Renungan J.O.D.O.H

Terpikir sebentar tentang jodoh. Ada persoalan dari sesetengah orang.
‘Ko nak tak isteri sehebat ketua muslimat kawasan X tu?’
‘Kalau seorang hafizah ( yang menghafal al-Quran ) mahu menjadi isterimu, mahukah anda terima?’
‘Ko nak kahwin ngan doktor ke enggineer?’
‘Tak ke bila kawen ngan doktor, dia tak akan ada masa untuk layan kita?.’
Dan macam-macam lagi la persoalan yang ditimbulkan tentang jodoh.
Rasanya, persoalan tersebut tidak perlulah difikirkan sebelum kita fikirkan persoalan yang lebih penting iaitu:
‘Apa yang kita buat sebelum kita bertemu dengan jodoh kita?’
‘Adakah kita bercouple melanggar syariat sebelum kita kahwin?’
‘Adakah aku sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab?’
Kesimpulannya ialah jangan lah kita memikirkan siapakah jodoh yang kita mahu tetapi fikirlah apakah tindakan kita sebelum kita bertemu jodoh.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah