Hear me...  


Pantai...
Dengarlah dahulu peneranganku,
Islam cara hidupku, insya Allah, Islam hidup matiku,
Islam dagang dan kembali dagang,
Tidak ramai yang faham Islam,
Tapi banyak yang hanya tahu cakap sahaja.
Praktiknya tidak...

Pantai,
Dengarlah dahulu,
Aku faham tentang kerisauan itu,
Tapi, ambillah masa untuk memahamiku,
Ambillah masa untuk memahami dan menerima keluargaku,
Pertemuan antara dua keluarga ini menyuburkan silaturrahim berpanjangan,
Jika sama faham memahami, redha meredhai.

Pantai,
Dunia ini hanya di tangan, jangan di hati,
Kemewahan itu bukan pada harta dan pangkat,
Kemewahan itu pada hati yang sakinah, mutmainnah,
Tidak perlu bicara panjang,
Engkau pun tahu tentang ini.

Pantai,
Aku mahu cara hidup Islam,
Pembelian secara sistem yang aku percaya,
Yang tiada syubhah, tiada interest,
Yang menjadikan hatiku tenang,
Aku tidak kisah hidup susah sedikit kerana memperjuangkan sistem Islam,
Apalah ertinya hidup tapi membayar hutang+interest,
Padaku,...ia sangat tidak menenangkan hati,
Bagiku ia tetap ada unsur riba',
yang mana aku akan bermasalah dengan Allah dan rasul,
Jika bermasalah dengan Allah dan rasul, apalah erti hidup ini?
Dimanakah berkat pembelian yang dilakukan?
Dimanakah campur tangan Allah dan rasul?
Adakah Tuhan akan menjaga hartaku yang mana aku ambil melalui sistem yang ku rasakan syubhah?
Aku melawan arus? Ya! sistem perbankan ini tidak meyakinkan aku,
Di zaman ini ramai yang menggunakan Islam untuk menghalalkan segalanya,
Islam dagang! Islam sudah yatim piatu!

Pantai,
Perbincangan telah aku lakukan sebelum memulakan pembelian,
Janganlah ngomong sekata-kata,
Tanpa memberi ruangku bicara,
Ayah bondaku telah fikirkan semua,
Mereka tidak jahil dan mereka punya firasat yangku percaya,
Kerana itu aku berani lakukannya,
Kerana keputusan mereka selalunya berguna..
Keputusannya tepat lagi membahagiakan.

Pantai,
Aku berharap, janganlah hadirkan prasangka,
Perkataan 'kalau-kalau' jauhkan dari perbicaraan,
Kerana sudah terang dalam hadis nabi keburukannya,
Seakan bersangka buruk dengan Tuhan,
Bahkan dalam perbahasan tasawuf,
Imam Ghazali sudah menggariskan,
Ia satu sifat mazmumah,
Nasihatku...buanglah segala kekeruhan fikiran,
Jernihkan dengan tawakkal dan penyerahan kepada Tuhan,
Kelak orang sekelilingmu tenang,
Perkara yang belum berlaku jangan di risau2kan,
Percayalah dengan janji Allah dan rasulnya..
Siapa yang membantu agamanya,
Siapa yang menegakkan syiar agamanya,
Ia pasti dibantu...ya! Ia pasti dibantu.
Percayalah,
Aku lakukan begini bukan kerana nak buat lain dari orang lain,
Bukan tujuan nak bermegah atau keduniaan,
Semata-mata ingin menegakkan syariat,
Semuanya kelihatan janggal di mata orang sekarang kerana Islam telah kembali dagang...

Pantai,
Aku percaya,
Dikau berkecil hati kerana anakmu tidak bercerita kepadamu,
Seperti yang kau beritahu, tidak berbincang dahulu denganmu,
Aku mohon maaf atas kesilapannya,
Buat apa-apa perkara perlukan restu ibu ayah,
Tanpa restu itu, hilanglah keberkatannya...
Aku mohon sekali lagi kemaafan atas kesilapannya,
Dan aku jua kan terus belajar untuk mendidik sang tanah...(",)

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Hear me...

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster