Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar mencari maklumat, akhirnya Rasululah berjaya mendapat maklumat bahawa orang kafir sudah berada di Aludwatul Quswa, dah dekat. Jadi terus Rasulullah Saw mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Bila lepas sikit dari Aludwatil Dunya Rasulullah Saw berhenti berkhemah disitu. Ketika itu Saidina Hubab bin Munzir datang kepada Rasulullah Saw. Dia ini salah seorang pakar strategi perang dikalangan para Sahabat. Dia Tanya Rasulullah Saw, wahai Rasululah, apakah tempat ini pilihan wahyu dari Tuhan atau atas dasar strategi perang? Kata Rasulullah Saw, ini strategi. Saidina Hubab minta izin memberi cadangan, kata Saidina Hubab, lebih strategi kalau kita bergerak kedepan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik. Lepas itu kita kambus telaga telaga yang lain. Dengan itu orang kafir tak akan dapat bekalan air. Rasulullah Saw setuju dengan cadangan Saidina Hubab ini. Jadi tentera Islam berkhemah ditepi telaga Badar yang paling baik dan telaga semua dikambus. Rasulullah Saw perintahkan dibuat kolam ditepi perigi itu supaya mudah ambil air.
Pada malam sebelum pertempuran Allah turunkan hujan. Jadi makin banyak bekalan air tentera Islam dan tanah menjadi semakin kejap yang makin memudahkan tentera Islam bergerak. Hujan ini turun juga disebelah Quraisy, tapi lebih lebat lagi hingga tanah dari tempat mereka ke Medan Badar menjadi berselut dan makin menyusahkan pergerakan tentera kafir. Pada malam itu Allah juga datangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga semua tentera Islam dapat rehat sebelum peperangan setelah mereka bermunajat dan sembahyang malam. Allah beri peluang mereka tidur. Allah cerita hal ini dalam Quran :
إذ يغشيكم النعاس أمنة منك وينزل عليكم من السماء ماءا ليطهركم به ويذهب عنكم رجز الشيطان وليربط على قلوبكم وليثبت به الأقدام
Ini semua persiapan yang Allah siapkan untuk kemenangan Umat Islam dalam peperangan. Kemudia Rasulullah Saw pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera Islam Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidina Musa’b bin Umair dan wakil wakil dikalangan Muhajirin dan Ansar. Bila orang kafir sampai mereka lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat dah bersedia dan dah tak ada lagi telaga yang boleh mereka dapat air. Jadi mereka terpaksa berkhemah tak jauh dari tentera Islam. Masing masing buat persiapan. Ketika itu Rasulullah Saw yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar di khemah khas terus bermunajat dan berdoa merintih kepada Allah. Diantara doa Rasulullah Saw :
اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تعبد في الأرض
Ya Allah kalau tentera ini tewas, maka engkau tidak akan disembah dibumi lagi
Rasulullah Saw terus berdoa dan merintih pada Allah sampai Saidina Abu Bakar kesian melihat keadaan Rasulullah Saw. Selepas itu Rasululah bariskan tentera Islam satu barisan saja tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan dibahagikan kepada beberapa barisan dan pasukan. Ketika itu berlaku satu peristiwa dImana ketika Rasulullah Saw meluruskan barisan ada seorang Sahabat yang berbadan besar dan perutnya terkedepan. Rasulullah Saw dengan tongkatnya menyentuh perut Sahabat ini supaya dia kebelakang sikit. Ketika itu keluar dari Sahabat ini satu kata kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya wahai Rasulullah Saw, engkau telah menyakiti aku, aku nak Qisas kamu wahai Rasulullah Saw. Semua para Sahabat terkejut dan ada yang marah, ini Rasulullah Saw, kita semua sedang berhadapan dengan musuh, saat saat yang mencemaskan. Tapi Sahabat ini tetap berkeras, katanya ini hak dia. Akhirnya Rasulullah Saw berikan tongkatnya dan buka belakang Rasulullah Saw untuk diqisas. Melompat Sahabat ini dari tempatnya dan mencium belakang Rasulullah Saw. Lagi terkejut semua orang. Rasulullah Saw pun terkejut. Rasulullah Saw tanya dia, apa yang kamu buat ini wahai Sahabat. Kata Sahabat ini, wahai Rasulullah Saw engaku pun tahu betapa cemas suasana ketika ini, aku rasa aku akan syahid hari ini. Tapi sebelum aku syahid aku ingin mendapat keberkatan dari tubuh Rasululah. Begitulah kecintan para Sahabat yang terlalu tinggi kepada Rasulullah Saw.
No comments:
Post a Comment