aku di pokok kemudian ambil panahku ini dan panahlah aku dengan menyebut: dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Kalau kamu laksanakan apa yang aku cakap ini baru kamu dapat membunuh aku. Bila Zu Nuwas melaksanakan seperti yang disebut oleh remaja beriman ini barulah Tubba' berjaya membunuh remaja beriman ini. Namun semua rakyat yang menyaksikan peristiwa ini berkata: bagaimana Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja ini melainkan dengan menyebut ; Dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Dengan peristiwa itu Allah campakkan iman kedalam hati 20 ribu rakyat Yaman ketika itu, semua mereka beriman dengan agama Tauhid.
Tubba' Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar dalam bahasa Al Quran disebut " Ukhdud " dan dipenuhkan kayu api didalamnya kemudian dinyalakan api yang besar. Sesiapa yang tidak mahu murtad dari agama tauhid akan dicampakkan kedalam api itu. Hal ini Allah ceritakan pada kita didalam Al Quran dalam surah Al Buruj
والسماء ذات البروج واليوم الموعود قتل أصحاب الأخدود النار ذات الوقود إذ هم عليها قعود وهم على ما يفعلون بالمؤمنين شهود وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد Terjemahannya:
Rasulullah SAW juga ada menceritakan dalam Hadis. Diantara kisah yang sangat mneyentuh, dari kalangan ramai itu ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Siibu merasa takut dan teragak-agak kerana merasa kesian dengan bayinya yang masih kecil itu untuk dimasukkan kedalam api Tubba’. Ketika itu bayinya talah bercakap kepada ibunya:
يأماه ألقي بنفسك فإنك مقبلة على الجنة Wahai ibu, jangan takut terjun saja kedalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke suyurga.
Kesemua 20 ribu itu dibunuh kerana mereka beriman dengan Allah yang esa. Mereka tak buat apa apa kesalahan, mereka tidak menentang Raja tapi kerana mereka beriman, Tubba' bakar mereka semua. Dari semua itu ada seorang lelaki yang selamat namanya Daus bin Tsa'labah, dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada Qaisar raja Rom yang juga beragama Nasrani. Menyalalah kemarahan Qaisar bila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Nasrani di Yaman. Qaisar mengirim wakilnya kepada Najashi raja Habsyah raja Nasrani yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba' raja Yaman itu. Najasyi yang juga sangat marah bila mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tentaranya seramai 70 ribu orang. Satu jumlah tentera yang sangat besar ketika itu yang belum pernah berlaku lagi di Jazirah Arab. Tentara ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryath أرياط - - didalam barisan panglima tentera itu juga ada seorang paglima yang bernama Abrahah.
Bila berlaku peperangan antara tentera Aryath dan tentara Tubba’ Zu Nuwas, tentera Tubba’ telah kalah. Zu Nuwas melarikan diri dan masuk kedalam laut membunuh diri. Dengan itu orang Habsyah menguasai yaman dan Najasyi melantik Aryath menjadi Gabenurnya di Yaman. Bila Aryath menjadi Gabenur dia mula menzalimi rakyat Yaman dan juga tentera tenteranya sendiri. Akhirnya tenteranya yang tak tahan dengan sikap Aryath ini memberontak dibawah pimpinan Abrahah. Bertembunglah dua kumpulan dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryath satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryath bertarung satu lawan satu. Siapa menang dia memerintah Yaman. Dalam pertarungan itu Abrahah berjaya membuhuh Aryath tapi sebelum Aryath terbunuh dia sempat menebas hidung Abrahah. Maka serpihlah hidung Abrahah. Sebab itulah Abarahah ini digelar Abrahah Al Asyram أبرهه الشرم Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu Abrahah memerintah Yaman.
Bila berita ini sampai pada Najashi, Najashi murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenur yang dilantik oleh Najashi. Najashi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tak akan kembali ke Hasyah melainkan setelah dapat memijak mijak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai satu tanda penghinaan kepada Abrahah. Abrahah ketakutan, dia tak berani melawan Najashi. Namun dengan kepintarannya dia menghantar utusannya mengadap Najashi dan dia hantar bersama utusan ini rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najashi: Wahai Tuanku Najashi, ini Abrahah sudah menyempurnakan sumpah Tuanku. Ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk Tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada Tuanku Najashi. Dengan itu Najashi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesailah masalah Abrahah dengan Najashi.
PERANAN TAQWA... mari kita fahami bersama shbt2ku...
Bukan kita tidak berjuang, bukan kita tidak berbuat, bukan kita tidak berusaha dan bukan kerana kita tidak berani tetapi hasil yang kita dapat dari perjuangan dan usaha kita itu tidak padan dengan tenaga yang kita curahkan dan tidak berbaloi. Ibarat orang menanam padi beratus ekar, hasilnya hanya beberapa guni sahaja sedangkan dalam Islam ada kaedah untuk mendapat hasil yang berlipat ganda. Kita boleh tanam padi satu ekar tetapi hasilnya berpuluh-puluh guni. Inilah rahsia tersirat yang mesti kita bongkar. Kita kena kaji kenapa ada orang menanam sedikit tetapi hasilnya banyak. Dan ada pula orang menanam banyak tetapi hasilnya sedikit.
Umat Islam mesti mengubah cara berfikir. Kita mesti tanam cita-cita Tuhan dan cita-cita Rasul dan hendaklah kita berfikiran luas. Kita mesti ingat bahawa dalam ajaran Islam, syariat mahupun bantuan yang datang dari Tuhan ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin. Selama ini kita hanya tahu dan mengkaji yang lahir sahaja. Kalaupun kita dapat bantuan dari Allah, kita hanya dapat yang berbentuk lahir iaitu yang sedikit sahaja. Hanya setakat 10% maksimum. Bantuan yang bersifat batin dan ghaib yang nisbahnya sebanyak 90% kita tidak dapat. Padahal inilah kelebihan umat Islam terdahulu di zaman Sahabat, Tabiin, Tabit Tabiin dan para salafussoleh. Mereka banyakdibantu dengan bantuan-bantuan batin dan bantuan-bantuan ghaib. Mereka tahu rahsianya dan mereka tahu kaedahnya. Iaitu mereka bersandar kepada Allah dengan mengusahakan dan menjadi orang yang bertaqwa. Mereka hanya berbuat 10%. Yang 90% lagi Allah yang cukupkan.
