Kalau engkau sedarlah Allah Taala sentiasa melihatmu,
setiap detik mengetahui diri lahir dan batinmu,
terus-menerus mendengar tentangmu,
Kuasa dan Kehendak-Nya tidak pernah lekang darimu,
Dia boleh buat apa sahaja terhadap dirimu,
engkau sedikit pun tidak dapat menolaknya,
merakamkan baik burukmu sekalipun sebesar habuk,
sudah tentu jiwamu sentiasa bergelombang kerana takut dengan Tuhanmu.
Cemas selalu tidak menentu.
Kecut rasa hatimu.
Gelisah dan resah hingga mengganggu fikiranmu.
Kalau begitu sudah tentu dunia tidak akan menipu dayamu.
Sudah tentu kamu takut sekali hendak membuat dosa.
Begitulah hati para Rasul, Anbiya dan Auliya Allah
kerana mereka rasa bertuhan sangat tajam,
sentiasa mencengkam jiwa mereka.
Rasa bertuhan tidak lekang dari perasaan mereka.
Merekalah orang-orang yang benar-benar mengenal Tuhan.
Walaupun jasad lahir mereka bersama manusia
tapi hati mereka bersama Tuhan.
No comments:
Post a Comment