Sumber duit tu salah

Beberapa bulan lepas setiap kali balik sekolah banyak kesan lebam di badan dan kaki bila tanya dia kata jatuh, selepas selidik rupanya kawan kawan buat. Saya anggap ianya hanya gurauan kasar sebab mereka baru 7tahun.
Kes dah tak berulang.
Harini balik sekolah, saya rasa pelik sangat sebab sejak beberapa minggu ni dia selalu belikan adik dia buah nenas dua bungkus yng bernilai rm2, sedangkan saya bagi dia rm1 sahaja. Adiknya suka buah, jadi dia akan belikan setiap kali balik dari sekolah.
Bila saya tanya dia kata kawan dia baik sebab selalu bagi rm1 kat dia.

Harini saya cuba psyhco fikiran dia.
"tadi beli apa kat sekolah ?"
"abang makan RMT, pastu beli keropok rm1".
"Habis ni baki rm1 dalam poket ni siapa bagi? sebab apa dia bagi ? "

Dia diam dan termenung seolah taknak jawab.
Dan dia menangis tiba tiba bila saya cakap kalau ambik duit orang berdosa, masuk neraka tangan kena bakar. Taknak masuk syurga ke ?

Dia menangis teresak esak, bila saya tanya lagi. Akhirnya dia mengaku, kawan paksa dia buat kerja sekolah dorang dan bayar upah rm1 untuk setiap buku :'(
Saya sedih sangat dengar :'( anak orang kaya gunakan duit untuk gunakan anak saya

"Petang nanti pulangkan semula duit dia dan jangan buat dah kerja sekolah orang walaupun orang bayar, mama kata dah sebelum ni duit rasuah ni haram. Yang bagi berdosa, yang ambik pun berdosa. Tak takut ke kena bakar tangan tu kat akhirat ? Kalau abang nak duit, mama boleh bagi, mama suruh g sekolah untuk belajar bukan buat kerja untuk orang, tak sayang mama ke?".

Sambil teresak esak menangis dia cakap
"Abang syg mama, minta maaf. Abang tak buat dah"

Saya menangis dan dia pun menangis :(
Terus peluk :'( saya tak marah tapi saya nasihat agak tegas sebab saya sayang dia :'(
Saya tahu niat dia baik nak beli buah untuk adik dia, nak tolong orang tapi sumber duit tu adalah salah.

Kredit : Nur Ami Roslee

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah