MADAH baru 489


*121*
Di antara sebab-sebab wanita tidak boleh dikontrol oleh suami di zaman ini,
pertama, sudah tentulah faktor kelemahan iman.
Selain itu, setengah isteri ilmunya lebih tinggi daripada suami atau jawatannya lebih tinggi daripada suami atau lebih kaya daripada suami. 

*122*
Kalau seorang perempuan itu keluar dari rumahnya tidak menutup aurat,
ertinya setiap lelaki yang memandang kecantikan perempuan itu berkongsi dengan suaminya,
suaminya menjadi dayus.
Sebanyak lelaki yang melihat,
sebanyak itulah dosa yang diterima oleh perempuan itu dan suaminya. Dan kalau dia belum berkahwin,
ibu bapanya yang menerima dosanya bersama. 

*123*
Berhati-hatilah melihat perempuan,
suaranya menawan hati, melihat tubuh badannya merangsang nafsu,
godaannya selalu menangkap,
tipu dayanya selalu mengena.
Hendak bertindak ke atasnya selalu tidak sampai hati.
Oleh itu, bergaul dan bercakaplah dengan mereka sekadar yang perlu.
Bersunyi, berdua-duaan jangan sekali
kerana syaitan akan ada sama menjadi orang yang ketiga. 

*124*
Di dalam sebuah keluarga, jika ada anak perempuan,
bererti pada mereka itu ada intan berlian.
Intan berlian orang letak di dalam kotak yang tertutup,
di suatu tempat yang khusus dan rahsia lagi mulia.
Jika keluarganya sudah suka mereka keluar rumah, bebas ke mana-mana,
seperti intan tadi, diletakkan di tepi jalan,
tempat lalu lalang manusia.
Apakah intan berlian itu selamat dari dicuri orang? 

*125*
Mulianya wanita itu di rumah,
bukan di luar rumah kecuali keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Malangnya sekarang sudah terbalik, wanita merasakan dia mulia di luar rumah daripada di rumah.

Tanda-Tanda Kasih Sayang Tuhan




Melihat benda yang indah seperti melihat sesuatu yang hijau, 
lambang kasih sayang Allah.
Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu, 
tanda kasih sayang Tuhan.
Setiap detik kita menghirup oksigen, tanda cinta-Nya kepada kita.
Kita boleh berhibur di antara suami isteri adalah kasih sayang-Nya.
Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayang-Nya.
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan 
adalah kasih sayang-Nya.
Pangkat, jawatan, kemudahan-kemudahan hidup dan keindahan, termasuk kasih sayang-Nya.
Apabila kita letih atau mengantuk,
ditidurkan-Nya kita.
Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi, segar semula badan kita.
Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan.
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap didengar,
juga kasih sayang-Nya.
Juga apa yang dapat difikirkan, yang dapat dibaca menjadi ilmu semuanya,  berhubungan dengan kasih sayang Tuhan. 
Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru dijumpa adalah kasih sayang Tuhan kepada kita.
Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita.
Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita.
Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang.
Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayang-Nya.
Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya.
Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya.
Rasa rindu menyembah-Nya, memuja dan membesarkan-Nya.
Kita akan jadikan Dia Kawan Setia.
Kita terhibur dengan-Nya dan kita tidak akan melupakan-Nya.
Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita?
Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya?
Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia. 


3 MUSIBAH KITA SETIAP HARI


Saudaraku...
3 musibah yang sering menimpa kita setiap hari.. tapi seringkali kita mengabaikannya..

1️⃣ Musibah Pertama... (UMUR)

‘UMUR’ kita yang terus berkurang setiap hari. 
Tetapi kita tidak pernah cemas. Namun apabila harta kita yang berkurang kita cemas dan risau tak menentu. Padahal harta yang hilang itu akan diganti. Sementara umur kita yang hilang tidak akan ada gantinya.

2️⃣ Musibah Kedua.. (HARTA)

Setiap hari kita hidup dan makan dengan rezeki  Allah. Kita seronok dan gembira dengan rezeki yang kita guna dan kita terus lalai dan lalai…padahal kita tahu bahawa setiap rezeki yang  halal itu bakal dihisab dan yang haram pula bakal diazab. 