Banyak ayat dan Hadis yang menceritakan tentang hal ini dan tentang janji-janji Tuhan kepada orang-orang yang bertaqwa. Disebut bahawa orang bertaqwa rezekinya diberi tidak tahu dari mana sumbernya. Dilepaskan dia dari masalah hidup. Diberi ilmu dan dipermudahkan urusan dan berbagai-bagai lagi. Kemudian waktu susah, waktu darurat, waktu tercabar walaupun berlaku juga ujian untuk didikan tetapi tidak berlama-lama.
Tuhan akan beri jalan kepada orang bertaqwa untuk terlepas dari ujian itu. Di situ ada dua maksud.
1. Bagi orang bertaqwa, ujian yang mencemaskan adalah untuk mendidik. Dalam cemas ada didikan.
2. Selepas itu, Tuhan cepat lepaskan dia dari ujian itu supaya terasa bantuan Tuhan. Itu hiburan bagi orang bertaqwa supaya mereka dapat bersyukur.
Kesusahan itu berbagai-bagai bentuk. Kesusahan sakit, musibah, musuh mencabar dan lain-lain lagi. Kalau ada bala bencana di tempat kita, itu juga kesusahan. Kalau waktu itu ada orang jahat dan baik, kita boleh lihat orang baik cepat dilepaskan dari kesusahan itu. Orang jahat mungkin selepas itu akan bertimpa-timpa lagi kesusahan. Didatangkan berkat pada orang bertaqwa dalam berbagai aspek sama ada pada harta, keluarga, perjuangan, pendidikan, kebudayaan, pentadbiran dan lainlain
ISLAM KEMBALI GEMILANG?
Setiap orang yang mengaku beragama Islam, mahu tidak mahu pasti inginkan Islam memerintah negara ini khususnya, dan dunia ini amnya. Namun ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah caranya Islam dapat naik semula untuk memerintah dunia ini. Masih ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya Islam boleh muncul sebagai kuasa baru dunia itu. Dan masih terlalu ramai yang tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam naik. Selain itu, masih ramai yang keliru dengan kaedah kebangkitan Islam seperti yang disebut oleh RSAW 1500 tahun yang lampau. Dari Nukman bin Basyir katanya, “Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda, “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.
Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”
Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Ia juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5. Akibat daripada itu, ramailah yang mengikut-ikut sahaja cara yang sedia ada. Ramailah yang taklid buta dan yang mentaklidbutakan orang, sedangkan pada masa yang sama mereka sibuk mengajak orang ramai supaya jangan bertaklid buta, kononnya tidak akan maju sampai bila-bila. Masing-masing masih tidak jelas apa itu pemerintahan Islam yang sebenar, dan jika dikatakan kepadanya bahawa Islam naik tidak melalui kaedah politik yang digunakan pada hari ini, tiba-tiba sahaja mereka akan garu kepala yang tidak gatal. Tidak kurang pula yang terus menolak tanpa berfikir lagi dan sebagainya. Setelah itu, timbul pula beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab dengan penuh saksama dan tepat menurut kehendak ajaran Islam yang tulen. Antara persoalan utama yang selalu diajukan jika diberitahu kepadanya bahawa Islam tidak naik melalui sistem yang sedia ada ialah, apakah kaedah itu adalah:
1. Kaedah politik Barat, yang menekankan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi yang diasaskan oleh Barat, sistem politik ala-Barat atau menggunakan gabungan antara sistem demokrasi yang disesuaikan dengan Islam (separuh demokrasi dan separuh lagi Islam )?
2. Kaedah rampasan kuasa seperti yang pernah digunakan di Pakistan, Afghanistan, Libya dan Iran?
3. Kaedah jihad terhadap yang berlainan agama seperti mengebom gereja-gereja, menyerang kuil-kuil dan membunuh pengikut-pengikut mereka seperti oleh KMM, Al-Ma'unah, GAM dan MILF?
4. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu pengetahuan seperti yang sering dilaung-laungkan oleh para sarjana dan cendekiawan Islam di hampir setiap puncak menara gading?
5. Kaedah penguasaan ekonomi seperti yang dicanang dan dipraktikkan oleh para usahawan dan koperat Islam?
6. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam yang menekankan penghayatan secara tebuk-tebuk seperti yang pernah cuba diterapkan ke dalam sistem pentadbiran dan perbankan kita suatu ketika dahulu?
7. Atau adakah cara lain lagi, selain daripada yang di atas, yang boleh digunakan untuk membolehkan Islam naik semula memerintah dunia ini? Jika ada, apakah nama cara itu? Siapa pengasasnya? Di mana tempatnya? Apakah orang itu sudah ada pada masa kita ini? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmunya? Apa nama partinya jika dia orang politik? Jika dia bukan orang politik, apakah nama gerakannya? Militankah dia?
Islam tidak akan dan tidak pernah berjaya jika dinaikkan menggunakan kaedah yang lain daripada kaedah Islam itu sendiri. Diumpamakan kita membasuh kain yang terkena tahi ayam dengan menggunakan arak. Itulah umpamanya orang yang cuba menegakkan Islam dengan menggunakan kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu sendiri. Ada yang berkata, kita naik dahulu dengan cara Barat, dan selepas mendapat kuasa nanti, kita tukarlah sistem Barat itu dengan sistem Islam. Cara ini juga tidak betul kerana apabila kita menggunakan kaedah yang selain dari Islam, pastilah hasilnya akan melencong pula dari yang disasarkan. Kaedah rampasan kuasa tidak akan berjaya kerana bukti-bukti sejarah yang terang jelas menunjukkan bahawa kaedah ini sentiasa gagal membawa keamanan kepada sesebuah negara itu, malah rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang didirikan secara kekerasan dan rampasan kuasa. Kaedah jihad seperti yang cuba dilaksanakan oleh beberapa pihak sebenarnya bukanlah bentuk jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ada banyak bentuk jihad yang lain yang lebih sesuai diterapkan kepada orang ramai, sama ada kepada yang beragama Islam sendiri, mahupun kepada orang yang bukan Islam. Jihad dengan senjata bukanlah kaedah yang pertama dan utama yang patut kita gunakan. Lagipun kaedah ini tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis mengenai peristiwa akhir zaman. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu seperti yang selalu disebut-sebut di hampir setiap forum dan seminar sebenarnya bukanlah kaedah yang terbaik untuk membangunkan Islam. Ilmu yang tidak disertakan tauhid, roh Islam dan amalan hati pasti akan gagal juga. Apatah lagi jika guru yang mengajar agama Islam itu adalah orang yang tidak tentu akidahnya, orangnya fasik ataupun orang kafir. Jika benar dengan memperkasakan ilmu-ilmu agama dapat membangunkan ummah, kenapa sehingga kini universiti masih gagal menunjukkan bahawa merekalah pelopor terhadap kebangkitan semula Islam di rantau sebelah sini? Setakat artikel ini ditulis, tidak pernah lagi ada orang yang berkata bahawa kebangkitan semula Islam pada zaman ini di Timur ini, bermula di universiti, dibangkitkan oleh para pensyarahnya. Kaedah penguasaan ekonomi juga menunjukkan hasil yang hampir sama jika dilihat secara umum, menurut kaca mata orang ramai. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan perbankan juga tidak menunjukkan bahawa kaedah ini mampu menjadi peneraju kebangkitan semula Islam pada zaman ini. Malah sebenarnya kaedah ini lebih banyak menghasilkan orang-orang yang berpura-pura dan bersikap berketrampilan (serba boleh). Maksudnya, orang itu akan mempermain-mainkan Islam sama ada secara sedar atau tidak. Misalnya mereka berpakaian biasa yang terdedah sana dan sini pada hari-hari biasa, manakala pada hari Jumaat, bertudung litup. Kemudian pada hari lain, buka semula seperti biasa. Atau contoh lain ialah orang itu boleh menjadi imam sembahyang pada satu masa, manakala pada masa yang lain, dia juga mampu menjadi imam semasa berjudi atau minum arak. Memang persoalan seperti ini pernah ditimbulkan oleh orang ramai. Pada hari ini, umat Islam sudah mula frust dan fed up terhadap sistem politik yang ada dan digunakan pada hari ini. Mereka bukan tidak mahukan Islam itu naik, tetapi jemaah-jemaah yang kononnya mendukung perjuangan menegakkan sebuah negara Islam masih belum juga menampakkan sebarang persediaan untuk menyambut tugas yang maha besar itu. Mereka masih lagi sibuk dengan cara dahulu juga iaitu bertempik dengan penuh semangat sambil mencerca pihak lawan yang kononnya tidak mahukan Islam, tidak nampak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari mereka, yang menjurus ke arah itu, sedangkan canangannya sudah begitu lama diwar-warkan. Sebenarnya memang benar bahawa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini, dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeza daripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini mahupun pada masa lalu. Jika begitu, persoalannya, bagaimanakah islam akan naik untuk gemilang kali keduanya?
SALAH SIAPA?
Saban hari di dada akhbar dan media massa, hati kita seakan terhiris apabila membaca dan melihat gambaran kezaliman Israel ke atas umat islam di Palestin. Bukan sahaja umat Islam yang merasakan kehibaan itu, tetapi semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan kenegaraan mereka, turut sama berkongsi perasaan itu dengan umat Islam. Bagi mereka yang bukan Islam, ini adalah hal keperikemanusiaan, tindakan Israel ini sudah melampau dan mencabar fitrah manusia semua.
Apa yang berlaku ke atas umat islam hari ini adalah disebabkan kelemahan kita semua. Kita jangan salahkan musuh yang memusuhi Islam, kerana itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat toleransi terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.
Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.
Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada khairunnas - sebaik-baik manusia.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama:
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.
Kedua:
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.
Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu:
Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah. Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Orang yang memahami maksud ahdis qudsi di atas akan menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial.
Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.
3.Bagaimana agama Yahudi bertapak di Jazirah Arab
Satu ketika Rabiah bin Nasr penguasa Yaman telah bermimpi satu mimpi yang pelik . Mimpi itu telah ditafsirkan oleh Ahli nujum yang menguasai kehidupan masyarakat ketika itu, Kata mereka, mimpi itu bermaksud orang orang Habsyah akan menguasai Yaman sekitar 60 ke 70 tahun lagi. Rabiah ini takut hal itu berlaku keatas zuriatnya, lalu dia membawa semua ahli keluarganya meninggalkan Yaman. Mereka berpindah ke Hirah satu tempat yang berdekatan dengan Irak. Akhirnya mereka menguasai Hirah. Raja Nuaim bin Munzir, raja Hirah itu adalah dari keturunan Rabeah bin Nasr ini.
Ketika itu raja Rom dipanggil Qaisar dan raja Farsi dipangil Kisra, raja habsyah dipanggil Najasyi, dan raja Yaman dipanggil Tubba'. Dalam Al Quran Allah ada menceritakan perihal kaum Tubba' yaitu orang orang Yaman. Ketika itu Yaman diperintah oleh Tubaa' yang bernama Tabban bin As'ad. Dia seorang raja yang terkenal dan selalu keluar berdagang dan melancung. Satu ketika dia keluar berdagang ke Syam ditemani oleh anaknya dan tentara-tenteranya. Sebelum ke Syam mereka singgah di Madinah dulu, anaknya ditinggalkan di Madinah menguruskan perniagaannya di Madinah. Sewaktu Tabban bin As'ad ini pergi ke Syam berlaku selisih faham antara anaknya dan orang orang Madinah sehingga orang orang Madinah membunuh anaknya. Bila Tabban dapat berita ini dia berpatah balik untuk menuntut bela di atas kematian anaknya. Berlaku peperangan antara orang Yaman dan orang Madinah.
Dalam peperangan itu ada satu hal yang sangat menjadi kehairanan bahkan satu yang sangat menarik bagi Tabban. Orang Madinah kerana terlalu pemurah, mereka berperang disiang hari bila sampai waktu malam mereka berenti perang. Di waktu malam orang-orang Madinah menghantar makanan dan minuman kepada tentara Tabban yang memerangi mereka pada siang hari. Sampai begitu mereka memuliakan tetamu walaupun tetamu itu adalah musuh yang memerangi mereka di siang hari. Namun Tabban tetap nak tuntut bela keatas kematian anaknya.
Di tengah peperangan itu datang kepada Tubban pendeta-pendeta Yahudi yang datang dari Syam. Mereka minta nak bertemu dan berbincang dengan Tabban. Setelah mengadap Tubban mereka bertanya apa yang Tubban mahu dari peperangan ini. Tabban memberitahu mereka bahawa dia mahu menghancurkan Madinah. Kata pendeta Yahudi kepada Tabban, kamu tidak akan berjaya, sebaliknya Allah akan musnahkan kamu kerana Madinah ini adalah tempat hijrah Nabi. Begitulah menurut kitab kitab kami. Tabban telah berminta dan tertarik untuk mendalami tentang Taurat. Akhirnya dia memeluk agama Yahudi dan berhenti dari memerangi orang-orang Madinah.
Selepas itu dia dan tenteranya ke Mekah. Ketika itu Bani Huzail memusuhi orang Mekah dan mereka juga tak suka kepada orang Yaman. Mereka mengambil peluang ini untuk melaga lagakan orang Yaman dan orang Mekah. Mereka menceritakan pada Tabban bahawa di Mekah ada satu banggunan iaitu kaabah, di mana dibawah kaabah ini terdapat banyak emas dan permata. Memang ketika itu orang orang Arab menanam emas dan permata di Kaabah sebagai memuliakan Kaabah. Bila Tabban mendengar hal ini datang perasaan tamaknya untuk menguasai harta itu. Terus dia persiapkan tenteranya untuk menyerang Mekah dan Kaabah pula. Pendeta-pendeta Yahudi yang masih ada bersama mereka kerana mengajar mereka agama Yahudi telah menasihat Tabban agar jangan menyerang Mekah dan Kaabah. Kata mereka, yang kami tahu Kaabah inilah satu satunya rumah Allah di atas muka bumi ini. Kalau kamu serang Kaabah, Allah yang akan musnahkan kamu. Tabban menerima nasihat ini dan bertanya pendeta apa yang patut dia buat bila dia masuk Mekah nanti. Kata pendeta yahudi, bila engkau masuk Mekah nanti engkau besarkan Kaabah ini. Macam mana? Tanya Tabban, kata pendeta, engkau tawaf keliling Kaabah. Tabban tanya pendeta : apakah kamu akan tawaf juga? Kata pendeta, kami pun nak tawaf tapi oleh kerana Kaabah ini ketika ini dipenuhi dengan berhala sekelilingnya jadi kami para Ulamak tak sepatutnya tawaf dalam keadaan begini. Tabban telah melaksanakan nasihat pendeta Yahudi. Semasa dia di Mekah dia melihat dalam tidurnya dia memakaikan kelambu pada Kaabah. Tabban memerintahkan orang-orangnya menyiapkan kelambu Kaabah. Dengan itu orang yang pertama memakaikan kelambu pada Kaabah ialah Tabban bin As'ad raja Yaman ini. Selepas itu barulah kabilah Arab menyambung tradisi ini.
Bila Tabban balik ke Yaman dia perintahkan semua rakyatnya menagnut agama Yahudi tapi rakyatnya tak setuju. Rakyat yaman ketika itu menyembah api. Disetiap rumah mereka ada rumah api, kalau mereka bergaduh sesama mereka mereka akan pergi kepada rumah api ini, bila rumah api dibuka siapa yang kena sambar api dulu dialah yang salah. Jadi mereka ambil keputusan untuk berhakim dengan api dalam masalah arahan Tabban ini. Taban pun setuju, dihari yang ditentukan dibawa pendeta Yahudi ke rumah api begitu juga dengan pendeta Majusi yang menyembah api. Bila dibuka pintu rumah api, api menyambar pendeta Majusi, mereka lari menyelamatkan diri. Rakyat tak puas hati, diulang lagi kali kedua, kali ini pendeta Majusi dipaksa jangan lari. Kali inipun api menyambar pendeta Majusi dan akhirnya pendeta Majusi mati terbakar api di situ. Melihatkan peistiwa itu semua rakyat Yaman memeluk agama Yahudi. Begitulah Allah menunjukkan kebesarannya dalam memenangkan agamanya.
WAHAI TMN2KU...UTAMAKAN PROGRAM TUHAN...
Misalnya kita berada di rumah kita sendiri, tentulah program dalam rumah itu kita yang buat. Kalau kita pergi ke rumah orang lain, tentu programnya berlainan dengan di rumah kita. Apakah sama perasaan kita berada di rumah sendiri dengan berada di rumah orang lain. Tentu tidak. Jadual hidup kita pun akan berbeza, di rumah sendiri dengan di rumah orang lain. Kalau kita paksakan jadual hidup kita di rumah orang lain, tentu kita akan susah dan tidak tenang.
Kalau dunia ini kita rasakan kepunyaan kita, waktu yang 24 jam itu juga kepunyaan kita, kita yang mengatur, itulah yang membuat kita hidup di dunia ini tidak tenang, susah, gopoh dsb. Itu yang membuat kita tidak stabil. Dunia kepunyaan Tuhan, waktu yang juga kepunyaan Tuhan kita programkan semuanya, tentu hidup kita akan jadi susah, sebab kita telah membuat jadual untuk sesuatu yang bukan kepunyaan kita.
Padahal diri kita dan apa pun yang berkaitan dengan diri kita, bukan kita yang tentukan. Bahkan kita tidak tahu apa yang akan terjadi sedetik lagi, apa lagi untuk yang 1 hari, 1 minggu, 1 tahun, tentu kita lebih tidak tahu. Kalau pun kita cuba mengatur, kadang yang terjadi tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan.
Ada orang yang beralasan sibuk dengan kerja, hingga merasa takut terikat dengan peraturan Tuhan. Padahal dia menjadi sibuk karena menolak peraturan Tuhan. Dia sibuk memburu cita-citanya, wang, harta, pangkat dll. Hingga hilang ketenangan. Padahal dalam dia memburu cita-citanya itu pun diikat oleh peraturan di pejabat, di rumah, di jalan raya dll. Kalau cita-cita kita adalah Tuhan, maka susah dengan Tuhan pun terasa bahagia. Bahkan mati karena Tuhan pun akan bahagia. Kalaupun ada kesusahan dalam memburu Tuhan terasa bahagia.
Sebab itu penting untuk mengenal Tuhan agar tahu siapa Tuhan, siapa diri kita. Kalau tak kenal Tuhan, tak kenal diri kita. Walaupun kita tidak menyebut diri kita Tuhan tetapi tanpa sedar kita berlagak seperti Tuhan. Kalau kita memahami bahawa dunia ini Tuhan yang punya, dan ikut dengan program Tuhan tentu manusia akan hidup teratur, aman, damai.
Sesuaikan hidup dengan jadual Tuhan.
Tuhan memiliki jadual. Sesuaikan hidup kita dengan jadual Tuhan. Bangun sebelum subuh, kemudian solat sunat 2 rakaat. Setelah itu solat subuh dan elok jangan tidur setelah subuh sebab akan menumpulkan fikiran. Kalau pun hendak tidur, setelah terbit atau tinggi matahari.
Tapi bagi orang yang masih muda, masih cergas, waktu itulah dia pergi kerja, sebab tenaga dan fikiran masih segar. Menjelang pukul 11 pagi, tidur Qailullah. Setengah jam sebelum zuhur bangun dan bersiap solat zuhur. Setelah solat zuhur sambung kerja dan solat asar. Setelah asar tidak dibenarkan tidur, makruh, dapat melemahkan fikiran. Kalau pun ingin beristirehat, sambil membaca, berkebun dll. 30 minit sebelum maghrib bersiaplah untuk solat maghrib. Kalaulah manusia membuat program untuk hidup mereka disesuaikan dengan jadual Tuhan, hidup akan teratur, tenang dan bahagia.
Untuk ikut dengan jadual Tuhan, syaratnya mesti kenal Tuhan. Seperti kita kerja di pejabat, bila kita sayang dengan ketua kita apa saja arahan dan tugasnya akan kita ikuti. Walaupun buat kerja itu susah.
Orang yang kenal dengan Tuhan, terlewat solat subuh 30 minit saja akan terasa susah hati. 30 minit sebelum solat sudah rindu ingin menunaikan solat.
Hamba Allah yang sebenarnya, bangun tidur walaupun dia belum buat dosa, terus ingat dosa. Sayidina Umar, walaupun dikatakan oleh Rasulullah SAW kalau ada nabi lagi setelah aku, maka Umar menjadi nabi, dan kalau S. Umar melalui di satu jalan, maka syaitan tidak lalu di jalan itu, tetapi hati S Umar makin takut dengan Tuhan. Ketika mengambil air wudhu mukanya sudah pucat.
Itulah orang Tuhan, yang walaupun dekat dengan Tuhan tetapi dia rasa jauh dengan Tuhan.
Ya Allah Anugerahkanlah kepadaku rasa takut, anugerahkanlah rasa cinta pada Mu dan cinta Mu pada ku. anugerahkan rasa redha aku terhadap Mu dan redha Mu terhadap ku. aku mengharap Rahmat Mu tuhan. Ya Allah atas kesalahan ku ampunilah aku.
2. Syirik masuk ke Jazirah Arab
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
Ketaatan hanya untukMu ya Allah, tiada sekutu bagi Mu,sesunguhnya pujian
dan nikmat hanya untukMu,tiada sekutu bagiMu
Amru bin Luhayy telah menambah Talbiah ini kepada :
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك إلا شريك هو لك تملكه وما ملك
Tiada sekutu bagiMu
melainkan sekutu yang menjadi milikMu engkau
memilikinya dan segala kepunyaanya
Talbiah yang mengesakan Tuhan ini diubahnya menjadi talbiah yang mensyirikkan Tuhan. Bukan setakat itu saja, lepas itu Amru mencipta binatang binatang yang suci pula yang ditaqdiskan antaranya Saaibah, Bahiirah, Haami. Hami ini adalah unta betina yang telah melahirkan sepuluh ekor unta jantan maka ketika itu unta tersebut dinakan Haami dan tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih, tak boleh disakiti tapi sebaliknya dimuliakan dan dipuja.
Bermula dari situ setiap Kabilah mempunyai berhala mereka sendiri pula. Hubal berhala orang mekah, Wud berhala bani kilab, Suwa' berhala Bani Huzail, Yaghuus berhala Bani Thoyyik dan penduduk Jerash, Yauu'qa berhala Bani Hamazan dan Nasr berhala orang Yaman. Satu kisah menarik, ada berhala yang namanya Isaf dan Naelah, dua berhala yang disembah di kaabah. Sejarah menceritakan Isaf ini asalnya seorang pemuda dari Yaman begitu juga Naelah seorang gadis dari Yaman, mereka sama sama cinta mencintai tapi keluarga tak setuju mereka kahwin. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di mekah di musim haji. Akhirnya ketika orang semua tak perasan mereka zina di tepi Kaabah. Lalu Allah tukar mereka berdua menjadi batu. Lepas itu Isaf diletakkan di Safa dan Naelah diletakkan di Marwah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Bila Amru bin Lahayy datang ke Mekah, dia pindahkan kedua dua batu ini ke kaabah. Ketika itu masyarakat dah mula lupa asal usul batu ini dan akhirnya mereka menjadikan dua batu ini berhala yang disembah. Begitulah penyembahan berhala makin meluas di Semenanjung Arab.
Pernah Saidina umar setelah menjadi Amirul Mukminin dilihat oleh para sahabat menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang lahir, akhirnya ada yang berani bertanya, Wahai Amirul Mukminin apa rahsia kami melihat tuan menangis kemudian tersenyum tanpa sebab lahir yang kami faham. Maka Saidian Umar menceritakan, dulu aku dan orang orang Quraish sebelum Allah datangkan rahmat Islam, kami sangat benci pada anak perempuan. Ketika aku dapat anak perempuan, dari saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula, aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun, aku dah tak tahan lagi, jadi aku bawa dia kepadang pasir dan aku gali lubang, dia yang ingat aku membawanya berkelah dan untuk bermain main, dia juga turut membantuku menggali lubang, bila lubang dah siap aku tolak dia kedalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir, anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari jangut dan pakaianku, tapi akhirnya aku timbus dia hidup-hidup tampa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kedatangan Rasulullah, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup hidup. Itulah rahsianya, bila aku teringat kisah ini aku menangis. Maha Besar tuhan, Maha Baik Tuhan yang yang menghantar Rasulnya yang membawa satu syariat yang meletakkan perempuan ditempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini.
Adapun rahsia tersenyumku, satu hari aku keluar dari Mekah, kami kalau keluar dari Mekah biasanya akan membawa bersama batu dari Mekah untuk jadi sembahan kami, tapi hari itu aku lupa nak bawa batu tapi akau ada bawa tamar jadi aku buat berhala dari tamar dan aku sembah tuhan ini, bila makan aku habis mulalah akan makan Tuhan aku ini sedikit demi sedikit. Bila aku teringat kisah ini aku ketawa sendiri. Begitulah kehidupan bangsa Arab Jahiliah. Moga dengan itu kita dapat merasakan bagaiman kebesaran Islam yang telah mengubah bangsa Arab jahiliyah ini kepada peribadi peribadi yang sangat agung.
1.Perintah Allah kepada Nabi Ibrahim membina Kaabah.
Ketika Nabi Ibrahim meninggalkan tempat itu, Siti Hajar mengekori Nabi Ibrahim sambil bertanya namun Nabi Ibrahim tidak mengindahkannya. Sehinggalah akhirnya Siti Hajar bertanya (آلله أمرك بهذا ) Apakah Allah yang perintahkan hal ini. Benar jawab Nabi Ibrahim. Siti Hajar dengan penuh yakin dan hati yang beriman dengan kekuasaan Allah ( إذن لن يضيعنا الله ) berkata, kalau begitu pasti Allah tidak akan mensia-siakan kita. Kalaulah ini perintah Allah pasti ada pembelaan dari Allah Tuhan yang Maha Baik itu. Sianak menangis kehausan sementara susu Siti Hajar sudah mula kering. Berlarilah Siti Hajar mencari air dari Safa ke Marwah dengan penuh cemas dan harap pada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh dengan Tuhan itu Allah menghantar Saidina Jibril, dengan sayapnya dia menyingkap telaga Zamzam yang terpancar dari hentakan kaki bakal seorang Nabi Allah yang mulia Nabi Isamail AS. Inilah sejarah Zam zam yang kekal hingga hari ini.
Menurut Ulamak sejarah, perkara ini berlaku selepas satu empangan besar di Yaman yang namnya Sad Maarib pecah. Emapangan Maarib ketika itu adalah satu empangan yang besar dan menjadi sumber air dan sumber kehidupan kepada rakyat Yaman ketika itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba' di Yaman yang terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini untuk menampung air hujan yang akan dimenafaatkan untuk keperluan harian dan pertanian mereka. Bila mana mereka engkar dengan Tuhan Allah hukum mereka dengan dipecahkan empangan mereka. Bila empangan pecah bangsa Arab yang berasal dari Yaman ini terpaksa berpindah dari Yaman mencari kehidupan ditempat baru. Maka bertebaranlah bangsa Arab ini keseluruh semenanjung Arab, Kabilah Tsaqif berpindah ke Taif, Kabilah Aus dan Khazraj ke Madinah, Arab Ghasasinah berhijrah ke Syam, Arab Manazirah berhijrah sampai kesempadan Irak.
Ketika itu Kabilah Jurhum yang sedang mencari tempat baru lalu dekat dengan Mekah, mereka melihat burung-burung berterbangan menandakan ada air dikawasan itu sedangkan mereka tahu memang tak pernah ada air dikawasan itu. Bila diperiksa, benar ada air disitu. Maha Besar Tuhan yang berkuasa mengadakan yang tiada. Begitulah Allah membela isteri yang solehah ini yang taat setia dengan perintah Allah dan suaminya, Nabi Ibrahim. Mereka mendapati ada seorang perempuan dan anak kecilnya ditempat air. Kabilah Jurhum yang terkenal baik ini tidak terus merampas zamzam dari Siti Hajar. Mereka minta izin untuk berkongsi air dengan Siti Hajar bahkan mereka sanggup membayar sewa telaga air ini kepada Siti Hajar. Allah yang maha Baik tidak mesia-siakan hambanya yang bergantung penuh dengan rahmatnya. Apalagi inilah keberkatan doa dan rintihan hati Nabi Ibrahim dan isterinya yang solehah dan taat setia itu. Nabi Ibrahim kerana perintah Allah dengan hati yang tabah meninggalkan isteri dan anak kesayangannya ditempat yang lojik akal mengatakan tak mungkin boleh hidup disitu. Namun inilah keyakinan seorang Nabi dengan Tuhannya. Mengapa kita belajar dari keyakinan ini. Bantuan dan kuasa Tuhan itu mengatasai lojik akal manusia.
Peristiwa peristiwa sebelum kelahiran dan kenabian RAS
Firman Allah :
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الأخر
Sabda Rasulullah :
أدبني ربي فأحسن تأديبي
Sejarah yang paling agung, inilah sejarah Rasulullah SAW, siri sejarah ini kita harapkan bukan saja dapat mengajar Umat Islam tentang agamanya dan peribadi agung Rasulnya Muhammad SAW tapi juga kita harapkan pengajian sirah ini dapat mengajar kita berbagai perkara. Tanpa memahami sejarah tidak mungkin kita memahami Al Quran. Banyak ayat Quran yang tidak mungkin difahami melainkan kita kembali kepada Asbabun Nuzul (sebab sebab ayat diturunkan) sedangkan Asbabun Nuzul ini ada dalam sejarah Rasulullah SAW.
Kita mulakan dulu dengan peristiwa-peristiwa sebelum kelahiran RSAW supaya kita juga dapat mengetahui sejarah bangsa Arab sebelum kelahiran RAS. Sehingga nanti kita dapat melihat perbandingan. Bagaimana mereka sebelum dan selepas kedatangan RASW. Bagaimana perubahan yang berlaku Jaziratul Al Arabiah. Satu perubahan yang sangat besar dan luar biasa. Ianya hanya akan boleh kita fahami bila mana kita menghayati sejarah RASW yang agung ini.
Snipp'
sedar x sedar masa berjalan dengan pantas... aku bersyukur kepada Allah kerana masih membenarkan aku untuk menulis lagi di dlm ruangan ini... di jabatan PJ ini internet ada.. tapi agak putus2 la.. di asrama tiada langsung.. dan kami kwn2 telah bersetuju untuk memasang rooter baru... harap2 minggu ni siap la..ameen..=)
ampun maaf buat rakan2 yg sering mengikuti laman ku ini.. atas kelemahan ku aku tidak sempat untuk 'mengupdate' blog ni. tapi jangan bimbang.. aku telah post beberapa artikel di bawah ini yg amat berguna untuk tatapan antum n antunna semua...
Hari ini... ingin aku nyatakan bahawa dunia IPSMB kini dah banyak berubah.. khidupanku di sini jua telah banyak perbezaaannya.. mgkin dgn berkat ayahandaku yg tercinta... yg dirindui... yang mengajarku mengenal dunia.. yg memberiku sinar harapan... yg membuka mindaku yg hampir2 tertutup suatu masa dhulu... menyebabkan aku kembali merintis jalan yg sangat indah ini...
team usrah telah bermula... berasaskan kekuatan ukhuwah, membina visi n misi.. untuk mencetak manusia sebanyaknya menjadi daei2 di jalan Allah... dengan ahli2 baru.. dan beberapa jawatan2 yg disandang oleh org baru.. seolah2 Tuhan memandu hati2 ini ke arah yg dikehendakinya...
Aku berlindung pada Allah daripada tersalah langkah.. berjuang atas dasar nafsu.. kerana tidak membawa kepada apa yg dikehendaki oleh Tuhan.. ya Allah…Engkau ikhlaskan hatiku, agar agamaku lurus..
Baba telah seminggu meningalkan kami.. tapi seakan2 masih berada bersama2 kami.... kerana tautan hati itu kuat dan kami mendoakan semoga Baba n keluarga sentiasa berada di bawah perlindungan rahmat darinya...ana mendoakan semoga selama ketiadaan Baba di IP tidak merenggangkan ukhuwafillah sesame kami. Moga perpisahan yg sementara ini
meambahkan kemesraan antara hati2 kami.. amen..
Kepada Semua anak2 buah KRM yg ku kasihi…. insyaAllah, bulan 2 ni kita buat beberapa program yg boleh meningkatkan kebersamaan antum n antunna. Jadikan aktiviti yg akan kita adakan itu sebagai suatu
sudah 2 malam aku pulang lewat ke asrama krana berjumpa dgn anak2 buah KRM yg aku rasakan kurg aku berikan perhatian kerana kelemahan diri ini… insyaAllah, selepas ini ana akan buat penambahbaikan sebaik mungkin. Jgn lupa pesan ana, kita nk berjuang seperti Rasulullah n nak mengejar cita Tuhan.. so, kenal dan cintalah dulu kekasih Allah(Rasulullah SAW), barulah kita mudah mengenal Allah.. baru kita tahu sejauh manakah Islam kita setakat ini.. bandingkn dgn glgn Salafussoleh,
pada ssiapa sahaja ahli KRM yg nak Sirah rasulullah boleh amek dari ana.. ana boleh tolong. Ana nak promosi Rasulullah pada antum n antunna semua supaya kita kenal diri kita… kita tahu arah perjuangan kita.. kita tahu jatuh bangun kita… kita jelas matlmat hidup kita.. kita tahu jalan menuju Allah 2 macammana.. n macam2 lagi lah…. Dan ana nak menyatakan… rugi..rugi..rugilah bagi mereka yg tidak mengenal siapakah Rasulullah n sejauh manakah Rasulullah di hatinya.
Kepada shbt2 yg bukan KRM pun boleh juga kalo nk sirah nabi.. amek kt ana ye..=)
Kepada semua mad’u usrah.. teruslh berada dalam kumpulan anda..
Rasanya setakat ini coretanku buat kali ini.. salam perjuang buat semua. Semoga IPSMB gemilang dengan gemerlapan Nur Islam suatu hari nanti.. ameen..
dalam mencari ketenagan hati dan jiwa...
Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)
"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)
Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.
contoh peribadi saidina ali
Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.
Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda sacara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.
Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri. Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt.
Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?"
Baginda juga merupakan sepupu beliau.
Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini."
"Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali.
Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun.
Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!"
Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa. Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini.
Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.
kisah tentang taubat
Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."
Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"
Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."
Tuhan Maha Penerima Taubat
Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.
Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"
Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"
Taubat Dengan Menebus Dosa
Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.
Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.
Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."
Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."
Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya.
susahya mentadbir dunia... baru ku sedar...
Dunia ini kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi. Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:
1. Dunia ibarat air laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.
2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempersona . Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya terlebih dahulu.
3. Dunia ini ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya . Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang-jarang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.
4. Dunia itu ibarat ular . Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.
5. Dunia itu ibarat madu yang manis . Ramai orang yang suka meminumya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.
6. Dunia ibarat kebun yang indah . Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.
7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalananya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau
al-jannatul ajilah.. indanya...
Ada hadis yang bermaksud: "Awal-awal agama mengenal Allah."
Hanya setelah kita kenal Tuhan, barulah kita tahu betapa baiknya Tuhan kita itu. Betapa Dia sangat mengambil berat tentang kita. Betapa Dia cukup menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita. Betapa Dia sangat melindung dan membela kita. Betapa Dia tidak ada apa-apa kepentingan terhadap diri kita dan tidak menuntut apa-apa keuntungan dari kita. Dia hanya memberi, memberi dan terus memberi dan tidak pernah mengambil apa-apa dari kita.
Betapa kasih sayang-Nya Dia terhadap kita. Diberi-Nya kita nikmat supaya kita bersyukur. Dan kalau kita bersyukur, ditambah-Nya lagi nikmat-Nya itu kepada kita. Diuji-Nya kita dengan kesusahan. Dan kalau kita bersabar, dihapuskan dosa-dosa kita dan diangkat-Nya darjat kita. Dalam nikmat-Nya ada rahmat. Dalam ujian-Nya juga ada rahmat. Alangkah baiknya Tuhan kita itu. Keampunan-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.
Kalau kita terbuat dosa sebesar dunia ini pun, Allah akan kurniakan keampunan-Nya sebesar dunia ini juga kalau kita sudi dan mahu bertaubat dan meminta ampun dari-Nya. Disuruh-Nya kita beriman dan beramal soleh. Bukan kerana Dia akan mendapat untung apa-apa tetapi kerana Dia mahukan kita selamat hidup di dunia dan selamat hidup di akhirat. Supaya hidup kita tenang dan bahagia. Supaya di dunia ini pun kita dapat hidup seperti di syurga sebelum Syurga yang sebenar di akhirat nanti. Inilah apa yang dikatakan `Al Jannatul Ajilah` atau `syurga yang didahulukan` yang Tuhan janjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Tuhan seolah-olah bertungkus-lumus menjaga kita. Pagi petang, siang dan malam. Dia tidak tidur, tidak rehat, tidak mengantuk dan tidak penat. Dia tidak pernah melupakan kita. Kita yang selalu melupakan Dia. Namun, dalam kita lupakan Dia pun, Tuhan tetap menjaga kita. Dia tetap memberi kita rezeki. Dia Tuhan. Dia tidak perlukan kita. Kita hamba. Kita yang perlukan Dia. Tetapi Tuhan rela `memperhambakan` Diri-Nya dan bersusah-payah demi untuk menjaga kepentingan hamba-hamba-Nya.
Begitulah Tuhan. Kalau kita betul-betul kenal akan Dia, sudah barang tentu kita akan sayang dan jatuh cinta pada-Nya. Jasa dan kebaikan-Nya kepada kita tidak dapat dikira atau dihitung. Ia terlalu banyak. Tak kenal maka tak cinta. Yang tidak sayang dan tidak cinta pada Tuhan hanyalah orang yang tidak kenal akan Dia. Setelah cinta, akan timbul rasa takut pada Tuhan. Takut ini bukan macam kita takut harimau. Tuhan bukan hendak baham kita macam harimau.
Kita takut terputus cinta dengan Tuhan. Kita takut kalau-kalau Tuhan tidak peduli atau tidak endahkan kita lagi . Kita takut Tuhan tidak kisah dan tidak ambil berat tentang kita lagi . Kita takut Tuhan lupakan kita. Kita takut tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang Tuhan.
Bagi orang yang bercinta, putus cintalah yang paling ditakutinya. Ini termasuklah bercinta dengan Tuhan. Takut inilah yang dinamakan `taqwa`. Taqwa ini banyak faedah dan kebaikannya pada diri kita. Antaranya:
* Ia menghapuskan dosa
* Ia mendatangkan syafaat
* Ia benteng dari maksiat
* Ia pemangkin untuk membangunkan syariat
* Ia boleh mencetuskan rasa bertuhan yang sangat kuat diikuti dengan rasa kehambaan yang juga kuat
* Ia membunuh sifat `hubbud dunia` atau cinta dunia iaitu ibu atau kepala segala maksiat
* Ia membakar dan mencairkan sifat-sifat mazmumah dan keji di dalam hati
Perkara kedua yang dituntut dalam Islam selepas mengenal Tuhan ialah kasih sayang . Kasih sayang sesama manusia adalah cetusan dari rasa cinta dan rasa takut kepada Tuhan . Manusia tidak akan boleh bersatu padu dan berkasih sayang kalau tidak diikat dengan tali-tali Allah.
Dalam Al-Quran, Tuhan ada berfirman:
"Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah." (Al-Imran:103)
Tali-tali Allah di sini bermaksud rasa cinta dan rasa takut pada Allah . Kalau semua manusia cinta dan takut pada Allah, mereka akan berkasih sayang di antara satu sama lain kerana hati-hati mereka diikat kepada Tuhan yang satu. Sesiapa yang berpegang kepada Allah, mereka akan berkasih sayang sesama mereka. Tidak ada orang bergaduh kerana merebut Tuhan.
Sesiapa yang berpegang kepada dunia (apa-apa pun selain Allah), hati-hati mereka akan bercerai berai dan mereka akan berpecah belah. Memang dunia ini punca segala rebutan, pergaduhan, perbalahan, krisis, penindasan dan perpecahan.
Ada Hadis yang bermaksud lebih kurang: "Kamu tidak cinta pada Allah kalau kamu tidak cinta pada makhluk-Nya."
Kalau cinta pada makhluk selain manusia pun sudah dianggap sebagai bukti cinta kita pada Tuhan, inikan pula cinta kita sesama manusia? Tentulah cinta dan kasih sayang sesama manusia itu lebih dituntut. Sebagai tamsilan, kalau kita hormat, sayang dan cinta kepada bos kita, sudah tentulah kita sayang juga pada kucingnya. Kalau kita pergi ke rumah bos, masakan gamak kita tendang kucingnya atau kita sengaja pijak ekor kucingnya. Kita sayang bos kita dan sudah tentu kita sayang kepada apa sahaja yang disayangi oleh bos kita itu termasuk kucingnya. Itu baru betul-betul sayang.
Samalah dengan Tuhan. Kalau kita betul-betul cinta Tuhan, automatik, kita akan sayang pada apa sahaja yang menjadi kesayangan Tuhan termasuklah sekelian makhluk-Nya. Kasih sayang juga banyak faedah dan kebaikannya pada diri kita.
Antaranya:
* Ia memudahkan kita memaafkan orang
* Kalau kita bersalah, kita mudah meminta maaf
* Kita jadi mudah mesra dengan orang
* Mudah memberi senyum kepada orang
* Bertanggungjawab terhadap jiran
* Kalau kita kaya, senang jadi pemurah
* Kalau kita miskin, mudah sabar dan tidak menganiayai harta orang kaya
* Mudah memberi bantuan kepada orang susah, menolong mereka, bersimpati atau memberi kemesraan kepada mereka.
Cuba kita lapangkan fikiran dan hati kita buat seketika dan mari kita bayangkan suatu suasana di mana hubungan kita dengan Tuhan sungguh baik iaitu kita sangat cinta pada-Nya, kita baik sangka dengan-Nya, Dialah pelindung, pembela dan penyelamat kita dan Dialah tempat kita bergantung harap dan tempat kita mengadu segala hal dan masalah. Kita betul-betul rasa Tuhan itu kita punya, Tuhan itu hak kita dan kita rela dan berbahagia menjadi hambaNya.
Bayangkan juga satu suasana di mana semua manusia disekeliling kita, baik ibu kita, ayah, isteri, anak-anak, jiran tetangga, rakan pejabat, rakan sekolah, kawan sekampung, kawan setaman, semuanya kekasih-kekasih kita belaka yang sangat kita sayang dan rindukan. Mereka juga merasakan begitu terhadap kita. Selalu bertanya khabar, bertolong bantu, ziarah menziarah, memberi hadiah dan mendoakan kita. Mereka sangat-sangat inginkan kebaikan untuk kita dan sanggup pula bersusah payah dan berkorban apa sahaja untuk kita.
Alangkah bahagianya hidup kita. Dengan Tuhan kita bercinta, Sesama manusia kita berkasih sayang. Kalau wujudlah keadaan yang seperti ini, apalagikah yang kita inginkan? Kita rasa kuat dengan Tuhan, rasa terbela sesama manusia, rasa aman, tenang, harmoni dan penuh keselamatan. Hidup di dunia bersama kekasih. Pulang ke akhirat pun untuk bertemu kekasih.