Coretan November 2021

Alhamdulillah atas segala nikmatnya. 
dah dekat 6 bulan di Negara orang. 
Jauh diperantauan. Anak desa kini mula bertatih menghadapi dunia luar yang penuh kehidupan suka duka. Alhamdulillah 'ala Kullihal. 

Banyak kisah yang nak diceritakan
 akan kucoret bila tiba masanya. Setakat ini hanya gambar berbicara. 
Alhmdulillah, dah 2 bulan kerja. Bila dah mula kerja dan dah ada gaji dari sini, xberapa nak convert sangat ke currency Malaysia, tapi ada la sket². haha😁

Kisah semalam.. Kereta Vauxhall Insignia black 1.8 yang di ambil pd hujung bulan Mei 2021. Dah 2 minggu ulang alik bengkel. Banyak jasanya. Sampai ke Bandar London. kena lah jagakan. 
Kos labour dan bengkel agak mahal. Kenalah pandai². 1st time Tukar minyak hitam je dh £70😂 Tukar exzos tertanggal sbb berkarat dan repair coolant dah £270. Tu semua buat dkt Basyeer Pakistan dekat area Umah Mr President Ariff Hamdan. Abg Zul yg cadangkan. Kalau tak dah buat dkt org Scott dgn Harga buy coolant shj dah £250++. Diagnose shj dah kena £20😂😂

So, kisahnya kereta dah patah kaki blkg belah kanan. Chamber Negatif ke tah ape...huhu. Kata bengkel suspention brake. 
benda ni jadi masa malam Lps Hollewoon. diorg ada bornfire. bakar² mercun macam hari raya. Meriah betul.mcm perang duni ke tiga.huu😂

Sebab dah senget cmtu tayarnya xleh la jalan. lagi teruk dari enjin berasap yg mmg tgh nk repair. Masalah coolant skrg, just topup shj. Masalah ais dpn cermin  kereta Zaf dah beli cecairnya masa aku kerja stopover di Aberdeen dan Dundee bersama Bro Suria Kencana. 


So, bila bawa kereta terhuyung hayang mcm sliding  je tyr blkg, kenalah minta bantuan Bro Suria Kencana utk hntr sekali. Mmg baik orangnya. Follow blkg kereta. 
Hantar ke Kwik fit Anniesland. then lps check dia kata xleh buat. Brake suspention. dia buat tayar je. dia soh hntr kt bengkel berdekatan. Mark - 1. Maka hantarlah pelan² kt sana. Kwik fit pun xcharge apa². alhmdulillah.

Panjanglah cerita minggu pertama. hntr anak2 tanpa kereta. teringat mula2 dtg dulu. masa tu kaklong shj. skrg dgn Adiknya, anak kedua Hannan Rumaisa. 
Tu gmbr dpn Aldi. Asyik hujan je blik skolah. sian basah kuyup. dah la sejuk. then nk keringkan baju lagi. So, minta tlg bro Syaquan tlg amek. huhu...

Singkatkn cerita minggu pertama kena £96 utk brake suspention tu. Minggu kedua kena juga yang sama £96 utk cabaran yang sama plus beberapa yg lain mcm dlm gmbr bil tu.. lbh kurang £192 juga utk kali ni. 
 
Apa² pun alhmdulillah utk semuanya. blkg kereta skrg standby 3 chemical.
1) Coolant 5liter
2) Minyak hitam 4 liter
3) Cecair buang Ais kt tingkap

Kereta pun dah selamat smpi rumah. Beberapa masalah dah selesai. Yang major terlalu pricy. So, I xbuat then MOT pun bengkel kata masih lps. xlama dah. december ni.
Jumaat lps ajak geng solat Jumaat makan nasi ayam kt umah. Bro Syaquan xdpt sbb baru balik kerja NHS(Urus sample covid-19) then Kak Tuty ada appoinment Klinik. 
So bertiga je lah.dgn Bro suria dan Bro Azri.
Tetamu yg dtg membawa rahmat. perginya menghapus dosa² kami sebagai tuan rumah. Alhmdulillah.

MADAH baru 347



*M996*
Di antara kemuliaan para rasul dan para nabi,
mereka lebih dicintai dan disebut-sebut oleh manusia setiap hari dibandingkan ahli fikir dan filasuf.   

*M997*
Para rasul dan para nabi adalah lambang pemujaan manusia terhadap Allah Taala yang wajib diutamakan,
tapi ahli fikir dan filasuf  lambang pemujaan manusia terhadap kebendaan dan dunia. 

*M998*
Para rasul dan para nabi dianggap manusia yang suci  dan sempurna di kalangan manusia,
tapi ahli fikir dan filasuf tidak disebut begitu rupa. 

*M999*
Ahli fikir dan ahli filasuf akan melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi. 
Para rasul dan para nabi melahirkan agama.
Antara dua ajaran ini, payah hendak ditemukan.   

*M1000*
Hari ini umat Islam lebih menyanjung ideologi daripada agama.
Perjuangan mereka bukan agama lagi, tapi adalah ideologi.

Fahamilah Perbuatan Tuhan

Jagalah perhubungan baik engkau dengan Tuhan.
Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau.
Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau.
Tuhan adalah penjamin rezeki engkau.
Bertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya, hati engkau akan tenang.
Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu tentang keperluan-keperluan engkau.
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran, ada mengandungi pelajaran.
Redhalah menerimanya, walaupun engkau tidak faham, lambat laun Allah akan memberi faham.
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau.
Agar engkau tidak salah faham.
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan akan merosakkan engkau.
Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau, mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan.
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan.
Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan.
Mesti ada mengandungi pendidikan.
Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau.
Berhati-hatilah menerimanya.
Jangan sampai salah terima.
Engkau tidak beradab dengan Tuhan.
Patutkah kita tidak beradab dengan Zat yang Maha Suci?
Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana daripada sebarang kesalahan dan kesilapan?!
Berhati-hatilah dengan Tuhan!
Jangan sampai kita tidak bersopan dengan-Nya. 


TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

 


Sifat sombong dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. 

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu : 

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan. 

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. 

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain. 

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. 

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf. 

12. Dia suka dihormati. 

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar. 

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu. 

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang. 

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain. 

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja. 

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang. 

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. 

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan. 

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain. 

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.

SOMBONG itu ada 3 jenis..

1. Sombong terhadap Allah swt
;  iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan lain-lain.

2. Sombong terhadap Rasul
;  tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk 
;  iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.

MADAH baru 346


*M986*
Di antara orang yang tidak sedar diri:
terasa dirinya hebat, 
terasa diri luar biasa, terasa diri ada kuasa. 

*M987*
Orang mukmin itu, kalau ada mempunyai kemuliaan dan kebesaran,
dia terasa sangat bahawa sedikit kemuliaan dan kebesaran Tuhan yang telah diberikan kepadanya, 
menjadikan rasa kebesaran dan kemuliaan itu hilang dari perasaannya. 

*M988*
Ramai orang berjaya mendidik akalnya
tapi sedikit sekali yang berjaya mendidik jiwanya.
Sebab itulah dunia penuh dengan orang-orang pandai yang jahat. 

*M989*
Kekacauan dan huru-hara yang berlaku di dunia,
bukan kerana kekurangan orang pandai memikirkan,
bukan kerana para pemimpin tidak bijak mengatasi
tapi kerana jiwa manusia telah ramai yang rosak,
termasuk cerdik pandai dan para pemimpin jiwanya sudah rosak,
tidak memikirkan masyarakatnya yang sudah rosak,
bertambah lagilah rosak masyarakat. 

*M990*
Ahli-ahli fikir dan filasuf-filasuf dan orang pintar sekalipun,
belum pernah berlaku dalam sejarah dapat membangunkan akhlak manusia,
hanya berjaya memandaikan manusia,
tapi ahli kerohanian, para rasul dan ulama ul amilin, 
dapat memandaikan manusia, serta berjaya membangunkan akhlak manusia.

Jaminan Rezeki Dari Tuhan


Sepatutnya kita hamba Allah, tentang rezeki tidak perlu bimbang.
Selama hamba itu hidup, ada jaminan dari Tuhan.
Sedangkan seorang ayah terhadap anak-anaknya pun bertanggungjawab.
Betapalah Tuhan yang bersifat Rahman terhadap hamba-hamba-Nya, mesti ada jaminan.
Kerana itu baik sangka kepada Tuhan perlu dan bertawakal kepada-Nya untuk ketenangan.
Yang penting kepada seorang hamba, berusaha mencari hidayah, taqwa dan iman.
Yang ini kenalah dibimbangkan.
Yang ini kenalah benar-benar struggle memperolehinya, tidak boleh bersenang-senang.
Hidayah, iman dan taqwa kenalah cari bersungguh-sungguh.
Ilmunya kena cari, bersungguh-sungguh amalkan, istiqamah dan perlukan pimpinan.
Kemudian tentang rezeki, Allahlah memberi jaminan.
Bukankah Tuhan pernah berkata yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertaqwa, rezekinya dijamin yang tidak diketahui mana sumber datangnya."
Dosanya diampun, amalannya diterima.
Tuhan jaga mereka daripada tipuan syaitan.
Musuh-musuh tidak dapat menipu dayanya.
Mereka dijamin diberi kemenangan.
Oleh itu rezeki janganlah dibimbangkan.
Yang perlu, kita dekatkan diri kepada Tuhan.
Bila jadi orang Tuhan, segala-galanya ada jaminan. 

MADAH baru 345


*M981*
Orang mukmin itu bagaimana besar dan tinggi sekalipun kedudukannya,
tapi dia tetap mengekalkan diri sebagai hamba dan merasa hamba yang hina. 

*M982*
Orang mukmin itu kalau dia dihina orang,
dia tetap dapat menahan kemarahan, 
kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, 
patutlah dihina. 

*M983*
Kehebatan dan kebesaran seseorang hamba itu biarlah orang lain yang nampak,
tapi dirinya tetap merasa bahawa dia adalah hamba yang hina. 

*M984*
Orang yang bertaqwa itu makin tinggi taqwanya,
makin terasa berdosa,
bertambah lagi taqwanya,
bertambah lagi rasa berdosa, merasa dirinya ialah seorang berdosa, hingga taqwanya itu dia tidak lagi merasa,
yang dia merasa dialah orang yang banyak dosa. 

*M985*
Orang yang mukmin itu, bagaimana hebat sekalipun, 
akan hilang rasa hebatnya, 
kerana tenggelam di bawah kehebatan Tuhannya. 

 

Aku Hairan Engkau Tidak Takut



Aku hairan engkau tidak takut kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak.
Kuasanya Maha Luar Biasa yang tiada tandingannya.
Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan,
Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi.
Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya.
Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus.
Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada dan yang tiada.
Pendengaran-Nya lulus dan peka.
Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara, semua didengar-Nya.
Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya, tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita.
Yang boleh kita kata begian-begian jarak dekat dan jauhnya.
Dekatnya adalah cara mengikut ukuran Tuhan yang Maha Suci.
Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita.
Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya.
Kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan.
Tapi Tuhan dapat mengukurnya dan dapat mengukur cara makhluk-Nya.
Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan.
Sungguh engkau manusia luar biasa.
Luar biasa yang tidak sepatutnya.
Bila berhadapan dengan Zat yang Maha Luar Biasa.
Luar biasa yang keterlaluan yang tidak sayugianya ada pada manusia.
Apa sudah jadi kepada engkau.
Di mana salah silapnya.
Kuasa Allah yang begitu terserlah yang mengecutkan perut bagi orang yang mengenalnya.
Tapi engkau tidak dapat menangkapnya dan tidak dapat merasanya.
Betullah otak engkau sudah gersang.
Dan hati engkau telah buta. 


SURAT RINDU KEPADA RASULULLAH SAW

Kini kutemui kekasihku..


Aku memulakan tulisan ini dengan linangan airmata. Hatiku sebak sekali. Rasa yang berkecamuk di dalam hati, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Sudah lama ingin ku coretkan tentangnya, tapi hatiku, kira belum bersedia. Hinggalah kini aku benar-benar pasti akan apa yang sedang hatiku ini rasakan. Aku kira, hampir tidak ada orang yang sedang sibuk memikirkan dan merenungkan akan satu hakikat yang maha besar. Perihal seorang lelaki yang telah menangis hampir lebih seribu tahun lamanya. Menangisi akan nasib orang-orang kesayangannya yang kini telah menjadi tawanan musuh hingga mereka itu semua tidak lagi terhubung dengannya. Padahal jika mereka sedar, kehidupan mereka hari ini sepenuhnya adalah kerana dia.


Ya, dia lah Rasulullah, Nabi Muhammad, nabi akhir zaman. Tuhan lah yang mengutuskan dirinya sebagai keselamatan buat seisi alam. Kewujudannya mendahului semua yang ada di dunia dan akhirat. Dan, kewujudan semua itu adalah kerananya. 


Ya Rasulullah, selama ini aku hanya tahu tentangmu dengan akalku. Dengan ilmu yang kudapatkan dari sekolah. Dari penceritaan di dalam buku-buku yang kubaca. Dan juga dari nasyid-nasyid yang sering aku dendangkan. Tapi aku hakikatnya tidak pernah mengenal dirimu. Bersua muka saja tidak pernah, bermimpi tentangmu juga tidak. Aku hanya tahu tentang engkau sebagai nabi ku, tapi tidaklah begitu serius memikirkan tentangnya kerana mungkin diriku tidak pernah melihatmu. Membuatkan aku sempat lupa bahawa engkau sebenarnya ada di sini dan di sana.

Ya. Engkau sangat sedang ada dan tidak pernah tiada. Engkaulah satu-satunya makhluk yang selalu ada di sepanjang umur dunia. Engkaulah yang selalu ada untuk mendatangkan rahmat Tuhan ke atas alam semesta. Tapi..kenapa aku seolah-seolah tidak pernah tahu tentang semua itu? Kenapa dunia hari ini tidak pernah memperlakukan engkau dengan selayaknya? Padahal engkaulah seagung-agung ciptaan yang pernah Tuhan wujudkan.


Berdosanya aku wahai Rasul..berdosanya aku. Aku tidak pernah tahu tentang cerita bahawa engkau sedang sangat menangis melihatkan hati dan diri kami ummatmu sepenuhnya kini telah dikuasai Yahudi. Yahudi yang merupakan musuh Allah dan Rasul. Yahudi yang telah Tuhan izinkan kepada mereka untuk menawan dunia hingga semuanya dapat dipalingkan dari Tuhan. Yahudi yang begitu membenci dan sangat memusuhi Nur Muhammad. Dan kerana kebencian mereka yang amat mendalamnyalah akhirnya mereka bersumpah akan melenyapkan engkau selamanya dari dunia.


Tapi mereka lupa bahawa engkau bukanlah manusia biasa yang hidup hanya dengan jasadnya. Engkau adalah nabi, pemimpin yang begitu hebat kemampuan rohnya hingga mengatasi jasadnya. Yahudi tertipu dengan kewafatannya hingga menyangka bahawa Muhammad sudah tiada. Tapi kini Yahudi itu jugalah yang sedang kepanasan menderita kerana sedar bahawa Muhammad itu sentiasa ada, hanya mereka yang tidak dapat melihatnya. Malah kini Muhammad semakin hebat jauh meninggalkan musuh-musuhnya. Nur Muhammad itu kini sedang bekerja keras mengumpulkn hati-hati manusia untuk disambungkan kepadanya.


Engkau menangis Ya Rasul? Sedangkan ibu ayah hari ini pun belum tentu dapat menangisi anaknya yang dilihat telah jauh melupakan Tuhan. Pemimpin-pemimpin yang ada di dunia ini manalah ada yang pernah menangisi nasib rakyatnya yang telah berada di jurang neraka! Malah mereka lah yang telah digunakan Yahudi untuk smpai berjaya membuatkan semua manusia kini begini sekali rosaknya.


Engkau bagaikan seorang ayah yang menangisi anaknya yang sedang lemas di lautan. Dan ku kira tangisan mu lebih dahsyat dari itu. Masakan tidak? Engkau wahai kekasih Allah, Tuhan ciptakan dirimu dengan memiliki hati seputih salju. Hati yang tidak pernah dinodai dengan sebarang unsur kejahatan. Hati yang terlalu memikirkan akan keselamatan ummatnya. Dan, dengan hati itulah engkau sedang sangat menderita melihat ummat islam kini sudah tidak terikat lagi dengan nabinya. Yahudi sedang ketawa bangga kerana mengira mereka telah memenangi peperangan ini yang hasilnya telah mengorbankan jutaan hati ummat Islam. Engkau menangis lagi dan terus berdoa.


Namun kini, engkau bisa sedikit tersenyum melihatkan ada di kalangan ummatmu sudah pun memiliki hati yang sangat merinduimu walaupun tidak pernah bertemu denganmu. Doamu sejak ribuan tahun kini sudah menampakkan hasilnya. Tuhan sedang mangabulkan doamu dengan menghadiahkan hati-hati manusia yang pandai menangis kerana cinta dan rindukanmu.


Tapi aku kerana baru menyedari betapa selama ini hidupku bagaikan sia-sia kerana tidak memperdulikan nabi ku, baru memulai tangisanku. Tangisan penyesalan kerana terlambat mengenalimu. Sedangkan segala apa yang aku dapatkan di sepanjang hidupku ini adalah keranamu. Kenapa aku baru tahu? Tentang adanya seseorang yang sangat menyayangiku lebih dari ibu ayahku sendiri. Seseorang yang tidak pernah berhenti mendoakan aku agar hatiku ini dapat kembali ditautkan pada hatinya demi keselamatan di dunia akhirat. Seseorang yang selama ini menjadi kekuatan padaku tanpa aku sedari di dalam mengharungi jatuh bangun,pahit maung berperang dengan nafsuku. Seseorang yang tidak pernah meminta apa-apa dariku untuknya,sedangkan dia telah berbuat segalanya untukku. 


Walaupun begitu wahai nabi yang aku baru belajar untuk mencintaimu. Aku mohon agar aku tidak pernah terlambat untuk mengisi hatiku ini sepenuhnya buatmu. Sudilah engkau berserambi di hati ini, agar hidup mati ku dapat ku serahkan semuanya untuk Allah dan Rasul.

               

Terima kasih wahai nabi kekasih Allah dan juga kekasihku kini diatas kesempatan ini. Malu kerana baru sekarang menyedari betapa engkau sangat mencintaiku. Sedangkan aku sendiri lebih senang memberi hatiku pada dunia. Malah aku seakan prejudis saja denganmu. Apa benar engkau mampu mencintaiku sedangkan ummatmu begitu ramai sekali. Apa aku termasuk di kalangan mereka yang engkau doakan? Begitulah jahatnya hati dan fikiranku yang telah dirosakkan oleh nafsu.


Tapi kini aku berjanji, akan terus menyuburkan rasa cinta ini kepadamu dengan selawat sebanyak-banyaknya keatasmu sebagai bukti bahawa aku benar-benar ingin sekali bersamamu. Aku akan tinggalkan semua pengaruh Yahudi dan aku akan sungguh-sungguh melawan nafsu ku ini. Aku bagaikan mati hidup semula ketika kau menghulurkan harapan bahawa suatu hari nanti semuanya akan dapat kau selamatkan. Dengan apa perlu ku bayar semua ini? Dengan apa Ya Nabi? Aku tidak pernah akan mampu untuk membayarnya. Engkau tahu itu bukan? Dan aku juga tahu engkau tidak pernah meminta bayaran. Kerana yang engkau mahu hanyalah keselamatan keatasku.


Kalau begitu, ambillah hatiku ini wahai nabi yang dirindui. Ambillah, jangan pernah lepaskan aku lagi kepada dunia. Biar aku bisa terus bersamamu selamanya. Aku sudah tidak sanggup berjauhan lagi dengan engkau. Walau sikapku belumlah membuktikan, tapi hati ini sangat menginginkan. Aku sudah penat menjadikan nafsu sebagai rujukanku yang sangat mencelakakan aku. Aku tidak mahu lagi semua itu. Tolonglah.. tolonglah aku. Aku tidak pernah memenangi peperangan dengan nafsu ini, dan aku kira engkaulah yang akan memenanginya untukku.


Wahai nabi..aku persembahkan hatiku kini untuk kau isi dengan Allah dan Rasul di dalamnya. Aku pergi menziarahi tempat dimana hatimu dibedah oleh Allah melalui Jibril dan disucikan dengan air zam-zam. Dan aku berharap agar hatiku juga dapat dibedah dan disucikan olehmu. Walaupun tidak mungkin akan memiliki hati sebersihmu, tapi mendapatkan hanya sedikit sudah memadai. Aku akan cuba membalasnya dengan bersungguh-sungguh berjuang dan berkorban demi Allah dan Rasul.


Teruslah mengutip hati-hati kami ummatmu wahai yang dirindu. Biarlah kami semuanya dapat segera dihubungkan denganmu. Bebaskanlah kami dari cengkaman nafsu yang dipengaruhi Yahudi.Selamatkanlah kami hingga sampai kepada Allah. 


Kini.. kutemui kekasih ku.


Ya Allah sampaikanlah salam rindu kepada

Cahaya sebagai sumber segala cahaya

Rahsia segala rahsia

Ubat seluruh penyakit

Anak kunci segala kejayaan

Dialah pemimpin yang kami rindu

Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci

Serta para sahabat yang menjadi pilihan

Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah

MADAH baru 344


*M976*
Kalau seorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri,
menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri atau huzuzunnafs yang tersembunyi. 

*M977*
Orang mukmin sejati itu bukan saja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir
tapi gerakan hati dan fikiran pun sangat dijaga 
kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.  

*M978*
Kalau dalam jemaah sendiri, 
tidak dapat ditegakkan Islam itu secara syumul sesuai dengan kuasa yang ada,
apa jaminan kita boleh tegakkan Islam secara syumul di dalam negara yang lebih susah lagi? 

*M979*
Kekuasaan seseorang pemimpin itu sebenarnya bukan melambangkan kebesaran dan kekuasaan dirinya, 
tapi menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah.
Kalau seseorang pemimpin itu bersikap, kuasa yang ada padanya menggambarkan kekuasaan dan kebesaran dirinya, 
dia adalah seorang yang sombong dan takabur.  

*M980*
Kekayaan seseorang itu sepatutnya bukan menggambarkan kekayaannya tapi menggambarkan kekayaan Tuhan tapi lumrah berlaku adalah sebaliknya.
Kerana itulah kebanyakan orang yang kaya berbangga dengan kekayaannya.

Membaiki Diri Untuk Menjadi Rijalullah


 

Membaiki diri ialah untuk menjadi Rijalullah.
Menjadi orang Allah lebih tajam daripada pedang yang paling tajam.
Menjadi Rijalullah lebih berkesan daripada senjata yang amat canggih.
Rezekinya dijamin Tuhan sekalipun kurang berusaha.
Doanya boleh menggoncangkan dunia.
Ke mana pergi di mana sahaja berada, Tuhanlah yang menjaga dan memelihara.
Walaupun ada ujian tapi rahmat dan bantuan Tuhan lebih lagi berlipat-lipat ganda.
Walaupun bilangannya sedikit, tapi terasa kuat dan hebat.
Di dalam perjuangan diberi jaminan dengan kemenangan.
Kalau ditakdirkan Tuhan mematikannya di dalam perjuangan,
dipastikan oleh Tuhan mendapat syahid.
Dosa-dosanya diampunkan Tuhan.
Darjatnya ditinggikan Tuhan.
Bahkan boleh diizinkan memberi syafaat siapa yang dia suka.
Kepada mereka diberi berkat.
Keberkatannya orang lain dapat sama merasa.
Sekalipun orang kafir pun dapat berkatnya.
Begitulah istimewanya orang Tuhan.
Oleh itu di dalam perjuangan, membaiki diri lebih utama.
Itulah strategi yang paling ampuh.
Kemudian barulah susun strategi yang boleh difikirkan.
Untuk lebih sempurna dan berkesan. 


CARA NAK ALLAH JEMPUT.



Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak..

Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi

KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa

#RinduHaramain
#takpernahtakrindu
#semogadijemputkesanalagi

Kredit: FB Sabariah Abd Majid

MADAH baru 343



*M971*
Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya.
Tapi Allah Taala beri untuk menguji kita,
apakah kita boleh  bersyukur kepada-Nya. 

*M972*
Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau.
Kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, 
kemudian ditambah lagi nikmat itu, 
ditakuti juga tidak akan bersyukur. 

*M973*
Bila rasa bertuhan itu tidak ada,
secara automatik rasa kehambaan juga tidak ada.
Di waktu itu kalau kita beribadah pun,
bukan boleh menghilangkan mazmumah,
tapi dia menyuburkan lagi mazmumah.
Akhirnya ibadah itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala.  

*M974*
Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah.
Jangan pula kita beribadah untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.   

*M975*
Orang mukmin sejati itu, kalaulah nasihat itu bukan satu kewajipan,
rasanya hendak ditinggalkan saja
kerana sibuk menasihati diri sendiri.

Bagaimana Manfaatkan Dunia


 
Hakikatnya dunia ini adalah kotor.
Ia adalah ibarat najis dan bangkai.
Najis dan bangkai, benda yang busuk dan menjijikkan.
Kalau orang fahamlah bahawa najis itu adalah najis, bahawa bangkai itu adalah bangkai, siapa hendak?
Tapi Tuhan telah takdirkan manusia hidup di dunia.
Hidup di dunia sementara waktu.
Akhirnya ke Akhirat semuanya.
Tuhan menyuruh hamba-hamba-Nya
pandai-pandailah menggunakan najis dan bangkai.
Bagaimana menggunakan najis dan bangkai itu?
Kita gunakan najis dan bangkai itu untuk membaja pokok Akhirat.
Ertinya kita jadikan dunia itu Akhirat.
Maka dia telah bernilai Akhirat, bukan nilai dunia lagi.
Kerana itu Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia itu adalah tanam-tanaman ke Akhirat."
Maksudnya dunia yang asalnya bangkai dan najis,
kita jadikan baja untuk tanaman Akhirat.
Ertinya bangkai dan najis telah dimanfaatkan.
Kalau ia tidak dijadikan baja untuk tanaman Akhirat,
ia tidak jadi Akhirat.
Ia tetap jadi dunia semata-mata yang tidak ada harga.
Alangkah jeliknya dunia yang tidak jadi Akhirat.
Adalah najis dan bangkai.
Manusia berebut-rebut hingga bergaduh
merebut najis dan bangkai.
Kerana itulah kitab ada menyatakan:
"Dunia yang tidak jadi Akhirat, ia adalah bangkai.
Yang menuntut bangkai itu adalah anjing."
Ertinya, manusia yang memburu dunia yang tidak jadi Akhirat,
seperti anjing memburu bangkai.
 

MADAH baru 342



*M966*
Hendaklah kita buang sungguh-sungguh sifat tamak,
kerana dengan sifat inilah kita cinta dengan dunia.
Apabila kita cinta dengan dunia,
kita tidak dapat rasa cukup apa yang ada.
Sifat bakhil datang, akhirnya ia menjadi rebutan.
Di sinilah rahsia hilangnya ukhwah dan sebab timbulnya perpecahan. 

*M967*
Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan,
yang ada dia seolah-olah tak nampak lagi apa yang ada,
benda yang tiada inilah yang menjadi fikiran dan idaman,
sebab itulah orang yang tamak selalu susahkan apa yang tiada. 

*M968*
Orang mukmin yang sejati itu,
kalaupun dia tidak menolak nikmat dunia,
tapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan,
dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.  

*M969*
Salah satu daripada yang boleh membawa pecah belahnya orang Islam kerana cintakan dunia,
maka berebut- rebutlah mereka untuk mendapatkannya,
dengan itu terjadilah perbalahan. 

*M970*
Di akhir zaman ini orang selalu memperjuangkan hak-haknya.
Kalau tidak dapat, boleh jadi masalah dan perbalahan.
Jarang sekali di akhir zaman orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhaan Tuhan dan khidmat untuk manusia.

Engkau Sibuk Dengan Dunia


Engkau sibuk dengan dunia,
dunia tidak sibuk dengan engkau.
Mengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan yang punya dunia?
Dia adalah sibuk menguruskan hal engkau.
Engkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkau.
Sedangkan Tuhan telah engkau tinggalkan.
Kalaupun engkau memiliki dunia.
Apa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya dunia?
Tapi jika engkau memiliki Tuhan,
dunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkau.
Engkau tersilap hal, engkau tersalah fikiran.
Dunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tentu di dalam milik engkau.
Padahal Tuhan engkau telah tinggalkan.
Macam mana engkau berfikir, bagaimana engkau membuat keputusan.
Bersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkau.
Janganlah sibuk-sibuk dengan dunia yang tidak sibuk pun terhadap engkau.
Engkau bersibuk-sibuk dengan Tuhan,
Tuhan tidak akan mengecewakan engkau.
Engkau sibuk dengan dunia belum tentu milik engkau.
Kalaupun engkau boleh miliki dunia,
namun satu ketika ia dunia tetap akan mengecewakan engkau. 

Cara Hidup Orang BerTuhan

Ketakutan jangan keterlaluan, hilang ketenangan.
Berani jangan melulu, kita akan tersasar dan kecundang.
Takut sekadar fitrah tidak mengapa, ia tidak sampai hilang pertimbangan.
Berani yang berdisiplin dan berstrategi, selalunya menguntungkan. 
Jangan melulu, jangan menjadi dungu, selalunya kita kecundang dan gagal.
Biarlah di dalam segala hal ada perimbangan, pertengahan.
Berfikir jangan diabaikan, Tuhan jangan ditinggalkan, kerja diteruskan.
Itulah dia tawakal kepada Tuhan namanya, yang mesti diamalkan.
Ada strategi, ada usaha, ada harapan kepada Tuhan.
Itulah caranya hidup orang yang bertuhan.
Jangan usaha sahaja, jangan Tuhan sahaja.
Gabungkan di antara usaha dan Tuhan itulah jalan mendapat kejayaan.
Usaha tanpa Tuhan, bergantung dengan usaha, syirik namanya.
Bergantung dengan Tuhan, tanpa usaha, tidak bersyariat di dalam kehidupan.
Bergantung kepada Tuhan, ada usaha, tapi tidak ada strategi dan tidak disiplin, melulu namanya.
Atau orang dungu yang tidak ada panduan.
Jadi setiap kerja semua diambil kira.
Barulah ada kejayaan. 


MADAH baru 341


*M956*
Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidak faham Islam dan tidak ada cita-cita Islam. 
Dia pun tidak tahu mengapa dia menjadi keturunan umat Islam.  

*M957*
Susah sekali hendak mendisiplinkan diri mengikut Islam sama ada dari segi percakapan, perbuatan dan gerak hati. 

*M958*
Perjuangkanlah kebenaran itu yang nyata kebenaran, 
jangan diperjuangkan kebenaran itu dengan cara sangka-sangka benar. 
Dan perjuangkanlah kebenaran itu dengan jalan yang benar. 
Jangan perjuangkan kebenaran itu dengan cara yang salah. Islam tidak membenarkan menghalalkan cara. 

*M959*
Biarlah kebenaran yang hendak diperjuangkan itu jelas, 
jalannya jelas, matlamatnya juga jelas,
dan orang yang hendak memperjuangkannya itu juga jelas ikhlas. 

*M960*
Jangan membetulkan salah  itu dengan cara yang salah, agar kesalahan itu tidak bertambah besar dan meluas.

Kenal Diri Maka Kenal Tuhan


Selalulah periksa hati atau jiwa.
Gerakannya halus, perjalanannya seni, kesannya besar.
Sungguh susah dan sulit sekali mengesan perjalanannya.
Kerana gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata.
Bahkan akal fikiran pun tidak mampu mengesannya.
Hanya dapat dikesan dengan mata hati itu juga.
Serta disuluh oleh ilmu mengenai hati atau jiwa.
Siapa mengenal dan dapat mengesan perjalanan hati atau jiwanya.
Dia telah mengenal dirinya sendiri.
Orang yang mengenal diri, dia akan mengenal Tuhannya.
Barangsiapa tidak mengenal diri sendiri.
Sudah pasti dia tidak kenal Tuhan yang menjadikannya.
Orang yang tidak kenal Tuhan adalah menjadi bencana kepada dunia.
Makin pandai, jika tidak kenal Tuhan, makin menjadi perosak kepada dunia dan manusia.
Semakin kaya, kalau tidak kenal Tuhan, semakin merbahaya kepada manusia dan kehidupan.
Lebih-lebih lagi orang yang berkuasa tidak kenal Tuhan.
Berlakulah penzaliman, penganiayaan dan penindasan.
Aduh! Awasilah manusia yang derita dan terseksa.
Malang kepada manusia.
Berbagai-bagai perkara yang besar dan sulit manusia telah mengesan dan mengenalnya.
Bermacam-macam ilmu yang telah dapat diteroka.
Tapi malang sekali, sedikit sekali manusia yang mengenal diri. 


MADAH baru 340


*M951*
Biasanya orang yang mendapat khawariqul 'addah disebabkan berkat orang lain, 
kalau dia tidak mahu dipimpin,
biasanya dia rosak kerana menyangka dia dapat itu dari kekuatan dirinya.   

*M952*
Karamah itu adalah satu ujian kepada para wali Allah, 
kalau dia terpaut dan bangga dengan karamah itu,
ia menjadi hijab di antaranya dengan Allah Taala. 

*M953*
Mengapa kita menggemukkan badan sahaja, padahal ia akan jadi tanah?
Sepatutnya kita menggemukkan roh kerana dia kekal abadi
sama ada dia  menerima nikmat atau azab. 

*M954*
Makanan jasad ialah nasi dan lain-lain lagi. 
Makanan akal ialah ilmu dan pengalaman.
Makanan roh ialah zikrullah, membaca Al Quran dan sembahyang.
Maka hendaklah mengutamakan makanan akal dan roh daripada makanan jasad. 

*M955*
Ada orang berjuang, suaranya tidak sampai didengar oleh seluruh alam sejagat tapi isinya mengandungi keperluan alam sejagat. 
Suatu masa nanti akan kedengaran juga di seluruh alam sejagat.

Allahu akhbar

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

apabila ada kepentingan diri

Kepentingan dirilah membawa orang benci.
Kepentingan dirilah menjadikan orang habis lari.
Penyakit mementingkan dirilah menjadikan berkawan tidak dari hati.
Berkawan ada tujuan peribadi
Apabila tujuan tidak sampai lari membawa diri.
Berkawan orang yang ada kepentingan diri selalunya tidak kekal.
Memikirkan untuk diri sahaja.
Kawan tidak dipeduli, perikemanusiaan sudah mati.
Kepentingan dirilah bangsa tidak boleh bersatu.
Kepentingan dirilah musuh boleh membeli seseorang untuk merosakkan bangsa, negara dan agama.
Faham kepentingan dirilah selalu bersengit-sengit hati.
Faham kepentingan dirilah selalu sahaja curiga-mencurigai.
Orang mementingkan diri susah dapat kawan yang selari dan sejiwa.
Bangsa yang mementingkan diri, bangsa yang hakiki jiwa sudah mati.
Yang berjalan itu adalah bangkai bernyawa.
Bangsa yang tidak akan dapat kekuatan dari ramai bilangannya.
Bangsa yang mudah dicatur dan dibeli orang.
Asalkan dapat, agama, bangsa dan negara rosak pun tidak apa.
Apa fikir agama, bangsa dan negara yang penting aku dan keluarga.
Yang penting aku dan keluarga senang hidup, agama, bangsa dan negara apa kira.
Orang yang mementingkan diri dia boleh bekerjasama dengan musuhnya.
Sekalipun agama, bangsa dan negara rugi apa peduli.
Orang yang mementingkan diri berkawan tidak akan setia.
Mereka adalah racun kepada agama, bangsa dan negara.
Orang yang mementingkan diri sudah hilang wibawa.
Orang ramai tidak percaya, kerana tidak boleh dipercaya.
Orang ramai sentiasa curiga.
 

ayah dan anak

SEDIKIT PERKONGSIAN YG BOLEH DI JADIKAN IKTIBAR.

Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.

Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya" 
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!" 
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?" 
Tanya ustaz mengakhir bicara.

Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.

Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.

Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.

Ingat dan sentiasa ingat, alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri. Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama. Nanti pada langkah kedua pasti dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan seribu batu. Kesukaran paling besar hanya ketika memulakannya. Melakukan kebaikan sama seperti mengusahakan percikan api bagi membuat unggun. Percikan api kesedaran itu nanti akan terus memakan kayu kering dan
kemudian marak dengan sendiri, mungkin akan jadi sebesar gunung.

Kerja kita hanya bermula dengan membuat percikan api kemudian semuanya berjalan dengan sendiri. Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada di dalam genggaman. Sekiranya terlepas satu titik, segera temui titik lain dan jangan bertangguh.

Dalam keghairahan dan istiqamah melakukan kebaikan sekiranya tersasar dan terlencong, segera cari jalan kembali ke jalan lurus dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan, kita tidak akan menjumpai destinasi, iaitu keredhaan Allah.

Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuat kan kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah taufik yang paling mahal dari Allah.

MADAH baru 339


*M946*
Di zaman degri dan ijazah ini, ramai orang alim yang mampu yang teraniaya kerana tidak mempunyai degri dan ijazah,
kerana di zaman ini orang yang diiktiraf alim itu manakala ada degri dan ijazah
walaupun ramai di kalangan mereka yang tidak mampu. 

*M947*
Membangun dan memajukan dunia mudah 
daripada mendidik manusia yang membangun dan membuat kemajuan dunia itu. 

*M948*
Apabila para pemimpin dan pendidik telah rosak maka rosaklah manusia. 
Apabila manusia telah rosak, 
kemajuan yang wujud tidak mampu lagi mencetuskan kemanan dan keselamatan.  

*M949*
Ucapan para rasul itulah mukjizat,
kerana itulah mampu mendidik orang, 
begitu jugalah ucapan selain rasul, 
kalau yang diucapkannya itu karamah, 
dia boleh mendidik orang. 

*M950*
Janganlah lidah kita sahaja yang mengucapkan apa yang datang dari Allah, 
sedangkan hati kita lalai dari Allah, 
akibatnya ucapan kita macam sampah,
dibuang begitu saja oleh orang.

Pujian Dan Sanjungan Perosak Jiwa

Kerana sanjunganlah hati engkau rosak.
Kerana pujianlah jiwa engkau riyak.
Kerana engkau dihormatilah, hati engkau punah dan musnah.
Hati engkau punah kerana jiwa engkau lemah.
Engkau diarak ke sana ke marilah ego engkau tinggi.
Lupa Tuhan, lupa mati, engkau pun bangga dengan diri.
Kejayaan engkau itulah yang membawa engkau lupa diri, rosakkan hati.
Engkau tidak tahan rupanya dengan sanjungan orang, lemahnya jiwa engkau hingga kalah oleh pujian.
Maka satu ketika engkau tidak dipuji, jiwa engkau luka, kecewa.
Rapuhnya jiwa engkau, tidak tahan oleh pujian.
Takkan selama-lamanya orang sanjung dan puji.
Ketika engkau ada nama, adalah pujian.
Di waktu tidak ada nama, pujian pun entah ke mana.
Di masa itu engkau akan kecewa, mahu gila.
Di waktu ada pujian, jiwa engkau ada makanan, kenyanglah jiwa.
Di masa tidak ada pujian, jiwa engkau lapar pula.
Kerana makanan jiwa engkau biasanya pujian.
Pujian adalah penting buat engkau.
Tidak ada pujian, laparlah jiwa engkau.
Rupanya engkau makan puji.
Berapa lamalah orang hendak memberi makan dengan pujian.
Di waktu mendapat kejayaan, adalah pujian, kenyanglah jiwa engkau.
Takkan selama-lamanya engkau mendapat kejayaan.
Ketika tidak berjaya mana ada lagi pujian untuk engkau.
Di waktu itu laparlah jiwa  engkau.
Kecewalah engkau, deritalah engkau.
Selepas itu ke mana lagi engkau?
Sesudah itu tentulah engkau mati.
Rupanya pujian itulah yang mencelakakan engkau.
Tempatnya adalah Neraka buat engkau.
Sungguh malang engkau, 
kerana pujian dan sanjungan, ke Neraka engkau. 

MADAH baru 338


*M941*
Kalau sekiranya ada nabi atau  rasul lagi di akhir zaman ini,
sudah tentu di antara isi kandungan wahyu akan menyebut beberapa orang pemimpin yang zalim di zaman ini, seperti menyebut Namrud dan Firaun. 

*M942*
Kalau seseorang itu sudah tidak takut lagi dengan Allah, 
apakah lagi yang boleh membendung dia dari melakukan kezaliman, menipu, buat maksiat dan mungkar apabila ada peluang untuk melakukannya. 

*M943*
Kebanyakan orang yang melakukan maksiat batin,
mereka tidak dapat mengesan wujudnya maksiat itu, seperti riyak, sombong, ujub, ingin nama dan sebagainya. 
Kerana yang  mengesannya mata hati. 
Di waktu itu, mata hatinya telah buta. 

*M944*
Orang yang mata hatinya sudah buta, 
lebih merbahaya daripada mata lahir yang buta! 
Orang yang buta mata lahir,
dia sendiri yang menanggung kesusahan,
tapi orang yang buta mata hati,
ramai orang lain yang akan menanggung kesusahan darinya. 

*M945*
Pakar Hadis zaman salafussoleh sibuk beramal dengan Hadis yang dia jumpa, 
pakar Hadis di zaman ini lain pula,
bukan tujuan untuk beramal, tapi untuk menyuluh amalan orang lain, 
apakah orang itu beramal mengikut Hadis. 
Dia tertipu dengan ilmunya.

Nikmat Tuhan



Setiap nafas turun naik adalah nikmat Tuhan.
Setiap mata melihat dan objek yang dilihat adalah nikmat-Nya.
Suara yang didengar nikmat pemberian dan anugerah-Nya.
Telinga yang mendengar juga nikmat dari-Nya.
Pijaklah bumi, bumi kepunyaan Tuhan.
Kaki yang memijak nikmat dari-Nya juga.
Sentuhlah apa sahaja, nikmat Tuhan juga.
Tangan yang diguna menyentuh, nikmat dari Tuhan.
Ketika lapar, ketika makan, makan makanan Tuhan.
Makan menggunakan mulut, mulut ciptaan Tuhan.
Setelah makan kita kenyang, nikmat Tuhan juga.
Hasil makan, badan sihat Tuhan punya nikmat.
Setelah kita kenyang, kita pun ke tandas, itu pun nikmat.
Kalau tidak dibuang memudharatkan badan.
Badan kita pun sihat, hati kita senang.
Semuanya itu rahmat dan nikmat Tuhan.
Setelah kerja kuat, mengguna akal dan tenaga.
Kita pun rehat dengan tidur, untuk memulihkan tenaga.
Kita bangun semula, tenaga pulih semula.
Boleh digunakan untuk kerja, nikmat pemberian Tuhan.
Segala-galanya dari Tuhan, 
kita perlukan Tuhan.
Tapi kita lupa selalu dengan Tuhan, ini manusia apa?
Manusia yang tidak ada hati perut.
Segala-galanya nikmat Tuhan, boleh kita lupa kepada-Nya.
Marilah kita ingat Tuhan dan cinta kepada-Nya. 


MADAH baru 337


*M936*
Orang yang sentiasa mendapat kawan di dalam permusafiran,
hakikatnya tidak dianggap berdagang di tempat orang. 
Orang yang tidak ada kawan di waktu bermukim, 
hakikatnya orang itu seolah-olah berdagang di tempat orang. 

*M937*
Sifat baik pada seseorang itu mudah saja berubah kepada jahat,
tapi sifat jahat seseorang itu amat susah berubah kepada baik.   

*M938*
Biasanya seseorang itu rasa tercabar dengan seseorang yang satu profesyen dengan orang itu.
Ulama rasa tercabar dengan ulama, 
ahli perniagaan rasa tecabar dengan ahli perniagaan,
pemimpin rasa tercabar dengan pemimpin, 
artis rasa tercabar dengan artis, 
begitulah seterusnya, kerana ada saingan. 
Sebab itulah hasad dengki lebih mendalam pada seseorang yang sama profesyen atau yang sama bidangnya. 

*M939*
Yang payah hendak berkawan adalah ulama, 
yang tiada setia dan kekal berkawan adalah orang politik,
yang mudah berkawan ialah orang yang satu negara atau kampung, sama-sama berada di tempat orang atau di negara orang. 

*M940*
Ramai orang percaya adanya Tuhan tapi tidak mengenal-Nya.
Ramai juga orang yang mengenal-Nya tapi tidak redha dengan-Nya.
Sedikit sahaja di kalangan manusia yang mengenal Tuhan dan redha dengan-Nya.

Golongan Yang Disukai Tuhan



Kalau engkau kaya pemurahlah, tolonglah orang susah.
Kalau engkau ditakdirkan miskin, sabar dan tabahlah.
Kedua-dua golongan ini disukai Allah.
Tuhan redha, Tuhan suka, Dia beri pahala.
Kalau engkau pemimpin, rendah dirilah, disukai Allah.
Jadikanlah dirimu ibu dan ayah.
Ciri-ciri pemimpin itu laksana ibu dan ayah.
Engkau akan disukai, engkau akan disayangi dan dihormati.
Kalau engkau berilmu, jadilah obor.
Masyarakat mendapat pimpinan daripada cahaya ilmumu.
Engkau mendapat pahala, Tuhan redha.
Kaum atau bangsa maju dan berjaya.
Kalau engkau pemuda, berilah tenaga untuk agama dan bangsa.
Tenagamu sangat diperlukan oleh bangsa dan negara.
Jangan hanya habiskan masa terbuang sia-sia.
Agama, bangsa, negara rugi tidak ada pembela.
Kalau engkau pemudi, jadilah pemalu dan bersopan.
Agar kamu tidak merosakkan pemuda-pemuda bangsa.
Jika mereka rosak, rosaklah bangsa.
Rosak bangsa semua kita rugi dan kecewa. 


Kisah nelayan Miskin

Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan. 

Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada. 

Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.

Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. 

Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. 

Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.

Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. 

Beberapa kali dicuba, namun tiada. 

Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. 

Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya. 

Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu. 

Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu.

Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. 

Kepada jiranku juga harus diberikan. 

Selebihnya barulah aku jualkan. 

Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. 

Razeki yang begitu sukar diperolehi.

Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. 

Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. 

Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan. 

Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan. 

Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran. 

Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.

Maka, ikan itupun dibawa pergi. 

Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. 

Haknya dirampas. 

Kepada siapa hendak dia mengadu ? 

Hanya kepada Allah Tuhan yang satu. 

Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.

Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. 

Ikan besar itu dia seorang yang makan.

Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. 

Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. 

Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya. 

Lama-lama mula bernanah. 

Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. 

Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya. 

Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. 

Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. 

Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. 

Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya. 

Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal. 

Seorang tabib dari luar di bawa. 

Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. 

Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi. 

Ketika itu, akurlah sang raja. 

Lantas betisnya itu pun dipotonglah.

Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. 

Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. 

Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. 

Harta benda dan jiwa banyak yang musnah. 

Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.

Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.

*"Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.*

"Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.

"Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang ?", ulama itu tetap dengan rumusannya.

Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari nelayan. 

Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. 

Apalah harganya seekor ikan.

"Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.

Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.

"Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas ?", raja bertanya kepada nelayan itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.

"Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.

Akhirnya nelayan itu pun berkata....

"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa...." 

"Apa doamu ?", soal raja 

Nelayan pun berkata : "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata....

*“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku....Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.*

SubhanAllah.

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : 

*“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.*

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa

*Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan.*

Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga.

Cerita motivasi agama yg sgt mnarik dan mnginsafkan..

MADAH baru 336



*M926*
Ajaran Islam sangat melarang mencari nama, 
tujuan glamour, ingin dipuji dan disanjung, 
tapi itulah yang menjadi buruan orang setiap hari.
 
*M927*
Belum pernah berlaku di dalam sejarah umat Islam mendapat kemenangan kerana ramai dan mempunyai kemajuan yang mengatasi lawannya,
tapi mereka diberi kemenangan kerana taqwa dan akhlaknya,
itu harus diambil perhatian oleh pejuang-pejuang Islam. 

*M928*
Malu dan bersopan seorang perempuan itu terasa indah oleh hati,
tapi apabila maruahnya telah punah,
terasa indah oleh nafsu. 
Di waktu itu tiada siapa menghormatinya lagi. 

*M929*
Belajarlah dengan pengalaman,
ambillah iktibar dengan sebarang kejadian,
kita akan mendapat ilmu tanpa belajar. 

*M930*
Seseorang itu kalau tidak pandai 
mengontrol jiwanya,
dia akan hilang kemerdekaannya disebabkan budi orang.

Dunia Umpama Setitis Madu.




Suatu malam seorang lelaki bermimpi. Didalam mimpinya seekor singa mengejarnya.

Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi. Dia memandang ke bawah. Singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu.

Kemudian lelaki itu menoleh kesebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus. Seekor putih dan seekor hitam sedang mengelilingi  dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut.

Pasti tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh.

Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling kebawah. Bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk. Andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.

Didalam kegelisahannya dia memandang keatas, mencari kalau kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut.

Tiba- tiba dia terpandang dahan diatas kepalanya ada sarang lebah yang penuh dengan madunya. Beberapa titis madu menitis dari sarang itu lalu lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu.

Dijelirnya lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menitis dari sarang lebah itu. Wau,sedap! Hatinya berbunga riang.

Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu. Semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya.

Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk.

Pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya dibawah jika tiba- tiba dahan tempat duduknya patah.

Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu terjaga dari tidurnya.

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya.

Orang alim itu berkata; singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi.

Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam.

Hitam adalah malam. Putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian.

Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu di kebumikan.

Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menitis itu adalah kemewahan dunia.

Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan.

Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi.

Akhirnya kita hanyut didalam kemewahan serta kemanisan dunia.

Kita lupa tentang masa yang berputar.

Kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil.

Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik.

Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemunya.

Tak salah andai kita ingat mengingati.

Wallahu a'lam.

Nikmat Dunia Yang Menipu



Mencari kekayaan dan kesenangan bukan pula salah sekiranya tidak melanggar perintah Allah.
Mungkin dengan kekayaan dan kesenangan boleh membuat kebaikan yang banyak.
Ramai orang boleh mendapat manfaat dan faedah.
Tapi lumrah berlaku telah terjadi di dalam sejarah, apabila seseorang itu kaya dan senang, dia berubah.
Perangai mereka berubah daripada baik kepada jahat.
Sebelum ini ahli ibadah, jinak dengan Allah.
Selepas itu masya-Allah, renggang dengan Allah.
Asalnya tawadhuk, kemudian sombong dan megah.
Mulanya hidupnya sederhana, kemudian pembaziran dan mewah.
Bakhil dan tamak pun datang, mudah menghina orang.
Akhirnya berubah secara total.
Terus lalai dengan Allah.
Di masjid jarang-jarang ada.
Sebelum ini masjid itu rumahnya yang kedua selepas rumahnya.
Sekarang hari Jumaat pun kadang-kadang tidak nampak.
Begitulah pengaruh kekayaan dan kesenangan.
Mudah lupa dengan Allah, dengan kawan renggang.
Beribadah pun tidak senang.
Begitulah nikmat dunia selalu menipu manusia. 


Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً

Daripada Abu Mas'ud Al-Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah." (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib.

2.  Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت

“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud 1692) Status:  Hadis Sahih 

3.  Memberi nafkah  ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.

4.  Dalam masyarakat hari ini, walaupun isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

5.  Muslim yang memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka itu adalah sedekah

MADAH baru 335


*M921*
Apabila umat Islam berjuang tidak memiliki sifat taqwa, 
jika berlaku peperangan senjata,
nescaya tidak akan dapat mengelakkan diri dari melakukan kezaliman kepada musuh-musuhnya serta melampaui batas. 
Kalau berlaku peperangan secara politik,
sudah tentu akan berlaku mengumpat, mengeji, memfitnah, mengata,
akhirnya tidak ada bezanya dengan orang yang berjuang yang tidak ada cita-cita Islam. 

*M922*
Apabila seseorang yang berjuang itu 
tidak ada sifat taqwanya,
apabila disanjung, dia akan mabuk sanjungan, 
riyak, megah dan sombong pun datang. 
Apabila mendapat kesusahan pula terseksa jiwanya, hilang pula sifat sabarnya, 
dia pun kecewa kemudian putus asa. 

*M923*
Berhati-hati itu disuruh, 
tapi jangan sampai ia mengikat kita hingga kita tidak berusaha dan bergerak. 
Bersegera itu juga disuruh,
tapi jangan sampai kita melulu dan terlajak, 
kita akan tersilap langkah. 

*M924*
Kalau kita beribadah kerana mengikut tradisi masyarakat, 
membuat baik kerana mengikut budaya bangsa,
bermesyuarat kerana meniru kebiasaan masyarakat, bukan hasil didikan, 
ia tidak akan melahirkan buah perpaduan serta akhlak yang mulia. 

*M925*
Mengapa orang yang belajar ilmu Islam tidak melahirkan akhlak yang mulia,
tidak melahirkan kasih sayang dan tidak dapat menghidupkan syariat di dalam kehidupan?
Kerana waktu dia belajar itu jiwanya telah rosak,
di antaranya nawaitunya telah terpesong.

Semua Manusia Ditimpa Bala



Pernah ke orang besar lagi berkuasa bala takut dengannya?
Yang kena timpa hanya orang-orang kecil sahaja?!
Apakah orang-orang kaya bala bencana lari darinya?!
Kerana bala malu dengannya, mereka tidak pernah ditimpa bala?
Yang kena hanya orang-orang miskin sahaja?
Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!
Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!
Yang kena hanya rakyat jelata sahaja.
Semua manusia ditimpa bala, tidak ada kecualinya.
Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia.
Agar manusia sedar, ada yang Maha Berkuasa yang menentukan nasib manusia.
Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu, satu sama lain tidak sama.
Juga agar manusia itu sedar, besar dan kaya macam mana sekalipun tidak ada kuasa.
Ini menyedarkan manusia walau tinggi kedudukannya agar tawaduk dan merendah diri.
Manusia siapa pun dia, tetap hamba.
Hamba yang kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya.
 

MADAH baru 334


*M916*
Memperkatakan kebenaran adalah mudah, 
mengamalkan kebenaran amat susah, 
memperjuangkannya lebih-lebih lagilah susah dan payah kalau tidak dibantu oleh Allah. 

*M917*
Jangan mudah menuduh dan memfitnah dan jangan juga jadikan diri kita terdedah kepada fitnah,
kedua-duanya tetap salah dan ditegah. 

*M918*
Jika kita bertindak secara emosi,
kita akan melulu, buruk nampaknya dan juga kita mudah terjatuh kepada terlajak dan tersalah, buruk padahnya. 

* M919*
Hati orang mukmin itu tidak pernah berasa senang.
Betapa tidak, 
apabila membuat dosa, hatinya susah. 
Sebelum terbuat dosa pun rasa susah kalau-kalau terbuat. 
Apabila beramal, rasa gundah,
apakah Tuhan menerimanya.
Ingat mati, hatinya resah kalau-kalau berlaku suul khatimah.
Mengingat Neraka, hati gelisah. 

*M920*
Kalau dari sembahyang tidak lahir perpaduan, 
tidak timbul akhlak mulia,
tidak terjalin ikatan jiwa dan tidak boleh meninggalkan kemungkaran,
maka tidak ada cara lain lagi yang boleh melahirkan ini semua.

Mari Muhasabah Diri



Wahai insan di waktu engkau menghina,
sedarkah engkau itu siapa?
Wahai manusia di waktu engkau menzalim,
tahukah engkau, siapakah engkau sebenarnya?
Wahai hamba Allah, di waktu engkau seronok memalukan orang,
engkau fahamkah siapa diri engkau?
Engkau yakinkah, hidup istimewa sepanjang masa?
Yakinkah engkau hidup luar biasa sepanjang hidup?
Di waktu melakukan sewenang-wenang di dunia,
tidak teringatkah engkau juga makhluk Allah?!
Dirimu juga di dalam kekuasaan-Nya.
Tidak takutkah kamu kepada-Nya?
Satu masa nanti engkau akan mati?!
Engkau akan pergi ke Akhirat.
Di sana ada Syurga dan Neraka.
Apakah kamu yakin, perbuatanmu itu akan pergi ke Syurga?
Marilah kita bersama muhasabah diri.
Agar menjadi hamba Allah yang sejati.
  

MADAH baru 333


*M911*
Berusahalah bersungguh-sungguh,
jangan sampai lupa bersandar dengan yang Maha Kuasa. 
Bersandarlah dan yakinlah dengan Tuhan yang Maha Kuasa,
tapi jangan sampai tidak berusaha. 

*M912*
Gabungkanlah usaha dengan tawakal kepada Allah yang Maha Kuasa,
barulah syariat itu selari dengan aqidah yang diperintah.   

*M913*
Orang yang jiwanya sentiasa bergelora dengan derita ialah orang yang jiwanya lemah dan hasad dengki pula dengan manusia,
lebih-lebih lagi orang yang dihasadnya itu berjaya dari dia.  

*M914*
Kalau ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk dunia,
apatah lagi ilmu dunia sudah pasti akan jadi alat untuk kepentingan dunia,
di mana lagilah untuk akhirat.   

*M915*
Orang yang bersandar dengan usaha semata-mata, 
adalah orang yang berfahaman qadariah, 
orang yang bersandar dengan Tuhan semata-mata tanpa usaha, 
orang yang berfahaman jabariah,
sama ada mereka sedar atau tidak.
Orang yang menggabungkan kedua-duanya sekali, 
itulah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Manusia Kehilangan Kebahagiaan


Di antara yang sudah hilang di sisi manusia ialah kebahagiaan.
Orang kaya sudah hilang kebahagiaan, orang miskin pun sudah hilang kebahagiaan.
Orang yang berilmu sudah tidak bahagia, orang jahil pun tidak bahagia.
Yang ada nama dan glamour pun tidak ada bahagia, yang tidak ada pun tidak ada bahagia.
Orang yang berpangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan, yang tidak ada pangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan.
Kerana kebahagiaan itu adalah makanan jiwa.
Kalau tidak ada, manusia menderita.
Setiap insan berusaha mencari.
Orang bandar pergi ke kampung mencari bahagia.
Orang kampung pergi ke bandar mencari bahagia.
Yang tinggal di tepi laut pergi ke darat mencari bahagia.
Orang yang tinggal di darat pergi ke tepi laut mencari bahagia.
Bahkan berbagai cara manusia mencari bahagia.
Ada yang pergi ke hutan, ada yang pergi melihat air terjun.
Ada yang pergi ke padang pasir, ada yang pergi ke tempat banyak bahaya.
Bahkan ada orang yang mendaki gunung, menurun lurah hingga terjatuh.
Namun kebahagiaan tidak juga diperolehi.
Manusia lupa kebahagiaan itu bukan benda luaran.
Kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hidupkan hati rasa bertuhan, bangunkan jiwa rasa kehambaan.
Cintakan Tuhan setiap ketika dan masa.
Sembah, sanjung dan besarkan Dia setiap masa.
Jadikan Tuhan kawan setia.
Bawa dia ke mana-mana dan meminta dan bermanja-manjalah dengan-Nya.
Itulah dia rahsia kebahagiaan setiap insan. 


Jangan Hanya Meminta, Kitalah Mulakan Dahulu


Engkau inginkan kasih sayang?!
Tapi engkau tidak pernah memberi kasih sayang kepada orang.
Engkau inginkan keadilan?!
Pernahkah engkau adil kepada orang?!
Engkau tidak suka dizalimi.
Tapi engkau sedarkah?!
Engkau selalu sahaja menzalimi orang.
Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.
Sama ada disedari atau tidak.
Sama ada fizikal mahupun mental.
Engkau kan manusia.
Apa yang engkau suka, itulah juga yang disukai oleh orang lain.
Apa yang engkau tidak suka, itulah juga yang tidak disukai oleh orang lain.
Janganlah minta orang lain bertimbang rasa.
Engkau juga perlu bertimbang rasa kepada orang lain.
Jangan tunggu orang lain memulakan.
Engkaulah memulakan dahulu.
Jangan engkau menagih dahulu.
Engkau agihlah dahulu. 


MADAH baru 332


*M901*
Kalau kita merendah diri kerana kita serba kekurangan,
memang begitulah sepatutnya. 
Kalau kita merendah diri kerana kita serba ada, orang hormat dan malu dengan kita. 
Kalau kita sombong dengan orang, kalau kita serba kekurangan,
orang benci dua kali ganda.  

*M902*
Kalau pemerintah telah menakut-nakuti dan mengugut rakyatnya,
terlalu banyak akta dan peraturan untuk rakyatnya,
ertinya bukan pemerintah yang berkuasa di atas rakyat,
pemerintah hanya boneka.  

*M903*
Kalau pemerintah sudah hilang wibawa, 
rakyat pun membenci,
bukan senang hendak tebus semula harga diri,
oleh itu lebih baik mengundur diri. 

*M904*
Susah sekali menjaga hati
kerana dia mempunyai perasaan suka dan duka. 
Sukanya kalau tidak dapat dibendung,
hingga lupa yang Maha Kuasa. 
Dukanya kalau tidak dapat disekat,
membawa kecewa,
kemuncaknya putus asa yang dimurkai.   

*M905*
Jiwa itu kerana egonya, memberi maaf pun susah,
hendak meminta maaf pun susah,
padahal kerja keduanya paling mudah. 

 

Kalau Engkau Sedar Allah Melihatmu


Kalau engkau sedarlah Allah Taala sentiasa melihatmu.
Setiap detik mengetahui diri lahir dan batinmu.
Terus-menerus mendengar tentangmu.
Kuasa dan Kehendak-Nya tidak pernah lekang darimu.
Dia boleh buat apa sahaja terhadap dirimu.
Engkau sedikit pun tidak dapat menolaknya.
Merakamkan baik burukmu.
Sekalipun sebesar habuk.
Sudah tentu jiwamu sentiasa bergelombang kerana takut dengan Tuhanmu.
Cemas selalu tidak menentu.
Kecut rasa hatimu.
Gelisah dan resah hingga mengganggu fikiranmu.
Kalau begitu sudah tentu dunia tidak akan menipu dayamu.
Sudah tentu kamu takut sekali hendak membuat dosa.
Begitulah hati para Rasul, Anbiya dan Auliya Allah.
Kerana mereka rasa bertuhan sangat tajam 
Sentiasa mencengkam jiwa mereka.
Rasa bertuhan tidak lekang dari perasaan mereka.
Merekalah orang-orang yang benar-benar mengenal Tuhan.
Walaupun jasad lahir mereka bersama manusia
Tapi hati mereka bersama Tuhan. 


Nukilan dari seorang pengurus jenazah


Dah bertahun2 isteri saya mngurus & memandikan jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus pada setiap bulan.

Soalan yang kerap saya tanya kepada isteri saya ialah :

1. Muda @ tua? 
2. Di mana? (taman @ kampung )
3. Sakit apa? 
4. Bila mati? 
5. Mati dimana? 
6. Anak berapa orang? 
6. Agak2 berapa umur anak yang sulung? 

Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepada saya apa punca mati, bagaimana si mati diurus jaga sebelum/selepas mati & sikap waris kepada si mati.

Berdasarkan umur & bilangan, 8 orang yang meninggal dalam seminggu :

1️⃣ Bawah 55an, hampir 70% meninggal kerana barah/ kanser. 

2️⃣ Atas 56an, hampir 30% mati kerana kencing manis, buah pinggang, sakit jantung, tua dll.

3️⃣ 90% keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang2 tua tempatan yang selalu tunggu atau berada di sisi orang yang sakit itu sehingga di saat dia meninggal. Mereka juga ada pengetahuan mengurus jenazah sebaik sahaja meninggal. Ada juga yang mempunyai talian persaudaraan dengan si mati. 

4️⃣ 60% keadaan jenazah yang meninggal di TAMAN PERUMAHAN biasanya terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkn sukar semasa dimandikan, kurang terurus bersih kerana tiada orang2 tua. Majoriti warga taman generasi muda yang siang malam kerja, tak ingat mati, hubungan dengan jiran renggang, jarang mengimarahkan surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas uuntuk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.

5️⃣ Sekarang ini, ada pula waris yang TIDAK SUKA bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat di masjid @ sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.

Lebih tragis ada waris teepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan dihospital @ masjid / surau & terus ke kubur.

Bagi jenazah yang sakit lama sebelum meninggal, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.

*Kesimpulannya :*
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.

- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka meninggal.

- Lebih tragis bagaimana anak2 kita nanti akan jaga dan urus kita semasa sakit & selepas meninggal. 

- Malah, ada pula yang mengupah orang luar untuk bacaan quran, solat, doa & semuanya kerana anak2 dah KAYA tapi mereka lupa HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah swt walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.

Renung2 kan.

MADAH baru 331


*M896*
Kalau pejuang Islam tidak bertaqwa,
lamalah masanya orang jahat berkuasa. 
Oleh itu para pejuang kenalah meninggalkan dosa-dosa. 

*M897*
Orang yang bertaqwa itu terasa terhina dengan pujian dan merasa benarnya dengan kejian dan penghinaan
kerana begitulah sifat hamba. 

*M898*
Banyak orang membuat sesuatu seperti berpakaian, berkenderaan, bercakap dan lain-lain lagi ingin ambil perhatian manusia, betul tak begitu? 
Kalau kita kaji, sebenarnya majoriti manusia tidak ambil peduli, sebenarnya kita syok sendiri. 

*M899*
Jangan melampau bersolek, nanti manusia meluat,
tapi jangan langsung tidak berhias, nanti manusia menuduh kita tidak tahu mengurus diri. 

*M900*
Kalau kita selalu bergaul dengan masyarakat, 
janganlah kita berlagak 
kerana orang sudah tahu siapa kita. 

 

Pejuang Yang Muflis


Macam-macam pakar lahir di dunia ini.
Berbagai-bagai degri manusia memperolehi berdasarkan ilmu yang dikaji.
Pakar-pakar ini semuanya mengenai makhluk Tuhan.
Yang tidak ada, pakar yang cintakan Tuhan pencipta semuanya ini.
Yang gersang, pakar takutkan Tuhan yang Qahhar lagi Jabbar.
Pejuang-pejuang untuk mendapatkan kepakaran berbagai-bagai bidang memang ramai.
Pejuang-pejuang cintakan Tuhan yang Maha Agung terlalu sangat kurang.
Pejuang-pejuang takutkan Tuhan sudah hilang.
Kerana itulah Tuhan sudah tidak dicintai lagi.
Side-effectnya manusia tidak mencintai sesama manusia lagi.
Dan kerana itu jugalah Tuhan sudah tidak ditakuti.
Kesan darinya ialah manusia sudah tidak lagi takut melakukan kesalahan sesama manusia.
Ada juga para pejuang menegakkan syariat.
Tapi tidak memperjuangkanTuhan.
Akhirnya syariat juga diabaikan orang.
Lalai dengan Tuhan dan tidak ada rasa bertuhan.
Bahkan ada yang kehilangan Tuhan di dalam perjuangannya.
Malang sekali berjuang sampai kehilangan Tuhan.
Itulah para pejuang yang muflis.
Itulah dia pejuang-pejuang yang tertipu di dalam perjuangannya.
Hidup di dalam membuang masa dan sia-sia.
Marilah kita menjadi pejuang-pejuang Tuhan.
Agar kita menjadi pakar di dalam mencintai Tuhan semesta alam.
 

MADAH baru 330



*M891*
Jangan dirisaukan dengan kesusahan, ia bukan suatu dosa. Jangan merintih dengan ujian, ia bukan satu kesalahan. 
Merintihlah kerana dosa dan bersedihlah kerana tidak sempurna ibadah,
kerana ia adalah satu kesalahan. 

*M892*
Engkau sedih dengan kemiskinan,
kalau kaya bolehkah pemurah? 
Engkau sedih dengan kesusahan, 
kalau senang bolehkah engkau beribadah lebih baik lagi? 

*M893*
Bilamana orang yang bersyariat tidak berakhlak, 
orang akan takut dengan Islam kerana menyangka begitulah kesan orang yang mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan. 

*M894*
Orang yang beribadah tidak berakhlak, ertinya ibadahnya tidak berbuah. 
Tentu ada yang tidak kena di dalam ibadahnya.
Janganlah mengharapkan masuk ke Syurga dengan amal ibadah sekalipun banyak,
tapi mohonlah masuk Syurga dengan rahmat dari Tuhan. 

*M895*
Makanan yang sedap sekalipun, 
kalau diletakkan di tempat yang kotor,
orang tidak akan memakannya. 
Begitulah Islam itu, 
kalau disampaikan dengan tidak  berakhlak, orang akan menolaknya. 

 

Hidup Orang Tuhan

Orang-orang Tuhan biasanya hidup di dalam penderitaan dan sengsara.
Dizalim, dianiaya itu adalah perkara biasa.
Tersingkir, terbuang, dipenjara basahan hidup mereka.
Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri, jadi budaya.
Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka.
Lihat sahajalah para-para rasul dan para-para nabi,
Sahabat-Sahabat dan Tabi'in dan para solihin.
Tapi tidak pernah menukar keyakinan.
Sikap mereka tidak pernah berubah.
Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala sentiasa bertambah.
Mereka itu adalah orang luar biasa.
Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan dan sikapnya.
Kalau mereka susah, sabarnya terserlah.
Jika mereka senang, syukurnya terserlah, ibadahnya bertambah.
Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan sepanjang sejarah.
Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia.
Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan.
Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan.
Bahkan Tuhan adalah kawan setianya. 


MADAH baru 329


*M886*
Kalau guru sudah tidak dihormati,
pemimpin-pemimpin tidak ditaati,
ibu bapa tidak dikasihi, kawan dengan kawan tidak diingati,
ertinya masyarakat sesuatu bangsa itu sudah punah.  

*M887*
Pemimpin yang baik itu dapat mendidik rakyatnya bertaqwa kepada Allah, mentaati pemimpin, cinta kepada negaranya,
terlalu sedikit jenayah berlaku di dalam negaranya.  

*M888*
Kalau sesuatu bangsa itu,
jika miskin tiada siapa yang membela,
kaya yang bakhil banyak orang tidak suka,
yang pandai sombong pula,
para pemimpin ditakuti saja, 
pihak keselamatan tidak dipercaya, berjalan seorang tidak terjamin keselamatan,
ertinya bangsa itu sudah tiada wibawa. 

*M889*
Kalau dia seorang pemimpin, tidak selayaknya dia berkata, 
"Saya telah berjasa," 
"Saya telah buat itu dan ini untuk rakyat," 
"Orang kagum dengan kemajuan kita," dan lain-lain lagi. 
Ertinya pemimpin itu ingin dipuji dan dikenang jasanya.  

*M890*
Seseorang Islam itu tidak akan kecewa di dalam perjuangan,
kerana dia berjuang itu kerana Allah Taala sama ada berjaya atau tidak, dipuji atau dikeji, ditentang atau disokong, menang atau kecundang,
yang dia risaukan apakah perjuangan itu diterima Tuhan atau tidak.

Kesusahanku



Kesusahanku di masa kecil.
Mengenalkanku erti penderitaan.
Kerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderita.
Aku suka sekali menolong mereka.
Kematian ibuku di waktu kecilku.
Menginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribu.
Kerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu.
Inginnya aku menghiburkannya, ingin aku menggembirakannya.
Kesusahanku di dalam kehidupan.
Di dalam semua aspek pengalaman.
Di dalam makan minum, di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaian.
Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang.
Rupanya pengalaman di dalam kehidupan.
Banyak pengajaran dan didikan.
Banyak menyedarkan dan menginsafkan.
Sangat berguna buat perjuangan masa depan.
Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi.
Kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang.
Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan.
Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman.
 

MADAH baru 328


*M881*
Kalau rakyat sesebuah negara itu sudah majoritinya tidak suka dengan pemimpin,
apa saja yang pemimpin buat sudah tidak ada nilainya lagi.
Kalau pemimpin itu sedar, dia letak jawatan lebih baik daripada meneruskan pimpinannya. 

*M882*
Kalau sesebuah negara itu rakyatnya telah banyak yang jahat,
jenayah berleluasa, perpecahan sering berlaku, petanda pemimpin itu sudah tidak dibantu oleh Allah atau berkatnya sudah tidak ada lagi. 

*M883*
Bukan senang mengesan riyak, ujub dan sombong kalau mata hati masih tertutup dan ilmu mengesannya tidak ada pula. 

*M884*
Kebaikan itu biarlah orang lain menilai dan biarlah orang lain yang menyebutnya, bukan kita. 
Kalau kita yang menyebutnya, tanda ingin nama maka hilanglah keikhlasannya.
Rugi dan sia-sialah kebaikan kita itu kerana Allah Taala tidak menerimanya.  

*M885*
Kalau rata-rata ikatan hati di antara murid dan guru sudah hilang, 
ikatan hati di antara pemimpin dengan pengikut sudah renggang, 
ikatan hati antara ibu bapa dan anak-anak terumbang-ambing, 
ikatan jiwa suami isteri sudah tiada, 
ikatan hati antara kawan dengan kawan sudah kecundang,
ertinya perpaduan pada sesuatu bangsa itu sudah hilang. 

 

Disiplin Dalam Pergaulan



Bertolak ansurlah di dalam pergaulan, ia adalah disenangi oleh manusia.
Berlapang dadalah dengan perangai manusia agar boleh hidup bersama.
Bersimpatilah dengan orang yang susah tanda hati mulia.
Bergembiralah dengan kesenangan orang, susah hatilah dengan kesusahan orang agar penyakit hasad dengki hilang.
Ringan tanganlah menolong orang, agar kita disenangi orang.
Senyum dan bermesralah di dalam pergaulan, itulah dia sedekah yang tidak meluakkan.
Janganlah selalu mengadu tentang kesusahan, maruah kita akan tercemar.
Janganlah tuntut hutang orang kepada kita, agar orang tidak risau dan tidak terganggu fikirannya.
Janganlah suka berhutang, fikiran kita tidak akan tenang.
Elakkanlah selalu bergaul dengan wanita ajnabi agar kita dihormati orang.
Jagalah perkataan kita ketika bercakap agar maruah orang tidak tercemar dan maruah kita dapat dijaga.
Kurangkan bergurau agar harga diri kita dipandang tinggi dan orang hormat kepada kita.
Janganlah ketawa terbahak-bahak, hilang harga diri kita.
Inilah di antara etika di dalam pergaulan bermasyarakat.
Kenalah kita selalu menjaganya agar kita selalu dipandang mulia.
Kalau setiap orang mengikut disiplin ini di dalam pergaulan.
Kasih sayang sentiasa berbunga, hidup aman, damai dan harmoni. 


Bumi Tuhan... Bersaksilah