MADAH baru 486


*96*
Carilah keduniaan dengan ilmu dunia,
asalkan halal, memang kita di dunia.
Jangan cari keduniaan dengan ilmu Akhirat,
nanti di akhirat kita akan papa kedana,
nerakalah tempatnya. 

*97*
Buatlah kerja-kerja dunia sepadan dengan umur kita.
Buatlah kerja-kerja akhirat sepadan pula dengan kekalnya kita di sana. 

*98*
Paling hebat, ahli sains dapat mengesan perkara-perkara yang halus yang tidak dapat dikesan oleh mata, yang masih bersifat dunia.
Tapi ahli kerohanian dapat mengesan lebih halus dari itu,
iaitu dapat mengetahui kehidupan di alam yang tidak bersifat dunia,
iaitu alam akhirat. 

*99*
Masa depan dunia yang positif,
semua orang suka menyebutnya.
Seperti memiliki ilmu, kedudukan, isteri, kekayaan.
Tapi pelik, orang kurang minat menyebut yang positif di akhirat, iaitu syurga bahkan sesetengah orang ia dianggap kolot. 

*100*
Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia tapi masa depan selepas mati di akhirat nanti, ia kekal abadi.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah