Snipp'

sedar x sedar masa berjalan dengan pantas... aku bersyukur kepada Allah kerana masih membenarkan aku untuk menulis lagi di dlm ruangan ini... di jabatan PJ ini internet ada.. tapi agak putus2 la.. di asrama tiada langsung.. dan kami kwn2 telah bersetuju untuk memasang rooter baru... harap2 minggu ni siap la..ameen..=)

ampun maaf buat rakan2 yg sering mengikuti laman ku ini.. atas kelemahan ku aku tidak sempat untuk 'mengupdate' blog ni. tapi jangan bimbang.. aku telah post beberapa artikel di bawah ini yg amat berguna untuk tatapan antum n antunna semua...

Hari ini... ingin aku nyatakan bahawa dunia IPSMB kini dah banyak berubah.. khidupanku di sini jua telah banyak perbezaaannya.. mgkin dgn berkat ayahandaku yg tercinta... yg dirindui... yang mengajarku mengenal dunia.. yg memberiku sinar harapan... yg membuka mindaku yg hampir2 tertutup suatu masa dhulu... menyebabkan aku kembali merintis jalan yg sangat indah ini...

team usrah telah bermula... berasaskan kekuatan ukhuwah, membina visi n misi.. untuk mencetak manusia sebanyaknya menjadi daei2 di jalan Allah... dengan ahli2 baru.. dan beberapa jawatan2 yg disandang oleh org baru.. seolah2 Tuhan memandu hati2 ini ke arah yg dikehendakinya...

Aku berlindung pada Allah daripada tersalah langkah.. berjuang atas dasar nafsu.. kerana tidak membawa kepada apa yg dikehendaki oleh Tuhan.. ya Allah…Engkau ikhlaskan hatiku, agar agamaku lurus..

Baba telah seminggu meningalkan kami.. tapi seakan2 masih berada bersama2 kami.... kerana tautan hati itu kuat dan kami mendoakan semoga Baba n keluarga sentiasa berada di bawah perlindungan rahmat darinya...ana mendoakan semoga selama ketiadaan Baba di IP tidak merenggangkan ukhuwafillah sesame kami. Moga perpisahan yg sementara ini
meambahkan kemesraan antara hati2 kami.. amen..


Kepada Semua anak2 buah KRM yg ku kasihi…. insyaAllah, bulan 2 ni kita buat beberapa program yg boleh meningkatkan kebersamaan antum n antunna. Jadikan aktiviti yg akan kita adakan itu sebagai suatu medan untuk melahirkan ukhuwah yg belum pernah anda rasa sebelum ini… maybe di sinilah permulaannya… begitulah harapanku..

sudah 2 malam aku pulang lewat ke asrama krana berjumpa dgn anak2 buah KRM yg aku rasakan kurg aku berikan perhatian kerana kelemahan diri ini… insyaAllah, selepas ini ana akan buat penambahbaikan sebaik mungkin. Jgn lupa pesan ana, kita nk berjuang seperti Rasulullah n nak mengejar cita Tuhan.. so, kenal dan cintalah dulu kekasih Allah(Rasulullah SAW), barulah kita mudah mengenal Allah.. baru kita tahu sejauh manakah Islam kita setakat ini.. bandingkn dgn glgn Salafussoleh,

pada ssiapa sahaja ahli KRM yg nak Sirah rasulullah boleh amek dari ana.. ana boleh tolong. Ana nak promosi Rasulullah pada antum n antunna semua supaya kita kenal diri kita… kita tahu arah perjuangan kita.. kita tahu jatuh bangun kita… kita jelas matlmat hidup kita.. kita tahu jalan menuju Allah 2 macammana.. n macam2 lagi lah…. Dan ana nak menyatakan… rugi..rugi..rugilah bagi mereka yg tidak mengenal siapakah Rasulullah n sejauh manakah Rasulullah di hatinya.

Kepada shbt2 yg bukan KRM pun boleh juga kalo nk sirah nabi.. amek kt ana ye..=)

Kepada semua mad’u usrah.. teruslh berada dalam kumpulan anda.. cuba cari di mana antum n antunna dapat menyumbang kekuatan dalam kumpulan yg antum berada sekarang. Jagn sibuk mencari kelemahan… jadikan kumpulan usrah anda semua mantap n boleh menjadi role model kepada group lain.. kepada anak2 buah usrahku.. ana rasa terharu kerana antum merindui program usrah ini.. ana dapat merasainya melalui masej2 yg antum kirimkan kepada ana. Ana doakan supaya suatu hari nanti antum akan berdiri lebih tinggi dari ana yg serba kekurangan ini.. terimalah seadanya ana yg masih banyak kekurangan ini… semoga kita terus bersama2 bergelanggang dengan kekuatan ukhuwah yg sedang kita bina ini. Salam perjuangan dariku…

Rasanya setakat ini coretanku buat kali ini.. salam perjuang buat semua. Semoga IPSMB gemilang dengan gemerlapan Nur Islam suatu hari nanti.. ameen..

dalam mencari ketenagan hati dan jiwa...

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

contoh peribadi saidina ali

Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni.

Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.

Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda sacara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.

Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri. Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt.

Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?"
Baginda juga merupakan sepupu beliau.

Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini."

"Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali.
Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun.

Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!"

Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa. Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini.

Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.

kisah tentang taubat

Taubat Nabi Adam a.s.
Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."

Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."

Tuhan Maha Penerima Taubat
Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.
Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"

Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"

Taubat Dengan Menebus Dosa
Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.
Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."

Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya.

susahya mentadbir dunia... baru ku sedar...

Apabila disebut mentadbir dunia ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semulajadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.

Dunia ini kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi. Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:

1. Dunia ibarat air laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempersona . Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya terlebih dahulu.

3. Dunia ini ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya . Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang-jarang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.

4. Dunia itu ibarat ular . Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.

5. Dunia itu ibarat madu yang manis . Ramai orang yang suka meminumya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

6. Dunia ibarat kebun yang indah . Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.

7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalananya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau

al-jannatul ajilah.. indanya...

Perkara pertama yang dituntut dalam Islam ialah mengenal Tuhan.

Ada hadis yang bermaksud: "Awal-awal agama mengenal Allah."
Hanya setelah kita kenal Tuhan, barulah kita tahu betapa baiknya Tuhan kita itu. Betapa Dia sangat mengambil berat tentang kita. Betapa Dia cukup menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita. Betapa Dia sangat melindung dan membela kita. Betapa Dia tidak ada apa-apa kepentingan terhadap diri kita dan tidak menuntut apa-apa keuntungan dari kita. Dia hanya memberi, memberi dan terus memberi dan tidak pernah mengambil apa-apa dari kita.

Betapa kasih sayang-Nya Dia terhadap kita. Diberi-Nya kita nikmat supaya kita bersyukur. Dan kalau kita bersyukur, ditambah-Nya lagi nikmat-Nya itu kepada kita. Diuji-Nya kita dengan kesusahan. Dan kalau kita bersabar, dihapuskan dosa-dosa kita dan diangkat-Nya darjat kita. Dalam nikmat-Nya ada rahmat. Dalam ujian-Nya juga ada rahmat. Alangkah baiknya Tuhan kita itu. Keampunan-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Kalau kita terbuat dosa sebesar dunia ini pun, Allah akan kurniakan keampunan-Nya sebesar dunia ini juga kalau kita sudi dan mahu bertaubat dan meminta ampun dari-Nya. Disuruh-Nya kita beriman dan beramal soleh. Bukan kerana Dia akan mendapat untung apa-apa tetapi kerana Dia mahukan kita selamat hidup di dunia dan selamat hidup di akhirat. Supaya hidup kita tenang dan bahagia. Supaya di dunia ini pun kita dapat hidup seperti di syurga sebelum Syurga yang sebenar di akhirat nanti. Inilah apa yang dikatakan `Al Jannatul Ajilah` atau `syurga yang didahulukan` yang Tuhan janjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tuhan seolah-olah bertungkus-lumus menjaga kita. Pagi petang, siang dan malam. Dia tidak tidur, tidak rehat, tidak mengantuk dan tidak penat. Dia tidak pernah melupakan kita. Kita yang selalu melupakan Dia. Namun, dalam kita lupakan Dia pun, Tuhan tetap menjaga kita. Dia tetap memberi kita rezeki. Dia Tuhan. Dia tidak perlukan kita. Kita hamba. Kita yang perlukan Dia. Tetapi Tuhan rela `memperhambakan` Diri-Nya dan bersusah-payah demi untuk menjaga kepentingan hamba-hamba-Nya.

Begitulah Tuhan. Kalau kita betul-betul kenal akan Dia, sudah barang tentu kita akan sayang dan jatuh cinta pada-Nya. Jasa dan kebaikan-Nya kepada kita tidak dapat dikira atau dihitung. Ia terlalu banyak. Tak kenal maka tak cinta. Yang tidak sayang dan tidak cinta pada Tuhan hanyalah orang yang tidak kenal akan Dia. Setelah cinta, akan timbul rasa takut pada Tuhan. Takut ini bukan macam kita takut harimau. Tuhan bukan hendak baham kita macam harimau.

Kita takut terputus cinta dengan Tuhan. Kita takut kalau-kalau Tuhan tidak peduli atau tidak endahkan kita lagi . Kita takut Tuhan tidak kisah dan tidak ambil berat tentang kita lagi . Kita takut Tuhan lupakan kita. Kita takut tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang Tuhan.

Bagi orang yang bercinta, putus cintalah yang paling ditakutinya. Ini termasuklah bercinta dengan Tuhan. Takut inilah yang dinamakan `taqwa`. Taqwa ini banyak faedah dan kebaikannya pada diri kita. Antaranya:

* Ia menghapuskan dosa
* Ia mendatangkan syafaat
* Ia benteng dari maksiat
* Ia pemangkin untuk membangunkan syariat
* Ia boleh mencetuskan rasa bertuhan yang sangat kuat diikuti dengan rasa kehambaan yang juga kuat
* Ia membunuh sifat `hubbud dunia` atau cinta dunia iaitu ibu atau kepala segala maksiat
* Ia membakar dan mencairkan sifat-sifat mazmumah dan keji di dalam hati

Perkara kedua yang dituntut dalam Islam selepas mengenal Tuhan ialah kasih sayang . Kasih sayang sesama manusia adalah cetusan dari rasa cinta dan rasa takut kepada Tuhan . Manusia tidak akan boleh bersatu padu dan berkasih sayang kalau tidak diikat dengan tali-tali Allah.
Dalam Al-Quran, Tuhan ada berfirman:
"Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah." (Al-Imran:103)

Tali-tali Allah di sini bermaksud rasa cinta dan rasa takut pada Allah . Kalau semua manusia cinta dan takut pada Allah, mereka akan berkasih sayang di antara satu sama lain kerana hati-hati mereka diikat kepada Tuhan yang satu. Sesiapa yang berpegang kepada Allah, mereka akan berkasih sayang sesama mereka. Tidak ada orang bergaduh kerana merebut Tuhan.

Sesiapa yang berpegang kepada dunia (apa-apa pun selain Allah), hati-hati mereka akan bercerai berai dan mereka akan berpecah belah. Memang dunia ini punca segala rebutan, pergaduhan, perbalahan, krisis, penindasan dan perpecahan.

Ada Hadis yang bermaksud lebih kurang: "Kamu tidak cinta pada Allah kalau kamu tidak cinta pada makhluk-Nya."

Kalau cinta pada makhluk selain manusia pun sudah dianggap sebagai bukti cinta kita pada Tuhan, inikan pula cinta kita sesama manusia? Tentulah cinta dan kasih sayang sesama manusia itu lebih dituntut. Sebagai tamsilan, kalau kita hormat, sayang dan cinta kepada bos kita, sudah tentulah kita sayang juga pada kucingnya. Kalau kita pergi ke rumah bos, masakan gamak kita tendang kucingnya atau kita sengaja pijak ekor kucingnya. Kita sayang bos kita dan sudah tentu kita sayang kepada apa sahaja yang disayangi oleh bos kita itu termasuk kucingnya. Itu baru betul-betul sayang.

Samalah dengan Tuhan. Kalau kita betul-betul cinta Tuhan, automatik, kita akan sayang pada apa sahaja yang menjadi kesayangan Tuhan termasuklah sekelian makhluk-Nya. Kasih sayang juga banyak faedah dan kebaikannya pada diri kita.
Antaranya:

* Ia memudahkan kita memaafkan orang
* Kalau kita bersalah, kita mudah meminta maaf
* Kita jadi mudah mesra dengan orang
* Mudah memberi senyum kepada orang
* Bertanggungjawab terhadap jiran
* Kalau kita kaya, senang jadi pemurah
* Kalau kita miskin, mudah sabar dan tidak menganiayai harta orang kaya
* Mudah memberi bantuan kepada orang susah, menolong mereka, bersimpati atau memberi kemesraan kepada mereka.

Cuba kita lapangkan fikiran dan hati kita buat seketika dan mari kita bayangkan suatu suasana di mana hubungan kita dengan Tuhan sungguh baik iaitu kita sangat cinta pada-Nya, kita baik sangka dengan-Nya, Dialah pelindung, pembela dan penyelamat kita dan Dialah tempat kita bergantung harap dan tempat kita mengadu segala hal dan masalah. Kita betul-betul rasa Tuhan itu kita punya, Tuhan itu hak kita dan kita rela dan berbahagia menjadi hambaNya.

Bayangkan juga satu suasana di mana semua manusia disekeliling kita, baik ibu kita, ayah, isteri, anak-anak, jiran tetangga, rakan pejabat, rakan sekolah, kawan sekampung, kawan setaman, semuanya kekasih-kekasih kita belaka yang sangat kita sayang dan rindukan. Mereka juga merasakan begitu terhadap kita. Selalu bertanya khabar, bertolong bantu, ziarah menziarah, memberi hadiah dan mendoakan kita. Mereka sangat-sangat inginkan kebaikan untuk kita dan sanggup pula bersusah payah dan berkorban apa sahaja untuk kita.

Alangkah bahagianya hidup kita. Dengan Tuhan kita bercinta, Sesama manusia kita berkasih sayang. Kalau wujudlah keadaan yang seperti ini, apalagikah yang kita inginkan? Kita rasa kuat dengan Tuhan, rasa terbela sesama manusia, rasa aman, tenang, harmoni dan penuh keselamatan. Hidup di dunia bersama kekasih. Pulang ke akhirat pun untuk bertemu kekasih.

musuh yang tak nampak

Dalam menyembah Allah, manusia mempunyai musuh batin yaitu syaitan dan hawa nafsu. Syaitan dan hawa nafsu selalu mengajak manusia untuk tidak menyembah Allah.

Tentu ada sebagian hati kecil kita berkata, kalau benarlah manusia itu patut menyembah Allah, mengapa hati kecil kita selama ini tidak mengajak menyembah Allah, tidak mengingatkan kita menyembah Allah. Sebabnya, selama ini di dalam diri manusia ada 2 musuh batin yang senantiasa mempengaruhi hati dan akal manusia, yaitu syaitan dan hawa nafsu, yang selalu menggoda manusia, membawa manusia pada jalan kesesatan.

Dalam Al Quran disebutkan :
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang sangat nyata"
Al Baqarah : 168

Tentang nafsu Allah juga berfirman :
"Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan"
Yusuf : 53

Karena dalam hati manusia itu ada 2 musuh batin, maka hati manusia terus lalai dan durhaka kepada Allah. Kalau takdirnya syaitan dan hawa nafsu tidak ada, maka tentulah manusia akan kenal dengan Allah, cinta dengan Allah, bahkan tenggelam dalam kecintaan pada Allah karena fitrah manusia sejak sebelum ditiupkan roh telah mengenal Allah, Allah yang patut disembah dan dibesarkan.

Selain itu kalau kita kaji dengan hati dan akal yang jernih, kita juga membaca sejarah maka bukanlah sudah menjadi sunnatullah, sudah ditakdirkan oleh Allah, manusia di mana saja berada, di peringkat mana pun, apa yang Allah takdirkan, walau bagaimana pun hebatnya, kita tidak dapat mengelak dari bala bencana, ataupun dari perkara yang tidak disukai oleh manusia.

Bala bencana, ujian dan musibah itu ditimpakan kepada semua orang baik orang yang muslim maupun orang yang kafir, baik orang yang taat maupun yang durhaka. Misalnya siapakah manusia yang dapat mengelakkan diri dari miskin, kalau tak miskin harta, miskin jiwa. Miskin jiwa lebih parah sebab manusia selalu merasa tak cukup. Karena iman lemah walaupun uang banyak selalu merasa kurang. Lebih parah lagi sudahlah miskin harta, miskin jiwa.

Kalaulah manusia itu dapat mengelak dari miskin, maka dapatkah mengelakkan diri dari sakit. Bahkan dokter pun banyak yang ditimpa penyakit. Inilah keadilan Allah, sakit ditimpakan pada semua orang. Sakit sebagai utusan dari Allah untuk mengingatkan manusia. Kalau tidak miskin, tidak sakit, dapatkan manusia mengelak dari fitnah dan umpatan orang. Manusia tidak dapat mengelak dari kesusahan yang ditimpakan oleh manusia lain, bahkan banyak yang kena bunuh.

Selain itu dapatkah manusia mengelak dari bencana alam, angin, badai, petir, dll. Atau apakah kita dapat mengelak dari kematian ibu dan ayah, isteri, dan anak-anak. Tak ada manusia yang mau, tapi Allah timpakan juga. Tidak ada manusia yang dapat melepaskan diri dari ujian hidup. Semua manusia kena, yang kafir kena, orang Islam pun kena. Yang sembah Allah kena, yang tidak sembah Allah pun kena. Yang taat kena, yang durhaka pun kena uji. Kalaulah bala bencana itu rata, semua manusia merasakan, maka tentu lebih baik jadi orang mukmin yang diuji daripada orang kafir diuji juga. Lebih baik orang yang menyembah Allah diuji daripada orang durhaka diuji juga.

Tidak pernah terjadi dalam pengalaman kita, yang kena uji itu semua yang baik-baik, yang menyembah Allah, yang patuh kepada Allah sedangkan yang kafir tak pernah sakit, tak pernah miskin, tak pernah disusahkan orang. Tapi dalam pengalaman kita, semua orang merasakan.

Karena itu lebih baik kita ditimpa bencana dalam menyembah Allah, sebab orang mukmin yang sejati, kalau ditimpa sedikit kesusahan dari Allah, maka kalau ia ada sedikit dosa, maka kesusahan itu adalah sebagai penghapusan dosa. Allah hukum di dunia sebelum dihukum di akhirat, sebab hukum di akhirat lebih berat. Tapi kalau orang mukmin itu tidak berdosa dan dia redha dengan ujian, maka itu merupakan peningkatan derajat dan pangkat dari Allah. Kalau orang itu durhaka terlebih lagi kafir, maka ujian itu merupakan kutuk Allah di dunia dan akhirat. Di dunia sudah ditimpakan neraka dunia, di akhirat akan ditimpakan neraka yang lebih berat lagi, boleh jadi kekal abadi.

Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak menyembah Allah. Kalau kita katakan kalau sembah Allah nanti miskin, maka kita tidak menyembah Allah pun jadi miskin. Kalau kita baca berita-berita bunuh diri, yang kena tembak setiap hari ada, yang kecelakaan jalan raya, maka bukan saja orang yang taat terkena, yang tak kenal Allah pun kena.
Cuma karena akal dan hati kita tak dapat menilai, sudah diganggu oleh syaitan dan hawa nafsu, maka kita sudah tidak kenal dan menyembah Allah. Padahal kalau kita dapat menilai, betapa bala itu diratakan kepada semua manusia, maka mengapa kita takut susah, takut miskin karena menyembah Allah.

Lobak, telur dan kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.
Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.

"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"

Iktibar : Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati,perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati
yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik

DI AKHIR ZAMAN, "HUKUM RIMBA" MENJADI AMALAN

catatan 9 Januari 09... (GISB)

Kita sekarang sedang menyaksikan bahawa hukum Rimba sedang digunapakai di mana sahaja di dalam masyarakat dunia, iaitu yang kuat akan menindas yang lemah, yang berkuasa akan menzalimi yang tidak ada kuasa, semua ini mewujudkan satu suasana yang penuh dengan ketidakadilan, dan menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan.

Sedangkan fitrah manusia mahu dihormati, mahu keamanan dan kedamaiannya tidak terganggu. Fitrah manusia juga bencikan kezaliman, bencikan keganasan dan bencikan penindasan. Kalau demikian sifatnya manusia mengapa pula kezaliman, penindasan dan keganasan berleluasa di mana saja. Mengapa permusuhan, peperangan dan berbunuhan berlaku di mana saja?

Malah PBB dan Amerika yang kononnya berfungsi selaku pendamai dan sangat menghormati hak asasi manusia dan selalu menonjolkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia, sebaliknya dalam waktu yang sama PBB dan Amerika memberi laluan kepada Israel itu sendiri melakukan tindakan melampaui batas kemanusiaan, dan seringkali bertindak zalim, kejam dan ganas.Mengapa di tengah-tengah suara kedamaian PBB, mereka juga yang merestui berbagai pertumpahan darah atas nama lesen ketetapan PBB. Menjadikan Amerika dan Israel sudah tidak terkira lagi ganasnya. Sehingga ada pihak yang membuat andaian bahawa tiada suatu kekacauan negara di dunia ini melainkan ada campurtangan Amerika.Namun demikian memang ada jawapan mengapa terjadi demikian.

Pertama, memang demikian sifatnya para penganut ideologi yang terpisah langsung dari Tuhan. Di zaman mana pun, semenjak dari manusia awal, dan siapa pun dan tidak kira di mana, penganut ideologilah yang paling mudah membuat tindakan ganas dan pencetus kezaliman. Ini kerana penganut ideologi tidak pernah memperhitungkan soal Tuhan dan agama dalam hidup mereka. Bagi mereka, kepentingan hidup sementara ini saja yang diperhitungkan. Untung rugi mereka adalah di dunia ini semata-mata. Tuhan dan akhirat belakang kira. Malah terputus langsung dari agama, keTuhanan, hukum hakam, syariat dan perhitungan dosa pahala, neraka dan syurga.

Kedua, apa yang mereka pertahankan sebagai maruah, penghormatan, keamanan dan ketenteraman itu adalah hak milik dirinya sendiri. Ertinya gangguan itu jangan berlaku terhadap diri mereka, keluarga mereka, dan kepentingan mereka. Kepada orang lain tidak diperhitungkan. Sebab itu Amerika dan Israel sanggup berbuat apa saja terhadap Palestin atau juga kepada mana-mana negara dunia apabila kepentingannya dirasakan tergugat. Biarpun tindak balasnya sangat-sangat melampaui batas dan keterlaluan, itu semua sudah tidak dipedulikan. Asalkan kepentingan Amerika itu sendiri terjamin. Inilah yang dinamakan `hukum rimba`, iaitu haiwan dan tumbuhan. Haiwan bersifat siapa kuat dia berkuasa, yang kecil dan lemah sentiasa menjadi mangsa. Pokok-pokok pula akan sentiasa melepaskan pucuk masing-masing untuk lebih tinggi mengatasi pokok lain.Kita semua perlu memahami keadaan ini bahawa tiada jaminan keadilan bagi mereka yang tidak mempedulikan Tuhan, agama dan akhirat. Manusia akan sentiasa terdedah kepada kezaliman dari orang yang hanya menjadikan ideologi sebagai pegangan hidup. Cuma mungkin mereka membawa mesej kedamaian dan keadilan sementara belum ada peluang menindas dan kejam. Atau mungkin belum masanya kerana kepentingan dirinya belum tergugat.Islam memang mengajar umatnya menentang dan menghapuskan sebarang bentuk kezaliman. Tidak kira sama ada zalim itu terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain. Tidak kira sama ada zalim itu bersifat lahiriah mahupun rohaniah. Zalim yang bersifat lahiriah memang mudah dikesan. Ini yang ditakuti dan sering diperkatakan di mana-mana malah ditentang.Kezaliman bersifat rohaniah ini sering diabaikan malah umat Islam sendiri ada yang tidak mengetahui dan tidak memahaminya. Lantas dipandang remeh dan terus tidak dipedulikan. Malah Islam lebih mengutamakan penghapusan kezaliman rohaniah ini. Kerana inilah punca berlakunya kezaliman lahiriah. Ianya ibarat seseorang yang memiliki racun berbisa. Dengan adanya racun itulah maka orang lain boleh turut terkena bisanya.

Firman Allah SWT:Maksudnya: "Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, maka kamu akan diazab api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain Allah, kemudian kamu tidak akan ditolong." (Surah Hud: 113)

Dalam Islam, zalim mempunyai pengertian yang tersendiri. Jauh berbeza dari pengertian kezaliman yang difahami oleh manusia. Manusia pula seringkali bercanggah dan berbeza dalam memberi erti kezaliman. Zalim bagi fahaman komunis berbeza dengan yang difahami oleh sosialis dan berbeza juga dari puak demokrasi.Zalim menurut pengertian Islam ialah apabila sesuatu itu (manusia atau benda) tidak diletakkan tepat pada tempatnya. Kalau demikian maka dikira zalim juga kalau kita jadikan “steamroll” atau “bulldozer” sebagai teksi, atau dijadikan beca untuk mengangkut kayu balak, atau kasut diletakkan di atas kepala atau kopiah diletakkan di kaki atau seluar dalam dipakaikan di luar. Mengapa manusia seluruhnya memakai pakaian dan tidak bertelanjang. Paling kurang ada dua sebab iaitu tidak mahu berlaku zalim kepada tubuh badan yang tidak boleh terdedah kepada sejuk dan panas atau udara luar. Selain itu ialah untuk tidak mahu mendedahkan kemaluan yang sifatnya mesti ditutup. Dianggap zalim orang yang mendedahkan kemaluan bukan pada tempatnya.
Perbandingan itu untuk memahamkan kepada kita terhadap sesuatu yang jauh lebih utama dan perlu dielak dari berlaku zalim. Iaitu mengapa manusia dihidupkan di atas muka bumi ini. Atau mengapa manusia diciptakan oleh Allah SWT. Jawabnya yang paling tepat mestilah datangnya dari Allah SWT juga kerana Allah SWT yang mencipta manusia. Allah SWT telah tetapkan iaitu dalam firmanNya:

Maksudnya: "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Allah)."(Az-Zariyat: 56)

Maka selagi manusia meletakkan sistem ideologi sebagai kaedah dalam kehidupan mereka dan membelakangkan sistem Tuhan di dalam kehidupan mereka, selagi itulah manusia di dunia ini akan tetap terperangkap dalam hukum Rimba.Oleh itu marilah kita semua meningkatkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan di dalam hati masing-masing agar Allah beri jalan untuk lepas dari sistem ideologi yang rosak dan merosakkan ini.

Perhatian...

catatan 1 January, 2009... GISB

PENGGANAS AKHIR ZAMAN

Perkembangan terkini di Gaza pada hari ini menyebut terdapat lagi korban terbaru akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sepanjang malam tadi, dengan jumlah yang maut meningkat 398 orang. Ketua Perkhidmatan Kecemasan Wilayah, Moawiya Hassanei, berkata sejak Israel menyerang Sabtu lalu, jumlah yang terkorban setakat ini membabitkan 180 orang awam dengan lebih 2,000 cedera.

Kini telah hampir seminggu Israel mengganas di Semenanjung Gaza, membunuh orang awam tanpa memperdulikan cemuhan dan kutukan masyrakat dunia terhadap mereka. Mereka ini sekarang seperti Raja Dunia yang berkuasa berbuat sahaja, melanyak segala apa yang dianggap sebagai musuh tanpa ada sesiapa yang mampu menahan kezaliman yang mereka lakukan secara terang-terangan itu.

Mengapa berlaku sedemikian? Bukankah bilangan mereka, bangsa Israel ini sedikit sekali jika dibandingkan dengan umat Islam?. Mengapa umat Islam yang berbilion bilangannya ini tidak mampu mempertahankan saudara seagama mereka di bumi berdarah Gaza ketika ini? Hanya yang mampu kita lakukan hanya berdemonstrasi, menyerahkan memorandum dan pelbagai tindakan yang tidak langsung memberi kesan yang signifikan ke atas nasib penduduk-penduduk islam di Gaza yang tertindas itu. Maka saya kira, kita harus dengan penuh rasa malu mengakui kelemahan kita di dalam menangani hal ini.

Apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari perancangan jangkapanjang dan pengimplementasian perancangan itu oleh Yahudi Zionis. Sebenarnya, musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tidak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama :Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.


Yang Ketiga:Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.

Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.

Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:

Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.Begitulah umat Islam sudah tidak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.

buat pejuang-pejuang agama Allah...

TEGAS DALAM BERPRINSIP (GISB)

Dalam Al Quran, antara watak para Sahabat itu ada yang disebut: asy syidda`u `alal kuffar, bererti tegas dengan orang kafir.

Apa yang dimaksudkan tegas di sini? Bagaimana sikap tegas Rasulullah dan para Sahabat berhadapan dengan orang kafir?
Maksud tegas di sini ialah walau di mana kita berada, dalam bergaul dengan orang kafir, kita tetap tegas dengan prinsip. Contohnya kalau tiba waktu sembahyang, kita sembahyang, yang patut jaga aurat, kena jaga aurat, yang perlu jaga akhlak, kena jaga akhlak, walau dalam suasana apa sekalipun. Tegas itu bermaksud berpegang teguh dengan syariat Islam walau di mana sekalipun. Tegas itu bukannya bererti keras, kasar, demonstrasi, bergaduh, maki hamun dan lain-lain.

Contoh-contoh perlakuan Rasulullah terhadap orang kafir:

1. Pada suatu hari Rasulullah didatangi oleh wakil Yahudi dan Kristian.Rasullullah mempersilakan mereka duduk di sebelahnya malah Rasulullah telah membentangkan kain rida`nya untuk mereka duduk. Apabila ketua-ketua kaum di kalangan orang kafir datang ke rumahnya, Rasulullah melupakan sekejap Sahabat dan memberi layanan dan tumpuan yang lebih kepada tetamunya. Rasulullah tidak menunjukkan sikap yang keras tetapi menawan mereka melalui kelembutan dan kehalusan budi dan akhlaknya.

2. Di dalam sebuah peperangan sewaktu Da`tsur mengangkat pedang di atas kepala Rasulullah, Da`tsur bertanya, "Sekarang siapa yang akan menyelamatkan engkau wahai Muhammad?"Rasulullah dengan spontan menjawab, "Allah!"Entah macam mana gegarannya sampai terjatuh pedang dari tangan Da`tsur lalu diambil oleh Rasulullah.Lalu Rasulullah bertanya kepada Da`tsur, "Sekarang siapa yang boleh menyelamatkan engkau?"Da`tsur berkata, "Tiada siapa yang boleh aku aku harapkan."Rasulullah mengambil sikap memaafkannya, walaupun Rasulullah berhak untuk membunuhnya serta tidak salah jika Rasulullah berbuat demikian. Tapi setelah Rasulullah memaafkannya Da`tsur terus masuk Islam.

3. Sewaktu Rasulullah bersama Sayidina Abu Bakar r.a. dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, mereka dikejar oleh Suraqah yang hendak membunuh Rasulullah. Apabila sudah hampir dengan Rasulullah, Allah buatkan kaki kudanya terjerlus ke dalam tanah. Di waktu itu Rasulullah ada peluang untuk membunuhnya tetapi Rasulullah tinggalkan dan terus pergi.Suraqah kejar lagi dan sekali lagi kaki kudanya terjerlus, tetapi Rasulullah tetap biarkan sampailah tiga kali. Walaupun Rasulullah tahu orang itu berniat untuk membunuhnya dan Rasulullah juga berpeluang untuk berbuat demikian sebanyak tiga kali, tetapi baginda mengambil sikap memaafkan sahaja.Ini menunjukkan tegas dengan orang kafir itu bererti tegas dengan prinsip.

Ertinya, suka memaafkan itu merupakan prinsip Rasulullah. Di mana dan di dalam suasana apa pun, dia memaafkan kerana memaafkan itu prinsip. Dia boleh pertahankan prinsipnya dalam suasana apa sekalipun.Sedangkan kalau kitalah, jangankan orang telah mengangkat pedang mahu membunuh kita, baru orang mengata pun kita susah hendak memaafkan. Sedangkan Rasulullah ini pemaafnya mengatasi segala-galanya. Begitulah tegasnya Rasulullah dengan prinsip.

4. Cuba kita lihat kisah Salehuddin Al Ayubi sewaktu sedang bertarung dengan Richard The Lion Heart.Apabila pedang Richard jatuh; walaupun dalam Islam, di waktu peperangan dibolehkan membunuh, tetapi Salehuddin tidak membunuhnya.Apabila Richard bertanya mengapa engkau tidak membunuh aku? JawabSalehuddin, "Prinsip saya adalah saya tidak membunuh musuh yang di tangannya tidak ada pedang."Di waktu itu Richard sungguh malu, dia dikalahkan bukan dengan pedang Salehuddin tetapi oleh akhlaknya.

Berdasarkan kisah-kisah di atas barulah kita faham bahawa yang dikatakan tegas dengan orang kafir itu bukannya bererti mencari gaduh dengan mereka tetapi berusaha mendakwah mereka dengan akhlak. Jadi yang dimaksudkan asy syidaa-`u-`alal-kuffar itu bererti orang yang sangat tegas menjalankan hukum-hukum Tuhan sama ada dari sudut akhlak, ibadah dan syariatnya, dalam apa jua suasana sekalipun.

Sepanjang sejarah peperangan yang disertai Rasulullah, sekalipun baginda tidak membunuh musuh walaupun dibolehkan.

Rasulullah membuktikan bahawa lebih ramai musuh yang masuk Islam kerana tertawan dengan akhlak baginda bukan kerana pedangnya. Begitu juga apabila Rasulullah menghantar para Sahabat berdakwah ke serata dunia, senjata utama mereka adalah akhlak. Abdullah Al Bahili r.a. apabila dihantar ke negeri China, dalam keadaan dia tidak memahami dalam bahasanya, tetapi cukup dengan akhlaknya membuatkan bangsa Cina memeluk agama Islam.Cuba kita kaji perjuangan kita hari ini. Selama kita berdakwah, berapa ramai yang telah masuk Islam`di tangan kita. Jika makin lama kita berjuang dan berdakwah makin ramai yang bermusuh dengan Islam dan benci dengan sikap para pejuang Islam, maka kita kena kaji semula uslub perjuangan kita. Mungkin ada yang tidak kena. Takut-takut sudah tidak selari dengan prinsip perjuangan Rasulullah. Janganlah sampai kita yang menjadi pejuang dan pendakwah yang tertipu dan menipu.

Marilah kita kembalikan kegemilangan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat agar ramai yang tunduk dan tertawan dengan akhlak para pendakwah bukannya makin benci dan lari dari Islam melihat kelakuan pendakwahnya!

di hari lahirku...

Sempena hari lahirku, ingin aku lafazkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi aku nafas untuk terus bertaubat. Atas dosa-dosaku, sampai hari ini aku masih belum mencintaimu. Wahai Tuhan.. aku masih mencarimu… mencari-cari cintamu.. demi menagih setitis rahmat darimu. Kerana aku sering berlagak sombong atas kawasan persinggahan yg sementara ini.. di mana lagi aku ingin mengadu kasih jika bukan kepadamu… aku sangat-sangat berharap padamu ya Allah, moga Muharam ini sangat bermakna bagi diriku… 10 muharam ini hari lahirku.. moga ada alamat baik yg kau berikan kepadaku.. masa makin suntuk.. dunia makin rosak. Tetapi aku dapat merasakan , diakhir-akhir ini makin ramai yang makin suka untuk menjadikan Islam sebagai jalan hidup mereka. Mereka berlumba-lumba Ya Allah.. aku takut aku ketinggalan, atas dosa-dosaku.. dengarlah rintihanku ya Allah.. aku benar-benar sedih ya Allah saat ini kerana aku masih tidak mencintaimu.. aku tak mahu bazirkan lagi usiaku ini dengan bergelumang terus dengan noda dan dosa. Kau berilah kekuatan dalam segala hal sebagaimana kau beri kepada kekasih-kekasihmu.. amen.. aku merayu ya Allah. Bukankah rintihan seorang hamba itu lebih kau sukai daripada zikir saeorang abid.. kau tuhanku.. kalau kau terima permintaanku, kau tidak rugi.. malah kebesaranmu makin bertambah.. sesungguhnya engkaulah yg maha besar dalam segala hal.. aku lah makhluk kecil yg hina dina yg sering liar dgnmu.. pohon dengan harap…..Engkau terimalah..

Ya Allah, rahmatilah ibu bapaku selama-lamanya. Berilah kecintaanmu pada mereka.. dan kecintaan mereka kepadamu.. jadikanlah mereka berada di kalangan org2 yg bertaqwa. Jadikanlah mereka ikhwan atau sekurang2nya asoib.. jadikanlah mereka berjuang seperti abid di malam hari dan singa di siang hari… berkatilah usia mereka… semoga engkau terus meredhai mereka dan seluruh anak2nya.. pandulah kami sekeluarga atas jalan mencintaimu dan memperjuangkanmu…..

