cerpen untuk daei yg......

Assalamu'alaikum wbt...
Di sini saya nak kongsikan sebuah cerita yang saya dapati daripada
Klik Sini . Baca & Fikir. Moga mendapat manfaat drpdnya.InshaAllah =)
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…-Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
Sekian,Wassalam.
"Ya Allah, jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen “

satu perjuangan...

Kelab Rakan masjid masih dalam proses kelulusan..dari HEP sendiri, mereka sangat menyokong usaha ini. Mungkin kita warga IPSMB turut sama dapat merasakan akan kukurangan program-program agama dan mungkin..kefahaman yang kurang.. termasuklah semua ahli kelab rakan masjid (termasuk ‘pengerusinya’ sekali)..huhu.. Itupun bagi mereka yang dapat merasakan demikian.. yang x dapat rasa 2, check balik la kat mana yang kurang. Balancekan balik...
HEP sangat menyokong usaha ini, bahkan warden asrama memberi kami ruang untuk terus mengadakan program2 agama di institut ini. Pensyarah-pensyarah HEP banyak memberi cadangan dan pendapat yang berguna sehinggakan aku dapat rasakan mereka sangat ingin melihat warga institut ini hidup dengan suasana penuh islam..subhanaAllah.. sangat indah kalau dapat direalisasikan.. Malah ketika aku merasa lemah, KJ HEP sendiri yang membangunkan aku, terus memberi suntikan semangat untuk terus maju ke hadapan. Termasuk pensyarah jabatan RnD yang berterusan memberi tarbiyah kepadaku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..

Dari kami sendiri(KRM), kami baru nak berjinak2 dan belajar mengadakan program2 agama sebegini. Maklumlah kebanyakan ahlinya bukan dari latar belakang agama. Termasuk pengerusinya..
Cuma meminta tunjuk ajar dari mereka yang beralatar belakang agama, dan ustaz2 yang ada. Terima kasih pada mereka yang turut sama berada dalam usaha ini. Bagiku sendiri usaha ini memang patut disokong oleh semua orang yang bergelar muslim, terutama yang berda dalam institut ini.. di harapkan semasa tangan kanan ini membina, jangan ada pula tangan kiri yang menjatuhkan. Ingatlah, kita menginstiharkan perang dengan Allah secara tidak sedar. Nauzubillah..

Ermm... itu x penting bagiku.. bagiku yang penting usaha motivasi dan pendidikan Islam itu berterusan. Itu lagi utama daripada penubuhan ini. Itu nombor 2. Boleh diusahakan dengan berbagai-bagai cara. Yang pentiing dikalangan ahli sendiri kesedaran Islam itu sangat mantap. Di situlah adanya kekuatan. Kekuatan bukan ada pada populariti, bukan pada glamour, bukan pada gahnya sesuatu persatuan, tetapi pada sejauh mana ahli2nya membaiki diri.. dalam bahasa yang sebenar, mengusahakan taqwa.. sungguh aku katakan, bukan gurauan. Inilah yang berlaku pada perjuangan-perjuangan di dunia. Mereka sangat berusaha untuk membaiki dir. Mereka bermula dengan logam-logam yang berkarat atau yang kotor. Mereka berusaha membersihkannya. Nah, di situlah terserlahnya kejayaan. Atas bantuan Tuhan. Tuhan akan bantu dengan melihat sejauh mana kita membaiki diri. Xyah kita bicarakan bagaimana Tuhan nak bantu. Itu kerja Tuhan. Xde cmpur aduk dengan kehidupan manusia. Bila-bila masa, di mana kita berada, Tuhan boleh bantu..

Sekarang, usrah induk(pismp) sedang dimantapkan..
Aku harap, usrah KRM induk akan bermula secepat yang mungkin .. Ikhwah dan akhawat..
Merekalah perintis-perintis yang sangat diharapkan. Merekalah logam-logam yang hendak di gilap..
Usrahlah tapak uhuwahfillah itu tersemai.. semoga Tuhan sentiasa menunjukkan jalan ke arah kebaikan itu. Maksudnya, selepas hidayah, tuhan beri taufik pula. Indahnya perjungan jika kita mengenal Tuhan. Kita mencintai Tuhan..

Tentang seseorang

......Malam itu memang malam yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.Indahnya saat berada dalam dakapannya. Jarang aku dapat dakapan seerat itu. Dengan ucapan penuh kasih sayang dan sehelai kertas tugasan yang sangat bermakna... Aku rasakan seolah2 hidup semula di dunia ini. Diriku kembali mengenang nostalgia kehidupanku yang penuh dosa dan noda. Kemanisan bersama memang dapat di rasa ke dalam jiwa. Menyedarkan aku tentang kehidupan sebenar aku di dunia.
Malam itu, di dalam perjalanan di dalam bas, aku menangis semahu-mahunya. Saat itu aku sangat merinduinya. Aku menangis sepuas-puasnya. Kenapa sebelum ini aku tidak dipertemukan dengannya.. lebih awal lagi.. terima kasih Tuhan sungguh besar rahmatmu..
Aku teringat saat kali pertama bertegur sapa dengannya. Seakan-akan Tuhan telah menetapkan perjumpaan itu. Perbualan yang sungguh mesra seolah-olah kami telah lama kenal. Harapan dan matlamat yang sama..perjuangan yang sama.. subhanallah. Cuma aku tidak matang dalam selok-belok perjuangan. Amat kurang ilmu berjuang. Dia menegur aku dengan penuh kelembutan... Waktu itu aku masih tidak mengenalnya. Rugi..
Setelah lama bersama dalam program, aku mula sedar dia adalah permata yang sudah digilap dengan baik. Patutlah aku dapat rasakan ketenangan bila bersamanya.. insyaAllah, aku akan bantu perjuangannya sedaya mungkin. Agar matlamat yang dicita2kan itu tidak samar dan menjadi realiti..

Warkah Pengerusi...

Assalamualaikum..
Salam perjuangan anak2 buah KRM yang dikasihi.
Pastikan anda memulakan kumpulan usrah seperti yang telah ana britau. Mulakan ia sedikit2. Pastikan istiqamah dan laksanakan dengan jiwa yang penuh kasih sayang. Ini satu permulaan yg sangat indah. Pastikan ia berterusan. Dari sini membina ukhuwah. Ia sangat indah! Benar2 sngat indah..
Dari ana, tidak ada yang lebih mengembirakan melainkan semua ahli KRM dapat bekerjasama dalam satu kumpulan yang sangat berukhuwah dan berusaha sama2 untuk menggemilangkan islam.. antum semua orang2 yg hebat! Percayalah.. semuanya bermula ditangan anda. Jika kita inginkan kebaikan, Allah akan tunjukkan jalannya. Allah sentiasa bersama antum semua. Percayalah adik2ku.
Maaf atas segala kekurangan ana sebagai ketua yang sangat banyak cacat cela ini. Ana Cuma mahu melihat Islam itu kembali gemilang. Dan ana harap ia bermula dari antum semua, ahli KRM induk yang sangat ana cintai. Sesungguhnya ana sangat mencintai antum semua lebih dari ana mencintai diri ana. Ana cuba memberi yang terbaik buat antum semua,
Ahli2 KRM sekalian,
Pastikan target kita tercapai..
2010 -suasana Islam yang sangat terserlah di IPSMB.
-pelajar2 IPSMB mempunyai kesedaran yg tinggi terhadap Islam

Semua ini tidak bermula dari semangat yg turun naik tetapi bergantung kepada sejauh mana anda semua membaiki diri. Atas dasar itu ana menyeru kepada semua ahli KRM untuk membaiki ibadah yang pokok iaitu tiang seri agama kita yakni SOLAT. Solatlah sumber kejayaan kita. Antum semua cubalah formula ini. Umat islam telah lupa dengan formula ini. Inilah formula yang rasulullah ajar.

Fahami ilmu tentang solat- hayati solat-

Satu lagi usahakan taqwa kepada Allah. Caranya ialah baiki hati kita. Bersihkan ia dari mazmumah. Mazmumah yang bersarang di hati kita yg menyebabkan perjuangan kita banyak masalah dan org byk masalah dengan kita.
Ibadah lahir(10%) + ibadah rohani(90%) = 100% kekuatan Islam
Nak baiki hati, perlu mujahadah nafsu sebaik mungkin. Kemudian isi ia dengan sifat2 mahmudah.
insyaAllah antum semua akan Berjaya mencapai apa yg kita cita2kan bersama.
Ada masalah, nk nasihat bley jumpa nga ana. insyaAllah ana bantu sedaya mungkin.
Sekian, terima kasih.
p/s= ana sentiasa ada masa dengan antum semua, insya Allah.
wslm..
Selamat berjuang…

Ramadhan berbicara denganku..

Ramadhan telah sampai ke hari ke-20…
Adakah ramadhan aku telah sampai ke tingkatn yg sama dgn angka 20 itu?
Ermmm... jwb sendiri.. aku terus berdoa semoga Allah terus menunjukkan aku jalan kebenaran, jalan yang sangat indah.. yg harus aku miliki.. harus.. ehhh.. bukan aku sahaja, malah semua manusia termasuk yg berada di institut ini.=)
Kalo shbt2 nk tau jalan taqwa ini jalan yg benar-benar membawaku ke jalan yang sangat memberi kesan ke dalam jiwa sesiapa yg menginginkannya.. dalam keadaan dunia yg di bungkam oleh jahiliyyah. Aku x mahu turut hanyut bersama aliran jahiliah yg sangat pesat mmbangun. isshh... kalo manusia amik tau tentang keadaan umat Islam sekarang dan dibndingkn dengan sabda2 nabi.. subhanallah, dah btol sme. Keadaan umat skrg same mcm dlm hadis-hadis 2. Xyh care la tntg khilafiyah ulama, tp ikut jumhur ulama yg rmai, hadis-hadis itu sepakat dterima..so, nabi gtau tntg masyarakat yg telah rosak ini, ada sebilangan yg amat di cintainya..dirinduinya...
Kata nabi.. aku amat merindui ikhwan-ikhwanku di akhir zaman..
Sahabat pun brtanya... ya rasulallah, kamilah yg kau maksudkan itu, shbt2mu?
Bukan kamu..
Shbt2 cmburu..Sahabt2 menangis... mereka ingin tau sapa yg dimaksudkan Rasulullah.
Ikhwan-ikhwanku ini adalah golongan selepas kamu..mereka x pernah bertemu denganku tetapi sangat mencintaiku.. kehidupan mereka seperti abid di malam hari dan singa di siang hari...
Marilah kita menyahut seruan ini, untuk menjadi calon2 ikhwan ini.. golongan ini sedikit ttpi sangat besar di sisi tuhan kerana taqwanya..
Sama seperti tentera badar, walaupun sedikit tp sangat besar di sisi tuhan sehingga berjaya mengalahkan musuh yg ramai.. inilah peperangan pertama malaikat turun mmbantu peperangan.
Sangat hebat org yg mengusahakan taqwa..tuhan janjikan ‘manna was salwa’ seperti mana yg disebutkan dalam al-quran.....
Sangat indah...... SANGAT INDAH JIKA KITA BENAR2 MENGHAYATI ISLAM DALAM JIWA.
Ya Allah, kurniakan rasa keindahan itu dalam jiwaku, agar aku bisa tenang berada dalam duniamu ini.. tenang berdepan dengan masalah dan pelbagai kesulitan hidup. Pasti kau permudahkan yaAllah.. sebab kau dah berjanji dan sesungguhnya kau tidak memungkiri janji.
Ya Allah, Kurniakan kecintaanku kepada kekasihmu, Muhammad s.a.w...
Aku byk mncuri masa untuk mmbaca kisah hidupnya yg penuh keperitan dan keindahan itu. Sehingga baginda mmpu melahirkan golongan org2 yg hebat.
Hebat kerana taqwanya. Maka tuhan bagi pertolongan. Umat islam sekarang sudah jauh untuk memahami taqwa itu..sbb itu mereka terhina, kami terhina.. moga engkau datangkan pembela yg mampu menyelesaikan masalah umat ini.. supaya umat islam kembali mengusahakan taqwa..
Kerana itulah satu2nya kekuatan umat Islam.. kalau mereka faham.. insya Allah aku akan sentiasa berbicara dengan mu di dalam smbhyg ku, dlm doaku memohon, dlm rintihanku.. moga2 kau kurniakan kepadaku dan kepada semua rakan2 seperjuanganku..
Aku tahu ya Allah pembela itu telah engkau hadirkan Cuma belum masanya.. tiba masanya, pasti seluruh dunia akan terkejut kerana kehadirannya.. masa itu ,aku SANGAT MENGINGINKAN AKU MASIH DALAM KEADAAN BERIMAN, TIDAK DISESATKAN OLEH DAJJAL LAKNATULAH.. iman kami senipis kulit bawang ini mampu hancur bila2 masa sahaja. Moga engkau selamatkan aku dari fitnah dajjal.. segerakanlah kehadiran pejuang kebenarannya itu.. dunia sangat merinduinya kehadirannya..
Semoga Ramadhan ini membawa berita gembira kepada umat Islam. Semoga kau kembalikan kegemilangan islam dengan lahirnya.. baldatun toiyibatun wa rabbun ghafur... ameen

DOa Mullimeen

Ya Allah..Muliakan Islam dan Muslimin.Ya Allah..Hinakan Syirik dan Musyrikin.Ya Allah sesungguhnya kami meletakkan leher musuh-musuh kami kepada Engkau.Dan Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.Ya Allah.. LEBURKANlah kumpulan mereka.PECAHBELAHkan dan KACAU-BILAUkanlah pertubuhan mereka.GONCANGkan pendirian mereka.Dan hantarkanlah tentera-tentera Engkau kepada mereka. Ya Allah, bantulah Islam dan Muslimin.Bantulah Mujahideen di Palestin.Bantulah Mujahideen di Iraq.Bantulah Mujahideen di Kashmeer.Bantulah Mujahideen fi kulli makaan wa fi Kulli zaman, Ya Allah..Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!.Dan menangkan kami ke atas mereka.Ameen..ameen..ameen.. Ya Rabbal 'alameeen.

Syarat ukhuwah Islam

Syarat-syarat Ukhuwah Islamiyah
Bismillah dan assalamualaikum. Kali ini aku berminat utk berkongsi dgn rakan2 tentang sebuah perkara yg baru aku pelajari. Maybe sebelum ini aku hanya dengari gitu2 sahaja, namun alhamdulillah kerana aku telah diberi kesempatan utk memahami apekah yg dimaksudkan dgn ukhuwah islamiyah yg kite sering dgr saban hari. Aku amat tertarik dgn definisi ukhuwah yg dijelaskan oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna ;
“Terikatnya hati-hati dgn ruh-ruh ini dgn ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah ikatan paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yg pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Serendah-rendah ukhuwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tingginya adalah ‘ithar’ (melebihkan kepentingan saudara lain)”
Definisi yg diberikan oleh al-Banna pastinya mengetuk hati2 kita, dan mengajak kita utk membuat koreksi ikatan ukhuwah yg kita bina bersama saudara2 kita yg seagama. Adakah sudah mempunyai ciri2 seperti yg disebutkan di atas? Jika belum lagi, mari kita perbaiki bersama, dapat asas pn jadi la kan. Sekurang2nya kita sudah dapat teori dan tahu ke arah mana seharusnya kita letakkan halatuju kita dalam bersaudara sesama kita. InsyaAllah. Dan di bawah ini pula adalah artikel yg aku petik dari
ausis.org yg membahaskan tentang syarat2 ukhuwah Islamiyah. Seperti solat yg kita lakukan sehari2. Sudah tentu kita memelihara kesemua syarat2nya agar solat tersebut sah dan sempurna dan sebelum diterima oleh Allah swt. Begitu juga dgn ukhuwah, turut mempunyai beberapa syarat yg perlu dipatuhi agar ia layak ataupun sah diterima sbg ukhuwah Islamiyah. Sama2 kita berkongsi bersama. insyaAllah..
Ukhuwah Islamiyah memiliki persyaratan dan landasan yang harus dipenuhi agar dapat diterima oleh Allah SWT. Berikut ini adalah syarat terpenting dan landasan paling pokok dalam menerapkan ukhuwah Islamiyah.
1. Ikhlas karena Allah Semata
Ukhuwah islamiyah akan terlaksana jika orang-orang yang terlibat di dalamnya mampu membebaskan dirinya dari kepentingan dan keuntungan pribadi. Mereka berukhuwah atas dasar semata-mata karena Allah. Jika ukhuwah ini berlandaskan semata-mata karena Allah swt., maka akan memberikan dampak positif yang keberadaannya dapat dirasakan masyarakat.
2. Harus Disertai Iman dan Takwa
Ukhuwah islamiyah tidak mungkin akan terwujud kecuali seorang muslim memilih sahabat-sahabatnya yang mukmin dan mengambil teman-temannya yang paling beriman dan bertakwa. Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara…” (AJ-Hujurat: 10)
“Teman-teman dekat pada hari itu sebagiannya musuh bagi sebagian yang lain, kecuali yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67)
Rasulullah juga bersabda:“Abu Sa’id Al-Khudri mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, ‘Janganlah kamu berteman melainkan orang mukmin dan janganlah makan makananmu melainkan orang yang bertakwa’.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Hakim, hadits shahih)
Jika ukhuwah islamiyah ini terdiri atas orang-orang beriman dan bertakwa, maka ikatannya akan kukuh dan kuat, tidak mungkin tergoyahkan oleh apapun dan siapapun, walau badai fitnah dan angkara murka mengguncangnya.
3. Harus Iltizam (Komitmen) dengan Manhaj Islam
Keiltizaman ukhuwah dengan manhaj Islam akan dapat terwujud jika dua orang atau pihak yang saling bersaudara berjanji setia untuk berhukum dengan hukum Allah swt. dan mengembalikan segala persoalan kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW.
Hal ini telah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadits yang menjelaskan tentang dua orang yang saling mencintai dan berpisah karena Allah. Keduanya berjanji berkumpul untuk berpegang teguh kepada syariat Allah dan berpisah dalam keadaan tetap mengamalkan syariat Allah.
Oleh karena itu, bila dua orang Sahabat Rasulullah SAW berjumpa, mereka tidak akan berpisah kecuali satu diantara mereka telah membaca surat Al-‘Ashr, kemudian saling mengucapkan salam. Hal ini menunjukkan bahwa keduanya berjanji setia melaksanakan manhaj Islam dalam hidupnya. Mereka berjanji setia atas dasar iman dan amal shalih untuk saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran serta berjanji setia akan selalu menegakkan Islam serta beriltizam penuh dengan Al-Qur’an dan seluruh prinsip Al-Qur’an, baik keyakinan hatinya, ucapan lisan, dan amal fisiknya.
4. Tegak Berasas Nasihat karena Allah
Seorang muslim harus menjadi cermin saudara muslim lainnya. Jika salah seorang muslim melihat saudaranya berbuat baik, ia memberi semangat agar terus meningkatkan amal kebaikannya. Akan tetapi, jika ia melihat saudaranya mengerjakan sesuatu yang kurang sempurna, ia akan menasihatinya dengan cara yang baik, -secara diam-diam- dan menganjurkan agar ia bertaubat kepada Allah agar kembali ke petunjuk Dinul Haq. Dengan demikain, terjadilah tolong-menolong yang penuh keutamaan, dan jauh dari kenistaan.
Jelaslah bahwa salah satu konsekuensi iman adalah menjauhkan dan memutuskan hubungan dengan orang-orang yang terus-menerus dalam kekufuran serta memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Di pihak lain, Islam menempatkan ikatan ukhuwah islamiyah di atas semua ikatan, dan menempatkan persaudaraan aqidah Rabbaniyah berada di atas segala persaudaraan. Oleh karena itu, prinsip Islam yang tetap dan tidak berubah-ubah adalah, “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara.”
5. Setia dalam kesenangan dan kesusahan
Rasa kesetiaan dan tolong-menolong saat susah dan senang tidak akan terwujud jika dikalangan mereka tidak tumbuh rasa sependeritaan dan sepenanggungan. Oleh karena itu, jika Islam mewajibkan berbuat tolong-menolong sesama muslim, sudah tentu tolong-menolong tersebut berada dijalan Allah. Karena pada hakikatnya, dua orang yang bersaudara di jalan Allah telah mengikat janji setia untuk selalu berpegang dengan manhaj Islam, baik perkataan maupun perbuatannya. Mereka berjanji untuk melaksanakan Islam secara utuh dan konsekuen, tidak boleh melakukan penyimpangan sedikitpun dari garis-garis Islam. Allah berfirman:
“…Hendaklah kamu tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa” (Al-Maidah: 2)
Rasulullah juga bersabda:“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri’.” (HR. Bukhari Muslim dari Anas)
Orang-orang yang bersaudara karena Allah, mengutamakan pelaksanaan prinsip syariat dan iltizam yang penuh dengan sistem Islam. Ringkasnya, dalam upaya membangun tegaknya ukhuwah islamiyah persyaratan-persyaratan di atas harus dipenuhi. Apabila persyaratan di atas terpenuhi, maka ukhuwah akan tangguh dan tegar. Ukhuwah tidak akan terpengaruh oleh badai dan topan yang menerpanya. Ukhuwah akan menjadi kokoh seperti gunung, bersinar terang seperti matahari, dan selalu ceria seperti pagi yang cerah.
(Dipetik dari buku Abdullah Nasih Ulwan, “Persaudaraan Islam”.)
InsyaAllah, dgn ape yg kita dapat kongsi pada hari ini, kita jadikan panduan utk menilai semula amalan2 kita. Adakah kita mengerjakan amal2 hanya kerana Allah semata2 ataupun kerana kepentingan diri kita sendiri? Perbaharui dan tajdid niat kita sehari2. Semoga setiap kerja yg kita lakukan diterima sebagai amal dan seterusnya menjadikan seluruh kehidupan kita diterima sebagai ibadah. InsyaAllah..ameen. InsyaAllah jumpe lagi ye..syukran..wassalam.

Ada Apa Dengan Cinta?

DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT
Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.
Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.
Dipetik daripada Kalam Ukhwah,Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,Kolej Matrikulasi Melaka

Renungan J.O.D.O.H

Terpikir sebentar tentang jodoh. Ada persoalan dari sesetengah orang.
‘Ko nak tak isteri sehebat ketua muslimat kawasan X tu?’
‘Kalau seorang hafizah ( yang menghafal al-Quran ) mahu menjadi isterimu, mahukah anda terima?’
‘Ko nak kahwin ngan doktor ke enggineer?’
‘Tak ke bila kawen ngan doktor, dia tak akan ada masa untuk layan kita?.’
Dan macam-macam lagi la persoalan yang ditimbulkan tentang jodoh.
Rasanya, persoalan tersebut tidak perlulah difikirkan sebelum kita fikirkan persoalan yang lebih penting iaitu:
‘Apa yang kita buat sebelum kita bertemu dengan jodoh kita?’
‘Adakah kita bercouple melanggar syariat sebelum kita kahwin?’
‘Adakah aku sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab?’
Kesimpulannya ialah jangan lah kita memikirkan siapakah jodoh yang kita mahu tetapi fikirlah apakah tindakan kita sebelum kita bertemu jodoh.

"Surat Fatimah Gempar di Kota Baghdad"

Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal didaerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikandan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuanmenangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukanAS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluardari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawananwanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar danmenghebohkan kota Baghdad , mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjutke seluruh Iraq ! *Mafkarat al-Islam* berhasil mendapatkan salinan surat tersebut. *Bismillahirrahmanirrahiim.* **Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered,nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.* [*Qur*an*,Surat 112 *al-Ikhlas*]* *Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagisaya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.* *Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?* *Sayakatakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yangdilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuhkami,meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkankeleher-leher kami. Allahu Akbar.* *Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidaktahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan memintatanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.** **Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali merekamendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.. Padahalkami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah padaAllah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Janganbiarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosakami,sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisiAllah. Takutlahpada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawatmereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.* *Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih darisembilan kalidalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkansalah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belummenikah..* *Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.* *Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, danmembiarkan kami telanjang.. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kamitelah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnyadi dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudianbunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudahtidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, sayamemaklumi perbuatannya** *Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya,sesungguhnya Dia Maha engampun.* *Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kamibersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai.* *Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami** * Waa Mu*tasimah!.* *Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimahbelum berakhir.* *Hatta mataa haadza s-sukuut !!* *Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..* *Entah berapa lagi akan segeramenyusul* *Kemaren, hari ini dan besok* *Begitu seterusnya..* *Ya Rabbnasyku ilaika da'fa quwwatina*Wa qillata hiilatina *Allahumma n-shurna nashran adziima**Allahuma 'alaika bil haaula l-kuffar**Allahuma 'alaika biman adzaa l-muslimin..*catatan: sebarkan agar semuanya bisa mengetahui keadaan ini.Wajazaakallahu khairan.

ramadhan...

bulan ramadhan telah tiba... bulan yg dirindui ketika ia belum tiba..
tetapi kini kehadiranmu aku masih tidak terasa apa2..
mengapa ini terjadi padaku..

Ramadhan...
engkau bulan ummat.
engkau bulan rahmat.
engkau bulan keampunan.
kau bulan ma'rifat.

padamu ada bermacam2 kelebihan dan kekuatan..
tapi aku mensia2kan mu.

aku ada terbaca suatu kata2 ilmuan islam; jika perangai kita tidak berubah atau semakin teruk pada bulan2 selain ramadhan, itu menandakan ramadhan kita tidak sempurna atau ramadhan kita tahun sebelumnya kita laksanakan dengan sia2..
Ya Allah..
ini yg menimpaku..

wahai Tuhan!

jgnlah engkau jadikan Ramadhan kali ini sia2. aku rosak kerana kekurangan ku..
kerana kelemahanku.. aku tengah mencuba ya Allah, aku tengah mencuba Ya Allah. aku cuma memohon ya Allah supaya engkau campakkan rasa2 kelazatan itu padaku. agar ibadahku bertmbh keindahannya.. aku xnk lagi terseksa dalam ibadah. rasa malas lakukn ibadah, rasa jemu, rasa lemah.. aku xnk lagi ya Allah!!
jadikanlah aku hambamu yg bertaubat..
jgn kau laknat aku ya Allah.. biarlah dunia ini lari dariku, asalkan kau menjadi kecintaan teragung buatku... yaAllah.. aku sedih kerana aku masih x dpt mencintaimu..
aku tau ibadah yg aku lakukan selama ini sia2.. xde guna.. xde kualiti. x engkau terima..
kerana ketidak jujuranku... tapi ya Allah.. aku telah berusaha ya Allah.. kdg2 ku sgt sedih dengan kekurangan aku itu.. wahai cinta agungku.. terimalah aku..
kurniakan kecintaanmu itu padaku, dan kecintaanku padamu.. kurniakanlah!!!

hati aku menangis ya Allah,
hati aku menangis ya Allah,
hatiku menangis ya Allah.....

kurniakanlah yaAllah, kurnuakanlah ya Allah, kurniakanlahhh...

usrah c zul n buka pose..

sambil menunggu kehadiran rakan2 yang lain tiba ke jabatan sains.. cik zul mempertontonkan pada kami video2 pgrm yg diikutinya.. sungguh indah program2 seperti itu.. cik zul kate.. 'nnti kita adakan muqayyam seperti ini untuk antum sekalian".. itu satu impiannya moga ia menjadi kenyataan.. bork2 tntg rncgn aktiviti.. nk g makn durian kt sekian2 tmpt dlm aktiviti rehlah.. menarik juga.. insyaAllah dlm bulan julai ini..harap jadilah.. rindu sgt nga buah2an tmpatan nie..=)

dalam pkul 5.30, usrah pun bermula.. dimulakan dengan tilawah..
surah al-mutaffin..
cik zul x buat huraian hari ini..
dia mmberi kitab tafsir fizilalil quran kepada ubai..
mgkn ubai akan huraikan dlm usrah akan dtg..

hari ini fazli che lah menyampaikan sedikit tzkirah..
tntg pengakit sibuknya, hebatnya..
muhasabah diri..

kmudian diteruskan pula dgn buku abu urwah, assgmt cik zul kpd nabil fikri hairi, ank kelahiran perak.. huraian yg agak pnjg lebar..tntg islam yg syumul.. dari sudut syariat dan akhlaq.. ditambah pula oleh imam Afiq Nawi..

kmudian c.zul bertanya tntg memilih antara 2 pmmpin.. aku trdiam ketika itu kerana kedua2nya adalah pilihan yg baik.. akhirnya,, hnnya mendengar pndpt rkn2 dan jwpn dari cik zul sndiri.. aku mengerti. begitu cantiknya islam.. Subhanallah..

cik zul turut mnceritakan tntg sunnah2 nabi yg besar seperti menegakkan syariat Islam, mngembalikan semula al-quran di tempatnya.. ditambahnya pula dgn sirah2 nubuwah.. begitu indah bila kita bersama dengan orang2 yg hatinya sgt dkt dgn Islam..
kata2 yg dilontarkan sgt indah dan penuh kelembutan..
ku harap aku dpt menjadi seperti itu dalam mnyampaikan risalah nubuwah ini, mnymbung lidah nabi..

6.30.. bersalaman dgn c.zul.. minta diri untuk pulang.. rata2 berpuasa.. ari nie rmai2 buka di surau.. aku bergegas ke surau, untuk melihat shbt2 rakan masjid yang sntiasa bersmgt mmbuat persiapan untuk berbuka puasa.. bkn untuk mereka ttpi untuk pelajar2 yg turut sma berpuasa..
ustz shaari memberi sedikit juadah untuk berbuka.. smua diberi sama rata, sama2 rasa..
indahnya bila hidup ini mekar dgn akhlak islami.. sangat cantik dlm prhbgn habluminannas...

semoga usaha2 sebegini berterusan..ameen

13 Julai....08

hari ini aku berurusan dengan pihak pentadbiran berkenaan dengan Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam.. agak memeningkan kepala bila bekerja dengan ramai orang.. ulang alik sane sini.. buat itu, buat ini.. salah tu, salah nie.. dan macam-macam lagi karenah manusia yang aku perhati.. kalau aku berfikir tentang ragam manusia yang bermacam2 ini, x mampu aku melayan.. tetapi itulah didikan Tuhan kepadaku. Tuhan mahu aku berlapang dada. belajar menerima pendapat orang walaupun dah terlampau byk melayan karenah orang yang same setiap hari.. ak turut belajar dari mereka bahawa pndptaku tidak semestinya betul. ada rasionalnya kata2 mereka kerana mereka lbh byk makan garam dariku...
aku ini hanya setahun jagung untuk menafsirkan semua itu..
yang penting biarlah hatiku sentiasa bersama Tuhan.. insyaAllah, Tuhan akan mudahkan kerja kita dengan melembutkan hati org yg berhadapan dgn kita. kerana hati itu tempat jatuhnya pndgn Allah. manusia yang memeberikan hatunya kepada Allah, Allah akan lmbutkan hati org yg berhadapan dgnnya..
Alhamdulillah.. byk yang aku belajar betapa hikmahnya segala kejadian Tuhan.
belajarlah untuk bersangka baik dgn Tuhan..
tuhan bertindak mengikut sangkaan2 manusia.

hari ini aku bersyukur kerana papan kenyataan yang aku pinta telah diperoleh=)
Pihak Institut mahu supaya peruntukan diberi untuk Program Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam=)
pelik.... aku tahu kewangan Institut telah susut tetapi timbalan beriya2 untuk mmbntu program ini.. encik jefri pun turut sama mmbantu untuk LO..
alhamdulillah..
luar biasa kerjamu Tuhan..
disebalik kepayahan itu, ada cahaya rupanya..
terima kasih tuhan..

ptg ada meetg ajk minggu pengurusan. agak mudah kerana jpp hanya ditugaskan untuk memantau sahaja aktiviti spnjg minggu pgurusan. . aku pula option pj. so,ttp trlibat sama untuk uruskan aktiviti pagi dan riadah petang..

aku mgharapkan supaya pelajar baru ini mampu mmbangunkan KRM yang sedang aku bina. permulaan yang agak sukar, ttpi aku tahu suatu hari pasti sinarnya akan terang seperti terangnya bulan purnama menyuluh malam yang gelita..

Tuhan, moga engkau pandu hatiku sebaik2nya dalam merintis jalan kebenaran ini..ameen

Ghazwah Badar

Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar mencari maklumat, akhirnya Rasululah berjaya mendapat maklumat bahawa orang kafir sudah berada di Aludwatul Quswa, dah dekat. Jadi terus Rasulullah Saw mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Bila lepas sikit dari Aludwatil Dunya Rasulullah Saw berhenti berkhemah disitu. Ketika itu Saidina Hubab bin Munzir datang kepada Rasulullah Saw. Dia ini salah seorang pakar strategi perang dikalangan para Sahabat. Dia Tanya Rasulullah Saw, wahai Rasululah, apakah tempat ini pilihan wahyu dari Tuhan atau atas dasar strategi perang? Kata Rasulullah Saw, ini strategi. Saidina Hubab minta izin memberi cadangan, kata Saidina Hubab, lebih strategi kalau kita bergerak kedepan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik. Lepas itu kita kambus telaga telaga yang lain. Dengan itu orang kafir tak akan dapat bekalan air. Rasulullah Saw setuju dengan cadangan Saidina Hubab ini. Jadi tentera Islam berkhemah ditepi telaga Badar yang paling baik dan telaga semua dikambus. Rasulullah Saw perintahkan dibuat kolam ditepi perigi itu supaya mudah ambil air.

Pada malam sebelum pertempuran Allah turunkan hujan. Jadi makin banyak bekalan air tentera Islam dan tanah menjadi semakin kejap yang makin memudahkan tentera Islam bergerak. Hujan ini turun juga disebelah Quraisy, tapi lebih lebat lagi hingga tanah dari tempat mereka ke Medan Badar menjadi berselut dan makin menyusahkan pergerakan tentera kafir. Pada malam itu Allah juga datangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga semua tentera Islam dapat rehat sebelum peperangan setelah mereka bermunajat dan sembahyang malam. Allah beri peluang mereka tidur. Allah cerita hal ini dalam Quran :

إذ يغشيكم النعاس أمنة منك وينزل عليكم من السماء ماءا ليطهركم به ويذهب عنكم رجز الشيطان وليربط على قلوبكم وليثبت به الأقدام

Ini semua persiapan yang Allah siapkan untuk kemenangan Umat Islam dalam peperangan. Kemudia Rasulullah Saw pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera Islam Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidina Musa’b bin Umair dan wakil wakil dikalangan Muhajirin dan Ansar. Bila orang kafir sampai mereka lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat dah bersedia dan dah tak ada lagi telaga yang boleh mereka dapat air. Jadi mereka terpaksa berkhemah tak jauh dari tentera Islam. Masing masing buat persiapan. Ketika itu Rasulullah Saw yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar di khemah khas terus bermunajat dan berdoa merintih kepada Allah. Diantara doa Rasulullah Saw :

اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تعبد في الأرض
Ya Allah kalau tentera ini tewas, maka engkau tidak akan disembah dibumi lagi

Rasulullah Saw terus berdoa dan merintih pada Allah sampai Saidina Abu Bakar kesian melihat keadaan Rasulullah Saw. Selepas itu Rasululah bariskan tentera Islam satu barisan saja tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan dibahagikan kepada beberapa barisan dan pasukan. Ketika itu berlaku satu peristiwa dImana ketika Rasulullah Saw meluruskan barisan ada seorang Sahabat yang berbadan besar dan perutnya terkedepan. Rasulullah Saw dengan tongkatnya menyentuh perut Sahabat ini supaya dia kebelakang sikit. Ketika itu keluar dari Sahabat ini satu kata kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya wahai Rasulullah Saw, engkau telah menyakiti aku, aku nak Qisas kamu wahai Rasulullah Saw. Semua para Sahabat terkejut dan ada yang marah, ini Rasulullah Saw, kita semua sedang berhadapan dengan musuh, saat saat yang mencemaskan. Tapi Sahabat ini tetap berkeras, katanya ini hak dia. Akhirnya Rasulullah Saw berikan tongkatnya dan buka belakang Rasulullah Saw untuk diqisas. Melompat Sahabat ini dari tempatnya dan mencium belakang Rasulullah Saw. Lagi terkejut semua orang. Rasulullah Saw pun terkejut. Rasulullah Saw tanya dia, apa yang kamu buat ini wahai Sahabat. Kata Sahabat ini, wahai Rasulullah Saw engaku pun tahu betapa cemas suasana ketika ini, aku rasa aku akan syahid hari ini. Tapi sebelum aku syahid aku ingin mendapat keberkatan dari tubuh Rasululah. Begitulah kecintan para Sahabat yang terlalu tinggi kepada Rasulullah Saw.

kegelisahan..


hari ini, hati ini tidak begitu tenang.. mgkn kerana banyak perkara yang ku fikirkan.. biasalah jiwa org muda. mana mgkn setenang org yg sdh lama(byk pglmn hidup)..
seperti biasa aku bgn seawal jam 5 pagi.. seperti biasa senaman skit n buka tingkap amek udara segar di blakg asrama ibnu sina..
aku bergegas ke b.air untuk mmbersihkan diri.. mandi di pagi hari(sblm/semasa fajar) ni byk kelebihannya.. antaranya dpt meleraikan rantai syaitan yg menjadikan manusia mls untuk bgn pagi.. mnrut guruku, ia juga mengelakkan kita dari terkena sihir.

hmmm...untung kalo dpt tahajud di Al-Firdaus. aku bergegas ke sana.
erm, tinggal 2 minit nk sbh.
xpe.. aku trskan juga berkomunikasi dgn tuhan dgn bahasa2 indah dlm solatku..
di situlah hbgn yg sgt erat antara 2hn dan hmbanya..
itulah kekuatan umat islam yg sering di abaikan..
azan subuh berkumandang..

selepas solat sunat, aku perhatikan jemaah yg hadir.
mcm biasa, 3,4 org.
bagiku, alhmdulillah.. sekurg2nya aku dpt bersolat jemaah. tp hatiku ttp sedih.. aku x lupa mendoakan semoga warga IPSMB ini sentiasa di limpahkan hidayah n petunjuk.bkn mereka shj.. buat aku jua yg hina lg berdosa ini..yg blm tntu selamat diakhirat nnti..

selepas sbh, seperti biasa mmbce sdkt ayat quran. kmdian mmbca tafsirnya.. sbnrnya, kalo manusia tahu betapa indahnya maaksud2 ayat quran yg sering mereka baca, sdh tntu hati mereka tidak lekang daripada mmbca n mghayati kalimah suci Allah ini.. Maha Suci Allah..

aku mnruskan dgn mghafal surah abasa... ni assgmt c.zul, pnsyarah yg bnyak mmbimbing aku.
kali prtama aku jmpa n brbicara, aku dpt rsakan aku tlh jmpe dgn org yg aku cari2 selama ini.. sdh 2 1/2 thn aku di sini, agama ku entah kemana, syariat pun tunggang langgang.. aku dahagakan pejuang2 agama sepertinya.. akhirnya, Allah takdirkan pertemuan yg indah itu.. terima kasih Tuhan..
setiap hujung minggu, aku dan 9 org rakanku mengikuti usrah beliau.. itulah yg aku harpkn selama ini.. semoga usaha ini brtusan untuk kprluan generasi yg akn dtg.. supaya mereka tidak trs leka seperti aku n semua rkn2ku dahulu.. 2 1/2 taun dlm penjara jahiliyah.. nauzubillah..

selepas itu, aku mnymbg mmbca buku TAQWA..
scara jujur, buku yg sggh bermakna buatku. smlm di KB, aku eli 1 lg buku tntg taqwa jga. indahnya bila hati ini kembali bercahaya untuk mencintai tuhan...

aku ttp mmbahagikan masa mmbca sirah nabi muhammad..

melaui ghazwah badar shj dh berapa byk keindahan sirah nabi yg aku dpt..antaranya,
kecintaan shbt kepada nabi.. sms nabi mengarahkan tntera badar bratur panjang..
seorg shbt nabi yg berbdn bsr n prtnya terkedepan mmnta qisas ats pebuatan nabi menyentuh perutnya dgn tongkat.shbt2 lain trkjut dan ada yg marah krn skjp lagi mereka akn berperang. ini saat2 yg sgt mncmskan!! Rsulullah mmberikan tgktnya kpd shbt itu untuk diqisas. Rasulullah mmbuka blkgnya.. shbt td mlmpt dan trus mencium blakg rasulullah saw.. semua trkjut ats prbuatan shbt itu..
katanya..wahai Rasulullah saw, engkau pu tahu betapa cmsnya suasana ktika ini...aku rs aku akan syahid hari ini. tp sblm aku syahid, aku ingin kebrktn dari tubuhmu..
begitulah kcintaan para shbt yg trlau tinggi kpd Rasulullah saw..
aku bilakah boleh jadi seperti itu? aku berasa sgt sedih bila mmmikirkan akan diriku..
adakah nabi saw akan memndgku di akhirat nnti untuk mmberikan syafaatnya?
Ya Rasulullah. ampunkan aku krn blum ckp knl dan cinta pdmu.. smga aku trs berada di jln al-haq ini meneruskan prjuanganmu.. walaupun x sehbt mana, akn ku cuba sedaya yg aku mmpu..

Ya Allah.. jadikanlah aku insan yg tidak jemu2 serta tidak mengenal letih menuntut ilmu dan memperjuangkan agamamu.. suburknlh jiwa Islam dlm sanubariku..

YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTA HATI ,BERSIHKANLAH HATI KAMI AGAR MAZMUMAH YANG ADA DI HATI KAMI TIDAK MEROSAKKAN AGAMA KAMI DAN JUGA MEROSAKKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN. WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI,KUATKANLAH HATI KAMI AGAR KEYAKINAN KAMI TERHADAP AGAMA KAMI TIDAK MUDAH BERUBAH DAN SENANTIASA TABAH.

TUHAN,ENGKAU RASAKANLAH SELALU DI HATI KAMI AGAR HATI KAMI SENTIASA BERSAMAMU,AGAR KAMI TIDAK MERASA SEPI DI DALAM HIDUP KAMI.YA ALLAH ENGKAU CAMPAKKAN RASA MALU KEPADA KAMI UNTUK MELANGGAR PERINTAH MU DAN KAMI BERMOHON AGAR KAMI SENANTIASA PATUH KEPADA SURUHAN MU.

YA ALLAH, TUHAN YANG MENJAGA HATI,BAIKILAH HATI KAMI AGAR SELURUH HIDUP KAMI MENJADI BAIK,TIDAK KHIANAT,TIDAK HASAD DAN TIDAK BERDENDAM SESAMA MANUSIA.

TUHAN,LIMPAHKANLAH SELALU KE DALAM HATI KAMI ILMU DAN HIKMAH SEHINGGA KAMI DAPAT MENYULUH HATI KAMI DAN MENYULUH KEHIDUPAN KAMI,SUPAYA LAHIR DAN BATIN KAMI SENTIASA BERSYARIAT,AGAR LAHIR DAN BATIN KAMI MENJADI TAAT.


AMEENN..

MAZMUMAH MANUSIALAH YANG BERGADUH

Hakikatnya yang bergaduh, berkrisis,berkelahi dan berperang di dunia ini adalah sifat mazmumah manusia.Mazmumah-mazmumah yang disuburkan setiap masa dan ketika. Yang menjadi mangsa adalah manusia Tapi yang bergaduh dan berperang itu tidak nampak oleh mata.Yang nampak adalah manusia yang menjadi senjatanya. Setiap hari bergaduh, berkrisis, berperang mazmumah manusia.Bergaduh dan berperang di antara sombong dan hasad dengki,di antara dendam kesumat dan sifat marah yang memusnah, di antara riyak dengan sum`ah yang menjadi orang sakit hati,di antara penghasut hati dan tamak yang dibenci. Mazmumah-mazmumah manusia bergaduh dan berperang tidak henti-hentinya. Begitulah mazmumah manusia yang bergaduh dan berperang setiap hari.Mata tidak nampak tapi kesannya nampak pada kehidupan manusia.

Makhluk yang berkrisis tidak nampak tapi senjata yang digunakannya nampak ,iaitu manusia yang menjadi alat kepada mazmumah.Manusialah yang parah dan susah.Manusialah yang menerima bahana dan padah. Kalau manusia sedarlah siapa yang menghasut dan menggunakannya, mereka sudah tentu marah. Sudah tentu mereka akan memerangi berhabis-habisan mazmumahnya, kerana mazmumahlah punca segala petaka yang menimpa manusia. Jika manusia sedarlah bahawa jahatnya mazmumah mereka tidak akan bertolak ansur dengan mazmumah. Biarlah mereka berperang dengan mazmumahnya iaitu seterunya daripada berperang sesama mereka.

Manusia telah lari jauh dari Tuhan..

manusia hilang kemanusiaan kerana ketandusan budi dan iman..
hilanglah kasih dan sayang.

itulah akibatnya jika manusia tiada ketaqwaan..
hadis dan al-quran sdh tidak menjadi panduan ..
larangan tuhan pula di fardhukan..
jihad dihina penuh curiga..
agama kebenaran terus disenda..

siapa nak menbetulkan semua ini?

engkau?

aku?

atas dasar inilah wahai teman2, shbt2 sekalian.. marilah merintis jalan taqwa.
itulah jalan yang membawa kepada kebenaran. bkn kita shj malah org yg turut bersama kita..

jika kita ada keinginan yang kuat ke arah kebaikan,
tuhan akan bagi kita faham tentang agama dan tuhan akan tunjukkan jalannya.. insyaAllah..
teruskan usahamu wahai sahabat..bersihkan jiwanya daripada mazmumah!
Allah sentiasa bersamamu=)

Antara Pelajaran Dan Pendidikan


Pelajaran dan pendidikan, atau dalam bahasa Arabnya, Ta'lim dan Tarbiah ialah dua per­kara yang penting di dalam usaha membina anak-anak. Pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara yang berlainan. Ia tidak serupa di antara satu sama lain. Namun begitu ramai di kalangan ibu bapa malahan di kalangan para guru sendiri yang tidak faham tentang kedua-dua perkara ini.

Pelajaran khusus ditujukan kepada akal. Sebab itu ia mudah dan “straight forward”. Pendidikan pula ialah pembinaan insan yang bukan sahaja melibatkan perkara fizikal dan mental tetapi juga hati dan nafsu. Malahan apa yang sebenarnya dididik ialah hati dan nafsu itu sendiri. Justeru itu pendidikan adalah lebih rumit dan lebih sukar. Kedua-dua perkara ini harus kita fahami betul­-betul di dalam membina anak-anak kita. Kedua-­dua pelajaran dan pendidikan perlu di dalam mem­bina peribadi yang pandai berbakti kepada Tuhan dan pada masa yang sama pandai berbakti kepada sesama manusia.

Pelajaran ialah proses belajar atau proses me­ngumpul ilmu. Ada guru, ustaz atau ustazah yang mengajar dan ada murid yang belajar. Hasilnya, murid menjadi pandai, alim dan berilmu penge­tahuan. Pendidikan pula ialah proses pemahaman, penghayatan, penjiwaan dan pengamalan. Ilmu yang telah diperolehi terutamanya ilmu agama, cuba difahami dan dihayati hingga ia mendarah mendaging dan dapat diamalkan di dalam kehi­dupan seharian. Dalam erti kata yang lain, pela­jaran menyentuh tentang soal ilmu dan pendidikan menyentuh tentang soal akhlak.

Pendidikan di antara lain ialah memperke­nalkan Tuhan kepada manusia. Membersihkan hati manusia dari segala sifat-sifat yang keji atau mazmumah dan mengisinya dengan segala sifat-­sifat yang terpuji atau mahmudah. Pendidikan juga ialah mengembalikan hati nurani manusia kepada keadaan fitrah asal semula jadinya yang suci dan bersih. Nafsu perlu dikekang supaya ia tidak cen­derung kepada kejahatan dan maksiat tetapi cen­derung kepada kebaikan dan ibadah.

Sepertimana yang telah dinyatakan, kita tidak boleh mendidik sahaja tanpa memberi ilmu, dan kita tidak boleh memberi ilmu sahaja tanpa men­didik. Pelajaran dan pendidikan kedua-duanya perlu. Pendidikan bertujuan untuk membentuk akhlak. Pelajaran sahaja tanpa didikan akan mengha­silkan manusia yang pandai tetapi jahat dan tidak bermoral. Sebaliknya, pendidikan sahaja tanpa pelajaran akan menghasilkan manusia yang baik tetapi tidak dapat berfungsi dan berkhidmat di tengah masyarakat. Dalam skop yang lain pula, ilmu tanpa didikan boleh menyebabkan anak-anak jadi beku (jumud) kerana jiwa tidak hidup. Didikan tanpa ilmu pula boleh menyebabkan mereka jadi kaku (tidak tahu bagaimana hendak melangkah dan bergerak) kerana walaupun jiwa hidup, ilmu tidak ada untuk dijadikan panduan.

Kalau ilmu sahaja yang diberi tetapi didikan tidak ada, manusia menjadi pandai dan maju di dalam berbagai bidang. Tertegak tamadun keben­daan dan hidup menjadi selesa. Tetapi di dalam kemajuan itulah berlakunya hasad dengki. Di da­lam kemewahan itulah hilang hati budi. Manusia menjadi sombong, angkuh dan mementingkan diri. Manusia hidup nafsi-nafsi, hilang perike­manusiaan, ukhwah dan kasih sayang. Manusia hilang identiti. Rupa sahaja macam manusia tetapi perangai tak ubah seperti syaitan dan haiwan.

Sebenarnya, dalam memimpin dan membina manusia, ada dua faktor yang terlibat. Pertama ialah faktor ilmu, dan kedua ialah faktor didikan. Namun begitu, peranan ilmu hanyalah sepuluh peratus sahaja sedangkan peranan didikan ialah sembilan puluh peratus. Ilmu selalunya lengkap dengan falsafahnya, hikmahnya, usulnya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi di dalam mendidik, tidak semua ilmu itu berguna atau dapat diman­faatkan. Paling banyak satu perempat sahaja daripada ilmu layak digunakan dalam mendidik.
Semua orang yang berilmu mampu mengajar tetapi tidak semua orang yang berilmu layak atau mampu untuk mendidik sebab mendidik itu ialah satu kemahiran dan kebolehan yang tersendiri. Ramai orang mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak pandai mendidik. Ada pula orang yang ku­rang ilmunya tetapi dengan ilmu yang sedikit itu, dia mampu mendidik. Dia pandai mengaplikasikan ilmunya itu untuk mengubah sikap, perangai dan kelakuan manusia. Dia faham psikologi dan per­jalanan hati manusia. Dia dapat melihat kelebihan-­kelebihan dan kelemahan-kelemahan maknawi yang ada pada diri manusia. Dia dapat menawan hati dan membuatkan manusia yakin dan percaya dan mahu mengikutnya. Dia mampu menjadi mo­del untuk diikuti dan dicontohi oleh anak-anak didiknya.

Orang jadi jahat bukanlah kerana dia tidak ada ilmu. Seberapa ramai orang bodoh yang jahat, seramai itu jugalah orang pandai yang jahat. Malahan orang pandai yang jahat itu, jahatnya lebih serius dan lebih bahaya daripada jahat orang yang bodoh, kerana jahatnya dibantu oleh akalnya yang jadi orang jahat itu selalunya adalah disebabkan pendidikan tidak selesai.

Di dalam mencari ilmu, itu boleh belajar dari seberapa ramai guru sekalipun dalam satu-satu masa. Dia boleh ada seorang guru untuk satu matapelajaran dan guru yang lain pula untuk matapelajaran yang yang lain dan seterusnya. ramai guru pun tidak mengapa kerana hanya ilmu yang perlu dipelajari. Tetapi tidak boleh ada lebih dari seorang pendidik. Setiap murid hanya boleh mempunyai seorang pendidik sahaja dalam satu-satu bukan dua, bukan tiga bukan pula satu jawatankuasa atau komiti yang mendidik. Pendidik itulah pemimpin, model dan contoh untuk diikuti. Kalau ramai pendidik, maka jadilah murid itu sebagai satu masakan yang dimasak oleh ramai tukang masak. Dia akan jadi rosak. "Too many cooks spoil the brook". Tidak semua ilmu mempunyai nilai pendidikan. Ilmu agama, khususnya ilmu fardhu ain memanglah ilmu untuk mendidik. Tetapi kebanyakan ilmu akademik seperti matematik, perdagangan, perta­nian, sejarah, ilmu sains dan sebagainya tidak mengandungi apa-apa nilai pendidikan. Ilmu akademik bukan ilmu untuk mendidik. Anak-anak tidak dapat memperoleh akhlak melalui ilmu Seperti ini. Namun begitu, bagi pelajar yang sudah ada asas akidah dan ketauhidan, mereka tetap akan dapat menambah keyakinan dan dapat me­lihat kuasa dan kehebatan Tuhan di dalam ilmu-ilmu akademik yang mereka pelajari. Malahan, melalui ilmu-ilmu tersebut, iman mereka boleh bertambah. Tetapi bagi pelajar-pelajar yang kosong jiwa mereka dari mengenal Tuhan, ilmu-ilmu tersebut boleh melalai dan memesongkan mereka, sebab mereka tidak dapat kaitkan apa yang mereka belajar dengan Tuhan.

Di dalam membangunkan dan membina manusia, pelajaran dan pendidikan adalah perkara yang wajib. Namun di antara keduanya, pendidikan lebih penting dan perlu diutama dan didahulukan lebih penting dan perlu diutama dan didahulukan. Kalau dalam suatu sistem itu tidak wujud kedua-duanya atau soal pendidikan tidak didahulukan atau tidak diberi keutamaan, maka manusia yang akan lahir dari sistem tersebut pasti rosak dan merosakkan. Dia akan jadi musuh kepada Tuhan dan musuh kepada manusia. Kunci bagi membina anak-anak kita ialah didik dahulu dan kemudian baru ajar. Didiklah dan ajarlah.

Jadikan mereka baik dahulu sebelum menjadikan mereka pandai. Jadikan mereka berakhlak dahulu sebelum menjadikan mereka berilmu. Kenalkan mereka kepada Tuhan dahulu sebelum dikenalkan kepada ciptaan-Nya. Jadikan mereka hamba Allah dahulu sebelum menjadikan mereka khalifah-Nya. Salahnya kita di dalam membina anak-anak dan muda-mudi kita ialah kita terlalu banyak mengajar terutama ilmu-ilmu akademik atau ilmu-ilmu dunia tetapi tidak cukup mendidik. Kita mesti berbuat sesuatu sebelum semuanya menjadi punah-ranah.

Akibat Gagal Membangun Insaniah


Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada balk dan lebih balk. Dari bodoh kepada cerdik dan lebih cerdik. Dan! jahil kepada berilmu dan menguasal lebih banyak ilmu. Dad mundur kepada maju dan lebih maju. Kalau seorang pemimpin pula suka kalau pengi­kut mentaatinya, menyayangi serta menghor­matinya. Begitu juga ibu bapa juga suka kalau anak-anak mengikut kata. Sejuk hati! kalau anak-anak mentaati mereka. Tidak kurang juga guru merasa bahagia jika anak-anak muridnya hormat dan sayang kepadanya.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia hari ini peminipin tidak ditaati malah dihenci, ibu bapa tidak dihormati malah ada anak yang membunuh ibu bapanya. Murid-murid atau pelajar-pelajar lebih-lebih lagi sudah tidak ada perasaan sayang kepada guru, mereka tidak merasakan guru itu berjasa kepada mereka. Guru juga tidak sayang pada murid, mereka menjalankan tugas mengajar hanya sebagai pekerja yang makan gaji.

Jadi di seluruh dunia hari ini sudah tidak ada kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan. Para pemimpin, guru atau ibu bapa merasa buntu malah kecewa apabila masalah cuba diselesaikan, bukan sahaja masalah tersebut tidak selesai tetapi timbul pula masalah baru. Walaupun berbagai-bagai kajian dibuat, berbagai-bagai ilmu diajarkan, berbagai-­bagai teori dipersembahkan, berbagai-bagai alat kemudahan hidup yang canggih-canggih dicipta, berbagai-bagai kaedah dicuba, namun jalan penyelesaiannya tidak juga ditemui.

Semua orang bingung, bagaimana kepakaran yang dimiliki oleh cerdik pandai tidak dapat menyelesaikan masalah yang semakin kronik. Padahal sama ada pemimpin, guru atau ibu bapa semuanya suka jika mereka dihormati, ditaati, disayangi, disanjungi dan dikasihi oleh orang-orang bawahannya. Mengapa perkara ini berlaku? Mengapa mereka tidak boleh me­nyelesaikan masalah ini walaupun kepakaran, kehebatan, pangkat, jawatan dan kekuasaan berada di tangan?

Kita lihat cerdik pandai hari ini berjaya memiliki kepakaran dalam berbagai bidang ilmu, tetapi mereka tidak berjaya menahan pergaduhan dan pembunuhan daripada terjadi. Mereka berjaya membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan membangunkan kemajuan, tetapi tidak berjaya menahan dari melakukan pengkhianatan dan penipuan. Mengapa?

Mengapa mereka hanya berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal, tapi tamadun insaniah dan rohaniahnya punah-ranah? Walaupun berbagai-bagai keselesaan hidup yang luar biasa ditemui tapi dalam masa yang sama budi bahasa sudah tiada. Manusia satu sama lain curiga-mencurigai. Alat-alat perhubungan yang canggih telah dicipta, hingga dunia semakin dekat dan kecil, semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di dalam negara bahkan di dunia dalam masa yang singkat. Tapi dengan kemudahan bertemu ini kemungkaran dan maksiat pun cepat merebak. Penyakit­-penyakit yang menakutkan seperti AIDS, menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya.

Jadi kita lihat cerdik pandai hanya mampu membangunkan tamadun yang tinggi tetapi gagal membentuk manusia yang berakhlak tinggi. Apalah ertinya kita kagum dengan lahirnya graduan-graduan yang cemerlang, tapi pandai pula merompak dan menyamun. Pelajar perempuan sudah berjaya setanding dengan lelaki tapi hilang malunya dan hancur maruahnya. Mereka tidak segan silu berkepit berpimpin tangan bahkan sampai mengajak lelaki masuk ke bilik. Bagi mereka, itu sesuatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai. Cerdik pandai tidak terbilang. Tapi di waktu inilah manusia khianat dan curang, hingga susah hendak dipercaya oleh seseorang. Kemana pergi pun sudah tidak selamat. Rompak-merompak berlaku setiap hari. Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya hidup manusia. tambah lagi dengan kata­-mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah di kalangan sesama manusia lumrah berlaku. Demonstrasi berlaku di sana sini.
Ada kalanya sehingga menumpahkan darah. Akibatnya dendam kesumat pun membara di dalam hati menjadi mazrnumah yang sukar dibendung lagi. Dendam yang membara itu sekali-sekala menyala membakar apa sahaja yang ada, memusnah harta benda. Ia sudah menjadi bom jangka yang jika meledak akan memusnahkan apa sahaja.

Begitulah kroniknya masalah yang di hadapi kini. Walau memiliki akal yang bergeliga dan kemajuan yang luar biasa tapi hati atau jiwa manusia sudah mati atau buta. Inilah akibatnya apabila manusia hanya mem­bangunkan tamadun lahiriah tapi mengabaikan batiniahnya. Batiniah atau hati manusia inilah yang paling utama dibangunkan atau dihidupkan kerana di sinilah sumber kebahagiaan manusia. Hatilah yang akan merasa susah atau senang, bahagia atau derita. Justeru kalau hati sudah penuh bersarang dengan berbagai-bagai jenis penyakit, maka manusia akan hilang kebahagiaan, walaupun lahirnya dia dikelilingi kemewahan dan kesenangan.

Hati yang sakit ini adalah disebabkan ia sudah tidak kenal lagi Tuhan penciptanya. Lantaran itulah manusia hanya kagum dengan bangunan tinggi pencakar langit tapi tidak pernah mengkagumi Pencipta yang mengurniakan akal yang canggih itu. Usahkan hendak berterima kasih kepada Pencipta akal, mengenal-Nya pun tidak. Manusia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengenal Tuhan, apalagi hendak rasa berterima kasih kepada-Nya. Rasa bertuhan langsung tidak wujud lagi di dalam hati manusia. Kalaupun percaya adanya Tuhan, tapi tidak kenal siapa sebenarnya Tuhan, apa peranan-Nya dan mengapa manusia perlu kepada-Nya. Selama ini manusia hanya tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab dan menghukum. Kalau berbuat jahat akan dihumban ke Neraka. Setakat itulah sahaja pengenalan manusia terhadap Tuhan. Sebab itu tidak hairanlah mengapa manusia tidak pernah jatuh hati kepada Tuhan.

Jauh sekali rasa indah bersama Tuhan. Sebenarnya inilah punca utama mengapa manusia dibiarkan dengan berbagai masalah yang kronik itu. Tetapi untuk mengeluarkan manusia dari masalah ini, manusia perlu menerima hakikat diri yang lemah. Janganlah kita mendabik dada dengan penuh kesombongan kerana mejasakan boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Tapi marilah kembali merujuk kepada Tuhan yang menciptakan segala masalah dan menciptakan pula jalan penyelesaiannya. Tuhan tidak pernah melakukan sesuatu yang sia-sia. Apa sahaja yang berlaku ke atas manusia, ada hikmahnya. Kalaupun nampak seperti menyusahkan kita tetapi hakikatnya itulah kasih sayang Tuhan kepada manusia. Setiap apa yang dilakukan-Nya ada pendidikan dan pengajaran.

Tuhan mahu kita kembali kepada-Nya dengan merasakan Dialah Pelindung, Penjaga, Pengawal, Pembela dan Penyelamat. Rasa-rasa inilah yang akan mendorong kita supaya cinta kepada-Nya dan takut untuk membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan-Nya. Apa sahaja yang dilarang, kita takut untuk melanggar perintah-Nya. Itulah rasa bertuhan yang perlu disuburkan di dalam diri manusia agar sifat-sifat kehambaan dapat dikekalkan setiap masa. Bila rasa bertuhan subur di dalam jiwa, itulah pengawal dan penjaga dirinya setiap masa dan walau di mana jua ia berada. Bukan sahaja takut untuk melakukan kemungkaran bahkan cemas kalau-kalau Tuhan murka kepada-Nya.

uzlah..

Uzlah..
perkataan yang jarang aku sebut dulu.. kini ia sering bermain di hati.. aku mula ingin membaiki diri dengan sebaiknya. atas jalan al-haq. Syukur x terhingga pada Tuhanku, yang menunjukkan jalanku menuju siratulmustaqim..

'pengasingan' ini amat bermakna bagiku.
bukan bermakna lari dari masyarakat tetapi memelihara diri dari dunia yang kian rosak..
seperti Rasulullah saw yang pergi ke gua hira' untuk bertahannut seorang diri.. menjauhkan diri dari masyarakat yang terpenjara oleh jahiliah..

uzlahku ini satu pedoman, satu pelajaran, satu peringatan, satu pengiktibaran...
aku lbh byk berdiam dari berkata-kata yang sia2.. walaupun masih tidak mampu, tp itulah permulaan. asalkan usaha ini berterusan dan aku tidak putus asa..

misi yang paling payah adalah untuk menundukkan nafsuku...
dalam penjara jahiliyah ini memang sukar untuk menewaskan nafsu ini..
hanya iman yang benar2 mantap shj yg mampu melawan dan seterusnya mendidik ia menjadi nafsu yang baik..sekurang2nya nafsu mutmainnah..

Ya Allah.. jadikan aku orang2 yang berusaha menjadi mukmin taqiyyin! ataupun, sekurang2nya dpat bersama dengan mereka dalam merintis jalan dalam menyebarkan risalah nubuwah.. penyambung lidah nabi dan rasul..
itulah kekasih2 mu yang engkau anugerahkan rahmat dan kasih sayangmu.
itulah matlamat hidup seorang mukmin.

jgn kau lemparkan kemurkaanmu padaku atas sebab kelemahanku..
maafkanlah aku tuhan..
jika engkau ampunkanku, engkau tidak akan rugi..
malah itu menandakan kasih sayangmu Tuhan..

tunjukilah aku akan jalanmu yg sebenar..
pimpinlah aku..

jadikan aku tabah atas semua ujian yang menimpa.
aku tau itu semua ada hikmahnya..

Terima kasih Tuhan...

Bumi Tuhan... Bersaksilah