salam.. mari sama-sama merenung kembali, adakah segala nikmat yg Tuhan beri pada kita selama ini dengan kasih sayangnya ataupun dengan kemurkaannya...selamat membaca..
**************************************
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian  itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.    bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat  kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),  ketahuilah bahawa   orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."  (Diriwayatkan oleh  At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
 Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan  perbuatan maksiat mereka.    Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian   di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
  Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,   bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di  bulan Ramadhan sahaja,     bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa    sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur   hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah,  rumahnya tersergam indah,  kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup  kaya dan mewah. Bila    kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati     juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak  kisahlah! Sombongnya mereka,    takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun  tak sombong, Nabi       Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi   tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!  Secantik-cantik Nabi Yusof  dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.  Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
 Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.  Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang  yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal  pun tak mampu beli,   sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat   pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu  sikit ibadat tentu boleh   kaya macam aku, katanya sombong."
  Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya  Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah  menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan     dua  sayapnya" (Kitab Nasaibul AIbad)
  Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan  duduk diam di bawah batu     atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,  anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia    akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu    sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati   juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas  mengaku dirinya tuhan.
 Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar    Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui  ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke    dalam lubang hidungnya.
 Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak  kunci gudang hartanya  sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia  ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau  kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
 Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan  yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah    pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan  untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?   Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta  mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik  pangkat, istidraj.
 Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang  mengunakan nikmatnya       untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada   pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.               
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.  Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
 Seseorang  itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang  diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan  pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri  kepada Allah.                                                             
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu  adalah nikmat pemberian      yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk  mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
 Wallahualam.
 

No comments:
Post a Comment