Alhamdulillah, perjumpaan dengan rakan2 usrah yg amat aku cintai sangat memberi kesan pada hatiku.. bersama pengerusi dan bendahari yg sering membuat aku rasa terhibur. Dalam halawatul iman.. nabil… semoga engkau teruskan perjuangan biro kerohanian. Aku tidak dapat menyumbang banyak dulu atas kelemahan aku. Atas dosa2ku.. semoga Tuhan merahmati perjuanganmu.. hafiz.. sesungguhnya engkau jua sangat memberi aku kekuatan untuk terus berada atas jalan ini.. afiq. Kau memberi aku inspirasi untuk terus maju setapak kehadapan. Walaupun langkahku agak payah pada saat ini.. teruslah mentarbiyah ku… ubai.. kau penghibur hatiku.. walaupun sering sakat menyakat tetapi itulah keindahan yg dapat aku rasai. . semoga perjuangan ini tidak berhenti di pertengahan jalan… izzat.. aku doakan kau menjadi pendokong dakwah di IP ini.. menjadi pengerusi yg berfikiran global, menjiwai baba.. akh fazli yg kucintai.. apa lagi ingin aku ucapkan padamu.. kau banyak memberi kesedaran kepada ku tanpa kau sedari.. aku sering terpaku mengenangkan kata2 hikmah yg terpancar dari bibirmu..kudus.. jgnlah kau bersedih atas apa yg berlaku.. aku x lupa mendokanmu.. teruslah bersemangat wahai sahabatku.. sesungguhnya setiap ujian Tuhan itu tanda kasih sayangnya.. percayalah.. aku ini tidak di uji sekian lama… takut2 aku dalam kemurkaannya.. ya Allah.. kurniakanlah segala2nya yg terbaik buat diriku. Redhailah aku… ghafar.. walaupun kau agak berdiam diri saat bersama, tapi aku tahu bahawasanya jiwamu sangat cocok menjadi kader2 atas jalan yg kita harungi bersama ini… aku yakin suatu hari nanti kau akan melahirkan kader2 yg jauh lebih maju dari apa yg kita ada sekarang.. menapaklah dengan lebih laju.. sederas air yg mengalir di kawasan yg curam.. bagaimanapun wahai shbt2ku sekalian.. tiada yg lebih membahagiakan melainkan dapat berada bersama2 kamu semua.. aku harap ukhuwafillah yg terjalin antara kita terus bertaut sehingga kita mengadap ilahi.. malah berjumpa di akhirat sana nnti.. kau doakanlah perjuangan ku sampai ke hujung,, tidak tersungkur di petengahan jalan..

Baba… aku tahu aku jauh darimu, tetapi percayalah, kau sangat dekat di hatiku..(izinkan saya guna perkataan “aku”) mana mungkin aku melupai org yg memanduku ke jalan ini.. saat ini aku ingin meminta ampun kepadamu jika selama baba mengenal diri ini, ada salah dan silap yg menyebabkan baba bersedih hati dan melukakan hati baba. Semoga baba terus membimbingku dan tak jemu dengan diriku yg tidak memiliki apa2 ini. Hanya meneguk ilmu darimu dan sedikit kasih seorang ayah yg berjiwa pejuang. Aku doakan dirimu menjadi pejuang yg berwatak wali. Aku dapat merasainya… melalui wibawa yg ada pada dirimu.. teruslah membimbingku dan anak didikmu itu..

Kepada semua rakan2 KRM yg aku rindui selalu.. sabarlah.. jgn terburu-buru atas jalan dakwah.. rintislah jalan ini selangkah demi selangkah dengan berbekalkan istiqamah dalam jiwa. Jgn jemu dalam berdakwah. Percayalah suatu saat nanti antum semua akan dapat merasai halawatul iman seperti yg kami rasai ini.. mungkin aku belum lagi, tetapi marilah bersama-sama aku mencarinya.. bersama rakan2 ku yg telah dapat merasainya.. abg2 dan kakak2 kamu yg telah merasai keindahan ukhuwahfillah. Mereka tidak mahu undur lagi atau lari dari perjuangan. Mereka benar2 memasang tekad unttuk menyusuri jalan ini.. mencari redha Tuhan.. aku selalu mendoakan antum semua menjadi daei2 yg mampu memberi impak yg besar dalam perjuangan. Teruskan usaha menjadi remaja yg memburu taqwa.

Pada semua saudara yg mengenali diriku..… bangunkanlah jiwamu, bangunkanlah akalmu.. binalah masa depanmu yg gemilang. Kamu adalah asset agama, bangsa dan Negara. Jangan lari dari Tuhan.. kembalilah kepadanya.. kerana memiliki Tuhan, memiliki segala-galanya.. kehilangan Tuhan, tidak bererti segalanya.. walaupun kamu menjadi idola dalam masyarakat, walaupun kau di anggap sebagai orang yg berjaya dalam hidup,dlln.. tetapi jika kamu tidak mendapat cinta Tuhan, ia tidak memberi makna kepadamu.. aku benar2 berharap kamu semua menjadi manusia yg sangat bernilai dalam masyarakat. Mampu menjadi penghibur kepada manusia. Menghibur manusia dengan akhlak yg mulia. Sesungguhnya akhlak mulia itu pakaian bagi org2 bertaqwa..Org bertaqwa adalah merupakan kekasih2 Allah di dunia dan di akhirat. Teruslah mencari cinta tuhan dengan melakukan perkara yg di redhai Tuhan dan tidak melakukan perkara yg di larangnya.. percayalah.. manusia2 di dunia saat ini sedang mencari kebenaran.. kebenaran itu tetap satu.. tidak dua, tidak tiga dan tidak seterusnya.. ia tetap satu dan selama-lamanya satu.. ada yg berjaya menemuinya.. ada yg tidak berjaya menemuinya.. aku doakan kamu berjaya dalam mencari kebenaran itu..

Kebangkitan islam itu pasti.. aku yakin dengan janjimu Ya Rasulullah.. aku bertawassul sebanyak2nya. Semoga dengan bertawassul aku di bimbing dalam meneruskan hidup ini.. mencari kebenaran yg satu itu.. ameeen..

Lastly, thanks sanagt pada pemilik laptop acer ini, Asyraf yg memberi aku ruang untuk menggunakan laptop kesayangannya.. semoga Engkau tergolong dalam golongan org2 bertaqwa, aku doakan. Semoga berjaya dalam hidupmu..

Ameen.

Selamat hari lahir, selamat dari kemurkaan Allah, selamat dari maksiat lahir dan batin, selamat bersyukur danselamat bersabar…

perjalanan...

Cuti semakin berakhir...Cuti kali ini memberi aku banyak pengalaman yang nyata memberi banyak kekuatan untuk aku terus maju dalam membelah arus perjuangan rohani... bukan senang hendak memecut laju melawan arus pembangunan.. jika tak benar-benar tabah, sudah tentu akan tersasar pada bila2 masa. Semoga Allah menganugerahkan padaku sifat istiqamah sepanjang menongkah arus yang sangat deras ini. Semoga perjalanan rohku bergerak dengan pantas melebihi jasad lahirku....amin
Kembara di tengah bandar metropolitan memberi aku seribu macam igauan yang tidak keruan. Aku menyaksikan makhluk Allah yang berbondong-bondong ke sana kemari, entah apa yang mereka kejarkan..aku pun turut sama mengejar train yang begitu pantas tiba.. bila2 masa.... aku pun tidak sedar aku tergolong sama seperti mereka. Di waktu itu rohku amat lemah, tidak berdaya mempengaruhi jasad, tetapi jasad ini yang membawa seluruh badanku berjalan mengharungi manusia yang ramai itu. Seolah2 dunia telah menguasai aku dan aku lalai bersama2 dengan manusia2 di sekelilingku...
Tetapi kembara terakhir aku kelmarin adalah dengan berkat ayahanda yang banyak memberi kefahaman hidup kepadaku.. dalam Kursus Motivator Peringkat Asia di Bukit Bintang. Subanallah.. Remaja-remaja dari seluruh Negeri dalam Malaysia ini menyampaikan masej2 yang sangat bermakna buat diriku.. perjalanan yang agak lama bersama pengiring2 dr MP menjadikan aku agak letih pada malam itu. Alangkah ruginya Aku. Tapi, dalam keletihan itu, aku sedar diriku asyik sangat memerhati remaja-remaja yang seusiaku bergaul mesra dalam kasih sayang seumpama mereka telah lama tidak berjumpa. Seakan-akan adik-beradik yang baru bertemu semula... dalam suasana yang penuh ramah mesra itu, aku dapat memerhati dengan dekat orang2 yang telah lama ingin aku jumpa. Mereka benar2 berada di depanku. Perwatakannya dari mula aku sampai sehingga aku pulang benar2 mencerdaskan mindaku. Sungguh cantik akhlaknya.. sangat merendah diri orangnya. Semua orang senang dengannya. Orang yang kenal sudah tentu jatuh hati dengannya.. Ato’illah & Khodabah.. Aku doakan semoga Allah mengurniakan jiwa2 seperti itu padaku.. engkau, insyaAllah aku doakan tergolong di kalangan org2 yg bertaqwa.
Adakah hatiku ini sangat keras sehingga tidak mampu memiliki sikap2 seperti itu. Ternyata aku egois. Hendak melawan nafsu yang satu ini pun amatlah sukar.. lagi2 lah nak memiliki watak2 seperti itu. Mereka amat mencontohi Rasulullah S.A.W. Seluruh ahli keluarganya mempunyai watak2 yang berbeza. Itu yang menjadikan pandangan bebola mataku liar menyaksikan keindahan akhlak Islamiah. Mereka telah lama berada dalam perjuangan.. aku berazam untuk memiliki akhlak2 seperti itu.
Di IPGM KSM.........Aku seharusnya mendoakan org2 yang berada di dlm saf pejuangan . Baba, Fazli, Jat, Kudus, Apih, Gopa, Ubai, Bil, n Afiq...
Aku sepatutnya mendoakan rakan2 KRM....
Jua rakan2 JPP...Staf sokongan n akedemik... M3P....pengarah...
Seharusnya aku doakan mereka supaya sentiasa dalam rahmat Allah dan keberkatannya...
Mereka adalah makhluk Allah yang lebih mulia daripadaku. Manakala aku hamba yang sangat hina...
Walaupun 3 tahun aku bersama mereka di IPGM, tapi jarang sekali aku mendoakan mereka. Entah2 xde langsung kot. Berdosanya aku.. entah dunia manalah yang nak terima orang seperti aku.. entah2, rakan2ku itu selalu mendoakan aku lebih dari mereka mendoakan diri mereka.. nauzubillah.. teruknya sikapku.. Semoga Allah memberi keredhaan yang berpanjangan buat IPGM KSM n warganya yang ku ingati.. ampun maaf atas kekuranganku...


Terima kasih buat rakan2ku di IP yang sentiasa menggerakkan aku untuk bangun tahajud sebelum fajar.. tiada apa yang dapat aku ungkapkan melainkan semoga keredhaan Allah sentiasa berada bersamamu.. sesungguhnya aku amat mencintai antum lebih dari aku mencintai diriku... jika nyawa ini mampu aku serahkan semata2 untuk menyelamatkan imanmu wahai sahabat, akan ku serahkan... semoga Tuhan mengurniakan aku sifat ikhlas yang amat susah di capai itu. Makam yang susah di capai.. sanggup mengorbankan diri demi sahabat.. bahkan korban jiwa dan perasaan.semoga Allah meredhoi kalian...


Pada ibu dan ayahku, Hepi Anniversary.. di waktu ini kau tiada di sisi kami anak2mu, kerana menghadiri kursus di luar sana. Kalau aku dapat ikut serta, alangkah indahnya.. subhanallah. Kami anak2mu mendoakan semoga Abah Ummi akan terus bahagia. Terimalah seadanya kami anak2mu ini.. mungkin pernah mengguris hatimu suatu masa dahulu, tapi kami harap keredhoanmu mendahului kemurkaanmu.. kami tahu kami tidak mengerti akan hidup ini, jiwa remaja ini sering memberontak.. ade je yg x kena.. tapi pada peghujungnya kami saksikan sendiri kebenaran kata2mu.. semoga umi abah tergolong dalam golongan ikhwan yang di rindui Rasulullah di akhir zaman. Setidak2nya Asoib.. ameen..


Akhirrul kalam... pada rakan2 yang berada di luar sana.. doakan lah driku sentisa dapat istiqamah dalam berjuang... terutama dalam berjuang melawan nafsu dan syaitan kerana telah ramai pejuang yg terkubur dek kerana tipuan 2 musuh ini. Tolong doakan aku ya. Semoga Allah mencintaimu.. Terima kasih sahabatku(“,)

Buat Sehabis Baik(",)

Sebenarnya semua pelajar boleh berjaya jika punya kemahuan yang tinggi. Kemahuan yang tinggi pula wujud apabila seseorang itu punya cukup sebab untuk merealisasikan sesuatu matlamat. Malangnya, kebanyakan pelajar tidak pernah memikirkan semua ini. Mereka hanya lakukan dan menyelesaikan rutin harian mereka sebagai seorang pelajar. Malah ramai pula yang tidak memikirkan langsung rutin harian yang perlu mereka lakukan. Ramai yang terikut-ikut dibawa arus kehidupan.
Cuba lihat apakah yang dihanyutkan oleh arus sungai yang mengalir? Semuanya hanyalah sampah, bangkai, tunggul kayu mati, najis dan sebagainya. Ikan-ikan yang hidup semuanya menongkah arus. Jadi kalau kita sekadar mengikut arus begitulah juga pengakhiran hidup kita. Menjadi manusia yang mati sebelum masanya. Sebab itulah, dalam usaha mencapai kecemerlangan para pelajar perlu lakukan sehabis baik. Buat sehabis baik ketika mengulangkaji pelajaran, bermain, berpersatuan, bergaul dan sebagainya. Apabila anda buat sehabis baik maka anda sebenarnya menggilap permata dalam diri menjadi permata yang berharga. Masanya pasti tiba satu hari nanti anda menikmati hasil dari setiap usaha anda itu.
Ayuh, usah banyak berfikir lagi.. lakukan sahaja sehabis baik dan serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa.

Apakah itu ISTIDRAJ?

salam.. mari sama-sama merenung kembali, adakah segala nikmat yg Tuhan beri pada kita selama ini dengan kasih sayangnya ataupun dengan kemurkaannya...selamat membaca..
**************************************

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul AIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.

Jenaka Guru...

salam...ini beberapa siri jenaka guru.. saje untuk releks mind antum semua yg sedang berada di musim peperiksaan.. Relekskan fikiran. Letak nota kat tepi kejap n bacelah=) semoga terhibur(",)

********************************
Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the young of a bull called?
Abu: A bullet
Question:What is the full form of maths.
Answer: Mentally affected teachers harassing students
Seorang guru bertanya kepada murid2nya...
"Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?"
"Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas..
"Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga..
"Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."
Teacher : Now children , if I saw a man beating a donkey and stopped him then what virtue would I be showing ?

**************************************
Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 2..
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.
Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?
Budak: Yes, teacher.
Cikgu: Good, what is your first word?
Budak: Shut up you !!!
Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: Superman !!!
Cikgu: Bloody fool! Get out from this class
Budak: Ladies First

**********************************
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak
mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.
Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia
pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

sekian(",)

bace... jangan senyum(",)

salam... ni artikel yang lucu tapi penuh iktibar. renungkanlah.. terasa jgk bila membacanya.

yang dah penah bace pun bace la lagi(",) Bace byk kali pun xpe, byk iktibarnya...

************************************************

Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain


Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknyawaktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menontonwayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untukdipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapamudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yangperpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadikegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imamsolat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama danpanjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untukmenonton bola atau konsert, dan berebut cari safpaling belakang bila sembahyang Jumaat supaya bolehcepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggusebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkandi agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinneratau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan die-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yangdikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harusberiman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dansurat berantai lewat email, tapi bila mengirim yangberkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orangmu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yangbesar dari Allah." (QS 33:47)

wassalam

Kisah Sebiji Tembikai...

salam.. erm, artikel nie merupakan satu cerita pendidikan... Hebatnya kekasih2 Allah. Hanya dengan sebiji tembikai boleh mendidik manusia kembali kepada Tuhan pencipta.. hayatilah(",)
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada baranganyang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yangterbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannyayang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepadaPencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah danredhalah dengan segala ketentuan-Nya."Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. moga mendapat i'tibar dari kisah ini.Insyaallah.

Karomah wali..

pernahkan anda mendengar tentang Uwais Al-Qarni? ikutilah kisah ini... sesungguhnya dunia dan isinya adalah milik Allah. Tiada satu pun milik kita..Wallahu'alam. Hayatilah.(",)


Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Kerendahan Hati..

Ini adalah sedikit sebanyak tentang sikap2 org yg rendah hatinya... Mari renungkan bersama(",)

Memandang Setiap Individu Unik, Istimewa dan Penting

Peribadi yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga dia sentiasa membuat orang lain merasa penting. Kerana sesungguhnya setiap peribadi adalah istimewa. Setiap orang adalah unik dan berhak untuk dihargai. Manusia adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat sensitif. Jika kita meragukan hal ini, lihat diri kita sendiri dan perhatikan betapa mudahnya kita merasa disakiti atau tersinggung.

Jika apa yang kita pikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan tindakan mereka terhadap kita juga akan berubah. Kerana manusia sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, kita biasanya sangat peka terhadap apa yang difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan kita dengan isteri/suami, kekasih, teman, rakan kerja atau orang tua kita tidak sebagaimana kita harapkan, cubalah lihat lebih jauh ke dalam fikiran kita, apa yang sesungguhnya kita fikirkan saat ini tentang orang tersebut. Kita pasti memiliki hal-hal atau gambaran yang sangat negatif atau positif tentang seseorang.


Mendengar dan Menerima Kritik

Salah satu ciri kerendahan hati adalah dapat mendengar pendapat, saranan dan menerima kritik dari orang lain. Sering dikatakan bahawa Tuhan memberi kita dua telinga dan satu mulut, yang dimaksudkan agar kita lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang hanya dengan mendengarkan saja kita dapat menguatkan orang lain yang sedang dilanda kesedihan atau kesulitan. Dengan hanya mendengar, kita dapat memecahkan sebagian besar masalah yang kita hadapi. Mendengar juga bererti membuka diri dan menerima, suatu sifat yang menggambarkan kerelaan untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain mahupun diri kita sendiri.
Demikian halnya dengan kritik, harus sentiasa dipandang sebagai saranan untuk kita belajar dan berusaha. Kritik harus kita pandang sebagai sumber kita untuk mengembangkan diri, bukan untuk menunjukkan kita salah atau benar. Apapun bentuk dan cara penyampaian kritik harus sentiasa kita pandang positif dalam proses pembelajaran yang berlangsung terus menerus dalam hidup kita. Banyak sekali dari kita yang memandang kritik sebagai hal yang peribadi yang menunjukkan kelemahan dan kegagalan kita. Padahal sebaliknya kritik menunjukkan kemenangan dan kedewasaan kita dalam menghadapi setiap tentangan dan kesulitan.


Berani Mengakui Kesalahan dan Meminta Maaf

Salah satu ciri kerendahan hati adalah sentiasa berani mengakui kesalahan dan meminta maaf jika melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan orang lain. Manusia rendah hati adalah manusia yang sangat peduli dengan perasaan orang lain. Bezakan dengan mereka yang sentiasa peduli dengan apa yang dikatakan orang lain. Orang seperti ini bukan rendah hati, tetapi rendah diri atau tidak memiliki rasa percaya diri, sehingga dia selalu khuatir dengan apa yang akan difikirkan atau dikatakan orang lain tentang dirinya.


Rela Memaafkan

Rela memaafkan merupakan ciri seseorang yang rendah hati. Bahkan dalam setiap agama dikatakan bahawa kita harus memaafkan kesalahan sesama kita, kerana Tuhan juga mengampuni dosa-dosa kita. Sifat ini tidak selalu kita temui dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak dari kita yang tidak dapat memaafkan orang lain dan sentiasa hidup dalam dendam dan sakit hati. Rela memaafkan lebih ditujukan kepada kepentingan diri kita sendiri, untuk menghindarkan kita dari sakit penyakit dan tekanan dalam kehidupan kita.


Lemah Lembut dan Penuh Pengendalian Diri

Ciri yang jelas dari orang yang rendah hati adalah sikapnya yang lemah lembut (gentle) dan penuh pengendalian diri (self control). Dia tidak pernah membiarkan emosinya tidak terkendali dan lepas kontrol. Dia tidak menunjukkan kemarahan dengan sikap kasar, kata-kata yang tidak baik, atau melakukan tindakan fisik. Kemarahan dia tunjukkan dalam rangka mendidik orang lain. Kemarahan atau kekecewaan yang dirasakan sentiasa dapat dia kendalikan sepenuhnya, dalam erti bukan dilupakan, diacuhkan atau ditahan (supressed), tetapi dilepaskan dengan pasrah (released).

SMS menjelang Subuh...

pagi ini aku mendapat sms yang sangat indah..

"...Ya Allah kau cukupkan bagiku makan yg sedikit dan tidur yang sedikit. Berkatnya umurku. Penuhilah hatiku dengan cahaya rabbanimu dan taqwa atas jalan dakwahmu, hiasilah malamku dengan kemanisan tahajud, hiasilah akhlakku dengan al-Quran dan cintaku dengan ukhuwafilllah... Ya Allah, hadiahkanlah cintaku hanya kepadamu dan jalan dakwahmu.. amin"
5.18 am, 6 Nov 2008

Ya Allah, kau hidupkanlah hati pengirim SMS ini dengan taqwa ketika kau matikan hati semua manusia. Kau jadikanlah hidupnya bahagia dalam keindahan ukhuwafillah. kau berikan kekuatan kepadanya dalam melaksanakan tugas da'ie ilallah. Kau masukkan hatinya dengan kerinduan dan kecintaan kepadamu ya Rabb. kerana tiada yang lebih berharga selain dapat menikmati keindahan cintamu itu. Cinta Teragung. Ameen.

Pagar Diri

artikel nie dari kawan saya... elok untuk keselamatan diri. Sebenarnya banyak lagi cara-cara untuk pagar diri dari sihir tetapi inilah sebahagian dari ilmu Allah...=)

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini dinyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda
dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin
tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama
dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".[Riwayat al Bukhari]



Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu.
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak
akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'" [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]



Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka.?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan
solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?
oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya.
Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah

S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang
muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa
sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan
lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan
perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang
yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata

kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.]


YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA
ITU SENDIRI

Bumi Tuhan... Bersaksilah