3️⃣ Musibah ketiga....(AKHIRAT)

Kita sedar sebenarnya setiap hari kita sedang melangkah mendekati akhirat dan dalam masa yang sama sedang menjauhi dunia. Tetapi kita sering lupa dengan akhirat yang kekal malah perhatian kita hanya lebih kepada dunia yang fana (sementara) dan melupakan tujuan akhir hidup kita.

Bagaimana akhir perjalanan kita kelak?
Apakah kita akan menjadi penghuni syurga
yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan Atau menjadi penghuni neraka yang penuh
dengan segala azab dan seksa?

Wallahua'lam..

Semoga Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tujuan terbesar hidup kita dan tujuan akhir hidup kita.

Semoga Allah hindarkan kita semua dari neraka-Nya, dan menjadikan rumah abadi kita adalah syurga-Nya, 

Aamiin..

MADAH baru 488


*111*
Kalau seseorang itu amalan dunia serius dibuatnya, dihalusi dan dipercantikkan, diperluaskan dan dibanyakkan, dijaga dan dikawal,
tapi amalan akhiratnya dibuat cincai-cincai, tidak dihalusi, tidak dijaga dan dikawal,
tanda orang itu akan menyesal di akhirat kelak. 

*112*
Lumrah berlaku di dunia ini, para nelayan nasibnya seperti ikan yang diburunya.
Kalaulah ikan-ikan itu rezekinya tidak pernah disimpan,
begitulah para nelayan, rezekinya juga jarang disimpan.
Kalaulah ikan-ikan selalu sahaja kena jebak oleh pukat-pukat nelayan, begitulah juga para-para nelayan selalu sahaja dijebak oleh taukeh-taukeh ikan. 

*113*
Kalau kita hidup 70 tahun, bermula waktu lahir hingga 7 tahun,
hidup yang tidak tahu apa-apa dan tidak merdeka.
7 tahun hingga 20 tahun, hidup yang belum merdeka
kerana masih dikongkong oleh ibu bapa.
20 tahun hingga 55 tahun, hidup yang merdeka dan selesa.
55 tahun hingga 70 tahun, hidup yang sudah tidak selesa.
Kalau dipanjangkan lagi oleh Allah, berhadapan pula dengan hidup yang tidak berguna dan menyusahkan manusia.
Keindahan hidup pada seseorang itu sekadar 35 tahun.
Kalau dipanjangkan umur lagi sudah tidak selesa dan tidak indah. Selepas itu, berhadapan pula dengan kehidupan yang tidak berkesudahan, syurga atau neraka,
tidak gerunkah kita? 

*114*
Kalau kita tidak boleh sabar membuat kerja-kerja akhirat,
apakah kita boleh sabar kelak di dalam neraka? 

*115*
Kalau kita takut susah membuat kerja-kerja akhirat,
apakah ada jaminan kita tidak akan susah membuat kerja-kerja dunia?

Sifat Allah




Tuhan adalah Zat Yang Maha Suci, Maha Agung, Maha Berkuasa.
Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkehendak.
Seluruh sifat-sifat itu boleh berlaku serentak.
Tidak seperti makhluk, kalau melihat satu perkara, 
seluruh perkara yang lain tidak dilihatnya.
Contohnya seperti sifat Mengetahui.
Seluruh yang ada diketahui secara sedar, yang tidak ada pun diketahui secara sedar.
Tidak seperti makhluk, ada yang dia ketahui yang tidak disedari lagi.
Apabila diingatkan baru dia sedar kembali.
Seperti juga sifat Mendengar-Nya.
Tuhan boleh Mendengar serentak seluruh yang ada.
Sama ada bersuara atau tiada.
Tidak seperti kita manusia.
Kalau kita mendengar satu perkara,
sudah pasti perkara yang lain kita tidak mendengarnya.
Begitu jugalah bila kita mengatakan Tuhan Maha Suci,
ertinya Maha Suci daripada penyerupaan dan bandingan dengan semua makhluk.
Maha Suci daripada persamaan.
Dan Maha Suci daripada dapat dikhayalkan dan apa yang dapat difikirkan.
Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan. 


MADAH baru 487


*106*
Mengapa nikmat dunia itu tidak puas-puas pada seseorang?
Kerana nikmat dunia itu selalu saja menjemukan atau selalu saja mengecewakan.
Lantaran itu ingin cari lagi atau ingin pula cari yang lain.  

*107*
Mengurus dan mentadbir dunia sepertilah mentadbir gadis cantik,
jarang orang tidak digodanya,
kebanyakan orang menyerah kalah kepadanya.
Oleh itu tadbirlah dunia ini tapi kenalah berhati-hati dan memerlukan jiwa yang kuat agar kita tidak digodanya. 

*108*
Dunia ini boleh dikatakan seperti ular, kalau tidak pandai menjaga dan mengawalnya,
kita akan dipatuknya.
 
*109*
Kita ini ibarat kereta yang sedang berjalan menuju ke destinasinya,
yang di belakang makin jauh ditinggalkan,
yang dituju makin dekat.
Begitulah manusia,
perjalanannya makin dekat ke kubur.
Rumah, keluarga dan harta makin jauh ditinggalkan.
Tapi manusia tidak terasa pun hendak mencari bekal untuk di bawa ke sana. 

*110*
Ilmu yang tinggi, pangkat yang besar, harta yang banyak, pengikut yang ramai, kuasa menghukum di tangan,
belum menjamin mendapat kebahagiaan di akhirat bahkan nikmat-nikmat ini akan ditanya.
Kalau waktu di dunia nikmat-nikmat ini disalah guna,
nerakalah padahnya.
Oleh itu siapa yang Allah anugerahkan nikmat-nikmat tadi,
takutlah dengan Tuhan dan gunakanlah nikmat itu untuk mendapatkan keredhaan dan menangislah selalu, nasib kita belum tahu.

Kalau Rasa Bertuhan Sentiasa Di Hati


Kalau engkau sedarlah Allah Taala sentiasa melihatmu,
setiap detik mengetahui diri lahir dan batinmu,
terus-menerus mendengar tentangmu,
Kuasa dan Kehendak-Nya tidak pernah lekang darimu,
Dia boleh buat apa sahaja terhadap dirimu, 
engkau sedikit pun tidak dapat menolaknya,
merakamkan baik burukmu sekalipun sebesar habuk,
sudah tentu jiwamu sentiasa bergelombang kerana takut dengan Tuhanmu.
Cemas selalu tidak menentu.
Kecut rasa hatimu.
Gelisah dan resah hingga mengganggu fikiranmu.
Kalau begitu sudah tentu dunia tidak akan menipu dayamu.
Sudah tentu kamu takut sekali hendak membuat dosa.
Begitulah hati para Rasul, Anbiya dan Auliya Allah 
kerana mereka rasa bertuhan sangat tajam,
sentiasa mencengkam jiwa mereka.
Rasa bertuhan tidak lekang dari perasaan mereka.
Merekalah orang-orang yang benar-benar mengenal Tuhan.
Walaupun jasad lahir mereka bersama manusia
tapi hati mereka bersama Tuhan. 


3 jan 2023



salam wrt. dh 13 biji makan. nmpknya dh ada 3 benjolan dkt blkg kepala. kencing pun bnyk time malam. 
mkn setiap pkul 7 ptg. then tidur start pukul 10 mlm. maslahnya xdpt tidur dan kerap pergi kencing. hmmm...

gout attack dh xkena tp lps doctor jumpa, dia prescribe allupopurinol ni. ntah la. 
adakah darah aku mmg byk asid urik?

lps mkn risau byk pula side effect. rasa nk stop makan. sekian...

16 Nama Syaitan dan Tugasnya.

16 Nama Syaitan dan Tugasnya.

Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam.

1. Zalitun.
Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin.
Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar.
Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. Hafaf.
Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah.
Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwudhuk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud.
Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim.
Tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan.
Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wudhuk.

9. Lakhus.
Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum.
Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/Maswat.
Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur.
Tugasnya menimbulkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab.
Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis.
Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwudhuk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh.
Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas.
Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.

Bila kita kenal musuh utama kita, maka lebih berhati hati kita setiap saat agar kita tidak terjebak dengan tipu muslihat syaitan syaitan ini.

Hikmah Tahun Baru


Tahun baru Masihi atau tahun baru Hijriah walaupun berlainan tempat rujuknya,
yang satu dirujuk kepada Nabi Isa,
yang satu dirujuk kepada hijrah Rasulullah.
Namun satu tahun adalah mengandungi 12 bulan.
Mengapa satu tahun ada 12 bulan?
Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!
12 bulan masa yang singkat kalau dibandingkan dengan masa yang jauh di hadapan buat umur yang panjang.
Tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan.
Di dalam satu tahun ada 12 bulan, 
setiap insan kenalah muhasabah segala perbuatan untuk mengukur kejayaan satu tahun.
Kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkan akan dapat diagakkan.
Lebih-lebih lagi umat Islam di dalam satu tahun kenalah pandang ke belakang dan pandang jugalah ke hadapan.
Bukan memikirkan hendak menyambut tahun baru secara pesta dan perayaan.
Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan dan seterusnya menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang.
Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang.
Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan atau kegagalan itu di semua bidang atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan.
Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal.
Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan.
Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru di semua aspek kenalah post mortem bukan sibuk membuat perayaan.
Kalau mahulah umat Islam ini menjadi maju, bertamaddun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam.
Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem.
Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham.
Yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat.
Tugas yang diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya.
Juga tanggungjawab dalam jemaah.
Bersifat peribadi, adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun Islam,
berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah, berkasih sayang,  sabar, redha, pemaaf.
Jika ada keluarga, tanggungjawab kita kepada keluarga disempurnakan atau tidak, berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansurkah?!
Jika berjiran, hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau sebaliknya,
berlapang dada dengan jiran atau tidak.
Jiran susah, dibantu atau tidak.
Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?!
Masyarakat sekampung adakah kita prihatin kehidupan mereka, bekerjasama, berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang.
Jika ada tugas atau jawatan di dalam kerajaan atau swasta,
sudahkah kita menyempurnakan tugas itu dengan baik?!
Khidmat kita serius atau sambil lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja.
Jika kita masuk mana-mana jemaah, 
sudahkah kita menyumbang untuk jemaah, berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah.
Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun di dalam semua bidang, untuk ukuran.
Jika cemerlang diteruskan, jika malang jangan diulang, yang cacat ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan dan untuk tindakan.
Jika semua warganegara berfikiran begini,
setiap tahun muhasabah diri,
yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah, yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi.
Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan seterusnya.
Natijahnya bangsa dan negara maju, berkasih sayang, bekerjasama, Tuhan disembah, berakhlak mulia.
Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani pada bangsa kita.
Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empayar dunia.
Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun hilang.
Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan bagaimana hendak berpesta atau membuat keramaian.
Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap dan memikirkan yang akan datang.
Bukan asyik berslogan, berpesta, berperayaan, berfoya-foya dan berangan. 


MADAH baru 486


*96*
Carilah keduniaan dengan ilmu dunia,
asalkan halal, memang kita di dunia.
Jangan cari keduniaan dengan ilmu Akhirat,
nanti di akhirat kita akan papa kedana,
nerakalah tempatnya. 

*97*
Buatlah kerja-kerja dunia sepadan dengan umur kita.
Buatlah kerja-kerja akhirat sepadan pula dengan kekalnya kita di sana. 

*98*
Paling hebat, ahli sains dapat mengesan perkara-perkara yang halus yang tidak dapat dikesan oleh mata, yang masih bersifat dunia.
Tapi ahli kerohanian dapat mengesan lebih halus dari itu,
iaitu dapat mengetahui kehidupan di alam yang tidak bersifat dunia,
iaitu alam akhirat. 

*99*
Masa depan dunia yang positif,
semua orang suka menyebutnya.
Seperti memiliki ilmu, kedudukan, isteri, kekayaan.
Tapi pelik, orang kurang minat menyebut yang positif di akhirat, iaitu syurga bahkan sesetengah orang ia dianggap kolot. 

*100*
Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia tapi masa depan selepas mati di akhirat nanti, ia kekal abadi.

Bumi Tuhan... Bersaksilah